Baju Hariez digosok dengan penuh kekemasan.Hanan tersenyum bangga apabila dia juga mampu membuktikan kepada suaminya itu yang dia boleh jadi isteri yang bertanggungjawab buat suaminya Hariez.
"Sayang dah gosok ke baju saya ?".soal Hariez yang sedang menutur langkahnya ke arah bilik tidur mereka.
"Tengah gosok sayang".balas Hanan manja.Hariez sudah pun sampai di muka pintu bilik tidur mereka.
"Sayang..kenapa gosok baju tu ?".soal Hariez seperti orang yang kurang suka dengan pakaian yang bakal di peragakannya sebentar lagi.
"Lahh kenapa ? Kan awak nak pergi kerja...".jelas Hanan kepada Hariez mengapa dia mengosokkan pakaian yang sesuai untuk Hariez pakai.
"Tapi saya nak pergi Kafe sekejap je sayang..lepastu saya balik..macam membazir pulak kalau pakai baju tu".jelas Hariez kepada isterinya yang sudah pun memuncung.
"Kenapa pulak nak pergi kerja sekejap ? Lepastu awak nak pergi mana ?".soal Hanan tidak puas hati.
"Lepastu saya nak balik rumah lah sayang..nak ke mana lagi ?".soal Hariez yang berganjak beberapa tapak ke hadapan.Dia kini berdiri hampir benar di hadapan Hanan.Dia mengambil pakaian yang telah digosok Hanan itu.
"Asyik cuti je ? Awak tak takut ke kalau one day awak kena tutup Kafe awak tu ?".soal Hanan dalam keadaan memuncung.Hariez tersenyum melihat gelagat manja isterinya itu.
"Tak sayang..saya lagi takut kalau awak tutup pintu hati awak untuk saya".jelas Hariez dan mengeyitkan mata kepada isterinya.
"Nakal lah awak ni ?".ujar Hanan.Dia mendekati Hariez dan memeluk tubuh tegap suaminya itu.
"Kenapa ni ?".soal Hariez pelik dengan kelakuan isterinya itu.
"Takda apa ? Saja je..".jelas Hanan kepada suaminya.Hariez membalas pelukan isterinya dengan erat.
"Hanan Qaisara...andai kata saya bukanlah lelaki terbaik untuk awak ? Rasanya masih ada ruang tak untuk saya bertapak di hati awak ?".soal Hariez yang ingin menduga hati isterinya.
"Kenapa awak tanya macam tu ?".soal Hanan yang agak pelik dan takut.Pelukan bersama Hariez dilepaskan.Wajah Hariez dipandang sayu.
"Sebab saya bukan lah lelaki yang dilahirkan dalam keadaan yang baik dan saya juga tidak terus jadi baik sepanjang tempoh saya membesar".jelas Hariez tersekat-sekat suaranya kerana menahan satu beban di dada.
"Awak dulu jahat ke ?".soal Hanan ragu-ragu.Soalan daripada isterinya itu lagi membuatkan Hariez tersentap.Airmata bergenang di tubir mata.
"Ye sayang".jujur Hariez satu nada dan ringkas.
"Awak buat apa dulu ?".soal Hanan takut dan suaranya perlahan.Beberapa tapak diundur kebelakang.Hariez terkedu dengan kelaku Hanan itu.
"Kenapa sayang ?".soal Hariez yang ingin menahan isterinya dari terus mengundur diri.Tetapi Hanan menepis tangan suaminya.Perkara itu lagi membuatkan Hariez berdebar.
"Saya tanya ? Awak buat apa dulu ?".soal Hanan yang air mukanya mula beriak sebak.
"Nanti saya cerita okay ?".pujuk Hariez kepada isterinya.
"Awak ada kejam pada perempuan ke ?".soal Hanan yang tangisnya mula berbunyi perlahan.
"Sayang..saya nak pergi kerja ni..nanti saya cerita dekat awak lagi ye ?".pujuk Hariez sekali lagi.Hanan sudah berada di dalam tangisannya.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak mahu terima pujukan suaminya itu.
"Sayang jangan lah macam ni ?".pujuk Hariez untuk kali yang ketiga.Dia melutut di hadapan Hanan yang sudah terduduk di atas sofa yang berada di sisi katil.
"Awak buat apa dulu ? Saya tak boleh nak terima semua kisah silam awak Hariez".luah Hanan dalam tangisan.Hariez jatuh terduduk dengan penyataan isterinya itu.Aku belum bagitahu perkara yang sebenar,dia dah tak boleh nak dengar lagi penjelasan aku.Kalau aku bagitau dekat dia siapa aku ?.
Sayang,semoga allah redakan hiba di hati kau dan berilah aku peluang untuk menjadi lelaki yang dicintai dan mencintai sayang.
Hariez perlahan-lahan bangun dari duduknya dan berdiri tegak sambil memandang wajah isterinya yang dalam linangan airmata.
"Takpalah Hanan..kalau awak tak boleh nak terima kisah silam saya..saya pun tak paksa untuk awak terima...awak pun memang takda hati dekat saya kan ? Buat apa saya bebankan fikiran awak lagi ?".soal Hariez dalam linangan airmata juga.Dia menyeka lembut airmata yang mengalir deras di pipi.
"Hariez !".panggil Hanan kuat kepada suaminya itu.Dia merenung wajah suaminya dengan wajah yang penuh rasa amarah.
"Saya benci pada lelaki sebab lelaki yang buat saya..saya tak mampu cintakan lelaki sebab lelaki yang hancurkan hidup saya..jadi..awak jangan buat diri awak lenyap dari hidup saya tanpa awak sedar ye Hariez".ugut Hanan dengan giginya yang terketap kerana menahan penuh rasa geram di hati.
"Baik sayang..saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya walau apa pun yang jadi".jelas Hariez dalam tawa sinisnya sedikit.Hanan terkedu melihat Hariez yang berkelakuan sebegitu.Lelaki itu terus keluar meninggalkan isterinya bersendirian.
Tuan Hasyim yang sedang duduk sambil membuang pandangan ke luar tingkap itu didatangi Puan Safira terus sahaja tangannya menjalar di bahu suaminya itu.
Tuan Hasyim tersedar dari lamunannya.Satu keluhan berat dilepaskan.
"Abang okay tak ?".soal Puan Safira risau dengan keadaan suaminya yang banyak mengelamun itu.
"Okay je".jelas Tuan Hasyim menipu isterinya.Sedangkan dadanya terasa sesak apabila ada suatu rahsia yang di simpannya tanpa pengetahuan Puan Safira.
"Tapi abang tak boleh tipu saya dari raut wajah abang tu".jelas Puan Safira kepada suaminya.Tuan Hasyim terus menarik Puan Safira untuk duduk di sebelahnya.Wanita itu tersenyum dan menanti penuh harapan tentang sesuatu perkara penting yang bakal disampaikan oleh suaminya itu.
"Awak ingat Huz ?".soal Tuan Hasyim lembut dan tenang kepada isteri yang berada di sebelahnya.Berubah air muka Puan Safira mendengar nama itu.Jantungnya jadi berdegup kencang apabila nama itu disebut di hadapannya.
"Huz ? Kenapa dengan dia ?".soal Puan Safira terketar-tekar.Tuan Hasyim untuk kali keberapa dia melepaskan lagi keluhan berat di dadanya.
"Dia ada..".jelas Tuan Hasyim yang sedang bermain soal jawab dengan isterinya.Puan Safira tersentak dengan penyataan suaminya dan segera tangan kanannya diletakkan di dada.Tuan Hasyim memegang kedua-dua bahu Puan Safira.Dia takut isterinya terlalu terkejut dan akan diserang penyakit serangan jantungnya lagi.
"Awak jangan risau..saya pantau dia".tenang Tuan Hasyim berkata-kata.Dia tidak mahu buat isterinya rasa susah hati.
"Abang...Hanan macam mana ?".soal Puan Safir risau akan keadaan anak perempuaanya itu walaupun sudah berumahtangga.
"Maafkan abang ling".maaf dipinta daripada Puan Safira.Puan Safira mengerutkan dahinya tanda tidak mengerti dengan permohonan maaf daripada suaminya itu.
"Kenapa abang minta maaf pulak ?".soal Puan Safira perlahan dan satu-persatu ayat keluar dari bibirnya.Dia dapat agak sesuatu perkara yang dirahsiakan oleh Tuan Hasyim terhadapnya.
"Hariez tu lah Huz..Hariez Huzaifah Bin Firdaus..dia dah jadi menantu kita dah pun..dah terlambat untuk awak nak selamatkan Hanan..tapi abang janji dan abang yakin..Hariez akan jaga anak perempuan kita dengan baik..kita bagi dia peluang untuk dia tebus kesalahan dia ye ling ?".pujuk Tuan Hasyim.Puan Safira sekali lagi memegang dada kirinya dan kali ini dia mencengkam dadanya kuat kerana menahan sakit bagai dihempap sesuatu.
Tiba-tiba dia melihat Tuan Hasyim yang berada di sisinya dengan pandangan yang kabur dan mula rasa berpinar-pinar di mata.Dia akhirnya rebah di atas paha suaminya.Terkejut Tuan Hasyim yang melihat isterinya tiba-tiba sahaja rebah.
"Safira...Safira...Safira".panggil Tuan Hasyim sambil menampar lembut pipi isterinya.Akhirnya dia mengangkat isterinya dan dibaringkan di atas katil bersaiz King itu.Kemudian dia mencapai telefon pintarnya dan menelefon Doktor peribadinya serta ahli keluarga.
Siang sudah berganti malam.Bandar besar Cairo,Mesir telah dihiasi lampu-lampu emas dan pengunjung-pengunjung yang masih bersiar-siar pada waktu malam.Hanan sedang duduk di balkoni rumah Kondonya.Rumah itu adalah pembelian oleh suaminya atas hasil perniagaannya di Bumi Anbiya itu.Dia merenung jauh sambil menghirup secawan coklat panas bagi menghangatkan badannya yang terasa sejuk kerana cuaca di Mesir kini agak dingin.
Hariez baru pulang dari luar.Niat dihatinya hanya untuk ke Kafe sebentar bagi tinjauan secara peribadi tetapi pertelagahan dia bersama Hanan telah membuatkannya untuk berada di luar satu hari suntuk.Dia melihat Hanan sedang berdiri di balkoni.Dia mendekati isterinya itu.Dia cuba menyentuh kedua-dua bahu Hanan.Tetapi laju sahaja Hanan menepis tangannya dengan kasar.
"Awak nak apa ?".soal Hanan kasar.Hariez melepaskan keluhan beratnya.
"Maafkan saya Hanan..saya takda niat nak buat awak trauma semula".jelas Hariez.Dia sekali lagi mencuba untuk memujuk Hanan.
"Takpa Hariez..hati saya ni memang sampah..orang boleh suka-suka guna dan suka-suka buang".luah Hanan dengan penuh rasa di dada.Dia masih membelakangkan suaminya Hariez.
"Tapi kalau ya pun awak marah dekat saya..berdosa awak bercakap tak pandang saya".jelas Hariez dalam linangan airmata.Dia rasa sungguh gagal menjadi seorang suami apabila dirinya diperlakukan sebegitu.
"Maaf".ucap Hanan yang beralah dengan suaminya dan memusingkan badan perlahan-lahan menghadap lelaki berbadan tegap di hadapannya itu.
"Terima kasih sayang..sebab masih sudi dengar kata-kata saya".ucap Hariez yang linangan airmatanya makin deras.
"Tak perlu berterima kasih...kita masing-masing ada tanggungjawab sebagai pasangan hidup..awak suami ada tanggungjawab dan saya isteri pun ada tanggungjawab..jadi hanya menjalankan tanggungjawab je..".jelas Hanan tegas kepada Hariez.
"Tapi kalau tanggungjawab tu dilakukan dalam keadaan paksa dan tak rela..awak rasa berkat ke hidup kita ?".soal Hariez ingin memberi soalan perangkap kepada isterinya.
"Dah pandai bab agama..baguslah..semoga awak diberi hidayah".jelas Hanan menyindir suaminya itu.
"Hanan...".kata-katanya belum sempat diajukan kepada Hanan.Isterinya itu sudah melangkah masuk ke dalam bilik.Hariez melabuhkan punggung di sofa.Dia meraup wajahnya lembut.Tekanan demi tekanan dia hadapi.Tiba-tiba loceng yang menandakan ada pesanan ringkas masuk ke dalam aplikasi Whatsappnya berbunyi.Segera dia mengeluarkan telefon pintarnya dan melihat pengirim pesanan yang menghantar pesanan kepadanya.Terkedu Hariez apabila melihat isterinya sendiri yang menghantar pesanan tersebut.Dia membuka ruangan mesej Hanan itu.
Wifey : esok kita balik Malaysia..papa suruh..mama sakit.
Ringkas sahaja pesanan itu.Tetapi sudah difahami Hariez.Dia menutup kembali skrin telefon pintarnya.Dia termenung seketika.Dia mula membuat pembaringan di atas sofa dan termenung seketika.Tanpa dia sedar akhirnya dia tertidur di atas sofa itu.
Hanan yang baru keluar dari bilik untuk memberi selimut kepada Hariez melihat suaminya itu kepenatan kerana bekerja seharian.Dia menyelimuti tubuh suaminya dengan kain selimut yang agak tebal.Dia duduk melutut di lantai menghadap suaminya dari sudut sisi.Airmata perempuan Hanan mengalir deras.Esakan kecil ditahan dengan menekup mulutnya kerana tidak mahu suaminya terjaga.
"Maafkan saya sayang..hidup saya pernah jadi gelap sebab seseorang..saya tak mampu nak terima kisah silam awak tu...tapi saya dah mula sayangkan awak..saya minta maaf kalau susahkan awak untuk melayan perangai buruk saya ni...i love you hubby".ucap Hanan dalam hati dan mengalir airmatanya laju.Dia melentokkan kepalanya di atas dada bidang Hariez.Fikirnya hanya sebentar sahaja untuk melepaskan rindu pada suaminya tetapi tanpa dia sedar,dia juga sudah terlena di atas dada suaminya dan diulit mimpi bersama-sama Hariez.
Share this novel