BAB 6

Romance Completed 23149

Hari ini sudah hari kedua Hanan dan Hariez mendirikan rumahtangga.Mereka masih berada di rumah Tuan Hasyim di Malaysia.Hanan pada petang itu sedang minum petang bersama keluarga kecil Hariez.Pada sebelah tengahari tadi mereka memberitahu kepada Tuan Hasyim dan Puan Safira untuk kerumah ibu bapa Hariez.Hanan sedang menuangkan secawan teh buat suaminya.Hariez hanya memandang sayu dan ada ukiran senyum yang nipis di bibir sewaktu melihat gerak geri Hanan menuangkan air buat dirinya.Hariez memerhati dari setiap inci wajab isterinya.Begitu menggoda wajah Hanan Qaisara,sebagai seorang suami dia sendiri tidak mendapat tahan hawa nafsunya apatah lagi lelaki di luar sana.Kau memang tidak berubah Hanan.Kau tetap menggoda dari dulu sampai sekarang.

"Awak..kita nak balik Mesir pukul berapa ?".soal Hanan yang suaranya seperti kanak-kanak.

"Flight kita pukul 12 sayang".terang Hariez kepada isterinya.Dia mengambil tangan kiri Hanan lalu mengusapnya lembut.

"Awak...saya nak tanya boleh ?".soal Hanan tiba-tiba.Dia memaut lengan besar Hariez dan melentokkan kepalanya di lengan Hariez itu.

"Tanyalah sayang..nak tanya apa ?".jawab Hariez lembut dan romantik.

"Awak pernah bercinta tak ?".soal Hanan yang agak tersekat-sekat kerana sukar buat dirinya sebagai seorang isteri menanyakan soalan peribadi itu kepada suaminya.Hariez terdiam mendengar soalan Hanan.Keluhan berat dilepaskan perlahan-lahan di dadanya.Hanan mula mengangkat semula kepalanya yang dilentokkan itu dan memandang wajah suaminya yang seperti orang serba salah.

"Kenapa awak ? Betul ke awak pernah bercinta ?".soal Hanan ingin tahu.Dia seperti memaksa Hariez untuk memberitahu kisah sebenar.

"Ya sayang..saya pernah bercinta".jujur Hariez akhirnya.Hanan merapatkan wajahnya dekat dengan wajah Hariez.

"Awak sayang dia lagi ke awak dah tak sayang dia lagi ?".soal Hanan agak manja tetapi di dalam hatinya berat untuk dia menanyakan soalan peribadi seperti itu kepada Hariez.Dia cuba mengawal perasaan dan air muka untuk Hariez tidak perasan tentang cemburunya terhadap bekas kekasih Hariez itu.Hariez memandang wajah isterinya dengan dahi berkerut dan mengeluh kecil.

"Kenapa awak seksa hati awak sayang ?".soal Hariez tiba-tiba.Terkedu Hanan mendengar penyataan suaminya itu.

"Kenapa ? Salah ke saya nak tahu pasal awak ?".soal Hanan yang nadanya mula sayu.

"Tak salah sayang...tapi saya tahu..hati awak mesti sakitkan sebab tahu ada someone yang pernah bertapak dekat hati saya sebelum awak".jelas Hariez yang amat memahami hati perempuan Hanan Qaisara.

"Saya dah biasa sakit".luah Hanan yang penuh makna kata-katanya.Sukar untuk Hariez menangkap maksud itu.

"Apa maksud awak ?".soal Hariez ingin tahu.

"Takda apa lah".bidas Hanan yang ingin menukar topik.Dia tidak bersedia untuk menceritakan masalahnya kepada Hariez sekarang.

"Awak pernah bercinta ?".soal Hariez kepada Hanan.Meskipun dia tahu tentang kisah Hanan dia juga saja ingin menduga isterinya itu.

"Hmm..siapa yang nak dekat saya ni ?".soal Hanan mendatar dan ada nada sinis.

"Baguslah kalau takda yang nak..sebab awak pun dah jadi milik saya".ujar Hariez kepada Hanan.Hanan tersenyum bahagia kepada suaminya.Buat pertama kali Hariez lekaki yang hadir dan membahagiakan hidupnya.

"Terima kasih sayang..sebab bahagiakan saya".ucap Hanan lembut dan manja.Hariez tersenyum pahit.Berat hatinya mendengar ucapan isterinya itu.

"Sama-sama sayang..i always love you baby".ucap Hariez menggoda dan sudah membuatkan Hanan tergoda.Hanan tersenyum seperti orang angau.Maafkan aku sayang.Aku bukanlah lelaki yang macam kau impikan.Aku pernah buat hidup kau menderita dan kini izinkan aku untuk membahagiakan kau sayang.

"Hariez dengan Hanan nak gerak pergi airport pukul berapa ?".soal Encik Firdaus yang baru sahaja datang dari dalam rumah bersama isterinya Puan Hanani.

"Pukul 12 flight kami bapak..tapi kami ingat nak gerak awal sikit supaya tak kelam kabut".jelas Hariez kepada bapanya.

"Tadi Atiqah ada call mak..dia kirim salam dekat Hariez".ujar Puan Hanani selamba di depan menantunya Hanan.Encik Firdaus yang berada di sebelahnya hanya merenung tajam ke arah isterinya.Namun tidak diendahkan Puan Hanani.

"Atiqah ? Siapa tu mak ?".soal Hanan mesra ingin tahu siapa gerangan Atiqah.

"Ohh Atiqah tu bekas kekasih Hariez..walaupun diorang dah tak bersama..tapi Atiqah dan Hariez masih berbaik lagi..yelah kan..kalau jodoh tak kemana".ujar Puan Hanani selamba yang niat di hatinya ingin menyakiti hati Hanan.Hanan tertunduk sedikit.Hatinya sedikit terluka dengan penjelasan yang dibuat ibunya.

"Waalaikummusalam...mak..bapak..Hariez dengan Hanan minta diri dulu lah ya..sebab ada barang lagi sikit nak kena kemas".jelas Hariez seraya bangun dan bersalaman dengan ibu bapanya.Hanan juga menuruti gerak-geri Hariez.Kemudian mereka berdua menuju ke kereta yang dipinjamkan Tuan Hasyim kepada Hariez dan menuju pulang ke rumah Tuan Hasyim dan Puan Safira.

Sepanjang perjalanan,Hanan hanya menyepikan diri dan membuang pandangan ke luar tingkap.Dia merenung jauh entah kemana.Hatinya cukup terasa dan sedikit terluka dengan kata-kata Puan Hanani ibu mertuanya itu.Walaupun dia tidak ada perasaan terhadap Hariez tetapi dia telah menjadi isteri yang sah kepada lelaki itu.Hatinya harus dijaga juga.Bukan suka-suka dipermainkan.Cukuplah kisah hitamnya 10 tahun yang lepas telah menyeksa dirinya dan hidupnya.

"Sayang...awak okay ?".soal Hariez lembut dan sayu.Dia menyentuh tangan Hanan yang terletak di paha itu.

"Okay".jawab Hanan ringkas.Hanan menarik tangannya daripada disentuh Hariez terus dan sekali gus tangan Hariez jatuh terletak di atas paha kanan Hanan.Dia mengusap paha Hanan dari atas hingga ke bawah.Namun tidak lama perkara itu terjadi,Hanan menepis lembut tangan Hariez dari terus melakukan perkara tersebut.Hariez membuatnya berasa tidak selesa.

"Takkan lah mak cakap pasal Atiqah..saya dah tak boleh sentuh isteri saya ?".soal Hariez yang menduga isterinya.

"Takda apa lah awak..saya okay je..jangan risau tau..saya bukan tak kasi awak sentuh..tapi awak tengah drive and saya tak berapa selesa".jawab Hanan sambil menyengih sampai menampakkan giginya yang putih.

"Betul ni ?".soal Hariez yang masih tidak yakin dengan alasan yang diberi Hanan itu.

"Betul sayang..awak tak percayakan saya ke ?".soal Hanan sedikit sayu.

"Saya percaya awak".ujar Hariez dan kembali fokus kepada pemanduannya.Tetapi hatinya tetap gusar.Dia tidak tahu apa yang sedang bermain di fikiran Hanan.Dia tidak mahu melukai Hanan lagi.Selepas tidak lama kemudian mereka tiba di perkarangan rumah banglo 2 tingkat Tuan Hasyim.

"Haaa...papa ingat korang terus balik Mesir tadi".sindir Tuan Hasyim kepada anak dan menantunya yang baru keluar dari isi perut kereta itu dalam nada gurauan.Tuan Hasyim dan Puan Safira sedang duduk berduaan di buaian bulat yang berada di halaman rumahnya.

"Ishh papa ni...tak cari gaduh tak boleh ke ?".soal Hanan yang matanya sedang memandang pasangan merpati sejoli yang sedang duduk berduaan di atas buaian itu.

"Papa dengan mama ni..macam orang muda lah...geli Hanan tengok".ujar Hanan selamba sambil mengeliatkan badannya.

"Papa tengah nak ajar Hariez lah ni...cara nak pikat bini macam mana ?".jelas Tuan Hasyim selamba dan laju sahaja dia mengucup pipi isterinya yang berada di sisinya itu.Terkedu Puan Safira,mukanya mula membahang menahan malu dengan sikap gatal suaminya itu.

"Abang ni...malu lah".marah Puan Safira perlahan kepada Tuan Hasyim.Tetapi lelaki itu hanya tersenyum manja dan mengeyitkan mata.

"Malas nak layan papa dengan mama..nak naik atas".ujar Hanan terus sahaja melangkah.Tetapi langkahnya terhenti akibat dipanggil papanya.

"Ehh nak pi mana ?".soal Tuan Hasyim dalam loghat penang.

"Nak pi naik atas lahh".balas Hanan kembali dalam loghat yang sama.

"Nak buat apa ?".soal Tuan Hasyim dalam loghat biasa.

"Hanan pun nak ajak Hariez cara nak bermanja macam mana ?".jawab Hanan selamba yang tiada rasa malu dan bersalah.

"Korang dah nak balik Mesir kan ? Buat dekat Mesir je lah ?".soal Tuan Hasyim yang mengejutkan Puan Safira di sebelah selepas mendengar soalan daripada mulut suaminya itu kepada Hanan.

Hanan membentak kakinya lalu berjalan laju masuk ke dalam rumah.Tuan Hasyim tergelak besar selepas dapat mengenakan anak perempuannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience