Hariez yang baru sahaja pulang daripada bersenam di taman yang berdekatan di kawasan perumahan mertuanya itu terus menuju ke dapur.Dia membuka peti sejuk untuk mengambil oren yang tersedia di dalam bekas minuman yang dibelinya beberapa hari lepas.
“Hariez baru balik ?”.soal Puan Safira yang tiba-tiba ada di belakang Hariez yang sedang minum itu.Akibat terkejut dia hampir menyembur semula air yang ada di dalam mulutnya.
“Aah ma,Hariez baru balik”.jelas Hariez selepas menelan air yang berada di dalam mulutnya.
“Hariez nak breakfast tak,mama boleh buatkan”.tawar Puan Safira kepada menantunya.
“Takpa mama..Hariez tak rasa nak makan lagi”.jelas Hariez dan dia mengeluarkan telefon pintar yang berada di dalam kocek seluarnya dan melihat berita-berita terkini daripada aplikasi yang diambilnya hanya khas untuk melihat berita.
“Hariez,mama nak tanya ni...Hanan dah tahu pasal sakit Hariez ?”.soal Puan Safira tiba-tiba.Hariez terus mengangkat wajahnya dan melihat wajah sayu ibu mertuanya itu.
“Belum..Hariez tak tahu nak beritahu macam mana mama ? Sebab dah beberapa hari ni dia asyik moody je ?”.jelas Hariez kepada Puan Safira.
“Jangan lambat-lambat Hariez..mama tengok Hariez dengan Hanan tengah rumit sekarang ni..mama taknak masalah korang bertambah tau”.jelas Puan Safira kepada menantunya itu.
“Sokay ma,jangan risau...Hariez akan handle perkara ni sebaik mungkin..Hariez sayangkan isteri Hariez”.luah Hariez kepada ibu mertuanya itu.Puan Safira memandang sayu wajah lelaki itu.
“Mama percaya,ribut macam mana pun yang datang membadai rumahtangga anak-anak mama ni..anak mama akan tetap pertahankan masjid yang telah dibina”.ucap Puan Safira dengan penuh mendalam kata-katanya,membuatkan Hariez terpegun dengan ibu mertuanya.
“Hebat betul mama berkata ye ?”.sakat Hariez kepada ibu mertuanya.
“Ehh mestilah,mama dulu juara baca sastera”.gurau Puan Safira pula.Kedatangan Tuan Hasyim tidak disedari oleh mereka berdua kerana gelak tawa mereka yang agak kuat.
“Amboi bahagianya..cerita apa ?”.sindir Tuan Hasyim kepada mereka berdua yang sedang bergurau senda.Terus sahaja tangannya melingkari pinggang Puan Safira.
“Takdalah saja je gurau dengan Hariez”.jelas Puan Safira yang masih bersisa dengan tawanya.
“Tak ajak abang pun”.ujar Tuan Hasyim seperti nada orang merajuk.Dagunya ditongkatkan di atas bahu kiri Puan Safira.
“Haihh..takkan tu pun abang nak merajuk..berbual je pun”.jelas Puan Safira menyindir suaminya.
“Takdalah..abang gurau je”.ujar Tuan Hasyim kepada isterinya.Kebahagiaan mereka dicemburui Hariez yang sedang duduk berhadapan dengan pasangan merpati dua sejoli itu.Dia memerhatikan gelagat suami isteri yang sedang bergurau senda.Dan ada sesuatu yang berkaca di matanya.Walaupun perasaan cemburu hinggap dihatinya.Tetapi senyuman tetap terukir di bibir,kerana kebahagiaan pasangan itu dapat dirasainya.
“Hariez okay ?”.soal Puan Safira yang perasan dengan air wajah menantunya yang sayu itu.
“Okay mama”.jelas Hariez ringkas.
“Mama nampak Hariez macam sebak je ?”.duga Puan Safira kepada menantunya itu.Tuan Hasyim terus melepaskan pelukan erat dipingang isterinya.
“Hariez kenapa ni ? Cakap dengan papa kalau ada masalah ?”.soal Tuan Hasyim lembut.
“Takda apa lah papa”.jelas Hariez lagi.
“Hariez ada rahsia ye ?”.soal Puan Safira kepada lelaki itu.
“Ehh rahsia apa mama ?”.soal Hariez dalam tawa sinisnya.Puan Safira dan Tuan Hasyim saling berpandangan.
“Hariez jangan simpan nak..luahkan lah”.ucap Tuan Hasyim yang sudah berada di sebelah menantunya itu dan mengusap lembut bahu lelaki itu.
“Takda lah..Hariez cemburu tengok papa dengan mama..dari muda sampai tua happy je...kalau Hariez tak buat kerja bodoh tu dulu mesti Hariez dah bahagia dengan Hanan kan ? Dah ada anak dah pun..Hariez pun nak bahagia macam papa dan mama”.jelas Hariez dalam linangan airmata yang lebat.
“Papa dengan mama always doakan Hariez dengan Hanan..seburuk-buruk kisah silam Hariez dengan Hanan..Hariez masih mampu jadi yang terbaik buat Hanan..”.jelas Tuan Hasyim memberi kata-kata semangat.
“Okay lah pa..Hariez naik atas dulu ye”.pinta Hariez dari bapa mertuanya.
“Ehh kejap-kejap..ni tolong bagi Hanan nanti”.ujar Puan Safira yang menghulur secawan minuman panas kepada Hariez.
“Hot chocolate ? Hanan je ? Suami Hanan takda ?”.gurau Hariez.
“Suami Hanan pergi minta Hanan lah”.gurau Puan Safira pula.Mereka tertawa bersama.
Hariez menuju ke tingkat atas untuk ke bilik tidurnya dan mendapatkan isterinya.Tetapi hatinya agak berdebar kerana pertelingkahan mereka semalam masih belum reda.Pagi tadi semasa bangun dari tidurnya pun dia tidak mengejutkan isterinya dan terus bersiap pergi bersenam.Akhirnya dia telah selamat sampai di tingkat atas dan anak tangga terakhir.Dia menguak pintu biliknya dari luar dan mencari bayang isterinya.Tetapi tidak nampak.
“Dia keluar ke ? Bila masa ? Tak bagitau pun ?”.soal Hariez bersendirian bertalu-talu.
“Hanan”.panggil Hariez kepada isterinya tetapi tiada sahutan.
“Hanan awak dekat mana ?”.soalnya lembut tetapi tetap tiada sahutan.
“Hana...”.nama isterinya tidak sempat dipanggil habis.Tiba-tiba dia terdengar bunyi suara seperti orang muntah dari arah bilik air yang berada di dalam biliknya.
“Hanan...ya allah”.ucap Hariez kemudian dia mencempung tubuh isterinya dan dibawa ke katil.
“Hanan kenapa ni ?”.soal Hariez lembut.
“Saya tak tahu...saya rasa mual..lepastu muntah tak berhenti”.jelas Hanan kepada suaminya.
“Awak ada salah makan ke ?”.soal Hariez lembut.
“Saya tak pasti”.jawab Hanan lemah kerana terlalu banyak muntah.
“Awak tunggu sekejap”.jelas Hariez,dia ingin mengambil minyak angin untuk isterinya tetapi tangannya ditarik Hanan lembut.Dia menoleh ke arah isterinya yang sedang berusaha untuk bangun dari pembaringannya dan duduk bersila di atas katil.Hanan sudah mencebik seperti mahu menangis dan tanpa dia sedar airmatanya sudah pun mengalir.
“Saya minta maaf”.pinta Hanan dalam sayu dan tangisannya sudah pun bermula.
“Kenapa nak minta maaf ?”.soal Hariez lembut.
“Sebab saya buat dosa dengan awak semalam”.jelas Hanan kepada suaminya.Esakannya makin kuat.
“Awak tak salah sayang..saya yang banyak seksa awak”.jelas Hariez kepada isterinya.
“Semalam saya lempang awak tanpa saya sedar kerana ikut rasa amarah”.jelas Hanan kepada Hariez dalam linangan airmata.
Hariez terus menarik isterinya di dalam pelukan dan memeluk seerat eratnya.Mereka berdua menangis di dalam dakapan tersebut.Kesalahan yang telah berlaku adalah ujian buat mereka.Sabar dan setia menunggu adalah kunci keutuhan rumahtangga mereka.
Share this novel