BAB 22

Romance Completed 23149

Hariez baru sahaja keluar daripada bilik air kerana baru sahaja selesai mandi.Dia terus menuju ke almari bajunya dan memilih salah satu pakaian yang tergantung di dalam almari itu untuk dipergayakan.Hariez mengambil sehelai T-shirt dan sehelai seluar denim untuk digayakan.Selepas beberapa minit,dia telah bersiap dalam pemakaian kasualnya.Dia menuju ke cermin yang tergantung di dinding bilik tidurnya itu untuk menyisir rambutnya supaya kelihatan segak.Selepas beberapa minit dia keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke ruangan dapur untuk membuat roti bakar buat santapan paginya sendiri.Pada pagi ini Hanan sudah ke Kafenya terlebih dahulu kerana atas satu urusan penting berkenaan Kafe tersebut.Dia sudah pun menyiapkan dua keping roti bakar untuk dijadikan santapan paginya itu.Baru sahaja dia ingin menyuapkan kepingan roti itu ke mulutnya,pintu rumahnya diketuk oleh seseorang.Hariez tidak jadi untuk menjamah kepingan roti tersebut dan terus menuju ke pintu untuk melihat gerangan tetamu yang datang ke rumahnya pada awal pagi.

“Furqan ?”.soal Hariez yang terkejut melihat lelaki yang menjadi musuhnya itu berada di hadapan rumahnya itu dalam keadaan seperti tiada apa-apa yang mengejutkan dan tersenyum sumbing melihat Hariez.

“Kau nak apa ? Kenapa kau datang rumah aku awal pagi ?”.soal Hariez agak kasar.Hatinya sakit apabila melihat lelaki itu berada di hadapan pintu rumahnya sekarang ini.

“Relaks lah bro..benda boleh settle..kau jemput aku masuk , kita settle cara baik..amacam..deal ?”.balas Furqan yang bersahaja dan menambahkan lagi bara api di hati Hariez.Furqan hanya tersenyum sumbing melihat Hariez di hadapannya.Hariez menggengam buku limanya kerana menahan amarah dengan lelaki itu.

“Aku tanya kau…kau buat apa dekat rumah aku pagi-pagi ni ?”.soal Hariez dalam suara menekan dan giginya terketap kerana menahan rasa yang bakal meletus tidak lama lagi.

“Hanan ada ?”.soal Furqan yang sengaja ingin menyakiti hati lelaki itu dan bertanyakan tentang Hanan Qaisara iaitu isteri Hariez sendiri.Wajah Hariez menjadi merah padam kerana hatinya betul-betul sakit mendengar pertanyaan daripada Furqan.

“Kau nak apa jumpa dia !”.jerit Hariez seoktaf.Suaranya itu boleh didengari di seluruh blok Kondominium yang didudukinya itu. Furqan juga agak terkejut dengan jeritan Hariez itu.Kali ini had sabar Hariez sudah tamat,dia tidak dapat berpura-pura dengan sesiapa lagi.

“Wo wo..relaks lah..kau ni apahal..tanya Hanan pun salah ?”.soal Furqan yang tidak akan serik untuk menyakiti Hariez Huzaifah.

“Memang lah salah bodoh..itu kan bini aku”.balas Hariez kasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada lelaki di hadapannya.Furqan yang berdiri di situ ketawa besar seperti orang sakit jiwa.Kemudian dia melangkah masuk tanpa diundang,tubuh tegap Hariez ditolak ketepi sedikit.Dia duduk di sofa yang berada di ruang tamu.

“Kau dah beritahu Hanan pasal siapa kau yang sebenarnya ?”.soal Furqan yang sudah pun duduk di sofa dalam keadaan bersilang kaki.Hariez merenung tajam kepada lelaki itu.Kemudian dia juga turut duduk di sofa yang berhadapan dengan Furqan.

“Kenapa kau sibuk sangat nak tahu aku dah beritahu Hanan ke belum..kalau belum itu aku punya pasal lah ?”.jawab Hariez kasar kepada Furqan.Dia geram kerana Furqan sibuk ingin mencampuri hal peribadinya.

“Kalau kau belum beritahu…aku nak tolong beritahu”.ujar Furqan yang menyakat musuhnya itu dengan cara sinis dan mentertawakan Hariez.

“Kalau kau nak mati..kau berilah tahu dekat bini aku..aku izinkan..tapi jangan menyesal kalau hari yang kau beritahu tu jadi hari terakhir kau.”.ujar Hariez sinis dan berani.

“Nanti kirim salam dekat Hanan ye..cakap aku sayang dia”.ujar Furqan menyakiti hati Hariez dengan sengaja.

Furqan terus bangun dari duduknya dan menuju keluar dari rumah tersebut.Hariez membaling bantal segi empat yang dihiaskan di atas sofa tersebut.

“Sial !... aku takkan lepaskan kau Furqan..”.ujar Hariez dalam nada amarahmya.

Dia juga turut keluar dari rumah Kondominium tersebut dan menuju ke Kafenya.Sesampai sahaja dia di sana.Dia terus memasuki kawasan Kafe tersebut untuk mencari isterinya.

“Hanan mana ?”.soal Hariez kasar kepada salah seorang pekerja yang sedang membersihkan meja.

“Dekat office Boss”.balas pekerja itu takut-takut.

Hariez terus menuju ke ke pejabatnya yang berada di tingkat atas di dalam Kafe itu.Sesampai sahaja dia dihadapan Kafe tersebut terus dia melangkah masuk dan memarahi isterinya.

“Apa hubungan awak dengan Furqan ?”.soal Hariez tiba-tiba.Hanan yang diterjah secara mengejut itu terpinga-pinga.

“Furqan ? Kenapa tanya pasal dia dekat saya pula ?”.soal Hanan lembut tetapi bernada pelik kepada suaminya itu.

“Saya tak tanya pasal dia..saya tanya pasal awak dengan dia ?”.soal Hariez yang agak keras nadanya kepada Hanan.

Dahi isterinya itu berkerut kerana tidak faham dengan perangai suaminya yang tiba-tiba naik darah dan memarahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience