BAB 23 : PLEASE HUG ME

Romance Series 52946

SESI perhimpunan pagi pada hari ini berjalan seperti minggu-minggu sebelumnya. Dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pelajar daripada tingkatan Lima Sains Kejuruteraan. Kemudiannya diikuti dengan bacaan ikrar pelajar, seterusnya ucapan dari guru – guru terlibat dan di akhiri dengan ucapan ringkas pengetua sekolah. Suasana dalam dewan masih tenang kerana dikawal ketat oleh pengawas-pengawas sekolah yang bertugas. Ditambah pula dengan guru disiplin yang sentiasa tajam penglihatannya menyoroti ke arah pelajar – pelajar yang tidak patuh pada peraturan perhimpunan.

Namun hari ini terdapat sedikit kelainan pada wajah guru disiplin itu. Senyuman manis sentiasa terukir di bibirnya membuatkan beberapa mata memandang tertanya – tanya kenapa dan mengapa. Ditambah pula dengan lesung pipitnya yang agak dalam. Pantas untuk membuatkan mana – mana yang bernama perempuan jatuh hati padanya.

Di suatu sudut, Ameena sudah mula tidak senang duduk kerana dia sedar yang dirinya sedang diperhatikan dari jauh. Sesekali apabila bertembung pandang, lelaki itu mengenyitkan matanya bersama senyuman galaknya. Ameena betul – betul panas. Lebih – lebih lagi apabila teringatkan peristiwa semalam.

Eman Al Hadi ketawa sendiri sambil menundukkan kepalanya apabila terpandangkan wajah cemberut isterinya yang menahan sakit hati. Dia tahu Ameena masih belum puas hati dengannya. Sementara di suatu sudut lain, ada sepasang mata yang memandang mereka berdua dengan penuh keliru.

Cikgu Zaharah mengerutkan dahinya berkali – kali. Aneh dirasakan sikap dua orang guru muda itu. ‘Cikgu Eman buat hal lagi ke? Eman mulakan semula ke agenda memikat Amee? Kalau betul, harap kali ini mereka disatukan!’ Sungguh dia kasihan melihat wajah kecewa Cikgu Eman suatu ketika dulu. Namun sejak kebelakangan ini, senyuman sewaktu Cikgu Ameena mula-mula ditugaskan di sekolah itu muncul kembali. Cikgu Zaharah tersenyum sendiri.


************************



“HATIKU yang resah.. Imanku yang goyah.. berilah hidayah.. Bila hamba salah..” Eman Al Hadi mengulang berkali – kali bait lagu ketuhanan itu apabila melewati kawasan meja guru perempuan. Walaupun dalam siulan perlahan, namun masih mampu ditangkap oleh pendengaran Ameena Azzahra. Dia mengetap gigi menahan rasa bengang dan malunya. Ini namanya perangkap memakan diri sendiri. Sudahnya dia juga yang malu.

“Hai Cikgu Eman! Bahagia semacam saja Kak Reen tengok. Dah nak kahwin ke?” Cikgu Reena yang kebetulan bertembung dengan guru muda itu agak kehairanan. Selama dia bertugas di situ, tidak pernah dia mendengar Cikgu Eman Al Hadi menyanyi. Lunak pula suaranya!.

“InsyaAllah Kak Reen.. Kak Reen doakan saya ya.. untung – untung hujung minggu nanti boleh kah..win kot..” Eman sengaja menekan perkataan ‘kahwin’ dan ditinggikan sedikit nada suaranya. Kemudian dia ketawa kecil sambil menundukkan wajahnya. Ameena hanya memekakkan telinganya. Malas mahu melayan perangai gatal suaminya itu.

“Cikgu Ameena! Kalau saya kah..win.. Cikgu wajib datang tau!” Ameena terpinga-pinga apabila namanya diseru. Dia hanya tersenyum hambar. Geramnya masih bersisa. Kalau ikutkan hati mahu dibalingnya buku – buku di atas mejanya ke muka Cikgu Eman. Sakit hatinya melihat sengihan gatal pada wajah guru muda itu.

“Yakin sangat jawapan Cikgu Eman tu... Dah ada calon ke? Ke Kak Reen saja yang belum terima kad ni..” Cikgu Reena memandang Cikgu Eman dengan ekor matanya sambil berlalu dan melabuhkan duduk di tempatnya. Dia menjeling sekilas ke arah meja Cikgu Lily yang kosong sejak pagi tadi.

“Dik.. Cikgu Lily mana? EL ke?” Sekali lagi Ameena terpinga-pinga dengan pertanyaan Cikgu Reena. Kemudian dia menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu menahu.

“Baguslah dia tak ada... Aman sikit satu hari ni.. tak adalah nak dengar suara-suara gedik acah-acah manja tu.” Cikgu Reena menghembuskan nafas leganya. Dirasakan harinya begitu tenteram.

*********************

DATIN Suria merenung lama anaknya Isa yang sedang berbaring di sofa. Kadang-kadang timbul rasa kasihannya. Dia tahu Isa masih belum mampu ‘move on’ sepenuhnya lagi. Pernah dia melihat Isa termenung sambil merenung gambar perkahwinannya dengan Ameena. Pernah juga dalam tidurnya menyebut nama bekas isterinya itu.

Datin Suria menghampiri anak sulungnya itu. ‘Siapalah yang dah hancurkan rumah tangga Is ni. Kalau mama dapat, mama akan ajar dia cukup-cukup. Dapat menantu baik pun, tak kekal lama. Mama pun rindu sangat dekat Ameena. Bukan Is sahaja.’ Datin Suria seakan serba salah dengan perasaannya sendiri.

“Mama...” Lamunan Datin Suria terhenti. Air mata yang gugur tanpa disangka diseka perlahan. Isa agak kaget dengan sikap mamanya itu.

“Mama kenapa pandang Is macam tu? Mama sakit ke? Is call Doktor Adnan ya..” Isa bangkit dan duduk di sisi mamanya. Tangannya menggenggam erat tangan mamanya.

“Mama okay.. sihat. Cuma mama susah hati fikirkan tentang Is. Mama nak tengok Is bahagia. Ada keluarga sendiri. Is lupakan Ameena ya.. Dia sudah bahagia dengan pilihan keluarganya.” Datin Suria merenung wajah anak sulung kesayangannya dengan penuh kasih.

“Bagi Isa masa ma.. Is tak nak tergesa – gesa. Is takut Is akan buat silap yang sama lagi. Soal Ameena, Is minta maaf..ma. Is tak mampu lagi, tapi Is akan cuba. Mama jangan risau ya.. Insya Allah semuanya akan baik-baik sahaja.” Isa bangkit dan berlalu ke tingkat atas. Datin Suria hanya menghantar langkah anaknya dengan senyuman hambar. ‘Ya Allah, kuatkanlah semangat anakku Isa Rayyan. Lindungilah dia.’


*************************

“SAYANG!” Hampir gugur jantung Ameena dengan suara sergahan itu. Walaupun perlahan namun ianya sangat rapat di telinganya.

“Cikgu Eman ni dah kenapa? Tak ada kelas ke?” Ameena membeliakkan matanya tanda protesnya.

“Ada. Kelas Lima Sains Tulen. Sayang? Nak ke mana?” Eman memandang sekilas ke arah isterinya. Mahu pandang lama-lama bimbang timbul gosip liar pula. Sambil tangannya membelek-belek buku teks bahasa melayu yang dibawanya.

“Nak hantar kertas latihan ni dekat Kak Za. Dia mintak tolong. Lepas tu, balik nanti saya balik dengan dia boleh? Kami nak singgah makan ABC kat simpang empat. Saya sampai lambat sikitlah dekat rumah. ” Ameena hanya bicara mendatar sambil pandangannya dihalakan ke hadapan.

“Ermm.. hati-hati.” Eman membelok ke lorong sebelah kiri sambil tersenyum. Ameena hanya mencebik sendiri. ‘macam tu jer? Biasanya banyak saja soalan yang dia nak tanya.’


*********************


“KAK ZA, sampai tiga mangkuk ABC ni.. banyaknya! Saya nk dapat adik ke ni..” Ameena ketawa mengekek dengan usikannya. Cikgu Zaharah pula sudah menjeling tajam.

“Ishhh awak ni Amee. Kalau ye pun saya mengandung, bukan adik tau.. tapi anak buah awak! Umur awak tu bukan muda lagi pun. Masih belum ada pengganti lagi ke dik?” Ameena menelan liur. Pedas betul soalan Cikgu Zaharah kali ni.

“Kak Za doa – doa la.. saya ni kan bujang fasa dua. Ada ke orang nak...”

“ Kalau Cikgu Ameena, bujang fasa tiga pun ada orang nak.. bersusun beratur nak masuk line. Cuma tu lah.. line macam banyak sekatan sangat!” Ameena agak terkejut dengan suara yang tiba-tiba menyampuk. Dengan senyuman mat romeonya. Siapa lagi kalau bukan suaminya Cikgu Eman. ‘Buat apa pula mamat ni kat sini’

“Sampai pun.. ni ha, Kak Za dah pesankan. ABC kacang lebih.” Sekali lagi mata Ameena membulat memandang ke arah Cikgu Zaharah. ‘Apa? Sampai pun? Kenapa perlu Kak Za spoilkan mood saya petang – petang ni! Adui Kakakku..’ Ameena memicit – micit kepalanya yang sudah agak pening.

Eman melabuhkan duduknya bertentangan dengan Cikgu Zaharah dan Ameena. Masih dengan senyuman machonya. ‘Kau kalau nak pikat perempuan, muka jangan ketat. Kena selalu senyum. Ala senyum macam brad pitt tu ke.’ Terngiang – ngiang lagi kata – kata Fahmi di telinganya.

“Dengar – dengar Cikgu Eman sedang cari rumah yang dekat – dekat sekolah kan? Dah dapat ke? Beli terus la Cikgu.” Cikgu Zaharah menyudu perlahan air batu campur di dalam mangkuk.

“Belum jumpa Kak Za. Tak confirm lagi nak pindah ke tak. Kena bincang – bincang dengan orang rumah dulu.” Eman ketawa agak kuat. Hampir tersembur air dalam mulut Ameena.

“Kesian pula ha.. dah ada cita – cita nak ada orang rumah. Yang kat depan awak ni single Cikgu Eman. Tak nak masuk line ke?”

“Eh, Kak Za ni.. ke situ pula. Cikgu Eman tu orang ada rupa, manalah sesuai dengan saya ni. Saya ni J pula tu. Kan Cikgu Eman?” Ameena menyepak perlahan kaki Eman, supaya lelaki itu dapat mematikan terus topik tersebut.

“Aha.. bukan sebab tu Cikgu Ameena. Saya ni biasa saja. Cuma soal hati ni.. tak boleh nak paksa-paksa. Kan Cikgu Ameena?” Ameena mengangguk lega. Untung ada suami yang pandai cover line ni. Bijak pula tu. Ameena tersenyum manis ke arah Eman tanda terima kasihnya.

Namun berlainan pula dengan reaksi Cikgu Zaharah yang diam tidak berkutik. Wajahnya agak pucat dan berpeluh-peluh. Ameena dan Eman agak kehairanan. Eman tiba – tiba turut terdiam dan agak panik. ‘Aku dah salah kaki ke ni? Patut lah Amee ni steady je. Aduhh .. petaka apa la hari ni!’ Eman dengan pantas mengalihkan kakinya dari terus menggesel pada kaki di hadapannya.

“Kak Za.. sa..ya.. minta maaf. Tak sengaja. Saya ingat Ameena punya.. ka..ki.” Muka Eman sudah kemerahan menahan malu. Dengan suaranya yang perlahan – lahan dan tersekat – sekat dia cuba terangkan kedudukan sebenar. Niatnya untuk mengusik isterinya bertukar menjadi bencana pula.

“Awak sedar tak apa awak buat ni. Awak tak kesian ke dekat Ameena. Awak tahu kan trauma dia dulu. Kak Za ingat awak ni tak sama dengan lelaki lain. Tapi sungguh tak sangka. Kalau betul awak nakkan Amee ni. Buat cara yang betul.” Wajah Cikgu Zaharah sudah bertukar berang. Namun masih di kawal intonasinya supaya tidak didengari oleh orang lain. Cikgu Zaharah memaut lengan Ameena untuk pergi. Geram dengan apa yang terjadi. Namun, Ameena menarik tangan bekas gurunya itu untuk terus duduk. Eman pula sudah mengurut dahi. Tertekan dan berbelah bahagi.

“ Nanti dulu Kak Za. Cikgu Eman tak salah. Maksud saya dia salah buat macam tu dekat akak. Tapi dia tak ada niat.”

“Jangan macam tu Ameena. Dia tetap salah kalau dia buat macam tu dekat awak. Awak kena tegas benda – benda macam ni. Jangan sebab dia pernah tolong awak, awak nak maafkan dia macam tu saja.” Eman terkaku dan mulutnya melopong dengan kenyataan Cikgu Zaharah. Dia lansung tak mampu untuk membela diri sendiri.

“Cikgu Eman suami Amee.” Kedua – dua pasang mata membulat memandang ke arahnya. Ameena meneguk air liur berkali -kali.

“Eman!”

“Ya, Kak Za.. Ameena isteri saya.. dah hampir 5 bulan sebenarnya. Sebab tu la tadi... Saya ingat nak usik – usik dia saja..”

“Allahuakhbar! Alhamdulilah! Patutlah Kak Za tengok kamu berdua ni lain macam. Tapi bila? Macam mana boleh bersatu ni. Tak ada ribut tak ada apa.” Eman dan Ameena menghembus nafas lega. Cikgu Zaharah pula menyapu air mata yang gugur dengan tapak tangannya. Sungguh dia terharu. Sayang sungguh dia pada dua orang guru muda itu.

“Tapi Kak Za janji tau. Jangan cakap kat siapa – siapa. Tak ada orang tahu, kecuali Cikgu Fahmi.” Ameena menggenggam erat tangan bekas gurunya itu.

“Kenapa? Takut kena tukar sekolah? Tak ada lah.. sekarang kita kekurangan guru. Susah jugak JPN nak buat arahan pertukaran tu. Jangan risau. Sukanya Kak Za dengar berita ni. Hari – hari Kak Za doakan kamu berdua berjodohan.”

“Terima kasih Kak Za.. maaf sekali lagi. Saya betul – betul tak sengaja.” Eman masih dengan wajah bersalahnya.

“ Ya lah.. lain kali tuju betul -betul. Ukur dulu. Ini tak, main terjah saja.” Cikgu Zaharah ketawa agak kuat.

“Dah lewat ni.. Kak Za nak ambil Irfan kat rumah pengasuh kan. Amee balik dengan saya. Saya pun nak gerak dah. Malam nanti ada game.”Cikgu Zaharah bangkit dari duduknya dengan tergesa – gesa. Baru dia teringatkan Irfan masih dirumah pengasuh.

Di dalam kereta, Ameena ketawa mengekek. Eman pula hanya tersengih sambil mengeleng – gelengkan kepalanya.

“Kesian Kak Za. Apalah awak ni! Dah tak reti nak beza ke?” Ameena masih ketawa sehingga terbatuk – batuk.

“ Dah Abang pakai kasut Sayang.. mana perasan. Patutlah Abang tengok muka Sayang biasa saja. Tak lah pula Abang nak fokus kat muka Kak Za tu.” Eman menjeling sekilas ke wajah isterinya yang masih ketawa mengejeknya. Geram pula rasa hatinya.

“Itulah... Jangan suka perdajalkan orang! Balasan Tuhan la tu..” Ameena terus ketawa tanpa henti. Geli hatinya dengan insiden yang berlaku tadi. Tak pasal-pasal pula dia kena berterus terang duduk perkara sebenar. Eman nenjeling tajam ke arah isterinya. ‘Kadang – kadang perangai sayang ni boleh tahan nakal juga ya.. ingatkan kayu.. tak ada perasaan. Geli hati sangat la tu.’

Eman berpusing ke kiri dan memaut leher isterinya. Dengan pantas satu ciuman hinggap di bibir munggil itu. Hangat! Ameena terdiam. Tidak mampu berkata apa-apa. Bingung seketika. Ada perasaan lain yang timbul. Seronok? Eman tersenyum. ‘ 2-0.. pandai pun diam.. hahaha.’


*******************

MINGGU ini bermula latihan sukan bagi semua rumah sukan. Sekaligus untuk membuat pilihan kelayakan ke MSSD. Bermula lagilah kepenatan para guru di sekolah. Pagi mengajar, petang pula latihan sukan. Begitu juga para pelajar. Cuma para pelajar masih belum banyak komitmen yang perlu dipikul.

Ameena duduk di tepi padang. Cuma menjadi pemerhati. Sudah lama dia tidak terlibat dengan segala acara padang. Minatnya lebih tertumpu kepada acara akademik seperti pidato, syarahan,debat dan pantun. Namun kali ini sangat berat dirasakan tugas yang harus ditanggungnya. Mahu atau tidak dia perlu juga lakukan kerana ini adalah termasuk dalam skop pekerjaannya.

Dia memerhatikan dari jauh Cikgu Eman sedang mengajar pelajar-pelajar tingkatan satu cara-cara bermain bola baling. Entah macam mana boleh tersepasukan pula. Ameena mengeluh. Sejak dua minggu lepas mereka jarang bercakap. Biasanya Ameena akan sampai dulu. Cikgu Eman akan sampai lebih lewat kerana mengajar kelas tahap dua.

“Cikgu Ameena! Jom masuk padang semua orang dah tunggu.”Ameena mendongak dengan muka yang letih dan tidak berperasaan seperti selalu. Dia perlahan bangkit dari tempat duduknya. Malasnya bertimpa – timpa apabila melihat wajah suaminya. Entah kenapa dia seperti mahu menjarakkan dirinya daripada Cikgu Eman. Hatta di rumah pun, dia banyak mengelak tetapi setiap kali suaminya keluar, dia mula merasa kosong. ‘Apakah ini cinta? Cinta atau suka? Suka seperti aku pernah suka padanya suatu waktu dahulu.’

“Kak Min memang tiap-tiap tahun ke latih pasukan bola baling ni?” Suara Ameena akhirnya keluar walaupun kedengaran malas.

“Ya? Oh.. ya dik. Kak Min dulu macam awak juga. Malas, tak minat tapi kita kan guru. Kena tunjuk teladan yang baik la dekat pelajar. Kak Min pilih bola baling sebab tak banyak peraturan.” Cikgu Yasmin ketawa kecil.

“ Tu tengok Cikgu Zaharah. Lagi happy. Hahaha.. paling senang untuk larian. Jaga masa je. Tak perlu pun nak lari sama.” Ameena ikut ketawa. Itu memang kelakar. Ya lah. Cikgu Zaharah sudah agak berusia.

“ Tapi kan Kak Min.. kenapa kita satu padang dengan budak lelaki. Cikgu lelaki pula tu. Segan lah.” Cikgu Yasmin tidak berkedip memandang ke arah Ameena. ‘Tahu pula dia apa itu segan. Selama ni macam tak ada perasaan pun.’

“ Jangan risau lah. Kami Cuma nak ajar peraturan tidak boleh ada sentuhan untuk elak kecederaan. So bila main dengan budak lelaki ni. Diorang akan lebih hati – hati. Tak adalah nak rempuh-rempuh. Awak risau mulut Cikgu Lily? Lantak dia la adik... Dia bawa cerita apa-apa pun, kami ni masuk ikut sini kluar ikut sana.” Ameena tersenyum hambar.

“Cikgu Yasmin.. Cikgu Ameena! Dah panaskan badan ke? Kalau dah, kita boleh mulakan sekarang.” Eman mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum manis. Ameena hanya menggangguk begitu juga dengan Cikgu Yasmin.

“Baiklah, semua berkumpul di sini. Cikgu nak berikan penerangan sedikit. Siapa yang pernah main bola baling dekat sekolah rendah dulu? Angkat tangan sikit, Cikgu nak tengok.” Suara pelajar sedikit hingar apabila melihat ada kawan-kawan yang mengangkat tangan.

“Okay, tak mengapa. Yang belum pernah main, Cikgu nak terangkan peraturan permainan. Baiklah, ini garisan tengah. Balingan pertama dari pasukan pemula akan bermula di sini. Di sana garisan kawasan gol. Semua pemain boleh berada di sana kecuali penjaga gol. Penjaga gol hanya boleh berada di garisan gol. Permainan ini tidak boleh ada sentuhan kasar tetapi dibolehkan untuk menghadang dengan badan dan tangan. Tidak boleh merampas bola di tangan lawan. Menumbuk bola di tangan lawan. Tidak boleh menggunakan kaki. Permainan akan berlansung selama 7 minit untuk separuh masa pertama dan kita akan rehat selama seminit sebelum bermain untuk separuh masa kedua. Semua faham?” Eman memandang sekeliling yang masing-masing diam dan memberikan sepenuh perhatian pada taklimat. Eman memandang pula ke arah Ameena yang seperti tidak menumpukan perhatian kepada penerangannya.

“Sayang okay tak? Kalau tak okay, sayang duduk luar padang sajalah dulu.” Eman berbisik perlahan ketika melewati tempat isterinya berdiri. Ameena akur. Memang dia penat. Dia terus beralih ke luar padang. Duduk memerhatikan guru-guru lain menyusun pasukan – pasukan untuk bermain.

“Cikgu Eman, Cikgu Ameena tu kenapa?” Eman agak terperanjat apabila disapa oleh Cikgu Yasmin daripada belakang.

“ Oohh.. Cikgu Ameena tak berapa sihat katanya. Itu yang saya cakap, duduk dekat luar padang dulu. Kesian pula saya tengok.” Eman cuba mengawal riak wajahnya supaya tidak kelihatan cuak. Peluh yang merecik di dahi disapu dengan belakang tapak tangannya. Rambutnya di raup ke belakang sambil dia memerhatikan isterinya dari jauh yang sepertinya mengelamun sendirian.

Ameena termenung sendirian. Acara padang yang sedang berlansung di hadapannya sudah tidak lagi menjadi santapan matanya kerana fikirannya sudah melayang ke tempat lain. Satu persatu kenangan bersama Eman datang menerpa ke ruang mindanya. Kadang – kadang dia tersenyum sendirian. Ameena mendongak memandang ke arah langit biru. Dahinya berkerut. Matanya dipejamkan rapat.

‘Aku tak boleh bagi hati aku pada dia. Apa akan jadi pada aku, kalau dia tinggalkan aku. Macam yang Isa buat. Isa dulu pun katanya cinta aku separuh mati, tapi kesudahannya dia tinggalkan aku. Tapi hati aku ni.. hati aku ni dah jatuh cinta pada dia. Apa patut aku buat Ya Allah.. tolong lah hambaMu ini. Sesungguhnya aku takut dikecewakan lagi. Aku takut sangat hilang orang yang aku cinta. Kalau dulu Isa aku terima hanya sebab aku sukakan dia, pun aku rasa sakit. Inikan pula Eman yang aku sayang dan cinta dengan sepenuh hati aku.’

Lamunan Ameena dikejutkan dengan suara jeritan yang agak kuat dari tengah padang. Matanya terbuntang melihat aksi panas yang sedang diwayangkan di depan matanya. Kelihatan Cikgu Lily berada di bawah badan suaminya yang jatuh tertiarap. Suasana agak bising dan hingar di tengah padang. Ameena dapat melihat dengan jelas senyuman Cikgu Lily. Senyuman gersang! Ameena terus bangun dan angkat kaki. Berlalu dari situasi yang menyakitkan hatinya. Dengan hati yang sebal di melangkah ke keretanya dan meninggalkan kawasan sekolah tersebut. Panggilan daripada Cikgu Zaharah pun tidak disahutnya. Hatinya sungguh sakit. Tidak tahu mahu dilampiaskan kepada siapa kemarahannya. Tidak tahu juga mahu disalahkan siapa. Mungkin bagi orang lain hal itu, cuma biasa, Cuma insiden kecil yang tidak disengajakan tapi untuk Ameena adalah sebaliknya.


*****************************

“APA yang awak fikirkan daripada tadi tu? Saya tengok awak ni macam resah saja.” Cikgu Hashim melabuhkan duduknya di hadapan isterinya Hajah Sufiah. Hajah Sufiah mengangkat wajahnya yang jelas kelihatan resah. Dia membuang pandang ke ruang utama. Di situ kelihatan adik iparnya, Haleeda sedang menyusukan anak kembarnya. Sudah hampir dua bulan usia anak kembar itu.

“Saya risau tengok Haleeda tu. Sejak balik dari Kuala Lumpur minggu lepas, batang hidung Si Syahrul tu tak muncul-muncul. Entah apalah masalah mereka berdua tu.” Hajah Sufiah separuh berbisik. Suaranya diperlahankan seperlahan mungkin. Tidak mahu adik iparnya itu tersinggung. Cikgu Hashim mengeluh perlahan.

“Haleeda ada cerita apa-apa dekat awak? Saya bukan apa, kalau boleh tidak mahulah saya masuk campur hal rumah tangga dia. Selagi dia sendiri tidak buka mulut bercerita, saya anggap dia boleh selesaikan sendiri.”

“Sebenarnya pagi tadi saya ada terdengar Haleeda berbual dengan Syahrul dalam telefon. Haleeda ada cakap. Talak dah pun jatuh. Nanti nak selesaikan dekat mahkamah. Mereka dah bercerai ke Abang? Itu yang saya tak senang hati dari pagi tadi lagi ni.” Cikgu Hashim agak terkedu. Terdiam seketika.

“Astagfirullahala’zim.. betul ke apa yang awak dengar ni. Besar sangat ke masalah mereka berdua ni? Sampai nak bercerai berai? Allahurabbi.. anak-anak masih merah lagi.” Cikgu Hashim menggelengkan kepalanya tanda kesal. Dia membetulkan kopiah di atas kepalanya sambil bersandar. Kekecewaan terpancar jelas pada wajah tuanya. Manakan tidak, dia merupakan anak tunggal lelaki dalam keluarga itu sekaligus merangkap sebagai ketua keluarga. Dialah yang menguruskan semua kebajikan adik beradiknya sejak mereka masih kecil. Terutamanya Haleeda, adik bongsu mereka.

“Mungkin salah kita .. mungkin kita yang terlepas pandang. Mungkin kita yang tak pernah bertanya masalah mereka. Apa – apapun kita kena bincang. Tanya dia baik-baik. Biarlah dia di sini dulu. Mungkin dia balik ni pun, sebab hendak tenangkan fikiran.” Hajah Sufiah bangkit dari duduknya dan menghulurkan segelas kopi panas kepada suami. Cikgu Hashim menyambut huluran tersebut dengan senyuman hambar. Dia merasakan dia gagal sebagai ketua keluarga.

****************************

AMEENA memejamkan matanya rapat. Masih terbayang – bayang di ruang matanya kejadian petang tadi. Kerisauannya selama ini jelas sekali berasas.

‘Macam mana perempuan itu boleh muncul di situ dan boleh pula berlaku insiden panas begitu. Depan pelajar kot. Tak tahu malu ke. Eii.. geramnya!!’ Ameena menekup bantal ke mukanya. Dan dia menjerit sekuat hatinya. Namun separuh suaranya sudah diserap oleh isi bantal tersebut. Terasa lega sedikit.

‘Tok! Tok! Tok!’

Ameena mengalihkan bantal dari wajahnya dan memandang ke arah pintu. Bunyi ketukan pada pintu berulang lagi. Dia menarik nafas panjang sebelum menapak ke arah pintu. Sungguh dia takut dengan emosinya sendiri. Takut dia tumpas dengan emosi sendiri. Sebolehnya dia tidak mahu mengalirkan air mata di depan mana-mana lelaki pun. Tombol pintu dipulas dan daun pintu dikuak perlahan.

“Sayang... Abang ada belikan kuew tiaw tomyam. Jom kita makan.” Eman meredupkan pandangannya. Bibirnya mengukirkan senyuman namun wajahnya jelas kelihatan rasa serba salahnya. Ameena pula sebolehnya mengawal riak wajahnya supaya tidak ketara rasa marahnya.

“Awak makanlah.. saya kenyang lagi. Saya nak tidur awal sikit. Penat.” Ameena berura – ura untuk menutup kembali pintu biliknya. Namun tangan sasa Eman terlebih dahulu menahan.

“Sayang... Tolonglah.. jangan marah Abang. Bukan salah Abang. Sayang sendiri nampak kan. Dia yang tiba-tiba muncul kat depan Abang waktu Abang tengah lari. Tolong jangan hukum Abang macam ni.” Mata redup Eman menyoroti anak mata Ameena. Mohon seribu pengertian. Ameena pula tidak betah direnung begitu. Lantas dia berpusing dan menapak ke arah katilnya.

Ameena duduk di birai katilnya. Tunduk merenung lantai. Sebenarnya dia sendiri pun tidak tahu apa yang terjadi. Sedar – sedar sudah terhidang wayang bodoh depan matanya. Hatinya menjerit geram.

“Sayang.. sumpah.. Abang bukan macam yang Sayang fikirkan... Tolonglah percaya. Macam mana lagi Abang nak cakap dekat sayang ni.. Allah..” Eman duduk di sebelah isterinya. Memandang tepat wajah yang tidak berperasaan itu. Namun semakin lama, semakin dia memahami. Diam Ameena, tenang Ameena, riak bersahaja wajah Ameena hanyalah luaran. Di dalamnya ibarat gunung berapi yang sedang meletus.

Eman menggenggam tangan isterinya. Kepalanya tunduk mencari wajah Ameena yang tersembunyi di sebalik rambut panjangnya yang terurai. Dada Ameena semakin sesak. Terasa dia ingin menangis sekuat hatinya. Kenapa? Kerana dia merasa takut orang yang dia cintai akan dirampas pergi.. terasa tidak kuat untuk dia mempertahankan suaminya sendiri. ‘Patut ke aku mengundurkan diri terlebih dahulu sebelum hati aku lebih parah dilukai dan disakiti. Jika kali ini aku sakit lagi, maka sakitnya lagi parah dari yang dulu kerana Eman lelaki yang aku cintai sejak dulu.’

Ameena bangkit dari duduknya. Berjalan setapak ke depan membelakangi suaminya. Dia mengacip kuat giginya menahan sebak. Menarik nafas dalam mengurangkan sakit di dadanya.

“Kita berpisah.. Saya tak suka gangguan dalam hidup saya. Saya nak hidup saya Aman. Saya nak bebas tanpa ikatan” Eman terkaku seketika. Mendongak memandang ke arah isterinya. Sepetir petir berdentum mendengarkan ayat-ayat yang keluar dari bibir munggil isterinya. Eman bingkas bangkit dari tempat duduknya. Lantas memeluk erat tubuh isterinya daripada belakang. Ameena memejamkan mata. Eman menongkatkan dagunya pada bahu Ameena dengan wajah bening dan mata redupnya. Setitis demi setitis air mata jantannya gugur.

“Ameena Azzahra.. Abang tak akan sekali-kali lepaskan awak pergi. Cukup sekali Abang lepaskan Sayang pada kawan baik Abang sendiri. Dan Abang menyesal seumur hidup Abang. Tolonglah.. jangan pernah minta lagi perpisahan. Antara kita takkan pernah ada perpisahan melainkan maut.” Suara Eman tersekat – sekat menahan sebak di dadanya. Pelukannya semakin kuat.

Ameena tidak mampu lagi menahan tangisnya. Air matanya berjuraian. Tersentuh dengan pengakuan suaminya. Bermakna Eman lebih terseksa di saat mengorbankan perasaaan sendiri demi melihat sahabatnya bahagia. Ameena melonggarkan pelukan suaminya. Berpusing mengadap wajah sayu itu. Jari runcingnya lembut menyapu air mata yang gugur di pipi lelaki itu. Ameena melentokkan kepalanya pada dada Eman dan memeluk erat pinggang suaminya. Eman terkesima. Serba salah mahu membalas pelukan itu.

“Please hug me Abang.. tightly.. dan jangan lepaskan lagi... Dekat sesiapapun. Sayang milik Abang.” Kali ini Ameena betul-betul yakin dengan hatinya. Yakin dengan cinta Eman. Datanglah seribu Cikgu Lily pun, dia tak akan pernah mengalah.

Eman tersenyum dengan air mata yang masih bersisa. Air mata jantannya gugur lagi kerama Ameena Azzahra. Namun kali ini.. berbeza..

“ I love you Ameena Azzahra.” Dia membalas pelukan isterinya dengan wajah sayunya. Buat pertama kali dia menzahirkan ayat itu di bibirnya.

maaf kepada semua pembaca dan follower. sekarang ni OV sibuk sangat dengan kerja dan baby² OV. Apa pun OV cuba juga siapkan chapter ni. terima kasih kerana masih tak lupa pada Eman dan Ameena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience