Lalu lintas mula sesak di tengah Bandar Cairo,Hariez pada hari ini sekali lagi tidak ke Kafe kerana Hanan isterimya tidak sihat.Hanan mengalami demam yang begitu panas.Hanan tidak mampu untuk berdiri sekali pun kerana badannya terlalu rasa lemah di seluruhnya.Hanan hanya berbaring dan berehat di atas katil.Segala tugas kerja rumah Hariez lah yang nengambil tanggungjawab untuk membuatnya kerana Hanan tidak sihat.Hariez memasakkan bubur ayam yang resepinya diambil daripada Kafe miliknya untuk Hanan.Tetapi hanya satu sudu sahaja Hanan sudah memuntahkan balik makanan yang telah masuk ke dalam tekaknya.Hariez rungsing dengan keadaan isterinya ini,dia sendiri tidak dapat membantu Hanan di dalam keadaan isterinya yang sebegini.Akhirnya dia membuat keputusan,untuk memanggil seorang doktor peribadi miliknya untuk membuat pemeriksaan pada Hanan.
“Sayang..saya panggil doktor ye..nanti awak boleh sihat cepat sikit..saya dah tak tahu nak buat apa ? Segala apa yang masuk dekat tekak awak semuanya awak muntahkan balik”.ujar Hariez yang melihat keadaan isterinya yang semakin lemah.
“Saya taknak awak panggil doktor”.rengek Hanan seperti anak kecil.Hariez mengaru kepalanya yang tidak gatal itu kerana runsing dengan kerenah isterinya yang seperti keanak-anakan.
“Okay saya janji..doktor tu akan check awak sekejap je ?”.pujuk Hariez kepada isterinya yang masih dalam keadaan berbaring di atas katil itu.
“Taknak…awak je lah rawat saya…saya taknak lah sayang”.rengek Hanan dan selamba sahaja ayat-ayat yang keluar dari mulutnya.Hariez meletakan kedua-dua telapak tangannya dan mencengkam rambutnya agak kuat kerana tidak tahu hendak buat apa dengan kerenah isterinya yang berperangai manja ini.
“Sayang..saya ada nanti masa doktor check awak..jangan lah takut..saya tak tinggalkan awak seorang diri dalam bilik ni pun”.jelas Hariez dan masih berusaha untuk memujuk isterinya itu lagi.
“Taknakkkk”.jerit kecil Hanan yang sudah mula memberontak seperti anak kecil yang tidak dapat apa yang mereka mahu.
“Ya allah sayang..tak baik lah macam ni..awak tak kesian dekat saya ke ?”.soal Hariez dengan wajah sayu.
“Takk !”.rengek Hanan lagi.Hariez menepuk dahinya.Dia memang tidak tahu kenapa Hanan boleh begitu cepat berubah dengan ragamnya ini.
“Okay-okay..saya janji dengan awak..saya akan ada sentiasa dekat sisi awak masa doktor check awak..boleh ye sayang ?”.pujuk Hariez buat kali terakhir.Dia sudah tekad untuk tidak melayan ragam manja Hanan itu.Hanan merenung wajah suaminya sayu.
“Janji ? Awak akan ada dengan saya masa doktor check nanti ?”.soal Hanan inginkan kepastian.
“Ye sayang..saya janji dengan awak”.ucap Hariez lembut dan romantis.Hanan tersenyum kemudian dia memeluk pinggang Hariez yang sedang berdiri di sisi katil itu.Hariez menepuk dahinya sekali lagi.
“Kalau dari tadi cakap ‘okay’ kan senang”.bebel Hariez sendirian dan perlahan.
“Okay..tapi sekarang saya nak pergi dapur kejap tau”.pinta Hariez lembut daripada isterinya.Apabila Hariez berkata begitu,segera Hanan mencengkam pakaian Hariez supaya suaminya itu tidak bergerak ke mana-mana untuk meninggalkannya walaupun sebentar.
“Sayang..awak tak boleh macam ni..saya pun nak kena selesaikan kerja saya jugak”.ujar Hariez lembut dan mengusap kepala isterinya.
“Kerja apa ? Tak payah lah rajin sangat nak buat kerja”.rengek Hanan selamba mengutuk suaminya.Hariez mengetap bibirnya tanda geram dengan kerenah isterinya ini.
“Suka awak je cakap saya macam tu ya..awak ingat saya ni jenis majikan yang goyang kaki ke tinggal tunggu duit masuk je”.jelas Hariez yang ada sedikit nada geram dalam percakapannya.Hanan merenung wajah suaminya dengan penuh tanda tanya.
“Awak marah saya ?”.soal Hanan dalam nada agak sebak dan airmatanya bergenang di tubir mata.Hariez melepaskan keluhan kecil perlahan.Dia mengucup dahi Hanan yang sedang mendongak menghadapnya.
“Saya bukan nak marah awak sayang..tapi saya nak awak faham dan tahu..yang masa saya bukan untuk awak sepenuhnya..saya ada kerja lain yang perlu diuruskan..termasuklah kerja rumah..awak dah tak sihat macam ini..saya pun kena main peranan untuk bantu awak..okay ?”.jelas Hariez lembut dan panjang.Hanan mengalirkan airmata.
“Maafkan saya..kalau saya susahkan awak”.ujar Hanan dalam tangisannya.
“Tak sayang..awak tak pernah susahkan saya..Cuma awak terlebih manja dengan saya”.ujar Hariez lembut sambil tersenyum.
“Sorry tau sayang”.ucap Hanan lembut.Hariez tersenyum dan menangguk.
“Its okay sayang”.ucap Hariez dan meleraikan pelukan Hanan yang melingkar di pinggangnya.
“Awak nak pergi mana ?”.soal Hanan lagi.
“Saya nak pergi buat kerja lah sayang..kenapa ?”.soal Hariez.
“Nak ikut ?”.pinta Hanan manja.
“Pergi jamban nak ikut tak ?”.soal Hariez selamba dengan riak wajah tidak bersalah.Kemudian di melangkah keluar terlebih dahulu.Hanan mengetap bibir geram.
“Mentang-mentanglah dia yang jaga kita..suka-suka je nak kutuk orang ehh”.rungut Hanan bersendirian.
Selepas tidak lama kemudian,pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang.Hariez melangkah laju untuk membuka pintu.
“Hi Doctor”.sapa Hariez kepada seorang doktor lelaki yang sudah terjegat dihadapan pintu.
“Hi Hariez..how are you ?”.soal doktor itu kepada Hariez.
“I’m fine Doctor”.balas Hariez sambil tersenyum.Kini kedua-dua lelaki itu sudah berada di tengah ruang tamu rumah.Hanan terkebil-kebil melihat doktor lelaki itu.Hanan perlahan-lahan bersembunyi di belakang Hariez.
“Sayang..ni ke doktor yang nak check saya tu ?”.soal Hanan berbisik di telinga Hariez.
“Ya sayang..kenapa ?”.soal Hariez yang sedang berdiri di hadapan doktor tersebut.Doktor itu hanya memerhatikan gelagat mereka berdua kerana tidak memahami bahasa ibunda yang digunakan dua orang yang berada di hadapannya itu.
“You two have a problem ?”.soal doktor tersebut kepada Hariez dan Hanan yang sedang berbisik-bisik.
“Nothing Doctor..my wife is not used to being examined by a doctor…so she is less comfortable”.alasan diberi kepada doktor lelaki tersebut.
“Sorry Doctor”.ucap Hanan lembut.Kemudian dia mencubit pinggang Hariez daripada belakang.
“It’s okay ma’am..i will treat you in a comfortable way”.ujar doktor itu sambil tersenyum.
“So where do I want treat your wife ?”.soal doktor itu mesra.
“Doctor can I accompany my wife once ?”.pinta Hariez kepada doktor tersebut.
“Yes of course”.jelas doktor itu dengan memberi senyuman yang manis.
“Please Doctor”.ajak Hariez mesra.
Mereka terus ke bilik tidur Hariez dan Hanan.Sesampai sahaja mereka di bilik,Hanan diminta untuk berbaring di atas katil supaya memudahkan urusan doktor tersebut memeriksa.Hanan seboleh-boleh tidak mahu melepaskan pegangan Hariez.Suaminya itu hanya tersenyum semasa isterinya sedang dirawat.
“Have you ever had a pregnancy test ?”.soal doktor itu kepada Hanan.Terkedu Hariez di sisi,dia memandang wajah sayu Hanan kerana kurang sihat itu.Hanan tidak berkelip matanya memandang wajah Hariez.
“No Doc..why ?”.soal Hariez ingin tahu.
“Nothing…just want certainty”.jelas doktor itu dengan tenang.Hariez mengurut dadanya perlahan.Hanan masih di dalam keadaan mukanya yang cuak.Tidak tahu apa yang ditakutinya.
“Well….your wife’s condition is not very serious…she just needs to take a balanced diet to increase the strength of antibodies…otherwise she will often get sick”.jelas doktor tersebut tentang keadaan Hanan kepada Hariez.
“Ohh okay doctor…let’s go to the doctor…I’ll send the Doctor home”.pelawa Hariez kepada doktor itu.Tetapi pelawaan lelaki ditolak cara baik.Akhirnya doktor tersebut pulang sendiri.
Hariez mendekati isterinya.Dia berbaring di sebelah Hanan.Dia mengucup kepala Hanan lembut.Tetapi reaksi Hanan ialah mengalirkan airmata.Hariez mengerutkan dahi apabila melihat isterinya yang sedang menangis itu.
“Kenapa sayang ? Awak sakit ke ?”.soal Hariez pelik.
“Saya takut”.nyata Hanan dalam tangisan kecil.
“Awak nak takut apa ?”.soal Hariez pelik.
“Saya takut kalau saya mengandung tapi saya tak kuat macam dulu..saya taknak kehilangan lagi..sakit awak bila kita hilang sesuatu yang kita dah sayang..”.ujar Hanan panjang.Kata-katanya itu membuatkan Hariez sebak.Tanpa dia sedar,air matanya juga turut mengalir.
“Sayang..saya pernah rasa kehilangan..jadi saya taknak awak rasa perkara tu buat kali kedua..cukup kita berdua dah pernah merasai walaupun sekali”.jelas Hariez sayu.
“Saya taknak kehilangan awak”.ujar Hanan dan terus memeluk suaminya yang berada di sisi erat.
“Saya pun nak mintak something dekat awak”.ujar Hariez yang ingin meminta sesuatu daripada isterinya itu.
“Apa dia ?”.soal Hanan yang tidak sabar dan berdebar untuk mengetahui tentang permintaan suaminya itu.
“Apa pun yang jadi dalam hubungab kita…tolong jangan khianati cinta saya ?”.pinta Hariez dalam linangan airmata.
“Saya takkan khianat cinta yang awak dah beri pada saya sayang”.ucap Hanan lembut dan mengucup sekilas dahi suaminya.
“Sebab berapa banyak saya cintakan awak..awak tak perlu tahu..cukup allah yang tahu”.jelas Hariez lagi dan memeluk Hanan erat.Mereka berdua kini berada di dalam tangisan yang agak kuat dan lebat.Hati masing-masing terusik kerana terlalu mencintai.Petang yang agak terik,menembusi cahaya matahari ke dalam bilik tidur mereka dan menjadi saksi pertalian cinta yang terlalu kuat sehingga mengalirkan airmata.Cinta yang bertaut tanpa diundang lebih menyakitkan.
Share this novel