BAB 11 : SURAT PERINTAH MAHKAMAH

Romance Series 52946

SEJAK minggu lepas, berita kehamilan Cikgu Ameena dicanang satu sekolah. Di mana – mana sudut pelajar berkumpul, pasti ada yang bercakap mengenai Cikgu Ameena dan Sir Isa. Tak kurang juga yang membayangkan wajah anak yang bakal lahir nanti dek kerana pasangan guru itu sama cantik dan sama padan.

“Cikgu Isa okay ke Cikgu Ameena. Sejak minggu lepas dia Cuti Sakit. Teruk ke alahannya? Minta cuti la Cikgu Ameena.. kesian dia seorang diri dekat rumah. Lelaki ni kalau alahan lagi teruk daripada perempuan. Orang tua – tua cakap kalau suami yang dapat alahan masa isteri mengandung, dia suami yang baik” Ameena mendengus perlahan. Sibuk betul la Cikgu Fariza ni. Yang Si Isa ni boleh pula dia pergi sebar cerita yang dia cuti sakit sebab alahan. Melampau! Yang nak kena hadap orang ramai.. muka ni la ha! Baik la sangat Si Isa tu.

“Dia okay saja tu. Alahan apa pula Cikgu Fariza.” Kadang – kadang Ameena terasa ingin menjerit. Melampiaskan segala rasa marah,kecewa dan geram yang terbuku di hati. Namun dia tidak mampu. Nanti tak pasal – pasal pula kena hantar Hospital Mental.

“Ya lah.. Amee mengandung ke? Kak Za ni pelik juga. Amee tak ada bagi tahu apa – apa pun. Tiba- tiba berita dah tersebar macam goreng pisang panas.” Cikgu Zaharah yang baru melangkah masuk ke dalam bilik guru sempat menangkap perbualan mereka.

“Cikgu Isa tu bergurau saja tu. Mana datang mengandungnya Cikgu Zaharah. Sekarang pun saya sedang datang bulan. Budak – budak... biasalah .. seronok bergosip..” Ameena ketawa kecil.

“Amee.. ada masalah ke.. Kak Za tengok Amee sejak kebelakangan ni tak ceria macam dulu.” Cikgu Zaharah sedikit berbisik.

“Amee okay.. Amee letih sikit kot dengan latihan – latihan untuk pasukan debat sekolah tu. Tak cukup rehat. Patutlah Cikgu Fahmi sungguh-sungguh nak pass kat Amee tugasan ni.” Ameena cuba mengelak. Anak matanya dilarikan ke arah lain tatkala bertentangan mata dengan Cikgu Zaharah.

Cikgu Zaharah memegang tangan Ameena. Digenggamnya perlahan. Ameena tunduk memandang buku rekod pengajarnya. Air jernih mula bertakung di dalam kelopak matanya. Dia tidak mampu menahan kesedihan yang disembunyikan daripada semua orang.

“Amee tahu tak, Kak Za sekali pandang Amee pun Kak Za dah tahu. Kak Za ada kat sini. Jangan tanggung sorang-sorang.” Perlahan saja suara Cikgu Zaharah. Tidak mahu didengari oleh guru lain. Ameena mengangguk perlahan. Terasa aman dengan genggaman tangan seniornya itu.

AMEENA memandang kosong ke arah ombak yang menghempas pantai. Semalam Ameer ada membuat panggilan video dengannya. Ameer cakap dia nampak kurus dan tak bermaya. Ameer sempat berseloroh yang dia bakal jadi Pak Usu.

Perit untuk Ameena ungkapkan kebenaran dari bibirnya. Kebenaran yang bakal buatkan semua orang terkesima mungkin. Kebenaran yang dia hanyalah isteri 2 minggu. Diceraikan tanpa disentuh. Janda berhias! Penceraian yang tanpa iddah. Ameena menekur sendiri. Sakit yang di tanggung tak mampu untuk diluahkan demi menjaga hati semua pihak terutamanya ibu mertuanya.

Seminggu ini dia aman dari gangguan Isa. Namun lelaki itu telah awal – awal timbulkan spekulasi mengenai kehamilannya. Apa yang patut aku buat. Hari ini dia mengambil cuti rehat kerana ingin menguruskan sesuatu. Hatinya perlu kuat. Dia perlu lakukan ini sebelum semuanya bertambah parah. Dia tidak mahu membiarkan Isa bertindak sewenangnya. Isa perlu berpijak pada realiti.

Kata – kata Ameer semalam buatkan dia membuka mata. ‘Apa pun masalah kau Kakchik, kau kena kuat! Jangan biar orang pijak – pijak kau!’ Mungkin Ameer ingat Ameena masih ada masalah dengan Cikgu Eman. Lansung dia tidak buka cerita aib rumahtangga mereka.

Kenapa Isa? Kenapa awak lansung tak beri peluang untuk saya jelaskan kedudukan sebenar. Awak terus bertukar watak apabila mendapat cerita yang tak pasti. Awak tak teliti betul – betul apa yang awak tengok. Mungkin awak terlalu muda untuk mengharungi dugaan dalam rumahtangga. Jadi akukah yang sudah tersilap langkah?

Ya Allah! Sakitnya untuk melupakan dia. Ameena menekup mulutnya. Hanya air mata yang mengalir. Suara tangisnya ditahan daripada keluar. Dia teringat saat keterujaannya menerima lamaran daripada Isa. Saat teruja dia melihat Isa begitu memujanya dengan hasil lukisan potretnya. Adakah bahagia bukan milikku lagi Ya Allah. Ameena menghamburkan lagi tangisnya. Tangisnya yang di tahan selama ini. Biarlah hanya pantai yang menjadi saksi tangisan yang terakhirnya ini. Aku, Ameena Azzahra binti Tuan Zulkifli.. takkan pernah terima lagi Isa Rayyan bin Datuk Ismail dalam hidup aku.


ISA merenyukkan surat daripada mahkamah yang diterimanya. Isa menangis sendiri. Dipeluknya bantal kemas – kemas di dadanya. Membayangkan Ameena dalam dakapannya.

B akan terima Honey seadanya. Kenapa Honey nekad nak tinggalkan B. Walaupun Honey tak jujur dengan B,tapi B tetap boleh terima. Salah B sebab terlalu cepat lafazkan talak. Honey.. jangan tinggal B.. B tak boleh hidup tanpa awak.. B janji nak jaga anak Honey macam anak B sendiri.

Isa mengubah kedudukannya. Merengkuk. Masih memeluk erat bantal tidurnya. Satu persatu kenangan bersama Ameena muncul. Dari saat pertama kali dia melihat wajah itu sehinggalah ke alam perkahwinan yang cuma dua minggu.

B menyesal sebab lepaskan Honey malam tu. B terlalu terburu – buru. Berilah B peluang kedua sayang. Jangan buat B macam ni. Honey.. i need you! You are my soul..

Ratapan Isa membawa ke lena dengan surat mahkamah masih di tangannya. Buat pertama kalinya jiwa lelakinya kalah. Kalah dengan seorang perempuan. Rindunya untuk menatap wajah kesayangannya itu begitu kuat. Hampir sasau jadinya.

“HONEY tak boleh buat B macam ni. Apa benda semua ni? Honey memang betul – betul nak lupakan kisah kita ke.. please sayang.. jangan buat macam ni.” Isa memegang kuat lengan Ameena. Isa tidak melepaskan peluang sebaik sahaja ternampak Ameena melewati kelasnya. Pelajarnya ditinggalkan seketika bersama latihan yang telah diberikan.

“Isa.. berpijak di bumi yang nyata. Kita takkan boleh bersama lagi. Kita kena laporkan juga. Cerita yang kemudian biar Allah yang tentukan. Ada jodoh, ada lah.” Ameena cuba berkompromi. Ameena memandang ke arah Isa. Penampilannya agak serabai. Tidak seperti kebiasaan. Kemeja tidak dirapikan dengan kemas. Rambut juga agak serabai. Timbul rasa kasihan di hatinya.

“Okay, kita selesaikan dulu yang ini. Apa – apa pun kita kena buat ni. Awak berilah kerjasama. Tak susah pun kan. Pergi mahkamah dan ikut prosedur yang ditetapkan.” Ameena memandang Isa penuh harapan.

“B tak nak.. sayang.. B tak nak kehilangan Honey.. please..” Isa menekan pelipisnya. Air mata mula bergenang. Biarlah.. dia tidak malu untuk menangis di depan Ameena. Diraup rambutnya ke belakang. Tali lehernya dilonggarkan demi mencari ruang untuk bernafas.

Ameena menarik lengan Isa ke sudut hujung koridor yang agak tersorok. Bimbang orang nampak keadaan Isa yang semakin tidak keruan itu. Kebetulan sekarang waktu pembelajaran berjalan. Jadi tiada orang yang lalu lalang di situ.

“Isa.. Awak memang dah lepaskan saya. Jadi awak kena selesaikan benda apa yang awak dah buat. Selesaikan dengan cara baik. Andai ada jodoh lepas ni saya tak menolak.” Isa memandang Ameena dengan rasa ragu. Dia tidak percayakan perempuan itu . Perempuan itu pernah menipunya sekali.

Isa menarik Ameena ke arah tangga. Disitu agak sunyi dan terlindung. Dia menolak Ameena rapat pada dinding. Mencengkam agak kuat kedua bahu Ameena. Kali ini dia lebih berhati-hati dengan serangan balas bekas isterinya itu. Membulat mata Ameena diperlakukan begitu. Menyesal dia bersimpati dengan lelaki itu. Isa memang tidak dapat dijangkakan tindak tanduknya.

“Isa.. sudah lah! Lepaskan sayalah” Ameena cuba meloloskan dirinya namun tidak berjaya. Kakinya tersekat disebalik kain yang dipakainya membuatkan tidak dapat membuat serangan balas menggunakan kakinya.

“B tak percayakan Honey lagi! Mungkin B kena sentuh Honey sekali. Baru Honey takkan tinggalkan B.” Isa tersenyum penuh makna.

“Jangan buat kerja gila la Isa! Kau tak takut Tuhan ke?”Ameena betul-betul berang dengan Isa kali ini.

“Kenapa? Come on la Honey.. you dah biasa buat. Takkan dengan B tak boleh..” Isa meredupkan pandangannya. Dipandang bibir munggil bekas isterinya. Nafsunya membuak ditambah dengan bau minyak wangi Ameena. Isa menghimpit rapat tubuh Ameena. Ameena makin sesak nafas.

“B.. please.. bukan kat sini..” Dalam payah Ameena cuba bersuara.. separuh merayu. Dalam kondisi ini dia perlu lebih bijak. Dalam waktu yang sama dia sangat kecewa kerana Isa tak pernah percayakannya. Mahu kembali bersama dengannya tetapi tetap membangkit isu yang dia pernah terlanjur. Mengandung anak haram. Isa.. Isa.. kau memang hanya mahukan aku tanpa kau mahu mengenali aku.

Isa melepaskan cengkamannya apabila tersedar yang Ameena semakin sesak nafas.

“Baiklah.. selepas selesai urusan mahkamah, kita terus kan seperti yang kita rancang sebelum ni.” Ameena mengangguk. Bukan niat untuk berbohong tapi hanyalah untuk melepaskan diri dari keadaan yang merbahaya.

“Macam saya cakap. Selagi anak ni masih dalam perut saya. Saya akan terima awak. Tapi kalau awak selalu buat saya stress tak mustahil saya boleh keguguran.” Isa berubah riak. Takut dengan ugutan Ameena. Dia mengangguk. Membiarkan Ameena berlalu. ‘Anak cacing? Anak tekak? Anak mata?’ Ameena hanya mampu mengomel di dalam hati. Malas dia mahu menerangkan apa – apa. Baginya Isa ada otak untuk fikir sendiri. Untuk analisa sendiri apa yang berlaku depan matanya. Kalau itu pun dia tak mampu.. macam mana dia nak kemudi alam rumah tangga?

“BRO.. kau okay ke?” Eman melabuhkan punggung di sebelah sahabatnya. Permainan Isa di gelanggang agak kaku. Banyak hilang tumpuan. Malam ini hanya mereka bermain tanpa Cikgu Fahmi. Isa tersenyum kelat.

“ Aku okay bro.. kenapa? Nampak tak okay ke?” Isa meneguk air mineral yang masih bersisa. Bakinya di jiruskan di atas kepalanya.

“Kau tak boleh berkasar dengan isteri. Isteri ni anugerah Allah pada kita. Untuk kita jaga sebaiknya. Hatinya pun kita tak boleh sakiti inikan pula badannya.” Isa tercengang memandang Eman. Macam mana dia tahu. Ameena mengadu apa – apa ke.. Lidahnya kelu untuk berkata – kata.

“Tak ada orang pun sampaikan apa – apa kat aku. Tapi aku nak minta maaf.. aku ternampak kau bergaduh kat tangga hari tu. Tak sengaja.” Eman membetulkan urat lehernya tanpa memandang ke arah sahabatnya.

“ Kau dengar apa – apa ke?” Isa sudah mula cuak.

“ Telinga aku tak lah boleh dengar jarak jauh. Tapi mata aku ni tak rabun!” Eman menggeleng. Aku dah lepaskan dia pada kau. Tapi kau lansung tak menghargai. Eman berpaling ke arah lain. Menyembunyikan amarah dan geramnya.

Masih jelas di mindanya macam mana Isa memperlakukan kepada Ameena. Namun dia tidak boleh masuk campur hal rumahtangga orang. Dari jauh dia mengepal penumbuk. Nak sahaja di belasah Si Isa masa tu tapi mengenangkan kawan, dia sabarkan hatinya.

“Aku ikut emosi masa tu. Tapi dah settle dah.”

“ Istighfar banyak – banyak. Fikir sebelum bertindak. Jangan ikut rasa saja! Dah la, jom sambung game.” Eman bingkas bangun meningalkan Isa yang masih terpinga – pinga.

Permainan diteruskan lagi. Kadang – kadang Eman melibas dengan kuat bulu tangkis sehingga terkena muka Isa. Tak dapat tumbuk dapat smash dengan bulu tangkis ni pun jadi dah!

“MAK.. anak kawan mak hari tu.. masih ada lagi ke?” Eman tersengih memandang Hajah Sufiah. Hajah Sufiah pula agak terkejut dengan pertanyaan tiba – tiba anak sulungnya itu.

“Mak tak adalah pula dengar berita kematian ke apa.. kenapa?” Hajah sufiah kelihatan agak gusar. Namun jawapan Hajah Sufiah mengundang tawa kepada anaknya.

“Mak ni.. ke situ pula.. maksud Along.. Masih belum berpunya lagi ke..” Kali ini soalan Eman mengundang senyum pada bibir tua Hajah Sufiah.

“Nanti mak tanyakan. Along dah terbuka hati ke?” Hajah Sufiah memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Doanya Allah makbulkan.

“ Mak risik – risik la dulu. Tapi Along tak nak kenal lagi dia. Along nak kenal lepas kahwin saja. Macam mak dengan abah. Seronok juga kan?” Eman tersenyum nakal kepada emaknya. Hajah Sufiah menggelengkan kepalanya. Ada sahaja ulahan nakal dari anaknya itu.

“Hmm.. bagus la tu Along.. Abah bukan apa.. lepas ni Abah nak senang lenang minum kopi kat rumah pula..” Eman ketawa kuat dengan kata – kata Haji Hashim. Tak sah kalau tak kelakar. Tersiksa sangat kot abah asyik di asak soalan yang sama oleh mak.

Along dah sedia untuk lupakan dia mak. Along terima apa yang mak fikir baik untuk Along. Yang penting mak bahagia. Abah pun suka. Eman memandang syurganya silih ganti dengan ketawa yang masih bersisa.

USAI solat Zohor, Ameena cepat – cepat menuju ke perpustakaan. Tidak mahu pelajarnya tertunggu – tunggu. Hari ini akan ada latihan debat untuk mereka. Pasukan itu terdiri daripada 5 orang termasuk 2 peserta simpanan. Nuraina sudah tersenyum dari jauh melihatkan gurunya berjalan agak laju.

“Assalamualaikum cikgu!”

“ Waalaikumussalam.. maaf cikgu lambat sikit. Solat kejap tadi.” Ameena tersenyum penat. Mereka bersama – sama melangkah masuk ke perpustakaan.

“Cikgu Ameena.. maaf tanya.. betul ke cikgu mengandung?” Haifa dari tingkatan 5 sastera melontarkan satu soalan yang agak jujur. Ameena tersenyum lagi sambil kening berkerut.

“ Haifa.. kalau cikgu mengandung pun tak salahkan. Tapi sayang.. cikgu memang tak mengandung pun. Korang ni, datang sekolah membawang saja ya?” Ameena menjenggilkan matanya kepada Haifa dan ketawa.

“Kami sukalah.. kalau cikgu mengandung. Tak sabar nak tengok muka anak cikgu. Ikut muka Sir Isa ke..ikut muka Cikgu Ameena.” Haifa ketawa perlahan. Nuraina pula hanya tercengang. Dia memang tak pernah ambil pusing soal gosip liar di sekolah itu.

“ Pandai ya kamu semua. Diam – diam, macam – macam kamu semua mengata saya. Dah la.. jom kita teruskan latihan.” Ameenah tersenyum senang. Apa yang diharapkan berita sebelum ini dapat dibetulkan. Dia tahu Haifa pasti akan sebarkan apa yang dia cakap tadi.

Ameena meneliti setiap perkataan yang keluar dari mulut wakil – wakil debat tersebut. Kadang – kadang dia mencelah. Membetulkan dan menambah baikkan pengunaan ayat – ayat supaya menjadi lebih padu. Nuraina pun sudah nampak yakin dengan dirinya. Pertandingan peringkat Daerah akan bermula 2 minggu lagi. Dia perlu pastikan mereka tidak kalah. Gelaran juara perlu kekal menjadi milik mereka.

“ Assalamualaikum.. maaf lambat sikit.” Terpacul muka Cikgu Eman di hadapan mereka. Kali ini Cikgu Eman juga akan bersama – sama melatih pelajar terbabit. Ameena hanya memandang kosong. Marahnya pada lelaki itu masih bersisa tetapi di buang jauh – jauh.

“Semua muka baru ya? Cikgu Fahmi ke yang buat pemilihan?” Cikgu Eman separuh berbisik. Dia mengambil tempat bertentangan dengan Ameena. Debaran Eman tatkala memandang wajah itu tetap hadir walaupun cuba diusir sejauh mungkin.
“Kecuali yang tu, nama dia Nuraina. Dia bekas pelajar saya. Saya nak asah bakat dia. Saya rasa dia boleh.” Cikgu Eman mengangguk tanda bersetuju. Ameena pelik. Tiada bangkangan ke?

“Tajuk apa ni?”

“ Media sosial boleh menyebabkan masyarakat kurang bergaul. Sebelah kanan pembangkang dan yang sini kerajaan.” Cikgu Eman menganggukkan lagi kepalanya.

“Boleh tukar posisi tak? Bagi Nuraina ketua pembangkang. Nanti bila pasukan dia jadi kerajaan, letak dia sebagai Perdana Menteri.” Ameena mengangkat kening. Sedikit kurang yakin dengan cadangan Cikgu Eman.

“Saya yakin dia boleh. Saya nampak awak dalam diri dia. Otak dia ligat. Percayalah.” Cikgu Eman melemparkan senyuman manisnya. Ameena mengalih pandang.

“ Baiklah.. seterusnya tukar ya.. sebelah sini kerajaan.. sana pula pembangkang. Nuraina, Cikgu Eman nak awak ambil posisi ketua pembangkang. Hujung nanti awak kena buat penggulungan. Tak apa.. senang saja.” Ameena dapat lihat Nuraina mulai kaget. Dia kalau boleh tidak mahu terus campakkan Nuraina ke tahap itu lagi. Namun, memandangkan Cikgu Eman dah bagi jaminan, Ameena cuba menurut.

“Satu benda saya nak pesan, bila dapat tajuk.. terus senaraikan pro dan kontranya. Supaya senang. Kalau jadi pembangkang pun senang, jadi kerajaan pun senang.” Begitu serius Cikgu Eman memberi penerangan.

Sesi latihan berjalan lancar. Masih banyak perlu diperbaiki memandangkan banyak muka baru. Harapan Ameena supaya mereka berjaya lakukan yang terbaik.

ISA memandang sayu ke arah Ameena. Kenapa begini takdir mereka. Sungguh berat hatinya untuk melepaskan Ameena namun dia sedar hubungan mereka sudah lama berakhir. Dia memandang lama wajah Ameena.

Kenapa kau pilih untuk berlaku tidak jujur dengan aku Ameena. Sedangkan kau tahu macam mana aku sayangkan kau. Macam mana aku cintakan kau.

Kedua – dua belah pihak mendengar dengan teliti sebutan kes yang dibacakan oleh peguam syarie. Ameena hanya tenang tanpa sebarang perasaan sedih lagi. Dia bakal bebas dari gangguan Isa.

Ameena melihat Isa mengangguk dan mengaku di atas kesalahannya yakni melafazkan cerai di luar mahkamah pada 4 bulan lepas. Maka hakim mengesahkan talak telah jatuh keatasnya dan tiada tempoh iddah ke atasnya. Ameena tersenyum hambar. Gembira? Tiada perempuan yang gembira untuk memegang status janda. Namun sekurang – kurangnya dia dapat bernafas dengan tenang.

Ameena terlebih dahulu keluar dan beredar dari kawasan mahkamah meninggalkan Isa yang masih meratapi kehilangannya. Biarlah.. dia tidak mahu ambil peduli. Giliran kau pula untuk meratapi nasib kau. Untuk kembali pada kau mungkin Cuma dalam mimpi. Aku tak mungkin akan kembali kepada orang yang tidak pernah percayakan aku. Selamat tinggal kasih yang bersulam dusta.


MINGGU ini Ameena telah berjanji dengan ibunya untuk pulang bermalam di sana. Sudah lama dia tidak bermalam di sana. Ibu cakap ada kejutan. Entah apa kejutannya pun dia tak pasti dan malas untuk mengagak.

Dia nekad kali ini dia perlu berterus terang tentang kedudukan rumah tangganya yang telah terbelah dan hancur. Salah bukan padanya. Dia tidak perlu ada rasa takut.

Ameena memandu perlahan menyusuri jalan utama yang agak sesak. Sudah menjadi kebiasaan seperti itu apabila tiba hujung minggu.

Ameena membelok masuk ke perkarangan vila keluarganya. Sunyi seperti biasa. Bilalah rumah ni nak ada budak kecil. Seronok juga main dengan budak – budak.

Dia melangkah masuk setelah memberi salam. Matanya membulat memandang figura seseorang di dalam rumahnya. Air matanya mula bergenang. Lambat-lambat dia berjalan menuju ke tengah ruang tamu sambil menahan air mata dari gugur. Insan yang telah membuatkan dirinya diceraikan. Insan yang telah terpalit sama fitnah yang amat keji.

siapakah insan yang telah membuatkan Ameena diceraikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience