BAB 5 : KEPULANGAN

Romance Series 52946

KERETA myvi hitam yang dipandu Ameena meluncur laju meninggalkan villa keluarganya. Seperti yang telah dijanjikan dengan pelajar – pelajarnya mereka akan berjumpa di pantai batu buruk sebelum bersama – sama bergerak ke galeri milik Cikgu Isa. Namun Ameena terpaksa bergerak lebih awal untuk menjemput Nuraina terlebih dahulu.

“Makcik tak ada halangan,cuma makcik takut Nuraina ni menyusahkan cikgu nanti. Ya lah, pergi nak kena berjemput.. balik nanti nak kena berhantar pulak. Tak ke menyusahkan cikgu tu..” Rohani, ibu kepada Nuraina mengutarakan kerisauannya. Bukan kerana dia mahu menyekat kebebasan anaknya.

“ Tak mengapa puan.. itu puan jangan risau. Saya tak ada apa – apa agenda pun hujung minggu ni. Sebenarnya ramai lagi yang pergi. Cuma mereka pergi sendiri. Bukan apa, saya tengok Nuraina ni suka sangat dengan seni lukisan ni. Puan cuma beri kebenaran. Selebihnya, menjadi tanggungjawab saya.” Bersungguh – sungguh Ameena cuba memujuk dan meyakinkan Puan Rohani.

“ Kalau begitu yang cikgu cakap. Saya serahkan Nuraina dibawah jagaan cikgu. Terima kasih cikgu sebab ambil berat tentang anak saya.”

“Jangan cakap macam tu puan. Memang dah jadi tanggungjawab saya.” Ameena memegang tangan Puan Rohani cuba menyuntik sedikit semangat.

Nuraina merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Anak tunggal perempuan. Dua lagi anaknya sedang bersekolah di sekolah asrama penuh. Yang mana akan menduduki Sijil pelajaran Malaysia pada tahun ini. Mereka merupakan pasangan kembar. Puan Rohani pula merupakan ibu tunggal. Dia kehilangan suaminya ketika Nuraina berumur 5 tahun kerana suaminya terlibat dalam kemalangan. Begitulah serba sedikit yang diceritakan oleh Puan Rohani kepadanya.

Lamunan Ameena dikejutkan dengan bunyi hon dari kereta di belakangnya dek kerana lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau. Dia meneruskan pemanduannya. Tidak susah untuk menemui rumah pelajarnya itu kerana jaraknya dari sekolah tidak begitu jauh.

“Tak masuk dulu cikgu?” Puan Rohani menyambutnya dengan senyuman mesra sebaik sahaja dia keluar daripada kereta. Kelihatan Nuraina sedang mengikat tali kasutnya. Nuraina hanya memakai kasut sekolah lusuhnya yang berwarna hitam. Baju kurung kain yang agak pudar warna dan tudung bawal lusuh. Namun nampak kemas dan bersih.

“Oh, saya sebenarnya bimbang pelajar – pelajar lain dah sampai. Kesian pula mereka menunggu lama nanti. InsyaAllah lain kali ya puan.” Penuh tertib Ameena menolak pelawaan Puan Rohani.

Kereta Ameena meninggalkan perkarangan rumah peninggalan arwah suami Puan Rohani. Katanya hanya itulah harta peninggalan suaminya. Lantaran dia perlu bekerja untuk menampung kepeluan anak – anaknya. Namun dengan hanya berkelulusan taraf SPM, dia hanya diterima bekerja sebagai juruwang di pasaraya.

Perjalannannya mengambil masa hampir setengah jam untuk sampai ke tempat yang telah dijanjikan. Kelihatan ada beberapa orang pelajar yang telah menunggu. Ada juga yang ditemani ibu bapa. Ameena tersenyum. Walaupun ini bukan aktiviti sekolah. Namun ada juga ibu bapa yang memberi sokongan untuk anak – anak mereka.

“ Maaf.. saya lambat.” Ameena menghulurkan tangannya bersalaman dengan ibu – ibu kepada pelajarnya. Naufal, pelajarnya yang paling nakal pun turut hadir ditemani bapanya.

“ Kami pun baru sampai sebenarnya cikgu! Tapi tu la.. takut tersalah tempat. Naufal ni.. bukan boleh percaya sangat. Takut ke tempat lain nanti.” Encik Nazri memicit tengkuk anak sulungnya itu. Tergeliat tubuh yang agak gempal itu menahan kesakitan. Ameena hanya tersenyum melihat kemesraan anak dan bapa itu.

“Cikgu Ameena dah sampai ni.. kami minta diri dulu la.. Petang nanti kita jumpa semula kat sini. Apa – apa nanti Kayla mesej mama ya.” Ameena hanya mengangguk dan tersenyum. Anak – anak didiknya sangat beruntung ada ibu bapa yang perihatin. Tidak seperti dia dan adik beradiknya. Memang hidup berdikari semenjak kecil dek kesibukan ibu dan ayah mereka.

“Mereka menyusuri bahu jalan menuju ke galeri Cikgu Isa. Tempatnya tidaklah begitu jauh dari tempat mereka berkumpul. Ameena berjalan bergandingan dengan Nuraina kerana seperti biasa tiada seorang pun yang mahu berkawan dengannya. Mungkin kerana faktor taraf hidup yang tidak sama. Ameena mengeluh sendiri sambil memerah otaknya memikirkan cara untuk mengubah cara pemikiran pelajar – pelajarnya.

“Tak sangka Cikgu Ameena sudi datang. Jemputlah masuk ke galeri kecil saya ni.” Cikgu Isa kelihatan segak walaupun berpenampilan sederhana. Berseluar jeans dan tshirt berwarna putih.

“Perasmian dah selesai ke? Nampak tak ramai orang pun.” Ameena meninjau ke dalam galeri sederhana besar tersebut. Galeri tersebut terdapat beberapa lorong yang dipisahkan dengan ‘partition’ yang berasaskan buluh. Ameena begitu kagum melihat hasil ilham Cikgu Isa.

“Perasmian pagi tadi dengan YB Dato’ Azhar. Petang ni dah tak ramai orang. Awak faham – faham saja lah bukannya semua orang suka kan.” Cikgu Isa senyum bersahaja di hujung kata – katanya.

“Wow, semua ni Sir Isa ke yang lukis! Hebat la Sir Isa ni.” Kedengaran suara Kayla dan kawan – kawannya yang begitu teruja.

“Ya.. sayalah yang lukis. Tapi kalau kamu ada lukisan yang kamu nak jual atau nak pamerkan, kamu boleh berikan kepada saya. Saya akan buat satu ruang untuk ‘junior painter'.” Cikgu Isa tersenyum lansung mempamerkan kedua – dua lesung pipitnya.

“Cikgu Ameena, Sir Isa! Jom kita ‘wefie’.Nak buat kenangan la.”Kedua – dua guru itu mengangguk serentak dengan pelawaan pelajarnya, Amalin rakan baik kepada kayla.

“Kau pergi jauh skit.. jangan masuk. Nanti gambar aku tak cantik sebab ada kau.” Bisikan perlahan oleh Kayla kepada Nuraina masih mampu didengari oleh Ameena. Hampir luruh air matanya. Namun dia tidak boleh menghukum dab menegur secara lansung kerana mereka sudah remaja. Dia memandang ke arah anak yatim itu. Sungguh hatinya tidak mampu menahan kesedihan. Ditarik nafas dalam – dalam untuk mengelak gugur air jernih dari kelopak matanya.

“Nuraina, kenapa jauh sangat? Datang sini.. awak berdiri kat depan cikgu Ameena. Baru cantik gambar ni.” Tiba – tiba Cikgu Isa bersuara. Telinganya juga sempat menangkap bisikan halus dari Kayla. Sempat juga dia memandang ke arah wajah rakannya Cikgu Ameena yang seperti sedang menahan rasa. Yang mana mendung secara tiba – tiba.

“ Ok.. ‘freestyle’.. satu, dua, tiga!” Satu imej yang sangat sempurna tertangkap pada layar skrin telefon Amalin. Amalin mungkin anak orang yang agak berada kerana mempunyai segala alatan untuk fotografi. Telefon yang digunakan juga , berjenama mahal dan siri terkini.

“ Okay, semua! Sir nak buat satu ujian IQ. Datang ke sini semua. Sementara belum ada lagi pengunjung lain. Baiklah.. semua perhatikan lukisan ini. Perhatikan betul – betul ya.. Pada pandangan kamu apa yang paling hebat dalam gambar ni?” Soalan yang diajukan oleh Cikgu Isa membuatkan dahi Ameena berkerut seribu. Gambar pemandangan yang mengandungi sebuah rumah banglo yang megah dan halamannya yang menghijau dihiasi pelbagai pokok – pokok bunga renek.

“ Rumah tu la Sir! Rumah banglo! Macam rumah saya.” Kayla menjawab tanpa banyak berfikir.

“Wow, kamu tinggal dalam rumah banglo ya. Hmm untung kamu! Siapa lagi yang punya rumah begini. Push up your hand!” Dua tiga orang pelajarnya mengangkat tangan. Cikgu Isa mengangguk lagi.

“Baiklah.. Sekarang benda apa kat sini.. yang nampak paling lemah, murah dan tak ada harga?” Masing -masing sudah terdiam.. berkira- kira untuk menjawab apa. Kerana yang nyata dalam lukisan itu. Sebuah rumah dan halamannya sahaja.

“Siapa cakap pokok – pokok bunga.. push up your hand.” Kelihatan Naufal dan kawan – kawannya mengangkat tangan. Ameena tersenyum geli hati.. ya lah.. budak lelaki.. mestilah tak suka bunga. Kedengaran pula suara tidak puas hati pelajar perempuan.

“ Sekarang.. siapa cakap rumput – rumput dekat halaman rumah tu?” Kini giliran pelajar perempuan pula mengangkat tangan. Hanya Nuraina yang terkecuali. Ameena hanya memandang Nuraina yang sedang merenung lukisan itu.

“ Nuraina? Kamu pula?” Nuraina agak terkejut apabila soalan diajukan kepadanya. Dia memandang ke arah gurunya, Ameena. Ameena mengerdipkan matanya dan mengangguk sekali untuk memberi semangat kepada anak muridnya itu.

“Maaf Cikgu Ameena.. Sir Isa.. Bagi saya semua hebat. Semua cantik. Semua berguna. Semua ada kekuatan masing – masing. Kalau kita buang salah satu. Mesti lukisan ni dah jadi tak cantik. Maknanya semua cantik dan hebat.” Cikgu Isa dan Cikgu Ameena bertepuk tangan dengan kuat tanda berbangga dengan jawapan Nuraina.

“Bagus.. itulah jawapan yang sir nak dengar.. begitu juga dengan manusia. Siapa – siapa pun dia, dia ada keistimewaannya sendiri. Mungkin sekarang dia miskin.. tapi dia tetap ada kehebatan dia, kekuatan dia. Macam Nuraina, semenjak kecil dia tak ada ayah. Tapi dia sangat kuat.. berdikari atas semua benda. Agak – agak la kan.. kalau yang masih ada ayah ni.. kalau tiba – tiba Allah ambik nyawa mereka.. kamu boleh tak jadi sehebat Nuraina ni?” Semua terdiam. Ameena mengangguk perlahan. Baru dia tahu apa tujuan guru muda itu. Masing – masing sudah terkelu lidah. Tergambar rasa bersalah pada wajah kayla dan rakan-rakannya. Ameena menghembus nafas lega.. Mungkin ada keajaiban kepada pelajar – pelajarnya selepas ini.

“Assalamualaikum..” Serentak mereka semua berpaling ke arah suara itu. Terjenggul wajah Cikgu Fahmi dan Cikgu Eman. ‘ Datang juga makhluk ni. Ishh kacau mood betullah!’ Ameena menjawab salam perlahan dan tenggelam disebalik suara pelajar – pelajarnya.

“Ramainya peminat Sir isa! Semua ni datang dengan siapa?” Cikgu Fahmi menjenguk ke dalam galeri mencari kelibat para ibu bapa.

“Waalaikumussalam bro! Datang juga ya.. mereka ni datang dengan Cikgu Ameena. Aku yang jemput hari tu.” Mereka bertiga bersalaman mesra. Tiada lansung riak – riak tidak puas hati di wajah Cikgu Eman. Ameena berasa sebal di dalam hatinya. ‘Hipokrit!’

“ Bro aku sebenarnya nak tutup dah ni.. dah lewat. Nak rehat sikit. Memandangkan korang berdua datang ni.. Jom aku belanja ABC kat depan tu. Sedap! Cikgu Ameena ngan korang semua pun.. jom!”

“Maaf lah Cikgu Isa.. Saya takut lambat sebab nanti nak kena hantar Nuraina balik. Lagipun, saya rasa dah ada ibu bapa yang datang ni.” Ameena cuba mengelak. Tidak kuasa nak mengadap muka Cikgu Eman. Dia menjeling sekilas ke arah wajah tersebut. Manakala Cikgu Eman hanya beriak bersahaja.

“Ala.. Cikgu Ameena.. awal lagi ni.. Jom la.. best apa makan ABC!” Naufal menyampuk dengan wajah terujanya.

“ Ya lah, Cikgu Ameena! Lagipun kami lapar. Belum makan lagi” Kini giliran Amalin pula memujuk.

“Lagipun masih ada dua jam lagi ni Cikgu! Mama saya belum datang.. Kami janji pukul enam petang.. Jom lah kita jalan-jalan dulu. Aina! Awak pun mesti lapar kan.. Lepas makan kita jalan-jalan..nak tak?” Ameena agak terkejut dengan pelawaan Kayla kepada Nuraina. Nuraina juga sepertinya terkejut.

“Baiklah.. tapi kena cepat – cepat ya..” Semua pelajarnya bersorak girang. Mana taknya.. dapat makan dengan cikgu – cikgu idaman mereka.


............................................................

AMEENA berteleku di meja makan. Memandang kiri dan kanan. Hanya dia dan mak wok sahaja dalam vila tersebut. Lauk yang terhidang lansung tidak disentuhnya. Bahkan dia hanya termenung sambil mengingati peristiwa minggu lepas. Sungguh dia begitu kagum dengan Cikgu Isa. Guru itu nampak bersahaja tetapi pandai membuka minda pelajarnya. ‘Sepatutnya dia jadi guru kaunseling lebih bagus.’

Yang paling membuatkan dia terkejut apabila Kayla, Amalin dan rakan – rakannya yang lain tiba – tiba menyantuni Nuraina dengan baik. Nuraina pun kelihatan gembira pada hari tersebut. Dia memanjatkan syukur kepada Allah. Minggu depan para pelajarnya bakal menduduki peperikasaan penting dan besar. Jauh disudut hatinya dia berharap mereka semua berjaya walaupun dia tahu bukan mudah untuk mereka.

Namun masih ada sesuatu di mindanya yang membuatkan dia berasa marah dan geram. Fikirannya kembali menerawang mengingati peristiwa beberapa hari lepas.

“Cikgu Ameena.. takkanlah tak jumpa sehari dah monyok muka tu. Orang tu Cuti Sakit je pun.. bukannya mati..” Suara yang menyakitkan hatinya itu sentiasa ada di mana – mana. ‘Dia ni intip aku ke ha?’ Sampai kat lorong ni pun boleh terserempak dengan dia. Kat library ada dia. Dekat kantin ada dia. Dah la muka tak kacak lansung! Dah macam Pakistan pun ada.’ Ameenah menyumpah – nyumpah di dalam hatinya. Mulutnya masih membisu. Cikgu Eman yang tiba – tiba muncul dibelakangnya hanya dibiarkan tanpa diendahkannya. Kalau dilayan makin menyakitkan hati. Macam budak – budak!

“Cikgu Ameena kahwin jelah.. kan senang hari – hari boleh tengok muka dia. Tak lah jadi zina kan.. pandang memandang pun boleh jadi zina tau! Ustaz la cakap...” Masih belum puas Cikgu Eman meniupkan angin ke dalam bara api. Ameena menarik nafas. Dan menghembuskan perlahan – lahan. ‘Kenapalah Syaithon ni ada kat mana- mana. Tak cukup dengan syaithon yang aku tak nampak. Tambah lagi dengan yang ni pulak. Namun dia masih melangkah dan membisu. Dilajukan langkahnya kerana lorong itu agak sunyi.

“Cikgu sekarang ni.. memang susah nak cari yang bermoral. Semuanya macam tak ada maruah! Kan cikgu?” Ameena mula naik berang apabila isu moral dan maruah yang diketengahkan.. ‘kau dah kenapa lahanat!’ Dia menghentikan langkahnya seraya berpusing. Cikgu Eman terdiam melihat kulit muka Ameena yang sudah kemerahan.

“ Hey bawang! Yang tak bermaruah tu.. kau! Yang tak ada moral tu pun kau! Macam tak ada kerja lain asyik ikut orang.” Ameena menyinga. Namun masih mampu menahan nada suaranya. Manakala Cikgu Eman pula terdiam. Terkejut. Biasanya Ameena hanya memekakkan telingan dan membisu. Hari ini dia marah betul. Tapi akhirnya Cikgu Eman tersenyum dan berlalu. ‘Marah pun cantik. Kau dah kenapa Eman. Sehari tak kacau dia tak boleh ke?’

“Ha! Ingatkan pakwe lah tu. ‘Taken’ dah ke?” Ameena tersentak dengan sapaan satu suara. Tiba – tiba didepannya satu wajah yang sangat dirinduinya. Temannya dari kecil. Menangis dan gembira bersama. Bergaduh pun dengan dia. Siapa lagi kalau bukan adiknya Ameer. Tiba – tiba air matanya mengalir tanpa dapat diseka. Sungguh dia terkejut. Ameer pula agak kaget. ‘Dah kenapa minah ni’

“Bila kau balik? Kenapa tak cakap pun kat aku. Kenapa tak ada orang cakap kat aku.” Ameena lantas bangun dan memeluk adik bongsunya. Sungguh, dia tiada tempat mengadu. Ameer melanjutkan pelajarannya ke London 3 tahun yang lalu dalam bidang kejuruteraan. Semua itu atas desakan ayahnya. Kalau ikutkan Ameer lansung tidak minat untuk belajar luar negara.

“Kenapa kau ni Kakchik? Siapa buat kau ni! Ni aku geram ni. Kalau aku dapat aku cepuk dia.” Ameer melonggarkan pelukan kakaknya. Penumbuknya digenggam kemas.

“Ah, kau! Sembang bolehlah.. Kalau aku cakap pun, kau bukan berani nak cepuk dia. Kau pergi gym dulu. Bina badan, bagi ketul – ketul enam ketul tu..” Ameena menyekeh kepala adiknya yang berlagak itu. Kemudian mereka ketawa kuat bersama – sama. Mak wok hanya tersenyum memandang dua beradik itu. Kepulangan Ameer sudah diketahuinya daripada awal kerana anaknya juga pulang bersama – sama. Anaknya ditaja sepenuhnya oleh majikannya iaitu Tuan Zulkifli, ayah kepada Ameena.


............................................................


AMEENA tersenyum memandang cokelat di atas mejanya. Walaupun tanpa nama pengirim dan ucapan, dia tahu daripada siapa. Dia mengoyak sedikit bungkusan cokelat tersebut dan memasukkan ke dalam mulutnya. Minggu ini dia agak senang hati kerana Cikgu Eman terlibat dengan pengawas peperiksaan di sekolah lain. Jadi seminggu jugalah dia tidak bertembung dengan musuhnya itu. Hatinya begitu senang. ‘Sempat pula Cikgu Isa ni letak benda ni atas meja aku. Tapi tak nampak pula bayang dia kat bilik guru ni.’ Ameena memanjangkan lehernya mencari kelibat guru muda itu.

Minggu ini dia hanya perlu gantikan kelas – kelas tahap dua yang tiada guru. Juga melengkapkan buku rekod mengajarnya. Kadang – kadang dia ke kantin sekolah meninjau pelajar – pelajar kesayangannya yang sedang menghadapi peperiksaan. Setiap pagi dia akan menunggu berhampiran dengan dewan dan memberikan kata – kata semangat. Begitu juga setelah tamat peperiksaan. Hari ini juga merupakan hari terakhir pelajarnya menghadapi peperiksaan.

“ Cikgu Ameena! Senyum seorang – seorang ni. Hati senang sangat ni.” Tegur Cikgu Zaharah yang baru habis kelas. Ameena tersipu – sipu kerana perilakunya diperhatikan orang.

“ Ya, senang hati sangat.. minggu ni tak ada gangguan. Tak banyak kelas... lepas tu..” Ameena berjeda sambil tersenyum.

“Lepas tu hari – hari dapat coklat kan? Dapat diabetic baru tahu. Siapa yang bagi ni.. Setiap hari Kak Za tengok ada je coklat atas meja dia. Tapi tak pernah terserempak pula dengan gerangan yang meletakkannya.” Cikgu Zaharah mengangkat keningnya ingin cari tahu. Ameena hanya mengangkat bahu.

“ Lama – lama nanti cikgu tahu lah.” Ameena ketawa kecil. Agak gedik bunyinya. Walaupun Cikgu Zaharah membahasakan dirinya kakak namun Ameena masih kekok , masih tetap memanggilnya dengan panggilan ‘cikgu’.

Sekarang dia sentiasa teruja untuk datang kerja. Untuk melihat coklat apa hari ni yang dia bakal dapat. Jika tidak dimakan disimpannya atau diberikan kepada Cikgu Zaharah. Dia memang sangat akrab dengan Cikgu Zaharah. Mungkin kerana meja mereka bersebelahan. Mungkin juga kerana Cikgu Zaharah pernah menjadi guru kesayangannya yang mana pernah dia anggap seperti ibunya sendiri. Walaupun Cikgu Zaharah garang. Walaupun dia pernah didenda oleh guru itu, dia tetap sayangkan gurunya itu.

“Kak Za macam ada bau nasi minyak la..”

“ Nasi minyak siapa kak?” Tiba – tiba Cikgu Reena yang baru muncul menyampuk.

“Siapa lagi kalau bukan bekas anak murid kita ni..” Cikgu Zaharah menepuk – nepuk belakang Ameena. Membuatkan wajah Ameena merona kemerahan.

“ Alah.. Cikgu ni.. pandai je la dia.. Saya tak cakap apa – apa pun.. Calon pun tak ada.. Ada ke orang nakkan saya ni?” Ameena cuba mengawal perasaan malunya.

“ Eh apa pula? Anak saya yang tingkatan dua tu.. Kalau kat rumah, asyik tanya pasal Sir Isa dia. Hebat sekarang gosip pasal Cikgu Ameena dengan Sir Isa. Budak – budak sekarang bahaya betul!” Beria – ria Cikgu Reena bercerita.Tanpa dia sedari riak wajah Ameena sudah bertukar. Ameena kembali teringat kata – kata Cikgu Eman.

“ Ameena okay ke? Kak Reen salah cakap ke” Cikgu Reena agak terkejut melihat perubahan wajah Ameena secara tiba – tiba. Sepertinya mahu menangis. Cikgu Zaharah yang faham dengan situasi itu mengenggam erat tangan bekas pelajarnya itu dari bawah meja. Dia juga tahu serba sedikit tentang perang dingin antara Ameena dan Cikgu Eman.

“Eh, saya okay Cikgu Reen. Budak – budak... biasalah. Doakanlah saya bertemu jodoh cepat – cepat. Tahun depan dah masuk 24tahun. Kawan – kawan saya yang lain.. ada yang dah kahwin pun. Ada yang dah ada anak pun.” Ameena cuba bertahan. Cuba mengalih rasa sebalnya. Tangannya turut sama membalas genggaman tangan Cikgu Zaharah untuk mencari sedikit kekuatan.


............................................................


“KAKCHIK! Mana janji manismu hah? Aku tak kira, petang ni kira jadi!” Ameena tersentak dengan sergahan adiknya, Ameer. Dia hanya memekakkan telinga dan terus membelek buku panduan mengajarnya. Saja mahu menguji kesabaran adiknya.

“Aku kang... ada yang makan buku kang.. saja la tu buat tak dengar.. tak payah acah sibuk la Kakchik.. student kau baru je habis exam kan? Eleh ingat aku tak tahu!” Ameer membaling mini kusyen kepada kakaknya terus membuatkan mereka tertawa bersama.

“Adik.. aku tak ada mood la.. macam mana nak keluar.. mood tak ada.. hilang.. macam mana? Dah tak ada.. hilang..” Kedua – dua tangan Ameena terawang – awang untuk mengambarkan kata – katanya sambil ketawa. Ameer turut ketawa menyeringai. Geram dengan kakaknya yang seorang itu. Sememangnya dia hanya punya seorang kakak. Yang lain hanyalah Abang Long dan Abang Ngah. Kedua – duanya agak serius dan menetap di seberang laut iaitu sabah dan sarawak.

“Okaylah.. aku temankan kau.. tapi syaratnya kau belanja aku. Minyak kereta kau isi. Kau bawa kereta. Aku nak rileks je..”

“Yang lain tak ada masalah.. Sebab aku ada ni. Tapi yang bawa kereta aku tak ada lesen la ngok! Kang dua-dua tersidai kat ‘roadblok’.” Ameer menunjukkan kad kredit yang diberikan oleh ayahnya. Kad kredit tersebut diberikan untuk menampung perbelanjaan dia di luar negara. Ameena mencebikkan bibirnya.

“Untunglah! Anak kesayangan.. Aku ni semua benda beli sendiri. Kereta Myvi je..ada orang tu belum apa-apa lagi ayah dah ‘pr’ kereta Audy..” Ameena masih belum puas mengenakan adiknya. Kalau dulu, dia akan buat sampai adiknya menangis. Namun selepas itu, dia jugalah yang memujuk kerana hanya dia berdua tinggal di rumah itu. Abang Long dan Abang Ngah masuk saja sekolah menengah, mereka dah tinggal di asrama.

“Kakchik, hari tu kau cakap Si Malaun tu dah tak kacau kau. Esok mesti hari kau ceria lagi.. hahaha..” Tiba – tiba Ameer menukar topik untuk membalas balik kepada kakaknya. Ameer tahu itu topik sensitif.

“Hantu lah kau nik dik! Aku kalau boleh taknak ingat dah. Esok nak pergi sekolah kalau boleh nak jadi halimunan biar dia tak nampak aku. Kau tau tak hari tu, masa aku bawa student aku pergi melawat galeri tu.. kami kan pergi makan. Kan dia pun ada. Menyemak je mata aku ni dik. Rasa nak tampar pun ada. Dia asyik sindir aku dengan Cikgu Isa. Depan Cikgu Fahmi pulak tu. Cikgu Fahmi pula yang tak tahu hujung pangkal pergi sokong pulak. Aku kahwin betul – betul dengan Cikgu Isa tu baru tahu.” Ameena mempamerkan reaksi bengangnya.

“Alah kau kan Kakchik.. macam aku tak tahu, kau pun memang ada hati kat Cikgu Isa tu kan? Ameer menunjal kepala kakaknya sambil ketawa. Ameena pula tersenyum.

“Tapi aku ‘salute’ jugalah kat Cikgu Isa tu. Kau tau dia cakap apa? ‘ InsyaAllah doakan kami.. mana tau kot – kot hujung tahun ni rezeki kami naik pelamin.’ Tapi aku malu juga la.. nasib pelajar aku tak dengar. Cikgu Fahmi bukan main suka lagi. Tapi tu la.. Cikgu Isa tak pernah pulak ‘confess anything’ kat aku dik..” Wajah Ameena agak merona kemerahan ketika diusik oleh Ameer.

“ Hmm... ‘complicated’ juga cerita kau ni kak.. Apa kata kau je ‘confess'.”

“Taknak la! Malu la aku.. lagipun.. aku ni suka je kot kat dia. Sebab aku selalu dapat 'morning gift' daripada dia.. hahaha.. Tapi cinta tu.. tak tahu la.. aku pun tak pernah bercinta.. mana aku tahu!” Kali ini mereka ketawa serentak. Agak kuat.

‘Nasib kau ada dik. Kalau tak aku ni sorang – sorang saja. Nak gelak pun macam tak ada mood. Kau penceria hidup aku. Fikir soal kahwin ni, lagi la aku takut. Takut aku tak boleh dah nak luangkan masa dengan kau. Takut akan ada pemisah antara kita. Aku tak kisah tak ada kawan.. sebab kau selalu ada dengan aku. Selalu ada untuk dengar luahan hati aku.’ Ameena memandang adiknya dengan pandangan yang sayu disebalik senyumannya.

trm kasih kerana terus memberikan sokongan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience