Pada Pagi yang indah di Bumi Anbiya ini.Hariez dan Hanan masih berselubungkan selimut.Hariez yang dari posisi kiri itu memeluk isterinya yang berada di posisi kanan.Dia mengucup lembut kepala isterinya daripada belakang.Dari kepala turun ke leher.Hanan yang berasa geli mengeliat kecil kerana tidak tahan geli.Hariez merancakkan lagi perbuatannya sehingga Hanan mengiring ke kiri menghadap wajah suaminya.Hariez tersenyum manis kepada isterinya.
"Thank you sayang for lastnight..penat saya tunggu..alhamdulillah akhirnya dapat juga".ujar Hariez dalam nada menggoda.Hanan terasa membahang di wajahnya dengan ucapan Hariez itu.
"Sama-sama sayang...and sorry for my mistake all this time".ujar Hanan lembut.Hariez mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih.
"Saya nak jadi wife terbaik awak".jelas Hanan kepada suaminya sambil melagakan batang hidungnya dan Hariez.Dia mengesel-gesel lembut dan manja membuatkan Hariez terbuai.
"Awak memang pasangan yang terbaik".ucap Hariez kembali.
"Terima kasih sebab terima segala kekurangan saya".jelas Hanan kepada suaminya.Walaupun dalam senyuman yang manis itu,tetapi ada sesuatu yang berkaca di tubir matanya.
"Jangan sedih sayang..saya sayang awak ikhlas dari hati".jelas Hariez kepada Hanan.
"Awak tahu tak ? Saya pernah keguguran".jelas Hanan kepada Hariez.Suaranya mula kendur.
"Tak".jawab Hariez ringkas.Tetapi perkara itu amat begitu memeranjatkan dia.
"Saya sayang anak tu..tapi disebabkan tekanan yang saya alami...saya hilang satu nyawa penting dalam hidup saya".jelas Hanan kepada Hariez.
"Awak pernah kahwin ke ?".soal Hariez ingin tahu dan pelik.Hanan terdiam.Dia akhirnya mengelengkan kepalanya perlahan.
"Tak..anak tu dari hubungan tak sah".ujar Hanan.Tangisnya mula kuat kerana tidak dapat menahan rasa seksa yang masih dapat dirasainya pada suatu ketika dahulu.
"Sayang..siapa pun awak...saya tetap sayang dan terima awak ikhlas okay ?".jelas Hariez kepada Hanan.
"Saya nak rasa bahagia dengan awak Hariez..please bahagiakan saya".pinta Hanan sambil mengucup lembut pipi mulus suaminya itu.
"Awak akan bahagia".ucap Hariez lembut dan romantis.
"Saya cuma ada awak je sekarang ni..kalau saya ceritakan dekat orang lain..saya yakin takda siapa akan terima perempuan kotor macam saya ni".jelas Hanan dalam esakan kecil.
"Dah lah sayang..saya taknak awak sedih-sedih lagi..siapa pun awak..saya tetap terima awak okay ?".ujar Hariez dengan lembut.Hanan rasa bahagia dengan penyataan suaminya itu.
"Dah jom mandi".ajak Hariez kepada isterinya.Dia tersenyum nakal.
"Ishh..dah lah tak aci".ujar Hanan memuncung.Hariez mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Apa yang tak aci ?".soal Hariez kembali dengan nada pelik.
"Awak tengok ni ?".soal Hanan sambil jarinya menunding ke arah dirinya yang hanya berselimutkan tubuh.
"Saya awak leraikan semua pakaian..awak selamat je dalam pakaian tidur awak tu".jelas Hanan dalam nada manja dan merajuk.
"Alaaa sayang jangan lah berkira..benda free takkan nak tengok je".ujar Hariez selamba.Sekali gus mukanya dicepuk Hanan dengan sengaja.Bagai satu tamparan sekilas hinggap di muka.
"Tak sayang mulut ke ?".soal Hanan tidak puas hati.
"Sayang...tapi saya lagi sayangkan apa yang ada depan mata ni".ujar Hariez nakal.Kemudian tawa besarnya dihambur sekuat-kuat hati.
"Taknak kawan awak".ujar Hanan yang memalingkan wajahnya ke tempat lain.Hariez tertawa kecil.Tawa besarnya tadi semakin kendur.
"Saya nak kawan dengan awak".ujar Hariez lembut.
"Sana lah saya nak mandi".jelas Hanan kemudian di bangun dari pembaringannya.
"Nak ikut boleh ?".soal Hariez sengaja ingin menyakat isterinya itu.
"Tak boleh".jawab Hanan ringkas dan tegas.Hariez tersenyum sambil memandang isterinya yang sudah berada di dalam bilik air.
"Maafkan aku untuk kali ke seterusnya...ada sebab aku tak tunjuk tubuh aku pada kau sayang..sebab aku sedang lindung pandangan kau dari sesuatu".jelas Hariez sendirian dan perlahan.
Selepas selesai membersihkan diri,Hanan mula melangkah masuk ke ruangan dapur.Walaupun dia tidak tahu tentang ilmu memasak.Tetapi dia gigih untuk mencuba demi suaminya.Hariez kini tiba giliran untuk mandi itu sedang berada di dalam bilik mandi.Hanan mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Apa yang aku nak masakkan untuk laki aku ni ?".soal Hanan sendirian.
"Sayang...kenapa tu ?".soal Hariez yang dalam keadaan berlilitkan tuala dipinggang dan badannya yang masih bersisakan air mandi.
"Saya tak tahu nak masak apa ?".jawab Hanan sayu.Dalam masa yang sama matanya meliar memandang tubuh suaminya yang separuh terdedah itu.
"Siapa yang suruh awak masak ?".soal Hariez sambil tertawa kecil.
"Saya nak masak untuk awak ? Saya taknak lah awak rasa wife awak ni teruk sangat".jelas Hanan manja.
"Saya tak pernah rasa macam tu..malah saya boleh buat semua tu untuk awak..tak perlu jadi orang lain sayang..cukup jadi diri awak sendiri".jelas Hariez lembut dan tenang.
"Awak tak kisah saya tak masakkan untuk awak ?".soal Hanan inginkan kepastian.
"Betul sayang..sini dekat saya jap".panggil Hariez.Dia menarik Hanan ke dalam dakapannya.
"Thank you sebab faham masalah saya".ucap Hanan romantis.
"Sama-sama sayang..always with you".ucap Hariez menggoda.
Mereka saling berpelukan dan menghayati saat indah itu.Hanan rasa khayal di dalam pelukan Hariez.Manakala Hariez yang sentiasa menunggu saat-saat bahagia ini berasa sungguh menenangkan.
Share this novel