BAB 33

Romance Completed 23149

Sepanjang perjalanan ke rumah Puan Hanani dan Encik Firdaus,Hanan hanya mendiamkan diri sahaja.Pandangannya dibuang ke luar tingkap.Kelakuannya itu dapat perhatian suaminya yang sedang memandu.Hariez mencuit batang hidung isterinya dan membuatkan Hanan tersentak dari lamunannya sebentar tadi.Hanan menoleh ke arah suaminya dan tersenyum manis.Dia mengeggam erat tangan suaminya bagai tidak mahu lepas.Hariez memandang ke arah genggaman tangannya dengan Hanan dan melihat wajah isterinya.

“Sayang okay ?”.soal Hariez seperti orang risau.

“Okay je sayang..sayang jangan risau okay”.pujuk Hanan kepada suaminya yang kelihatan risau akan keadaannya.

“Sayang...awak jangan tipu saya...saya tahu awak tak okay”.jelas Hariez cuba menafikan jawapan Hanan.

“Saya okay..awak jangan risau ye”.jelas Hanan lembut.Akhirnya Hariez membuat keputusan untuk memberhentikan kenderaannya di pembahagi jalan.

“Laaa..kenapa awak berhenti ?”.soal Hanan pelik.

“Sebab isteri saya tak okay”.jelas Hariez tegas.Senyuman yang terukir di bibir Hanan mati serta merta.

“Kann...”.kata-kata Hanan terkandas apabila Hariez memotong ayatnya itu.

“Jangan nafikan apa-apa yang ada di hati awak lagi Hanan..saya taknak awak terseksa sebab saya lagi sayang”.ucap Hariez sambil memegang tangan isterinya.

“Saya tak terseksa pun sayang..saya okay je..awak jangan salahkan diri awak okay...kita sama-sama hadapi perkara ni”.ucap Hanan pula dan memeluk erat suaminya.

“Ampunkan mak ye sayang andai kata dia ada sakitkan hati awak sayang”.pinta Hariez dalam linangan airmata.

Hanan yang mendengar permintaan suaminya itu turut mengalirkan airmata.Dia mengucup lembut tangan suaminya.Manakala Hariez menyentuh lembut belakang kepala Hanan.

“Saya tak pernah berdendam dengan mak..saya dah lama dan sentiasa maafkan mak sayang”.ucap Hanan sepenuh hati.

“Terima kasih sayang”.ucap Hariez dan terus menarik isterinya kedalam dakapan.Dia memeluk Hanan erat dalam dakapannya.

“Sayang..”.panggil Hanan lembut.Hariez melonggarkan sedikit dakapannya bersama isteri tercinta.Dia memandang wajah lembut Hanan.

“Sakit perut saya sebab awak peluk kuat sangat”.jelas Hanan dalam tawa kecilnya.Hariez juga terhambur gelaknya.

“Ya allah...sorry sayang..saya tak sengaja..sedap sangat peluk ibu mengandung ni..ayah minta maaf ye sayang”.ucap Hariez sambil menundukkan sedikit kepalanya dan mengusap perut Hanan lembut.

“Sokay sayang...dah jom kita pergi rumah mak”.ajak Hanan.

“Jom”.Hariez menyahut ajakan Hanan dengan wajah gembira.

Mereka sudah menyambung semula perjalanan dan menuju ke rumah Puan Hanani dan Encik Firdaus.Selepas beberapa jam perjalanan,akhirnya mereka sampai di hadapan laman rumah ibu bapa mereka itu.Hariez memarkir keretanya di belakang kereta Atiqah dan kelihatan wanita itu sedang membuat panggilan terhadap seseorang tetapi anak matanya meliar memandang Hariez dan Hanan.

“Sayang jom keluar”.ajak Hariez kepada isterinya.Dia membantu Hanan keluar dari isi perut kereta dan menuju masuk ke dalam rumah.Tanpa sekali menghiraukan Atiqah yang memandang ke arah mereka berdua.

Sesampai sahaja mereka di dalam,Encik Firdaus yang sedang duduk di atas sofa sambil membaca surat khabar telah disalam terlebih dahulu.
“Haaa..bapak ingat Hanan dengan Hariez tak datang tadi ?”.soal Encik Firdaus mesra.

“Datang Cuma lambat sikit je”.jelas Hariez kepada bapanya.

“Hanan sihat ?”.soal Encik Firdaus mesra dan lembut kepada menantu sulungnya itu.

“Sihat alhamdulillah bapak..bapak sihat ke ?”.soal Hanan kembali kepada Encik Firdaus.

“Ehhh bapak sihat..makin tegap”.gurau Encik Firdaus.Mereka bertiga tertawa bersama.

“Haa baguslah..aku panggil datang makan..memang datang makan je lah ye..”.sindir Puan Hanani yang tiba-tiba datang dari arah dapur.

“Makk”.panggil Hariez lembut dan mengucup tangan wanita separuh abad itu.

“Dah lama kau tak balik rumah mak Hariez ? Kenapa ? Bini kau tak bagi ke ?”.soal Puan Hanani secara terang terangan di hadapan Hanan.Hanan menundukkan wajahnya.

“Ehh mana ada mak..kami kan duduk negara orang...balik malaysia pun jarang-jarang..bila dah balik ni lah baru dapat jumpa mak dengan bapak”.jelas Hariez mempertahankan isterinya.

“Kau sihat ke Hanan ?”.soal Puan Hanani agak kasar kepada Hanan.Hanan terus mengucup tangan ibu mertuanya itu.

“Sihat alhamdulillah mak”.jelas Hanan lembut.

Mereka bertiga menuju ke ruang dapur.Hanan terus menarik kerusi yang berdekatan dengannya dan terus duduk.Kelakuannya itu dilihat dengan penuh perasaan oleh Puan Hanani.

“Haa baguslah..aku sibuk masak dekat sini..yang dekat sana terus duduk tunggu makanan terhidang ye ?”.sindiran yang pedas keluar dari mulut Puan Hanani.Hanan sungguh terasa dengan kata-kata ibu mertuanya itu.

“Hanan boleh tolong mak ?”.tawaran diberi kepada Puan Hanani tetapi dihalang Hariez.

“Hanan tak boleh buat kerja mak..sebab Hariez tak bagi”.jelas Hariez lembut dalam tegas.

“Ohh tak bagi ? Sejak bila kau pandai ajar bini tak payah buat kerja rumah ? Habis makan macam mana ? Kau mencekik hari-hari kat luar lah ye ?”.soal Puan Hanani berang dengan jawapan anak lelakinya itu.

“Hariez tak bagi Hanan buat kerja semenjak dia mengandungkan anak Hariez”.jelas Hariez tegas.Terbutang mata Puan Hanani mendengar penjelasan anak lelakinya itu.Hanan yang turut berada di situ sudah pun tersenyum.

“Ohh aku suruh kau kahwin dengan Atiqah,kau pergi buat anak dengan bini kau ye Hariez..baguslah...kau dari dulu memang tak pernah nak dengar cakap aku kan ?”.soal Puan Hanani kasar.

“Mak..apa yang mak cakap ni ? Ini kan rezeki ? Mak nak dapat cucu..takkan mak tak gembira ?”.soal Hariez yang agak tidak puas hati dengan pernyataan ibunya itu.

“Tapi aku nak cucu yang dilahirkan Atiqah..bukan perempuan ni”.jelas Puan Hanani tegas.Mengalir airmata Hanan mendengar penjelasan ibu mertuanya itu.Sungguh dia tidak percaya kandungan yang mampu menjalinkan hubungan dia dan Puan Hanani tidak berjaya sama sekali.

“Nani !”.jerit Encik Firdaus yang tiba-tiba ada di muka pintu dapur.

“Kau dah kenapa mengutuk si Hanan..sampai cucu kita yang sedang dia kandungkan pun kau nak hina ? Kau nak jadi manusia apa ? Manusia ke binatanh kamu ni ?”.soal Encik Firdaus yang tidak hirau lagi akan kata-kata kesatnya kepada isterinya itu.

“Kamu dengar sini Nani ! Anak aku Hariez akan jaga menantu aku Hanan sampai mati dan cucu dari hasil hubungan mereka berdua”.jelas Encik Firdaus dengan suara menekan.

“Bukan Atiqah !”.jerit seoktaf Encik Firdaus demi pertahankan maruah menantunya dan cucu yang bakal lahir.Airmata Hanan makin deras.Tidak dia sangka masih ada yang sudi pertahankan dirinya ini.Hariez terus menarik tangan isterinya ke bilik.Atiqah yang turut berada di dapur itu secara tidak sengaja hanya tertunduk dan mengalirkan airmata.Puan Hanani terpaku selepas mendapat jeritan daripada suaminya itu.

“Atiqah..kamu boleh cari lelaki lain kalau kamu rasa nak kahwin tapi bukan dengan Hariez”.jelas Encik Firdaus lembut dan tegas.Atiqah Hanya mengangguk.

DIa terus berlari keluar lama rumah dalam esakan kecil.Dan dia ternampak kelibat Furqan sedang menuju ke arahnya.Esakannya makin kuat dan terus dia memeluk lelaki itu erat.

“Sayang are you okay ?”.soal Furqan lembut dan menyambut pelukan wanita itu.Dia mengusap lembut rambut Atiqah.

“It’s okay dear..i ada dengan u”.jelas Furqan romantis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience