Hanan yang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen itu didatangi suaminya Hariez.Dia mengambil tempat duduk disebelah Hanan dan duduk agak rapat dengan Hanan.Dia mengusik-ngusik isterinya itu dengan niat untuk bergurau tetapi Hanan tidak melayan gurauan Hariez itu.Hariez berasa pelik dengan isterinya yang menyepi tanpa ada perasaan dengan gurauannya itu.Dia memaut bahu Hanan dan menarik Hanan di dalam pelukannya.Tetapi Hanan hanya berdiam diri dan tidak bertindak balas seperti biasa.Jika tidak dia sudah mula mengesel pada dada bidang Hariez.
"Sayang...awak okay tak ? Ada marah dekat saya ke ?".soal Hariez teragak-agak.Dia takut jika ugutan Furqan terhadapnya untuk menjatuhkannya sekali lagi adalah benar berlaku dan secepat ini.
"Tak..saya okay je".jawab Hanan mendatar dan pandangannya masih di pandangkan pada televisyen.Hariez mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.Dia runsing,apa sebenarnya yang cuba diprotes oleh Hanan.
"Habis kenapa awak diam dari tadi ? Saya macam cakap dengan tunggul".jelas Hariez yang mula terasa hati dengan layanan Hanan terhadap dirinya.
"Awak ni..macam budak-budak lah..kan saya cakap saya okay..faham je lah..itu pun nak ambil hati".marah Hanan seperti orang merungut.Hariez kini benar terasa hati dengan isterinya itu.Dia terus bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik.
"Merajuk lah tu...macam perempuan".ujar Hanan menyindir suaminya bersendirian.Hampir 10 minit dia membiarkan Hariez melayani perasaan seorang diri di dalam bilik.Tiba-tiba dia memandang ke arah laluan ke biliknya di sebelah kiri.Dia mula rasa bersalah dengan sikapnya sebentar tadi kepada Hariez.Air matanya mula mengalir.Itulah sikap Hanan Qaisara,jika dia dibuat orang di akan menangis dan jika dia membuat orang juga dia akan menangis.Dia bergegas ke pintu bilik.Dia cuba memulas tombol pintu untuk dibuka,namun dia gagal kerana Hariez telah menguncinya dari dalam.
"Haa kunci ? Ehh jangan lah camni".ujar Hanan seorang diri dan perlahan.Dia mencuba lagi.Tetapi dia tetap gagal membuka pintu itu.Airmatanya makin deras mengalir.
"Sayang...awak buat apa dekat dalam tu ? Bukalah pintu ni".pinta Hanan kepada Hariez.Dia dapat mendengar sahutan Hariez dari dalam bilik tetapi agak tidak jelas.
"Saya baru lepas mandi".ujar Hariez dari dalam bilik.Dia mengambil pakaian yang untuk dipakainya segera supaya dia dapat membuka pintu buat Hanan yang ingin memasuki ke dalam bilik tidur mereka itu.
"Haa apa ? Nak bunuh diri ? Heyy jangann..kalau saya mengandung macam manaaaa ?".soal Hanan dalam keadaan berpura-pura menangis.Dia sudah tersilap dengar dengan penjelasan suaminya dari dalam bilik kerana pintu bilik mereka agak tebal incinya.
"Jangan mati dulu..kahwin pun tak sampai seminggu dah nak bunuh diri..huarghhh".gelagat Hanan makin menjadi-jadi.Dia bernasib baik kerana dia hanya berdua bersama Hariez di dalam rumah tersebut jika ada tetamu,pasti tetamunya sudah pecah perut melayani gelagat gila Hanan itu.
"Siapa cakap saya nak bunuh diri ?".soal Hariez yang baru membuka pintu bilik itu.Hanan yang menyandarkan wajahnya di pintu,jatuh tersungkur ke hadapan.Dia mengosok kepalanya yang sakit.Hariez tergelak kecil melihat isterinya yang kelihatan agak comel apabila jatuh tersungkur begitu.
"Awak lah ni..main kunci pintu pulak ?".rungut Hanan sekali lagi.Hariez hanya mengulingkan biji matanya dan mengelengkan kepala.
"Awak nak apa ? Sampai menangis -nangis ni ?".soal Hariez mendatar.
"Saya nak tahu ? Awak merajuk dengan saya ke ?".soal Hanan sambil bermain dengan jari jemarinya.
"Kenapa tanya macam tu ?".soal Hariez seperti orang berlagak.
"Yelah..tadi kita duduk sama-sama tengok TV..tiba-tiba awak terus masuk bilik".jelas Hanan dengan sikap Hariez yang berubah tadi.
"Kenapa ? Takut ke kalau saya nak bunuh diri ?".soal Hariez menduga isterinya.
"Takutlah..kalau polis datang cakap saya punca macam mana ?".soal Hanan manja dan memuncung.
"Memang awak pun punca saya merajuk..tiba-tiba saya yang tak dilayan pulak..kalau tak sihat cakaplah..saya faham jugak..ini terus nak buat muka je..siapa yang tak sakit hati ?".soal Hariez agak tegas.Hanan mengalirkan airmata di pipi.Walaupun cara Hariez agak tegas tetapi dia masih berlembut dengan isterinya.Namun Hanan sekali lagi salah faham terhadap Hariez dan keluar dari bilik tidur mereka.
"Sayang...nak pergi mana tu ? Saya tak marah awak lah...please sayang..sayang jangan merajuk macam ni ?".pinta Hariez lemah lembut di akhir kata-katanya.
"Saya nak pergi Kafe..nak minum latte".pinta Hanan dengan satu lafaz.Hariez terkedu.Puas dia memujuk isterinya tetapi tidak diendahkan namun lain pula yang keluar dari mulut isterinya itu.
"Okay..pergilah siap..kita pergi Kafe saya..".ujar Hariez sayu dan perlahan.Dia bagai tida dihargai oleh Hanan.Entah apa silapnya sepanjang perkahwinan dia sendiri tidak dapat mengesan masalahnya itu.Dia ingin berkelakuan seperti seorang suami yang penyayang dan romantik.
Mereka berdua terus menuju ke bilik untuk bersiap.Hariez yang sedang membuka pakaiannya untuk menukar pakaian yang lebih kemas untuk ke Kafenya bersama Hanan sedang memerhati isterinya itu dari pandangan belakang.Hariez mengeluh kecil.
"Sayang kenapa badan awak tu ?".soal Hariez pelik kerana dia ingin tahu.
"Ehh..awak ni..kenapa tengok saya..saya nak pakai baju lah..".ujar Hanan yang sedikit tidak selesa dan marah dengan pandangan curi-curi Hariez itu.
"Dah awak yang tak pakai baju..saya tengok lah...bukan kena bayar pun..percuma je".jawab Hariez selamba dan perlahan tetapi tetap dapat didengari Hanan Qaisara dengan jelas.
"Memang lah percuma..tapi saya malu..kalau tak malu dah lama bagi apa awak nak ?".ujar Hanan sambil memberi jelingan manja kepada Hariez tetapi dalam pandangan serius.Hariez tertawa kecil melihat gelagat gila dan manja Hanan itu.
Selepas tidak lama kemudian,mereka bergerak menaiki kenderaan menuju ke Kafe milik Hariez.Selepas satu jam perjalanan,mereka tiba di Kafe tersebut.Sepanjang tempoh mereka menuju ke pintu masuk ke Kafe tersebut Hariez tidak melepaskan pegangan tangannya dengan Hanan.
"Sayang..awak duduk dulu..saya nak pergi buat air kejap..confirm ke awak nak latte..taknak tukar order ?".soal Hariez lembut kepada isterinya.
"Taknak..".ujar Hanan dengan penuh yakin.Hariez terus bergerak menuju ke arah tempat Barista.Dia mula melakukan kerjanya dan bakatnya sebagai seorang Barista.
"Sayang air awak dah siap".selepas beberapa minit Hariez berada di tempat Barista untuk membuat air buat isterinya itu dia datang ke meja mereka semula dengan membawa dua cawan kopi latte.
"Sedap tak sayang ?".soal Hariez teruja ingin jawapan daripada Hanan.
"Sedap !! Siapa buat ?".soal Hanan turut berasa teruja untuk mengetahui siapa yang membuat kopi lattenya itu.Sepanjang dia menunggu airnya itu sampai,dia hanya fokus pada telefon pintarnya sahaja.Dia tidak melihat ke arah Hariez yang membuat airnya tadi.
"Sayalah".jawab Hariez dengan begitu teruja.
"Ohh..patutlah tak sedap".balas Hanan selamba.Sekali lagi di tempat yang sama.Hanan diketuk oleh Hariez dengan agak kuat dengan sudu yang telah disediakan di atas meja untuk pelanggan yang datang ke Kafe tersebut.
"Sakitlah...awak ni memang suka ehh ketuk kepala orang ?".soal Hanan sambil mengosok kepalanya yang sakit akibat diketuk oleh Hariez dengan sudu besi yang tebal.
"Saya ni suami awak tau...jangan macam-macam ehh".keras amaran diberi oleh Hariez.
"Ada saya kesah ?".soal Hanan nakal kepada Hariez.Hariez merenung isterinya dengan cerlungan tajam.
"Awak..awak tahu tak ? Apa beza awak dengan air ni ? Takpa tak payah jawab..beza dia adalah air saya minum menghilangkan dahaga..awak pulak saya tengok mendahagakan cinta antara kita..chia..chia..chia".sepotong ayat untuk memikat telah diajukan kepada Hariez.Hariez tertawa besar dengan gelagat isterinya.
Hanan seorang wanita yang sangat membuat hatinya sentiasa bergetar.Dia sudah berjanji dengan dirinya,dia tidak akan membenarkan Hanan tersakiti lagi disebabkan dirinya atau orang lain yang cuba untuk meracun fikiran Hanan dengan kisah silam mereka.
Share this novel