BAB 19

Romance Completed 23149

Pada pagi subuh di Bumi Anbiya ini,sangat menenangkan dengan cahaya lampu yang menjadi hiasan jalan raya di luar sana.Mereka yang sudah bangun untuk menyiapkan tugas masing-masing dan membuka kedai perniagaan yang bakal dikunjungi ramai pelanggan.Hariez baru sahaja selesai menunaikan kerja hambanya sewaktu subuh.Dia berteleku seketika di atas sejadah.Dia tiba-tiba mengalirkan airmata.Dia teringatkan permintaanya dengan isterinya semalam.Dia juga rasa bersalah terhadap segala dosa yang pernah di lakukannya dengan sengaja ataupun tidak sengaja.Dia merenung wajah Hanan yang sedang lena diulit mimpi itu seketika.Wajah itulah yang pernah dilakukan kejam sehingga tidak masuk akal.Wajah itu jugalah yang pernah menderita kerana dirinya sendiri.Airmata lelakinya makin lebat.Esakan kecil didengari di ruangan bilik.Hanan yang sedang tidur turut terjaga dan terus mendapatkan suaminya yang sedang menangis dengan teresak-esak di atas sejadah.

“Sayang,awak kenapa ni ?”.soal Hanan risau akan keadaan suaminya yang teresak-esak itu.

“Takda apa sayang”.ucap Hariez yang cuba meredakan tangisannya.Dia menyeka lembut airmata yang mengalir di pipi.

“Takda apa awak cakap ? Habis kenapa awak nangis macam ni ?”.soal Hanan yang masih tidak berpuas hati dengan penjelasan suaminya itu.

“Ye sayang..saya okay je..Cuma biasa lah kan..manusia ni pernah melakukan kesilapan dan sekarang baru nak sedar.Dan menyesal pun tak guna”.jelas Hariez sayu.Maknanya cukup mendalam tetapi sayang,masih tidak difahami Hanan Qaisara.

“Awak teringatkan something ke pasal kisah silam awak ?”.soal Hanan takut-takut.

“Hmm...kisah silam saya terlalu hitam dan takkan ada sinar cahaya putih kalau di bersihkan sekalipun”.jelas Hariez sekali dengan makna yang mendalam.Hanan terpinga-pinga kerana tidak faham.

“Dah lah tak perlu lah cerita benda yang dah lepas”.ujar Hariez dan ingin meninggalkan isterinya di situ.Tetapi langkahnya terhenti apabila tangannya ditarik Hanan dengan wajah sayu.

“Sayang...duduk kejap”.pinta Hanan lembut dengan pandangan yang sayu.Hariez menjadi serba salah apabila isterinya meminta dengan cara sebegitu.Dia duduk kembali berhadapan dengan isterinya.

“Hidup awak dulu macam mana ?”.soal Hanan tiba-tiba.Tiba-tiba wajah Hariez bertukar pucat apabila mendengar soalan daripada Hanan.Dia sendiri terfikir sesuatu.Memang isterinya ini tidak mengenali langsung dirinya yang pernah menghantui hidup wanita di hadapannya ini.

“Saya dulu penjenayah”.jelas Hariez dengan tenang dan penuh kekuatan di dada.

“Awak buat apa ?”.soal Hanan pelik.Dia tidak menyangka suaminya ini pernah terlibat dengan jenayah.

“Kenapa awak nak tahu saya buat apa ? Untuk awak benci saya lepas ni ?”.soal Hariez agak kasar dengan Hanan.Kerana dia rasa tertekan pada waktu ini.Perasaan yang tidak menentu itu telah menghurung dirinya.

“Sayang kenapa awak cakap macam tu ? Sayang saya sayangkan awak sepenuh hati saya...saya dah mula jatuh cinta dekat awak”.luah Hanan sambil memandang wajah suaminya yang penuh dengan tanda tanya itu.Hati Hariez mula terpaut cinta dengan Hanan.Tapi bagaimana Hanan akan terima Hariez apabila mengetahui lelaki itu yang pernah menjadikan hidupnya gelap ?.

“Tak baik awak salahkan diri awak terus menerus..kita manusia pernah melakukan kesilapan..kita tak perlu nak menghukum diri kita sendiri..biarlah allah sahaja yang menentukan hukuman buat kita”.ujar Hanan yang cuba menenangkan suaminya.Airmata Hariez mengalir kembali dengan deras.Tiada bunyi esakan,tetapi pejaman matanya menyatakan yang dia sedang bersedih sangat.

“Awak takkan faham masalah saya Hanan”.ujar Hariez tenang dan lembut dalam linangan airmata.

“Kalau awak sendiri sebagai suami tidak mahu berkongsi cerita dengan saya sebagai isteri..macam mana ?”.soal Hanan sedikit tegas tetapi di dalam kelembutan.

“Awak akan menyesal kalau tahu siapa saya dan tahu apa yang saya pernah buat.....”.kata-kata Hariez terhenti apabila pintu rumah mereka di ketuk oleh seseorang.Hariez terus bangun berdiri dan menuju ke pintu utama rumah mereka.Dia membuka pintu dan terkejut melihat Atiqah di hadapan pintu.Wanita itu tersenyum kepadanya.

“Atiqah ? U buat apa dekat sini ? Subuh pun belum habis”.ujar Hariez yang terkejut melihat bekas kekasihnya berada di situ.

“Ini bukan Malaysia Hariez untuk tunggu lepas subuh baru boleh datang rumah orang”.jelas Atiqah dengan senyuman yang memikat.Tetapi Hariez hanya membuat riak wajah biasa sahaja.

“Memang ni bukan Malaysia..tapi adab u dekat mana ?”.soal Hariez selamba tanpa rasa bersalah.Berubah air muka Atiqah mendengar kata-kata yang agak sinis daripada bekas teman lelakinya itu.Hanan yang berada di sebalik dinding itu tertawa sambil menekup mulut supaya tawanya itu tidak letus.

“Macam mana u boleh tahu rumah i ?”.soal Hariez yang agak curiga dengan kehadiran bekas teman wanitanya itu.Atiqah mendengus perlahan dan membuat riak muka menyampah.

“Patutlah dulu kita break ehh sebab u ni macam pakcik-pakcik banyak tanya”.jelas Atiqah sambil menguling-gulingkan biji matanya tanda menyampah.

“Memang lah sebab hati i bukan untuk u”.jelas Hariez dengan berani dan bangga mempertahankan hak isterinya walaupun tidak berada di situ.Atiqah menjeling Hariez.

“Ya lah Hariez..wife u je yang terbaik..semua perempuan dalam dunia ni jahat je dekat mata u tu”.ujar Atiqah dalam nada menyampah.Hariez hanya tertawa sinis.

“Tapi u jangan menyesal okay kalau wife u tahu siapa sebenarnya u dalam hidup dia..mesti dia akan bencikan u and kita boleh together semula kan ?”.soal Atiqah yang sengaja menugut Hariez.Hariez merenung tajam ke arah wanita di hadapannya ini bagai hendak menelan.

“U dengar sini baik-baik Atiqah...if wife i tahu tentang perkara sebenar daripada mulut orang lain sebelum i sendiri perjelaskan satu persatu..u dengan jantan tu i cari okay ?”.ugut Hariez kepada Atiqah pula.Atiqah tersenyum sinis.

“Will see”.jawab Atiqah ringkas dan berlagak.

“U memang taknak jemput i masuk ke sayang ?”.soal Atiqah yang tiba-tiba memanggil Hariez dengan panggilan ‘sayang’.

“Tak payah..u tu bawak sial je dalam hidup i”.ujar Hariez dalam nada marah.Kemudian Atiqah tiba-tiba gelak besar seperti perempuan jahat.

“Bukan kita dua-dua memang sial ke ?”.soal Atiqah berani.

“Sekurang-kurangnya aku tahu nak bertaubat”.jelas Hariez dengan kasar.

“Ohh really ?”.ejek Atiqah.

“Tapi kesian dekat u tau sayang..if u dah bertaubat sekali pun..i yakin yang wife u takkan terima u lagi kalau dia dah tahu perkara sebenar...ialah kan..u dah seksa hidup dia dengan dia sekali”.ujar Atiqah dengan ketawa besarnya sekali lagi.

“Tak...Hanan takkan tinggalkan aku...dia cintakan aku..aku pun cintakan dia...dia takkan khianat cinta yang aku dah beri pada dia”.ujar Hariez yang seperti orang tidak siuman mempertahankan cintanya di hadapan wanita seperti Atiqah.Itulah niat Atiqah yang ingin membuat Hariez nenjadi gila kerana Hanan.Baru dia boleh hidup dengan tenang.

“It’s okay Hariez..u boleh hidup dalam angan-angan u tu..tapi kita tengoklah nanti..kalau mimpi menjadi kenyataan”.ujar Atiqah sinis.Kemudian dia beredar begitu sahaja.

Hariez menutup pintu rumahnya agak kuat dan berpusing ke belakang untuk duduk di ruang tamu.Tiba-tiba suara isterinya memecah sunyi di dalam rumah itu.

“Sayang..apa yang awak pernah buat sampai Atiqah berani ugut awak ?”.soal Hanan serius dan memandang wajah suaminya dengan pengharapan penuh untuk mendapatkan penjelasan.

“........dan kenapa dia cakap pasal saya ? Awak dah buat apa dekat saya ?”.soal Hanan serius lagi.Kali ini Hariez betul-betul terikat dengan persoalan isterinya itu.Dia hanya mampu berdoa pada allag supaya allah dapat menyelamatkan rumahtangganya daripada musibah yang bakal berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience