Harini Hariez dan Hanan membuat keputusan untuk pulang ke tanah air mereka.Pada hari minggu yang tenang , Hariez telah masuk ke dalam dapur untuk membancuh minuman buatnya dan Hanan.Dalam masa yang sama , dia turut menyediakan santapan pagi buat isterinya iaitu roti bakar.Sedang dia melakukan tugasnya itu , kedengaran suara Hanan menjerit seperti takutkan sesuatu dari arah bilik.Hariez segera meninggalkan segala kerjanya itu dan berlari ke arah bilik tidurnya dengan Hanan untuk mendapatkan isterinya itu.Sesampai sahaja dia di hadapan muka pintu bilik tidurnya.Dia melihat Hanan sedang berdiri di atas katil dalam keadaan tegak seperti orang yang mahu menyanyikan lagu kebangsaan.Hariez tidak dapat menahan tawanya yang hendak mahu letus itu.Dia akhirnya tertawa kecil sambil memandang ke arah isterinya yang kelihatan seperti kanak-kanak kecil.
“Sayang kenapa ?”.soal Hariez yang tiada rasa bersalah kerana telah mengelakkan isterinya.
“Tu ada cicak”.jelas Hanan dalam nada mendatar.Dia berasa geram dengan lelaki itu kerana dia digelakkan oleh suaminya.
“Ya allah…cicak saja pun”.ujar Hariez tenang dan berlagak.Hanan merenung tajam ke arah lelaki itu.
“Halau lahh…saya takut”.jelas Hanan tentang perasaanya yang takut melihat cicak seekor yang berada di dalam biliknya.
“Sayang itukan cicak..bukan lipas..buat apa nak takut ?”.soal Hariez dalam nada agak menyampah.
“Ishhh…halau jelah..saya geli lah”.ujar Hanan mengada.Hariez hanya mengelengkan kepalanya sahaja.
“Yelah…saya buang kejap”.ujar Hariez dalam senyumannya.Dia mendekati cicak yang tidak bergerak di atas lantai biliknya itu lalu mengambil binatang itu di hujung ekor.Dia memegang cicak itu dengan hujung jarinya.Dan dengan niat sengaja dia mencampakkan cicak ke arah isterinya yang sedang berdiri di atas katil.
‘Arghhh !.
“Sayang..cicak”.jerit Hanan sekali gus melompat ke arah suaminya yang sedang berdiri di sisi katil.Segera Hariez menyambut isterinya yang sedang melompat ke arahnya.Dan dia berjaya menyambut isterinya Hanan.Hanan memeluk Hariez erat.Hariez juga menyambut pelukan isterinya dan dia tersenyum disebalik wajahnya yang membelakangi Hanan.
“Sayang..cicak tu dah lari lah”.ujar Hariez lembut.
“Taknak…saya geli lah”.jelas Hanan dalam pejaman matanya dan masih dalam pelukan suaminya.
“Sayang..dah tak ada..dia betul-betul dah lari”.ujar Hariez dalam gelak kecilnya.
Akhirnya Hanan perlahan-lahan membuka matanya dan memandang ke arah katil dan mencari cicak yang membuatnya berdiri di atas katil sebentar tadi.Ia Hariez berkata benar yang cicak itu sudah pun hilang.Tetapi tangannya masih di atas dada bidang suaminya.Rasa geli itu tetap dirasai Hariez , tetapi untuk meraih cinta isterinya kembali dia terpaksa membiarkan walaupun rasa geli di dadanya tidak dapat ditahan.
“Sayang..saya geli lah sebab tangan awak atas dada saya”.jelas Hariez yang meminta Hanan mengalihkan tangan dari dadanya itu.Hanan segera melangkah beberapa langkah menjauhi suaminya itu.Dia berasa malu dengan kelakuannya itu.Segera dia melangkah keluar dari bilik itu , tetapi langkahnya diikuti Hariez dari belakang.Dia mencapai telefon bimbit dan membelek skrin tersebut sambil melihat laporan dunia masa kini sedangkan hatinya menjerit memarahi dirinya yang selamba memeluk Hariez.Hariez terus ke dapur mengambil dua cawan air yang dibuatnya sebentar tadi dan membawa ke arah Hanan.
“Sayang..minum dulu..hilangkan rasa gerun awak tu”.ejek Hariez dalam sindiran.Hanan merenung tajam ke arah suaminya.Tetapi Hariez sudah mengelakkan Hanan.Hanan hanya memberi tumpuan pada minuman yang dibancuh suaminya itu.
“Sayang”.panggil Hariez lembut.Tetapi tidak dijawab Hanan dan hanya membatukan diri.
“Sayang..saya nak cakap ni”.jelas Hariez kepada Hanan tentang niatnya memanggil Hanan.Hanan memandang ke arah wajah tampan suaminya.
Shit ! Ketampanan yang dimiliki Hariez tidak dapat diungkap oleh dia sendiri.Patutlah ramai wanita tergoda dengan suaminya ini.Dia sendiri tidak dapat menahan nafsu untuk memandang wajah tampan Hariez.Segera dia mengalihkan pandangan daripada terus memandang wajah suaminya.Hariez agak terasa hati dengan cara isterinya itu.
“Kenapa awak alihkan pandangan awak ?”.soal Hariez sayu.Hatinya agak kecewa kerana isterinya memalingkan wajah daripada suaminya.
“Maaf saya tak sengaja”.ujar Hanan teragak-agak kerana dia juga dihurung rasa bersalah kepada suaminya kerana dia harus menghormati lelaki itu.Tetapi , apakan dayanya disebabkan hatinya pernah disakiti kerana perbuatan suaminya terhadapnya pada suatu ketika dahulu kini dia ingin membuat suaminya merasa apa yang dirasainya.
“Terima kasih sayang sebab awak masih sudi panggil saya sayang walaupun dalam keadaan tidak sengaja”.ujar Hariez dalam nada sebak.Dia rasa ingin menangis ketika ini , tetapi ditahan kerana dia tidak mahu menunjuk rasa lemah cintanya kepada Hanan Qaisara.
“Hariez..saya tahu awak cintakan saya..tapi hati saya dah mati…saya tiada hati pada awak lagi…awak hendak tahu ? Masa hari pernikahan kita selepas majlis..ramai kenalan awak yang cuba racun fikiran saya dengan cerita buruk pasal awak..saya tak boleh terima bila orang cakap buruk tentang suami saya..tapi bila awak sendiri yang membuat pengakuan yang awak lah Huzaifah…saya rasa bangga sebab saya dapat membalas balik pada awak apa yang menyakiti saya selama 10 tahun”.ujar Hanan dengan nada yang menekan dan sinis.Katanya-katanya sangat menikam kalbu Hariez.Dia tersentak dengan kata-kata isterinya.Airmatanya bergenang di tubir mata.Tetapi ditahan dengan sepenuh dayanya.
“Tak boleh ke kalau kata-kata awak tu , mengubat sedikit hati saya sebagai suami , jiwa saya tak sekuat awak fikir..saya lelaki tetapi sebagai suami saya jadi lembut kerana isteri saya”.ujar Hariez sebak.Airmatanya mula mengalir dipipi .
“Saya taknak tahu tentang hati awak..tapi apa yang mereka cakap pasal awak itu benar berlaku sekarang ini…terima kasih sebab jujur dengan saya..dan saya taknak lagi perhatian daripada awak..”.jelas Hanan tegas dan sinis.Hariez tertunduk wajahnya ke lantai.
“Mengapa awak perlu dengar kata-kata mereka sayang ?”.soal Hariez yang suaranya tengelam timbul dalam tangisan.
“Sebab kata-kata mereka benar daripada kata-kata munafik awak Hariez…selama ini awak cuba untuk tutup kesalahan awak pada saya dengan cara layan saya dengan elok dengan baik..tetapi kuasa allah itu lebih hebat..sampai bila awak nak tipu saya ? Akhirnya perkara silam kita keluar juga dari mulut awak kan ?”.soal Hanan agak bangga dan angkuh kepada suaminya.Airmatanya juga turut mengalir kerana hatinya yang menahan sakit.
Akhirnya Hariez bangun meninggalkan Hanan sendirian dalam keadaan lemah dan sedih.Dia benar kecewa tika ini terhadap isterinya.Tidak ada ruang dan peluang untuk dia mendapat layanan yang baik untuknya sebagai suami.
Hanan yang hanya duduk di meja makan itu hanya membiarkan dirinya menangis melepaskan rasa sesak di dada.Dia akui , cinta dan sayang terhadap Hariez itu belum pupus sepenuhnya , tetapi dengan keras hati dia juga sedang memupuskan rasa cinta dan sayang terhadap suaminya itu . Jika mahu dibandingkan kesakitan yang ditanggung 10 tahun lepas , kesakitan cinta yang bakal ditanggungnya akan lebih menyakitinya.
Pada jam 10 pagi mereka bertolak untuk pulang ke Malaysia.Sepanjang penerbangan mereka menuju ke tanah air.Mereka berdua hanya menyepi walaupun tempat duduk penumpang mereka bersebelahan.Hariez membuang pandangannya ke hadapan dan Hanan membuang pandangannya ke luar tingkap sambil dihidangkan pemandangan kepulan awan di udara.
TIba-tiba Hanan bangun bangun dan melintasi Hariez di sebelahnya tanpa rasa hormat.Dia ingin menuju ke tandas.Hariez hanya memandang sepi ke arah isterinya yang meninggalkan tempat duduknya itu daripada pandangan sisi sehingga kelibat Hanan hilang dari ekor matanya.
Hanan yang berada di depan pintu tandas , tiba-tiba ditegur seseorang yang tidak dikenalinya.Hanan cuba untuk mengelak dari lelaki itu.Tetapi kelakuannya makin rancak apabila tidak ada sesiapa yang berada berdekatan dengannya.Untuk kembali ke tempat duduknya agak jauh dan tidak mampu kerana lelaki itu telah mengepungnya dengan tangan sasanya.
“Lepaskan lah”.ujar Hanan dalam keadaan takut kepada lelaki itu.
“Alaa..lepas saya dapat apa yang saya nak..saya lepaskan lah awak”.ujar lelaki itu kepada Hanan.Hanan tidak dapat menahan airmatanya lagi.Airmatanya laju mengalir di pipi serta esakan kecil tanpa suara.Lelaki mula membuka kancing seluar.Dan dia cuba mendekati Hanan.Tiba-tiba bahunya direntap Hariez dan ditumbuk dengan buku lima.Lelaki itu jatuh terlentang ke tepi.Hanan terus memeluk pinggang suaminya dan mukanya disebamkan didada.Walaupun dengan hati yang dilukai.Hariez memaut lembut bahu Hanan dan cuba menenangkan isterinya itu.
“Sekali lagi..kau kacau orang dalam kapal terbang ni..aku tak teragak-agak untuk bunuh kau”.ucap Hariez dengan penuh amaran.Membuntang mata lelaki itu mendengar amaran daripada Hariez itu.Dia segera bangun dari pembaringannya dan berjalan laju menuju ke tempat duduknya kembali.
“Kau okay tak ?”.soal Hariez kepada isterinya Hanan.Hanan tergamam mendengar panggilan yang digunakan Hariez kepadanya iaitu ‘aku’ kemana panggilan ‘sayang’ yang sering dipanggil Hariez.
“Saya okay..”.jelas Hanan.Hariez kemudian membuka jaket yang dipakainya dan disarungkan ke tubuh isterinya.Dia membawa Hanan ke tempat duduknya semula.
Sesampai sahaja mereka di tempat duduk penumpang Hariez dengan selamba terus duduk di tempatnya semula.Dia tidak mengendahkan isterinya yang sedang melihat kelakuan peliknya itu.Hanan mengaru kepalanya yang tidak gatal perlahan dan memandang ke arah suaminya dengan tepat.Hariez hanya membatu sahaja.Dia tidak mahu tanya aku ke ? Sakit ke ? Trauma ke ?.
“Hariez..awak okay tak ?”.soal Hanan lembut.
“Okay kenapa ?”.jawab Hariez pelik dengan pertanyaan Hanan itu.Dia tidak ada batuk atau demam.Dia memalingkan wajahnya ke hadapan semula.
“Saya sakit dekat kaki ni..boleh awak tolong picitkan ?”.pinta Hanan lembut dan agak manja suaranya sekali gus membuat Hariez terbuai tetapi suara manja itu cuba ditepis lembut oleh hati dan perasaannya.Hariez terus menyuruh isterinya menyandarkan badan pada bahagian tepi tingkap dan kaki Hanan diminta untuk meletakkan di atas kakinya.
“Terima kasih awak”.ucap Hanan yang rasa terharu diselamatkan oleh suaminya tadi.
“Sama-sama”.balas Hariez ringkas dan mendatar.
“Awak marah saya ke ? Saya tahu kita diulit perasaan yang menyakitkan sekarang ini..tapi kita sendiri kena pujuk hati dan perasaan kita..saya janji saya akan pujuk hati saya untuk terima awak Hariez”.ucap Hanan lembut.Dia menyentuh tangan Hariez yang sedang giat memicit kakinya itu.
“Tak perlu paksa hati dan perasaan kau untuk aku kalau aku memang dari asal tiada dalam hati kau..aku taknak dikhianti lagi Hanan..cukup apa yang aku dah terima…”.ucap Hariez lembut dan ada ketegasan di dalam kata-katanya.
“Mesti kau takut waktu lelaki tu nak sentuh kau kan ? Sebab tu kau peluk aku tadi..dan kau baru tahu apa yang aku buat selama ini bukan sebab nak ambil kesempatan atas kau Hanan tapi sebab cinta pada kau..tapi kau butakan mata kau..takpalah..aku redha..lepas ni kita tuju haluan masing-masing je..
“Hariez..kenapa awak berubah ?”.soal Hanan perlahan supaya tidak ada penumpang yang dengar perbualan mereka.Airmatanya mula bergenang tetapi ditahan sehingga mendapat jawapan daripada Hariez kerana dia tidak mahu menunjuk kelemahannya pada suaminya itu.
“Untuk kali yang terakhir aku cakap pada kau Hanan..sebab kau yang ubah haluan hati aku”.jelas Hariez dengan suara yang menekan dan tegas walaupun perlahan suaranya.Dia melepaskan picitan di kaki Hanan dan memejamkan mata sambil memeluk tubuh.Hanan perlahan-lahan mengalihkan kakinya dalam kedudukan tegak dan dia menangis mendengar penjelasan suaminya itu.
“Lain kali jangan khianati aku Hanan”.ucap Hariez dalam pejaman matanya itu.Airmata Hanan makin laju mengalir.
“Maafkan saya sayang..saya bukanlah yang terbaik untuk awak dan saya tak mampu jadi yang terbaik untuk awak Hariez”.ucap Hanan.Kemudian dia memalingkan wajahnya ke luar tingkap.Dia memandang kepulan awan di udara dengan airmata.Hatinya kini yang terluka dan benar-benar terluka.Sakit yang memedihkan.Luka tanpa kesan dan darah.Tetapi amat menyiat hatinya.
Selepas beberapa jam penerbangan , akhirnya mereka selamat sampai di Malaysia dan terus menuju pulang ke rumah Tuan Hasyim.Sesampai sahaja mereka di sana mereka berdua terus membuat haluan masing-masing.Kelakuan mereka itu dapat dihidu oleh Tuan Hasyim dan Puan Safira.
“Abang pergilah tengok Hanan tu..saya nanti bercakap dengan Hariez”.jelas Puan Safira kepada suaminya.
Akhirnya Tuan Hasyim terus melangkah menuju ke taman kecil yang dibuatnya Khas untuk isteri tercintanya tetapi yang sering duduk di taman itu adalah Hanan.Tuan Hasyim semakin hampir dengan Hanan.Tiba-tiba dia terdengar esakan kecil daripada anak perempuannya itu.
“Anak papa ni kenapa ?”.soal Tuan Hasyim lembut.Dia duduk di sebelah Hanan dan mengusap lembut kepala Hanan.
“Kenapa papa taknak jujur dengan Hanan daripada awal lagi ? Kenapa tak ceritakan pada Hanan tentang perkara yang sebenar ? Kenapa tak mahu jujur dengan Hanan ?”.soal Hanan
“Papa bukan taknak jujur dengan Hanan tapi papa tahu yang Hanan takkan terima Hariez..jadi papa biarkan Hariez saja yang jujur dengan Hanan…lagipun itukan suami Hanan”.jelas Tuan Hasyim tentang niatnya di hati.
“Tapi papa tahu tak ? Hanan yang perlu menanggung seksa ni”.luah Hanan tentang perasaan yang ditanggungnya kini.
“Hanan buat salah juga..Hanan permainkan hati Hariez..Hanan pilih jalan selamat untuk lari dari Furqan dengan cara kahwin dengan Hariez secara terpaksa dan tidak rela”.ujar Tuan Hasyim kepada anak perempuannya itu.
Membutang mata Hanan apabila mendengar penyataan dari papanya itu tentang niat asalnya terima Hariez sebagai suami.
“Macam mana papa tahu ?”.soal dia seperti orang terkejut dan tidak dapat menerima penyataan itu.
“Hariez tu betul-betul cintakan Hanan dan sayangkan anak papa ni…segala apa yang berlaku 10 tahu lepas papa yang punca”.jelas Tuan Hasyim sayu.
Hanan memgerutkan dahinya tanda tidak faham dengan penjelasan yang cuba dibuat papanya itu.
“Hanan pernah menjadi tebusan Hariez dan Furqan..sewaktu itu mereka berada di dalam sebuah kumpulan kongsi gelap”.jelas Tuan Hasyim sayu.
Membutang mata Hanan mendengar penyataan papanya itu.Airmatanya mengalir deras.
“Papa jadikan Hanan terbusan ?”.soal Hanan seperti tidak percaya kata-kata yang keluar daripada mulut papanya itu.
“Papa terdesak mahukan duit..jadi mereka mahukan Hanan..papa tak fikir panjang dan terus serahkan pada mereka berdua”.ujar Tuan Hasyim dengan suaranya yang mula tengelam timbul kerana menahan sebak di dada.
“Kenapa papa buat Hanan macam ni ?”.soal Hanan dalam linangan airmata yang deras.
“Dan anak yang gugur itu adalah anak Hariez”.Terang Tuan Hasyim kepada anak perempuannya itu.
Hanan menangis semahu mahunya.Dia menekup mulutnya dan mengeleng kepalanya perlahan.
Sayang anak kita ! Sayang saya tak jaga zuriat kita dengan baik !.
Hanan diulit rasa yang bermacam-macam rasa pada perasaannya.Dia diulit rasa bersalah , rasa bersyukur , rasa kecewa dan bersalah.Walaupun perbuatan Hariez itu salah tetapi dnegan apa yang dijalani bersama Hariez pada hari ini.Dia tidak patut kehilangan anak itu.Hatinya perit menanggung rasa.Akhirnya dia juga yang merasai sakit ini semua.Tetapi tiada siapa yang memahami.
Share this novel