BAB 15

Romance Completed 23149

Hariez dan Hanan selamat sampai di Bumi Mesir pada hari semalam.Mereka terus pulang ke rumah dan berehat.Hariez yang ingin ke Kafe juga telah membatalkan niatnya kerana perjalanan yang jauh telah membuat dirinya berasa letih.Pada pagi yang indah ini,Hariez sudah mencelikkan mata terlebih dahulu.Dia bangun perlahan-lahan dan bersandar dalam keadaan duduk di kepala katil.Kakinya dilunjurkan dalam keadaan selesa.Dia merenung permatanya yang masih nyenyak di dalam tidurnya.Dia perlahan-lahan menyentuh bahu kiri isterinya yang terdedah itu.Dia mengusap perlahan.Kemudian pandangannya tertancap pada lengan isterinya.Dia merenung agak lama dekat kesan hitam yang berada di lengan Hanan itu.Tiba-tiba dia jadi terkedu,dia mengalirkan airmata.Tanda itulah bukti kekejamannya sebagai seorang lelaki terhadap seorang wanita seperti Hanan.Dia meraup wajahnya lembut.

"Awak ni..suka tengok saya tengah tidur ehh".soal Hanan yang tiba-tiba itu.Terkejut Hariez apabila melihat isterinya tiba-tiba bersuara.

"Awak ni pun suka bagi saya kena heart attack kan ?".soal Hariez kembali kepada isterinya.

"Mana ada ?".balas Hanan yang mula memuncung.Hariez mencuit muncung isterinya dan tersenyum.

"Sayang satu hari awak tak buat saya angau tak boleh ehh ?".soal Hariez kepada isterinya.Hanan merenung manja wajah suaminya itu.Dia bangun dari baringnya di atas tilam dan berpindah ke atas dada bidang Hariez.Dia meletakkan kepala di atas dada bidang suaminya itu.Hariez juga hanya melayani kerenah manja isterinya itu.

"Tak..sebab saya takut ada orang culik awak".jelas Hanan kepada Hariez.

"Siapa yang nak culik saya ?".soal Hariez berasa pelik.Dia dah tahu tentang aku dengan Furqan ke ?.

"Atiqah".jelas Hanan ringkas dan sayu.

"Ohh wife saya ni cemburu rupanya".jelas Hariez ingin menyakat isterinya.

"Habis awak ingat saya suka ke ?".soal Hanan.Dia terus melihat wajah suaminya yang nakal itu.

"Tak...saya tak suka tengok isteri saya sakit sebab saya".jelas Hariez penuh romantis kepada Hanan.Hanan tersenyum bahagia.

"Nak tanya boleh ?".pinta Hanan manja.

"Boleh..tapi soalan jangan mengarut".amaran diberi terlebih dahulu oleh Hariez.

"Mak memang rapat dengan Atiqah ke ?".soal Hanan sedikit sayu.Tidak banyak sedikit hatinya juga terusik apabila dia sebagai menantu perempuan di dalam keluarga itu tidak dapat layanan seperti Atiqah yang orang luar itu.

"Aah..mak memang rapat dengan dia".jelas Hariez yang dihatinya juga rasa bersalah dan agak terasa dengan sikap Puan Hanani yang masih melebihkan Atiqah seperti wanita itu masih ada hubungan istimewa dengannya.

"Masa saya bagi barang dekat mak..mak kata Atiqah dah bagi dulu barang-barang macam saya bagi tu".jelas Hanan yang suaranya mula tengelam akibat sebak.

"Takpalah sayang..yang penting awak dah tunaikan niat awak nak bagi mak barang".jelas Hariez seraya memujuk isterinya yang sebak itu.

"Awak tak kerja ke ?".soal Hanan lembut.

"Tak..saya ingat nak bawak awak pergi somewhere".ujar Hariez kepada isterinya.

"Pergi mana ?".soal Hanan pelik.

"Egypt".jawab Hariez ringkas dan tersenyum.Hanan yang terlalu teruja itu bangun dari pembaringannya dan melompat-lompat di atas katil.

"Sayang awak tahu tak..yang nak bawak awak pergi Egypt tu saya tau..ini kalau kena pijak tanpa sengaja..Egypt takda..apa pun takda..duduk rumah je lah".sindir Hariez dalam nada melawak.

"Okay-okay...sayang tak sabarnya...".balas Hanan teruja.

"Dah pergi siap..nanti lambat sampai sana..jalan dekat Mesir ni selalu jammed sebab terlalu padat dengan penduduk..sentiasa jammed".jelas Hariez kepada Hanan.

"Okay..tapi saya nak kemas perkakas saya dulu..nanti senang nak mengkaji".ujar Hanan yang masih dalam keadaan teruja.

"Yelah sayang".sahut Hariez dan menggelengkan kepala.Dia sendiri pening dengan sikap kegilaan Hanan yang suka mengkaji sejarah itu.

Mereka berdua mula bersiap,Hanan Qaisara mengenakan gaya kasual manakala Hariez mengenakan gaya yang sama.Selepas beberapa minit mengambil masa mendandan diri masing-masing.Mereka berdua menuju ke ruang parkir dalam bangunan Kondominium yang mereka menetap itu.Mereka memulakan perjalanan dan menuju ke Egypt,Mesir.

Selepas tidak lama kemudian,mereka berdua selamat tiba di Giza piramid,Egypt.Hariez memarkir kenderaannya agak jauh kerana ingin berjalan jauh ke Giza piramid itu.Hanan tidak keruan sewaktu berada di luar isi perut kereta.Dia berpusing-pusing melihat suasananya kini dikelilingi piramid.Hariez mendekati isterinya.

"Sayang..happy tak ?".soal Hariez sambil memaut bahu kiri isterinya.

"Happy gila..thank you sayang sebab bawak saya datang sini..sayang awak".ucap Hanan dan terus memeluk suaminya Hariez.

"Kalau takda rasa sayang..jangan cakap sayang..cukup ucap terima kasih".jelas Hariez dalam nada menyindir.Terkedu Hanan mendengar penyataan suaminya itu.Mukanya rasa memakai pemerah pipi apabila disindir begitu.

"Awak ni..saya nak sweet sikit pun tak boleh ?".rajuk Hanan dengan suaminya.

"Awak kena bertanggungjawab tau dengan apa yang awak dah buat sekarang ni".jelas Hariez tiba-tiba.Hanan mengerutkan dahi.

"Saya buat apa ? Awak yang cari pasal dulu".jelas Hanan yang tidak berpuas hati dengan penyataan Hariez itu.

"Awak sekali lagi buat saya jatuh cinta Hanan".jelas Hariez dengan riak wajah menggoda.Hanan terkedu dan mula berasa cuak dengan suaminya itu.

"Tapi jangan risau..saya tak buat apa-apa pun..dengan cara meluahkan perasaan ni dapat menenangkan hati saya yang macam nak meletup ni".ujar Hariez sedikit sayu.Hanan tiba-tiba dihurung rasa bersalah.

"Maafkan saya Hariez".pinta Hanan dengan penuh pengharapan.Hariez tersenyum.Pandangannya ditolehkan ke hadapan sambil memimpin tangan isterinya.Mereka mula jalan beriringan menuju ke tempat yang dihurungi orang ramai.

"Awak tahu tak Hanan..saya pernah impikan seorang isteri yang baik,cantik dan bijak..harini saya dah dapat wanita yang saya impikan tu..tapi sayang... wanita tu  takda hati pada saya..saya sabar dan setia menunggu".jelas Hariez tulus ikhlas dari hatinya.

"Kenapa awak jatuh cinta dengan saya..seperti awak tengah lukakan diri awak sendiri".jelas Hanan yang sayu.

"Sebab saya terima untuk disakiti pada masa sekarang ini".jelas Hariez kepada isterinya.Hanan memandang wajah suaminya dari pandangan sisi.

"Awak..terima kasih sebab jadi suami yang penyabar untuk saya".ucap Hanan lembut dan sayu.

"Sama-sama sayang..walaupun awak tak sayang saya..saya tetap sayang awak okay ?".jelas Hariez.Hanan tersenyum.

Selepas hampir 30 minit perjalanan.Hanan dan Hariez tiba di kawasan yang dihurungi orang ramai di Giza piramid itu.Mereka berdiri di tengah-tengah kawasan lapang padang pasir itu.Kemudian dalam keadaan beriringan menuju ke kaki bukit berdekatan.Mereka mendaki kecil naik ke atas bukit itu kemudian mereka duduk bersama di atas kaki bukit itu.Sambil dihiasi matahari yang menemani waktu tengahari di Egypt itu.Hariez memandang ke sisi dan menatap wajah isterinya seketika yang sedang ralit melihat gelagat pengunjung-pengunjung yang berada di situ.

"Hariez apa yang awak tahu pasal sejarah dekat Giza ni ?".soal Hanan yang mula membuka bicara untuk menjalankan kerja kajiannya.

"Tentang Nabi Yusuf menjadi Wazir mesir".jawab Hariez ringkas.

"Wazir ? Wazir tu apa ?".soal Hanan pelik dan tidak tahu.

"Wazir tu Menteri sayang".ucap Hariez lembut kepada isterinya.Hanan tersenyum suka.

"Ohh..Nabi Yusuf menteri apa dekat Mesir ni ?".soal Hanan lagi ingin tahu.

"Nabi Yusuf Menteri Kewangan bumi Mesir ni..baginda telah membantu firaun mengendalikan satu pengurusan negara dan memimpin rakyat Mesir.Tapi Nabi Yusuf pun terima sahaja tawaran Firaun tu.Tapi Baginda sendiri meminta untuk mengendalikan bahagian makanan dan kewangan..baginda sendiri nak pastikan semua rakyat Mesir dapat bahagian yang sama rata sebelum musim kemarau yang teruk datang.Dalam masa 7 tahun je Nabi Yusuf dapat selesaikan masalah kemarau tu dengan bijak dan teratur tanpa ada yang terkecuali dari hidup susah".jelas Hariez panjang kepada isterinya.Hanan yang daripada tadi menjadi pendengar yang setia hanya dengar dan tersenyum seorang diri.

"Sayang awak dengar tak ? Tersenyum je dari tadi ?".soal Hariez yang perasan dengan gelagat isterinya itu.

"Ehh dengar..wahh saya tak sangka awak boleh cerita pasal kisah Nabi Yusuf sampai macam ni sekali..hebatlah".jelas Hanan yang memuji kepada suaminya.

"Laaahhh..patutnya awak lah yang tahu semua benda ni....awak yang buat kerja mengembara ni..bukan saya".jelas Hariez kepada isterinya.

"Saya bukan tak tahu langsung...tapi cara penyampaian awak tu lain..saya suka dan tertarik".jelas Hanan tentang perasaannya dengan penerangan suaminya itu.

"Nasib baiklah awak yang tertarik dengan penerangan saya ni...kalau perempuan lain saja je dapat dosa kering".jelas Hariez dalam tawa kecilnya.

"Aikk macam gatal je bunyi dia".jelas Hanan menyindir suaminya.

"Aikk jealous ke ? Awak kan tak sayang saya ? Buat apa nak jealous".jelas Hariez menyakat isterinya.Hanan terdiam seketika dan membuang pandangannya ke hadapan.

"Awak terasa ke Hanan ?".soal Hariez yang menduga isterinya itu.

"Kalau saya kata tak ?".soal Hanan kembali.Hariez tertawa sinis.

"Maksudnya memang awak makan hati lah dengan kata-kata saya tadi tu".jelas Hariez berani dan yakin.

"Saya nak buat tesis lah pasal pengembaraan saya dekat mesir ni..awak bagi saya satu tajuk boleh..mana tahu tajuk awak boleh digunakan".jelas Hanan kepada suaminya.

"Kembara Cinta Di Bumi Mesir".beritahu Hariez.

"Hmm okay jugak...best bunyi dia..tapi....yang belakang tu spoil lahh..".ujar Hanan sambil memuncung tanda tidak suka.

"Habis awak nak tukar apa ?".soal Hariez kembali.

"Entahlah ?".jawab Hanan yang mula keliru.Dia memandang setiap wajah pegunjung yang berdekatan di situ untuk mencari Ilham.

"Kembara Cinta Di Bumi Anbiya ?".Hariez memberi idea sekali lagi.Kali ini tajuk daripada suaminya itu betul-betul mencuri minat dan perhatian Hanan.Hanam menoleh ke arah suaminya.Mereka bertentang mata.Jarak wajah mereka hanya satu inci sahaja.

"Mana awak dapat idea tu ?".soal Hanan ingin tahu.

"Tiba-tiba singgah dekat kepala".jawab Hariez selamba dan tertawa sumbing.

"Terima kasih..".jawab Hanan.Sedang mereka melayani perasaan bersama ada sesuatu yang berbunyi seperti ada seseorang yang sedang mengambil gambar mereka.Segera Hanan dan Hariez menoleh ke arah gerangan itu.

"Sorry..saya takda niat nak ambil gambar korang sembunyi-sembunyi..tapi style korang cantik".jelas remaja lelaki itu.

"Kenapa ambil gambar kami ?".soal Hariez agak tegas.

"Sebab view korang cantik".jelas remaja lelaki itu.

"Hmm..jangan buat lagi".jelas Hariez kepada remaja itu.Remaja itu mengangguk faham dan beredar dari situ.

"Hariez awak marah ke ?".soal Hanan yang melihat wajah Hariez bertukar serius.

"Taklah sayang..saya takut awak yang tak selesa".jelas Hariez lembut kepada isterinya.

"Its okay..saya okay je".jelas Hanan kepada suaminya.

"Hariez".panggil Hanan lembut.

"Ye".balas Hariez ringkas.

"Terima kasih".ucap Hanan.

"Untuk apa sayang ?".soal Hariez sambil tertawa kecil.

"Sebab awak dah buat saya jatuh cinta dengan sikap awak..sekali gus saya jatuh cinta dekat awak".ucap Hanan.Terkedu Hariez,tidak dia sangka secepat ini Hanan akan jatuh cinta dengan dia.

"Saya cintakan awak".ucap Hanan begitu tulus dari hati.Kemudian dia memeluk erat suaminya itu.

"Saya pun cintakan awak sayang".balas Hariez kembali.Dia tersenyum bahagia di sebalik pelukan bersama Hanan Qaisara itu.Apa yang di doa olehnya telah pun dimakbulkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience