BAB 29

Romance Completed 23149

Hanan baru sahaja selesai menunaikan fardhu maghrib.Dia terlambat menunaikan solat fardhunya dan sekali gus menunggu fardhu isyak.Dia berteleku di atas sejadah.Di dalam lamunannya itu,airmatanya turut mengalir.Dia terkenangkan kata-kata suaminya pada petang tadi.Dia tidak menyangka yang Hariez benar berubah hati terhadapnya.Sedangkan dia tahu betapa hebatnya cinta Hariez terhadapnya.

“Kau dah sembahyang ke ?”.soal Hariez yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik.Hanan agak tersentak dengan pertanyaan Hariez itu,segera dia menyeka airmata yang mengalir di pipi.

“Dah,awak dah sembahyang ke ? Atau awak baru nak sembahyang ?”.soal Hanan kepada suaminya.

“Aku dah sembahyang dekat bilik bawah tadi dengan Tuan Haji..”.jelas Hariez.

“Ohh okay..saya nak turun sekejap”.jelas Hanan lembut kepada suaminya.Walaupun keadaan rumahtangga mereka dalam keadaan yang keruh tetapi layanan dan pertuturan Hanan kepadan suaminya tetap lembut.

“Hanan sekejap..aku nak cakap dengan kau”.pinta Hariez kepada Hanan dan seraya menarik lembut lengan isterinya supaya duduk di sisinya.

“Kenapa ni awak ? Nak cakap apa ?”.soal Hanan pelik.

“Aku nak tanya kau something”.jelas Hariez kepada isterinya.

“Tanyalah”.ujar Hanan.

“Aku ni kejam sangat ke Hanan ?”.soal Hariez memulakan pertanyaan kepada isterinya.

“Kejam Hariez”.jawab Hanan lembut tetapi kata-katanya menusuk ke kalbu suaminya itu.

“Apa yang kau nampak atas kekejaman aku ?”.soal Hariez lembut.

“Awak buat saya sakit…saya menderita…saya terseksa…saya gila”.jelas Hanan yang cuba mengawal suaranya.

“Aku minta maaf Hanan”.pinta Hariez.Kaca di bebola matanya berkecai jatuh ke lantai.Hanan agak terkedu dengan suaminya yang sudah pun mengalirkan airmata.Perlahan tangannya naik menyentuh pipi Hariez dan menyeka lembut airmata suaminya itu.Disebabkan airmata yang mengalir di pipi Hariez.Hanan turut merasa sebak dan mengalirkan airmata jua.

“Kalau kau masih ada rasa sayang dekat aku,boleh aku tahu tak dulu masa anak yang kau gugur tu anak lelaki ke perempuan ?”.soal Hariez ada sedikit nada bergurau dengan isterinya.Hanan menekup mulutnya kerana dia tidak dapat menahan tawa yang terhambur itu.

“Kenapa awak nak tahu ?”.soal Hanan selamba.Hariez memberi senyuman manis kepada isterinya.

“Sebab itu anak aku juga”.Hanan sekali lagi mengalirkan airmata kerana ambil berat Hariez terhadapnya.

“Masa saya dapat tahu saya pregnant dan tanpa saya sedar,doktor sahkan anak lelaki”.jelas Hanan kepada suaminya.

“Kalau kau tak gila sebab aku mesti aku dah dapat pewaris kan ? Maafkan aku Hanan”.pinta Hariez.Tanpa mereka sedar,sepanjang perbualan mereka tangan mereka telah pun bergengaman.

“Awak nak anak ?”.soal Hanan tiba-tiba.

“Siapa yang dalam dunia ni kahwin taknak anak ? Kecuali yang tak mahu bagi”.jelas Hariez menyakat isterinya.Hanan menepuk lembut bahu suaminya.Hariez tersenyum nipis.

“Saya tak sempat beri awak zuriat Hariez..saya minta maaf juga”.ujar Hanan sayu kepada suaminya.

“Kenapa kau cakap tak sempat ? Kita kan suami isteri ? Kalau kau nak anak sekarang pun aku boleh bagi”.ujar Hariez berlagak tetapi di dalam nada gurauan.Hanan mencebik bibirnya.

“Cakap jangan macam orang takda iman boleh tak ? Awak siapa nak terus bagi saya anak ?”.soal Hanan seperti kanak-kanak yang manja.Ada sesuatu yang mencuit hati Hariez apabila melihat isterinya berkelakuan begitu tetapi riak wajahnya tetap dikawal.

“Aku ni suami kau..suami yang akan jalankan tanggungjawab sebagai suami dan beri hak nafkah batin pada kau…dan aku sedar aku bukan tuhan…sebab aku pun hamba yang hina..tetapi sebagai suami aku cuba jadi dan beri yang terbaik untuk kau”.jelas Hariez lembut dan mendalam kata-katanya.

“Mungkin awak gagal jadi suami yang baik..andai kata allah bagi kita rezeki..saya yakin awak lah ayah terbaik”.jelas Hanan kepada suaminya.

“Aku cuba jadi yang terbaik”.jelas Hariez dalam linangan airmata.

“Awak..boleh tak saya nak pinjam bahu awak sekejap”.pinta Hanan manja.Hariez tersenyum dengan permintaan Hanan itu.

“Boleh..sila lah”.jelas Hariez yang mengizinkan isterinya melentokkan kepala di bahunya itu.

Mereka melayani perasaan tika ini,airmata Hanan mengalir laju disaat kepalanya sudah ada terletak di atas bahu Hariez.Genggaman tangan lagi dieratkan oleh mereka berdua,airmata Hariez turut mengalir.Di dalam erat genggaman tersebut Hariez mengusap lembut tangan isterinya.

“Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak marah kau macam sebelum ni ? Tiba-tiba nak ikutkan perasaan ni..sebab tu aku rasa bersalah sangat..hmm..nak bandingkan apa yang kau buat kat aku dengan apa yang aku dah buat dekat kau..memang tak patut sangat”.jelas Hariez dalam suaranya yang tengelam timbul.

“Saya pun sama..walaupun awak dah akui yang tiada rasa cinta antara kita says tetap nak manja dengan awak..saya pun tak tahu kenapa”.jelas Hanan juga kepada suaminya.

“Aku sayang kau sebenarnya Hanan..dan kau tak khianat cinta aku yang macam aku maksudkan pada kau selama ini..perasaan aku yang memaksa supaya aku ikut rentak hati aku”.jujur Hariez kepada isterinya.Hanan terus menegakkan kepalanya yang terlentok di bahu Hariez itu.

“Habis apa yang awak buat selama ni untuk apa ?”.soal Hanan yang suaranya tenggelam timbul.

“Sebab dia aku sendiri tak tahu”.jelas Hariez kepada Hanan.

“Awak ni dah gila ke ? Awak yang seksa saya tapi awak tak tahu ?”.soal Hanan dan suaranya agak tinggi.

“Aku rasa keliru dengan diri aku sendiri”.jelas Hariez kepada Hanan.

PANG!

Satu tamparan diberi kepada Hariez.Hariez memegang pipinya dengan matanya membutang memandang Hanan.Hanan mengerutkan dahinya sehingga keningnya hampir bercantum.

“Kau dah seksa hidup aku..lepas tu kau cakap kau tak tahu kenapa ? Kau nak mati ke ?”.soal Hanan kasar dengan suaminya kerana sikap lelaki itu.

Kemudian dia keluar dari bilik itu meninggalkan Hariez bersendirian.Hariez menangis di dalam esakan.

“Aku sakit Hanan..aku takut nak beritahu kau”.ujar Hariez seorang diri dalam tangisannya yang lebat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience