AMEENA memandang sayu ke arah pesisiran pantai Teluk Cempedak. Baru semalam dia merasa bahagia. Di saat dia berikrar mahu menyerahkan segalanya untuk suaminya tatkala itu juga dia di duga. Salah siapa? Dia tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada penghantar gambar – gambar tersebut. Kesalahan besar adalah pada bekas suaminya. Tanpa sempat dia diberikan peluang untuk menerangkan kedudukan sebenar. Dia diceraikan dengan penuh benci.
Ameena menyeret bagasinya. Sementara menunggu teksi yang akan membawanya pulang ke Kuala Terengganu. Betapa kejamnya kau Isa. Kau tinggalkan aku disini begitu sahaja. Inikah yang kau katakan cinta. Senang dipengaruhi oleh orang lain tanpa kau mencari tahu terlebih dahulu kebenarannya. Sumpahku akan ku bawa ke mati. Tiada lagi sayang untuk sesiapa pun.
“Eh, Cikgu Ameena! Mana Cikgu Isa?” Eman yang kebetulan mahu ke keretanya terserempak dengan Ameena yang kelihatan agak lesu. Ameena memandang benci ke arah Eman. ‘Kalau aku tahu kau yang punya kerja aku bunuh kau hari ni juga! Tapi aku tak ada bukti. Takkan aku nak jadi macam Isa keparat tu. Menuduh tanpa usul periksa'. Eman mengangkat keningnya apabila Ameena merenungnya lama.
“ Isa ada masalah keluarga. Makcik dia kemalangan. Dia balik KT dulu malam tadi.” Jawab Ameena malas. Dia tahu jawapannya langsung tak logik dan akan mengundang tanda tanya. Malas nak karang cerita lebih-lebih bila hati sedang sakit.
“Kenapa tak balik sekali je malam tadi. Ni nak balik dengan apa? Ada orang hantar ke?”Ameena hanya membiarkan soalan tanpa jawapan. Dia hanya duduk di bangku dan memandang laut. Perlu ke aku jawab.
“ Amee... saya tanya ni.. ada orang hantar ke?” Eman begitu risau. Ameena pula agak terkejut mendengarkan Eman menyebut nama manjanya. Tak ramai yang memanggilnya dengan nama itu. Ada satu detikan yang kurang enak di hatinya. Sukar digambarkan. Seperti ditiup satu semangat yang luar biasa.
“ Ada.. tadi call teksi.” Ameena menjawab pendek.
“ Biar betul. Jauh tu! Nak naik teksi. Bahaya la.. Isa ni pun satu. Selalu buat sesuatu tak fikir. Balik saja la sama-sama!” Jelas kerisauan di wajahnya. Tanpa dia sempat mencurigai apa – apa pun.
Ameena mengecilkan anak matanya. Memandang Eman daripada sisi. Sambil otaknya ligat berfikir. ‘Kau ke sial? Kenapa hati aku ni merasakan kau dalang semua ni. Kau kenal Isa tu macam tu, jadi kau ambil kesempatan atas kelemahan dia.’
Kelihatan satu teksi memasuki perkarangan hotel tersebut. Ameena langsung bangun untuk melihat nombor pendaftaran teksi tersebut. Namun cepat sahaja dipintas oleh Eman. Eman bercakap sesuatu dengan pemandu teksi itu dalam dialek pahang. Sangat laju tanpa sempat ditangkap oleh Ameena. Kemudian dia mengeluarkan beberapa keping duit kertas berwarna biru dan menghulurkan kepada pemandu tersebut.
“ Cikgu Eman ni kenapa? Saya tahu cikgu tak suka saya. Tapi janganlah kenakan saya macam ni. Dari tadi tau saya tunggu teksi ni. Sekarang macam mana?” Ameena bengang apabila teksinya sudah berpatah balik dan keluar daripada perkarangan hotel tersebut.
“ Tak ada macam mana lagi. Jom ikut saya. Saya pun nak balik K.T hari ni.” Tegas bunyinya. Pantas tangannya menarik bagasi bekas pelajarnya itu. Ameena terkesima. ‘Senangnya kau nak atur hidup aku! Kau siapa?’
“ Cikgu Eman. Saya tak nak ikut cikgu. Lagipun tak elok. Saya ni isteri orang.” Ameena masih cuba berbahasa. Walaupun dia kalau boleh tak mahu pandang pun wajah lelaki itu apatah lagi untuk bercakap.
“Jangan degil la Amee. Telefon Isa sekarang. Cakap kat dia saya hantarkan awak. Saya ni kawan dia takkan dia nak cemburu. Ke awak nak suruh saya belasah suami kesayangan awak tu sebab tinggalkan awak kat sini sorang- sorang?” Ameena menjenggilkan matanya. Biarpun nada Eman sedikit mengendur tapi ianya mengandungi ugutan. ‘Kau nak belasah ke.. kau nak bunuh dia sekalipun.. aku tak kisah la. Tapi kalau dia telefon si Isa ni.. kang dia tahu pula kisah kami.’
“Okay. Saya ikut awak sebab awak kawan suami saya.” Ameena menelan liurnya. ‘ Bekas suami la! Bekas suami tak guna!’
“Maaflah kereta saya tak la semewah kereta suami awak. Tapi boleh la untuk sampai ke KT tu.” Isa menarik tali pinggang keledar dan diketatkan. Ameena menjeling dan memandang ke arah lain. Nak duduk kat belakang rasa macam tak beradab pulak. Duduk depan kena layan dia membebel pulak.
“Kenapa tak balik sekali?” Eman masih membutuhkan jawapan dari soalannya tadi. ‘ kau ni saja nak korek rahsia ke apa. Nak tahu rencana kau dah berjaya ke belum? Ishh Amee.. tak baik kau fitnah dia. Kau ada bukti ke?’ Ameena memandang Eman. Lantas mengangkat bahu dan berpaling.
“ Dalam rumah tangga kena ada tolak ansur. Tak boleh pentingkan diri. Kena sama-sama susah. Senang pun sama-sama. Tak bolehlah nak ikut kata kita je. Kena faham juga kedudukan orang lain.” Eman sudah mulakan ceramahnya. Seolah-olah dia sudah berpengalaman dalam rumahtangga. Ameena mengangguk. Malas untuk menjawab apa – apa pun. Fikirlah apa kau nak fikir pun. Aku nak rehatkan otak aku ni.
Eman memandang sekilas Ameena di sebelahnya. Punyalah dia bagi nasihat panjang lebar, rupanya Ameena dah lena diulit mimpi. Eman tersenyum sendiri. Meneruskan pemanduannya sambil melayan lagu kesukaannya.
Why don't you love me?
Touch me, tell me I'm your everything
The air you breathe
Why don't you love me, baby?
Open up your heart tonight
Cause I could be all that you need,
Why don't you love me?
Why don't you love me?
See I'm just too scared to tell you the truth
Cause my heart it can't take anymore
Broken and bruised, longing for you
And I don't know what I'm waiting for
Ameena memejam rapat matanya. Dia hanya berpura- pura tidur. Dia mendengar dengan jelas setiap bait – bait yang dinyanyikan oleh Cikgu Eman. ‘Ni kalau perempuan lain dengar ni. Confirm jatuh hati ni. Suara dia sedap gila. Seksi pun ya. Tapi kenapa sedih sangat suara dia ni. Menghayati sungguh – sunguh dia ni! Kalau masuk AF mesti juara. Dah la rupa elok.. suara sedap. Eh, elok ke?’ Ameena tersenyum sendiri. Telinganya terus melayan nyanyian demi nyanyian dengan suara serak-serak basah bekas mentornya itu.
“Sorry.. dah sampai mana ni?” Ameena terpisat – pisat membuka matanya. Dia benar – benar tertidur.
“Saya telefon Cikgu Isa tadi. Dia bagi lokasi rumah baru awak.” Bagai nak luruh jantung Ameena. Dia dah tahu semua ke?
“Ehemm.. Isa bagi tahu apa lagi.” Ameena berdehem seolah-olah tersekat kahak di kerongkongnya.
“Terima kasih sebab tolong hantarkan isteri kesayangan dia. Makcik dia baik – baik saja.” Eman menjawab bersahaja. Keretanya membelok masuk ke Taman Pusara. Tidak lama kemudian berhenti di hadapan sebuah rumah banglo. Di situ tercegat berdiri mantan suaminya. Ameena hampir menyinga. Apa benda ni?
“Hai Cikgu Ameena.. kita dah sampai ni. Turunlah. Hal selebihnya selesai kat dalam la ya. Tu dah tercegat buah hati awak tu” Ameena menjeling sekilas kepada Eman sambil tangannya membuka tali pinggang keledar yang dipakainya. Jangan cakap si Isa tu duduk kat rumah aku ni dah la.
“ Bro! Sorry susahkan kau. Aku betul – betul panik malam tadi. Kau tau lah nak tunggu perempuan bersiap lambat pula. Tu aku balik dulu.” Isa bersalaman dengan sahabatnya itu. Ameena pula hanya buat tak endah. Malas hendak ambil pusing. Apa yang paniknya pun tak tahulah.
“ Okay bro! Aku gerak dulu. Apa – apa nak minta tolong bagi tau.” Eman kembali masuk ke dalam perut keretanya dan perlahan – lahan beredar. Tinggallah mereka berdua yang sedang di amuk perasaan tak menentu. Ameena sudah berdiri di muka pintu rumahnya.
“ Kau kenapa minta dia hantarkan kau pula? Saja nak bagi tahu orang yang aku ni tak guna?” Isa betul-betul berubah. Tiada lagi kelembutan dalam ucapannya. Tipulah kalau hati Ameena tidak terasa. Cuma dia terus kentalkan hatinya. Tidak mahu menangis kerana seorang lelaki. Kau akan melutut pada aku suatu hari nanti, Isa Rayyan!
“Anyway, thanks sebab bagi location kat Cikgu Eman. Saya penat. Saya masuk dulu. Thanks juga sebab tunggu kat depan ni” Ameena berura-ura mahu menutup pintu sebelum empangan air matanya pecah.
“ Wait!” Isa menghampiri Ameena di pintu.
“Aku nak kau tutup mulut. Jangan bagi tahu sesiapa pun. Mama aku tak boleh terima berita mengejut. Jantung dia tak kuat. Kalau tak, cerita sundal kau, aku canang satu malaysia.” Membuntang mata Ameena. Hendak saja dimakinya lelaki keparat itu. Namun mengenangkan jiran sebelah menyebelah dia hanya beriak beku. Dia menutup pintu perlahan. Kat mana dia nak tinggal kalau tak nak mamanya tahu. Ah, buat apa aku nak ambil peduli.
AMEENA melihat telefon pintarnya buat kesekian kalinya. Ibu menjemputnya makan tengah hari esok kerana lusa Abang Long dan Abang Ngah akan pulang ke Sabah. Kalau dia pergi sendirian, pasti ibunya pelik. Takkan aku nak minta si keparat tu temankan aku. Ameena memejamkan matanya sambil berbaring di atas katilnya. Katil yang baru dibelinya bersama bekas suami dua minggunya. Kedengaran ada pesanan melewati telefonnya.
‘ ESOK PUKUL 12 AKU DATANG AMBIL KAU! IBU KAU CALL AKU TADI. AJAK MAKAN TENGAH HARI. KENAPA KAU TAK JAWAB PANGGILAN DIA? MENYUSAHKAN BETUL!’
Ameena menyeka hujung matanya. Air matanya mengalir perlahan. Tipulah kalau dia lansung tiada rasa sedih. Hati dia bukan batu. Dia pun tidak berani nak cakap apa – apa pada keluarganya. Perkahwinannya masih baru. Silap-silap Isa mati kena tembak dengan Abang Ngahnya.
Ameena memerhati sekeliling biliknya. Semua benda di situ mengingatkannya kepada Isa. Satu persatu kenangan manis muncul di mindanya. Adakah kerana dia terima Isa bukan atas dasar cinta. Sebab itu rumah tangga mereka terus dilanda badai dan taufan. Baginya cinta itu boleh hadir kemudian. Dia cuma kagum dengan cara Isa melayannya. Cara Isa memandangnya. Cara Isa melamarnya. Baginya Isa sangat menghormatinya sebagai seorang perempuan.
Dia rindukan Ameer waktu ini. Ameer akan selalu gembirakannya apabila dia sedih. Namun Ameer tidak boleh tahu lagi. Ameer sedang melalui hari – hari pentingnya. Kalau Ameer tahu, silap – silap hari bulan terpacul muka dia kat depan rumah ni. Ameena menutup matanya. Mengingati setiap saat bersama Isa. Susah untuk dia melupakan. Baginya Isa terlalu sempurna untuknya. Namun sekejapan Isa boleh berubah hanya dengan melihat sesuatu yang tak pasti. Kau memang bodoh! Ameena menekup wajahnya dan menghamburkan segala kesedihannya disitu sehingga dia tertidur.
“ISA dah lama ke kenal dengan Ameena ni?” Kartini menyendukkan nasi dan meletakkan di hadapan menantunya. Isa mengangguk. Ini kali kedua dia menjejakkan kaki ke rumah itu kerana kesibukan mereka mencari kelengkapan untuk rumah baru mereka. Yang mana tak sempat pun diorang diami bersama.
“ Tak la ibu. Is kenal dengan anak ibu ini semasa hari pertama dia lapor diri dekat sekolah kami mengajar sekarang.” Isa paksakan bibirnya untuk tersenyum. Ibu mertuanya tidak boleh tahu. Kalau tak, sekejap sahaja berita itu akan sampai kepada mamanya.
“Macam mana la kau boleh terpikat dengan budak cengeng ni. Dia ni manja sangat, kau tahu tak?” Arief ketawa dan memandang ke arah adiknya Ameena. Ameena membeliakkan matanya ke arah Abang Ngahnya tanda protes. Lupa seketika yang Isa ada di situ bersama keluarganya.
“Bang Ngah, kau jelous kan? Sebab kau kecil – kecil ibu dah buang kau kat asrama.. kami boleh duduk rumah.. seronok!” Ameena ketawa agak kuat. Namun tawanya beransur mengendur apabila terpandang Isa di sebelahnya.
“ Is, kau okay ke? Abang Long tengok kau diam je dari tadi. Gaduh ke? Ke kena buli dengan minah ni.” Aryan tiba – tiba menebak.
“ Eh, tak ada lah Abang. Saya okay. Penat sikit kot. Honey bagi B sayur tu boleh.” Isa tersenyum senang sambil memegang tangan Ameena.
“Kau jangan cuba protes! Kalau tak aku buat apa yang aku cakap.” Isa berbisik perlahan di telinga Ameena sambil melirik senyuman palsu apabila mantan isterinya itu cuba menarik tanganya daripada genggaman Isa.
“ Is, kau tak jumpa lagi adik dia kan? Diorang kalau bergabung, habis la kau!” kali ini Angah ketawa lebih kuat.
“Adik? Ameena ada adik? Saya ingat dia bongsu.” Isa bertanya kehairanan.
“Biar betul kau tak tahu Is. Ameer! Kau tak pernah cerita pasal Ameer ke Kakchik. Takkanlah!” Semua mata terarah kepada Ameena sekarang. Lebih – lebih lagi ibu mereka, kartini. Tuan Zulkifli yang dari tadi asyik dengan telefonnya pun turut sama mendongakkan kepalanya.
“Maaf ho..ney tak cakap.”
“Don’t be.. it’s okay..” Isa sudah rimas untuk berada lebih lama di situ. Dia sudah tidak berminat untuk ambil peduli mengenai Ameena. ‘Lantak kau la Ameena! Kesian ibu dengan Ayah kau. Hidup – hidup kau tipu mereka. Patutlah senang sangat kau terima lamaran aku. Nak suruh aku jadi pak sanggup!
Makan tengahari di rumah Tuan Zulkifli hari itu dipenuhi dengan gelak ketawa anak – anaknya. Tanpa mereka sedari sandiwara yang sedang dilakonkan oleh Ameena dan Isa.
“SAYA tak suka awak pegang – pegang saya. Awak nak berlakon macam mana pun saya tak kisah. Janji jangan pegang – pegang saya. Kita bukan suami isteri lagi.” Penuh ketegasan pada nada suara Ameena. Isa yang sedang memandu menyeringai ketawa. Sangat sinis kedengaran.
“ Ooo... kau tak suka ke? Aku ingat kau suka yang haram macam tu. Sepatutnya kau bersyukur aku tolong kau. Kalaulah family kau tahu pasal anak haram dalam perut kau tu. Kau rasalah apa reaksi mereka.” Isa ketawa sinis. Hatinya begitu sebal kerana jatuh hati pada orang yang salah. Ameena hanya diam membatu. Malas nak jelaskan apa – apa pun. Tidak ada gunanya lagi. Kalau Isa tahu perkara sebenar pun, hatinya tetap sudah tawar.
“Kenapa kau diam? Dah tak ada benda nak cakap? Ya lah.. nak menafikan dah tak boleh kan sebab dah ada bukti.” Isa mengetap giginya beberapa kali.
“ Hmm.. betul la tu apa yang awak cakap. Terima kasih sebab sudi temankan perempuan kotor ni.”
“ kenapa? Nak raih simpati aku? Sorry la.. sekali aku ludah aku takkan jilat dah!” Sinis sekali kedengaran dek pendengaran Ameena. Tiada siapa tahu. Hatinya sedang menangis tatkala itu. Tangisan yang tak mampu dia zahirkan. Biarlah.. bercakaplah.. hinalah aku ni.. selagi kau mampu.
EMAN duduk menyandar pada tiang seri rumahnya mengadap ke arah televisyen. Matanya tertancap tepat pada skrin televisyen tersebut namun fikirannya telah menerawang jauh memikirkan hal tempoh hari. Separuh hatinya telah menerima suratan yang terjadi namun hal yang berlaku di depan matanya membuatkan dia berfikir banyak kali mengenai Ameena Azzahra. Pelbagai soalan yang timbul.
Masih melekat di ruang mindanya kejadian tempoh hari di mana Ameena tiba – tiba menangis di dalam tidurnya. Sehingga teresak – esak. Berkali-kali dia menyeru nama Ameena namun wanita itu tidak menyahut. Sudahnya dia biarkan saja dan meneruskan pemanduannya. Dalam dengar dan tidak Ameena menyebut ‘jantan sial’.
Eman mengerutkan keningnya, terus berfikir. ‘ Takkanlah Ameena tujukan kepada Isa. Ameena bukan jenis yang suka – suka hati maki orang kalau orang tak buat hal dengan dia. Ataupun dia tujukan pada aku. Ya lah.. aku ni kan memang musuh dia. Eman tersenyum sendiri.
“ Along.. senyum sorang – sorang. Mak tengok kat tv tu berita dunia. Berita pasal bencana. Tapi awak boleh pula senyum – senyum.” Hajah Sufiah yang sedang melipat baju hairan melihat tingkah anak sulungnya. Lama dia perhatikan. Sekejap berkerut kening. Sekejap senyum. Sekejap mengeluh. ‘Apa kenalah kamu ni Eman’.
“Ya ke Along senyum. Mak tu kot salah tengok. Ke mak nampak muka Abah ni.. Abah, mak rindu abah tu! Tu lah abah.. asyik ngopi kat kedai saja. Dah rindu dah isteri abah ni” Eman ketawa kuat bila dapat mengenakan Emaknya. Hajah sufiah menggelengkan kepalanya.
“Abah bukan tak nak mengopi kat rumah. Nak sangat. Tapi bila start nak hirup, mak awak dah tanya.. Abah dah pujuk ke belum Along tu.. Nak saja Abah jawab.. biar Abah la terima anak kawan mak tu..” Kali ini abahnya pula ketawa. Haji Hashim memang seorang yang kuat berseloroh. Dia merupakan bekas pengetua pencen. Memang tak kering gusi bila dia bercakap. Apa yang keluar dari mulutnya semua mengundang tawa anak – anaknya. Hanya Hajah sufiah yang selalu serius.
“Cikgu Hashim.. dah tua – tua baru teringin ke..?” Tajam sekali sindiran Hajah sufiah. Dia bangun dan membawa baju yang dilipatnya ke dalam bilik sambil menjeling suaminya yang sedang galak ketawa bersama anak sulungnya.
“ Abah..”
“ Ya.. kenapa..” Haji Hashim memandang Eman dengan kaca mata sudah di lorotkan ke bawah sedikit.
“ Terima kasih” perlahan suara Eman berbisik.
“ Untuk apa? Mak baru?” Kali ini ketawa mereka meletus lebih kuat. Hajah sufiah hanya menggeleng kepala sambil tersenyum sendiri dalam biliknya. Itu baru seorang anaknya kat rumah. Kalau lima – lima orang ada. Macam nak pecah rumah ni dengar mereka ketawa.
KERETA myvi hitam milik Ameena perlahan - lahan memasuki ruang parkir sekolah. Hari ini hari pertama untuk sesi baru persekolahan. Semalaman dia tidak dapat melelapkan matanya memikirkan suasana yang akan dihadapinya nanti. Namun apa yang diharapkannya, Allah dapat memberikan ketenangan kepada hatinya untuk menghadapi segala – galanya.
Ameena menyelusuri laluan ke bilik guru dengan jiwa yang tidak bersemangat. Tiada lagi senyuman manis yang selalu terukir di bibirnya. Dari jauh kelihatan Cikgu Fahmi sedang memandang gerak lakunya. Disisinya berdiri Cikgu Eman Al Hadi.
“Selamat Pengantin Baru Cikgu Ameena.” Teguran dari Cikgu Fahmi membuatkan Ameena mengangkat pandangannya. Dia tersenyum hambar. Manakan tidak.. pengantin baru yang Cuma seketika.
“Terima kasih Cikgu Fahmi.. Cikgu Eman..” Ameena senyum lagi dan berlalu.
“Kenapa tu?Cikgu Isa mana? Tak nampak pun.” Eman menjungkit bahu dengan keningnya sedikit terangkat. Pertanyaan Cikgu Fahmi dibiarkan tanpa jawapan. Sudahnya mereka berlalu ke dewan untuk perhimpunan pembukaan sesi bahri persekolahan.
Ameena memandang mejanya dengan hati yang galau. Dulu, setiap pagi dia akan melihat hadiah – hadiah yang diletakkan di atas mejanya. Kenapa semua benda disekelilingnya mengingatkannya pada Isa. Sungguh dia bencikan perasaan itu. Tangannya menarik perlahan laci mejanya. Disitu terdapat satu bungkusan coklat berserta satu nota. Dia tidak sempat membaca nota tersebut kerana sibu dengan urusan pelajarnya. Lantas dia membaca nota pendek tersebut.
Why don't you love me?
Open up your heart tonight
Cause I could be all that you need,
Why don't you love me?
Why don't you love me?
Ameena merenyukkan bingkisan nota tersebut. Sebagaimana renyuknya kertas itu, begitulah renyuknya juga hatinya. Dia bangkit dari kerusinya dan keluar menuju ke dewan.
“Morning honey..” Tatkala kakinya mahu memasuki pintu dewan telinganya menangkap satu suara di belakangnya. Suara yang cukup di bencinya. Dia malas berpaling. Hanya melangkah tanpa mempedulikan. Sepantas itu Isa menarik tangan Ameena supaya jalan beriringan dengannya.
“ You know what? Starting from today.. I will make your life truly disaster! Lets play girl..” Isa tersenyum sumbing. Ameena pula sudah semakin sebal. Tatkala mereka memasuki dewan kedengaran tepukan gemuruh bergema satu dewan. Tepukan daripada para pelajar yang ingin meraikan hari bahagia mereka. Ameena dan Isa sama – sama tersenyum manis. ‘ If you still virgin and didn’t pregnant. Surely, we are very happy now. But you are liar!’ Isa mendengus di dalam hati dan menzahirkan pada genggaman tangannya yang kuat mencengkam tangan Ameena.
Ameena sebal terpaksa duduk bersebelahan mantan suaminya. Untung perhimpunan itu hanya berlansung setengah jam. Kalau tak boleh gila jadinya. Dengan Isa tak habis – habis mengambil kesempatan ke atasnya. Hatinya sakit. Kadang – kadang tangan Isa sengaja mendarat di atas pehanya. Kadang – kadang Isa sengaja menggeselkan bahunya. Terasa mahu menjerit dan memberitahu satu dunia. ‘Dia hanya mantan suamiku. Dia hanya suami untuk dua minggu!’
“HONEY.. kenapa kau sejak jadi janda ni semakin cantik ya. Oo.. lupa.. seri ibu mengandung. Tapi malangnya.. anak haram!” Ameena sangat terkejut apabila mulutnya ditekup dari belakang dan tubuhnya di tarik masuk ke dalam bilik pendidikan seni. Hanya matanya dapat melihat wajah gila Isa Rayyan. Tubuhnya tersekat antara dinding dan tangan sasa lelaki itu. Puas dia meronta dengan mulut yang ditekup. Namun Isa tidak sedikit pun mahu melepaskannya.
“Kau dengar sini perempuan! Aku tak suka kau rapat dengan Cikgu Fahmi lagi. Atau mana – mana guru lelaki di sekolah ni. Kau memang tak tahu malu ke? Suami orang pun kau nak sapu?” Air mata Ameena mula berjujuran. Hanya matanya memberi isyarat mohon dilepaskan.
Isa tidak tahu kenapa hatinya sakit setiap kali melihat Ameena berbual dengan guru lelaki lain. Setiap kali Ameena melemparkan senyumannya ke arah lelaki lain, jiwanya tersiksa.
“ Kenapa? Kau bukan suka ke benda haram macam ni? Yang halal bukan makanan kau kan! Ni anak haram ni.. mana bapak dia?” Isa mengusap perut Ameena dan tersenyum sumbing. Selepas itu wajahnya mendarat pada leher Ameena yang masih berlapikkan tudungnya. ‘Ya Allah bantulah aku!’ Ameena hanya mampu berdoa di dalam hati.
Isa menjadi tidak keruan setiap kali menghidu bau minyak wangi Ameena. Segala kenangan manis antara mereka akan menerobos ke ruang mindanya tatkala itu. Dia rindu kehangatan bibir mantan isterinya itu. Biarpun hanya sekali dapat merasai bibir itu. Tapi rasanya melekat terus di ingatannya.
“ Bro! Kau ada kat dalam ke?” Eman menolak pintu bilik kesenian dan menjenguk ke dalam. Dia agak terkesima melihat adegan romantis suami isteri itu. Pantas dia keluar semula.
“Bro! Kau memang dah tak ada rumah ke?” Eman separuh berbisik daripada luar pintu. Dia menggelengkan kepalanya dan tersenyum.
“Kau kenapa masuk tak ketuk dulu!” Isa tersengih seperti kerang busuk tatkala muncul di muka pintu. Rambutnya agak serabai dan kemeja yang dipakainya juga agak tidak kemas.
“Bro.. balik rumah la! Selama ni kau tak pernah bising pun kalau aku masuk tak ketuk pintu. Sekarang tak boleh pula!” Isa mengangkat kening sambil memegang belakang lehernya.
“ Aku call kau tak angkat. Cikgu fahmi ajak masuk gelanggang malam ni. Dah lama tak masuk kan..” Eman menyinsing lengan bajunya ke paras siku. Rambutnya di raut ke belakang.
“Okay bro. On!” Isa tersengih lagi menampakkan barisan giginya. Dia sepertinya sedikit gelisah dan sesekali memandang ke dalam bilik tersebut. Eman seakan faham dengan gerak geri sahabatnya itu.
“ Okay.. jangan bukan – bukan. Dah waktu balik kan.. balik rumah sajalah. Barulah tak ada gangguan..” Eman berlalu meninggalkan mereka disitu. Ameena yang mendengar di dalam berasa sebal. Maknanya dia berdua lagi.
“Isa! Tolong jangan ganggu saya lagi. Saya terima apa sahaja hinaan dan makian awak. Jadi janganlah ganggu saya lagi. Saya rasa kita kena daftarkan penceraian ni. Awak tak boleh buat saya macam ni. Saya tak ada iddah. Awak tahu kan!” Ameena memberanikan dirinya.
“So ko nak acah-acah janda berhias la. Kesian. Kau lupa anak kat dalam perut kau. Kau tetap tak boleh kawin dengan sesiapapun. Selagi anak haram kau tu tak keluar!”
“What ever Cikgu Isa. Sekali lagi awak ganggu saya. Saya tak akan teragak – agak beritahu keluarga awak pasal kita.” Ameena berlalu keluar dari bilik itu.
“ Dah sedia nak jadi artis ke!” Giliran Isa pula membalas. Hatinya sakit apabila Ameena membalas bersahaja setiap kata- katanya. Tiada lansung riak sedih atau kecewa kerana diceraikan.
“Apa salahnya! Kalau itu yang boleh buatkan kau jauhkan diri dari aku! Kau ingat ya Isa! Kau bukan sesiapa dalam hidup aku. Jangan ganggu aku lagi. Jangan sampai aku main gila! Kau belum kenal aku siapa. Kalau kau betul – betul nak kenal.. silakan! Aku diam bukan bererti aku lemah.. tapi aku malas nak layan orang gila talak macam kau ni!”
Isa terkejut dengan perubahan 360 darjah bekas isterinya itu. Dia tidak pernah kenal sisi Ameena yang begitu. Terlopong dia dengan perubahan Ameena yang tiba – tiba itu. ‘ kena rasuk ke dia ni?’ ke pembawakan budak?’ Dia hanya memandang Ameena pergi dengan ekor matanya. Seketika kemudian dia tersenyum. ‘ Kenapa aku ni? Kenapa aku rasa geram sangat bila tengok dia marah. Dia tak jujur kot. Bekas orang pula tu!’
Share this novel