BAB 14

Romance Completed 23149

"Binatang macam kau...akan aku pastikan dapat pembalasan dekat dunia...dan kau pun tak perlu takut untuk tidak terlepas dapat balasan dekat Akhirat Huz".

"Astaghfirullahalazim !".ucap Hariez yang terkejut dan terus bangun terduduk di atas katil.

"Hariez awak okay ?".soal Hanan yang sedang melilitkan tudung selendangnya untuk dipergayakan.

"Saya okay".jawab Hariez ringkas.Hariez merenung ke arah isterinya yang sedang bersiap itu dengan wajah yang serius.

"Hanan...kita balik awal sikit ye...kalau boleh masa balik saya nak pergi Kafe sekejap kalau kita sampai awal dekat Mesir nanti".jelas Hariez tentang niatnya.

"Okay boleh".balas Hanan mesra.Tetapi dia tidak tahu niat sebenar lelaki itu.Hariez terus bangun dari duduknya dan mengambil tuala yang tergantung di belakang pintu lalu menuju ke bilik air.

Selepas beberapa minit dia mandi.Dia usai mandi dan keluar dari bilik air tersebut.Terkejut Hariez apabila melihat Hanan yang masih berada di dalam bilik walaupun dia sudah pun bersiap dengan pengayaan pakaiannya.

"Kenapa awak tak turun dulu ?".soal Hariez pelik.

"Takpa..saya tunggu awak".balas Hanan ringkas.

"Aik sejak bila awak ada sifat menunggu orang ni ?".soal Hariez menduga isterinya.

"Sejak ada perempuan lain dalam rumah mak ni".jawab Hanan ringkas dan penuh makna.Hariez tersenyum.Dia mendekati isterinya.

"Awak jealous eh ?".soal Hariez yang ingin mengetahui isi hati isterinya.

"Awak boleh buktikan pada saya isteri mana yang tak cemburu kalau tahu tentang Ex husband dia dan ada wanita lain di dalam satu rumah dengan pasangan suami isteri tu".jelas Hanan sehingga membuatkan Hariez terdiam seketika.

"Saya tak tahu apa punca Atiqah tu datang sini...tapi yang pasti bukan saya yang ajak".jelas Hariez.

"Saya tahu bukan awak yang ajak...tapi awak jangan lupa..awak masih ada mak...atas setiap permintaan mak wajib awak tunaikan...walaupun perkara tu mungkin akan melukai hati saya".jelas Hanan sayu di ayat akhirnya.Dia tertunduk menahan sebak.

"Sayang".panggil Hariez meleret.Dia mengangkat sedikit dagu Hanan supaya isterinya itu bertentang mata dengannya.

"Terbalik lah dunia ni sekali pun..awak tetap pilihan utama..pilihan terakhir saya".ucap Hariez romantis.Hanan tersenyum pahit.

"Lelaki kalau cakap..macam dunia ni esok nak kiamat kan..bukan main manis lagi".ujar Hanan menyindir suaminya dengan cara halus.

"Saya akan buktikan pada awak sayang".jelas Hariez lagi.

"Dah lah pergi pakai baju..lepastu kita turun sama-sama..nanti kalau lambat kena sound lagi".jelas Hanan kepada suaminya.Hariez tersenyum.Akhirnya dia bangun juga dari tilam itu dan menuju ke almari pakaian miliknya dengan Hanan.Selepas mengayakan dalam pemakaiannya.Hanan dan Hariez turun bersama.

"Haa turun pun..ingatkan nak terus sambung tidur sampai malam".sindir Puan Hanani sambil menjeling ke arah menantunya itu.Hanan hanya tertunduk kerana tidak berani bersemuka dengan ibu mertuanya itu.

"Sayang jom duduk".ajak Hariez kepada isterinya.Atiqah yang duduk berhadapan dengan lelaki itu hanya merenung sahaja gelagat pasangan di hadapannya itu.Sekali sekala dia membuat riak wajah menyampah.

"Masak apa sarapan pagi ni ?".soal Encik Firdaus mesra kepada penghuni-penghuni di dalam rumah itu yang sudah berada di meja makan.

"Masak nasi goreng kampung kegemaran Hariez".jawab Puan Hanani mesra.

"Tapi bukan Nani yang masak..ni haa anak perempuan kita ni yang masak".Puan Hanani sedang memperagakan Atiqah di hadapan semua yang berada di meja makan.Hanan hanya memandang sekilas wanita itu.Tiba-tiba seleranya mati apabila Puan Hanani memberitahu nasi goreng kampung itu dimasak oleh Atiqah.Seumpama perempuan itu memasak untuk suaminya Hariez.

"Ohh..Hanan pun boleh masak nasi goreng ni".jelas Encik Firdaus yang memuji menantunya pula.Sekali gus dia mempertahankan Hanan di hadapan dua orang wanita yang berhubungan baik iaitu isterinya dan juga Atiqah.Hampir tersedak Hanan dibuatnya.

"Tapi Atiqah lebih tahu semua apa yang Hariez suka".ujar Puan Hanani selamba tanpa memikir hati dan perasaan menantunya itu.

"Sepanjang Hariez kenal dia...air kegemaran Hariez pun dia tak pandai buat..macam mana boleh masak makanan kegemaran Hariez ? Hebat betul ?".sindir Hariez selamba mempertahankan isterinya juga.Kini Hanan diapit kemenangab oleh dua orang lelaki dalam satu masa.Ada ukiran senyuman nipis di bibir Hanan.Dia memandang ke arah kanan untuk melihat suaminya.Hariez yang perasan dia dipandang dari sisi kiri segera menoleh dan mengenyitkan mata kepada isterinya itu.

Atiqah dan Puan Hanani sambung menjamu selera.Hati mereka sakit apabila dikutuk begitu sahaja.

Selepas santapan pagi bersama.Mereka sekeluarga serta tetamu undangan Puan Hanani duduk di ruang tamu sebentar sebelum Hanan dan Hariez berangkat pulang ke Mesir.

"Hariez macam mana bisnes dekat Mesir ?".soal Encik Firdaus yang ingin tahu dan membuka bicara selepas dia melihat semua yang berada di ruang tamu menyepi.

"Alhamdulillah bapak..lepas kahwin ni rezeki makin bertambah..lagi sekarang ni Hanan dah mula bantu Hariez dari belakang settlekan bahagian konsep menarik pelanggan".ujarnya gembira sambil menggengam tangan isterinya yang tercinta itu.

"Baguslah kalau macam tu..itulah tugas isteri...".puji Encik Firdaus sambil tersenyum kepada pasangan bahagia itu.

"Tapi masa Hariez buka Kafe tu Hanan tak tahu kan macam mana susah ? Masa tu Atiqah ni lah yang ada waktu susah senang Hariez".jelas Puan Hanani yang ingin menyakitkan hati menantunya itu.

"Takpalah mak..Tiqah tak pernah ungkit pun waktu susah senang kami bersama".ujar Atiqah kembali yang sedang berdrama di hadapan tiga orang penghuni di dalam rumah itu.Hariez mengeluh kecil.Hanan mula terasa dengan kata-kata ibu mertuanya.Airmatanya bergenang di tubir mata.Tetapi Hariez walaupun tidak nampak kesedihan di alami isterinya itu.Dia tahu tentang hati isterinya itu.Dia mengenggam erat tangan isterinya.Hanan rasa terubat apabila diperlakukan begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience