Hariez baru sahaja menunaikan solat fardhu isyak.Selepas menyelesaikan tugasnya sebagai hamba itu dia terus menuju ke meja kerja yang berada di satu sudut di dalam bilik tidurnya dengan Hanan.Dia ingin menyelesaikan tugas-tugasnya yang tertangguh kerana kepulangannya ke tanah air.Sedang dia menulis tentang laporan di kertas kerja.Ada tangan yang menjalar di bahunya.Dia terus mendongak ke atas dan melihat wajah yang berada di belakangnya itu.Hanan terus mengucup lembut bibir suaminya.
“Sayang dari mana ?”.soal Hariez selepas tautan bibir mereka terlepas.Dia mencari nafas yang hampir hilang sepenuhnya kerana kucupan yang terlalu lama bersama isteri tercintanya itu.
“Dari dapur..ni saya ada bawa air untuk awak “.hulur Hana secawan air kepada suaminya.
“Thank you sayang”.ucap Hariez dan terus menarik isterinya yang bertubuh kecil itu duduk di atas ribanya.Hanan seperti kanak-kanak kecil.Wajahnya girang apabila diperlakukan begitu oleh Hariez.
“Sayang okay ? Macam mana ? Muntah-muntah lagi ?”.soal Hariez kepada isterinya seraya mengucup dahi isterinya itu lembut.Hanan melingkari tangannya di leher Hariez dan mendekatkan wajahnya dengan wajah suaminya.
“Saya okay je…Cuma rasa loya sikit”.jelas Hanan tentang tahap kesihatannya kini.
“Kenapa sayang asyik loya je ?”.soal Hariez pelik.
“Loya lah sebab hari-hari mengadap muka awak je”.kutuk Hanan selamba.Kemudian dia menghamburkan tawanya.Hariez memuncung apabila menerima kutukan daripada suaminya itu.
“Ishh sayang ni..nakal lah..sampai hati cakap saya macam tu”.rajuk Hariez dengan Hanan.
“Alaaa..dah lama tak kacau awak..bagi lah saya peluang”.ujar Hanan menyakat suaminya.
“Ohh siap suruh bagi peluang ehh ?”.ujar Hariez membutang mata kepada isterinya.Dia mengeletek perut Hanan sehingga wanita itu hampir melorot ke bawah meja.
“Hahahaha..baru puas hati saya”.jelas Hariez kepada Hanan.
“Sayang..saya nak minta maaf dekat awak..sebab saya jadi isteri derhaka sepanjang perkahwinan kita”.jelas Hanan.Terkedu Hariez mendengar penjelasan maaf daripada isterinya itu.
“Sayang..please jangan cakap tentang perkara itu lagi..saya dah penat nak fikir..kita akan hadapi masalah yang besar kalau mulakan cerita tu..tapi saya pun nak minta maaf jugak sebab saya buat awak selama ni..saya sayang awak sangat-sangat..i love you wifey”.ucap Hariez romantis dengan mengucup leher jinjang Hanan.Hanan tersentak dengan kelakuan suaminya itu.
“Kenapa saya terlalu mengikut hati dan perasaan sebab teringat kisah silam itu…kenapa saya buta sebab tak nampak betapa hebatnya cinta awak pada saya Hariez ? Saya minta maaf ye sayang”.ucap Hanan lembut kepada suaminya.Bahagian kepala Hariez diusapnya lembut.
“Saya pun minta maaf jugak sayang..saya selalu cari salah awak..saya selalu tak fikir sebelum bercakap”.jelas Hariez kepada isterinya.
Mereka berpelukan seketika dan mengalirkan airmata.Hariez memeluk erat isterinya kerana dia tidak mahu kehilangan cinta hatinya itu.Begitu juga Hanan,dia tidak mahu hilang tempat untuknya berkasih dan bercinta.
“Hanan Qaisara..andai kata suatu hari saya diberi pilihan untuk memilih awak atau harta benda saya..saya akan tetap pilih awak..sebab awak lah harta dunia dan akhirat saya..saya tak mahu kehilangan awak lagi..kehilangan benar-benar buat saya terseksa..saya sayang awak sangat”.luah Hariez dalam linangan airmata.
Hanan bangun dari ribaan suaminya.Dia menuju ke laci dan mengambil sesuatu untuk diberi kepada Hariez.Hariez memandang sepi ke arah barang yang masih berbalutkan sampul hadiah itu.Tetapi hanya bersaiz kecil.
“Apa ni sayang ?”.soal Hariez sambil menunding jarinya ke arah barang yang dipegang Hanan itu.Hanan menghulurkan kepada Hariez menandakan supaya suaminya itu membuka balutan sampul tersebut.
“Tadi saya rasa tak sedap hati dan badan..saya buat keputusan untuk buat somethinhg dan….”.kata-katanya sengaja dihentikan apabila Hariez sudah pun membuka habis balutan hadiah tersebut.Hanan yang berada di sisinya tersenyum manis tetapi ada sesuatu yang berkaca di matanya kerana dia terlalu amat gembira.Kini yang berada di dalam genggaman tangan Hariez adalah alat ujian kehamilan yang telah mengesahkan isterinya itu hamil.Dia terkedu tanpa berkata dan airmata lelakinya jatuh ke atas alat ujian tersebut.Perlahan-lahan dia memandang wajah Hanan dalam linangan airmata.
“Happy birrhday sayang”.ucap Hanan tersenyum manis kepada suaminya dalam matanya yang berkaca itu.
“Terima kasih sayang..sebab beri saya zuriat”.ucap Hariez lembut dengan suaranya yang tenggelam timbul akibat terlalu sebak.Akhirnya dia menghamburkan tangisannya di perut isterinya.Hanan memeluj erat suaminya yang sedang menangis teresak-esak.Akhirnya dia jua menangis di dalam dakapan tersebut.
“Saya dah tahu dari tadi dan tak sabar nak maklum pada awak..tapi saya nak buat kejutan untuk awak”jelas Hanan sayu.
“Allah bagi hadiah paling besar untuk saya tahun ni..saya dapat memiliki awak dan anak”.ucap Hariez yang masih dalam dakapan dan wajahnya yang disembamkan di perut isterinya.Suaranya bergema dan kurang jelas tetapi masih dapat didengar Hanan.Hanan menangis teresak-esak.
“Saya sayang awak sangat sayang”.ucap Hanan kepada suaminya yang menjadi nyawanya.
“Saya pun sayang”.ucap Hariez.Dia perlahan-lahan membelakangkan sedikit tubuhnya dan menarik Hanan supaya duduk di atas ribanya semula.
“Saya nak jadi ayah yang terbaik untuk anak saya..tapi saya perlukan bimbingan awak”.ucap Hariez lembut.
“Apa maksud awak ?”.soal Hanan yang kurang memahami dengan kata-kata terakhir suaminya.
“Awak yang patut beri kekuatan pada saya..bukann…”.kata-kata Hanan terhenti apabila jari telunjuk Hariez telah diletakkan di bibir munggil Hanan tanda supaya Hanan meneruskan percakapannya.
“Saya dengan awak alami perkara yang sama ! Awak nak tahu kenapa saya jadi gila jugak ?”.soal Hariez kepada Hanan.
“Awak gila juga ke ?”.soal Hanan yang mula suaranya tengelam timbul.
“Saya sakit sebab saya dapat tahu awak keguguran”.ujar Hariez sayu.
“Siapa yang beritahu ?”.soal Hanan.
“Papa…kami memang rapat sebab saya luahkan rasa hati saya pada papa je…dan dari papa jugalah saya dapat tahu awak keguguran sayang…masa tu allah je tahu betapa hancurnya hati saya bila dapat tahu anak kecil pergi untuk selama lamanya..sebab saya memang dah niat untuk halalkan awak..Cuma masa tak mengizinkan..saya sedar saya bukan lelaki yang dicintai..tetapi saya nak buat awak mencintai saya seumur hidup..harini saya berjaya buat perkara tu sayang..terima kasih isteriku..awak lah nyawa saya..”.ujar Hariez dalam linangan airmata.
“Maafkan saya sayang…saya tak tahu yang awak juga sakit..saya sayang awak sangat dan cintakan awak sepenuh hati..saya ikhlas Hariez..awak suami yang terbaik saya”.ucap Hanan dan mengucup dahi suaminya.
“Awak lah isteri terbaik saya..seumur hidup saya awak lah bahagia saya”.ucap Hariez penuh romantis.
DIa mengangkat Hanan yang berada di atas ribanya dan dibawa ke katil.Hanan dibaringkan dan diselimutkan.Dia duduk di lantai di sisi katil dan isterinya.
“Kenapa awak tak baring sekali ?”.soal Hanan.
“Saya nak teman awak tidur..awak tidur dulu ye sayang..nanti sekejap lagi saya tidur”.jelas Hariez sayu.
“Selamat malam abang”.ucap Hanan manja.Hariez tersenyum mendengar panggilan yang dipanggil Hanan kepadanya.
“Selamat malam sayang”.ucap Hariez kembali.Tangannya tanpa henti mengusap perut Hanan.Akhirnya dia juga tertidur dalam keadaan duduk dan kepala terlentok di atas tilam katilnya itu.Tetapi tangan Hariez tidak berganjak daripada perut isterinya.Malam yang indah menemani kebahagiaan hati masing-masing.Cahaya bulan menembusi ruangan kamar.Kelipan bintang melambangkan seorang cahaya mata bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Share this novel