BAB 10

Romance Completed 23149

Renungan tajam diberi ke arah pasangan yang sedang duduk di hadapan beberapa meter jauh dari Furqan.Dia memandang dengan pandangan yang penuh dendam.Dia sedang melihat adegan romantik Hariez dan Hanan yang saling bersuap-suapan.Dia merenung dengan penuh rasa dendam di hati.Dia mengambil gambar mereka berdua secara senyap-senyap.Kemudian dia menghantar kepada dua orang iaitu Atiqah dan Puan Hanani.Dia tersenyum sinis.Dia memandang semula ke arah meja yang diduduki Hanan dan Hariez tetapi meja itu sudah kosong dan pelayan kedai itu sendiri sedang mengemas sisa-sisa cawan kotor.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari kelibat Hanan dan Hariez tetapi tidak nampak bayang mereka.Dia menoleh ke belakang beberapa saat kemudian dia memusingkan semula badannya ke hadapan.Alangkah terkejutnya Furqan,Hariez yang sudah pun duduk di hadapannya dan merenungnya dengan pandangan yang menakutkan.Dahi Hariez berkerut dan keningnya hampir bercantum.Furqan cuba mengawal riak wajahnya yang terkejut apabila Hariez yang seperti bayangan hantu itu berada di hadapannya.

"Kau stalk aku dengan Hanan kan ?".soal Hariez memulakan bicara yang hanya diam merenung tajam wajah Furqan daripada tadi.

"Hmm..kenapa ? Takut ke ?".soal Furqan yang sengaja ingin membakar kemarahan Hariez lagi.

"Kau nak apa ? Aku boleh bagi apa je yang kau nak tapi kau kena janji lepastu kau akan pergi jauh-jauh dari hidup aku dan Hanan..boleh ?".soal Hariez dalam nada yang geram.

"Betul ke ? Kau boleh bagi apa je yang aku nak ?".soal Furqan dengan teruja.

"Yes".balas Hariez ringkas dalam nada mendatar dan serius.

"Okay..first..aku nak kereta..second..aku nak rumah..third...aku nak Hanan".pinta Furqan dalam senyum sinis apabila dia membuat permintaan yang terakhirnya itu.

"Kau dah gila ke nak bini aku ?".soal Hariez sedikit kasar.

"Kalau kau bagi tiga-tiga yang aku mintak tu..kau boleh hidup bebas tanpa ada gangguan..tapi if kau tak bagi...bersedia lah rumahtangga yang kau bina tu bakal runtuh".ugut Furqan dengan penuh rasa berani di dada.

"Kalau kau berani..kau buat lah..aku nak tengok..tahap mana sekarang keberanian kau tu..tapi kalau kau berjaya untuk hancurkan hubungan aku dengan Hanan..kau tak perlu rasa bangga..sebab kau tu pengecut..polis baru cari kau..sampai ke Mesir kau lari...hahahaha".Hariez mentertawakan Furqan yang sedang terkedu dengan kata-katanya itu.

"Kau jangan main gila....aku kalau cakap aku buat Hariez".ugut Furqan yang mula rasa bengang dengan kata-kata Hariez tadi.

"Will see..".ujar Hariez penuh yakin.

"Okay lah..nanti jumpa lagi ye...aku nak sambung dating dengan isteri tercinta".ujar Hariez meminta diri sambil menyakitkan hati Furqan dengan penyataannya itu.

Furqan memandang sepi ke arah yang pergi meninggalkannya seorang diri itu.Tiba-tiba airmata dia mengalir tanpa dia sedar.Ada sesuatu yang hiba hinggap di hatinya.Dia menyeka lembut dan menekup mukanya beberapa saat.Dia membuka semula matanya dan mengelamun.

"Sekali lagi kau bagi airmata aku ni mengalir ye Hanan..aku ni jahat Hanan..aku ni tak baik Hanan..tapi aku tak sekejam Hariez".ujarnya seorang diri perlahan tidak dapat didengari pelanggan yang berada di kedai itu.

Tuan Hasyim yang baru pulang dari pejabat itu,melangkah masuk ke dalam rumah.Dia meletakkan bag bimbitnya yang bersaiz segi empat yang agak besar itu di atas meja yang berada di tepi sofa yang diduduknya.Dia bersandar dan separa baring di atas sofa itu.Puan Safira yang baru turun dari tingkat atas itu terus menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan suaminya yang baru pulang dari kerja itu.Dia mendekati suaminya yang sedang duduk di atas sofa dalam keadaan separa baring.

"Lambat abang balik harini ? Selalu pukul 4 tepat je dah ada dekat rumah..ni pukul 7 baru balik ?".soal Puan Safira yang sedang merenung wajah suaminya yang kepenatan.Dia menyentuh lembut pipi suaminya.Tuan Hasyim yang masih dalam keadaan mata terpejam terus mencapai tangan isterinya dari terus menjalar di pipi dan digenggam erat diletakkan di atas dadanya.Puan Safira tersenyum sendirian.

Dalam keadaan penat pun masih romantis !.

"Harini abang settlekan banyak kerja..".jelas Tuan Hasyim ringkas.

"Abang penat sangat ke ? Nampak letih betul abang harini ?".soal Puan Safira yang sambil meleraikan ikatan tali leher suaminya.

"Penat sayang..penat sangat".ucap Tuan Hasyim lembut.

"Abang..Hanan dengan Hariez takda nak balik Malaysia ke ?".soal Puan Safira sambil tangannya mengulungkan semula tali leher yang sudah dilereikan dari kolar kemeja Tuan Hasyim.

"Kenapa ? Tiba-tiba je tanya pasal budak-budak tu".soal Tuan Hasyim yang terus membuka matanya dan duduk dalam keadaan tegak.

"Saja je..rindu dekat anak-anak kita tu..Hanan tu dah lah sebelum ni asyik dengan kerja mengembara dia tu aje..dah kahwin duduk dengan suami pulak..so susah lah nak jumpa".jelas Puan Safira.

"Haih..biarlah...awak ni rindu budak-budak tu ke ? Rindu menantu awak tu ?".soal Tuan Hasyim dalam nada menyindir.Puan Safira terus memandang wajah suaminya yang selamba itu.

"Abang ni ? Ingat saya dah gila ke ?".soal Puan Safira marah.

"Mana lah tahu...saya ni dah takda nilai lagi dekat mata awak ?".soal Tuan Hasyim menduga isterinya dalam nada merajuk.

"Sampai harini pun..hati saya ni susah nak lepaskan abang pergi kerja..sebab tu saya suruh abang pencen cepat-cepat...abang tu makin hari saham makin tinggi".sindir Puan Safira dalam nada yang agak keras.

"Yeke ? Tapi awak macam dah tak sayang saya lagi je ?".duga Tuan Hasyim.

"Suka hati awak lah..saya malas nak bercakap dengan awak".rajuk Puan Safira yang terus bangun dan diikuti Tuan Hasyim menuju ke ruangan dapur.

"Alamak dah merajuk pulak..masak untuk saya tak ?".soal Tuan Hasyim selamba menyakat isterinya yang hanya menonong ke dapur.

Setelah puas seharian suntuk berjalan mengelilingi Bandar Cairo.Hanan dan Hariez akhirnya pulang jua ke rumah.Hanan yang terus ke dapur untuk mengambil air buat suami dan dirinya menuju ke peti ais.Hariez terus mengambil tempat di sofa yang berada di ruang tamu.Beberapa minit kemudian Hanan datang ke arah Hariez dengan dua cawan air di tangannya.

"Nah sayang".hulur Hanan secawan air kepada Hariez.

"Thank you sayang".ucap Hariez yang terus menarik tangan Hanan supaya duduk disebelahnya.

"Sayang..terima kasih tau sebab bawak saya jalan-jalan harini".ucap Hanan manja.Terus sahaja dia mencapai tangan suaminya dan mengucup tangan itu lembut.

"Sama-sama sayang".balas Hariez yang seraya mengucup dahi Hanan.Wanita itu tersenyum bahagia.

"Puas saya berjalan satu Cairo hairini...untung saya dapat suami macam awak".puji Hanan kepada suaminya yang sedang duduk bersandar di sofa itu.

"Terima kasih sebab izinkan saya bertapak dalam hidup awak...lepasni izinkan saya bertapak dekat hati awak pulak".jelas Hariez dengan penuh romantis.Hanan tersenyum nipis.

"Insyaallah saya akan izinkan..buat masa ni saya memang takda hati dekat awak pun".jujur Hanan dengan penuh rasa berat di hati.

"Tahu".jawab Hariez ringkas dan tersenyum pahit.Berat untuk dia terima jawapan daripada isterinya itu.Tetapi dia harus redha kerana dia pasti akan ada ganjaran yang lebih besar bakal dia dapat jika dia bersabar.

Hariez menarik hanan masuk ke dalam dakapannya.Hanan menyandarkan kepalanya di dada bidang Hariez.

Aku takkan lepaskan kau masuk ke dalam hati sesiapa pun sayang.Hanya aku yang akan bertapak di hati kau.Aku perlu segera masuk ke dalam hati kau.Hariez memejamkan mata dan medongakkan kepalanya di tempat menyandar di sofa yang diduduknya.Hanan juga turut terlelap di atas dada bidang suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience