Hariez dan Furqan sedang berjalan ke arah ruang tamu di dalam rumah agam mereka itu.Sepanjang perjalanan mereka saling berpandangan antara satu sama lain.Hariez hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke ruang tamu begitu juga dengan Furqan.
“Hariez...kau rasa orang tua tu bagi ke apa yang kau mintak ?”.soal Furqan dengan nada yang agak cuak.
“Mesti bagi punya...dia tak bagi memang nak kena tetak lah dengan aku”.ujar Hariez berlagak.
Akhirnya mereka tiba di laluan terakhir yang memisahkan laluan ke ruang tamu dan bilik.Mata Hariez sudah tertancap pada sekujur tubuh yang sedang duduk dan menyembunyi di belakang ayahnya.Hariez dan Furqan berjalan mendekati mereka berdua yang sedang menunggu.
“Dah lama ke tunggu ?”.soal Furqan memulakan bicara.
“Tak lama..takpa saya boleh tunggu”.jelas lelaki yang agak berusia itu.Hariez hanya merenung anak gadis lelaki itu , dan perbuatannya itu dapat dihidu.
“Saya datang ni nak minta pinjam”.jelas lelaki separuh usia itu.
“Berapa banyak ?”.soal Furqan.Dia juga sesekali menjeling ke arah gadis yang duduk membelakangi lelaki itu.
“Dalam RM 500,000 boleh ?”.pinta lelaki itu.Hariez dan Furqan segera berpandangan antara satu sama lain.
“Banyak betul kau nak pinjam ?”.soal Furqan agak kurang yakin dengan lelaki itu.
“Sebab sebanyak itu yang saya perlukan”.jelas lelaki itu sepenuh hati.Keadaanya agak terdesak.
“Kalau kami bagi , bila kau boleh bayar ?”.soal Furqan lagi .
“Saya akan bayar secepat yang mungkin”.jelas lelaki itu yang membuat perjanjian dengan Furqan .
“Aku nak tahu tarikh dia bila..berapa banyak kau boleh bayar balik ?”.soal Furqan agak kasar dengan lelaki itu.
“Saya tak boleh janji..sebab saya pun baru nak mula bisnes ni...jadi saya akan bayar juga secepat mungkin..harap Encik berdua boleh bersabar”.jelas lelaki itu.
“Hmmm kau ingat aku dengan kawan aku ni bank negara ke ? Suka – suka kau nak pinjam suka – suka juga kau nak pulang ? Kalau aku cakap satu tarikh kau kena bayar..kau tetap kena bayar juga..sebab aku tak pernah peduli dengan apa yang kau ada ?”.jelas Furqan sinis.Lelaki itu menelan liurnya untuk membasahkan tekak yang tiba-tiba rasa kering.Dia mengenggam erat tangan anak gadisnya yang daripada tadi hanya membelakangi dia.
“Siapa yang kau bawa ni ?”.soal Furqan yang terlihat adengan itu.
“I...ini anak perempuan saya”.jelas lelaki itu.Dia terketar mahu memberitahu tentang status anak gadisnya itu.
“Nama kau siapa ?”.soal Hariez yang daripada tadi diam dan hanya memerhati anak gadis lelaki itu.
“Nama saya Hasyim”.jelas Hasyim takut – takut.
“Yang sebelah tu ?”.soal Furqan pula kepada Hasyim.Air mukanya menjadi pucat apabila dua lelaki itu mula bertanya tentang anak gadisnya.
“Nama dia Hanan Qaisara”.jelas Hasyim perlahan.Furqan dan Hariez saling berpandangan.Mereka tersenyum sumbing.
“Aku rasa..aku tak perlu jelaskan banyak lagi kot...kalau kau tak dapat bayar pada masa dan sebanyak yang kau pinjam..itu yang aku ambil”.jelas Furqan tegas tapi lembut sambil jarinya menunding ke arah Hanan yang membuat wajah cuak kerana takut akan mereka berdua.Mana tidaknya , jika badan mereka penuh dengan lukisan tatu.
“Jangan lah macam itu Encik..saya akan cuba bayar lebih awal..jika saya tak dapat..Encik jangan libatkan anak saya ?”.pinta Hasyim.Dia merayu bersungguh kepada Furqan dan Hariez.
“Sekarang ni pun kau dah libatkan anak kau”.jelas Furqan kepada lelaki itu.
“Tapi Encik..Encik berdua boleh cari jalan lain kan..kalau nak ugut sekali pun...tapi tolong jangan libatkan anak saya ?”.pinta lelaki itu lagi.Hanan memandang wajah Hariez.Sesekali Hariez memberi senyuman pada gadis itu.
“Kami tak peduli..kalau kau tak bayar balik macam yang kau janji..dia akan hilang dari pandangan kau”.jelas Furqan mengugut Hasyim dengan tegas.Sesekali dia menjeling ke arah Hariez yang tidak lekang memandang gadis manis itu.
“Kejap lagi kita masuk dalam bilik tu..kau kena sign kontram dengan kami”.ujar Hariez tiba-tiba memberi penjelasan kepada Hasyim.
“Ehh , kontrak apa ? Saya nak pinjam duit je”.ujar Hasyim yang mempertahankan pihaknya sendiri.
“Itu aku tahu..kau tetap kena sign kontrak supaya kau tak lari..sebelum kau lari..aku dengan dia bawa lari anak kau dulu”.ujar Hariez memberi amaran keras kepada lelaki itu sambil memandang wajah gadis itu.
“Baiklah saya akan sign”.akur Hasyim dengan arahan mereka berdua.
Belum dia membuat apa-apa pinjaman.Perjanjian telah dihitung terlebih dahulu.
TIba – tiba bahu Hariez di tepuk seseorang , dia menoleh ke sisi dan tersenyum.Dia melihat ibu mertuanya Puan Safira berada di sisinya dengan senyuman yang terukir di bibir .
“Mama ? Papa mana ?”.soal Hariez yang agak terkejut dengan kehadiran ibu mertuanya itu disaat dia terluka .
“Papa ada dengan Hanan tadi , dia orang tengah berbual”.jelas Puan Safira.Kemudian dia mengambil tempat duduk di sebelah Hariez di tepi kolam ikan milik Puan Safira yang dibuat khas oleh suaminya.
“Mama okay ? Sorry lah mama Hariez tak bertanya khabar lagi dengan mama”.jelas Hariez yang sedikit rasa bersalah pada ibu mertuanya itu.
“Ehh takpa..mama faham , Hariez dan Hanan tengah penat sebab duduk dalam flight lama sangat kan..alhamdulillah mama okay je..Hariez macam mana dengan bisnes dekat sana ?”.soal Puan Safira mesra.
“Alhamdulillah mama...semuanya okay”.jelas Hariez tenang.Kemudian agak lama dia memandang wajah ibu mertuanya itu dan belegar bermacam-macam tanda tanya di dalam fikirannya.
“Mama kalau Hariez nak tanya something boleh tak ?”.soal Hariez lembut meminta izin.
“Bolehhh..Hariez nak tanya apa tu nak ?”.balas Puan Safira lembut dan meleret.Dia melayani menantunya itu bagai melayani anak kecil.
“Kenapa mama layan Hariez elok ? Sedangkan mama tahu Hariez bukan lelaki yang elok ?”.soal Hariez bertalu-talu kepada Puan Safira.
“Sebab Hariez ahli keluarga kami juga”.jelas Puan Safira ringkas tetapi padat.
“Tapi.......mama kan dah tahu siapa Hariez ?”.soal Hariez lagi.Dia menyoal seperti anak-anak kecil yang menyoal ibunya.
“Mama taknak tahu siapa Hariez..tapi mama nak tahu anak mama ni boleh jaga Hanan dengan baik”.ucap Puan Safira lembut dan senyuman.
“Mama terima kasih sebab ampunkan Hariez..Hariez janji apa jua yang terjadi Hariez akan jaga Hanan dengan baik”.jelas Hariez dalam genang airmata di tubir matanya.
Saat ini hatinya betul-betul dipukul rasa kasih sayang dari seorang ibu , saat dia hilang cinta allah gantikannya dengan kasih sayang.
“Hariez nak masuk dulu ye mama , Hariez belum solat isyak lagi”.ujarnya lembut.
“Boleh..sila lah..Hariez berehat sekali ye ?”.ucap Puan Safira lembut.
Dia bangun dari duduknya dan menuju ke pintu utama untuk ke tingkat atas.Di pintu utama dia bertembung dengan isterinya yang ingin naik ke atas.
“Hariez awak nak pergi mana ?”.soal Hanan seperti orang takut kehilangan sesuatu.
“Nak ke bilik..nak solat isyak...kenapa ?”.ucap Hariez mendatar.
“Saya pun nak solat juga..kita solat sama boleh ?”.soal Hanan meminta kepada suaminya.Hariez memandang sepi pada wajah isterinya.
“Boleh”.balas Hariez ringkas dan mendatar.Dia tiada perasaan pada Hanan pada waktu ini.
“Terima kasih sayang”.ucap Hanan dalam langkahnya bersama Hariez.Tetapi tidak dibalas Hariez.Hanya suasana sepi yang mengiringi mereka ke tingkat atas menuju ke bilik tidur mereka.
“Kau pergilah ambil air sembahyang dulu”.arah Hariez kepada isterinya.Hanan tersenyum nakal dan mendekati suaminya.Dia mendapat idea untuk menyakat suaminya.
“Boleh tak awak ambil air sembahyang dulu..sebab saya ada nak ambil barang sekejap dekat bawah”.jelas Hanan menipu suaminya.Hariez hanya mendiamkan diri dan akur dengan permintaan isterinya.
“Sayang juga dekat aku..tak tanya pun nak ambil apa dekat bawah”.ucap Hanan sendirian dan tergelak kecil.
Selepas beberapa minit dia berada di dalam bilik air , akhirnya Hariez keluar dari dalam bilik air.Dia melihat Hanan tiada di dalam bilik tidur mereka lagi.
“Lamanya turun bawah ?”.omel Hariez sendirian.
Tanpa melengahkan masa , dia segera membentangkan tikar sejadah dan berdiri di atas tikar tersebut untuk bersedia.Dia mula mengangkat takbir untuk memulakan solat fardhunya.Hanan yang baru naik semula dari tingkat bawah terhenti langkahnya di hadapan pintu bilik dan berganjak sedikit ke tepi dan menekap telinganya di pintu bilik.Dia mendengar alunan ayat-ayat suci yang dibaca oleh suaminya.Tiba-tiba airmatanya bergenang di tubir mata.
“Assalammualaikum warahmahtullah”.ucap Hariez pada salam yang terakhir.Kemudian meraup lembut wajahnya.Kemudian kedua belah tapak tangan dan memulakan doanya.
“Ya allah ya tuhanku , aku tahu ya allah aku salah , aku berdosa , aku jahat , aku zalim , aku kejam dan aku jahil ya allah..aku sayangkan dia ya allah , tetapi kenapa aku yang dia khianati ya allah , aku sebagai suami tidak langsung dihormatinya ya allah , ya allah jika hati tiada tempat untuk ku bertapak lagi , ya allah kau hapuskanlah rasa cinta yang ada di dalam hatiku ni ya allah , kerana aku tidak mahu dikhianati lagi ya allah”.Dia mengaminkan doanya dan bangun untuk membersihkan dirinya.
Hanan yang berada di luar bilik tidur mereka itu , menekup mulutnya kerana menahan suara esakannya dapat didengari oleh kesemua ahli yang berada di dalam rumah itu.Hatinya luluh mendengar doa suaminya itu.Dia tersandar di dinding dan melurutkan tubuhnya di dinding hingga terduduk di lantai.
“Kenapa awak doa macam tu sayang ? Saya dah mula sayangkan awak , saya nak kasih dan cinta awak Hariez , tapi apa daya saya sebagai wanita ? Ya allah sakitnya , kenapa aku kena menanggung perasaan sayang di saat si dia mula membenci aku ya allah..tak kuatnya ya allah...jika dia sudah menutup pintu hatinya buatku..maka kau tutupkanlah jua pintu hatiku buatnya”.
Malam yang sesak menanggung perasaan telah mengiringi malam mereka . Kasih dan cinta adalah suatu perkara yang berbeza . Rasa cinta dapat diubah dan tidak sakit jika dia hilang atau pergi kerana cinta boleh dipupuk dengan orang baru atau buku baru . Tetapi kasih sayang amatlah sakit dan perit jika ia dipermainkan kerana ia suatu perkara yang amat berharga lebih dari cinta . Lagi-lagi ia dibuat oleh orang yang kita sayang .
Share this novel