BAB 36

Romance Completed 23149

Hanan yang sedang berbaring di sebelah suaminya itu,telah terjaga terlebih dahulu.Dia memainkan jari jemarinya di sekliling wajah Hariez.Dia bermain di pelipis Hariez,kemudian dia tersenyum sendirian.Jarinya beralih ke bibir Hariez dan bermain di bibir lelaki itu.Dia mendekatkan wajah di muka suaminya dan perlahan-lahan bibirnya menyentuh bibir suaminya.Dia mengucup lembut bibir Hariez yang tidak berada di dalam keadaan sedar itu.Dia membenamkan agak lama bibirnya di bibir Hariez.Selepas beberapa minit,dia mengangkat semula wajahnya dan mencari nafasnya kembali.

“Seronok dapat cium saya ?”.soal Hariez tiba-tiba.Tersentak Hanan yang berada di sebelah dan menjarakkan sedikit tubuhnya kerana terkejut.

“Ishh dah bangun tak reti nak beritahu tau awak ni ?”.ujar Hanan yang cuba mengawal keadaan kerana malu.

“Ehh bila masa pulak setiap kali saya tersedar saya kena maklumkan pada awak ?”.soal Hariez yang pelik dan bersama dengan tawanya yang mentertawakan isterinya itu.

“Dah lah saya nak mandi”.jelas Hanan dan segera dia mahu turun dari katil,tetapi pergerakkannya terbatas kerana Hariez memegang pergelangan tangannya.

“Lepas lah sayang..saya nak mandi lah”.pinta Hanan supaya dilepaskan pergelangan tangan.

“Kalau saya taknak ?”.ugut Hariez yang sengaja ingin menyakat isterinya itu.

“Jangan lah bergurau..lepas lah sayang”.pinta Hanan lagi dan dalam nada manja.Suaranya itu membuatkan Hariez terbuai dan tidak mahu melepaskan.

“Sekejap lah sayang..saya nak bermanja dengan awak”.jelas Hariez kepada isterinya.Hanan menoleh sekilas dan mencebikkan bibirnya.

“Awak taknak sayang saya ke ?”.soal Hariez sedikit sayu.

“Siapa cakap saya tak sayang awak ? Awak buat saya menderita pun perasaan sayang tu dah tak boleh membunuh hati saya lagi”.ucap Hanan penuh makna.Terkedu Hariez mendengar penjelasan isterinya itu.

“Sayang,kenapa cakap macam ni ?”.soal Hariez seperti tidak sangka yang isterinya akan meluahkan rasa hati sebegini sekali.

“Sebab jiwa saya dah terkunci untuk awak sayang”.luah Hanan dalam riak wajah mencebik.

“Jangan menangis sayang”.ucap Hariez sambil menyeka lembut airmata yang sudah mula mengalir di pipi Hanan Qaisara.

“Tolong jangan seksa hati saya lagi”.pinta Hanan penuh dalam kata-katanya.

“Saya sayang awak..saya akan jaga awak sebaik mungkin”.ucap Hariez romantis dalam linangan airmata dan dia memberi kucupan hangat di dahi isterinya itu.

“Setia atas cinta kita sayang”.pinta Hanan sayu.Dia memeluk erat suaminya.

“Saya janji,keutuhan cinta kita akan beri kebahagiaan buat awak dan anak kita sayang”.ucap Hariez lemah.

Kasih sayang yang hadir tidak dapat dihalang oleh hati dan perasaan lagi.Cinta yang hadir telah dibina oleh penderitaan.

“Sayang,saya lapar..nak makan ?”.pinta Hariez manja.Hanan mengerutkan dahinya.

“Saya yang pregnant awak pula yang minta macam-macam”.bebel Hanan.Airmata yang bersisa diseka lembut.

“Saya nak makan awak ?”.pinta Hariez mengada dan nakal.Hanan membutangkan matanya seperti seorang ibu memarahi anaknya.
“Alaaa boleh lah sayang”.pinta Hariez manja.

“Ishh awak ni biar betul ? Saya ingat awak main-main je ?”.ujar Hanan takut-takut.Tidak dia sangka suaminya betul-betul memaksudkan niatnya itu.

“Ishh sayang ni..benda ni mana boleh buat gurau..ni kan tanggungjawab”.bebel Hariez yang geram dengan sikap bersahaja isterinya di atas permintaanya itu.

“Alaaa sayang ni..malam-malam taknak pulak..pagi-pagi buta pulak nak menggatal”.ujar Hanan menyampah.

“Dah saya nak manja waktu pagi ? Nak buat macam mana...macam awak lah..orang makan paling last pun pukul 7 malam..tapi awak tak menentu..pukul 3 pagi pun awak kejut saya cakap nak makan”.bebel Hariez lagi kepada isterinya.Hanan merenung tajam ke arah suaminya.Tetapi renungannya itu berkesan buat Hariez.

“Saya ni mengandung..lain cerita lah”.Hanan membela dirinya sendiri.

“Saya ni pun sama jugak kena tempias awak..sebab jaga orang mengandung”.ujar Hariez membela dirinya sendiri pula.

“Suka awak lah”.ucap Hanan.Laju sahaja bibir Hariez melekap di leher isterinya.Hanan segera menolak tubuh suaminya supaya jauh sedikit daripadanya.

“Awak buat apa ni ?”.soal Hanan pelik dan mengerutkan wajahnya.

“Tadi awak cakap suka hati awaklah”.jelas Hariez dengan wajah blurnya yang memandang wajah isterinya jtu.

“Maksud saya suka hati awaklah nak cakap apa pun..bukan suka-suka awak sentuh saya”.jerit Hanan manja di telinga suaminya.Hariez segera menutup telinganya dengan kedua belah tapak tangan.

“Sayang ni...tak boleh pakai lah”.ucap Hariez selamba dan membuat riak wajah merajuk.Membutang mata Hanan apabila suaminya mengatakan dia tidak boleh pakai.

“Amboii..tak sayang mulut ke bang ?”.soal Hanan menyindir suaminya.

“Sayang lah dik oii...tapi bini abang ni haa tak sayang mulut..mungkin tak sayang abang sekali”.sindir Hariez pula kepada isterinya sambil bercakap kuat-kuat.

Akhirnya mereka tertawa bersama kerana sindiran nakal masing-masing.Hariez dan Hanan berpandangan antara satu sama lain.Pandangan mereka memberi makna dan maksud yang mendalam.

“Izinkan abang sayang”.ucap Hariez dengan suara serak-serak basahnya.

“Sayang pun”.ucap Hanan kembali.

Di pagi yang indah,bersaksikan fajar yang terbit menyinari bumi anbiya itu telah menyaksikan pasangan suami isteri menjalankan tanggungjawab diatas kerelaan hati.Atas dasar cinta dan kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience