BAB 4

Romance Completed 23149

Sudah tiga hari,Hanan tidak keluar dari bilik hotel Ritz-Carlton.Dia bagai menghidapi penyakit kemurungannya yang dialami 10 tahun yang lepas.Kadang kala dia termenung,menangis dan ketawa.Dia bagai sudah gila apabila dia diminta untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintainya.Hanya perkenalan dalam beberapa jam,terus diputuskan untuk dikahwinkan bersama Hariez Huzaifah oleh bapanya Tuan Hasyim.Hanan merenung ke luar jendela.Dia mengalirkan airmata,dia memejam matanya rapat.Dia mengenang waktu-waktunya yang dihabiskan untuk mengkaji sejarah-sejarah islam di setiap pelosok dunia.Kini segala telah musnah kerana alam perkahwinan yang bakal dihadapinya.Hanan beredar dari cermin yang menjadi dinding bilik itu dan menuju ke dapur untuk minum air.Tiba-tiba ada seseorang yang mengetuk pintunya.Dia mengerutkan dahinya dan berjalan menuju ke pintu untuk dibuka.

"Hye sayang".ucap Furqan yang sudah berdiri di hadapan pintu dengan wajah yang tersenyum.Hanan membuat muka menyampah.Dia sedang berserabut,apabila melihat wajah yang dibencinya itu dia tidak memberi apa-apa reaksi di wajah.Furqan agak perasan dengan layanan Hanan terhadap dirinya,tetapi dia hanya membuat reaksi biasa sahaja.

"Sayang awak okay ? Kenapa macam tak suka je saya datang ?".soal Furqan yang sudah melangkah masuk ke dalam bilik hotel itu dan menutup pintu.Dia cuba merapati Hanan dan ingin memeluk dari arah belakang tetapi kelakuannya itu dapat dielak Hanan dan memandang kearahnya dengan satu renungan tajam.

"Siapa yang suruh awak datang ? Saya tak suruh dan saya takda kena mengena pun dengan awak ?".soal Hanan bertalu-talu dengan sinis.Furqan merenung tajam kepada Hanan.Tetapi Hanan tidak mengendahkannya.

"Kenapa Hanan tak pernah bagi abang peluang untuk bercinta dengan Hanan..abang tahu kisah Hanan semua..tapi kenapa ? Kenapa Hanan taknak tolong diri Hanan jugak ?".soal Furqan yang agak tegas suaranya.

"Saya tak pernah jatuh cinta dengan sesiapa ? So buat apa saya nak jaga hati orang ? Lagi-lagi hati awak ?".jawab Hanan selamba.Dia ingin menyakitkan hati Furqan dan dalam pada masa yang sama juga dia ingin meghalau lelaki itu secara halus.

"Siapa yang ada dalam hati Hanan ? Bagitau abang sekarang ?".soal Furqan serius seperti orang ingin menahankan hak seorang wanita.Tetapi riak wajah Hanan seperti tiada apa-apa.

"Yang ada dalam hati Hanan cuma mama dengan papa je".jelas Hanan yang sekali lagi jawapannya itu mengundang marah dalam hati Furqan.Lelaki itu mendengus perlahan.Dia meraup mukanya perlahan-lahan tetapi agak kasar.

"Hanan memang dah melampau lah ? Sampai hati Hanan permainkan abang macam ni ?".soal Furqan kepada Hanan dengan suaranya yang menekan kerana menahan marah.Hanan merenung kedalam anak mata Furqan.Pandangannya itu tidak dapat ditafsirkan oleh Furqan.

"Sejak bila awak suka dekat saya Furqan ?".soal Hanan ingin tahu dan menduga lelaki itu.

"Sejak kali pertama kita bertemu masa makan malam dekat rumah Hanan..kenapa sayang ?".soal Furqan lembut.Dia menunggu jawapan dan juga luahan dari Hanan dengan penuh pengharapan.

"Macam tu jugak saya..saya benci awak masa first time kita jumpa waktu makan malam tu".jelas Hanan dengan tegas dan tiada lagi berselindung atau berkias dengan lelaki itu.Perasaan dendam mula menghurung hati Furqan.Airmata dendamnya mengalir di pipi.Meskipun dia tidak terlalu baik,tetapi cintanya kepada Hanan adalah ikhlas.

"Takpa Hanan..kau boleh berbahagia di atas penderitaan aku..tapi kau ingat..aku takkan berdiam diri untuk hancurkan hidup kau Hanan".jelas Furqan dengan suara yang perlahan tetapi penuh amaran.Dia beredar dari situ.Hanan terduduk di atas katil.Airmatanya juga mengalir di pipi dengan deras.

"Maafkan saya Furqan,bukannya saya tak mampu nak cakap and tolak awak secara baik..tetapi saya terpaksa berkeras untuk awak terus pergi dari hidup saya dan jangan datang lagi...maafkan saya..saya terima jika awak akan membalas dendam terhadap saya..saya dah bersedia".ujar Hanan di dalam hati dan tangisannya makin lebat.Dia menyeka airmatanya.Tiba-tiba dia mendapat sebuah idea dan terus bersiap untuk ke suatu tempat.Selepas beberapa minit dia bersiap,terus dia menuju ke meja kecil di tepi katil dan mengambil segala barang-barangnya dan di isi di dalam bag packnya.Dia menuju ke lif untuk turun ke lobi.Sesampai sahaja dia di lobi hotel,dia menahan sebuah kenderaan yang menumpangkan orang-orang luar dan menuju ke destinasinya.

Selepas beberapa minit Hanan sampai di hadapan Kafe Hariez.Dia melangkah masuk ke dalam Kafe tersebut dan melihat Hariez yang sedang bekerja.Hariez tidak perasan akan kehadiran Hanan kerana dia sedang ralit mengambil pesanan pelanggannya.Tiba-tiba Hanan terperasan yang ada seorang pekerja di situ yang sedang bercakap dengan Hariez sambil menunjuk-nunjuk ke arah Hanan.Hanan mengalihkan pandangannya kerana kurang selesa.

"Hanan".panggil Hariez yang sudah berada di hadapannya.Hariez menarik kerusi di sisi Hanan dan duduk.

"Kenapa datang tak beritahu ?".soal Hariez kepada Hanan yang membisu daripada tadi.Dia memandang wajah lelaki itu sayu.

"Kita kahwin jom".ajak Hanan kepada Hariez tiba-tiba.Terkedu Hariez mendengar ajakan Hanan.Daripada tadi wanita itu membisukan diri tiba-tiba bersuara dan mengajaknya berkahwin.

"Apa ? Kahwin ? Awak okay tak ni ?".soal Hariez yang ingin kepastian dari Hanan sama ada dia okay atau pun tidak okay.

"Saya okay Hariez..saya tahu mesti papa ada cakap perkara yang sama dekat awak kan ?".duga Hanan kepada Hariez.

"Hanan saya nak tanya awak ? Apa tujuan sebenar awak datang ke sini ?".soal Hariez ingin tahu tujuan Hanan yang sebenar.

"Mengembara".jawab Hanan dengan amat perlahan tetapi masih dapat didengari Hariez.

"Habis kenapa awak ajak saya kahwin ? Awak tak menyesal kahwin dengan saya ? Kalau lepas ni saya tak bagi awak buat semua kerja awak ni ? Awak sanggup ? Boleh duduk diam je dekat rumah ?".soal Hariez bertalu-talu kepada Hanan.

"Saya yang nak kahwin dengan awak..susah ke awak nak terima saya Hariez..saya tahu saya tak macam perempuan lain".Hanan menghentikan kata-katanya kerana dia tidak dapat menahan sebak di dada.Airmatanya mengalir laju.Hariez terkedu dengan tindakan Hanan itu.Dia menghulurkan sehelai tisu kepada Hanan.Gadis itu menyambut huluran daripada Hariez dan menlapkan airmatanya yang mengalir dipipi.

"Awak dah bincang dengan family awak ?".soal Hariez kepada Hanan.Suaranya lembut sahaja.Hanan rasa terbuai di hati mendengar suara Hariez itu.

"Ini aturan family..tapi saya pun memang setuju dengan perancangan ni".jujur Hanan kepada lelaki kacak di hadapannya itu.

"Boleh saya nak tahu kenapa awak pun setuju untuk kahwin dengan saya ?".soal Hariez yang ingin tahu tentang isi hati gadis dihadapannya itu terhadapnya.

"Sebab saya dah jatuh cinta dengan awak".luah Hanan malu-malu.Hariez tersenyum nakal.

"Awak datang sini bukan nak mengembara... tapi nak menggatal...sebab tu awak berani tackle saya kan ?".soal Hariez berani dan memerangkap kata-kata Hanan.

"Mana ada ? Saya ikhlas lah..pandai je tuduh orang".marah Hanan manja.Hariez tersenyum melihat Hanan yang memarahinya dengan riak wajah manja.

"Awak nak air tak ?".soal Hariez lembut.

"Nak ?".pinta Hanan seperti kanak-kanak.

"Air apa sayang ?".tiba-tiba perkataan 'sayang' keluar dari bibirnya.Hanan tersenyum hingga ke telinga.

"A...i love you".pinta Hanan nakal.Hariez mengetuk kepalanya dengan sudu yang disusun rapi di atas meja untuk kegunaan pelanggan.Hanan menggosok kepalanya yang sakit akibat diketuk dengan sudu tebal.

"Air tu saya tak jual lagi".ujar Hariez bersahaja tanpa rasa bersalah kepada Hanan.Hanan memuncung seperti kanak-kanak.

"Habis awak jual apa ?".soal Hanan kepada Hariez selamba.

"Saya jual mocha,latte dan lain-lain..i love you semua saya tak jual".jelas Hariez seperti orang yang tiada perasaan.

"Eee..kayu siot dia ni".kutuk Hanan di hadapan lelaki itu.

"Kalau I love you takda takpalah...saya nak......awak".pinta Hanan nakal sekali lagi.Perangai Hanan memang seorang yang nakal dan penyakat.Kerana dia mewarisi perangai bapanya Tuan Hasyim.Hariez yang melihat gelagat Hanan itu hanya tersenyum dan menggeleng kepala.

"Dah lah malas nak layan..saya nak pergi buat kerja..buang masa je layan awak ni".kutuk Hariez kepada Hanan.

"Aah betul tu..kalau awak layan saya sekarang memang buang masa je..tapi kalau lepas kahwin mungkin lagi banyak masa awak nak buang untuk saya dalam bilik".ujar Hanan sambil tergelak besar.Hariez juga turut tertawa dengan perangai gila Hanan.Tidak dia sangka Hanan yang kelihatan lembut dan pemalu itu ada perangai lain di sebaliknya.

"Bye sayang...saya nak balik".ucap Hanan dan sekali gus memanggil Hariez 'sayang'.Hariez hanya mengangguk dan mengeyitkan mata kepada Hanan.Hanan terlopong kerana Hariez sudah membuatnya gila.

Hanan mengatur langkah keluar dari Kafe tersebut.Dia menuju ke tempat Teksi yang ada beberapa pemandu memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan sambil menunggu mana-mana penumpang yang ingin menaiki kenderaan mereka.Hanan menaiki sebuah Teksi dan meminta pemandu tersebut menghantarnya ke sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Cairo iaitu Ramses Mall.Dia berjanji dengan Tuan Hasyim untuk bertemu di pusat membeli belah itu.Selepas hampir satu jam perjalanan.Kenderaan tersebut telah membawa Hanan dan berhenti berhampiran pintu masuk Mall itu.Hanan mengatur langkah masuk ke dalam bangunan yang kelihatan antik dan juga banyak menjual barangan antik dan ikutan terkini.

"Papa".panggil Hanan mesra setelah dia terlihat kelibat papanya yang sedang melihat barangan di sebuah kedai di situ.

"Kenapa nak jumpa papa ni ?".soal Tuan Hasyim tenang tapi mesra.

"Hanan nak kahwin !".jelas Hanan kepada Tuan Hasyim seperti dia sedang meminta aiskrim daripada bapanya itu.

"Whattt ???".soal Tuan Hasyim yang sedikit terjerit kerana terkejut dengan penyataan Hanan itu.

"Hanan nak kahwin...ishh papa ni..berapa lama tak korek telinga haa ?".soal Hanan selamba kepada bapamya.

"Dengan siapa ?".soal Tuan Hasyim yang masih lagi dalam nada terkejut.

"Ishhh..dengan menantu pilihan papa tu lah".ujar Hanan menyampah.Tuan Hasyim terkedu.Airmatanya tumpah.

"Hanan betul-betul ke terima Hariez ni..bukan sebab papa kan ? Papa taknak paksa Hanan tau".jelas Tuan Hasyim perlahan dan tersekat-sekat kerana menahan sebak.

"Tak pa..Hanan ikhlas cintakan dia".luah Hanan sayu.Airmata Tuan Hasyim makin deras.

"Kenapa papa nangis ?".soal Hanan pelik melihat papanya menangis.

"Takda apalah sayang..papa cuma tak sangka yang Hanan masih mampu menerima orang lain dalam hidup Hanan..yelah..selepas apa yang jadi 10 tahun lepas tu papa ingat Hanna betul-betul nekad taknak ada hubungan dengan lelaki lagi dah ?".soal Tuan Hasyim ingin reaksi daripada anak gadisnya itu.

"Alhamdulillah..allah hantar Hariez untuk buka pintu hati Hanan menerima lelaki dalam hidup Hanan..".luah Hanan tentang apa yang dirasa tentang hatinya kini.Terbutang mata Tuan Hasyim mendengar penjelasan Hanan itu.Kalaulah Hanan tahu siapa sebenarnya Hariez.Papa tak rasa perasaan cinta pada Hariez tu akan bermekar lagi.Mungkin rasa benci akan menghurung seluruh jiwa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience