BAB 12 : RAHSIA TERUNGKAI

Romance Series 52946

“SURPRISE!”

Ameer tersenyum ke arah Ameena, namun senyumannya mengendur apabila melihat wajah sugul kakaknya. Wajah itu seolah ingin berkongsi sejuta duka di hati. Ameer melangkah menuju ke arah Ameena. Dihulurkan tangannya bersalaman dan memeluk erat kakak kesayangannya.

“Adik.. bila kau sampai.. kenapa kau tak bagi tahu pun nak balik. Ibu mana.” Ameena seakan menahan tangis.

“Semalam kak. Kau kenapa kak. Kau tak sihat ke? Mengandung?” Ameena menggeleng lemah.

“Lama ke kau balik?”

“Sebulan. Sebelum start aku punya praktikal. Tapi aku praktikal kat sana juga. Tak boleh apply sini.” Ameer memandang simpati ke arah kakaknya.

“Kakchik.. kau ada nak bagi tahu aku apa-apa ke? Aku dah balik ni. Aku balik sebab aku rindu kau tau!” Ameer cuba memujuk. Mata Ameena melilau ke arah dapur dan sekitarnya. Setelah memastikan ibunya tiada di situ, dia memegang tangan Ameer dan mengheretnya keluar.

“ Ameer.. kalau aku bagitahu kau.. janji tau! Kau jangan marah.” Ameena meredupkan pandangannya.

“Kenapa? Cik Man tu buli kau lagi ke?” Ameer seakan menyinga.

“Cik Man?” Ameena mengerutkan keningnya.

“ Cik Man.. Cikgu Emanlah! Lembab lau kau ni Kakchik. Sejak dah kahwin ni makin lembab pulak otak kau ni..” Eman dan Ameena ketawa kuat. Hilang sebentar kesedihan hatinya. Ameer tak pernah gagal buat dia ketawa.

“Bukan lah.. tak ada apa – apa lah.. tak payah cerita la.. aku dah tak sedih dah sebab dapat jumpa kau dik.”

“Kau ni kan Kakchik kadang – kadang aku rasa nak tumbuk pun ada juga. Masa video call aku hari tu bukan main muka kau nampak sedih. Ni aku dah balik tak nak cerita pula!” Ameer tunjuk muka tidak puas hati.

“Eh, hidup lagi rupanya Apek yang kutip tin tu.” Ameena tiba-tiba memandang keluar pagar. Ameer turut sama tercari – cari sebab setahunya pakcik cina tu dah lama mati.

“Kau cari apa?”

“Apek tu la! Mana?”

“Ni kat depan aku ni!” ketawa Ameena pecah.

“Eii.. sengal la kau ni Kakchik.. penat aku cari.” Ameer menyauk leher Ameena dengan lengannya yang sudah agak berotot.

“ Sakit lah! Kau cucuk protein ke ha? Tengok habis dah tudung aku!”

“ Padan muka!” Kali ini Ameer pula ketawa kuat tambah – tambah melihat muka cemberut kakaknya yang sedang membaiki tudungnya yang tidak terletak elok.

“Honey!” Ameena terkejut dengan sergahan Isa yang tiba – tiba muncul. Dia ikut aku ke? Ameer juga tercengang.

BUK!

Satu tumbukan padu mengenai pipi kanan Ameer. Ameer yang terkejut dengan tumbukan itu pantas membalas tanpa tahu apa sebab dia ditumbuk. Pantang baginya orang tiba – tiba datang menyerangnya. Ameena sudah kaget melihat pergelutan itu, beberapa kali mereka jatuh tersungkur. Masing – masing tidak mahu beralah. Boleh mati kalau dibiarkan ni.

“Hei.. Isa berhentilah.. kenapa dengan awak ni?” Namun jeritan Ameena tidak di endahkan. Ameena lantas menolak Isa kuat dan memeluk Ameer kemas untuk meleraikan namun Ameer masih meronta-ronta untuk berlawan.

“ Kau kenapa gila! Kenapa kau tumbuk aku?” Ameer masih tak puas hati. Dia kenal wajah itu. Isa Rayyan , suami kepada kakaknya. Tapi kenapa lelaki itu tiba – tiba menumbuknya.

“ Honey! Jadi ini yang you nak? Kembali kepada jantan tak guna ni!” Isa bangun berdiri dan mengesat sisa darah pekat yang mengalir di tepi bibirnya dengan belakang tangan. Bengang melihat Ameena memeluk kemas lelaki tersebut. Kalau dengannya berdiri sebelah pun tak nak. Selalu menghitung dosa. Dengan jantan ni tak berdosa pula.

PANG!

Satu tamparan tepat mengenai pipi kiri Isa. Pedih dan panas terasa.

“Honey.. you tampar B sebab lelaki tak guna ni?”Isa merasa sangat sakit. Bukan kerana di tampar.. tapi kerana hatinya di hiris dengan kejam. Ameer pula memandang geram kepada abang iparnya. Ada ke patut dia cakap aku lelaki tak guna. Aku ni balik sini pun guna duit sendiri tau. Kerja part time nak beli tiket. Kalau Ayah tahu matilah aku!

“ Stop it Isa! Stop panggil aku Honey! Aku benci kau tahu tak?” Ameena menjerit agak kuat. Dia penat dengan semua yang terjadi.

“Astaghfirullahala’zim.. Ameena! Ya ,Allah.. Kamu ni kenapa? Ibu tak pernah ajar anak ibu derhaka pada suami.” Kartini berlari anak daripada dapur menuju ke luar rumah kerana kedengaran sayup – sayup suara orang menjerit. Sungguh dia hilang sabar apabila mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut anak perempuannya. Tambah terkejut apabila melihat wajah menantu dan anak bongsunya lebam dan berdarah.

“Ya Allah! Kamu berdua ni pula dah kenapa? Ameer kamu bergaduh dengan abang ipar kamu ke?” Kartini membelek kedua – dua anak dan menantunya. Sungguh dia tidak faham apa yang terjadi. Dia jadi bingung dengan situasi itu. Nasiblah Tuan Zulkifli tiada di rumah.

“Ameer? Abang Ipar.. maksud ibu, ini Ameer? Adik Ameena?” Isa bertambah kusut. Apa yang aku dah lakukan ni. Allahurabbi apa yang aku dah buat. Dia memandang wajah Ameena yang sedang mengawal nafas yang kelihatan agak laju.

“Ya! Aku Ameer! Terima kasih lah dengan salam perkenalan kau tadi. Tak pernah aku jumpa sebelum ni. Okay la juga. Boleh test power!” Ameer menyeringai. Kesakitan pada perut dan mukanya mula terasa. Isa kembali tercengang dan memandang Ameena . Keningnya sedikit terangkat meminta penjelasan.

“Honey.. can you explain this? Apa benda semua ni!” Isa kelihatan agak tegang. Seolah – olah dirinya sudah ditipu lagi. Ameena bengang. Ya lah... Cuma kau sajalah yang selalu kene tipu. Cuma kaulah yang selalu jadi mangsa.

“Ya ! Dia dia ni yang kau cakap lelaki tak guna ni adalah adik aku! Satu – satunya adik yang aku ada. Kenapa? Kau nak cakap aku tipu kau lagi? Isa, yang tak guna tu kau! Bukan dia ni.” Ameena sudah tidak tahan dengan perangai Isa yang selalu merasa dirinya adalah mangsa.

PANG!

Satu tamparan singgah di pipi Ameena. Tamparan sulung Kartini akhirnya diterima oleh anaknya sendiri. Berlinang air matanya. Terasa dirinya gagal menjadi seorang ibu. Adakah kerana dia terlalu sibuk dengan firma suaminya sehingga anaknya tidak mendapat didikan yang sempurna.

Mulut Ameena terus terkunci dek kerana terkejut dengan penangan tangan ibunya. Ibu tak salah.. ibu tak tahu apa – apa. Ameer laju menerpa ke arah kakaknya. Memeluk Ameena dalam dakapannya. Dia pelindung Ameena yang setia. Tapi kali ini dia kecundang. Ameena hanya diam menahan air mata dari gugur.

Suara Isa juga turut tersekat dikerongkong. Dia bimbang Ameena akan membongkarkan segalanya.

“Honey... We go anywhere please.. we need to discuss” Isa cuba memujuk. Beberapa kali liurnya di telan. Seolah – olah tersekat dikerongkong.

“Stop it Isa! Stop calling me with that! I hate it! Don’t you get it?” Ameena cuba mengawal intonasi suaranya. Penat dengan manusia yang tidak faham bahasa. Manusia yang pentingkan diri sendiri!

“Ameena Azzahra! Mengucap Kakchik. Apa pun masalah cuba bawa berbincang. Syurga kamu tu.” Suara kartini sedikit mengendur.

“Dia bukan syurga Kakchik lagi ibu..” Ameena mula menangis hiba

“Honey.. please.. dont..” Kali ini Isa pula yang berjuraian air mata. Apakah segalanya sudah tamat baginya.

Ameena berjalan laju ke arah keretanya. Dia mencapai satu sampul surat dan kembali ke arah ibunya.

“Dear, dont do this. Please..”

“Dont ever you touch me!”

Ameena menghulurkan sampul itu kepada ibunya. Huluran bersambut dengan perasaan keliru seorang ibu. Kartini membelek satu persatu gambar di dalam sampul tersebut. Tiada apa yang pelik, hanya gambar Ameena dan Ameer.

“Kenapa dengan gambar ni?” Sungguh, Kartini begitu keliru sehingga sampailah ke ultrasound bayi yang masih belum nampak sifat. Dan juga tertera satu nota pendek. Kartini mengucap panjang tatkala membaca nota itu. Tahulah dia bahawa anaknya di fitnah. Kartini terus menerpa dan memeluk anaknya. Sayu hatinya sebagai seorang ibu. Penyesalan datang kerana menampar Ameena tanpa tahu kenapa anaknya bertindak begitu. Dia mengusap lembut pipi anaknya.

Isa meramas –ramas rambutnya. Otaknya kusut. Dia memandang Ameena yang sudah bermandikan air mata dalam pelukan ibunya.

“Sayang, hari ini Is dah tahu kebenaran. Kita baiki hubungan ini. Maafkan dia ya. Kita manusia tak lari dari kesilapan.” Menitik juga air jernih dari kelopak mata wanita separuh abad itu.

“Ibu, hati Kakak dah tawar. Dia bukan syurga kakak lagi. Dia dah ceraikan kakak. Dia ceraikan kakak selepas dua minggu usia perkahwinan kami. Dia ceraikan kakak tanpa beri peluang untuk kakak jelaskan. Kenapa kakak perlu beri dia peluang Ibu. Kakak benci dia ibu!”

“Allahurabbi.. Is, kenapa sampai macam tu sekali.. buat kat anak ibu. Jadi selama ini kamu berdua hanya berlakon depan ibu?” kartini beriak kecewa.

“Ibu.. Is tahu Is salah. Bagi peluang dekat Is ibu. Bagi peluang Is betulkan kesalahan Is.” Isa sudah terduduk. Beberapa kali memegang kepalanya.

“Ibu tak boleh nak paksa. Bagi Ameena masa. Kalau lepas ni dia nak rujuk semula dengan Is, Ibu tak ada masalah. Semua bergantung pada dia.” Kartini menganggap ianya adalah kesilapan jiwa muda. Isa pula sudah beriak cuak. Rujuk?

“Ibu.. kakak dengan dia tak mungkin bersama lagi. Antara kami tak ada iddah. Kalau ada pun dah lama tamat waktu tu.. Kami tak boleh rujuk.” Makin hiba tangisan Ameena. Sekali lagi kartini mengucap panjang. Ameer hanya menjadi pemerhati. Memang dia geram. Tapi dia biarkan dulu.

“Kita kahwin semula sayang. B janji b takkan sia – siakan sayang. B janji.” Sungguh Isa menyesal. Ameena tak pernah mengandung. Dia gadis suci. Aku yang salah. Kenapa aku terlalu bodoh.

“Baliklah Isa.. Aku dah penat dengan kau. Aku penat nak layan orang macam kau ni. Baliklah! Beri aku ruang untuk bahagia. Hati aku tak ada lansung nama kau. Aku tak mungkin akan terima kau lagi. Kau lelaki paling tak guna yang aku pernah jumpa. Dayus!

Kau ceraikan aku di saat hati aku dah bersedia terima kau. Kau hina aku. Kau keji aku. Kau letakkan maruah aku dekat tapak kaki kau. Kau ingat kau siapa.. hah? Tak cukup dengan itu kau buat pulak hidup aku kucar kacir dengan cerita – cerita bodoh kau.

Kau tak habis – habis bangkitkan isu aku mengandung anak haram. Sekarang aku kotakan janji aku. Tak ada bayi pun kat dalam ni, Isa. Jadi aku tak akan nikah dengan kau semula. Baliklah..”

Makin berjuraian air mata Isa. Dia berusaha untuk bangun dalam kepayahan. Aku memang bodoh. Macam mana aku nak mengadap papa dan mama. Dia memandang lama ke arah bekas isterinya. Jelas Ameena sangat tersiksa. Ameena tidak pernah menangis waima ketika diceraikan pun,dia lansung tidak menangis. Tidak berkutik. Tidak menjawab sepatah perkataan pun. Bahkan tiada kata merayu. Betapa kau pendam dan kau telan semuanya, sayang.

“Ibu.. Is minta maaf..” Kartini hanya mengangguk tanpa sebarang kata. Siapa dia untuk menghukum. Sakit itu memang tidak boleh dinafikan.

“Ameer.. Im sorry.” Ameer hanya buat tak endah.. Dia menarik Ameena ke dalam pelukannya dan membawa kakaknya ke dalam vila tersebut. Cukup la dia melihat segala derita kakaknya selama ini. Patutlah selepas kahwin, Ameena tidak banyak berhubung dengn dia. Aku ada Kakchik. Sesiapa pun tak akan boleh sakiti kau lagi..

DATIN suria berjalan mundar mandir di ruang tamu. Menantikan kepulangan anak sulungnya. Sungguh bagai nak luruh jantungnya. Sudah hampir 4 bulan anak dan menantunya bercerai? Patutlah selama ni, bila datang sini, macam – macam alasan tak nak bermalam di sini. Tak pernah dibuat orang, nikah 2 minggu lepas tu cerai.

“Awak kenapa ni Su? Tak sihat ke?” Datuk Ismail mula pening melihat isterinya yang tak senang duduk.

“Abang.. kalau Su tak sihat.. dah lama Su baring saja atas katil tu!” Geram pada anak,suami pula jadi mangsa.

“Eh, Su ni.. Abang tanya.. pun nak marah. Kenapa ni?” Datuk Ismail memandang isterinya dengan dahi yang berkerut seribu.

“Tak tahu lah saya nak cakap macam mana. Kita didik anak – anak ni tak kurang lansung. Su ni sanggup berhenti dari jadi model sebab nak jaga anak – anak dengan tangan sendiri. Tapi anak kita ni, bila dah besar tak jadi orang!”

“Lah.. siapa yang awak cakap ni Su?” Semakin pening Datuk Ismail dengan bebelan Datin Suria.

“Abang tahu tak? Anak sulung abang tu, buat masalah. Nama saja cikgu tapi buat keputusan melulu. Langsung tak fikir baik buruknya. Sakit dada Su ni. Geram sungguh dengan budak bertuah tu..” Datin Suria memandang jam di dinding. Kemudian berpaling ke arah pintu. Masih belum nampak bayang anaknya.

“Is dah ceraikan Ameena abang.. patutlah hati Su ni macam tak sedap saja setiap kali tengok muka Ameena tu. Kesiannya menantu mama. Dua minggu nikah dah kena cerai.” Datin Suria ketap bibir menahan geram.

“Assalamualaikum..” Lemah sekali suara Isa. Datin Suria yang tadinya berapi dengan amarah terdiam melihat susuk tubuh anaknya yang lemah longlai. Isa melabuhkan duduknya di atas sofa bersebelahan mamanya. Kepalanya dilentokkan di bahu mamanya demi mencari sebuah kekuatan. Kekuatan yang dia sendiri musnahkan.

Datuk Ismail merenung ke arah anak sulungnya. Hendak dimarah tetapi kasihan.

“Is berilah Ameena masa. Jangan paksa dia. Yang mama tak faham sekarang ni siapa yang cuba rosakkan rumahtangga kamu ni. Kamu tak siasat ke siapa yang hantar gambar-gambar tu.” Kasihan dan marah bercampur aduk terhadap anaknya itu.

“Is lansung tak beri dia peluang Ma.. Is ingat lagi dia datang pada Is. Dia senyum. Bahagia sangat dia tapi Is dah musnahkan sekelip mata. Dia benci Is sangat – sangat Ma.” Kali ini Isa merebahkan pula kepalanya di atas ribaan mamanya. Datuk Ismail tidak mampu berkata apa – apa. Isa kelihatan menanggung kesakitan yang dalam. Kesakitan yang berpunca daripada dirinya sendiri.

“Tolong Is ma... tolong pujuk Ameena ,Ma. Is boleh mati macam ni, Ma.” Datin suria sudah mati akal. Melihatkan keadaan Is begitu dia tidak tahu untuk berbuat apa.

“Is tak boleh macam ni. Is kena bagi Ameena masa. Jangan paksa dia. Nanti mama cuba pujuk dia.” Datin Suria cuba memujuk anaknya. Isa mengangguk perlahan. Walaupun dia tahu harapannya tipis. Dia masih ingat pandangan mata Ameena. Penuh kebencian. Dia gagal menjadi seorang suami yang baik.

AMEENA melangkah perlahan memasuki bilik mesyuarat. Latihan debat terpaksa di batalkan hari ini berikutan mesyuarat tersebut. Ameena melabuhkan duduknya di kerusi. Masih belum ramai guru yang hadir. Beberapa hari ini, hidupnya aman tanpa gangguan Isa. Sejak hari kebenaran terungkap, lelaki itu terus menyepi.


Ameena mengangkat muka setelah lama merenung meja. Terpampang di hadapannya wajah Isa yang sedang merenungnya. Ameena melarikan pandangan. Hatinya mula berasa tidak senang. Isa seolah – olah belum menyerah pada takdir. Pandangan yang tajam itu buat Ameena resah sendiri. Baru ingin merasa hidup yang aman tanpa gangguan.

Usai sahaja mesyuarat, Ameena melangkah laju keluar dari pintu. Jam sudah menunjukkan 2 suku petang. Sepatutnya Ameer sudah sampai. Dia bergegas ke bilik guru untuk mengambil barang – barangnya. Sedikit merasa aman kerana Isa tiada di situ. Terasa seperti pelarian. Dengan Cikgu Zaharah juga dia tidak sempat bertegur sapa. Seperti dikejar dek hantu.

Ameena berjalan laju menuju ke arah tempat parkir kereta. Mungkin Ameer sudah lama menunggunya. Matanya tertancap pada tiga susuk manusia yang sedang berborak sakan. Patutlah hatinya merasa tidak senang. Ameena mendekati tiga susuk manusia itu.

“Honey, lamanya.. pergi mana?” Isa tersenyum manis ke arah Ameena yang mula mempamerkan riak tidak senang.

“ Saya ambik barang.. ada apa ni?” Ameena memandang ke arah Ameer meminta penjelasan.

“ Saya nampak Ameer tadi, mula – mula tak cam. Dah tengok lama – lama baru teringat. Kacak dah sekarang. Sado!” Cikgu Eman menepuk – nepuk bahu Ameer yang sudah tersengih – sengih. Banggalah tu! Ada yang memujinya.

“Kami gerak dulu la Abang Is, nanti jumpa kat rumah.” Ameer menarik tangan Ameena yang masih tercengang. Bimbang rahsia terbongkar. Kakaknya itu bukan boleh dihitung perangai gilanya.

Isa memandang sepi kereta Ameena yang telah keluar daripada kawasan sekolah.

“Aku tengok Cikgu Ameena tu macam tak ceria mana. Penat saja mukanya. Masa aku jumpa kat latihan debat hari tu pun, dia macam tak bersemangat mana. Kenapa tu bro? Ke betul ada isi?” Eman memandang ke arah Isa yang kelihatan agak susut.

“ Eh, tak adalah! Hari tu memang ingat dia ada isi tapi negatif. Penat kot. Lately ni, memang dia cepat penat.” Isa cuba sebolehnya untuk mengelakkan sebarang syak wasangka.

“Tak apalah.. insyaAllah, nanti adalah rezeki tu..” Eman gelak kecil. Dalam hatinya hanya tuhan yang tahu. Separuh hatinya telah merelakan.. separuh lagi, belum sepenuhnya boleh melupakan. Disebabkan dia tahu hukumnya menyimpan hati pada isteri orang, dia cuba sedaya upaya memadamkan segalanya

“IBU, Is nak jumpa isteri Is.. please..” Isa meredupkan pandangannya ke arah ibu mertuanya.

“Is, Ameena bukan isteri Is lagi. Is tak boleh macam ni. Is tak boleh paksa dia.” Kartini cuba menenangkan bekas menantunya yang kelihatan tidak terurus.

“Tapi dia masih bukan isteri siapa – siapa kan ibu? Is tahu dia tunggu Is. Ibu bagi Is peluang ya..” Isa memujuk lagi. Wajahnya kelihatan begitu kusut. Dengan rambut yang tidak rapi seperti selalunya.

“Is, ibu ini tak ada hak nak bagi peluang bagi pihak Ameena. Kalau ibu bagi peluang pun, tak guna kalau hati Ameena dah tertutup untuk Is.” Kartini cuba bertegas. Dia sudah mula kasihan dengan keadaan bekas menantunya. Boleh dikatakan setiap hari Isa akan datang. Memujuk Ameena. Nasib baiklah dia tak buat gila semasa waktu sekolah.

“ Cikgu Isa, Kau ni kenapa hah? Kau ni memang tak reti bahasa ke? Oh, lupa! Kau kan Sir Isa. Mana faham kan. Go on! Get lost! Ni mesti kau faham kan?” Ameer muncul menghangatkan suasana. Mata Isa kemerahan. Bengang dengan kata – kata kasar Ameer.

“Ameer... dah, pergi masuk. Jangan masuk campur.” Kartini bersuara agak keras tetapi dengan nada rendah. Tidak mahu didengari jiran – jiran.

“Ibu, kakak bincang dengan dia sekejap.” Ameena yang muncul dari tingkat atas meminta izin dari ibunya. Dia sudah bosan. Penat. Ameer akan pulang tak lama lagi. Tiada lagi orang yang akan lindungi dia. Dia kena berdikari. Dia perlu hadapi sendiri keadaan ini. Dia perlu cari jalan supaya Isa give up dengannya.

“Duduklah..” Ameena bersuara malas melihat Isa yang bangun dari duduknya ketika melihat dirinya hadir di situ. Yang ada hanya rasa kasihan pada bekas suaminya itu. Dia tidak boleh terima Isa hanya atas dasar kasihan. Hatinya sudah banyak terluka. Isa tak pernah cuba mencari kebenaran. Sampai sekarang pun, dia tidak cuba mencari siapa gerangan yang mencipta fitnah itu. Sampai sekarang pun Isa tak pernah cuba mengenali dirinya. Yang dia tahu hanya dirinya semata.

“Honey.. kita nikah semula ya.. B tak boleh hidup tanpa honey. Honey pun tunggu B kan? Sebab tu sampai sekarang Honey belum terima siapa – siapa.” Isa memandang Ameena penuh harapan. Ameena mengeluh perlahan. Sungguh! Jiwanya penat. Isa tak pernah faham. Aku mungkin terlalu lama bertemankan rasa sakit dilukai sehingga tiada lagi rasa sayang untuknya.

“Isa.. apa yang menurut awak manis untuk awak, tidak semestinya manis untuk saya. Awak sayang saya?” Isa mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada bibir mungil itu dengan teliti. Dia mengangguk dan tersenyum.

“Andai awak sayang.. lepaskan saya sepenuhnya. Sebab saya nak bebas dari awak. Itulah yang termanis untuk saya.” Ameena melemparkan pandangannya ke arah lain. Tidak mahu lagi memandang wajah yang pernah memijak maruahnya sehingga lumat. Menanam rasa sayang dan cintanya pada lelaki di pusara hidup yang tak bernisan.

“But its bitter and bitterest for me, Ameena!” Suara Isa sedikit meninggi. Tidak mahu menerima permintaan bekas isterinya.

“Inilah masalah awak. Apa yang awak fikir, semuanya hanyalah tentang awak. Bukan tentang orang lain. Ada awak fikir apa yang saya nak? Tak pernah kan?” Ameena pula membalas dengan suara yan lebih tinggi. Ameer yang berada di dapur hampir keluar untuk melihat suasana tegang itu namun cepat – cepat disekat oleh Ibunya.

“ Isa ... Awak tau tak? Ada beberapa perasaan sakit yang tidak bisa disembuhkan namun hanya bisa dilupakan. Saya pilih untuk melupakan semuanya, termasuk awak. Bersama awak, hanya akan membuat saya sakit” Ameena menambah lagi dengan air matanya yang berlinangan. Sakit itu sukar digambarkan. Sakit yang telah lama menyusup ke relung hatinya.

“ Tears dry, but the pain drowns. You taught me how to love, but not how to stop, dear.” Ameena menunduk tatkala melihat air mata Isa menitik di pipinya.

“Seseorang yang hadir dalam hidup kita, tidak semestinya kita miliki selamanya. Karena mungkin saja, dia sengaja diciptakan hanya untuk memberikan pengajaran hidup yang berharga. Cinta membuat orang untuk saling melengkapi. Bukan justeru meninggalkan hanya kerana ada yang tidak sempurna. Awak dah tinggalkan saya untuk satu kekurangan saya yang tak pernah wujud dulu. Namun mungkin akan wujud kemudian.

Memang indah kenangan bersama awak, tapi saya yakin pasti ada kisah yang lebih indah dari yang telah berlalu. Saya juga yakin, bahagia itu mungkin tiada jika kita bersama.

It is important that we forgive ourselves for making mistakes. We need to learn from our errors and move on. So just forget me.. and let me go.” Ameena bangkit dari duduknya dan berlalu. Isa bukan seorang yang bodoh untuk memahami setiap kata – katanya. Cuma mungkin dia kaburkan otaknya untuk menafsirnya. Dia tidak mahu ambil tahu lagi kerana lelahnya sudah tenat.

“I will move on.. just if you have someone to replace me!” Isa berlalu dengan rasa kecewa. Kau tipu hati kau sendiri, Ameena. I know it! Tidak semudah itu kau boleh melupakan kenangan kita. Isa menekan kelopak matanya yang tertutup, demi menyekat gugurnya lagi air mata kekecewaan.

Jika kamu menghabiskan waktumu mengharapkan seseorang akan merasakan kesan dari apa yang telah mereka lakukan pada hatimu, kamu membiarkan mereka menyakitimu untuk ke dua kalinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience