BAB 37

Romance Completed 23149

Pada hari ini,Encik Firdaus sudah membuat temujanji bersama anak lelakinya Ahmad Furqan.Dia berjanji bersama Furqan untuk menunggu lelaki itu di sebuah Kafe yang terletak di bandar.Hampir 30 minit menanti kehadiran Furqan,akhirnya kelibat lelaki itu kelihatan jua.Furqan daripada jauh sudah memberi senyuman kepada ayahnya itu.

“Assalammualaikum”.ucap Furqan sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman bersama ayahnya itu.

“Waalaikummussalam”.balas Encik Firdaus mesra dan lembut serta menyambut huluran Furqan itu.Tangan tua Encik Firdaus dikucup lembut oleh Furqan.

“Bapak sihat ?”.soal Furqan mengambil tahu tentang keadaan bapanya itu.

“Alhamdulillah sihat..Furqan sihat ?”.soal mesra Encik Firdaus kembali kepada Furqan.

“Sihat alhamdulillah bapak”.balas Furqan lembut dan tenang.

“Kamu dari mana ?”.soal Encik Firdaus kepada anak lelakinya itu.

“Dari rumah”.jelas Furqan tersenyum.

“Ohh yeke ? Atiqah sihat ?”.soal mesra Encik Firdaus tentang ahli keluarga barunya yang baru sahaja menjadi keluarga dua hari lepas.

“Atiqah sihat alhamdulillah”.jawab Furqan tersenyum.

“Bapak Cuma mampu doakan supaya hubungan kamu suami isteri baik-baik saja”.jelas Encik Firdaus lembut kepada anak lelakinya itu.Furqan tersenyum nipis.

“Insyaallah...terima kasih bapak”.jawab Furqan lembut.

“Tadi sebelum datang sini,ingat nak hantar Atiqah dekat rumah mak..tapi dia taknak pulak..selalu kalau cakap pasal mak dia yang laju..ni taknak pulak”.jelas Furqan mesra kepada Encik Firdaus yang sedang menjadi pendengar setianya itu.Air muka Encik Firdaus sedikit keruh.

“Bapak yang tak bagi isteri kamu tu ke sana...rosak nanti budak tu”.jelas Encik Firdaus.Furqan yang mendengar penyataan daripada bapanya itu hanya mendiamkan diri dan tertunduk seketika.Dia mengangkat wajah dan memandang wajah bapanya dengan pandangan sayu.

“Ma..mak sihat bapak ?”.soal Furqan takut-takut.

“Mak kamu tu sihat..tapi otak dia yang tak sihat..tu yang gila nak satukan Hariez dengan isteri kamu tu”.jelas Encik Firdaus menyindir isterinya.

“Takpalah bapak..mak perlukan masa untuk terima semua ni”.jelas Furqan yang menyebelahi ibu tirinya itu.

“Perlukan masa ? Aku rasa Atiqah yang baru masuk keluarga ni pun mampu terima segalanya terlebih cepat..dia yang dah tua..kubur kata mari,rumah kata pergi tu lagi perlukan masa ? Furqan..mak kamu tu kalau kita beri dia masa lebih lama..sampai bila pun dia takkan insaf...kita kena guna cara kasar supaya buat dia tesedar dari lamunannya”.jelas Encik Firdaus tentang perangai isterinya.

“Furqan bukan apa bapak...Furqan kesian dekat mak..sebab selalu kena marah dengan bapak”.jelas Furqan sayu.

“Bapak pun kesian jugak bila dia asyik kena tegur dengan bapak je..tapi aku lagi kesian bila dia ada otak tapi taknak guna sebaiknya...sampai sanggup menghancurkan rumahtangga orang”.luah Encik Firdaus dengan penuh rasa amarah di dada.

“Tapi kita masih mampu bagi mak peluang kan ?”.soal Furqan lembut.

“Ye kita mampu..tapi mahu ke dia berubah ?”.soalan diajukan kepada anak lelakinya semula.

“Furqan sayang mak bapak..sebenci-benci dia pada Furqan..dia tetap bagi Furqan makan kalau dia masak apa-apa...dulu kalau Furqan balik sekolah dengan Hariez dia ajak dua-dua sekali makan..bahagia je rasa masa tu”.luah Furqan dalam linangan airmata dan senyuman.

“Mak tu dah buat macam-macam dekat kamu pun,kamu maaih pertahankan dia ke Furqan ?”.soal Encik Firdaus lemah.

“Furqan akan pertahankan mak walau apa pun yang jadi”.ucap Furqan sepenuh hati.Encik Firdaus memegang dadanya seketika.

“Bapak tak sangka,sampai hati mak buat Furqan macam ni...apa dosa Furqan pada dia ? Sedangkan dosa dia pada ibu lebih besar”.luah Encik Firdaus.

“Takpalah Bapak..Furqan sayang mak..Furqan nak jaga mak baik-baik..sebab Furqan dah takda tempat nak menumpang kasih”.luah Furqan dalam linangan airmata.

“Kalau itu keputusan Furqan..bapak tak boleh nak halang..tapi kakau ada masa..balik lah rumah jumpa mak..sebab seorang mak akan lembut apabila anak dia berbicara..lagi-lagi Furqan anak lelaki..anak lelaki ni kalau mak dah sayang lain perasaan dia tu..tengok macam si Hariez..sayang punya pasal lah benda salah pun dia kata betul”.jelas Encik Firdaus kepada anak lelakinya itu.

“Biasalah tu bapak..Hariez tu memang anak kesayangan mak..”.ujar Furqan dalam tawanya.

“Furqan harap...Furqan pun akan dapat tempat macam Hariez suatu hari nanti”.luah Furqan dengan nada yang sebak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience