Pada pagi yang indah di Bumi Mesir.Suasana yang amat menenangkan dan mendamaikan.Hariez yang baru terjaga dari tidurnya membuka mata perlahan-lahan dan memandang ke sebelah kirinya.Dia menatap wajah isterinya yang sedang tidur itu dengan penuh tekun.Hariez tersenyum sumbing apabila mengingatkan kejadian malam tadi,dia mendapat izin daripada Hanan untuk meneroka seluruh tubuh isterinya itu setelah Hanan memejamkan mata untuk tidur.Dia melayari bahtera asmara seorang diri semalamnya.Walaupun seorang diri juga yang memuaskan kemahuan lelakinya itu.Tetapi dia cukup puas kerana Hanan telah menjaga seluruh tubuhnya dengan baik.Dia merapati wajah Hanan yang menghadapnya di sebelah kiri itu.Dia mengucup lembut dagu Hanan dan mula naik ke bibir munggil Hanan.Dia menghayati ciuman tersebut.Setelah beberapa minit meneroka kemanisan bibir isterinya Hariez melepaskan tautan bibirnya dengan Hanan itu.
"Nakal eh ?".soal Hanan tiba-tiba dalam keadaan matanya terpejam.Terkedu Hariez apabila melihat isterinya bercakap.
"Kenapa awak tak buka mata ?".soal Hariez pelik.
"Takda apa lah".jelas Hanan ringkas.Dia masih memejamkan matanya itu.
"Takut Iman tak kuat ke sayang ?".soal Hariez menyakat isterinya.
"Tak kuat kenapa ?".soal Hanan kembali yang pelik dengan pertanyaan Hariez itu.
"Takut tengok muka saya lama-lama kan ?".duga Hariez lagi.
"Jangan nak perasan boleh ? Awak tu biasa-biasa je takda apa yang hot pun ?".balas Hanan selamba kepada suaminya.
"Hmm...jangan one day awak jatuh cinta dekat saya sudah lah".ujar Hariez selamba mengenakan isterinya.
"Kalau saya tak jatuh cinta ? Macam mana ?".soal Hanan menduga suaminya kembali.
"Saya akan buat awak tak boleh lepaskan saya pergi kerja pun nanti".jawab Hariez dengan berlagak.Hanan membuat riak wajah mengejek sahaja.Tetapi hatinya agak terusik dengan kata-kata Hariez.Memang sebenarnya dia tidak cintai Hariez.Tetapi untuk menyelamatkan dirinya daripada Furqan dia terpaksa menipu orang di sekelilingnya termasuk Hariez dan berkata dia cintakan Hariez.Sedangkan satu perasaan cinta pun masih belum mekar di hatinya terhadap suaminya itu.
"Sayang..kenapa asyik mengelamun ni ?".soal Hariez yang memerhati isterinya sedang mengelamun entah kemana.
"Takda apa..sayang pergi lah mandi..kejap lagi nak pergi kerja kan ?".soal Hanan yang ingin mengubah tajuk perbualannya dengan Hariez.
"Mana ada kerja sayang..kita kan baru kahwin..bagi lah saya chance untuk manja-manja dengan awak".pinta Hariez menggoda dan berbisik di telinga Hanan.Pejaman matanya makin dirapatkan seperti orang menahan sakit.
"Kenapa awak sayang ? Saya dekat je awak tutup mata ?".soal Hariez yang sedikit terasa dengan isterinya itu.
"Sorry sayang..saya masih janggal dengan awak lagi ?".jelas Hanan takut-takut.
"Tapi sampai bila ? Kita kenalah terima antara satu sama lain".ujar Hariez dalam nada mendatar.Kemudian dia terus bangun dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri.Hanan yang melihat suaminya itu terus mengalirkan airmata kerana rasa bersalah serta berdosa.Maafkan saya sayang.Saya tak mampu nak bagi apa yang awak mahu.
Selepas beberapa minit mandi,Hariez keluar dari bilik air dan melihat isterinya sedang menangis di atas katil.
Hariez segera mendekati isterinya hanan.
"Sayang kenapa awak nangis ni ?".soal Hariez yang mula cuak dengan keadaan isterinya itu.
"Saya gagal".luah Hanan dalam tangisan.Hariez menarik hanan dan masuk ke dalam dakapannya.Dia menenangkan isterinya tetapi tangisan Hanan semakin lebat selepas Hariez cuba memujuknya.
"Awak tak gagal sayang".jelas Hariez romantis dan tenang.Hanan terbuai dan tangisannya mula reda.
"Saya gagal jadi isteri awak yang baik".luah Hanan lagi yang kini hanya linangan airmata mengalir di pipi.
"Awak lah yang terbaik untuk saya tahu tak ? Takda lagi yang terbaik selain awak tau sayang ?".jelas Hariez sambil tersenyum.
"Betul ke ? Saya tak pandai macam isteri orang lain ? Saya tak pandai masak ? Tak pandai mengemas ? Serba serbi tak tahu".luah Hanan lagi dalam nada sayu.
"Tak perlu jadi orang lain sayang..cukup awak jadi seorang wanita dan isteri yang melengkapi hidup saya..itu je...saya tak perlu perkara lain daripada awak".jelas Hariez yang membuatkan Hanan tersenyum bahagia.Hariez melepaskan pelukannya dan menegakkan tubuh Hanan untuk bertentang mata dengannya.
"Awak sayang saya tak ?".soal Hariez kepada isterinya.Terkejut Hanan dengan pertanyaan Hariez itu.
"Sayang".jawab Hanan perlahan dan sayu.Dia tidak mahu Hariez terasa.Sekali lagi dia terpaksa membohongi lelaki itu.
"Saya lagi sejuta kali sayang awak tau".luah Hariez kepada Hanan.Mengalir laju airmata Hanan kerana mendengar pengkuan suaminya itu.Hatinya terseksa.Rasa bersalah dan berdosa bertapak di hatinya.
"Dah...saya nak siap kejap..lepastu ingat nak pergi tinjau Kafe sekejap..awak nak ikut ke ?".soal Hariez kepada Hanan.
"Tak kot..saya duduk rumah je lah".jelas Hanan dan memberi senyuman kepada suaminya itu.
"Okay..saya pergi siap dulu okay ?".jelas Hariez dan terus sahaja dia menuju ke almari pakaian untuk mengambil pakaian untuk dipakai.Selepas beberapa minit dia sudah pun siap dalam pakaiannya yang berkemeja biru laut itu dan terus mengambil kunci kereta menuje ke garaj untuk mengambil keretanya yang tersimpan di garaj itu.
Dia menuju ke sebuah tempat untuk bertemu dengan seseorang.Malam semalam dia menerima pesanan ringkas daripada seseorang.Tidak lama kemudian,dia sampai di tempat yang telah dijanjikan.
"Dah lama kau tunggu ?".soal Hariez kepada lelaki itu.
"Tak...baru jugak".ujar lelaki itu.
"Hanan tahu kau datang jumpa aku ?".soal lelaki itu yang ingin memanaskan hati lelaki Hariez dengan berbagai soalan.
"Tak Furqan !!".jerit Hariez seoktaf.Dia kini hilang sabar dengan musuhnya itu.Furqan di sebelahnya pula hanya ketawa besar seperti orang jahat yang berjaya melakukan operasi sulitnya.
"Kau nak apa jumpa aku ?".soal Hariez menengking Furqan.Lelaki itu merenung tajam ke arah Hariez.
"Kau tak payah lah nak meroyan..patutnya bini kau yang kena meroyan sebab dia dapat suami penjenayah macam kau".sindir Furqan kepada Hariez.Kini Hariez betul-betul hilang sabar.Dia mengcekak kolar baju Furqan dan merentap supaya mendekati ke wajahnya.
"Kau nak buat apa ?".soal Hariez dalam keadaan giginya diketapkan dan matanya membutang.
"Hmm...aku nak jatuhkan kau..tapi sejak kau ada Hanan ni..rasa macam tak best kalau jatuhkan je..apa kata aku lupuskan kau pulak..mungkin ini kali terakhir aku tengok kau dekat dunia luar ni..lepas ni kalau nak jumpa kita kena jumpa dekat dalam sana lah..berpalangkan jeriji besi..hmm".sinis kata-kata Furqan terhadap musuhnya itu.
"Kalau kau berani kau buatlah..aku nak tengok..sebab kalau orang yang berani ni dia sanggup hadapi risiko walaupun dia tahu risiko tu akan menjejaskan reputasi dia..orang yang pengecut je akan lari....macam kau".sindir Hariez dengan penuh perasaan didada dilepaskan kepada Furqan.
"Kau gerenti ke ? Yang kau akan pegang Hanan sampai bila-bila ?".soal Furqan ingin menduga Hariez.
"Kenapa ? Kau nak buat apa ?".soal Hariez geram kerana dia sudah agak akan niat Furqan kepada Hanan.
"Takda apa...cuma aku nak pesan je...kau ingat Hariez..aku sanggup buat apa-apa je untuk dapatkan Hanan..dan kau jangan menyesal kalau Hanan pergi dari hidup kau sebab atas kesalahan kau sendiri".amaran keras diberi kepada Hariez.Hariez merenung tajam ke arah Furqan.Dia melepaskan pegangan cekaknya di kolar baju Furqan kasar.
"Kau keluar dari kereta ni sekarang".pinta Hariez kasar.Furqan keluar dari isi perut kereta itu dan berdiri beberapa meter dari kereta Hariez.Hariez terus meluncur laju keluar dari kawasan tersebut.Furqan mengeluarkan telefon bimbitnya dan membuat panggilan bersama seseorang.Selepas tidak lama kemudian seorang wanita tiba di tasik tersebut.
"Atiqah..makin cantik kau eh".puji nakal Furqan.Atiqah hanya membuat riak wajah menyampah.
"Sibuk lah kau..Hariez macam mana ? Dia ada cakap apa-apa tak ?".soal Atiqah yang ingin tahu tentang keadaan bekas kekasihnya itu bersama Furqan tadi.Dia ada rancangan tidak baik bersama Furqan untuk menjatuhkan Hariez dan Hanan.
"Biasalah...dia mestilah pertahankan perempuan tu".jelas Furqan yang tangannya menjalar ke rambut Atiqah.Tetapi kerjanya itu terkandas apabila Atiqah menepis tangannya supaya dia tidak dapat meneruskan kelakuannya itu.
"Sial punya perempuan..kau tunggu nanti..aku akan dapatkan Hariez balik..masa tu kau pun confirm dah tak nak dekat dia lagi".ujar Atiqah dalam keadaan menahan perasaan di dada.Dia tersenyum sumbing kerana rancangan jahatnya bakal bermula bersama Furqan dan seseorang yang akan membantu dirinya mendapatkan Hariez iaitu ibu Hariez sendiri Puan Hanani.
Share this novel