BAB 14 : HARI GURU

Romance Series 52946

EMAN termanggu sendirian seusai solat isyak. Dia kembali memikirkan syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh bakal isterinya. Dia tersenyum seketika. ‘Siapa dia?’ Aturan Allah itu memang indah. Dia berikan kita rasa kecewa kemudian Dia hadirkan kita dengan rasa manis bibit permulaan mahligai kasih.

Alhamdulillah hampir seluruh fikirannya sekarang hanya tertumpu kepada bakal isterinya. Semalam dia telah selesaikan segalanya yang diperlukan untuk proses pendaftaran pernikahan mereka. Semuanya diuruskan oleh abahnya kerana majlis akad nikah akan diadakan disebelah pihak lelaki.

‘Sekiranya kesempurnaan yang awak cari, ianya tiada pada saya. Namun, andai bahagia yang awak perlukan, insya Allah ianya bakal awak miliki’

Salam Perkenalan.


Senyuman Eman masih belum lekang dari bibirnya. Nota ringkas kiriman bakal isterinya itu bersama sehelai sampin tenunan songket direnung lama. Perkara yang paling dia tidak sangka, keluarga bakal isterinya berasal dari Negeri Terengganu. Negeri yang sedang dia berkhidmat. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana dia akan mengenali isterinya setelah sah di ijab kabulkan. Dia mahukan sesi perkenalan yang lebih mesra muslim.

Mungkin isterinya seorang yang menjaga batas kerana lansung tidak mahu bertemu muka sebelum majlis berlansung. Bagi Eman bakal isterinya cukup istimewa. Walaupun masing – masing tidak mengenali antara satu sama lain. Namun itu bukanlah penghalang untuk mereka membina mahligai cinta.

‘Ya Allah Engkau berikanlah kebahagian kepada kami. Ya Rabbi, Engkau tuntunlah hati kami untuk saling mempercayai. Ya Fattah, Engkau berikanlah kami kekuatan untuk menempuh hari mendatang bersama – sama. Ya Rahman, kau cucurilah rahmatmu dan limpahkanlah kasing sayang antara kami. Walaupun ini bukan cinta pertamaku, namun kau jadikanlah dia cinta terakhirku. Amin..’

Eman meraup mukanya. Tidak dinafikan semakin hari, jantungnya berdegup semakin kencang. Kadang – kadang terasa sesak untuk bernafas. ‘Sabarlah duhai hati. Hanya tinggal 2 minggu saja lagi. Allahurabbi, tuntunlah hati aku ini, Ya Allah! Berikanlah aku sedikit ketenangan.’

Eman bangun dan melipat sejadahnya. Esok pagi dia akan bertolak pulang ke rumah sewanya di Terengganu. Di sana semuanya telah siap untuk menerima penghuni baru. Eman melangkah keluar daripada biliknya menuju ke ruang utama. Kelihatan emak dan Acunya sibuk menyiapkan hantaran. Walaupun keluarga sebelah perempuan tidak mahu sebarang dulang hantaran, ibunya tetap mahu menyediakan. Tidak mahu jatuhkan air muka sendiri katanya. Eman menyerahkan segala – galanya kepada emak dan abahnya.

“Eman, macam mana? Awak dah sedia ke nak jaga anak perempuan orang?” Acunya ketawa perlahan sambil memandang ke arahnya.

“Koi ni Acu, sedia tu memang dari awal lagi dah sedia Acu. Tapi tu lah Koi ada rasa macam gementar sikit.” Eman ketawa agak kuat di hujung kata – katanya. Dia lantas duduk bersila di sebelah emaknya.

“Lama Acu cuti? Sampai bersalin ke?” Eman merenung perut Acunya yang makin membesar. Setahunya Acunya tidak boleh bekerja kerana sering pengsan apabila terlampau penat.

“Acu, betul ke kembar dua ni. Kot – kot triplet tak, besar sangat je nampak.. tengok, nak bangun pun susah.” Eman menghulurkan lengannya untuk Acunya bertongkat ketika bangun. Acunya menyeringai, mungkin menahan sakit.

“Nasib baik ada lengan anak buah yang gantang. Triplet apanya Eman... Doctor dah scan.. dua saja. Baby – baby ni besar kot. Sebab tu perut Acu nampak besar. Lagi pun ini dah masuk 32 minggu.” Acunya menarik nafas mengah. Di tarik nafas beberapa kali sebelum bergerak ke arah sofa untuk duduk di situ pula.

“ Apa nama bakal isteri awak tu Eman?” Eman sedikit terkesima dengan soalan yang diajukan. Dia termanggu memandang ke arah Acu yang sedang melunjurkan kaki. Acu merupakan adik bongsu kepada Abahnya. Beza umur mereka hanya 8 tahun.

“Entah, masa mak hulur borang suruh sign hari tu, borang tu kosong. Koi pakai tandatangan saja. Janji bukan hantu kan mak..” ketawanya pecah lagi.

“Habis tu? Tak tahu nama? Macam mana nak jawab nikah? Awak ni kan Eman.. Kalau setakat tak nak kenal muka okaylah.. ni nama pun tak tahu. Anak siapa. Kerja apa. Tanyalah dia. Ada nombor telefon dia ke?” Dah macam keretapi laju bebelan Acunya. Dengan nafas yang tercungap – cungap. Sekejap mengiring ke kanan dan sekejap ke kiri.

“Anak kawan mak, kerja doktor.. kat mana tu mak? Terengganu juga ke?” Eman cuba melibatkan emaknya dalam kemelut bebelan ibu saudaranya itu. Dia tersengih memandang emaknya yang masih kusyuk membetulkan hiasan hantaran.

“ Kerja kat mana pun awak tak tahu Eman! Awak ni tak gentleman lansung! Uhh.. kalau Acu, Acu reject awak ni dari awal lagi.” Eman masih tersengih. Terasa lucu dengan bebelan Acunya.

“ Alah.. Acu. Nanti dah kahwin, Koi suruh dia berhenti kerja. Biar Koi saja yang kerja. Tugas cari nafkah kan suami. Hah, gentleman tak Koi?” Ketawanya pecah lagi dengan muka cemberut Acunya.

“ Along jangan buat macam tu.. tanya dulu dia. Orang perempuan sekarang ni bukan dia kerja cari duit semata – mata. Mereka ni lebih kepada nak mencapai apa yang mereka nak dari kecil. Kamu bincang elok – elok. Awak pun Acu.. jangan duk layan sangat Si Eman tu.. nanti kan ada yang beranak awal.” Hajah Sufiah meneruskan kembali dengan hasil tangannya. Dalam kepalanya bermacam – macam benda yang sedang difikirkan. Walaupun hanya majlis kecil. Dia tetap mahu semuanya sempurna. Sesekali dia merenung jam di dinding sambil menanti kepulangan Cikgu Hashim dari mesyuarat ahli jawatankuasa masjid.


AMEENA tersenyum memandang ke arah pelajar yang sedang menghiasi pentas dewan utama sekolah tersebut. Esok mereka akan menyambut hari guru. Dari jauh dia melihat bekas suaminya turut sama berganding bahu bersama – sama dengan guru lain menyusun atur segala peralatan untuk digunakan hari esok.

Cikgu Azlan orang yang diamanahkan untuk mengendalikan PA sistem adalah orang yang paling sibuk untuk memastikan semua urusan pentas berjalan dengan baik. Esok pelbagai acara yang dibentangkan akan diadakan didewan tersebut. Ameena juga turut sama terlibat dengan beberapa acara yang melibatkan pihak guru.

Hari ini cumalah sesi raptai. Dia mencari kelibat Cikgu Eman kerana mereka akan berganding untuk acara sesi Taranum Alquran guru bersama pelajar. Slot mereka adalah yang pertama selepas bacaan doa daripada Ustaz Arif. Beberapa orang pelajar telah dipilih. Mereka semua adalah antara pelajar yang memenangi pertandingan hafazan dan taranum. Jadi ianya tidak menjadi masalah untuk mereka sama – sama berkolabrasi melantunkan suara masing – masing.

“Maaf Amee, solat dulu tadi. Semua dah ada ke?” Kemunculan tiba – tiba Cikgu Eman membuatkan Ameena sedikit terperanjat. Telinganya juga masih jelas mendengar panggilan nama manjanya yang mana hanya digunakan orang – orang yang rapat dengannya sahaja. Jantungnya berdegup agak laju.

“ Maaf, Cikgu Ameena dah solat ke? Kalau dah,kita boleh bincanglah macam mana susun atur persembahan kita ni.” Eman agak cuak. Dia memang tidak sengaja. Entah kenapa lidahnya boleh tersasul. Hatinya masih lemah untuk berhadapan dengan cinta pertamanya itu. Beberapa kali dia beristighfar di dalam hati. Memikirkan dosa mempunyai perasaan kepada isteri orang. Juga memikirkan dosa kepada bakal isterinya kerana masih mempunyai perasaan kepada cinta lama.

“ Mereka ada kat sana Cikgu Eman.” Ameena lantas melambai ke arah sekumpulan pelajar yang sedang menyusun kerusi. Soalan Eman dibiarkan sepi tanpa jawapan. Kelihatan beberapa orang pelajar berjalan laju ke arah mereka.

“Maaf, boleh kenalkan diri kamu semua. Maaf Cikgu tak kenal sangat dengan kamu semua.” Ameena memulakan sesi taaruf mereka.

“Saya Hafizi Cikgu, kelas 5 Sains” Ameena mengangguk. Hafizi berkulit cerah dan mempunyai wajah yang agak menarik. Ameena tersenyum dan memandang ke arah pelajar yang seterusnya.

“Saya Mehmet. Kelas 5 Kejuruteraan, Cikgu.”

“Saya Nur Fatma kelas 5 Sastera” Ameena mengangkat keningnya seraya mengangguk sedikit.

“Saya Maisarah, kelas 4 Sains.” Maisarah mengukirkan senyuman manisnya. Memang manis dengan lesung pipitnya.

“Baiklah.. memandangkan Cikgu Ameena dah kenal dengan mereka. Jadi kita teruskan dengan strategi kita.” Eman melarikan pandangannya yang sejak tadi memandang ke arah Ameena. Sungguh dia tidak keruan. Cuma tinggal seminggu lagi majlis akad nikahnya. Dia sangat berharap hatinya tidak berbolak balik. Tiada seorang pun yang tahu. Dia Cuma memaklumkan kepada Cikgu Fahmi kerana mereka memang akrab sejak dulu. Malah mereka dari negeri yang sama Cuma dia berasal dari Kuantan dan Cikgu Fahmi berasal dari Temerloh.

“Saya cadangkan kita gabungkan beberapa irama. Dan setiap orang bawa irama masing – masing. Kita buat macam battle gitu.” Suara Ameena mematikan lamunan Eman. Sedikit terkesima melihat senyuman Ameena yang masih bersisa.

“Boleh ke Cikgu Eman?” Ameena berpusing ke kanan mencari wajah Cikgu Eman. Agak pelik dengan lelaki itu kerana seperti agak terganggu dengan cadangannya.

“Ya? Macam mana tu? Boleh Cikgu Ameena ulang semula..” Eman tersengih mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik. Ameena tersenyum setelah menyedari seniornya itu sedang mengelamun.

“Macam ni, kita ambil satu surah. Contohnya Almulk. Permulaannya kita bagi kepada yang pakar dalam nada rendah seperti nada rast. Selepas tu di sambung dengan nada yang sedikit tinggi macam nahawan ke. Kat tengah – tengah kita bagi irama bayyati yang syuri jawabul jawab tu. Kita buat yang battle antara dua suara. Akhirnya, kita bagi nada mendayu sikit ke, macam irama syoba ke.. ataupun kita akhiri semula dengan nahawan dan hijaz. Apa pandangan Cikgu Eman?” 4 pelajar yang mendengar hanya mengangguk tanda memahami dengan penerangan yang diberikan oleh guru mereka. Walaupun cadangan itu terasa agak berat bagi mereka.

“Saya setuju. Jadi saya rasa kita ambil surah almulk sebab surah ni ayat dia pendek – pendek. Lagipun senang nak ingat. Baiklah, untuk pembukaan basmallah, kita bagi kepada mehmet dan hafizi. Seterusnya, sambung dengan maisarah dengan irama rendah. Lepas tu Hafizi jawab dengan irama yang tinggi sedikit. Kat tengah – tengah kita bagi Cikgu Ameena. Dah lama tak dengar suara Cikgu Ameena bertaranum. Awak semua tak pernah dengar kan..” Ameena melihat semua mata pelajarnya tertumpu kepadanya dengan perasaan teruja. Eman pula mula membelek telefon pintarnya mencari surah yang akan dibacakan.

“ Mehmet, mulakan.” Eman memberikan arahan kepada pelajarnya. Mehmet membuka bacaan mereka dan seterusnya di sahut oleh Hafizi dengan nada sederhana tinggi namun lembut didengari. Seterusnya permulaan ayat dialunkan oleh fatma dengan suaranya yang lemak merdu dan disambut pula oleh Hafizi dengan irama nahawannya. Sungguh cantik dan tersusun. Mereka semua mendengar dengar teliti supaya mereka dapat masuk tanpa nada yang sumbang.

Eman tersenyum mendengar sahutan Ameena dengan irama bayyatinya. Sangat indah dan tertib. Sesiapa yang mendengar pasti merinding. Ameena berhenti seketika untuk menyambung dengan nada yang lebih tinggi. Namun sebaik sahaja dia menarik nafas untuk meneruskan, telinganya menangkap satu suara yang sangat memukau. Sungguh dia tidak menyangka kerana suara itu dimiliki oleh Cikgu Eman. Kenapa dia tidak pernah tahu? Semua mata tertumpu ke arah Cikgu Eman pula. Sebaik sahaja Eman berhenti di jawab pula oleh mehmet dengan nada yang semakin menurun. Namun kedengaran sangat harmoni. Sehinggalah bacaan itu diakhiri oleh Maisarah dengan penuh tertib. Latihan mereka cukup sempurna. Semuanya tersenyum puas.

“Saya rasa yang tadi sudah sangat sempurna. Kita proceed yang tu sajalah ya? Cikgu Eman?” Eman mengangguk tanda setuju. Ameena menarik nafas lega. Lega kerana dia sudah nampak katil empuknya. Tidak sabar menunggu cuti sekolah tiba . Dapatlah dia rehatkan mindanya dan mengelak daripada berjumpa bekas suaminya. Hanya tinggal seminggu lagi. Walaupun cuti sekolah hanya seminggu, ianya sangat bermakna buat Ameena.

“ Eh, Bro! Dah nak balik ke? Sorry pinjam orang rumah kau kejap.” Eman menyapa mesra Isa yang berjalan ke arah tempat mereka berkumpul. Ameena tidak berkutik. Malas untuk berpusing ke belakang memandang wajah yang menyakitkan hati itu. Isa pula hanya membalas senyuman hambar kepada sahabatnya itu.

“Honey, dah siap ke? Kalau dah, jomlah balik.” Sedikit pun dia tidak mengendahkan sapaan sahabatnya. Keempat-empat pelajar yang berada di situ mula berdiri untuk beredar.

“Fatma, Maisarah, Fizi dan Mehmet. Kamu semua ikut Cikgu. Cikgu hantar kamu semua balik.”Ameena tersenyum ke arah mereka yang baru sahaja ingin beredar. Pelawaan yang berbentuk arahan untuk membuatkan Isa sedikit terganggu.

“Bro! Kau boleh hantarkan mereka ni kan? Aku ada hal lah.” Isa Meraup rambutnya ke belakang. Biarpun soalannya di tujukan kepada Eman, namun sedikit pun wajah sahabatnya itu tidak dipandang. Matanya tetap pegun menghala ke arah bekas isterinya. Jelas terdapat ketegangan pada wajah itu.

“Eh, tak mengapa Sir Isa, Cikgu Eman, Cikgu Ameena.. ibu saya datang jemput saya.”

“ Saya pun..” Fatma menambah sambil tersenyum.

“Saya datang sendiri dengan motorsikal. Awak pun sama kan Hafizi?” Hafizi mengangguk menjawab soalan juniornya.

Tidak menunggu lama, mereka semua meminta izin untuk beredar. Ameena juga bangkit dari duduknya tidak lama kemudian lantas meminta izin untuk beredar daripada Eman. Eman hanya mengangguk. Dia tersenyum senget sambil mengerutkan kedua – dua keningnya. ‘ada apa dengan mereka berdua ni?’ soalan demi soalan mula bermain di minda Eman. Jelas sekali terdapat bahang antara mereka berdua. Isa pantas mengekori Ameena daripada belakang. Begitu juga dengan Eman. Ada perasaan tidak enak di hatinya.


“HONEY! Sempat lagi you tolak pinangan tu! Batalkan! B boleh bahagiakan Honey! Please..” Isa menyekat Ameena untuk masuk ke dalam perut keretanya. Tangannya melekap kemas pada pintu kereta myvi hitam itu. Terkial – kial Ameena menarik pintu tersebut. Selebihnya dia takut Isa akan menggila. Kawasan parkir itu pula agak sunyi sekarang sebab ramai yang sudah pulang.

“Eii.. dah la Isa! Saya penatlah macam ni. Dulu awak cakap awak akan move on kalau saya dah ada pengganti! Sekarang ni apa pula? And stop calling me ‘HONEY’! Saya rimas sangat.” Ameena mula mempamerkan riak kebosanan dengan gelagat Isa yang tidak sudah – sudah membuat onar.

Eman yang berada tidak jauh dari tempat itu agak terkejut dengan apa yang didengarinya. ‘Apa status hubungan mereka sebenarnya? Siapa yang bertunang? Betul ke apa yang aku dengar ni? Eman memerhatikan gerak geri Isa. Dia nampak riak rakannya yang seperti harimau mahu menerkam mangsanya.

“I will.. even thousand time you said no, but im still! I love you very much Honey! I tak boleh lupa saat – saat kita bersama. I tak boleh lupa your aromatic smell.. I tak boleh lupa ciuman hangat you. And i cannot forget your sexy curve body..” Tangan Isa mula mengepung Ameena yang sedang tidak bersedia untuk menyerang balas. Dia mula menghimpit badan Ameena pada dinding kereta.

“Isa.. janganlah! Kau punya masalah kalau kau tak boleh lupa! Kau yang tak hargai aku! Bukan aku yang tinggalkan kau! Janganlah sial!” Ameena separuh menjerit apabila Isa bertindak lebih agresif.

“Yes! That’s my problem. But you will resolve that!” Isa memeluk Ameena dengan kemas. Dan tangannya dengan pantas membuka pintu belakang kereta tersebut. Ditolak tubuh Ameena dengan keras ke dalam perut kereta. Belum sempat Ameena menendang mukanya, dia terlebih dahulu memegang kejap kedua – dua kaki gadis itu. Isa menekan kuat kedua lutut Ameena dengan tangannya. Jelas kelihatan urat – urat pada lengan kekarnya. Ameena seperti terkunci gerakannya. Isa tersenyum puas apabila melihat Ameena yang gagal untuk bangun dari baringannya.

“Lepaskan akulah gila! Atau aku menjerit sekarang!”

“Jeritlah kalau you berani!” Isa lantas meloloskan dirinya kedalam perut kereta. Pantas dia mencapai tangan Ameena yang menggapai untuk membuka pintu kereta. Sebelah lagi tangannya menutup kejap mulut Ameena membuatkan gadis itu tidak dapat menjerit. Nafsunya membuak apabila melihat dada mulus Ameena yang sedikit terdedah akibat tudungnya sudah tersingkap. Dia menyembamkan wajahnya di situ. Lansung tidak menghiraukan tangisan tanpa suara bekas isterinya itu. Ameena cuba meronta,namun kudratnya tidak dapat melawan kekuatan tubuh sasa bekas suaminya.

Namun tindakan Isa terhenti apabila kakinya disentap kuat daripada luar. Badannya tersasar sama keluar daripada perut kereta. Mukanya tersembam pada muka pintu kereta dek kerana kekuatan sentapan tersebut. Dia cuba bangun namun terlebih dahulu satu lengan sasa memaut lengannya untuk bangun dan satu tumbukan kuat singgah pada perutnya. Terasa seperti pecah berderai segala organ dalamannya.

“Ini baru lawan kau Bro!” Isa mendongak melihat gerangan penyerangnya itu. Dia terkesima apabila melihat wajah Eman di hadapannya.

“Apa masalah kau ni Bro! Ini hal rumahtangga aku! Kau tak ada hak nak masuk campurlah!” Isa menyeringai menahan kesakitan pada perutnya.

“Cikgu Eman.. Tolong saya.. dia bukan suami saya! Kami dah lama berpisah!” Hampir luruh jantung Eman mendengarkan pengakuan Ameena. Hampir gugur airmatanya apabila melihat perempuan yang disayanginya itu disakiti sebegitu. Kau memang tak tahu bersyukur! Bukk!! Sekali lagi satu tumbukan padat singgah pada perut sahabat baiknya. Isa terduduk kesakitan. Hanya tuhan yang tahu betapa sakitnya hatinya melihat Ameena menangis sambil memaut lututnya. Kalau ikutkan hati, lunyai dia kerjakan Si Isa hari ini. Tapi cukuplah.

“Amee.. jom saya hantarkan. Boleh ke? Nak saya tolong?” Ameena menggelengkan kepalanya. Perlahan – lahan dia keluar dari perut kereta. Eman mengutip tas tangan Ameena di atas tanah. Sebaik sahaja kaki Ameena memijak tanah, dia seperti terpelecok. Kakinya terasa sangat sakit, lemah dan tak bermaya untuk berdiri. Dia memegang kuat pada pintu kereta. Eman buntu. Apa yang harus dibuat? Dia memandang Isa yang masih duduk menekur ke bumi. Datang perasaan simpati dalam hatinya.

“Aku hantar Ameena balik. Kau terus balik rumah! Jangan buat kerja gila lagi!” Eman menghulurkan lengannya kepada Ameena. Darurat! Lega apabila Ameena memaut lengannya walaupun jelas dia terpaksa. Pintu kereta Ameena ditutup dan di kunci. Ditinggalkan Isa menangisi dan meratapi kebodohan diri sendiri.

“MAAF, kalau soalan saya ni menyentuh hal peribadi awak.” Eman bersuara agak gugup , namun pandangannya masih dihalakan ke arah jalan yang agak sibuk.

“Terima kasih, tolong saya, Cikgu Eman. Tanyalah, kalau boleh jawab, saya jawab.” Lemah sekali suara insan yang pernah bertakhta di hatinya. Dia mengerling pergelangan tangan Ameena yang kebiruan. Giginya diketap. Rahangnya bergerak kekiri dan ke kanan. Dia menahan air mata jantannya daripada gugur. Kenapa Isa sanggup bertindak begitu? Besar sangat ke dosa Ameena pada dia?

“Waktu dekat Pantai Teluk cempedak hari tu...”

“Ya, itulah harinya saya diceraikan! Diceraikan tanpa iddah..” Satu persatu air mata gugur dari kelopak mata Ameena. Memori pahit itu kembali berlegar di ruang mindanya. Sungguh sakit. Sapu tangan yang dihulurkan Eman disambut buat mengelap air matanya yang gugur bagaikan hujan lebat. Sungguh Eman tidaj tegar. Terus dia mematikan kata – katanya dan membatalkan niatnya untuk bertanya lebih lanjut.

Eman membelok masuk ke Villa kepunyaan keluarga Ameena. Dia masih ingat jalan menuju ke rumah bekas pelajarnya itu. Cuma dia belum berkesempatan mengenali ibu dan bapa Ameena kerana mereka sentiasa sibuk suatu ketika dulu. Kelihatan seorang wanita yang anggun sedang berdiri di halaman villa tersebut.

“Kakak Awak ke?” Eman memandang ke arah Ameena meminta jawapan. Ameena sempat ketawa kecil.

“Saya tak ada kakak. Itu ibu saya.” Eman menggangguk faham.

“Assalamualaikum puan! Saya Eman. Mengajar satu sekolah dengan Cikgu Ameena.” Eman meletakkan tangan di dadanya tanda salam perkenalan. Kartini mengukirkan senyuman walaupun hatinya berasa agak gusar memandang wajah itu.

Kartini beralih kepada anak perempuannya pula. Mata sembab anaknya diperhatikan lama. Kenapa pula kali ini. Hatinya mula tidak keruan.

“Masuklah dulu Cikgu.. Eman, ya? Jemputlah masuk dulu.” Eman serba salah. Dia mencuri pandang ke arah Ameena. Gadis itu mengangguk dan mengerdipkan matanya tanda turut mempelawa.

“Hmm..” kedengaran deheman Tuan Zulkifli yang baru menuruni anak tangga dari tingkat atas. Eman yang sedang ralit memandang sekeliling Villa tersebut mengalih pandangannya ke arah suara tersebut. Dia sedikit menunduk,tanda hormatnya pada orang yang lebih berumur. Senyuman mesra terukir dibibirnya.

“Ayah.. kenalkan, Cikgu Eman. Kalau ayah ingat lagi.. dulu waktu sekolah, dialah yang hantar Kakchik ke hospital, kes yang terpijak kaca tu.” Tuan Zulkifli menghulurkan tangannya untuk bersalaman dan disambut penuh hormat oleh guru muda itu.

“Dah kahwin?” Ameena agak terkejut dengan soalan ayahnya yang tiba – tiba itu. Tak kenal tak apa, tiba – tiba boleh pula tanya macam tu.

“Belum.. tapi insyaAllah, kalau ada jodoh.. cuti sekolah ni.. majlis akad nikah dulu.” Membuntang mata Ameena memandang ke arah Eman. Entah kenapa ada rasa sedih dan kecewa di situ. ‘Aku ni dah kenapa? Jangan cakap aku ada hati dekat dia ni!’

“Jemput minum petang dulu Cikgu Eman, Pakcik pun seorang saja ni. Seronok juga ada teman berbual petang -petang ni.” Eman memandang Ameena serba salah. Senyumannya terasa pahit pula. Tiba – tiba datang rasa bersalah kepada bakal isterinya.

“Kenapa nak kena pandang anak pakcik tu, bukan rumah dia.. rumah pakcik ni.”Tuan Zulkifli menepuk – nepuk bahu Eman. Ameena mengerutkan keningnya. Mimpi apa ayahnya kali ini. Biasanya jarang nak mesra – mesra dengan orang yang baru dia kenal.

“Sebenarnya Tuan, saya belum solat asar lagi. Itulah nak kena blik cepat. Takut terlepas waktu. Badan pula dah berpeluh.” Eman jujur dalam kata – katanya. Ameena pula mengangguk setuju.

“Rumah pakcik ada bilik tetamu. Cikgu Eman boleh solat, mandi kat situ. Kalau sudi lah.” Termanggu Eman dengan pelawaan sebesar itu. Namun dia tidak boleh. Tidak manis pula rasanya.

“Saya tumpang solat sajalah Tuan. Lepas tu saya teman Tuan minum petang.”Akhirnya dia berjaya pujuk hatinya sendiri untuk tidak menghampakan harapan lelaki separuh umur itu. Tersenyum lebar Tuan Zulkifli apabila mendengar jawapan anak muda itu. Pada pengamatannya Eman seorang lelaki yang sangat rendah diri dan tidak pentingkan diri.

Seusai solat di bilik tetamu, Eman terus keluar menuju ke ruang utama villa tersebut. Namun dia sepertinya kehilangan arah. Dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Disebabkan Villa itu agak besar dan banyak ruang dia jadi keliru.

“Cikgu Eman tu umur berapa kakak? Ibu tengok bagus sangat orangnya. Hormat orang tua. Tak sombong. Beradab pun ya. Kakak tak terpikat ke dengan dia. Apa yang jadi tadi, kakak kena ambil pengajaran. Kakak tak minta tukar sekolah ke?” Eman secara tak sengaja terdengar perbualan dua beranak itu.

“Apa ibu tanya kakak macam tu. Ibu juga yang suruh kakak bertunang. Kalau kakak tak bertunang pun, Cikgu Eman tu dah nak kahwin pun ibu. Tak tahulah kakak umur dia berapa. Tapi kalau dia pernah jadi cikgu kakak, mestilah dia dah agak berusia ibu.” Eman tersenyum mendengar jawapan Ameena kepada ibunya. ‘Dah bukan jodoh kita agaknya. Kalau tak sebaik sahaja awak bercerai mesti Allah dah izinkan kita bersatu. Tapi ini tak, Allah buka hati saya untuk terima orang lain dalam hidup ni.’

“Hmm.. maaf! Saya sebenarnya tersesat. Besar sangat Villa ni.. tak jumpa jalan keluar” Eman ketawa perlahan. Dia tidak mahu lagi mencuri dengar perbualan orang. Itu peribadi mereka. Serentak itu, dua beranak tersebut ketawa agak kuat yang mana membuatkan Eman termalu sendiri.

“Jom Cikgu Eman, lain kali guna waze, google map ke.. baru tak sesat.” Ameena mengambil peluang untuk bercakap berdua sahaja dengan Eman. Dia masih belum menceritakan kejadian sebenar kepada ibunya. Tidak mahu ibunya menyerang Datin Suria pula nanti.

“Sini saya bawakan. Sarung tangan tu, kena tarik ke bawah sikit.. lebam kat tangan awak tu teruk juga.” Ameena mengerutkan keningnya. Dulang yang berisi air sudah bertukar tangan.

“Sarung tangan? Ohhh... Ini? Hand sock la Cikgu Eman..” Ameena ketawa lagi. Terasa lucu dengan kenyataan bekas gurunya itu.

“Betullah tu. Saya orang melayu.” Eman turut ketawa menutup gugup di hati. Beberapa kali dia beristighfar dalam hati supaya tidak berubah hati. Memandang Ameena versi begini, membuatkan hatinya tidak keruan. Biasanya dia hanya berhadapan dengan Ameena versi beku.

“Ibu dengan ayah tak boleh tahu hal sebenar. Saya takut mereka pergi serang papa dan mama Isa nanti. Datin Suria tu, ada darah tinggi dan masalah jantung.” Isa mengangguk faham.

“Tapi kalau Isa buat hal lagi macam mana? Isa kali ni lain sangat. Tak macam yang saya kenal. Betul, saya tak sangka. Mungkin dia terlalu sayangkan awak Amee. Tak ada peluang kedua?” Ameena tersenyum hambar. Dia menggelengkan kepalanya.

“Isa masih belum matang. Masih banyak benda yang dia perlu belajar dalam hidup. Untuk saya pula, peluang kedua tiada dalam kamus hidup saya.” Eman terkedu mendengar jawapan Ameena.

Tuan Zulkifli sudah sedia menanti di ruang utama. Duduk di atas sofa sambil memerhatikan skrin telefonnya. Begitulah rutinnya.

“Tuan, maaf. Tak jumpa jalan tadi.” Tuan Zulkifli mengangguk dan menjemputnya duduk.

“Pakcik.. panggil pakcik saja. Cikgu Eman bukan orang sini ya?” Tuan Zulkifli meletakkan telefonnya di atas meja di hadapan mereka. Dia memandang tepat pada anak mata Eman yang sudah mula resah. Ameena pula sebaik sahaja menuangkan air teh ke dalam cawan, terus sahaja berlalu pergi.

“Saya orang kuantan, pakcik. Kami orang kampung saja. Mak dengan Abah saya guru pencen. Mak saya asal orang sini juga. Abah orang Kuantan. Tapi mak anak tunggal. Saudara mara kat sini pun mak tak berapa kenal. Sebab Arwah Datuk saya pun anak tunggal. Moyang saya pula katanya pedagang yang masuk ke tanah melayu ni untuk berniaga dan menetap di sini. Moyang saya katanya asal dari Turki.” Panjang lebar Eman menitikkan keturunannya. Tuan Zulkifli pula kelihatannya sangat teruja.

“ Oooo... patutlah muka Cikgu Eman ni macam orang arab. Ada darah Turkiye rupanya. Bakal isteri kerja?” Soalan yang tiba – tiba berkisar kepada bakal isterinya itu membuatkan dia agak cuak. Walaupun pernah ditanya oleh Acunya. Namun keadaan agak berbeza apabila orang luar yang bertanya.

“Sejujurnya. Yang saya tahu, dia seorang doktor tapi tak tahu kerja hospital mana. Yang saya tahu anak kawan mak saya.” Eman tersengih menutup rasa malunya. Pasti Tuan Zulkifli akan fikir yang dia seorang yang tidak gentleman macam yang Acunya cakap.

“Kahwin atas pilihan keluarga?” Eman mengangguk sambil tersenyum. Sungguh dia terasa kekok dengan keadaan itu.

“Cikgu Eman memang anak yang baik. Bertuah ibu bapa Cikgu dapat anak yang mendengar kata macam ni. Dulu Ameena pun, kami ada pilihan untuk dia. Tapi dia sudah ada pilihan sendiri. Akhirnya tak bertahan lama. Hanya dua minggu. Itupun kami baru tahu selepas adik dia kena serang dengan Isa.” Tuan Zulkifli menarik nafas payah. Tergambar di situ rasa sedihnya.

“Maksud pakcik? Ameer?” Siapa lagi adik Ameena kalau bukan Ameer. Tapi kenapa sampai serang menyerang macam tu. Kehidupan orang kaya – kaya memang macam tu ke?

“Ameena pun salah.. dia mungkin tak pernah kenalkan ahli keluarga dia pada bekas suami dia tu. Yang pakcik tahu. Isa dapat gambar Ameena dengan adiknya itu. Mereka memang rapat. Gambar mereka pun pastilah menimbulkan rasa syak. Ya lah gambar adik beradik. Ditambah pula satu gambar ultrasound bayi. Apalagi mengamuk la Isa tu. Lansung diceraikan Ameena. Itu yang pakcik terasa sangat.” Ternganga Eman mendengar cerita yang keluar dari mulut Tuan Zulkifli. Maksudnya.. selama ni. Ameena dah banyak la dapat serangan fizikal dan mental daripada Si Isa tu. Allahurabbi.. kenapa aku tak pernah syak benda ni. Kejadian – kejadian yang dia nampak sebelum ni? Eman hampir menangis disitu. Satu persatu kejadian lepas tergambar diruang matanya. Kejadian di bilik pendidikan seni terutamanya. Bangsat kau Isa!

“Kenapa mengeluh? Cikgu Eman suka Ameena? Kalau Cikgu Eman suka dia, pakcik tak teragak – agak putuskan pertunangan dia. Pakcik pun memang berkenan sangat dengan Cikgu Eman. Kenapa Ameena tak pilih Cikgu.” Sekali lagi Eman terpempan dengan usul yang diutarakan oleh Tuan Zulkifli. Terus kepada tujuan.

“Pakcik.. jujur saya cakap, saya memang pernah sukakan Ameena. Tapi macam yang pakcik cakap. Dia ada pilihan dia sendiri dan saya redha dia bukan jodoh saya. Untuk soalan pakcik tadi. Ya.. kalau saya belum mengikat janji dengan siapa – siapa. Dan hakikatnya tidak.. sebab saya sudah berjanji dengan bakal isteri saya dan keluarganya. Semoga Cikgu Ameena pun bahagia dengan bakal suaminya nanti.” Eman tersenyum pahit. Pahit dengan kenyataan hidup dan ketentuan hidupnya. Itulah bayaran untuk seorang yang penakut . Takut untuk mengakui perasaan sendiri dan takut untuk berterus terang. Serta takut cinta ditolak.

“Pakcik doakan kamu bahagia. Kamu anak yang sangat baik. Dan bakal menjadi seorang suami yang baik juga.” Tuan Zulkifli menepuk – nepuk bahu Eman. Jelas rawan dihati anak muda itu kelihatan di wajahnya. ‘Untung ibu dan ayah kamu! Juga bakal isteri kamu!’

Waktu sudah berganjak ke senja, Eman memohon untuk mengundurkan diri. Banyak topik yang dibualkan. Tidak sangka Tuan zulkifli seorang yang sangat mudah mesra.

“Terima kasih sebab simpan rahsia saya. Terima kasih juga sebab sudi terima pelawaan ayah saya.” Ameena separuh berbisik supaya tidak di dengari oleh sesiapa. Dia hanya muncul setelah diberitahu Cikgu Eman sudah hendak beredar. Eman hanya mengangguk. Sempat dia menjeling wajah yang pernah menjadi kesayangannya. Betul lah kata orang – orang tua. Semakin dekat dengan hari bahagia kita . Semakin banyak dugaan yang timbul. Dia perlu kuat melawan perasaannya.


SEMUA pelajar dari awal pagi lagi sudah berkumpul di dewan. Bacaan doa daripada Ustaz Amri disusuli dengan perasmian sambutan hari guru oleh pengetua sekolah, Cikgu Yusof. Seterusnya Acara taranum berkumpulan daripada Ameena dan Eman serta empat orang pelajar lagi.

Semua yang mendengar terdiam dengan lantunan – lantunan yang bersahut – sahutan antara mereka berenam. Yang terdengar hanya selawat dan kalamullah yang memuji kebesaran Allah daripada warga dewan itu. Kedengaran sangat harmoni dan mententeramkan jiwa. Persembahan mereka mendapat tepukan yang sangat gemuruh oleh seisi dewan.

“Mehmet! Terkejut Cikgu tadi. Bukan sepatutnya bahagian tu, rendah lagi ke? Nasib la cikgu Eman ada yang jawab. Cikgu memang dah cuak dah tadi.” Mehmet juga turut kelihatan gemuruh.

“ Tersasul cikgu. Tiba- tiba saja saya terlari irama. Tapi tak kedengaran sumbang kan cikgu?” Mehmet mula tersengih dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kelihatan Cikgu Eman yang baru muncul dari hadapan pentas.

“Buat apa lagi kat belakang pentas ni? Jom, kiya pergi makan dulu. Kamu semua ikut cikgulah. Jangan risau, dah sangat terbaik tadi. Mereka kat bawah tu bukan perasan pun apa yang jadi kat atas pentas tadi. Tak dengar ke bergema satu dewan bagi tepukan kepada kamu tadi.” Ameena memandang ke arah Eman. Dia agak terkejut. ‘Seriuslah! Dia perasan aku dah hilang arah tadi. Tapi kenapa muka dia selamba sahaja? Malunya!’

Acara yang sedang berlansung mereka tinggalkan sekejap untuk menjamu perut yang sedang lapar. Selepas ini bakal berlansung acara nyanyian ‘Kami Guru Malaysia’. Acara ini melibatkan semua guru di sekolah tersebut. Yang mana nyanyian koir itu di bimbing oleh Cikgu Isa. Kelainan tahun ini. Nyanyian lagu itu diubah ke bentuk koir.

Dewan mula bertukar suasana yang semakin meriah. Persembahan lakonan oleh pelajar – pelajar sekolah yang mengisahkan pengorbanan seorang guru mendapat tepukan yang agak gemuruh.

Waktu semakin menginjak ke tengah hari. Seperti biasa, acara cabutan bertuah mengakhiri majlis sambutan hari guru pada setiap tahun. Ameena sudah tidak sabar untuk pulang. Pada perkiraannya majlis sudah bakal berakhir jika mengikut tentatif program yang telah dibincangkan.

“Kami mohon, semua guru dan pelajar supaya terus berada ditempat duduk masing – masing. Tahun ini, saya wakil daripada pelajar SMK Seri Cahaya mempunyai acara tambahan bagi menghargai jasa guru-guru kami selama ini.” Ameena yang baru hendak keliar dewan kembali semula duduk di kerusinya. Kelihatan ketua pelajar sekolah tersebut berdiri di atas pentas bersama beberapa orang pelajar lain bersama beberapa hadiah dan jambangan bunga yang diletakkan di atas troli hadiah.

“Kami telah membuat undian untuk beberapa kategori. Terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama untuk slot ini. Pertama kategori Guruku Bondaku, Calon – calonnya adalah.. Cikgu Asmawani Harun, Cikgu Zaharah Muda dan Cikgu Reena Rahman. Pemenangnya adalah... Cikgu Zaharah Muda!” Semua warga dewan memberikan tepukan gemuruh. Begitu juga para guru yang masih terkejut dengan slot tambahan itu.

“Seterusnya! Guruku Ayahanda Kawasan! Calon-calonnya ialah.. Cikgu Tuan Fahmi Tuan Ahmad, Cikgu Ahmad Nasaruddin yahaya dan Cikgu Fauzi Ismail. Pemenangnya, adalah.. Cikgu Tuan Fahmi Tuan Ahmad. Dipersilakan Cikgu Fahmi naik ke pentas dan memberikan sepatah dua kata. Kembang kempis hidung Cikgu Fahmi dengan Anugerah yang diterimanya. Hendak marah.. hari guru. Dapat hadiah pula tu. Jadi Ayahanda kawasan? Dia tersenyum sambil menggeleng – gelengkan kepalanya. Ucapannya membuatkan seisi dewan bersorak dan ketawa yang membuatkan suasana bertambah gamat.

“Kategori seterusnya ialah.. Guruku Bidadari Kayangan! Calon - calonnya adalah.. Cikgu Lily Surihani! Cikgu Nurfatimah Hassan.. dan Cikgu Ameena Azzahra!.. Jadi siapakah pemenangnya?” Terdengar sorakan kuat daripada pelajar yang melaungkan nama guru – guru kesukaan mereka.

“ Pemenangnya adalah.... Cikgu... Ameena Azzahra! Dipersilakan Bidadari Kayangan kita naik ke pentas!” Sekali lagi sorakan gemuruh menghiasi dewan tersebut. Ameena pula sudah merona kemerahan wajahnya. ‘Macam – macam lah budak – budak zaman sekarang ni.’

“Baiklah... Kategori seterusnya! Guruku hero Malaya! Calon-calonnya adalah.. Ustaz Amri Azhar Ahmed.. sekali lagi, Cikgu Tuan Fahmi Tuan Ahmad.. Sir Isa Rayyan Ismail dan... Cikgu Eman Al Hadi Hasyim! Kali ini kita ada empat orang calon. Jadi siapakah pemenangnya?” Pengacara majlis separuh menjerit. Guru – guru pula sudah menggelenggkan kepala dalam ketawa mereka. Terhibur dengan anak – anak murid mereka. Sorakan demi sorakan semakin gamat.

“Pemenang untuk kategori ini adalah.. Cikgu.. Eman Al Hadi Hasyim! Dipersilakan hero malaya kita naik ke pentas serta memberikan sedikit ucapan.” Eman agak terkejut apabila namanya juga turut tercalon untuk kategori tersebut. Dia tersenyum senget dan meredupkan pandangannya memandang ke seluruh isi dewan. Hanya dengan riaksi begitu dia mendapat sorakan dan tepukan gemuruh terutamanya daripada pelajar perempuan.

“Terima kasih untuk yang telah mengundi saya. Saya sangat hargai. Untuk pengetahuan kamu semua.. saya masih single.. siapa – siapa yang berminat boleh isi borang ya! Tapi pastikan ada sijil Spm dulu.” Semakin gamat dewan itu dibuatnya. Eman menjulang tinggi jambangan bunga ros yang diterimanya sekaligus bergema sekali lagi dewan itu dengan tepukan dan sorakan.

“Kategori yang terakhir.. kategori Guruku Romeo dan Juliet!” Kategori yang terakhir itu membuatkan senyuman terukir di bibir Isa Rayyan. Sudah pasti namanya tercalon. Begitu yakin dia. Ameena pula sudah kegusaran. Sesekali dia membuang pandang ke luar dewan. Kakinya terasa terpaku, berdiri di depan pintu dewan dengan perasaan yang galau.

“Calon – calonnya adalah.. Ustaz Amri Azhar dan Cikgu Munirah Yusof, Cikgu Hassan Asri dan Cikgu Marliani Ahmad serta Sir Isa Rayyan dan Cikgu Ameena Azzahra.. Pasangan pengantin baru kita.” Seisi dewan memberikan tepukan yang gemuruh.

“Setelah dibuat perkiraan sebanyak tiga kali. Kategori ini sangat sengit. Pemenang memenangi undi tipis. Ketiga – tiga pasangan mendapat jumlah undian yang hampir sama.” Untuk kesian kalinya dewan bergema lagi. Kedengaran sorakan pelajar melaungkan nama guru – guru yang diundi.

“Tarik nafas. Jangan risau. Dia tak berani buat apa-apa di khalayak ramai ni. Istighfar banyak – banyak. Semoga Allah bersama awak.” Ameena agak terkejut dengan kemunculan Eman dari belakangnya. Sekurang – kurangnya, Eman memberikan sedikit semangat kepadanya.

“Pemenang untuk kategori ini... Adalah... Pasangan paling romantis di abad ini.. sama cantik,sama padan.. pemenangnya adalah... Cikgu.. Ameena dan Sir Isa Rayyan! Dipersilakan pasangan Romeo dan Juliet ini naik ke pentas dan memberikan sepatah dua kata.” Isa tersenyum bangga. Ameena terpaksa melangkah jua demi menghormati dan menghargai usaha para pelajarnya. Berjalan beriringan dengan bekas suaminya itu ibarat perjalanan menuju ke neraka. Terasa berbahang di mukanya melihat senyuman Isa. ‘Sepatutnya Cikgu Eman bantai saja muka dia ni. Barulah tak boleh nak senyum setahun!’

Isa dan Ameena bersama-sama menyambut huluran jambangan bunga ros merah yang dihulurkan kepada mereka. Ameena menyambut pula huluran mikrofon untuk dia memberikan ucapan. Dia sudah lelah dengan permainan ini. Terasa ingin menjerit. Dipandang wajah Isa yang terasa sangat menjengkilkan.

“Assalamualaikum.. terima kasih saya ucapkan. Saya sangat menghargai usaha kamu semua. Namun hari ini kami, ingin mengumumkan satu berita yang sangat penting. Saya harap dengan pengumuman ini, semua pihak memahami dan menerima dengan hati yang terbuka. Kita hanya merancang, namun sebaik penentu hidup kita adalah Allah S.W.T. Hari ini, saya Cikgu Ameena dan juga Cikgu Isa.. mengumumkan.. bahawa kami.. bukan lagi pasangan suami isteri. Terima kasih untuk doa kalian semua. Tapi sudah tersurat jodoh antara kami hanya sampai setakat itu sahaja.” Ameena menyerahkan Mikrofon kepada Isa dan memberi isyaray mata supaya Isa dapat memberikan sepatah dua kata untuk menyokong kenyataan yang dibuatnya. Isa kelihatan sangat sebal. Disambut lambat – lambat hukuran mikrofon tersebut. Kali ini seisi dewan sepi sesepinya. Hanya bunyi kipas yang berputar.

“Saya Cikgu Isa Rayyan.. .mengesahkan kenyataan yang telah dibuat oleh Cikgu Ameena Azzahra. Saya memohon maaf andainya menimbulkan kekeliruan kepada warga dewan selama ini.” Isa dan Ameena terus melangkah turun dari pentas. Semua mata menyoroti langkah mereka. Seketika kemudia terdengarlah suara – suara bisikan warga dewan. Baik pelajar mahupun guru. Masing – masing semua terkejut. Lebih – lebih lagi Cikgu Zaharah dan Cikgu Fahmi. Hampir luruh jantung mereka.

Maka hari ini dalam sejarah. Sejarah yang mengejutkan semua warga SMK Seri Cahaya. Terungkap lah semua rahsia yang disimpan kemas oleh mereka berdua. Bagi Ameena, menjadi satu kelegaan kepadanya kerana dia tidak perlu lagi berpura – pura. Namun tidak bagi Isa. Beberapa kali dia menghentak stereng kereta Audinya. ‘Sampai hati Honey! B sayang Honey sangat – sangat! B akan tetap tunggu Honey. Kali ini B berundur, tapi tidak bermaksud B mengalah. Honey tetap akan jadi milik B. Tiada siapa mampu berikan cinta sepertimana yang B berikan.’

terima kasih kepada yang telah mendoakan kesihatan bayi kembar saya. alhamdulillah mereka telah beransur pulih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience