BAB 35

Romance Completed 23149

Hanan dan Hariez pada hari ini akan pulang ke tempat tinggal mereka semula.Hariez tidak mahu terlalu lama duduk di negaranya ini,kerana atas urusan kerja yang terlaalu banyak ditangguhnya.Hanan yang sedang mengemas bag pakaian dia dan suaminya sekilas memandang ke arah Hariez yang termenung.Kelakuannya itu berlaku,semenjak dia pulang dari rumah Puan Hanani dan Encik Firdaus semalam.

“Sayang”.panggil Hanan lembut kepada suaminya.

“Ya sayang”.jawab Hariez lembut dan memandang ke arah isterinya dengan senyuman yang sayu.

“Awak okay ?”.soal Hanan dengan ukiran senyuman di wajahnya.

“Okay”.jelas Hariez menipu isterinya sedangkan hatinya bagai sedang berperang sendiri.

“Kenapa asyik termenung je ?”.soal Hanan lembut.Dia berjalan dari satu sudut dan mendekati suaminya.

“Saya tengok awak asyik termenung semenjak pulang dari rumah mak semalam..kenapa ada sesuatu yang buat awak terasa ke ?”.soal Hanan lembut.

“Cara bapak cakap semalam buat saya terasa..”.Hariez tertunduk selepas meluah rasa di hati.Hanan berubah air muka kerana rasa kasihan akan suaminya yang sedih itu.

“Saya tahu saya tak baik..saya tak layak untuk semua orang..tapi tak boleh ke bagi peluang dekat saya untuk jadi yang terbaik ?”.luah Hariez sayu.Airmata yang ditahan di tubir mata akhirnya jatuh ke tangannya.Hanan yang menyaksikan adegan itu turut mengalirkan airmata.

“Ya allah,kejam sangat ke aku sebagai isteri sehingga suami aku rasa terbuang ? Kau peliharalah cinta kami ya allah supaya aku ada sentiasa bersamanya disaat semua manusia membuangnya ya allah..karna waktu itu kami hanya ada engkau saja ya allah”.ucap Hanan dalam hati.Airmatanya makin laju dan segera diseka lembut.

“Awak jangan risau sayang..sesiapa yang cuba untuk palaukan awak sekali pun..saya tetap ada dengan awak..saya takkan tinggalkan awak”.ucap Hanan lembut dan membuat Hariez rasa cukup rasa dihargai.
“Terima kasih sayang..saya untung memperisterikan awak..sebab awak akan melengkapkan hati saya yang separuh berkecai ni”.ucap Hariez romantis.Dia mengucup dahi Hanan lembut.

“Sama-sama…sebab saya nak jadi pelengkap hidup awak dan hati awak..biarlah setiap kali hati awak patah saya saja yang akan jadi penyambungnya”.ucap Hanan penuh makna dari hati.

Saat ini,perasaan cinta dan kasih sayang mereka bersatu.Hariez merenung anak mata Hanan sedalam dalamnya.Pipi mulus Hanan diusap lembut.Hanan terbuai dengan kelakuan suaminya itu.Wajah mereka semakin rapat,Hanan membuka matanya yang terpejam dan memandang anak mata suaminya dengan jarak pandangan yang sangat dekat.

“I love you sayang”.ucap Hariez menggoda.

“I love you too sayang”.balas Hanan seperti dalam keadaan tidak sedar.

Mereka merapatkan wajah dengan jarak yang lebih dekat.Baru sahaja tautan bibir mereka ingin bersatu.Pintu bilik mereka diketuk seseorang.Hariez terus menumbuk bantal kepala yang berada di sisinya.Hanan yang melihat kelakuan suaminya itu tertawa kecil kerana suaminya tidak dapat melepaskan hasrat bersama si isteri.

“Siapa ?”.soal Hariez lemah yang sudah pun berdiri di pintu biliknya itu untuk membuka setelah mengetahui gerangan yang berada di luar.

“Mama ni”.jelas Puan Safira dari luar pintu.Hariez terus membuka pintu biliknya itu dan memberi laluan kepada ibu mertuanya melangkah masuk ke bilik tidurnya dengan Hanan.

“Hariez dan Hanan dah siap ? Flight pukul berapa ?”.soal Puan Safira mengambil berat tentang keberangkatan pulang anak dan menantunya sebentar sahaja lagi.

“Dah mama..flight kami pukul 3 sekarang baru pukul 12..banyak lagi masa”.jelas Hariez kepada ibu mertuanya itu.Puan Safira mengambil tempat duduk di sebelah Hanan di katil anaknya itu manakala Hariez hanya berdiri menghadap mereka berdua.

“Hariez nanti dekat sana jaga Hanan baik-baik ya nak”.pesan Puan Safira dalam nada sayu.

“Insyaallah mama..Hariez akan jaga Hanan sebaik yang munkin”.jelas Hariez kepada ibu mertuanya itu.

“Hanan pun jangan melawan cakap suami..serba sedikit boleh tolak ansur tu tak perlu besar-besarkan masalahnya tahu ?”.pesan Puan Safira kepada anaknya Hanan Qaisara.

“Insyaallah mama,kami akan ingat segala pesanan mama tu”.balas Hanan dengan senyuman manis yang terukir di bibir.

“Dah lah..mama turun dulu..jangan lambat-lambat turun bawah..sebelum balik makan dulu dekat sini”.ajak Puan Safira sambil menutur langkah ke tingkat bawah.

Puan Hanani yang sedang duduk menghadap televisyen tanpa suara itu hanya mendiamkan diri.Encik Firdaus pula bersahaja menonton televisyen tanpa rasa bersalah terhadap isterinya itu.Puan Hanani berasa panas hati dengan sikap suaminya yang tidak cuba untuk memujuk hatinya yang terasa itu.

“Apa yang kamu asyik pandang aku je tu ?”.soal Encik Firdaus tiba-tiba dan sekali gus mematikan lamunan isterinya itu.Tersentak Puan Hanani apabila disergah tiba-tiba begitu.

“Haihh..pandang pun salah ke ?”.soal Puan Hanani seperti menyindir.

“Bukan tak boleh pandang…tapi kalau dah asyik pandang-pandang je tu mesti ada apa-apa”.duga Encik Firdaus terhadap isterinya.

“Memang saya ada benda nak cakap dengan abang”.jelas Puan Hanani tentang niatnya akhirnya.

“Apa yang kamu nak cakap dengan aku ?”.soal Encik Firdaus bersahaja.

“Saya tak puas hati abang pertahankan Hanan dengan Furqan”.jelas Puan Hanani satu nafas dan tegas.Encik Firdaus yang mendengar penjelasan isterinya itu terus mengelengkan kepalanya lemah tanpa memandang wajah wanita itu.

“Kamu ni dah kenapa ? Masih tak faham bahasa lagi ke ?”.soal Encik Firdaus dalam nada merungut.

“Saya memang tak faham..saya tak faham kenapa abang sibuk pertahankan budak-budak tu ?”.soal Puan Hanani lagi.

“Kamu ni pun aku tak faham..bahasa apa yang aku nak cakap lagi dengan kamu ni…aku pun tak tahu..aku dah cakap bahasa melayu pun kamu tak reti..aku cakap lembut baik pun kamu tak faham..habis kamu nak aku cakap guna bahasa talak ke ?”.soal Encik Firdaus.Berubah air muka Puan Hanani apabila ditanya berkaitan ‘talak’.

“Abang cakap apa ni ?”.soal Puan Hanani yang ingin menyedarkan suaminya tentang kata-kata lelaki itu sebentar tadi.

“Apa kamu ingat aku cakap dalam keadaan tidak sedar ? Aku rasa itu je cara nak bagi kamu faham..lepastu aku hantar kamu balik kampung..biar kamu duduk sesorang”.ugut Encik Firdaus.

Puan Hanani mengalirkan airmata.Tidak dia sangka yang suaminya memberi ugutan sebegitu kepadanya sendiri.Dia terpaku melihat Encik Firdaus yang sudah mengatur langkah untuk menaiki anak tangga menuju ke tingkat atas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience