AMEENA menuruni anak tangga rumahnya untuk menuju ke dapur. Dia malas untuk ke mana – mana hari minggu begini. Nak balik rumahnya tiada sesiapa. Semalam ibu sudah maklumkan yang dia akan ke sabah hari ini. Bertemu bakal menantu katanya. Sukalah tu Ibu! Anak sulungnya sudah menemui pilihan hati.
“You look gorgeous honey! Morning my love.” Hampir tersadung kaki Ameena dengan sergahan suara itu. Cepat – cepat dia mencapai tudung yang disangkut pada ruang tamu tersebut. Sengaja dia sangjut di situ untuk kegunaan waktu kecemasan.
“Macam mana kau boleh masuk ha? Kau tau tak kau dah dikira menceroboh?” Wajah Ameena kemerahan. Kali ini bukan kerana malu tetapi kerana terlalu marah. Hak peribadinya dicerobohi orang luar. Isa tersenyum manis sambil menayangkan kunci pada tangannya. Dia cukup suka melihat Ameena dari sisi ini. Sisi wanita yang berani dan garang. Entah kenapa semakin hari semakin kuat ingatannya pada Ameena. Semakin ingin dilupakan, semakin kuat pula dia muncul dalam minda Isa.
“ You lupa ke you bagi I satu kunci ni? Now you dah tak nak panggil I Hubby lagi ke. You dah berubah.. garang sangat. I takut.” Isa ketawa mengejek. Membuatkan Ameena sakit hati. Kalau membunuh tu tak berdosa dah lama dia kerat 40 jantan keparat tu.
“Kau boleh tak keluar sekarang sebelum aku call polis. Kau nak jadi artis macam aku juga ke?” Kali ini Isa ketawa lebih kuat. Lucu dengan kenyataan bekas isterinya itu.
“Ok fine... Jangan nak marah sangat. I tak berapa suka kejar glamour. Mama ajak kita sarapan. Malam tadi dia call I cakap you dah tidur. Hari tu I dah tolong you. So..” Isa meleretkan ayatnya. Ameena sudah dapat menangkap segala maksud Isa.
“ Dont pass the border! Tunggu aku kat sini. Jangan kau berani nak bergerak ke mana pun. Ingat! Ni rumah aku. Privacy aku!” Ameena memberi amaran keras. Namun Isa hanya ketawa mengejek. Sungguh Ameena sakit hati dengan perangai jelek Isa kebelakangan ini.
“Dengan i you tak nak pula ya.. dengan that guy you rela sangat.” Ameena berlalu ketingkat atas tanpa menghiraukan bebelan lelaki itu. Malas hendak dilayannya. Kang ada yang kene jurus ke 14.
Selepas setengah jam Ameena turun dengan dress labuh berwarna dusty purple. Dipadankan dengan tudung bawal satin printed koleksi Ariani. Isa memandang tidak berkelip. ‘Kau memang tak pernah gagal membuat aku teruja dengan kecantikan kau. Tapi sayang kau bukan bunga yang bermadu. Kau hanya sepah yang tercemar. Dan kau tak jujur.’
“Honey..” Isa meraih tangan Ameena, namun sempat ditepis oleh wanita itu. Isa memang tidak pernah serik. Ameena sudah buntu. Dia mahu hidup aman damai tanpa gangguan. Dia cukup tersiksa dengan semua benda ini.
“ Bawa je la kereta tu! Ke kau nak aku lompat keluar dari kereta ni.” Wajah Isa berubah cuak. Dia akui dia tidak mengenali sepenuhnya perempuan disebelahnya. Bimbang kata-kata Ameena bukan hanya sekadar ugutan.
“ Jom rujuk! I sanggup jadi bapa budak dalam perut you tu”
“ Benda jahanam apa yang kau cakap ni Isa! Rujuk? Kau tahu tak aku ni tak ada iddah! Rujuk kepala hotak kau! Hilang akal ke..”
“ Yes! Memang I hilang akal. Kalau tak boleh rujuk, jom nikah semula. I akan letakkan semua kesalahan pada I. Parents you takkan tahu hal sebenar. Itu janji I.”
“Dah lah Isa! Keep heading to your house.. aku penat la dengan kau ni..” Suara Ameena sudah agak mengendur. Bimbang Isa makin naik gila.
“You know what.. Kalau you cakap kat I dulu yang you pregnant.. I mungkin tetap akan terima you sebab I love you very much. Tapi you pilih untuk tipu I dan kecewakan I.”
“ Bukan aku yang melamar kau. Kau yang mulakan. Aku tak pernah terfikir pun untuk ada apa – apa hubungan dengan kau.” Suara Ameena hanya mendatar.
“ Ya.. im the one who proposed you. Sebab I suka dengan karektor you. I suka dengan segala benda yang ada pada you.. Honey.”
“ Stop la panggil aku dengan panggilan tu. Kita dah tak ada apa- apa Isa. Kau juga cakap kau takkan jilat ludah kau balik. Dah – dah la.. lagipun kau cakap aku ni takkan jadi isteri kau sampai bila- bila kan.. kau lupa?”
“Im wrong.. im wrong for that thing. Masa tu B marah sangat. Tapi bila B fikir balik.. Baby dalam perut honey tak salah. B boleh jaga dia.” Nada Isa penuh mengharap.
“ Tak mengapalah Isa.. aku boleh jaga sendiri anak haram ni. Tak payah la kau nak cemarkan tangan kau tu...” Ameena sedikit menyindir walaupun nadanya hanya mendatar.
“But im insist!” Isa membrek secara tiba – tiba keretanya di laluan kecemasan. Suaranya agak meninggi. Geram dengan perlian Ameena.
“ Ya! Okay! Aku fikirkan nanti.. dah la.. aku penat la. Hari minggu ni aku nak rehat. Cepat la.. drive ke rumah mama kau..tolong lah..” Kali ini Ameena ko cuba berkompromi. Isa ni dah macam stress sangat. Tulah..siapa suruh bertindak ikut perasaan. Ada otak tak fikir.
“Betul?”
“ Ya betul..”
“Honey akan terima B semula?”
“Kalau budak ni masih ada dalam perut aku.. aku akan terima. Tapi kalau kau buat aku stress. Keguguran. Masa tu aku tak boleh nak terima kau.” Ameena tidak tahu alasan apa lagi mahu diberikan. Dia terpaksa beralasan begitu supaya lelaki itu tidak terus terusan mengganggunya.
DATIN Suria memeluk erat menantu sulungnya itu. Pertama kali memandang wajah itu, dia sudah mulai jatuh sayang. Tambahan pula anak sahabatnya sendiri.
“Ameena sihat? Mama ni hari – hari suruh Is bawa balik Ameena ke sini. Makan tengahari sama - sama. Tapi katanya dia sibuk.” Datin Suria mengerling sekilas pada anak manjanya itu.
“Betul la Ma.. Is memang sibuk.. sekarang kan sekolah dah buka semula. Dengan galeri Isa lagi. Mama tahu kan. Lagipun Is nak kena hasilkan lukisan baru sebab dekat galeri tu dah tinggal sikit.” Entah betul entah tidak. Ameena tidak mahu ambil pusing. Sesungguhnya dia tidak berminat untuk ambil tahu.
“Eh.. Kak Ameena dengan Abang Is pun ada?” Isaac adik kepada Isa muncul dengan baju yang sudah lencun dengan peluh. Ameena hanya tersenyum. Isaac tua 3 tahun darinya dan muda 2 tahun dari mantan suaminya. Wajah Isaac lebih menyerupai Dato’ Ismail. Kulitnya lebih gelap. Tinggi dan juga berbadan sasa. Lebih kemelayuan.
“Ya Isaac.. Kami baru sampai. Baru balik dari lumba lari ke? Basah kuyup baju..” Isaac ketawa dengan gurauan kakak iparnya. Isa pula sudah berubah riak. Cemburu kerana Ameena begitu lembut menyantuni adik lelakinya. Dia lantas memaut lengan Ameena dan merapatkan ke tubuhnya. Bau minyak wangi Ameena membuatkan hatinya kacau.
“Jom honey.. kita sarapan dulu. Perut B dah lapar ni. Isaac jom masuk cepat.. sarapan!”Walaupun umur mereka tidaklah ketara sangat perbezaannya, namun Isaac tetap menghormati abangnya itu.
Di meja makan, Ameena dan Isaac begitu rancak berbual. Diselangi dengan gelak ketawa mereka. Isa pula hanya beriak serius. ‘Ingatkan balik rumah mama boleh luangkan masa dengan Ameena. Rupanya dia sibuk menggedik dengan si Isaac ni pula.’
“Isma mana Ma?” Isa cuba mengalih perhatian mereka semua. Dia bersuara agak kuat sehingga ketawa Isaac mati disitu. Dia menjeling sekilas ke arah Ameena yang masih bersisa ketawa, begitu juga mamanya. Dia terasa seperti orang asing di rumahnya sendiri.
“Isma pagi – pagi lagi dah keluar. Outing dengan kawan-kawan katanya. Nak sambut hari lahir siapa entah.”
“ Mama kena perhatikan dia lebih sikit ma.. takut nanti tersilap langkah. Jangan percaya sangat. Ma ada sorang saja anak perempuan.” Datin Suria berubah riak. Isa tak pernah sekasar itu bercakap dengan dia. Entah kenapa hari ini anaknya tiba – tiba kelihatan moody.
“B.. apa cakap macam tu..” Ameena menyiku lengan Isa sambil memandang ke arah ibu mertuanya.
“B belajar daripada pengalaman.” Dia bersuara perlahan. Ameena mendengus perlahan. Tak habis – habis!
“Is jangan risau, Pak Mat yang hantarkan dia tadi. Selama ini pun, memang Pak Mat yang selalu hantar dia.” Datin suria cuba mengukirkan senyuman. Mungkin anaknya itu risau kerana mereka tidak lagi tinggal sebumbung. Isa memang seorang anak yang bertanggungjawab. Namun dia juga seorang anak yang baik dan lembut dalam tutur katanya. Datin suria sedikit terasa hati , tapi jauh di sudut hatinya merasa tidak enak. Apa sebabnya Isa berubah laku. Ada sesuatu ke yang dia cuba sembunyikan?
“MACAM mana Cikgu Ameena? Boleh ke tidak?” Ameena sudah berura – ura untuk pulang namun langkahnya mati apabila terserempak dengan Cikgu Fahmi. Dia melirik senyum. Sesekali memandang ke dalam bilik guru yang menempatkan guru lelaki. Kelihatan Cikgu Eman masih di situ sedang menyusun buku – buku diatas mejanya.
“Seganlah saya Cikgu Fahmi. Dah la sekolah ni pegang rekod juara bertahun – tahun. Nanti disebabkan saya. Rekod tu tak dapat diteruskan. Tu.. Cikgu Eman ada.. selama ini memang dia kan yang jadi guru pembimbing pasukan debat sekolah ni.” Ameena memuncungkan bibirnya ke arah Cikgu Eman dengan nada suaranya diperlahankan sedikit.
“ Haii.. Cikgu Ameena.. sempat lagi beralasan ya.. Awak banyak pengalaman. Awak tahu cara atasi rasa gugup di atas pentas. Awak tahu cara hadapi soalan – soalan pihak lawan. Awak lebih banyak pengalaman di atas pentas.” Cikgu Fahmi masih cuba memujuk.
“Honey.. jom balik.. ada apa-apa lagi yang tak settle ke?”Isa tiba – tiba muncul di situ. Dari jauh dia sudah perhatikan mereka di situ. Rasa cemburu muncul membuak – buak. Kalau diikutkan hatinya. Mahu saja di tumbuk muka Cikgu Fahmi tu. Namun mengenangkan mereka bersahabat agak baik dan masih dalam kawasan sekolah,jadi dia abaikan saja niatnya itu.
“Awak balik dulu la.. saya ada benda nak bincang dengan Cikgu Fahmi ni.” Ameena berbicara agak kekok. Sungguh dia tidak suka Isa memanggilnya dengan panggilan begitu di kawasan sekolah.
“Anak kau masih dekat ICU ke Bro?” Isa mengajukan soalan tersebut supaya Cikgu Fahmi sedar dan kembali ke realiti. Supaya dia sedar yang anaknya sedang sakit.
“Masih kat sana bro..tapi Alhamdulillah.. keadaan dia semakin pulih.” Cikgu Fahmi hanya beriak biasa. Anaknya itu kerap dimasukkan ke hospital kerana menghidap asthma. Jadi dia telah terbiasa.
“ Anak Cikgu Fahmi sakit ke.. sakit apa? Sebab tu ke Cikgu nak suruh saya handle pasukan Debat Sekolah ni?” Ameena agak terkejut dengan berita itu. Cikgu Fahmi menggangguk lemah.
“Baiklah.. saya setuju tanpa syarat. Semoga anak cikgu cepat sembuh. Semoga Allah mudahkan semua urusan cikgu.”
“ Aminn. Terima kasih Cikgu Ameena. Dulu awak pelajar saya yang baik. Sekarang awak rakan sekerja saya yang baik.” Cikgu Fahmi melirik senyum lagi. Isa pula agak tercengang kali ini.
“Jap.. Honey nak ambil tugas tu ke. Pasti ke you boleh? You tahu kan sekolah ni tak pernah kalah sejak bertahun dulu.”Isa melahirkan rasa kurang yakinnya pada Ameena. Dia terlalu memandang enteng pada mantan isterinya itu tanpa dia ketahui siapa isterinya itu.
“Apa pula Bro! Cikgu Ameena ni lah yang naikkan nama sekolah ni. Bermula dari dialah sekolah ni tak pernah kalah. Kalau kau nak tahu Ameena ni hebat dalam segala benda. Kau tak dengar lagi dia taranum kan? Kalau kau dengar menangis kot. Aku ingat lagi Cikgu Ameena ni dulu dia Lima sekawan kan? Semua hebat-hebat. ” Giliran Cikgu Eman pula menambah. Dia tiba-tiba muncul di muka pintu bilik guru.
Ameena agak tersentuh dengan kata – kata Cikgu Eman. Tak sangka guru itu begitu menyanjungnya. Sedikit demi sedikit rasa marahnya pada guru itu beransur hilang. Isa mejungkitkan keningnya dan mengangguk. Banyak benda yang dia tidak tahu mengenai bekas isterinya itu.
“AWAK nak tak kalau cikgu masukkan nama awak untuk pasukan Debat Sekolah ni?” Ameena memandang ke arah Nuraina bekas pelajarnya dahulu. Dia tidak lagi mengajar kelas Nuraina keran pelajarnya itu sudah menginjak ke tahap dua.
“Segan la cikgu. Saya tak pandai. Lagipun saya takut berdiri atas pentas.” Nuraina agak cemas apabila membayangkan dia sedang berdiri di atas pentas. Ameena ketawa perlahan. Dia seolah-olah mengetahui apa yang dibayangkan oleh Nuraina.
“Awak tahu tak.. dulu ada seorang pelajar sekolah ni, dia minat nak masuk debat ni.. tapi dia takut. Macam awak ni la. Tapi siapa sangka dia menyandang juara peringkat negeri dua tahun berturut-turut.” Ameena cuba menanamkan keyakinan kepada pelajarnya itu.
“Jangan risau Nuraina.. cikgu akan latih awak sampai awak betul – betul pandai. Boleh?” Ameena memandang Nuraina penuh harapan. Seketika kemudian Nuraina menggangguk dan tersenyum. Dia yakin dengan gurunya itu.
“Kat sini you rupanya, honey. I ingatkan you dah balik.” Isa mengangkat keningnya kepada Nuraina.
“Saya ada discussion sikit dengan Nuraina. Awak balik dulu..” Ameena menjawab malas. Kalau boleh dia mahu melenyapkan dirinya dari pandangan Isa. Menjadi halimunan hanya dengan lelaki itu.
“Honey.. you datang dengan B hari ni. Lupa ke?” Isa masih memaniskan wajahnya di depan pelajarnya itu. Nuraina memandangnya sambil tersengih. Segan dengan gurunya itu.
“Kita dah habis discuss kan Cikgu Ameena. Saya balik dulu. Lagipun dah lewat.” Nuraina meminta izin untuk beredar.
“ Cikgu hantarkan awak!” Ameena separuh menjerit. Namun Nuraina hanya melambaikan tangannya menandakan dia akan balik sendiri. Ameena hampa. Dia terlupa dia dipaksa datang kerja dengan Isa hari ini. Lelaki itu awal – awal pagi sudah tercegat di hadapan rumahnya. Kali ini dia tidak dapat masuk kerana Ameena sudah menukar semua kunci rumahnya.
“ Okay.. dah. Jom kita balik. B penat la.” Isa menarik tangan Ameena dalam paksa. Wajah Ameena merona kemerahan tatkala terserempak dengan pelajar – pelajarnya dan guru – guru lain. Isa memang tak pernah serik. Ameena sudah nekad. Dia akan laporkan penceraian mereka secepat mungkin. Dia sudah malas fikirkan tentang orang lain. Dalam kepalanya hanya memikirkan tentang Datin Suria. Wanita kacukan cina itu terlalu baik. Dia takut terjadi sesuatu yang tak diingini andai wanita itu tahu hal yang sebenar.
“Honey.. kita rujuk ya.” Nada Isa penuh mengharap. Sepertinya dia tidak pernah faham tiada istilah rujuk untuk mereka berdua.
“ Isa awak faham tak, kita tak boleh rujuk! Kalau boleh pun kahwin semula. Awak sanggup ke mengadap Tuan Zulkifli tu untuk kali kedua?”
“ Apa susah.. kita kahwin dekat sempadan.” Usul Isa bersungguh. Tiba – tiba timbul idea di benaknya apabila mendengarkan usul Isa itu. Isa ni bukan cerdik sangat pun. Senang di ayam – ayamkan. Ameena tersenyum.
“ Okay, jadi kita laporkan dulu penceraian kita. Lepas tu, kita cakap dekat parents kita , kita pergi bercuti dekat oversea. Then kahwin dekat sana. Boleh?” Isa tersenyum penuh makna.
“Honey.. you ingat i bodoh ke! You nak lari dari I kan?” Isa bengang kerana Ameena cuba untuk permainkannya. Rupanya dia tidak semudah itu untuk diperbodohkan. Isa menumpukan ke arah pemanduannya kerana jalan agak sesak. Dia menarik nafas dalam - dalam untuk mengurangkan kepanasan hatinya.
“ Terpulang.. saya hanya bagi cadangan. Awak nak percaya atau tak terpulang. Awak juga yang beria nak kahwin semula.” Ameena mula berkompromi. Dia takut Isa buat hal lagi. Isa hanya diam seribu bahasa. Mungkin berfikir baik dan buruk cadangan Ameena.
“Honey.. boleh B masuk dalam? B bosan la duduk sorang – sorang dekat rumah sewa.”Ameena agak terkejut. Rupanya Isa menyewa selama ni. Takkan parent dia tak ada rumah lain. Emm tak ada kes lain. Kes takut tembelang pecah la ni.
“Jangan mengarut. Nak buat apa? Kita bukan muhrim.”
“Bukan orang tahu pun..” Nada Isa agak mendatar. Sebuah senyuman menggoda dilemparkan kepada Ameena. Pantas Ameena memalingkan wajahnya.
“Allah tahu. Saya takut Allah dari manusia.”
“Dulu.. you tak takut pulak Allah.. Sampai you me..”
“Dulu lain. Dulu saya jahil. Sekarang saya dah bertaubat!” Ameena pantas memintas. Dia sudah tahu apa yang bakal Isa katakan. Isa terdiam. Kalah dengan ketangkasan lidah Ameena. Kali ini lebih sukar untuk dia memikat hati perempuan itu.
“CIKGU Ameena, ni saya ada contoh – contoh tajuk yang bakal menjadi agenda perbahasan nanti. Kalau lari pun sikit – sikit saja” Cikgu Fahmi menghulurkan beberapa naskhah petikan perbahasan.
“Dekat mana saya boleh buat latihan ni cikgu? Kalau dekat kantin ni bising sangat.” Cikgu Ameena tersenyum manis. Lembut sekali wajahnya.
“Cikgu boleh gunakan perpustakaan. Ya lah.. berapa kerat sangat pelajar gunakan perpustakaan tu. Cikgu boleh minta kunci daripada Cikgu Latifah.” Ameena mengangguk faham.
“ Cikgu Fahmi yakin ke dengan saya ni. Kalau kalah tahun ni.. jangan salahkan saya tau..” Ameena ketawa manja. Tanpa dia sedari ada mata yang tidak menyenangi. Dari jauh Isa mengepal penumbuknya. Mahu saja di tumbuknya muka seniornya itu. Tak sedar diri. Dah ada bini pun nak menggatal. Ameena pun sama. Kalau dengan aku ni, nak senyum pun bukan main susah lagi.
AMEENA baru sahaja mengambil kunci perpustakaan daripada Cikgu Latifah. Kelasnya yang terakhir telah berlalu setengah jam yang lalu. Iaitu masa yang paling akhir. Jam ditangannya ditenung. Sudah pukul 2 petang. Dia memaklumkan kepada pasukan Debat Sekolah untuk berkumpul di perpustakaan tepat jam 3 petang. Jadi mereka boleh makan tengah hari dan mengerjakan solat zohor terlebih dahulu.
Ameena melangkah masuk ke dalam perpustakaan tersebut. Hanya dia sahaja di situ. Pengawas perpustakaan hanya bertugas sehingga jam dua petang. Dia duduk di meja paling hujung dan agak tersorok dari pandangan untuk mencari idea – idea yang lebih bernas.
Seketika kemudian dia melangkah ke rak yang menempatkan buku – buku pengetahuan am. Sedang asyik dia membelek buku di situ, tiba – tiba ada sepasang lengan kekar memeluknya dari belakang.
“Rileks Honey.. ni B la.. lama tak peluk Honey macam ni.” Belum sempat dia menjerit, Isa terlebih dahulu bersuara. Ameena bengang. Sudah berapa kali dia memberi amaran keras kepada lelaki itu supaya tidak menyentuhnya.
Ameena memegang kedua – dua lengan kekar Isa. Isa pula sudah tersenyum. Sepertinya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Ameena sedikit menunduk dan kemudian dengan pantas dia menghantukkan belakang kepalanya kepada mulut Isa dan tangannya menyiku bawah dada lelaki itu dengan kuat. Isa menjerit agak kuat. Mana tidaknya mulut dan hidungnya berdarah serta tulang rusuknya bagaikan patah riuk.
Ameena berpusing melihat hasil hentamannya. Dia tersenyum melihat Isa yang sudah terbongkok menahan kesakitan. Lumayan! ‘Baru puas hati aku. Sepatutnya dah lama aku buat macam ni. Ini untuk pipi aku yang kau tampar hari tu. Sakitkan?’
“Opss.. sorry B... Sakit ke? Honey tak sengaja. Tindakan luar kawalan. Lupa nak cakap kat B, Honey ada tali pinggang hitam.” Ameena pura – pura perihatin. Isa pula masih meringkuk menahan kesakitan. Sapu tangan dikeluarkan dari poket seluarnya dan ditekupkan ke mulut dan hidung.
“What the hell Ameena! I bukan buat apa – apa pun. Kalau dengan orang lain bukan main lagi you kan? Kalau dengan I, ini yang you bagi.” Ameena mengangkat kening. Pura – pura membantu Isa untuk bangun. Padahal dalam hati dia bersorak kemenangan. ‘ Dah tak ada B dah.. Honey pun dah hilang. Hahahha.. sakit sangat la tu.’
“Maaf la Cikgu Isa, kan saya dah cakap.. luar kawalan . Sebab tu saya pesan banyak kali jangan sentuh saya. Saya dah bagi amaran banyak kali. Awak yang tak nak dengar.” Ameena membelek wajah Cikgu Isa dengan muka acah – acah simpati.
“Sakit ke? Ala.. dah tak hensem dah hero malaya ni.” Isa tahu Ameena sedang mentertawakannya. Namun dia biarkan sahaja. Ameena masih mengelap sisa – sisa darah yang masih mengalir pada hidung dan mulut Isa. Muncul sedikit rasa bersalah dalam dirinya. Tapi kali ini dia sedikit cuai. Isa tiba-tiba dengan pantas memaut lehernya nak menghadiahkan satu ciuman di bibir bekas isterinya. Ameena lantas menolak dengan kuat.
Pang! Satu tamparan hinggap di pipi kiri Cikgu Isa. Sekali lagi lelaki itu menyeringai. Ameena terasa masin dimulutnya. Disapu dengan belakang tangannya. Kelihatan sisa darah melekat disitu. Tekaknya tiba – tiba mual. Dia lansung berlari keluar meninggalkan Isa yang masih terkulat – kulat. ‘Dah start alahan ke?’
Ameena berjalan dengan laju menuju ke arah tandas yang berdekatan tanpa menghiraukan mata - mata yang memandang. Tangannya masih menekup rapat mulutnya bimbang terhambur segala isi perutnya di tengah jalan.
"Kenapa dengan Cikgu Ameena tu?"
"Macam tahan muntah saja.."
" Waktu ibu aku mengandung dulu pun macam tu. Selalu berlari masuk tandas, lepas tu muntah."
" Cikgu Ameena mengandung ke?"
Kedengaran suara - suara pelajar yang mula menjadi netizen sekolah.. Dengan suara mereka, maka sekejapan saja berita bakal tersebar.
Ameena betul - betul mengandung ke.. nantikan update seterusnya. maaf kalo lambat sikit update.. terima kasih reader yang tak jemu membaca karya saya.
Share this novel