BAB 9

Romance Completed 23149

Selepas dua hari mereka ke Kafe milik Hariez untuk menunaikan permintaan Hanan minum kopi latte.Hari ini sekali lagi,Hariez mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama isteri tercintanya itu.Pada pagi yang indah di Bumi Mesir ini,Hariez membuat keputusan untuk menghidangkan sarapan pagi buat isterinya yang tercinta.Hanan yang masih berselubungkan kain selimut itu didekati Hariez.Dia berbaring di sebelah isterinya.Hariez memainkan jari jemarinya di atas bahu Hanan yang berlapikan T shirt itu.Tetapi tiada tindak balas daripada Hanan.Hariez mula berkelakuan nakal.Dia menarik sedikit baju Hanan sehingga menampakkan bahu isterinya itu kemudian dia mengucup lembut bahu itu sehingga membuatkan Hanan mengeliat geli.Hariez tersenyum kerana kerjanya itu menjadi membuatkan Hanan tersedar dari tidurnya.

"Ishh awak ni..saya nak tidur lah".rungut Hanan sambil menarik semula kain selimut yang telah mendedahkan bahunya.

"Jangan lah macam tu sayang...dah pagi ni.mkita bangun okay ? Saya dah buatkan awak breakfast dah tu".pujuk Hariez kepada Hanan supaya wanita itu tidak terus dihanyut mimpi.

"Taknak..saya nak tidur lah".ujar Hanan yang masih dalam keadaan mata terpejam.Hariez mencari akal untuk membuatkan isterinya bangun.Tiba-tiba dia mendapat idea untuk menyakat Hanan.Satu-satunya perkara yang Hanan takut di dalam kehidupannya adalah bunuh diri.

"Takpa lah kalau awak taknak bangun sayang..nanti kalau lapar awak makan lah makanan yang saya masak tu buat kali terakhir..saya dah tak perlu hidup lagi dalam dunia ni..saya nak pergi bunuh diri...bye sayang..jaga diri ye".ujar Hariez sambil bangun perlahan-lahan dari pembaringannya di sebelah Hanan di atas katil itu.Tidak sampai beberapa langkah yang dibuat Hariez.Hanan melompat bangun dari pembaringannya dan memeluk di bahagian perut Hariez erat.Dia menangis teresak-esak.Hariez pada mulanya hanya niat ingin bergurau tetapi selepas melihat tangisan Hanan dia menajdi serius dan memujuk isterinya itu.

"Jangan bunuh diri please".pinta Hanan bersungguh-sungguh kepada suaminya itu.

"Hahahahaha..saya gurau je lah sayang..awak tu taknak bangun".ujar Hariez sambil tertawa besar dan memujuk isterinya.

"Tolong jangan bunuh diri Hariez".pinta Hanan seperti dalam keadaan tidak sedar dengan kata-katanya.Hariez mula berasa pelik.Dia duduk kembali  di sisi tilam dan membuat Hanan untuk bersemuka dengannya.Hanan masih dalam keadaan mata terpejam dan airmatanya mengalir deras di pipi.

"Hanan..Hanan..awak sedar tak ni ?".soal Hariez sambil menampar lembut pipi Hanan supaya isterinya itu tersedar dari racaunya itu.

"Tolong jangan bunuh diri Hariez".pinta Hanan lagi dalam keadaan mata terpejam.

"Hanan Qaisara !".panggil Hariez agak kuat nama isterinya itu.Hanan terus membuka matanya dan memandang wajah Hariez dengan pelik.

"Awak kenapa ? Awak meracau tadi..saya ingat awak bergurau jugak..tapi awak nampak lain..awak tak sihat ke sayang ?".soal Hariez lembut sambil menyelitkan rambut isterinya yang berterbangan di belakang telinganya.

"Saya kenapa ?".soal Hanan yang tidak sedar dengan kelakuanya sebentar tadi.

"Awak meracau".jelas Hariez kepada isterinya yang ingin tahu keadaanya sebentar tadi.Hanan terduduk di atas katil.Airmatanya nengalir laju sekali lagi.Hariez duduk berhadapan dengan isterinya.

"Awak sakit ke ?".soal Hariez perlahan di hadapan wajah isterinya.Hanan perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan menghadap suaminya itu.

"Saya pernah kena sakit kemurungan".jelas Hanan yang tidak lagi dapat menahan sebak di dada.Dia menghamburkan tangisan yang ditahannya dari tadi di dada bidang Hariez.Hariez tidak membuat apa-apa.Dia terkedu dengan penyataan Hanan itu.Tanpa dia sedar,dia juga turut mengalirkan airmata.Dia memeluk tubuh kecil Hanan erat.Dia mengucup lembut ubun-ubun isterinya.Maafkan saya sayang.Tidak pernah saya tahu punca saya sehingga awak alami penyakit kemurungan.

"Habis..awak masih alami penyakit tu lagi ke ?".soal Hariez yang mula mengambil berat tentang keadaan isterinya.

"Saya dah pulih..tapi kadang-kadang benda tu menghantui saya dalam mimpi..saya tak sedar apa yang saya buat..apa yang saya cakap..macam tadi tu ?".jelas Hanan kepada Hariez dalam nada sebak yang makin mengendur.

"Saya akan jaga awak ye sayang..saya janji..kita akan buat rawatan lagi bagus dan lagi baik...saya nak hidup bahagia dengan awak..dalam dunia ni..takda apa sebenarnya yang boleh saya bawak ke syurga nanti..kecuali awak dan ahli keluarga kita".ucap Hariez romantis dan lembut.Hanan terbuai dengan kata-kata suaminya itu.

"Terima kasih teman hidup".ucap Hanan lembut dan mengucup tangan suaminya.Hariez menyentuh kepala isterinya yang tertunduk mencium tangannya itu.

"Saya lapar lah".ujar Hanan.Hariez tersenyum dengan gelagat manja isterinya itu.

"Jom makan..saya dah masak breakfast kegemaran awak".jelas Hariez dengan nada menggoda.

"Untung saya bersuamikan awak ni..pandai masak..pandai jaga saya..paling penting..pandai beromantik".puji Hanan sambil menekup mulutnya dan tertawa kecil.

"Awak lah untung".ujar Hariez kembali dengan air muka yang agak bersalah.Awak tak layak bersuamikan saya.Saya bukan lelaki idaman awak.Saya harap kalau awak dah tahu siapa sebenarnya saya pun awak tetap akan terima saya dalam hidup awak sayang.

Mereka menjamu santapan pagi yang dimasak oleh Hariez itu dengan penuh berselera.Suapan demi suapan disua ke mulut Hanan begitu juga dengan Hariez menerima suapan daripada isterinya.

Atiqah yang sedang duduk di tepi tilam sambil memandang wajah Furqan yang lena diulit mimpi itu tersenyum sinis.Dia tidak sangka rancangan dajjalnya itu bakal dibantu oleh orang-orang hebat yang mengetahui tentang bekas kekasihnya itu.Dia memainkan jarinya di hujung anak rambut Furqan dan mengerintingkannya dengan jari telunjuk dengan lembut.

"Sayang bangun..".kejut Atiqah dengan nada lembut dan menggoda.

"Awal lagi lah..bagi lah i tidur kejap".ujar Furqan yang masih dalam pejaman matanya.

"I nak cakap pasal rancangan kita".jelas Atiqah seraya bangun dan berdiri di sisi katil sambil memandang wajah Furqan dalam keadaan mata terpejam dan tersenyum sinis.

"Apa lagi Atiqah..kan kita dah discuss semua tu..apa lagi yang u nak tambah ?".soal Furqan yang mula rasa rimas dengan kerenah wanita yang bersama dengannya itu.

"Rancangan ni bukan hanya untuk kita...".ujar Atiqah yang terhenti di ayatnya yang terakhir dan tersenyum sinis.Pinggangnya dicekak penuh gaya dengan pakaian lingerie.

"Maksud u ?".soal Furqan yang dapat mengagak ada orang luar yang bakal memudahkan lagi rancangan jahat mereka untuk menjatuhkan Hariez.

"U rasa ?".soal Atiqah kembali kepada lelaki yang berada dengannya di dalam satu bilik sekarang ini.

"Puan Hanani..u know who ?".soal Atiqah dengan penuh yakin.

"M...mak Hariez kan ?".soal Furqan dengan suaranya yang terketar dan tersekat-sekat.Dia seperti tidak percaya yang ibu kandung Hariez sendiri akan bekerjasama dengan mereka untuk memerangkap Hariez dan Hanan.

"Yes..pandai pun ?".soal Atiqah berlagak kepada Furqan.Furqan memandang dengan wajah menyampah.

"Habis u ingat i bodoh macam u ?".soal Furqan selamba.Atiqah merenung tajam ke arah lelaki itu tetapi tidak diendahkan oleh Furqan.

"But why ?".soal Hariez lagi seperti tidak percaya.

"Sebab dia tak suka menantu kotor dia tu ?".jelas Atiqah berlagak.

"Kau jangan cakap banyak pasal Hanan ye..kau tahu kan apa akibat dia".amaran diberi kepada Atiqah oleh Furqan.Atiqah berdehem kerana mula rasa takut dengan amaran Furqan itu.

"Aku tak sangka si Hariez ada mak bertopengkan syaitan macam dia si Hanani tu ?".ujar Furqan bersahaja.

"So how ? U okay kan ?".soal Atiqah yang ingin mengembalikan suasana asal tadi.

"Okay je..kalau dia boleh buat kerja gila dengan kita".jelas Furqan dengan penuh makna.Atiqah tersenyum sinis.

"I nak jumpa Hariez dalam masa terdekat ni..untuk memulakan rancangan kita".ujar Atiqah dengan nada gedik.

"Pergilah Kafe dia".beritahu Furqan tentang musuhnya itu.

"Kafe ? Kafe mana ? Dia ada bukak Kafe ke ?".soal Atiqah yang agak terkejut.

"Yes..ada..so tunggu apa lagi..pergi je lah Kafe dia".hasut Furqan.

"Makin mudah ye urusan i".jelas Atiqah.Furqan yang masih berbaring di tempat pembaringan menarik Atiqah sehingga terjatuh ke atas tubuhnya.Atiqah mula mengoda Furqan.Mereka berdua hanyut dalam dunia zina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience