Hariez sedang berbaring di atas katil.Dia mengelamun mengenangkan isterinya yang berada di luar bilik itu.Hanan membuat keputusan untuk tidak tidur bersama suaminya buat masa ini,bukan mahu menjadi isteri derhaka.Tetapi dirinya diselubungi perasaan trauma.Penyakitnya bagai datang kembali bersarang di dalam hati.Hariez meraup mukanya perlahan.Dari keadaannya yang berbaring di bangun duduk melunjur di atas katil sambil menyandar di kepala katil.Dia tidak mampu melelapkan mata kerana Hanan Qaisara kini tiada di sisinya.Pada waktu tengah malam begini mereka sering bergurau senda sehingga terlelap mata.Tetapi kini semuanya hanya tinggal kenangan,kerana tidak mungkin Hanan mahu melayaninya seperti biasa.Hariez akhirnya membuat keputusan untuk menjenguk isterinya yang berada di ruang tamu itu.Dia turun dari katil dan menuju ke pintu bilik dan membukanya.Hariez berjalan perlahan dan tenang menuju ke ruang tamu.Sehingga di laluan yang terakhir,dia sudah pun menampakkan tubuh isterinya yang terdampar di atas permaidani di hadapan televisyen.Dia mendekati isterinya yang sedang berbaring di atas permaidani dalam keadaan mengiring.
“Hanan jom masuk bilik..tidur dekat dalam bilik”.ajak Hariez lembut kepada isterinya.Tetapi tidak dibalas Hanan.Hariez duduk bersila di atas permaidani di sebelah isterinya itu.
“Hanan jom masuk dalam..kita tidur dalam bilik..baru selesa sikit”.ujar Hariez yang cuba memujuk isterinya.Tetapi Hanan masih membatukan dirinya.
“Hanan..saya cakap ni dengar lah...nak ke saya berkasar dengan awak ?”.soal Hariez yang suaranya agak meninggi memarahi isterinya yang tidak mengendahkan dirinya.
“Awak nak apa ?”.soal Hanan mendatar yang tetap tidak memandang wajah tampan suaminya itu.
“Saya nak jaga awak je..awak dari semalam tak sihat”.jelas Hariez tentang niatnya terhadap isterinya itu.Hanan tertawa sinis.
“Saya pernah gila..saya pernah menghadapi penyakit mental..takda masalah untuk saya hadap demam biasa ni”.ujar Hanan yang cuba menyedarkan suaminya atas kesilapan yang pernah dilakukan lelaki itu kepadanya.
“Saya tahu saya salah..saya tahu saya punca awak gila..tapi jangan hukum saya macam ni..saya takda niat nak berkasar dengan awak Hanan..saya sayang awak sangat..hati saya sakit sebab awak cuba permainkan cinta saya..itu saja”.luah Hariez tentang rasa di hatinya.
“Senang awak cakap ya..awak ingat mudah ke saya nak pulih semula dari sakit tu..10 tahun Hariez saya macam orang gila..5 tahun saya dalam rawatan..awak masih nak sakitkan saya ke”.ujar Hanan dalam nada yang berat.Didadanya bagai ada beban yang ditanggung kerana menahan sebak.
“Saya kejam kan ?”.soal Hariez semula kepada Hanan.Hanan daripada dalam berkeadaan baring terus bangun duduk menghadap suaminya.
“Kejam ? Awak tanya saya awak kejam ke tak ? Awak bukan kejam..tapi awak zalim”.ujar Hanan yang sudahpun mengalirkan airmata kerana tidak dapat menahan sebak.
“Awak betul-betul bencikan saya ke ?”.soal Hariez ingin tahu.
“Saya terlalu benci awak Hariez”.jelas Hanan tegas.Bebola matanya menjadi merah dan menampakkan urat-urat menjalar di bebola mata menandakan yang dia terlalu marah dengan suaminya itu.
“Saya tahu..hanya bibir awak cakap benci..tapi hati awak kata tidak”.jelas Hariez yakin.Hariez tersenyum sinis kepada isterinya.Hanan pelik melihat suaminya yang melihat suaminya yang tertawa sinis itu.
“Awak tak perlu yakin sangat..”.ujar Hanan menyindir suaminya.Hariez merenung ke dalam anak mata Hanan sedalam dalamnya.
“Apa ?”.soal Hanan yang berasa kurang selesa.
Tanpa membuang masa,Hariez memegang wajah isterinya dengan kedua tapak tangan kekarnya dan mengucup rakus bibir isterinya.Hanan yang tidak suka dengan tindakan suaminya itu cuba menolak tubuh sasa Hariez dengan sepenuh kudratnya tetapi tidak mampu.Akhirnya dia juga melayani juga cumbuan daripada suaminya itu.
“Hanan saya dah buktikan yang awak masih sayangkan saya sebab awak berikan apa yang saya mahu”.jelas Hariez dengan nada sedikit berlagak.
“Awak jahat Hariez”.ujar Hanan dalam tangisan kecil.
“Ye saya jahat..tapi saya tak zalim”.jelas Hariez yang mengulangi penyataan isterinya sebentar tadi terhadap dirinya.
“Saya tak tahu Hariez..perasaan saya bercelaru sekarang ni..jadi awak tak perlulah nak ambil hati saya lagi”.ujar Hanan sayu.Hariez menyentuh paha isterinya yang tertutup dengan seluar tidurnya itu.
“Sebab awak masih sayangkan saya..kenapa awak perlu nafikan perkara itu..kenapa awak seksa hati saya ?”.soal Hariez kepada Hanan.
“Hmm..saya memang rasa bersalah bila saya jujur dengan awak kenapa saya kahwin dengan awak Hariez..tapi sekarang saya rasa bangga sebab saya nak awak tanggung semula apa yang saya rasa selama saya dapatkan rawatan masa 5 tahun yang lepas”.ujar Hanan sinis kata-katanya.Hariez tergumam dengan cara Hanan.Tidak dia sangka Hanan akan berkata begitu.
“Kenapa ? Awak tak sangka wanita yang lembut macam saya mampu cakap macam ini ? Saya wanita..saya ada hati dan perasaan..perasaan wanita ni kalau sekali dah disakiti jangan awak harap awak akan dapatkannya kembali”.jelas Hanan yang terus bangun dari duduk menghadap suaminya dan terus masuk ke biliknya dan mengunci pintu supaya suaminya tidak masuk sekali ke dalam bilik.
“Rasa cinta aku pada kau kuat Hanan..sampai sekarang..hati aku tak berhenti berkata yang kau cuma berlakon untuk sakitkan hati aku”.ucap Hariez yang cuba mempertahankan dirinya sendiri dan seorang diri di ruang tamu itu.Airmatanya merembes keluar dari tubir mata.
Dia turut berbaring di atas permaidani dan mengelamun tentang masalah rumahtangganya yang sedang bergelora ini.Sehingga dia sendiri terlelap di atas permaidani itu
Tuan Hasyim yang sedang duduk di ruang tamu itu mengelamun sehingga tidak sedar isterinya yang sudah berada di sebelah.Dia sedang mengenangkan nasib anak perempuanya dan menantunya Hariez.Dia sudah mendapat berita tidak baik terlebih dahulu dan hatinya menjadi risau.
“Abang..termenung jauhnya ?”.panggil Puan Safira lembut dan tersenyum manis.
“Sayang..abang ada benda nak cakap ni”.ujar Tuan Hasyim takut-takut.Puan Safira memandang pelik ke arah suaminya yang seperti orang dalam ketakutan.
“Apa dia ?”.soal Puan Safira ingin tahu.
“Hanan...”.kata-katanya mati kerana tidak tahu bagaimana mahu memberi penjelasan kepada isterinya itu.Puan Safira mengamit jari jemari suaminya dan mengenggam erat.
“Hanan dah tahu siapa Hariez”.jelas Tuan Hasyim mendatar kerana takut.Puan Safira segera menyentuh dada kirinya dengan tangan kanan.Airmatanya mengalir laju di pipi.
“Sayang..saya tahu susah untuk kita dengar perkara ini..saya sendiri pun terkedu..tetapi apakan daya kita..saya pun tak boleh nak berbuat apa-apa..Hariez sekarang dalam masalah”.ujar Tuan Hasyim lembut.
“Saya tak tahu apa yang Hanan dengar dari penjelasan Hariez tu ? Takut dia salah faham dengan Hariez..lagi satu Hariez tu dah jadi suami dia..baik buruk Hariez itu tetap suami Hanan”.jelas Puan Safira.Tuan Hasyim melepaskan keluhan berat di dadanya.
“Habis kita nak buat apa sekarang ni ?”.soal Tuan Hasyim.
“Beritahu Hariez bawa Hanan balik ke Malaysia dengan segera..dia orang tidak boleh duduk berdua dekat sana”.ujar Puan Safira lembut dan tegas.
Tiba-tiba hatinya menjadi tidak keruan apabila mendapat berita buruk tentang anak menantunya itu.Dia menyandarkan kepalanya di bahu Tuan Hasyim.Dia memejamkan mata seketika dan tanpa dia sedar airmatanya mengalir.Sebuah rahsia besar yang disimpan rapi bakal terbongkar.
Share this novel