BAB 13

Romance Completed 23149

Pada pagi yang indah di Tanah Airnya sendiri.Hariez dan Hanan bermalam di rumah agam Tuan Hasyim semalaman.Hariez sudah pun mencelikkan matanya dan memandang ke arah siling seketika.Kemudian wajahnya ditolehkan ke arah isterinya Hanan yang sedang lena dibuai mimpi walaupun matahari sudah terpacak di atas kepala.Dia menyentuh lembut pipi mulus isterinya supaya tidur Hanan tidak terganggu.Dari pipi turun ke bibir.Dia memainkan jarinya dibibir munggil milik Hanan.Dia mendekatkan wajahnya dan mengucup lembut bibir isterinya.Disebabkan batang hidung mereka berlaga kerana Hariez menyerongkan wajahnya sedikit.Laju sahaja Hanan membuka mata dan menolak jauh tubuh suaminya dari terus melakukan perkara itu.Hariez tersenyum nakal.Dia menjongket-jongjetkan keningnya seperti orang berlagak.Hanan merenung tajam ke arah lelaki itu.

"Awak ni memang gatal ehh suka cium-cium orang ?".soal Hanan sedikit dingin dengan kelakuan suaminya itu.

"Saya tak cium orang...saya cium isteri saya je".jelas Hariez sengaja mengapikan kebencian Hanan kepadanya.

"Awak tak payah loya buruk boleh ? Sebab tak memikat hati saya langsung".jelas Hanan menyampah.

"Sudah-sudah lah tu marah dekat saya...dah lebih 3 hari awak marah dengan saya...sampai bila kita nak macam ni ?".soal Hariez yang mula serius dengan kata-katanya.

"Mungkin awak kena terima perkara ni sampai bila-bila..sebab awak yang mulakan genjatan tanpa senjata ni".jelas Hanan sinis kepada suaminya.

"Sampai hati awak ya Hanan buat suami awak macam ni ?".soal Hariez sayu.Hatinya cukup sakit sekarang ini apabila diperlakukan sebegitu.

"Hidup saya pernah terseksa kerana lelaki...awak kena terima benda ni".jelas Hanan tegas.Hariez meraup wajahnya lembut.

"Dalam hidup saya ni..banyak liku yang saya dah hadapi...jadi saya tak kisah kalau isteri saya pun tak mampu terima kekurangan saya".jelas Hariez.Hanan memandang wajah sayu suaminya itu.Tiba-tiba hatinya terasa sayu juga.

"Doa seorang suami itu termakbul dan mustajab..jadi doalah untuk isteri awak yang keras hati ni".jelas Hanan kepada Hariez.Dia bangun dari pembaringannya.Hariez memandang sepi ke arah bayang isterinya yang sudah hilang dari pandangannya kerana masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas selesai kesemua urusan di dalam bilik.Mereka berdua turun ke tingkat bawah untuk bersarapan bersama Tuan Hasyim dan Puan Safira.Hanan dan Hariez jalan beriringan.Sesampai sahaja mereka di ruangan makan.Tuan Hasyim menjemput mereka berdua duduk bersama.

"Hanan..Hariez duduk jom..makan sekali".ajak Tuan Hasyim mesra.Tetapi ajakan itu kurang diterima oleh Puan Safira.

"Papa..sebenarnya Hariez dah breakfast tadi..so Hariez ingat Hariez tak sarapan sekali kot".jelas Hariez sambil memandang ke arah Puan Safira seketika.

"Ehh marilah sarapan sekali Hariez...jangan lah macam tu".ajak Tuan Hasyim kepada menantunya itu.Dengan wajah sayu,Hariez memandang wajah-wajah keluarga kecil itu dengan sayu.

"Takpalah papa..Hariez dah kenyang..Hariez duduk dekat luar kejap..papa dengan mama sarapan lah dulu".jelas Hariez sayu.Terus dia melangkah pergi ke arah pintu utama rumah agam itu.

Dia duduk di buaian yang disediakan oleh Tuan Hasyim untuk dia dan Puan Safira boleh berehat dan bersantai.Hariez duduk di buaian itu dalam keadaan mengelamun.Dia terkenang kisah silamnya bersama  wanita kesayangannya Hanan Qaisara.

"Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku tau..susah aku nak dapatkan kau ni..kalau cuba juga nak lari dari rumah ni..kau tahu lah apa aku buat..".jelas Hariez dalam keadaan sinis.

"Kau nak apa ? Kau siapa ? Bukak lah topeng tu ?".pinta Hanan mengharapkan belas kasihan dari lelaki di hadapannya itu.

"Aku takkan buka topeng ni...aku takkan dedahkan siapa aku ? Tapi aku nak kenalkan diri aku dekat kau..kau ingat Huz..kau ingatlah aku".ujar Hariez dalam nada sinis lagi menakutkan.Hanan menangis teresak-esak.

Hariez mengalirkan airmata apabila terkenangkan kekerasannya terhadap wanita itu.Maafkan aku sayang.Puas aku seksa hidup kau tanpa ada belas kasihan.Sekarang bila aku nak tagih cinta dari kau.Aku tak mampu sebab kau bakal tahu siapa aku.Aku redha jika ini masa yang sesuai untuk aku mendapat kifarah atas perbuatan keji aku terhadap kau.

"Hariez ?".panggil pemandu peribadi Tuan Hasyim yang sudah ada berdekatan dengannya.

"Ye Haji".sahut Hariez hormat kepada lelaki yang jauh lebih tua daripada Tuan Hasyim itu.

"Haji tengok Hariez asyik mengelamun je sejak sampai beberapa lepas...lepastu nampak sedih ? Ada masalah ke ?".soal Tuan Haji itu seperti seorang ayah yang merisaukan keadaan anaknya kepada Hariez.

"Takda apa lah Haji..Hariez okay je".jelas Hariez kepada lelaki itu.

"Kalau ada sesuatu yang mengusik hati kecil kita...jangan dipendam..luahkan...kalau menangis dapat melegakan...menangislah".ujar Tuan Haji lembut dan sayu.Kemudia dia pergi meninggalkan Hariez bersendirian di buaian itu.Sedang dia melayani perasaan,ada tangan yang menyeka sisa airmatanya yang mengalir di pipi sebentar tadi.Terkejut Hariez apabila melihat Hanan yang sudah duduk di hadapannya.

"Kenapa awak nangis ?".soal Hanan lembut.Hariez tersenyum nipis.

"Sebab saya sayang awak".ucap Hariez penuh makna dari dalam hati.

"Nah...makan...lain kali jangan menipu..berdosa tahu tak kalau belum makan..lepastu kata dah makan".hulur Hanan sepinggan mi goreng.Hariez tersenyum pahit dan menyambut huluran isterinya itu.Hidup aku memang dah dibelengu dengan dosa pun sayang.

"Yelah..saya minta maaf..tapi boleh tak ? Saya nak minta awak suapkan...".belum lagi sisa katanya dihabiskan,Hanan sudah memotong terlebih dahulu.

"Tak boleh..makan sendiri".balas Hanan tegas.Hariez sekali lagi tersenyum pahit.Hati kau memang keras macam batu Hanan.Sebab itu kau memaksa aku melakukan kekerasan pada kau.

Hanan menemani suaminya di luar halaman rumah agam papanya itu untuk menjamu mi goreng yang dihidang dan dibawa untuk lelaki itu.Hanan tersenyum melihat suaminya yang menjamu makanan dengan penuh berselera.

"Terima kasih sayang sebab sudi jaga makan minum saya".ucap Hariez lembut dan memberi senyuman yang manis.

"Sama-sama suami".ucap Hanan kembali kepada suaminya yang sedang berselera menikmati mi goreng yang dihidangnya buat Hariez sepinggan.

"Boleh tak lepas ni kita pergi rumah mak ?".soal Hariez sekali gus meminta persetujuan Hanan.Bagaimanapun dia perlukan persetujuan isterinya bagi menghormati hati pasangannya itu.

"Boleh".balas Hanan ringkas dan mesra.Hariez tersenyum lebar.Dia menyambung dan menghabiskan mi goreng yang bersisa di dalam pinggannya itu.

Selepas waktu makan tengah hari.Hanan mengajak Hariez ke pusat membeli belah untuk membeli barang hiasan buat ibu mertuanya.Walaupun Puan Hanani dingin dengan menantunya ini,Hanan Qaisara tetap mengambil tahu tentang kesukaan ibu mertuanya itu.

"Sayang...awak nak beli apa dekat mall ni ?".soal Hariez pelik tentang isterinya yang tiba-tiba mengajaknya ke pusat membeli belah.

"Saya nak beli perhiasan rumah untuk mak".jawab Hanan mesra dan manja.Hariez merenung isterinya seketika.Ya,perangai Hanan yang begini lah buat dirinya jatuh cinta berkali-kali kepada wanita itu.

"Lahhh..buat apa membazir duit ?".soal Hariez yang kurang setuju dengan perancangan Hanan.

"Saya tak guna duit saya pun...saya guna duit awak...so awak jangan jadi anak derhaka okay".sindir Hanan mendalam.Hariez hanya mendiamkan diri.Mereka keluar dari isi perut kereta bersama dan menuju ke dalam bangunan pusat membeli belah.

Hanan dan Hariez jalan beriringan.Mereka telah menuju ke kedai perhiasan yang dimaksudkan Hanan.Hariez hanya menunggu dan melihat gelagat isterinya yang membeli barang itu dari luar kedai tersebut.Kadang kala gelagat Hanan cukup membuat hatinya terusik.Selepas hampir satu jam membelek barangan di dalam,akhirnya Hanan keluar dari kedai tersebut dengan beberapa beg plastik dijinjing di tangan dalam keadaan yang agak tidak stabil kerana berat.Segera Hariez mendekati isterinya dan mengambil kesemua beg plastik yang berada di tangan kiri dan kanan Hanan.

"Banyaknya awak beli".tegur Hariez yang melihat setiap isi didalam beg plastik itu penuh dengan barang-barang yang dipilih Hanan buat bonda tercintanya.

"Takpalah...kita bukan selalu dekat sini...sekali sekala..tak salahkan ?".soal Hanan yang mula memuncung.

"Tak salah sayang...tapi semua ni....".kata-kata Hariez dibidas Hanan sebelum ia sempat menghabiskan.

"Tak salahkan ? Okay dah jangan bebel lagi..jom balik rumah mak".ujar Hanan selamba sambil meninggalkan Hariez di belakang.Hariez hanya mengelengkan kepala.

"Nasib baik sayang".ujar Hariez perlahan.Kemudian dia membuntuti isterinya daripada arah belakang.

Sepanjang perjalanan Hanan sempat mencuci matanya melihat kedai-kedai aksesori yang boleh diperagakan di tangan,dijari dan sebagainya.Akhirnya dia tertancap pada sebuah permata yang agak bersinar.Dia mendekati permata yang berada di dalam cermin kaca itu.

"Awak nak ?".soal Hariez lembut kepada Hanan dan tersenyum dari arah belakang.

"Ehhh takdalah".tipu Hanan.Sedangkan dia sudah jatuh cinta kepada permata itu.

"Dik boleh bagi yang baru tak ?".soal Hariez kepada pelayan kedai itu.Dia tidak perlu persetujuan Hanan lagi.Hanan yang berada di sebelah mula rasa di hargai dan disayangi oleh suaminya.

"Nah..nanti awak pakai okay ?".hulur Hariez dengan sebuah beg kertas.Hanan terkedu.Dia tidak menyangka Hariez betul-betul membelanjakan wang yang besar untuk dirinya.

"Mahal kan".jelas Hanan kepada Hariez tentang nilai permata itu.

"Sekali lagi awak cerita pasal harga tu..saya suruh awak ganti semula duit saya yang awak dah guna..kalau kira balik ada....".kata-kata Hariez dibidas Hanan.

"Terima kasih awak".ucap Hanan lembut dan mesra.

"Sama-sama sayang".balas Hariez manja.

Kini mereka betul-betul menuju ke rumah ibu bapa Hariez.Hanan menjadi tidak sabar untuk menghadiahkan ibu mertuanya itu hadiah yang dibelinya tadi.Selepas hampir setengah jam perjalanan,mereka selamat tiba di perkarangan rumah teres dua tingkat milik Encik Firdaus dan Puan Hanani.

"Assalammualaikum".ucapan salam diberi Hariez dari luar pintu rumah.Tidak lama kemudian,Encik Firdaus sendiri yang membuka pintu rumah tersebut.

"Waalaikummusalam...haa..sampai juga orang mesir ni dekat rumah bapak".ujar Encik Firdaus sambil berpelukan dengan anak lelaki tunggalnya itu.Terhambur tawa Hariez dan Hanan.

"Ada tetamu datang ke bapak ?".soal Hanan yang melihat ada kenderaan lain selain daripada kenderaan bapa mertuanya itu semasa mereka hendak memarkir kereta di perkarangan rumah.

"Masuk dulu Hanan dengan Hariez".ajak Encik Firdaus.Dia tidak menjawab pertanyaan menantunya itu,bagai ada sesuatu yang disembunyikannya.Mereka bertiga berjalan menuju ke ruang tamu.Sesampai sahaja mereka bertiga di ruang tamu,kelihatan seorang wanita sedang rancak dan mesra berbual bersama Puan Hanani.

"Haa Hariez...ni tengok siapa yang datang...mak yang panggil Tiqah datang sini..".ujar Puan Hanani tanpa memikirkan perasaan menantunya yang sedang melihat adegan mesranya bersama bekas kekasih Hariez itu.

"Hai Hariez...sihat ke..dah lama tak jumpa u".soal Atiqah yang agak gedik itu telah membuatkan Hanan menjadi cemburu yang tidak dapat dipujuk lagi.

"Cantik wife u..hai..Im Atiqah".sapa Atiqah kepada Hanan sambil memuji wanita disebelah Hariez itu.Hanan tersenyum pahit.

"Hariez malam ni tidur sini ke ?".soal Puan Hanani.

"Aah mak..kenapa ?".jawab Hariez penuh hormat kepada ibunya itu.

"Baguslah...nanti Hariez dengan Hanan tinggal dekat bilik nombor dua tu ya..mak bagi bilik Hariez tu dekat Tiqah sebab malam ni Tiqah tidur sini".jelas Puan Hanani kepada mereka yang lain.Encik Firdaus,Hariez dan Hanan terkedu dengan penyataan Puan Hanani itu.

Hanan terus meminta diri dan melangkah pergi dari kawasan ruang tamu itu.Tiba-tiba dia terdengar suara sumbang Puan Hanani dan Atiqah mengata tentang dirinya.Dia bersembunyi di sebalik tangga dan memasang telinga mencuri dengar perbualan mereka.

"Atiqah jangan terasa hati tau dengan perempuan tadi tu..dia tu memang sombong sikit".jelas Puan Hanani kepada Atiqah.

"Ohh yeke..takpa faham..biasalah orang luar bila masuk dalam family kita ni akan bawak perangai sombong dia tu mak".jelas Atiqah kepada Puan Hanani.Kemudian mereka mengelakkan Hanan.

Mengalir airmata Hanan,dia melangkah naik ke tingkat atas dengan perlahan.Dia tidak menyangka begitu perangai ibu mertuanya terhadap dirinya.

"Sayang...awak okay ?".soal Hariez yang melihat isterinya melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah sayu.

"Okay".balas Hanan ringkas.Hariez masih memandang wajahnya sayu.

"Kenapa awak putus dengan Atiqah ?".soal Hanan tiba-tiba.

"Sayang please...not now".balas Hariez sayu.

"Sayang betul mak dekat Atiqah tu".jelas Hanan yang agak menahan sebak di dada.

"Saya nak tidur dekat sofa..awak tidur lah dekat katil".jelas Hana lagi.Terkedu Hariez dengan penyataan isterinya itu.Segera dia merentap tangan Hanan yang sudah memalingkan wajah terhadapnya.

"Hanan..cukup awak seksa hati saya..tapi tolong jangan seksa batin saya...izinkan saya Hanan".pinta Hariez penuh pengharapan dan air matanya mula mengalir deras kerana dia tidak sanggup lagi bermalam tanpa Hanan.Hanan dihurung rasa bersalah.

"Saya minta maaf...saya juga terluka..kita dilukai bersama".jelas Hanan dalam esakan kecil.Mereka tidur didalam iringan airmata duka.Kedua hati pasangan ini terseksa.Semoga ada sinar bahagia buat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience