Pada hari ini,Hariez berniat untuk membawa isterinya ke Kafe miliknya.Dia ingin membuat kejutan untuk isterinya Hanan Qaisara.Mereka berdua sudah bersiap dari awal pagi kerana Hanan telah dimaklumkan oleh Hariez kerana dia bakal dibawa ke Kafe suaminya itu.Mereka berdua sedang menjamu santapan tengahari sebelum keluar rumah.Hariez yang sentiasa memasak untuk isterinya Hanan.Dia memasak makanan istimewa buat isterinya.Sehingga Hanan berasa pelik dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba memasak makanan kegemaran untuknya.Hanan melihat saja wajah suaminya sewaktu sedang melakukan kerja.Tetapi tidak diendahkan oleh Hariez.Walaupun dia dapat merasakan yang dia sedang diperhati setiap tingkah lakunya.Hanan malas untuk berfikir panjang,dia hanya menikmati hidangan yang dibuat penuh kasih sayang oleh Hariez itu sahaja.
"Awak ni pelik lah sayang..baik semacam je..ada apa-apa ke ?".soal Hanan yang agak curiga dengan suaminya.
"Pelik apa ? Saya biasa je".ujar Hariez yang cuba untuk menafikan.
"Yelah tu..awak jangan ada planned nak pasang satu lagi eh ?".duga Hanan kepada suaminya.
"Ehh saya takda planned ke situ pun..awak untung tau dapat saya...sejenis yang setia".jelas Hariez lagi memuji dirinya sendiri.
"Eeee...perasan".ejek Hanan seperti orang geli.
"Elehh..menyampah-menyampah pun..malam nak tidur awak cari saya jugak kan ?".soal Hariez ingin menyakat isterinya yang manja itu.
"Alaaa...biasa lah kalau isteri cari suami masa nak tidur...".jelas Hanan selamba.Akhirnya tangan yang bersaiz besar milik Hariez memicit batang hidungnya sekuat hati.
"Sakit lah sayang !".jerit Hanan sekuat hati di dalam kereta.Hariez melepaskan pegangannya pada stereng dan menutup kedua belah telinganya dengan tapak tangan kiri dan kanan.
"Sayang awak masa baby..ada pernah tertelan wisel ke ?".soal Hariez mengutuk isterinya.
"Tak pernah lah !".jerit Hanan lagi.Hariez menghamburkan tangannya
"Dah lah..saya gurau je..kalau tak bergurau dengan awak..nak bergurau dengan siapa ?".soal Hariez sayu dan ingin menduga isterinya.
"Yelah..sorry...tapi kalau awak pekak bagus jugak kan".ujar Hanan tiba-tiba dengan nada ceria.
"Aikk awak nak saya pekak ke ?".soal Hariez pelik dengan gelagat isterinya.
"Baguslah kalau awak jadi pekak..sebab awak boleh jadi milik saya seorang".ujar Hanan nakal sambil memeluk lengan Hariez yang agak besar itu.Hariez tertawa kecil.
"Nakal lah awak ni ?".balas Hariez.
"Sayang kenapa awak bawak saya pergi ke Kafe harini ?".soal Hanan ingin tahu.Hariez terkedu tidak tahu ingin memberi jawapan apa.
"Saya ada keje sikit...nanti boleh awak try new menu dekat sana..".alasan diberikan oleh Hariez kepada Hanan.
"Okay..ada tetamu lain ke ?".soal Hanan lagi.
"Takda sayang...awak je tetamu yang datang betandang di hati saya".jelas Hariez yang cuba mengayat isterinya.Hanan tersenyum simpul kerana menahan malu.
Selepas tidak lama kemudian,mereka selamat tiba di perkarangan Kafe milik Hariez.Hariez keluar dari isi perut kereta dan menuju ke pintu disebelah pemandu untuk dibuka supaya memudahkan isterinya keluar dari isi perut kereta juga.Selepas mereka berdua sudah berada di hadapan pintu Kafe,Hariez memimpin tangan isterinya menuju ke dalam.Sesampai sahaja mereka di dalam Kafe,seluruh kakitangan Kafe Zen & Lounge bersorak mengucapkan selamat hari jadi buat Hanan Qaisara.Mengalir laju airmata wanita itu.Hari ini adalah hari yang amat bahagia buat Hanan.Dia memandang wajah suaminya yang berada di sisi.Hariez tersenyum dan mengucapkan selamat hari jadi kepada isterinya dalam gerakan mulut sahaja.Hanan terus memeluk erat suaminya.Kerana dia sendiri terlupa akan hari ini hari lahirnya.
"Sayang..saya tak sangka awak nak buat suprise semua ni untuk saya ?".soal Hanan dalam esakan kecil tetapi masih bersisakan tawa yang gembira.
"Apa sahaja untuk cinta hati saya".ucap Hariez lembut dan menggoda.Dia ingin mengucup bibir Hanan sekilas tetapi Hanan lebih pantas darinya.Hanan menolak lembut wajahnya.
"Bukan dekat sini ehh".jelas Hanan lembut.Hariez tersenyum nakal.
"Makesure awak tunaikan janji awak yang sekarang ini malam nanti".jelas Hariez menggoda.
"Puan..potong lah kek ni..Boss tau yang tempah kek ni untuk Puan".jelas salah seorang pekerja di Kafe itu.Walaupun Kafe itu berada di tengah-tengah Bandar Cairo.Pekerja-pekerja Hariez tetap dicari dari penetap Warganegara di Cairo itu.Hariez mengambil kebanyakkannya bekas pelajar-pelajar universiti di Mesir.
"Aah lah Puan..untung Puan dapat suami macam Boss ni".puji seorang pekerja wanita yang turut berada di situ untuk meraikan majlis sambutan kecil-kecilan buat Hanan Qaisara itu.
"Sayang jom potong kek".ajak Hariez sambil menghulurkan pisau yang seperti para pengantin selalu memotong kek.
"Okay jom nyanyi untuk Puan".ujar salah seorang pekerja di situ.Hanan mula memotong kek yang agak tinggi itu dan diiringi dan laungan lagu Allah selamatkan kamu.Kemudian mereka semua bersorak dan menepuk tangan tanda Hanan sudah pun selesai memotong kek.Hanan mencubit sedikit kek yang berada di hadapannya itu dan disuakan ke mulut suaminya.Hariez menganga dan mengigit sedikit jari isterinya.Kemudian dia mengelakkan Hanan.
"Sampai hati awak..sakitlah".ujar Hanan memuncung.
"Sorry sayang".ujar Hariez lembut.Kemudian dia memeluk isterinya.Dia mengucup kepala Hanan yang berada di paras dada bidangnya itu.Dia terasa bahagia saat ini.
"Terima kasih sayang sebab buat semua ini untuk saya".ucap Hanan lembut dan romantis.
"Sama-sama manja..saya harap hubungan kita akan kekal hingga ke akhir hayat".ucap Hariez lembut dan romantis kembali kepada Hanan.
"Takda hadiah ke ?".soal Hanan nakal kepada Hariez.
"Patutnya awak lah kena bagi saya hadiah sempena hari jadi awak ni".ujar Hariez nakal dan dapat difahami Hanan.Hanan tersenyum nakal.
"Sorry sayang..hadiah tu belum menjadi lagi".ujar Hanan nakal kepada suaminya.Dan tanpa mereka sedar perbualan mereka itu sedang diperhatikan beberapa orang pekerja yang turut berada di majlis kecil itu.
"Wahhh Boss dengan Puan ni lain macam je..ada isi ke ?".soal salah seorang pekerja yang berada di situ.
"Doakan lah saya boleh jadi ayah tahun ni".ujar Hariez selamba kepada pekerjanya di situ.
Seluruh pekerja Kafe yang terdengar ayat yang dinyatakan majikannya itu terus mengaminkan supaya permintaan dan harapan majikan mereka iaitu Hariez Huzaifah menjadi kenyataan.
"Okay lah..saya dengan Hanan pulang dulu".ujar Hariez yang meminta diri.
"Okay Boss..bye".ujar pekerja di Kafe itu.
Hariez dan Hanan terus menuju ke kenderaan mereka untuk pulang ke rumah.
"Sayang..saya happy sangat harini..thank you sekali lagi sayang".ujar Hanan manja dan mencium sekilas pipi suaminya yang sedang memberi tumpuan kepada pemanduan.
"Sama-sama sekali sayang..saya pun happy harini..nanti bagi hadiah okay".ujar Hariez nakal dan mengeyitkan mata.
"Ye sayang..saya tahu".balas Hanan sambil tertawa kecil.Dia melentokkan kepalanya di lengan Hariez sehingga dia dibuai mimpi.Hariez mengucup kepala isterinya yang berada di atas lengannya.Dia tersenyum.Saat indah yang diimpi selama ini sudah ditunaikan bersama Hanan Qaisara.Happy Birthday Sayang !.
Share this novel