BAB 23

Romance Completed 23149

Hanan Qaisara yang sedang duduk di kerusi berhadapan dengan suaminya sedang direnung tajam.Semenjak kejadian di pejabat Kafe Hariez semalam.Mereka berdua sekali lagi tidak bertegur siapa.Hubungan mereka ibarat api.Susah untuk dipadamkan ledakan ego masing-masing.Mereka tidak mahu mengalah.Hariez juga berkeras hati untuk memusuhi hubungan rumahtangganya sendiri.Hanan memang tidak akan mengaku bersalah jika ia memang tidak bersalah.Apatah lagi,masalah ini bukan punca darinya.Hariez merenung isterinya yang tidak mengendahkannya yang berhadapan itu.Hanan hanya membuat riak wajah bersahaja.

“Awak ni dari semalam abaikan saya..kenapa Hanan ?”.soal Hariez tidak puas hati dan agak tegas kepada isteri kesayangannya itu.

“Saya abaikan awak ? Bila masa ? Saya nak berbual dengan awak tapi awak tu yang sombong semacam kenapa ?”.soal Hanan marah kepada suaminya.

“Awak tak perlu tinggikan suara pada saya”.balas Hariez lembut tapi ada ketegasan dalam kata-katanya.

“Hariez..saya taknak gaduh dengan awak ? Tapi kenapa awak berubah sampai macam ni sekali ? Apa masalah awak sebenarnya ?”.soal Hanan tegas.Suaranya agak meninggi kepada suaminya itu.

“Saya dah bosan dengan hidup saya Hanan..dengan diri saya”.jelas Hariez yang suaranya mula kendur dan sayu.Ada satu nada sebak dalam percakapannya.

“Apa dia Hariez ? Dah berapa kali saya tanya tentang kisah silam awak..dan berapa kali tu jugalah awak tak bersedia nak bercerita”.balas Hanan lemah.Dia juga sudah penat menunggu penjelasan daripada suaminya tentang kisah silam yang menghantui hidupnya.

“Hmm..awak takkan mampu mendengar kisah saya sampai habis”.ujar Hariez sinis.Dia menunduk dan berfikir seketika.

“Awak memang suka seksa hati saya macam ni ye ?”.soal Hanan lembut.Dia mendekati suaminya yang duduk berhadapan dengannya.

“Saya takda niat nak seksa awak…suami mana yang nak tengok isteri dia terseksa ?”.ujar Hariez yang mula tegas dengan kata-katanya.

“Sampai hati awak…sudah-sudah lah awak cari salah saya daripada semalam…saya tahu saya tak cukup baik untuk awak..mak awak sendiri mengaku depan awak yang saya ni perempuan kotor…tapi saya bukan jenis yang jahanam nak keluar dengan lelaki lain sedangkan saya ada suami”.jelas Hanan dengan satu nafas.Kemudian airmatanya mengalir di pipi kiri.Ada sesuatu yang menyeksa hatinya.

“Saya Cuma nak tahu..awak pernah ada hubungan dengan Furqan ke tidak ? Kalau tidak takpalah..tapi kalau ya..saya kena pertahankan rumahtangga kita ni..awak tahu tak..yang dia kerap cari awak sejak kita dah kahwin..itu maksudnya dia masih mahukan cinta pertamanya lagi”.jelas Hariez pula yang suara tinggi seoktaf.Hanan terkedu dengan cara suaminya yang agak kasar dengannya itu.

“Saya tak pernah bercinta dengan dia”.jelas Hanan dalam linangan airmatanya.

“Habistu kenapa dia beria sangat cari awak..macam awak ni kekasih lama dia pula ?”.soal Hariez yang agak tidak puas hati dengan jawapan isterinya itu.

Hanan melangkah beberapa langkah kebelakang dan terduduk di sofa.Airmatanya masih laju mengalir.Dia tiba-tiba terkenangkan kejadian dia bersama Furqan di Ritz-Carlton Hotel sebelum beberapa hari dia berkahwin dengan Hariez.

“Hanan..kenapa ni ?”.soal Hariez pelik melihat isterinya yang tiba-tiba terduduk di atas sofa itu.

“Maafkan saya Hariez..saya kahwin dengan awak bukan kerana cinta”.ujar Hanan dalam esakan kecil.Matanya dipejamkan rapat.

“Saya tahu perkara tu..tapi awak kan dah jatuh cinta pada saya ?”.soal Hariez seperti orang yang tidak dapat menerima kenyataan.

“Saya kahwin dengan awak..sebab lari daripada Furqan..tapi saya tak cintakan dia…jadi jalan untuk selamatkan diri saya….adalah terima awak sebagai suami”.ujar Hanan dalam esakan kecilnya.Airmatanya makin lebat.

Hariez terkedu dengan penyataan isterinya.Dia juga terduduk di atas sofa yang berada di hadapannya.Tanpa dia sedar dari lamunannya,ada air hangat mengalir di pipinya.Hatinya cukup terluka dengan penyataan isterinya itu.Walaupun niat Hanan ingin jujur dengan suaminya,tetapi dalam masa yang sama telah melukakan hati lelaki Hariez.

“Saya tahu saya tak cukup baik untuk awak..kita masing-masing ada kekurangannya”.ujar Hariez dalam nada sebak.Tetapi airmatanya sudah laju mengalir di pipi.

“Maafkan saya sayang..saya tak berniat nak buat awak terasa..tapi saya Cuma nak jujur je”.ujar Hanan dalam tangisannya.Dia bangun dan mendekati suaminya.Dia berlutut di hadapan Hariez yang sedang tertunduk dalam linangan airmata.

“Tetapi kejujuran awak tu cukup buat hati saya pedih Hanan..saya tak sangka yang perkahwinan kita ini adalah punca awak hendak lari daripada Furqan”.ujar Hariez dalam linangan airmata.

“Sayang..awak jangan macam ni..maafkan lah saya..saya takda niat nak sakitkan hati awak”.ujar Hanan meminta pengampunan kepada suaminya.

“Terima kasih Hanan Qaisara..atas kesetiaan awak sebagai isteri saya..saya harap saya tidak dilukai lagi selepas ini..kerana dilukai itu lebih sakit daripada terluka..saya keluar dulu”.ujar Hariez.Hanan yang menyentuh kakinya suaminya itu,ditepis perlahan oleh Hariez.Dia mengambil kunci kereta yang terletak di atas meja dan berlalu pergi tanpa menghiraukan isterinya yang menangis dan memanggilnya.

“Jangan tinggalkan saya sayang”.ucap Hanan dalam tangisan dan perlahan.Dia menekup mukanya di atas sofa kain sehingga terlelap matanya.

Hariez memandu agak laju menuju ke Egypt.Hatinya betul-betul hancur dengan penyataan Hanan tadi.Airmatanya juga tidak berhenti mengalir bagai ada kebocoran di bahagian bebola matanya.Selepas beberapa lama perjalanan.Dia selamat tiba di Giza Piramid dan memarkirkan kenderaannya meghadap tanah lapang di berhadapan yang agak jauh dengan piramid itu.Dia keluarkan dari isi perut kereta dan menuju ke bonet hadapan kenderaannya itu.Dia bersandar sedikit seperti orang duduk dan membuang pandangan jauh ke hadapan.

“Sampai hati awak Hanan”.ucapnya dalam linangan airmata.Dia menyeka airmatanya perlahan dan berpeluk tubuh.Pandangannya dijatuhkan ke bawah.

Tiba-tiba ada satu suara menerjah bunyi kesunyian malam yang sedang dihayati Hariez itu.

“Kau kenapa panggil aku cakap nak jumpa ? Ada problem ke ?”.soal Furqan yang tiba-tiba sudah terjegat tanpa menghiraukan lelaki itu sedang melayani perasaan.Tetapi dia juga agak pelik kerana Hariez hanya berdiam diri.

“Hariez kau okay tak ?”.soal Furqan kepada lelaki di hadapannya itu.Hariez tetap mendiamkan diri.Tiba-tiba Furqan terdengar esakan kecil daripada Hariez.Dia segera mendekati lelaki itu.

“Kau kenapa ? Siapa yang buat kau ni ?”.soal Furqan seperti mengambil berat tentang musuhnya itu.Hariez terus di dalam esakannya.

“Hariez aku tanya jawablah !”.suara Furqan sedikit meninggi apabila persoalannya semua tidak dijawab Hariez.

“Hanan mainkan hati dengan perasaan aku”.jelas Hariez teresak-esak.

“Dia buat apa ?”.soal Furqan seperti memarahi dengan Hanan yang membuat Hariez.

“Dia cakap..dia cakap dia kahwin dengan aku sebab nak lari dari kau..”.ujar Hariez dalam esakan yang makin kuat.

“Hariez…aku takda niat nak jatuhkan rumahtangga kau..tapi hati aku pun terluka bila dia tolak aku buta-buta tanpa kenal dan tahu tentang cinta aku pada dia macam mana ?”.jelas Furqan seperti orang bersalah.Dia menyentuh bahu Hariez lembut.

“Memang aku dendam dengan dia..tapi aku tak sekejam binatang untuk hancurkan rumahtangga kau”.jelas Furqan lagi.

“Kenapa dia buat aku macam ni Qan ? Kenapa ? Susah ke dia nak nampak betapa ikhlasnya cinta aku pada dia ?”.soal Hariez.Perbualan mereka semakin tenang dan seperti sahabat.

“Hariez…aku janji dengan kau..aku akan tebus balik atas kesalahan aku…aku akan tunjuk pada dia betapa besarnya cinta kau pada dia walaupun kesalahan pernah berlaku antara kau dan dia”.jelas Furqan tenang dan lembut.Hariez menyeka airmatanya dan memalingkan wajah ke arah Furqan.

“Kenapa kau sanggup nak buat baik macam tu sekali dekat aku ?”.soal Hariez dengan pandangan sayu.

“Walaupun DNA memutuskan yang kita bukan adik beradik..tapi aku sebagai abang akan pastikan kebahagiaan adik aku terjamin”.ujar Furqan.Airmatanya mengalir di pipi.Hariez terus merentap tubuh Furqan dan memeluk lelaki itu erat.

Mereka menangis bersama di dalam pelukan.Rasa kasih antara abang dan adik tiri bersatu di dalam keadaan mereka dilukai oleh seorang wanita.

“Hidup aku dah memang menderita dari kecil..takda masalah untuk aku berkorban derita aku ni untuk kau Hariez”.ujar Furqan dalam esakan kecilnya.

“Jangan seksa hati kau abang..kau tetap abang aku”.ucap Hariez dalam linangan airmata.

Mereka berpelukan seketika untuk melayani perasaan hiba.

“Aku balik dulu..kalau ada apa-apa call aku tau”.pesan Furqan kepada Hariez.Hariez hanya mengiakan sahaja.Dia memandang sepi ke arah kenderaan Furqan yang mula bergerak meninggalkan kawasan Giza itu.Akhirnya di juga membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Selepas tidak lama kemudian,dia selamat tiba di rumah.Dia naik ke tingkat atas Kondominium tersebut dan menuju ke rumahnya.Dia membuka pintu dan melihat Hanan yang sedang tidur di sofa dalam keadaan duduk dan mukanya diletakkan di atas sofa tersebut.Dia mendekati isterinya dan duduk di sebelah Hanan.Dia menyelak sedikit rambut Hanan yang tertutup wajah lembutnya itu.Dia mengucup lembut pipi Hanan.

“Sayang”.panggil Hariez lembut kepada isterinya.

“Sayang”.panggil Hariez sekali lagi sehingga Hanan tersedar dari lenanya dan melihat Hariez yang duduk di sebelahnya.

“Hariez”.panggil Hanan dan dia menyentuh wajah Hariez.Tetapi dielak oleh Hariez.Hanan mengalirkan airmata sekali lagi.

“Marah sangat awak dekat saya ni sayang”.ujar Hanan dalam linangan airmata.

“Kekecewaan yang menyelubungi diri saya Hanan”.ujar Hariez kecewa.Tetapi masih ada senyuman di bibirnya.

“Jangan seksa saya macam ni Hariez”.ujar Hanan dalam linangan airmata.Kepalanya digelengkan.Dia tidak dapat menerima kenyataan yang Hariez kini benar-benar kecewa dengan dirinya.

“Tapi awak dah khianati cinta saya”.ujar Hariez dalam linangan airmata.Dia menjauhi Hanan beberapa meter.

“Hariez..jangan jauh dari saya sayang..saya minta maaf..jangan tinggalkan saya”.ujar Hanan dalam esakan kecil.

“Saya takkan tinggalkan awak..saya akan bertanggungjawab atas perbuatan saya pada awak”.ucap Hariez dalam linangan airmata yang semakin laju.

“Hariez…dengar dulu kata ikhlas daripada saya sayang”.ucap Hanan yang cuba mencampai tangan suaminya.Tetapi gagal.Hariez makin menjauhi isterinya.

“Saya nak masuk tidur”.ucap Hariez dalam nada kecewa.Hatinya kini benar-benar remuk kerana wanita yang amat dicintai sepenuh hatinya itu.Hanan menekup mukanya menahan suaranya yang kuat akibat menangis.

“Aku sayang kau…tapi aku tak sangka kau khianat cinta aku dalam diam sayang”.ucap Hariez perlahan yang sudah pun tersandar di sebalik dinding dan terduduk di lantai seketika.Airmatanya merembes keluar dari tubir mata tanpa ada had.

Mereka melayani perasaan di berlainan sudut.Tetapi hati masing-masing hancur kerana benda yang sama.Hati bila dipermainkan,janganlah kita berharap dapat diperbetulkan semula.Sekali sudah hancur.Selamanya akan hancur.

Puan Hanani yang sedang duduk di atas katil itu pelik memandang suaminya yang sedang mengemas bag pakaian.

“Abang ni nak kemana kemas-kemas bag ?”.tanya Puan Hanani yang sedang fokus mengemas segala pakaiannya dan diisikan ke dalam bag.

“Esok kita balik Malaysia”.jelas Encik Firdaus dalam nada mendatar kepada isterinya.Puan Hanani mengerutkan dahi dan berasa pelik.

“Balik Malaysia ? Kenapa tiba-tiba ?”.soal Puan Hanani yang agak tidak puas hati.

“Habis kalau duduk lama lagi..hubungan rumahtangga siapa pulak awak nak hancurkan !”.tinggi seoktaf suara Encik Firdaus menyoal isterinya.Tergamam Puan Hanani melihat kemarahan suaminya itu.Sedangkan Encik Firdaus seorang yang amat penenang.

“Abang ni kenapa ? Saya buat apa sampai abang nak marah macam ni ?”.soal Puan Hanani seolah apa yang dibuat terhadap Hanan dan Hariez beberapa hari lepas tidak menyinggung mana-mana perasaan.

“Saya malu dengan sikap awak yang tak habis nak melagakan hubungan anak menantu kita tu…kalau kata apa-apa yang keluar dari mulut awak tu buat Hanan terasa dan menyebabkan mereka berdua bergaduh ? Awak tak rasa bersalah ke ?”.soal Encik Fidaus dengan matanya membutang.

“Saya Cuma nak Hariez sedar..yang pilihan dia tu bukan pilihan saya”.jelas Puan Hanani yang mula meninggi suara.

“Memang Hanan tu bukan pilihan awak..tapi pandang lah hati dan perasaan Hariez tu..lihat hati dia tu..betapa cintanya dia pada Hanan..kenapa awak perlu jadi perosak rumahtangga anak kita ?”.soal Encik Firdaus dalam keadaan menengking.

“Ohh sekarang ni tujuan abang nak cari salah saya je lah ya ?”.soal Puan Hanani yang agak tidak puas hati dengan cara suaminya itu.

“Saya bukan nak cari pasal dengan awak Nani..tapi saya Cuma nak sedarkan awak yang apa yang awak buat sekarang ini semuanya salah”.jelas Encik Firdaus.Suaranya mula kendur.

“Jangan ulangi kesilapan 10 tahun lepas Nani..macam mana awak berjaya hancurkan hubungan saya dengan Amira yang bertahan selama puluh tahun..jangan awak cuba buat perkara yang sama pada Hanan dan Hariez..kalau awak buat juga…awak akan terima akibat dia daripada saya sendiri Nani..amaran saya ni akan saya beri hanya sekali ini sahaja…dan saya takkan ulangi..jadi tolong hadamkan dalam ingatan awak sedalam dalamnya”.ujar Encik Firdaus yang bernada serius dan amat mengerunkan.Kemudian dia keluar dari bilik tersebut dan sekali gus keluar dari bilik hotel tersebut.

“Dah gila agaknya laki aku ni nak marah lepastu mengungkit tak tentu pasal..hishhh..tahu lah macam mana aku nak ajar si Hanan tu nanti”.ujar Puan Hanani seorang diri dalam keadaan marah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience