Petang yang indah telah menemani pasangan suami isteri iaitu Hariez Huzaifah dan Hanan Qaisara tetapi di dua tempat berbeza di dalam rumah agam Tuan Hasyim.Hanan yang sedang membancuh air itu didatangi pemandu peribadinya sejak kecil .
“Hanan tengah buat air ke ?”.soal Tuan Haji yang tiba-tiba menegur gadis itu.
“Ehh Haji ? Aah , nak buat untuk Hariez..Haji nak ke ? Hanan buatkan sekali ?”.tawar Hanan kepada lelaki separuh abad itu.
“Ehh tak perlu susah-susah , nanti kalau Haji nak..Haji buat sendiri..”.jelas Tuan Haji kepada anak majikannya itu di dalam nada bergurau .Hanan tertawa dengan gelagat pemandu peribadinya itu.
“Hanan dengan Hariez okay ?”.soal Tuan Haji tiba-tiba kepada gadis yang sedang membancuh air itu.
“Kenapa Haji tanya macam tu ?”.soal Hanan sedikit perlahan suaranya.
“Haji nampak…Haji pun faham dengan cara kamu berdua tu..Cuma tak nak tegur je”.jelas Tuan Haji kepada Hanan.Berubah air muka Hanan apabila dia mendapat tahu hubungannya bersama Hariez dapat dihidu keretakkannya.
“Papa dengan mama tahu tak ?”.soal Hanan dengan nada takut dan riak wajah cuak.
“Tak…Haji pun diam je..sebab itu masalah Hanan..jadi harap sangat Hanan dan Hariez dapat menyelesaikan dengan cara baik”.ujar Tuan Haji.Hanan mengurut dadanya kerana lega gelora rumahtangganya sekarang ini tidak diketahui Tuan Hasyim dan Puan Safira.
“Alhamdulillah…Hanan memang tidak mahu papa dengan mama tahu tentang perkara ini”.jelas Hanan kepada Tuan Haji dengan riak wajah risau.
“Hanan perlu bijak mencari jalan untuk menyelesaikan masalah..lagi ini berkaitan dengan rumahtangga..perkara ini bukan suka-suka boleh buat main..sekali salah langkah tidak akan dapat selamatkan lagi”.jelas Tuan Haji kepada Hanan.Hanan cuma mengangguk sahaja.
“Tak apalah Haji…Hanan nak hantar air panas ni pada Hariez..nanti kita borak lagi ye ?”.jelas Hanan.
“Haa yelah..nanti borak lagi..hati-hati bawak air panas tu”.pesan Tuan Haji dalam nada menyakat.
Hanan mula menutur langkah menaiki anak tangga nenuju ke tingkat atas untuk memberi minuman kepada suaminya.Selepas beberapa minit menaiki anak tangga , akhirnya dia sampai jua di tingkat atas.Hanan perlahan-lahan memulas tombol pintu, kerana dia takut menganggu suaminya yang sedang berehat.
“Awak..saya ada bawa air panas untuk awak”.jelas Hanan kepada suaminya yang sedang baring tegak di atas katil dan memicit-micit kepalanya yang terasa denyut.Hanan yang melihat keadaan suaminya itu,segera mendekati lelaki itu dan terus mendaratkan kepalanya di atas dada bidang Hariez.Hariez yang sedang memicit-micit kepalanya dalam keadaan mata terpejam segera memandang isterinya yang kini berada di dadanya.Sekali gus,jantungnya berdegup kencang.
“Hanan kau buat apa ni ?”.soal Hariez ingin tahu dan agak kurang selesa dengan cara isterinya itu.
“Saya rasa nak baring dekat awak”.jelas Hanan dengan suara manjanya.Hampir berbulan dia tidak mendengar alunan suara itu kerana pertelingkahan rumahtangga mereka.Tiba-tiba dadanya berasa berat kerana menahan sebak.Sebak kerana rindu akan kenangan manis bersama isterinya.
“Janganlah macam ni..nanti kalau aku kerja macam mana ?”.soal Hariez yang ingin menjauhkan diri daripada isterinya kerana hatinya tidak kuat menanggung seksa di jiwa.
“Alaa awak pergi kerja bukan tak balik lamgsung ? Nanti balik balik kerja sambung lah bermanja macam ni ?”.ujar Hanan selamba tanpa memandang renungan tajam yang diberi Hariez.
Hariez menolak lembut kepala isterinya , supaya kepala Hanan tidak disandarkan pada dadanya lagi.Hanan perlahan-lahan mengangkat kepalanya dan memandang suaminya yang membelakanginya itu.Tiba-tiba hatinya berasa sebak tidak menentu.Apa yang dilakukannya sebentar tadi bersama Hariez atas keinginan dirinya sendiri dan dia juga tidak tahu mengapa dirinya jadi seperti itu.
“Kenapa ? Awak dah tak sudi dengan saya ke ?”.soal Hanan lembut dan sayu.
“Aku tengah padam rasa cinta kita Hanan..jadi jangan minta aku harapan lagi”.ujar Hariez.
“Awak kenapa ? Saya buat apa dekat awak ?”.soal Hanan lembut tetapi penuh tanda tanya.
“Kau tak buat apa-apa sebab kau terlalu sempurna untuk aku sehingga semua menjadi sebuah kesilapan”.jelas Hariez mendatar.Dia sedang menahan suara yang tersekat-sekat kerana menahan sebak di dada.
“Salah ke saya nak perhatian suami saya ?”.soal Hanan lembut lagi.
“Salah…sebab aku dah tak mampu nak beri perhatian kepada kau Hanan”.jelas Hariez lembut dalam tegas.
“Saya dengar doa awak beberapa hari lepas”.jelas Hanan yang ingin menduga suaminya.Terkaku Hariez mendengar penjelasan isterinya itu.
“Saya pun doa perkara yang sama…supaya saya tidak terus dihukum lagi”.jelas Hanan dalam linangan airmata di pipi,tetapi suaranya masih dapat dikawalnya lagi.
“Aku bukan nak hukum kau Hanan..tapi aku taknak kau terpalit dengan dosa yang aku dah buat..aku nampak keikhlasan kau cintakan aku..tapi aku lagi sakit sebab kau pernah permainkan cinta aku..dan sekarang ni pun kau cinta selepas beberapa bulan perkahwinan kita..sebelum tu kau permainkan cinta aku sekali lagi..sedangkan kau tahu yang aku benar cintakan kau”.jelas Hariez sayu.
“Saya tahu..saya pernah buat salah dengan awak..tapi jangan hukum cinta kita sayang”.ada panggilan lembut pada kata terakhir Hanan tetapi tidak mengusik tangkai hati Hariez.
“Dah lah Hanan..kita lupakan perkara indah yang pernah terjadi dalam hidup kita..anggaplah semua itu tidak pernah berlaku”.pinta Hariez dengan penuh pengharapan.
“Awak ingat senang ke Hariez ?”.soal Hanan pelik dan agak tinggi suaranya.Kerana dia amat geram dengan sikap asal boleh suaminya itu.
“Memang susah bagi aku..tapi aku yakin itu perkara mudah buat kau”.jelas Hariez yang sengaja menyakiti hati isterinya.
“Kenapa awak berubah mendadak Hariez ?”.soal Hanan yang mula tidak puas hati dengan suaminya itu.
“Sebab sudah tiada rasa cinta dalam diri aku Hanan”.jelas Hariez dan terus berlalu pergi meninggalkan isterinya di atas katil.Esakan mula didengari dari Hanan.Hatinya berkecai apabila suaminya benar-benar mahu buang rasa cinta antara mereka sebelum ini.
Share this novel