BAB 32

Romance Completed 23149

Hariez yang baru sahaja terjaga dari tidurnya.Tiba-tiba terasa sakit di bahagian pahanya bagai ada sesuatu yang menimpa.Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat ke arah pahanya.Alangkah terkejutnya Hariez apabila Hanan yang menimpa atas pahanya.Dia mengusap lembut rambut isterinya.Dia mengucup kepala isterinya.Senyuman bahagia terukir.Walaupun sakitnya makin kuat tetapi dia sanggup menahan keran tidak mahu isterinya itu terjaga dari lena.Dia memandang wajah Hanan sayu.Ada airmata yang mengalir di pipi lelaki itu.Walaupun aku pernah menyakiti kau,kau masih sudi melahirkan seorang anak buat aku Hanan.Kau memang Wanita yang hebat.Hariez menyentuh perut isterinya yaang masih kempis dan menunduk sedikit kepalanya untuk mengucup perut Hanan.Kelakuannya itu telah membuat Hanan terjaga juga.Hanan mengosok-gosok matanya yang masih belum dibuka seperti anak-anak kecil.Hariez tersenyum melihat perangai manja isterinya itu.

“Morning sayang”.ucap Hariez lembut dan mengucup bibir isterinya sekilas.Baru sahaja dia ingin mengangkat kepalanya semula,Hanan telah merentap baju suaminya itu terlebih dahulu dan mengucup kembali bibir suaminya.Lama dibenamkan dibibir lelaki itu.Sehingga Hariez hilang pernafasannya.

“Sayang,dah kenapa ni ? Lemas lah”.jelas Hariez kepada Hanan dengan cara tidak puas hati dan pelik dengan perangai manja isterinya itu.Hanan memuncung.Terus dia bangun dari pembaringannya di atas paha Hariez.

“Alaaaa..saya nak cium awak je..takkan tak boleh ?”.soal Hanan manja.Dia memandang wajah Hariez dengan pandangan manja.Hariez mula mengendurkan suaranya.Dia agak terbuai dengan kelakuan Hanan itu.

“Tapi takkan lah nak bermanja macam tu sekali ?”.soal Hariez lembut.Hanan memuncung.Dia terus beredar menuju ke bilik air.Hariez ditandang rasa bersalah.

“Aku salah cakap ke ? Takkan itu pun dia terasa ?”.soal Hariez sendirian.Tetapi bila dia terfikirkan sesuatu dia menepuk dahinya.

“Aduhh Hariez...bini kau kan tengah mengandung..mood dia tunggang langgang lah”.jelas Hariez sendirian.

Hampir 10 minit dia menunggu isterinya keluar dari bilik air.Sehingga dia jadi tidak keruan,asyik menjegulkan kepalanya untuk melihat pintu bilik air sudah dibuka atau belum.Akhirnya sekian lama ia menunggu,Hanan keluar juga dari bilik air dengan memuncung.

Lalu sahaja dia di hadapan suaminya itu,Hariez terus menarik Hanan ke dalam dakapannya dan memeluk isterinya erat.Hanan yang sehabis daya mencuba untuk melepaskan diri akhirnya tewas juga dan membiarkan sahaja kelakuan suaminya itu dengan wajah tidak rela.

“Sayang merajuk eh ? Saya minta maaf tau”.pinta Hariez mengoda.Tetapi tidak mengoda hati Hanan langsung.Hanan hanya membuat riak wajah menyampah.

“Saya minta maaf tau..jangan lah merajuk lama-lama dengan saya..nanti saya nak berbual dengan siapa ?”.soal Hariez manja untuk memikat kembali hati isterinya.Hanan memandang wajah suaminya dengan mata yang berkaca.Terkedu Hariez apabila isterinya memandang wajahnya dengan airmata yang bergenang di bebola matanya.

“Sayang kenapa ni ?”.soal Hariez takut.

“Awak masih ada hubungan dengan perempuan lain ke sayang ?”.soal Hanan dalam nada sebak.Sukar untuk dia berkata-kata.Hariez mengusap perlahan pipi isterinya.

“Ya allah mana ada sayang..saya takda hubungan dengan perempuan lah”.jelas Hariez lembut dan tenang.

“Habis kenapa Atiqah mesej awak ?”.soal Hanan dalam linangan airmata.Airmata yang berkaca tadi telah pun mengalir di pipi.

“Atiqah ? Dia mesej apa ?”.soal Hariez seraya mengambil telefon pintarnya dan melihat ke bahagian pesanan.

“Tadi pagi..telefon awak berbunyi,saya ambil lah tengok..bila bukak mesej tengok nama dia yang keluar..siapa yang tak sakit hati ?”.soal Hanan tidak puas hati.Hariez kembali memandang wajah isterinya dan tersenyum.

“Dia Cuma tanya je tak pergi rumah mak ke ? So tak perlu lah cakap apa-apa ? Kita pergi je okay ?”.soal Hariez kepada Hanan.Namun Hanan mengelengkan kepalanya.

“Taknak nanti hati saya sakit”.jelas Hanan tegas tetapi dalam nada manja.

“Sayang..tak baik awak cakap macam tu..tu kan mak saya..kita kena respect dia walau apa pun yang dia buat”.jelas Hariez lembut.Sekila dia mengucup pipi Hanan.

“Habis awak suka tengok saya kena sindir dengan mak ?”.soal Hanan lembut.

“Ya allah bukan macam tu,kita kan dah tahu perangai mak macam mana ? So tak perlu lah layan sayang..kita pergi je okay ?”.pujuk Hariez terhadap isterinya.Akhirnya Hanan mengangguk walaupun hatinya tidak rela.

“Thank you sayang..saya janji dekat sana nanti saya jaga awak okay”.jelas Hariez dalam senyuman.

“Okay”.balas Hanan ringkas walaupun hatinya mahu meronta tidak mahu.Tetapi tidak mahu derhaka dengan suami dan ibu mertuanya dia akhirnya merelakan hatinya.

Mereka berdua mula bersiap-siap untuk menuju ke rumah Puan Hanani dan Encik Firdaus.Hanan mengenakan baju yang agak besar kerana tidak mahu pakaiannya melekap pada bahagian perutnya.Manakala Hariez mengenakan sepasang kemeja dan jeans.Selepas kedua-duanya sudah siap,mereka turun ke ruang makan yang sudah pun tersedia dengan santapan pagi dan telah adanya Pian Safira dan Tuan Hasyim.Puan Safira memandang pelik ke arah anak menantunya yang sedang menuju ke ruang makan itu bersama.

“Hanan dengan Hariez nak pergi mana ?”.soal Puan Safira pelik dan ingin tahu.

“Hariez nak bawa Hanan balik rumah mak sekejap”.jelas Hariez lembut dan santun kepada ibu mertuanya itu.

“Ohh..Hariez tidur sana ke ?”.soal Puan Safira yang agak risau nadanya.

“Tak mama..pergi sekejap je..tengahari nanti Hariez balik”.jelas Hariez lembut.

“Ohh baguslah”.jelas Puan Safira lega.

“Tapi Hanan ada nak beritahu sesuatu pada papa dengan mama”.jelas Hanan tiba-tiba.Hariez yang berada di sebelahnya sudah tersenyum simpul.

“Apa dia Hanan ?”.soal Tuan Hasyim yang rasa tidak sabar ingin tahu berita yang bakal disampaikan anak perempuannya itu.

“Mama dengan papa bakal jadi tokma dengan tokpa”.jelas Hanan dengan wajah yang sangat ceria.Terbutang mata Tuan Hasyim dan Puan Safira.

“Allahuakhbar..alhamdulillah..tahniah anak-anak papa...papa bangga dengan Hariez dan Hanan..terima kasih sebab bagi papa dengan mama rasa jadi atuk dan nenek”.ucap Tuan Hasyim yang terlalu gembira sehingga mengalirkan airmata.Dia terus bangun dari tempat duduknya dan memeluk anak dan menantunya dari arah belakang.Puan Safira yang tidak mampu berkata-kata hanya menekup mulutnya dan mengalirkan airmata.Dia tersenyum melihat pasangan dihadapannya yang sedang dipeluk oleh suaminya itu.Mereka berdua menerima berita yang amat bahagia pada awal pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience