BAB 34

Romance Completed 23149

Keluarga Encik Firdaus kini sedang berkumpul di ruang tamu . Encik Firdaus ,yang sedang berdiri itu sering mundar mandir seperti cacing kepanasan Hariez yang duduk dalam keadaan bersandar itu hanya memerhatikan gerak geri ayahnya itu.Furqan dan Atiqah yang duduk bersebelahan hanya menyepi tanpa bersuara.Puan Hanani hanyak menarik muka tanda tidak suka dengan keadaan seperti itu.Mereka semua hanya mendiamkan diri masing-masing kerana tidak berani untuk bersuara dengan bekas askar itu.Tiba-tuba Encik Firdaus memalingkan wajah dan berhenti di tengah-tengah ruang tamu menghadap anak-anak dan isterinya itu.Dia mendekati beberapa langkah dan duduk di atas sofa yang berhadapan dengan isterinya Puan Hanani.Puan Hanani membuat riak wajah cuak apabila direnung dengan renungan yang tajam oleh Encik Firdaus.

“Sekarang ni kamu beritahu aku,apa yang kamu tidak puas hati sebenarnya ?”.soal Encik Firdaus yang memulakan bicaranya terlebih dahulu kepada Puan Hanani.

“Saya tak puas hati apa ? Saya okay je ?”.tipu Puan Hanani kerana dia malas mahu bertengkar dengan suaminya tentang menantunya Hanan Qaisara.

“Kamu jangan nak tipu aku..baru saja tadi kamu cari pasal dengan Hanan dan Hariez..lepas tu kamu kata takda tak puas hati dengan sesiapa ? Aku ni suami kamu bukan kawan kamu..tahu ?”.jelas Encik Firdaus yang cuba menafikan jawapan isterinya itu.

“Kenapa pulak abang nak pertahankan dia ?”.soal Puan Hanani berani kepada suaminya yang kini seperti singa lapar.

“Dia tu siapa ? Dia tu ada nama ! Nama dia Hanan Qaisara isteri anak aku Hariez Huzaifah”.jelas Encik Firdaus tegas dan agak tinggi suaranya.

“Saya tahu lah..tapi apa istimewanya dia sampai abang nak beria pertahankan dia ? Apa kurangnya Atiqah ni ?”.soal Puan Hanani lagi.Atiqah yang berada di sebelah Furqan memandang wajah lelaki itu sayu.Furqan tersenyum nipis memandang wajah wanita itu.

“Kamu ni buta ke ? Kamu tak nampak betapa rapatnya Furqan dengan Atiqah ni ? Maksudnya kita bakal timang menantu lagi lah ?”.jelas Encik Firdaus menyindir isterinya secara terangan.

“Saya nampak..sebab saya tak berkenan dengan budak tu..dia tak layak kahwin dengan Atiqah lah abang”.jelas Puan Hanani membebel kepada suaminya.Encik Firdaus memandang wajah isterinya bagai hendak menelan.

“Siapa yang kamu tak suka ? Furqan ? Dia anak aku..kamu suka atau tidak itu keputusan dia dan aku restu..dia tak perlukan restu kamu..kerana kamu bukan mak dia”.jelas Encik Firdaus tegas.Terbutang semua mata yang berada di ruang tamu itu.Terkedu Hariez dan Hanan seketika.Hanan masih dalam keadaan terpinga-pinga kerana tidak faham apa yang sebenarnya berlaku antara mereka dengan Furqan.

“Abang ni,kenapa suka bela budak-budak yang suka buat saya sakit hati ni ? Kenapa ? Abang dah lupa kita ni ada anak ? Hariez ni anak kita tahu ? Takda pulak abang nak bela dia macam abang bela budak 2 ekor ni ?”.soal Puan Hanani tidak puas hati dengan cara suaminya melayani Hariez.

“Suka hati akulah nak layan siapa dengan baik ? Kalau sekarang aku nak layan kamu dengan baik pun boleh ? Tapi kalau dah begini lah perangainya ? Aku pun tak ingin”.jelas Encik Firdaus sinis kepada isterinya.

“Yang kau buat apa datang rumah aku haa ? Siapa yang jemput kau datang ?”.soal Puan Hanani tiba-tiba kepada Furqan kerana ingin melepaskan rasa amarah dihatinya.Furqan tertunduk dengan pesoalan betubi-tubi dari ibu tirinya itu.

“Hanani ! Dia datang sebab aku..ini rumah aku..yang kamu sibuk nak tahu dia datang untuk apa tu dah kenapa ?”.soal Encik Firdaus dengan suaranya yang tinggi.Tersentak Puan Hanani apabila dijerkah sebegitu.

“Yang abang ni pun satu..tak habis-habis nak pertahankan budak ni nak buat apa ? Dia bukan anak abang pun ?”.soal Puan Hanani cuba menyedarkan Encik Firdaus.Encik Firdaus terus menoleh ke arah Puan Hanani dengan mata yang memerah dan naik segala uratnya.

“Apa kamu cakap ? Dia bukan anak aku ? Ya dia memang bukan anak aku...tapi disebabkan dia lah aku kahwin dengan mak dia..tapi apa yang kamu buat selepas tu ? Kamu rampas aku dari mak dia kan ? Itu kamu sedar tak ? Kamu tak malu rampas hak orang lain ?”.kata-kata Encik Firdaus bagai satu tamparan hebat hinggap di muka Puan Hanani.

“Lepastu sekarang ni,kamu nak ajar si Atiqah ni rampas hak Hanan pula ? Alu tahu budak Atiqah ni tak baik..tapi bukan sampai nak merampas hak orang...itu semua ajaran kamu..”.jerit Encik Firdaus seoktaf.Airmata Atiqah mengalir di pipinya.Di saat ini hatinya bagai ditoreh.Dia mengenggam erat tangan Furqan.

“Ouh abang nak cakap saya ni parasit lah ye ? Sampai hati abang cakap macam tu dekat saya ye ?”.ujar Puan Hanani tidak puas hati dan marah dengan penyataan suaminya itu.

“Kalau aku kata ya,kamu nak buat apa ?”.soal Encik Firdaus berani.

“Abang memang suka pertahankan benda yang tak baik..anak kita Hariez yang baik ni takda pulak abang sibuk nak pertahankan ?”.soal Puan Hanani ingin memihak keadilan buat anak lelakinya itu.

“Siapa yang kau kata baik ?”.soal Encik Firdaus berlagak.Kali ini Puan Hanani betul-betul menjolok sarang tebuan.Hariez yang turut berada di situ dan menyaksikan pertelingkahan ibu bapanya sudah terkedu.

“Anak saya lah baik..habis anak mana lagi ? Anak haram ni ?”.ujar Puan Hanani memaksudkan Furqan adalah anak tidak sah yang dilahirkan.

“Anak aku tak baik..anak aku jahat..sebab itu aku tak pertahankan dia..”.jelas Encik Firdaus tenang dan tegas.

“Kenapa pulak anak kita jahat ?”.soal Puan Hanani lagi kerana tidak berpuas hati dengan suaminya.

“Anak aku dah rogol Hanan Qaisara...ni haa perempuan yang kau cakap perempuan kotor tu dah kena rogol dengan anak lelaki kau yang baik macam malaikat suatu ketika dulu,sedangkan dia lah syaitan besar masa kejadian tu berlaku..lepas tu dia jual nama Furqan...tak pasal-pasal polis cari Furqan”.jerit Encik Firdaus mempertahankan Furqan dan Hanan dalam satu masa.

“Bapak..tolong jangan pasal cerita ni lagi..kami dah lupakan semua tu”.pinta Furqan penuh hormat.

“Aku ada hak..suka aku lah nak buat apa ?”.tegas Encik Firdaus.

“Menantu kotor kau ni dah tercemar maruahnya kerana anak kesayangan kau”.ujar Encik Firdaus lagi.

“Sekarang padan muka kamu..sibuk sangat nak satukan Hariez dengan Atiqah..dorang satu pun tak dengar kata kamu Hanani..kerana dorang masih mampu berfikir..ada otak...bukan macam kamu akal ada tapi tak reti guna..macam orang takda otak”.sindiran pedas daripada Encik Firdaus telah membuatkan Puan Hanani berasa panas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience