BAB 35 : SALAH FAHAM?

Romance Series 52946

AMEENA tersenyum mesra ke arah gadis berkulit sawa matang itu. Airis anak kepada makcik Saleha, wanita yang paling becok dan celupar mulutnya.


“Cikgu Ameena.. terkejut ke? Cikgu Eman tak cakap ke yang dia nak tumpangkan Si Airis ni?” Kening Ameena terangkat sedikit dengan soalan yang ditujukan kepadanya. Seketika dia tersenyum semula.


“Eh.. tak la.. makcik. Abang Eman dah cakap semalam. Mak pun ada cakap. Saya dah tahu dah.” Ameena cuba menjaga tutur katanya sebaik mungkin supaya tidak kedengaran biadap.


“Oh, ya ke. Makcik nampak muka kamu macam terkejut. Bagus ya, Cikgu Eman ni.. Apa-apa minta izin isteri dulu.” Berubah terus wajah Ameena demi mendengarkan ayat pedas tersebut. Apa salahnya pun dia tak tahu. Sejak dari awal pernikahan lagi, wanita separuh abad itu seperti tidak sukakannya.


“Bukan minta izin Leha.. itu namanya menghormati pasangan.” Cikgu Hashim yang baru muncul dari laman belakang bersama dengan Saleh terus membidas lebih pedas. Dia tidak suka ada orang ingin merendah-rendahkan anak dan menantunya. Tambahan pula Ameena sudah menjadi anak perempuan kesayangannya. Satu – satunya anak perempuan yang dia ada sekarang walaupun cuma menantu.


“ Masuklah Airis.. dah lewat ni. Mak.. Abah.. KakLong balik dulu ya.. Ameena menghulurkan tangannya menyalami kedua-dua ibu dan bapa mertuanya. Hajah Sufiah memeluk kuat menantunya bagaikan tidak mahu dilepaskan. Dia terpaksa bersetuju dengan Saleha demi menjaga maruah menantunya. Dia sudah tahu semua cerita Ameena sebelum Ameena menjadi menantunya lagi. Namun apa yang tak diduganya, cerita menantunya itu sampai ke telinga orang yang salah dengan tanggapan yang buruk.


“Boleh Airis duduk depan ke, Cikgu Ameena. Airis ni tak boleh duduk dekat belakang.. dia mabuk kereta. Cepat pening kalau duduk belakang.” Saleha dengan selamba melontarkan permintaannya sambil mejeling tajam kepada suaminya supaya lelaki itu diam.


“Menantu saya tu mengandung, Leha. Lagilah tak boleh duduk belakang. Takut terhentak kuat kalau terjun lopak ke. Yalah.. kandungan baru sebulan, kenalah jaga elok-elok.” Cepat-cepat Cikgu Hashim menyampuk. Seolah-olah sudah faham dengan ulah dan niat perempuan bernama Saleha itu.


Wajah Saleha pula sudah berubah kelat dan terkejut. Dia tidak menyangka, Ameena sudah mengandung. Ameena dan Eman pula sudah memandang sesama sendiri. Kemudian dihalakan pula kepada Cikgu Hashim. Guru pencen itu hanya mengerdipkan mata sebagai isyarat. Seketika Ameena dan Eman mengangguk sambil tersenyum. Eman sudah mampu bernafas semula. ‘Abah memang terbaik!’ Dia sendiri pun pelik kenapa emaknya beria-ria mahukan dia menolong Airis sedangkan emaknya tahu dia tidak sukakan perempuan itu. Namun dia terpaksa akur untuk tidak melukakan hati emaknya. Ameena pula yang tidak tahu hujung pangkal cerita hanya bersetuju tanpa banyak soal.

“AIRIS dapat Tawaran kerja sebagai apa dekat Terengganu.” Ameena memalingkan wajahnya ke belakang mencari wajah gadis itu.


“Kerani Kak Amee.. Kerani sekolah.” Sopan santun nada suara Airis. Lansung tidak sama dengan makcik Saleha. Ameena menjeling sekilas ke arah suaminya yang membisu sejak tadi.


“Ooo.. Sekolah dekat Kuala Terengganulah ya?”


“Ya kak.. Tapi sekolah mana belum tahu lagi. Saya kena lapor diri dulu esok, lepas tu baru tahu sekolah mana.” Ameena mengangguk tanda faham.


“Ni sampai sana nanti duduk mana?”


“Airis dah booking hotel untuk seminggu. Sambil-sambil tu nanti, Airis carilah rumah sewa yang dekat-dekat dengan tempat kerja.”


“Eh.. susahlah macam tu. Saya ingat awak dah ada tempat nak duduk kat sana. Kalau macam tu. Cancel sajalah booking tu. Duduk rumah kami sajalah.” Ameena dengan ikhlas memberikan pelawaan dan cadangan.


“Eloklah dia duduk hotel Sayang.. Lagipun rumah kita mungkin jauh dari tempat dia bekerja. Rumah kita pun bukan ada bilik kosong.” Kening Ameena sedikit terjungkit.


“Bilik tetamu kan ada, Abang..” Eman sudah mati kata-kata. Seboleh tidak, dia tidak mahu Airis tinggal di rumahnya. Walaupun Cuma sehari. Dia tidak suka dan tidak selesa.


“Tak payah susah-susah kak.. Airis seganlah. Airis boleh saja duduk hotel.”


“Tak ada susah-susahnya.. duduk saja rumah kami. Abang Eman boleh tolong hantarkan esok. Esok sekolah kami masih cuti. Sekolah kami ambil cuti peristiwa.” Eman sudah mengeluh lemah. Hendak dibangkang, risau ada yang melenting. Dahlah hubungan dia dan Amee belum pulih sepenuhnya. Kalau tak kerana mereka pulang ke Pahang, Ameena tak akan bercakap dengannya rentetan kes Mohd Safuan, pelajar sekolahnya.


Tapi, kalau masin kata-kata Abah.. Amee mengandung.. Bahagianya dia. Dia tersenyum sendiri teringat dengan ulahan Abahnya. Cepat betul otak Abah berfikir. Walaupun membohong. Tapi kata-kata itukan doa.


“Sayang.. duduk elok-elok sikit. Pandang depan, sakit baby Abang kat dalam perut tu.” Tiba-tiba timbul idea nakal dalam kepalanya. Ameena menjeling tajam ke arah suaminya. ‘Dah mulalah orang tua ni.. ada saja nak menyakitkan hati aku. Geram betul!’ Sudahnya dia terpaksa akur, tidak mahu Airis berfikir yang bukan-bukan.


“Baby ayah ni.. duduk diam-diam tau.. jangan tendang-tendang ibu.. Kesian Ibu.” Eman tersenyum nakal sambil sebelah tangannya memegang perut isterinya. Sengaja dia mahu mengusik Ameena sekaligus membakar hati Airis. Dia tahu apa niat sebenar Airis dan makcik Saleha. Sejak dulu lagi dua beranak itu berusaha keras untuk dekat dengannya.


“Eh.. sebulan baru.. dah tendang-tendang ke..” Lembut dan lurus nada suara Airis pada pendengaran Ameena, membuatkan guru muda itu tergelak sendiri. Namun telinga Eman saja yang dapat menangkap betapa sinisnya soalan itu. ‘Kau jangan ingat kau boleh berlama-lama dekat rumah aku. Aku akan pastikan kau sendiri yang menangis nak keluar dari istana aku tu!’

***************

“CIK LILY…. Ini surat discharge, ini pula preskripsi ubat dan Cik Lily boleh berurusan dekat Kaunter Farmasi dekat tingkat bawah sebelah kanan pintu masuk utama. Surat discharge tadi, Cik Lily perlu tunjukkan dekat Kaunter pembayaran dekat bawah juga bersebelahan dengan Kaunter Farmasi.” Lily Memandang ke arah jururawat yang menjaganya hari itu dengan pandangan kosong. Sudah sebulan setengah dia berada disitu. Tak lama lagi dia perlu kembali bertugas. Disebabkan komplikasi selepas pembedahan dia perlu tinggal lebih lama di hospital.


“Assalamualaikum..” Pantas Mata Lily dihalakan ke arah pintu yang dikuak oleh seseorang. Wajahnya nyata sangat terkejut dengan kehadiran insan tersebut.


“Waalaikumussalam.” Pendek dan agak gugup jawapannya. Matanya masih keliru memandang wajah itu. Lebih – lebih lagi Senyuman yang terlukis pada wajah tersebut.


“Cikgu Lily sihat ke? Dah boleh keluar ke ni?” Mata Isa memandang liar ke dalam bilik wad itu dengan senyuman yang masih tersisa. Dia mengalihkan pula pandangannya ke arah jururawat yang berada di sisi Lily. Cantik! Suara nakalnya berbisik sendiri.


“Cikgu Isa, datang dengan siapa? Alhamdulillah sihat. Saya dah boleh keluar hari ni.” Senyuman yang terpamer di wajah Lily jelas sekali kelihatan hambar.


“Saya datang seorang. Ajak Kak Reen dengan Kak Min, tapi diorang berdua tak dapat datang. Ada hal katanya. Saya pun baru tahu Cikgu Lily admitted kat hospital ni. Maaf.” Isa tersenyum lagi menampakkan ke dua-dua belah lesung pipitnya. Lily pula pantas melarikan anak matanya daripada bertentangan mata dengan wajah sempurna di hadapannya.


“Eh, kenapa nak minta maaf pula! Saya yang sepatutnya cakap terima kasih dekat Cikgu Isa sebab sudi melawat saya kat sini.” Kedengaran sayu di hujung kata-kata Lily. Dia tahu Kak Reen dan Kak Min bukanlah sesibuk seperti yang dikhabarkan, namun lebih kepada benci dan tak sudi untuk memandangnya. Air mata yang ingin jatuh di seka perlahan. Lantas dia menghulurkan kaki untuk turun dari katil. Masih terasa perit pada kawasan luka jahitan. ‘Agaknya macam inilah kot rasanya selepas bersalin.’ Masih sempat otak Lily berfikir ke arah hal itu.


“Cikgu boleh ke tu? Tunggu situ saya ambilkan Wheelchair.” Lily terduduk semula di atas katil. Seolah patuh dengan kata-kata yang berbentuk arahan itu. Isa melangkah keluar dari bilik agak laju. Mungkin ke kaunter jururawat untuk mencari kerusi roda. Lily tiba-tiba tersenyum sendiri. Kenapa aku kena dengar cakap dia pula.. Lily tersenyum lagi. Terasa lucu dengan reaksinya sendiri.


“Siapa yang datang ambil ni?” Isa muncul kembali dengan kerusi roda yang disorong perlahan dengan keningnya yang berkerut.


“Tak ada siapa. Saya nak ambil grab je nanti.” Sememangnya Lily tidak memaklumkan kepada sesiapapun yang dia akan keluar wad hari ini. Hakimi juga tidak tahu. Dia malas mahu menganggu masa doktor muda itu. Namun dia masih tertanya-tanya kenapa Isa datang melawatnya hari ini. Sepanjang keberadaannya di wad, hanya orang atasan yang datang melawat. Rakan-rakan sekerjanya lansung tidak datang menjenguk kecuali Cikgu Eman dan Cikgu Ameena. Itupun bersebab. ‘Ah! Kenapa aku perlu berkecil hati. Siapa saja yang akan maafkan aku. Mereka bukan malaikat.’ Lily mengeluh sendiri.


“Eh, Cikgu Lily! Berat sangat keluhan tu.. Dah dapat discharge dari wad pun masih susah hati ke? Berapa lama cuti sakit ni?” Isa agak pelik dengan reaksi Cikgu Lily. Kalau orang lain boleh keluar wad, bukan main lagi suka. Tangannya masih setia menyorong kerusi roda yang dinaiki Cikgu Lily.


“Erm.. Cikgu Isa. Kenapa awak datang melawat saya ya?” Nada curiga jelas terpalit pada suaranya. Matanya masih dihalakan ke hadapan, memandang orang-orang yang lalu lalang di kawasan koridor wad itu.


“Kenapa kena ada sebab? Awak rakan sekerja saya. Salah ke saya datang melawat awak kat sini. Kawan saya sakit, mestilah saya datang. Ke… Cikgu Lily tak suka?” Kali ini Isa tersenyum kelat. Melayan emosi orang sedang sakit bukan mudah.


“Bukan rakan tapi bekas rakan..” Lily menggumam perlahan namun masih mampu ditangkap dek pendengaran guru Bahasa Inggeris itu.


“Eh, siapa kata bekas. Saya dah kembali dekat sekolah tu ya… So, kita jadi rakan sekerja semula.” Isa ketawa dengan ulahannya. Cikgu Lily pula bertambah cuak. ‘Kenapa dia ni terlebih mesra pula hari ini? Tapi betul ke dia dah kembali semula. Cikgu Ameena dan Cikgu Eman macam manalah agaknya tu. Tak dapat nak bayang dengan akal yang waras.


“Cikgu Isa Rayyan… Saya rasa awak faham apa maksud saya. Kita masing-masing tahu apa yang pernah terjadi antara kita dulu. Bukan antara kita berdua saja tapi antara saya dengan rakan-rakan sekerja yang lain. Terutamanya Ameena.” Suara Lily berubah sayu di hujung kata-katanya.


“Setiap orang boleh berubah. Hati kita bukan milik kita tapi milik Tuan kita. Tuhan pencipta alam. Saya harap sangat awak dah tak pandang ke belakang. Kita sama-sama hadapi masa sekarang dan masa yang bakal kita tempuhi setiap hari dengan jiwa yang positif dan aura yang baik. Saya percaya, mereka semua pasti akan terima awak macam mereka terima saya. Stop being negative, ok?” Isa menepuk lembut bahu Cikgu Lily bagi memberi satu semangat dan kekuatan. Namun tepukan itu membuatkan Cikgu Lily agak canggung. Wajahnya berubah kemarahan. Dia hanya mengangguk lemah.


Harapannya hanya satu. Semoga masih ada sinar dalam hidupnya. Semoga kegelapan masa silamnya lenyap dari ingatan semua orang. Semoga ada satu sinar cahaya yang dapat meluputkan dan melupuskan segala kegelapan lalu. Sakitnya sangat dalam apabila dirinya tersedar yang dia telah menyakiti ramai orang. Sungguh dia tidak mahu lagi mengulangi kesilapan yang sama. Semoga peluang kedua yang Allah bagi padanya dapat digunakan sebaiknya. Perginya daripada dunia ini hanyalah untuk menuju ke syurga dan syurga itu bukan percuma.

***************

“RUMAH Abang Eman ke ni? Besar juga ya.” Mata Airis membulat sebaik sahaja dia melangkah keluar daripada perut kereta. Macamlah dia tidak pernah lihat rumah sebesar itu. Malahan dekat kampung, banyak lagi rumah yang besar-besar. Melainkan dalam kepala otak dia ada benda lain yang sedang bermain. Eman menjeling tajam. Sengaja dia buat-buat tidak dengar dengan ulahan Airis itu. Tak penting. Yang penting sekarang, masuk saja bilik, dia nak lancarkan perang dengan isteri kesayangannya itu. Debat perdana versi suami isteri.


Eman menjinjit kedua-dua bag pakaiannya dan Ameena. Lansung tidak di jemput Airis untuk masuk. Bukan dia yang beria-ria. Biarlah Ameena saja yang melayan perempuan gedik tu. Marah sungguh dia dengan cadangan Ameena yang langsung tak masuk di akal itu. Semua orang dia nak berbaik sangka. Tak belajar dari kesilapan lansung!


“Abang Eman tu kenapa Kak Ameena. Dia tak suka ke saya tumpang sini. Kalau menyusahkan tak apa la kak. Airis boleh saja duduk hotel.” Airis cuba memancing simpati walaupun dia tahu, Eman memang tidak pernah sukakannya. Baik untuk bersahabat ataupun untuk berteman hidup.


“Eh, tak adalah! Abang tu, penat.. Ya lah.. banyak benda nak kena urus. Hal sekolah. Masuklah, Airis.. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri..


“Dah kenapa buat macam rumah sendiri. Rumah orang tetap rumah orang! Mana boleh buat macam rumah sendiri..” Eman tiba -tiba muncul kembali sambil menuruni anak tangga. Kali ini baju T-shirt yang dipakainya sudah berganti. Mata Airis terpegun dengan penampilan Eman. Berbaju Tshirt putih dan berseluar track hitam. Cukup tampan dan seksi dimatanya.


“Abang….” Ameena mencerlung matanya ke arah Eman. Tanda Amaran keras.

“ Dah la Airis, jangan ambil hati ya.. Abang bergurau tu..” Airis hanya tersenyum sambil mengikuti langkah Ameena menuju ke bilik tetamu tingkat bawah. Namun sebenarnya telinganya lansung tidak mendengar sebarang kata-kata yang keluar daripada mulut lelaki pujaannya itu. Pada matanya , yang terlihat hanyalah keindahan.

“Ini bilik Airis. Duduklah dekat sini sampai Airis jumpa rumah sewa yang bagus dan dekat dengan tempat kerja. Esok pukul berapa nak gerak? Kak Amee hantarkan.”

“Dalam pukul lapan pagi tu, kena lapor diri. Airis tak tahu sangat tempat sini. Pukul tujuh pagi boleh ke kak?” Airis tersenyum manis.

“Boleh… kalau sampai awal, kita pergi makan pagi dulu. Airis kalau nak apa-apa, cakap ya…”

“Sayang.. ooo Sayang.. lambat lagi ke? Orientasi apa yang lama sangat tu.. Jomlah teman Abang.. Tak seronoklah Sayang tak ada. Tak best rest sorang-sorang!” Kata-kata Ameena tersekat di kerongkong demi mendengar laungan suaminya dari tingkat atas. ‘Dah kenapa orang tua ni? Buang tabiat ke apa dia ni.”


“Kak Amee naik dulu ya. Rehatlah.” Airis mengangguk dan tersenyum lembut. Namun sebaik sahaja Ameena berpusing membelakanginya, Wajah lembut itu terus bertukar. Senyuman sinis berganti di bibirnya. ‘Tengoklah.. suatu hari nanti awak akan merayu dekat kaki Koi ni! Sekarang mungkin awak tak suka. Tunggulah…’

“SAYANG… lain kali jangan buat keputusan sendiri macam ni.. Abang tak suka. Ni rumah kita dan Abang tak suka ada orang asing dalam rumah ni. Lagipun tak eloklah Sayang..” Eman meluahkan ketidakpuasan hatinya. Matanya tepat memandang ke arah isterinya yang duduk di birai katil sambil memandang ke arah skrin telefon pintarnya.


“Cikgu Eman…. Tak semua benda yang awak tak suka tu baik. Kadang-kadang awak kena terima apa yang orang lain nak juga…” Suara Ameena hanya mendatar. Malas melayan perasaan suaminya yang mudah sangat tersentap dengan benda kecil.


“Benda apa? Bawa perempuan bukan ajnabi suami awak masuk ke dalam rumah awak, tanpa kebenaran suami awak? Benda baik ke tu Sayang… Abang tahu Sayang nak buat baik.. Tapi bukan dengan perempuan tu!” Eman masih cuba berlembut dengan isterinya. Sebelum Ameena bertindak lebih tidak relevan, dia perlu memintas terlebih dahulu. Sebelum keadaan bertambah parah. Dia tahu, semampu mana Airis boleh lakukan.


“Tak fahamlah saya! Isteri Abang ni.. nak buat benda baik ni… tapi tetap juga Abang bangkang. Kenapalah Abang paranoid sangat. Kenapa? Dekat muka Airis tu ada muka Cikgu Lily ke?”


“Tak adalah macam tu… Sayang tak kenal Airis tu macam mana tau. Kalau sayang kenal dia, Abang jaminlah, Sayang tak akan nak pandang pun muka dia tu. Jangankan nak bawa masuk rumah.”


“Tak apalah Abang… kita bagi dia peluang. Kita tolong dia. Lagipun saya tengok dia tu macam baik je.. Abang saja kot salah sangka.” Ameena malas mahu bergaduh lagi. Benda kecil macam ni, tak ada imbuhnya kalau jadi punca pertengakaran.


“Tapi, Abang tetap..”


“Dah la, Abang… Sayang penat sangat. Close case boleh? Sayang nak tidur.” Nada mendatar Ameena membuatkan kata-kata Eman terhenti. Tiada guna lagi dia membahaskan isu itu. Ameena nyata tidak berminat untuk berbincang. Kadang kala kedegilan Ameena membuatkan dia terasa jauh hati. Tubuhnya direbahkan di atas katil dengan rasa letih dan lemah. Dijeling sekilas sekujur tubuh isterinya yang sudah menarik selimut dengan mulut terkumat kamit membaca doa. Eman mengiring ke kanan membelakangi isterinya. Biar Ameena tahu yang hatinya sedang sakit. Itupun kalau seorang Ameena itu sejenis yang berperasaan.

“AMEE.. tayar kereta awak pancit. Nanti pergi kursus dengan saya je lah.” Ameena mendongak tanpa membalas sepatah perkataan pun. Amee? Awak? Saya? Dah kenapa dia ni? Takkan sebab Aku suruh tumpangkan Si Airis tu, dia jadi macam ni! Marah sungguh Cikgu Eman ni..


“Kebetulan tadi saya keluar, tayar kereta awak tak ada angin. Tempat seminar awak bukan jauh pun.” Eman masih bersuara mendatar. Tiada tanda marah tapi penuh dengan protes.


“Habis tu nanti saya nak balik dengan apa? Tumpang Cikgu Isa?” Ameena sengaja memasang jerat. Memancing rasa cemburu suaminya.


“Dah rindu sangat ke nak naik kereta dengan dia? Awak dah tak ada suami ke nak ambil awak?” Ameena menelan liur. Pedas betul ayat orang tua ni. Belum sempat Ameena menjawab, Eman sudah berlalu ke luar bilik menuju ke tingkat bawah. Ameena terus bingkas bangkit dan mencapai barang-barangnya. Merajuk pula Cikgu disiplin ni.. dah aku nak kena pujuk ke ni? Tulah kau Amee.. buat apa-apa tak fikir.


“Eh, Kak Amee pergi sekali dengan Abang Eman ke?” Ameena berpaling ke arah suara yang manja dan lembut tersebut. Kelihatan Airis cantik dengan berbaju kebaya. Airis agak bernasib baik ditempatkan di sekolah yang sama dengan mereka berdua. Sebagai kerani kewangan di situ.


“Ya.. kereta Kak Amee , tayarnya pancit. Saya yang hantarkan. Awak pergi dengan teksilah ya. Bukan taknak tumpangkan awak, tapi takut kami pula yang terlambat nanti.” Eman bersuara mendatar. Ameena terpaksa akur demi memandang renungan suaminya yang penuh dengan makna tersirat. Bukan tidak mahu membangkang tapi takut juga dengan dosa. Cukuplah dengan dosa yang selama ini telah dicatitkan.


Airis hanya tersenyum hambar. Akur dengan kata-kata orang yang pernah dan masih bertakhta di hatinya. Disebabkan dalam hatinya hanya tertulis nama Eman Al-hadi, maka pintu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki lain. ‘Hari ni awak tak pandang Koi, tapi satu hari nanti.. Koi pasti dan yakin Koi yang akan jadi permaisuri kat hati awak.’

AMEENA berpaling ke arah suara yang menyeru namanya. Dengar suara dan cara Sebutan pun sudah tahu siapa gerangannya. Namun untuk tidak mengendahkan bukanlah sikapnya. Antara mereka hanya masa silam, biarpun masa silam yang perit dan sukar dikikis dari memori masing-masing.


“Cikgu Isa.. tak balik lagi?” Ameena cuba berbasa – basi.


“Eh, tanya kita pula. Honey kenapa.. sorry! I meant, Cikgu Ameena kenapa belum balik?” Isa cepat – cepat membetulkan panggilannya. Walaupun sudah lama.. namun kebiasaannya yang dahulu masih sukar dihilangkan. Kadang- kadang terlepas juga. Ameena pula berpaling ke arah lain. Agak tidak selesa. Pura-pura membelek fail di sebelahnya.


“Oooh.. Saya tunggu suami saya. Datang dengan dia tadi.” Suara Ameena jelas kedengaran canggung. Berdua dengan Isa membuatkan dia tidak selesa. Macam-macam kebimbangan yang muncul dalam kepalanya. Kepercayaannya pada Isa tak pernah ada sejak peristiwa dulu.


“Telefonlah, Cikgu Eman.. bagitahu saya hantarkan. Lagipun rasanya kelas dia belum habis ni.” Isa mempelawa ikhlas. Risau juga untuk tinggalkan Ameena seorang diri di situ.


“ Eh, tak apalah. Kami ada hal balik nanti. Nak singgah cari barang dapur. Sebab itu tunggu juga dia ni. Kalau tak saya balik naik teksi dah.” Suara Ameena sudah kedengaran agak keras. Sungguh dia tidak selesa. Kata-kata Isa, kedengaran satu arahan padanya. Siapa Isa untuk memberikan arahan padanya.


“ Hmm.. kalau macam tu, saya temankan Cikgu Ameena lah. Sampai Eman datang. Bahaya dekat sini seorang diri. Cikgu- cikgu lain semua dah balik.” Ameena hanya membiarkan kata-kata itu di bawa angin lalu. Malas untuk otaknya menghadam dan memikirkan jawapan balas. ‘Lantak kaulah!’ Namun dalam masa yang sama, dia masih berjaga-jaga dan Sentiasa bersedia. Pen bermata halus tidak lepas dari tangannya.


“Awak tahu, Cikgu Lily dah discharge? By next week dia mula kerja semula.” Ameena berpaling pantas ke arah Isa. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.


“Cikgu Isa tahu dari mana?” Wajah Ameena kelihatan agak terkejut.


“ Saya pergi visit dia dua hari lepas. Kebetulan hari tu juga dia discharge, so saya tolonglah hantarkan dia balik rumah. Kenapa Cikgu macam terkejut.” Isa cuba memancing, walhal dia sendiri tahu apa sebabnya.


“Cikgu Isa takkan dah lupa kes yang dekat seminar tahun lepas. Tipulah kalau saya tak risau… dan kes…” Ameena berjeda panjang.


“Dan kes tangkap khalwat dekat hotel? Dan kes cancer Cikgu Eman?” Mata Ameena membulat. Wajahnya sudah bertukar kemerahan.


“Are you spying me, Isa rayyan!” Suara Ameena sudah mula kedengaran keras dan sedikit meninggi nadanya. Dia bingkas berdiri dari bangku tempat duduknya. Mahu terus berlalu. Tidak senang berlama-lama dengan orang seperti Isa Rayyan.


“ Ameena! Come on.. relax please.. You always calm and cool. Kenapa hari ni you, nak melenting. I’m never spying you! Even I bukan lagi suami you. I tahu apa yang you tak suka. Actually, Cikgu Lily yang cerita semua benda tu kat I.” Emosi Isa turut sedikit tegang. Terkejut dengan reaksi Ameena. Sangat di luar jangkaan.


“Lily cerita dekat awak?” Kali ini nada suara Ameena sudah kembali tenang. Namun riak wajahnya sudah sedikit berubah mendung. Dia kembali duduk dan menarik nafas yang terasa sempit.


“Dia tak pernah mention yang dia menyesal. Tapi setiap ayat yang keluar daripadanya seperti menyalahkan diri sendiri. I tengok dia down sangat. Lonely. I don’t know how to say, but.. dia looks like lost.” Kening Isa berkerut-kerut ketika bercerita.


“So? Awak nak saya cakap apa? Awak nak saya maafkan dia? Cukuplah Saya maafkan dia sekali dulu.. dan dia bodohkan kami. Awak tahu tak, Saya dan Eman hampir berpisah! Awak nak saya maafkan dia macam tu saja ke?” Ameena sedikit beremosi.


“Ameena, you pernah jadi isteri I. Sedikit sebanyak, I dah boleh faham cara you. You bukan pendendam. I bukan minta you maafkan dia, Cuma kalau boleh bagi dia sedikit ruang dan peluang. Apa-apa pun dia tetap kawan kita. Rakan sekerja kita.” Ameena mendengus keras. ‘Kenapa perlu nak mention hal lama!’


“One more thing.. I minta maaf dari sudut hati I yang paling dalam. I tak tahu macam mana lagi I nak bagi tahu you rasa bersalah I ni. Hidup I selama ni lost sangat, sebab I rasa bersalah. I rasa sangat kejam dengan you dulu. Eman memang deserve to have you. I tahu nama I dah tak ada lansung dalam hati you. Tapi I tetap nak tengok you bahagia. As your friend. Eman terlalu sayangkan you. Apapun tindakannya dulu, I percaya semuanya sebab dia sayangkan you. Sejak dulu lagi I perasan. Cara dia protect you dari I, cara dia pandang you. Dan I tahu, I sebenarnya yang rampas you dari dia. I ni memang kawan yang tak pernah faham perasaan kawan.


Bagi Eman peluang. Jangan sia – siakan kurniaan Tuhan untuk You. Kalau You hilang dia, percayalah… takkan mudah untuk you jumpa lelaki yang sebaik dia. You fikirlah apa yang I cakap ni. Eman sangat sayangkan You.. setiap apa yang dia buat, semuanya sebab you. Sebab dia nak yang terbaik untuk you. Tak ada siapapun yang ceritakan dekat I. Tapi macam I cakap tadi.. You pernah jadi isteri I, sedikit sebanyak I tahu apa yang you sedang rasa. Pandangan you pada suami you pun, I dah tahu you dengan Eman in war episode.” Isa tersenyum nipis. Memandang wajah Ameena yang agak mendung. Mungkin terkesan dengan kata-katanya.


“But still.. husbands cannot think what ever they did is the best for their wife.” Suara Ameena sudah tersekat-sekat. Seperti menahan tangis. Dia kembali teringat saat Eman hampir-hampir melafazkan talak ke atasnya. kelopak matanya sudah mula menakung air. Namun cepat-cepat dia berpaling ke arah lain.


Dari tempat letak kereta, Eman dengan jelas dapat melihat reaksi wajah isterinya. Dia menggenggam kuat stereng keretanya. Dia menarik nafas dalam. ‘Aku yang salah faham? Atau Dia yang sudah berpaling?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience