BAB 5

Romance Completed 23149

Hari ini adalah hari ke dua Hanan dan Hariez di Malaysia.Hanan tersedar dari lenanya 20 minit yang lepas.Tetapi dia masih berbaring di atas katil dan berselubungkan kain selimut.Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil di tepi katilnya lalu melihat mesej dan panggilan yang diterima oleh Furqan.Hampir 100 mesej diterimanya daripada lelaki itu.Hanan mengeluh kecil dan membuat riak muka menyampah.Dia meraup wajahnya lembut.Untuk tidak melayani perasaanya,Hanan terus bangun dari pembaringannya lalu menuju ke tempat penyidai tuala dan mengambil tualanya untuk mandi.Selepas beberapa minit dia keluar untuk bersiap-siap memakai pakaian pegantin untuk hari bahagianya bersama Hariez hari ini.Hanan sudah didatangi tukang mendandan rambut dan juru solek untuk wajahnya.Mereka tergolong daripada golongan profesional selebriti.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Hanan boleh papa masuk ?".soal Tuan Hasyim sambil tersenyum melihat anaknya yang sedang disolekkan oleh juru solek.

"Yes papa..come in".ajak Hanan kepada papanya.Tuan Hasyim memasuki ruang bilik yang agak besar itu dan meriah menuju ke arah anak perempuannya.

"How your feel sayang ?".soal Tuan Hasyim kepada anak tunggalnya yang bakal dilepaskan beberapa jam lagi kepada seorang lelaki yang akan mengambil alih tanggungjawabnya sebagai ketua didalam hidup Hanan dan keluarga yang bakal dibina.

"Nervous".jawab Hanan ringkas dan tertawa kecil seperti orang yang ketakutan.Dia merasakan dirinya begitu gementar seperti mahu pergi bertemu duga.

"Hahaha..relax Hanan..semuanya okay..sepatutnya yang rasa macam ni Hariez bukan Hanan..".ujar Tuan Hasyim sambil tertawa besar.Hanan melihat papanya sayu.Ada satu perasaan hiba hinggap di hatinya.

"Hanan kenapa ni ?".soal Tuan Hasyim.Sambil menyentuh lembut wajah anak perempuannya itu.Airmata yang mengalir dipipi Hanan diseka lembut oleh Tuan Hasyim.Dia menarik sebuah kerusi dan duduk berhadapan dengan anaknya itu.

"I am sorry papa".ucap Hanan yang airmatanya makin deras mengalir.Tuan Hasyim mengerutkam dahi tanda tidak mengerti kenapa anak gadisnya itu tiba-tiba sahaja mengalirkan airmata.

"Hanan tak cintakan Hariez pun".ujar Hanan sayu dan airmatanya menjadi lebat suaranya tengelam dalam esakan.

"What ?".soal Tuan Hasyim yang terperanjat dengan penyataan anak perempuannya itu.

"Why Hanan buat macam ni ? Habis untuk apa Hanan kahwin dengan dia ?".soal Tuan Hasyim bertalu-talu dengan riak wajah yang terkejut.

"Hanan terpaksa pa..Hanan buat semua benda ni untuk selamatkan diri Hanan..papa cakap papa nak tolong...tapi papa tak buat apa-apa pun..".luah Hanan dalam tangisan yang lebat.

"Hanan nak apa sebenarnya ? Hanan nak selamatkan diri dari siapa ?".soal Tuan Hasyim yang mula meninggi suaranya.

"Daripada Furqan".balas Hanan ringkas.Dia tertunduk.

"Why ? Dia buat apa dekat Hanan ? Beritahu papa sekarang".soal Tuan Hasyim yang suaranya mula meninggi.

"Dia pernah cuba nak buat something dekat Hanan".jujur Hanan dalam nada yang menahan sebak.

"Ya allah..kenapa Hanan tak beritahu papa ?".soal Tuan Hasyim yang suaranya masih meninggi kepada Hanan.

"Benda dah lepas pa....harap papa tak beritahu Hariez".pinta Hanan penuh pengharapan dan sayu.

"Ya sayang..papa janji...papa takkan beritahu Hariez".janji Tuan Hasyim kepada Hanan Qaisara.Rasa bersalah mula menghurung hatinya.

"Dah pa..Hanan nak siap ni..kejap lagi kita jumpa dekat bawah ya ?".ujar Hanan tersenyum.Tuan Hasyim meminta diri untuk keluar dari bilik tersebut.Hanan memanggil semula juru solek yang sedang menyolekkannya masuk semula ke bilik tidurnya untuk segera menghabiskan tugasnya itu.

Selepas 30 minit menyiapkan segala persiapannya sebagai bakal pengantin.Hanan Qaisara kini berdiri di hadapan cermin dan melihat dirinya yang memantul di dalam cermin itu sebagai seorang pengantin.Dia tersenyum sendirian.Tidak dia sangka,yang dia juga akan merasai hari bahagia seperti ini.Dia menuju ke anak tangga untuk turun ke tingkat bawah diiringi beberapa orang pembawa dulang perempuan.Para tetamu dan ahli keluarga Hariez sudah lama menunggu di bawah dan kini majlis bakal bermula setelah Hanan juga sudah melengkapi majlis tersebut.

"Alhamdulillah...semua dah ada..boleh kita mula sekarang ?".soal Tok Imam yang dijadikan sebagai wakil untuk menikahkan Hariez.

"Boleh Imam".ujar Tuan Hasyim yang berada di sebelahnya.

"Baiklah...Hariez Huzaifah Bin Firdaus aku nikahkan dikau dengan Hanan Qaisara Binti Hasyim yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinya RM 100 tunai".ucap Tok Imam.

"Aku terima nikahnya Hanan Qaisara Binti Hasyim dengan mas kahwinya RM 100 tunai".balas Hariez dengan sekali lafaz.

"Sah ?".soal Tok Imam kepada para saksi.

"Sah !".jawab saksi-saksi dan para tetamu yang berada di situ.Semua yang berada di ruang tamu itu mengucap syukur.Kemudian doa yang dibaca oleh Tok Imam diaminkan para tetamu dan ahli keluarga yang berkumpul.Hariez diminta untuk pergi ke Hanan bagi upacara majlis batal air sembahyang.Hariez sudah melutut di hadapan Hanan.

"Thank you sayang sebab sudi jadikan saya permaisuri hati dalam hidup awak".ucap Hanan sebaik sahaja dia selesai mengucup tangan Hariez.

"Sama-sama wifey".balas Hariez sambil mengenyitkan mata.Hanan akibat teruja yang amat.Spontan sahaja dia menekup mulutnya dengan kedua tapak tangan,kejadian itu diperhatikan ahli keluarga Hariez dan Puan Safira yang berada di sebelah.

"Aipp..biasa lagi dia..gatal ehh".marah Puan Safira kepada anak perempuannya itu dan sekali gus membuatkan ahli keluarga yang lain tergelak dengan gelagat mereka anak beranak.

"Tahniah Hariez..mama harap Hariez jaga anak mama baik-baik ye".pesan Puan Safira lembut dan mengusap perlahan kepala Hariez yang sedang mencium tangannya itu.

"Insyaallah mama..Hariez akan jaga isteri Hariez ni baik-baik".janji Hariez kepada Puan Safira.Puan Safira mengalirkan airmata tanda gembira kerana bertuah memiliki menantu yang baik seperti Hariez ini.

"Awak nak jaga saya baik-baik ehh ? Okay kalau macam tu saya nak order dengan awak ? Untuk jaga saya baik-baik..awak kena sediakan banglo tiga tingkat..sport car 3 jenama luar negara..makanan nak makan yang mahal-mahal walaupun masak dekat rumah...dan semuanya yang terbaik".pinta Hanan kepada suaminya.Hariez tersenyum manis mendengar permintaan yang banyak itu daripada isterinya.

"Boleh sayang..awak minta lah semua tu masa awak dekat syurga nanti..saya pasti awak akan dapat apa yang awak nak ?".balas Hariez spontan kepada Hanan.Terkedu Hanan mendengar penyataan suaminya itu.Kemudian mereka berdua bangun bersama dan bersalaman dengan ahli keluarga.

"Hariez tahniah ya..papa sayang Hariez macam anak papa".ucap Tuan Hasyim dalam linangan airmata.

"Terima kasih sebab bagi Hariez peluang untuk tebus kesalahan Hariez pada keluarga papa..dan terima kasih sebab terima Hariez dalam keluarga ni".jelas Hariez lembut dan memeluk Tuan Hasyim erat.

Hari bahagia Hariez dan Hanan di hadiri ahli keluarga terdekat dan para tetamu yang rapat sahaja.Walaupun serba ringkas dibuat upacara majlis secara kecil-kecilan di rumah tetapi disambut penuh meriah.Selepas selesai kesemua majlis pada lewat petang.Hanan dan Hariez makan malam bersama ahli keluarga.Hanan yang duduk di sebelah Hariez itu diperhatikan Puan Safira sambil tersengih-sengih.

"Ling awak okay tak ?".soal Tuan Hasyim yang melihat isterinya sedang menyengih melihat pasangan pengantin baru yang sedang menjamu selera itu.

"Ehh takda apa bang..cuma.....helok naa menantu kita tu..mana abang jumpa ?".soal Puan Safira yang masih memandang Hariez yang sedang bercakap dengan Hanan.

"Dapat dekat Mesir lah".ujar Tuan Hasyim selamba.

"Ishh abang ni..mula lah tu nak kenakan saya ?".Marah Puan Safira kepada suaminya.

"Alaa...abang gurau je...jangan lah marah...kalau ling marah..malam ni macam mana ? Nak suruh abang tido lantai ? Abang taknak abang tido nak peluk ling je ?".ujar Tuan Hasyim yang memujuk isterinya itu.

"Papa dengan mama ni dah kenapa ?".soal Hanan yang melihat mereka berdua bagai sedang ada konflik.Hariez yang sedang menyuapkan nasi ke mulut hanya mendiamkan diri.

"Takda apa...mama suruh tanya Hanan nak adik lagi ke tak ?".soal Tuan Hasyim selamba membuatkan dia mendapat cubitan ketam secara percuma daripada dua orang wanita itu.

Hariez yang berada di situ hanya tertawa.Tidak dia sangka keluarga kecil Tuan Hasyim sungguh pandai mencuit hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience