BAB 2

Romance Completed 23149

Selepas hampir satu hari perjalanan Hanan selamat sampai di bumi Mesir.Bumi yang penuh dengan sejarah islam dan firaun.Segala cerita dan sejarah kekejaman firaun kepada manusia telah disimpan rapi di bumi itu.Hanan kini berada di tengah-tengah ibu kota Mesir iaitu Cairo.Dia membuat keputusan untuk berjalan cuci mata sebelum menginap di hotel penginapannnya.Dia berasa teruja melihat seluruh kedai-kedai dan masyarakat yang berada di sekelilingnya.Dia menanam sebuah impian untuk sampai ke ibu kota ini.Dan kini dirinya sudah berada di atas tanah Bumi Anbiya ini.Hanan berjalan-jalan dan sebuah kafe yang dicarinya di dalam internet.Kafe ini popular di bandar Cairo ini.Dan dia masuk ke dalam Zen cafe & Lounge.

Dia terus menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.Dia berdiri di hadapan kaunter untuk memanggil seorang barista yang sedang berdiri membelakangkannya.

"Sir..hello sir".panggil Hanan kepada lelaki yang masih berdiri tegak dan membelakangkannya.

"Yes madam ?".soal lelaki itu.Sewaktu lelaki itu menoleh ke arah Hanan.Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kencang seperti ada sesuatu yang mahu meletup dari dalam.

"Madam are you okay ?".soal lelaki itu yang pelik dan agak risau melihat Hanan tidak berkelip mata memandangnya.Lelaki itu memetik jari di hadapan muka Hanan.Hanan terhenti mengelamun.

"Sorry..i want mocha coffee".pinta Hanan yang membuat pesanan kepada barista itu.

"Drink or pack madam ?".soal barista itu kepada Hanan.

"Drink".balas Hanan yang agak terketar-ketar.Dia sendiri keliru kenapa dia rasa gemuruh tiba-tiba apabila memandang lelaki di hadapannya itu.Sedang dia ralit berfikir tentang dirinya.Dia ternampak tag nama lelaki itu yang bernama 'Hariez Huzaifah'.

"Hariez ?".soal Hanan bersendirian tetapi dapat didengari lelaki itu.Pantas sahaja Hariez memandang ke arah Hanan.

"Yes madam ?".soal Hariez kepada Hanan apabila namanya disebut Hanan.

"Ahh..sorry..awak ni orang malaysia ke ?".soal Hanan yang mula bercakap bahasa ibunda negara Malaysia.Dia ingin kepastian kerana nama lelaki di hadapannya itu seperti nama orang Malaysia dan ejaannya juga sama seperti ejaan nama-nama di Malaysia.

"Yess..kenapa ada masalah ke Puan ?".soal Hariez yang mula pelik dengan Hanan.Hanan tersenyum,akhirnya dia jumpa jugak seorang warganegaranya sendiri di Bumi Anbiya ini.

"Ehh takda apa pun..cuma tak sangka dapat jumpa orang Malaysia dekat sini..and kerja pulak tu dekat sini".jelas Hanan tentang apa yang difikirkannya kepada Hariez.

"Ohh..awak ni nampak macam traveler je..treveler ke ?".soal Hariez yang melihat Hanan seperti seorang Pengembara.Hanan tersenyum manis.

"Pandai ehh awak ? Macam mana awak tahu ?".soal Hanan kembali.Hariez tersenyum sinis.

"Dah ramai sangat pengembara dekat Bumi Anbiya ni yang datang ke kedai saya ni".terang Hariez kepada Hanan.Termati senyum Hanan apabila mendegar penyataan daripada lelaki itu bahawa kedai yang kini dia berada adalah milik Hariez.

"A...awak punya k..kedai ?".soal Hanan tergagap-gagap kerana tidak percaya dengan penyataan Hariez itu.

"Ya..ini kedai saya..selamat datang..dan terima kasih".ucap Hariez yang seperti menyambut kehadiran Hanan di kedainya itu sambil tersenyum.Hanan mula mengukir senyum di bibirnya.

"Nah air awak".Hariez memberi secawan Mocha kepada Hanan.Hanan menyambutnya lalu mencari tempat duduk yang agak jauh kebelakang dari kawasan yang berdekatan dengan kaunter.Dia menyendiri di tempat duduknya itu sambil membuang pandangan keluar.Tiba-tiba ada seseorang yang menarik kerusi di hadapannya dan duduk menghadap dirinya yang sedang termenung.

"Jauh termenung ?".soal Hariez yang sudah duduk sambil menongkat dagu dengan tapak tangannya menghadap gadis jelita di hadapannya.

"Ehh...awak tak kerja ke ?".soal Hanan pelik dan ada nada risau.

"Saya kan Boss..saya nak buat kerja saya boleh..saya taknak buat kerja pon boleh".jelas Hariez kepada Hanan yang terlupa tentang status lelaki itu.

"So sebab awak Boss...awak boleh ngurat customer awak sesuka hati ?".soal Hanan menyindir Hariez dalam nada yang lembut.

"Yes..sebab itu hak dan milik saya sebagai seorang lelaki".jelas Hariez megah kepada Hanan.Hanan memandang lelaki itu dengan senyuman sinis dan mengecilkan matanya.

"Awak tak takut girlfriend awak marah ?".duga Hanan kepada Hariez.

"Tak..cuma saya tak tahulah..kalau awak dah bersedia nak jumpa denga isteri saya".ujar Hariez yang ingin menyakat gadis di hadapannya itu.Satu pandangan tepat direnung pada wajah lelaki itu.

"A...awak dah kahwin ?".soal Hanan yang suaranya sedikit bergetar.

"Dah...dalam mimpi".sakat Hariez kepada Hanan.Sekeping tisu yang berada di atas meja itu.Diambil Hanan dan dironyokkan lalu dicampak kepada lelaki dihadapannya itu yang sedang ketawa besar.

"Ini kahwin lah..tak kelakar".jelas Hanan yang suara sedikit keras kerana tidak suka dengan gurauan Hariez itu.

"Okay-okay sorry tau..saya saja je..nak tengok reaction awak ?".balas Hariez yang masih dalam sisa tawanya lagi.

"Bye assalammualaikum".ucap Hanan yang sudah mengemas barang-barangnya yang bersepah di atas meja itu lalu meminta diri untuk beredar dari kafe itu.

"Awakk..awakk nak pergi mana ?".soal Hariez yang agak kuat sambil mengejar wanita di hadapannya itu.

"Saya nak balik".jelas Hanan yang sudah agak jauh daripada Hariez.Dia menghampiri pintu utama kafe itu.Hariez hanya mengeluh kecil melihat Hanan yang pergi begitu sahaja.Dia tiba-tiba dihurung rasa bersalah.

Hanan yang sudah berjalan jauh itu kini menghampiri sebuah bangunan megah dan mewah di tengah bandar Cairo itu.Kini dia memasuki ruangan mewah hotel 5 bintang The Nile Ritz-Carlton yang menjadi pujaan pengunjung seleruh dunia jika berniat untuk bermalam di hotel yang berada di bandar Cairo itu.Dia telah membuat tempahan secara online.Selepas mendapat kunci bilik Hanan terus menuju ke tingkat 7 untuk ke suite mewah yang telah ditempah oleh papanya untuk keselesaan dirinya di Bumi Anbiya ini.Dia begitu teruja sewaktu melangkah masuk ke dalam suite yang mewah itu.Besar,luas,mewah dan tidak lagi mampu berkata tentang suite itu.Hanan terus menuju ke ruangan bilik tidurnya dan merebahkan badannya ke atas katil.Tiba-tiba ada seseorang menekan loceng biliknya.

"Wait".ujar Hanan yang meminta gerangan itu menunggunya sehingga membuka pintu.Selepas membuka pintu.Alangkah terkejutnya Hanan melihat papanya yang berada di luar pintu biliknya.Hanan bagai bermimpi melihat lelaki separuh abad itu berdiri di hadapan pintu biliknya dengan penuh gaya.Tuan Hasyim yang berdiri tegak sambil berpeluk tubuh dan tersenyum itu diperhatikan Hanan lama.

"Papa !!!".jerit Hanan yang tidak tahu hendak riaksi bagaimana.

"Yes my love..kenapa ? Tak percaya papa ada dekat sini ?".soal Tuan Hasyim kepada anak gadisnya itu.

"Mama ?".soal Hanan yang sedang menarik tangan papanya supaya masuk ke dalam.

"Mama ada dekat hotel lain..kami duduk hotel murah je".ujar Tuan Hasyim kepada anak gadisnya itu.

"Papa kenapa datang sampai ke sini ? Alaa ingat papa sorang..baru nak dating dengan papa..sibuk je mama tu".selamba Hanan mengutuk mamanya Puan Safira.

"Hahaha..papa mana boleh tinggalkan nyawa papa tu".jelas Tuan Hasyim sambil tertawa kecil.

"Habis mama tahu tak papa jumpa Hanan ?".soal Hanan yang ingin kepastian.

"Hanan rasa kalau mama tahu ? Boleh ke Hanan relaks macam ni ?".soal Tuan Hasyim kembali.

"Tak !!!".ujar Hanan sambil tertawa besar.

"Dah pergi siap..kejap lagi papa nak bawak Hanan pergi makan".terang Tuan Hasyim kepada anak perempuannya itu.Membutang mata Hanan mendengar papanya yang ingin makan malam bersamanya sahaja.

"Okay papa !!".jerit kecil Hanan yang terlalu gembira.Laju sahaja kakinya melangkah ke bilik mandi untuk bersiap.Selepas beberapa minit dia mandi,akhirnya dia telah keluar dengan pakaian t-shirt dan seluar track suit dari dalam bilik air.Dia mencari pakaian yang elok buat dirinya.Tiba-tiba ada satu huluran bag kertas kepadanya.

"Nahh..papa dah belikan Hanan baju..tapi ni papa beli masa dekat Malaysia".jelas Tuan Hasyim tersenyum.Hanan menyambut huluran Tuan Hasyim itu dengan penuh gembira di hati.Dia terus masuk semula ke bilik air untuk berdandan.Selepas beberapa minit dia keluar semula dari dalam bilik air.Tuan Hasyim yang sedang menunggu di ruang tamu itu terpempan melihat anak gadisnya yang begitu cantik pada malam ini.Dia terus menghulurkan lengannya supaya Hanan memeluk lengannya yang agak sasa itu.Hanan terus menyambut huluran papanya itu dan jalan beriringan menuju ke lif untuk turun ke lobi hotel.

"Sweet lah papa ni ?".puji Hanan dan tersenyum.Tuan Hasyim hanya mengeyitkan mata kepada anak gadisnya itu.

"Tengok lah suami siapa ?".ujar Tuan Hasyim megah dan membuat riak wajah bangga.Hanan tergelak besar dengan penyataan papanya itu.

Sesampai sahaja mereka di bawah.Kereta mewah Limousin telah menanti kehadiran mereka berdua.Hanan terlopong melihat kemewahan yang telah diaturkan oleh papanya itu.

"Kalau lah mama tahu benda ni..confirm makan hati 7 hari 7 malam".ejek Hanan kepada papanya.Tuan Hasyim tergelak besar.Selepas tidak berapa lama perjalanan mereka tiba di sebuah Restoran mewah dan mereka menuju ke pintu masuk.Di pintu masuk mereka di sambut oleh seorang pelayan.Mereka berdua di bawa menuju ke satu sudut yang mejanya mampu memuatkan tiga orang pelanggan.

"Papa..kenapa tak ambil meja untuk kita berdua..ni bertiga..macam dah tak nice bila ada satu kerusi kosong..lain lah kalau ada mama".ujar Hanan kepada Tuan Hasyim.Tuan Hasyim tersenyum dan ingin membalas penyataan anak perempuannya itu.Tiba-tiba ada satu suara yang membalas persoalan Hanan itu.

"Sebab abang orang ketiga yang akan melengkapkan tempat duduk yang kosong tu".ujar Lelaki di belakang Hanan.Hanan terpaku,dia menoleh perlahan-lahan dan tergamam melihat lelaki di belakangnya itu.

Share this novel

Fatimah Yusof
2020-08-15 18:26:34 

kannn..hihi..tq sis

Liza Norazmin
2020-08-15 18:25:04 

baru start baca....best..sweet mak Pak hannan


NovelPlus Premium

The best ads free experience