BAB 21 : PERANG DINGIN LAGI

Romance Series 52946

EMAN memandang buku lukisan bekas pelajarnya. Tersimpan kemas dalam memorinya segala kenangan bersama dengan bekas pelajarnya itu. Mata redupnya menyorot pandang ke arah wajah polos isterinya yang sedang tidur.

‘ Tak sangka Amee dah jadi suri hidup abang. Dulu abang ingat, semua ini mustahil. Ya, betul.. abang memang selalu berangan untuk membina mahligai dengan sayang. Abang selalu curi – curi tengok sayang. Abang suka tengok sayang senyum, suka tengok sayang marah, suka tengok sayang melenting. Bagi abang, sayang sangat istimewa. Tak sangka, Allah satukan juga abang dan sayang’.

Eman tersenyum sambil terus memandang wajah isterinya. Fikirannya kembali mengimbau kenangan silam yang tak pernah sekalipun luput dari ingatannya. Satu persatu menerpa di ruang memorinya.

“BAIKLAH, memandangkan saya telah dilantik sebagai kapten untuk kumpulan kamu, saya mahukan semua ahli kumpulan ini bersiap sedia untuk mengikuti semua arahan saya. Jangan ada yang nak tunjuk bijak dengan bertindak sesuka hati. Kamu semua perlu ingat, di sini bukan tempat untuk berseronok semata-mata. Di sini kamu perlu peka pada keadaan sekeliling dan berhati – hati dengan setiap tindakan kamu. Utamakan keselamatan diri dan berikan kerjasama kepada sesama ahli.” Cikgu Eman memberikan sedikit talimat ringkas sebelum memulakan acara ‘Jungle Tracking’ yang bertempat di Hutan Lipur Sekayu.

Penampilan ringkasnya dengan pakaian sukan beserta topi hitam menutupi kepalanya menjadi bualan hangat di kalangan ahli perkhemahan Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah itu.

“Perasan bagus..” Ameena merungut perlahan dengan bibirnya yang tercebik. Dia sebenarnya malas untuk menyertai perkhemahan itu. Namun mengenangkan pujukan kawan-kawan baiknya, dia terpaksa akur.

“Yang dekat belakang tu! Ada apa – apa nak cakap ke? Kalau ada cakap kuat-kuat! Jangan cakap macam kentut dalam selimut!” Merah padam muka Ameena dek perlian kasar Cikgu Eman.

‘Mulut betul – betul macam longkang tersumbat 100 hari! Kang ada aku sihir ni. Biar mulut jadi buruk. Baru tahu nikmat bercakap.’ Matanya mencerlung tajam ke arah guru muda itu. Sepertinya mahu di telan hidup – hidup. ‘Kau la kot yang suka kentut dalam selimut! Sebab tu kau tahu macam mana rupanya.’

“Amee, kau cakap apa tadi? Kau ni memang lansung tak boleh berdamai ke dengan Cikgu Eman. Tak seronok la macam ni. Aku tengok muka cemberut kau ni pun, aku dah hilang mood.”Fareha menyiku lengan Ameena sambil berbisik perlahan.

“Boleh sangat nak berdamai. Tapi berdamai dengan tapak tangan aku ni sajalah.. tak ingin la aku nak hidu bau longkang tersumbat tu.” Fareha menahan ketawanya mendengarkan kata – kata Ameena.

“Baiklah.. kita ada lagi lima belas minit sebelum aktiviti bermula. Kalau ada apa-apa soalan boleh tanya. Siapa – siapa yang nak minum ke, nak pergi toilet ke, boleh pergi sekarang. Yang ada kat sini, boleh datang sini.. ambil baygon spray ni, sembur kat kasut sampai kaki seluar. Seluar masukkan dalam stoking supaya pacat tak merayap masuk dalam seluar.” Semua pelajar bergerak mengikut arahan yang diberikan kecuali Ameena. Dia masih tidak berpuas hati kerana diperli tadi.

“Kenapa pakai minyak wangi? Kan saya dah bagi taklimat awal pagi tadi. Masuk hutan tak boleh pakai minyak wangi! Kenapa awak susah sangat nak terima arahan. Kalau rasa tak boleh terima arahan, jangan datang kem ni. Menyusahkan orang nanti!” Kali ini Cikgu Eman betul-betul kelihatan serius. Tiada lagi wajah manis melainkan wajah yang menyinga. Ameena bingkas bangun. Memang ini yang dia nak dengar. ‘Tak kuasalah nak nak teruskan aktiviti ni dengan kau, lahanat!’

Eman memerhatikan langkah Ameena. Dia cukup hairan dengan wajah bersahaja pelajarnya itu. Biasanya kalau kene marah, bukan main melawan semula. Dah insaf la kot. ‘kan senang macam ni. Boleh dengar arahan.’ Eman mendengus perlahan.

“Fareha, Fateha,Liya.. aku balik dulu la.. aku dah disingkirkan.” Ameena kelihatan membawa beg galasnya dan menjinjing satu lagi beg di tangan dengan muka yang tiada perasaan. Dia memang malas nak berlama-lama di situ sejak dia terpandang muka Cikgu Eman semalam. Sangkanya lelaki itu tak akan ada di kem tersebut. Namun tiba-tiba sahaja muncul menggantikan Cikgu Fahmi. Hilang dan terbang segala keseronokannya.

“Kamu nak ke mana dengan semua beg-beg ni? Nak angkut sekali masuk hutan tu?” Cikgu Eman berpeluk tubuh di depan Ameena. Bengang dengan perangai pelajarnya yang tak boleh mendengar arahan.

“Saya tak sesuai dekat sini. Ini bukan tempat saya. Dan saya memang tak boleh nak dengar arahan daripada sesiapa. Lebih-lebih lagi dari Cikgu. Some more, saya tak nak menyusahkan siapa-siapa.” Ameena lansung tidak memandang wajah guru muda itu ketika dia bercakap. Memang dia tidak pernah mahu memandang wajah itu. Wajah yang sering membuat hatinya sakit.

“Ameena Azzahra binti Tuan Zulkifli! Pergi tukar baju sekarang! Awak ingat saya suka-suka ke nak tegur minyak wangi awak. Kalau kat tempat lain lantak la awak nak pakai minyak wangi berapa botol pun! Ini hutan! Bau – bau wangi ni boleh menarik minat haiwan liar, penunggu hutan dan makhluk ghaib yang kita tak nampak. Tempat ini bukan kita saja yang ada. Banyak lagi makhluk ghaib yang kita tak nampak sedang perhatikan kita. Kali ini saja saya nak awak dengar arahan saya. Lepas ni, suka hati awaklah nak buat apa.” Suara Cikgu Eman yang mula – mula agak tinggi dan keras, lama kelamaan mengendur seperti berunsur memujuk. Dia tidak sampai hati melihat mata Ameena yang sudah mulai berair.

Ameena kembali ke khemahnya dan menukar pakaian. Ada betul juga apa yang Cikgu Eman cakap. Bukan semua benda dalam pengetahuan aku. Ada benda yang aku tak tahu. Sebab dia ada alasannya yang kukuh dan bukan berniat untuk kenakan aku, jadi tidak salah untuk aku mendengar arahannya. Lagipun inikan aktiviti lasak. Mana boleh main-main.

Fareha, Fateha dan Marliya tersenyum bahagia melihat Ameena kembali lagi bersama mereka. Bersiap sedia untuk meneruskan misi Jungle Tracking mereka. Begitu juga Cikgu Eman,dia lega kerana pelajarnya itu masih boleh berfikir dengan waras.

Setelah mendapat taklimat ringkas daripada ketua program, satu persatu pasukan dilepaskan. Beberapa tugasan perlu diselesaikan sepanjang aktiviti itu. Pasukan mereka adalah pasukan ketiga yang dilepaskan.

“Ameena, ambil ni. Bila jumpa misi kita nanti, awak perlu lukis dengan pantas. Awak juga saya tugaskan untuk mengetuai pelajar perempuan. So, awak perlu jalan paling belakang. Hafizi mengetuai pelajar lelaki dan dia perlu berada paling hadapan.” Ameena dengan muka cemberut menyambut huluran pensil dan lukisan dari tangan Cikgu Eman. Memang dia minat melukis, namun bukan secara paksa. Namun dia tetap akur.

Denai yang mereka lalui tidak terlalu sukar kerana memang sudah diterokai oleh renjer hutan dan telah dipastikan selamat dan jauh dari binatang liar yang dilindungi. Cuma kadang – kadang ada yang tergelincir apabila menuruni bukit yang agak berselut. Tak kurang juga jeritan-jeritan kecil pelajar perempuan yang kegelian dengan pacat yang agak liar.

“Nah, letak garam ni kat kasut.. sapu banyak - banyak dekat kasut. Pacat takut garam. Aku dah buat ‘research’ sebelum datang.” Ameena menghulurkan bungkusan garam kepada kawan – kawan baiknya yang masing – masing sudah hampir pengsan dengan serangan pacat.

“Kau tak takut ke?” Marliya menyambut bungkusan tersebut lansung menyapu serbuk garam pada kasutnya. Ameena menggelengkan kepalanya.

“Aku takut benda ni.” Ameena menunjukkan satu bentuk binatang dengan isyarat tangannya. Wajah kawan – kawannya turut sama berubah. Cuak kerana ada lagi haiwan yang lagi menakutkan daripada pacat iaitu ular.

“Okay semua, berkumpul dekat sini. Ameena, awak lukis pokok ni. Baiklah, ini adalah pokok serapat. Sejenis herba yang digunakan dalam perubatan tradisional. Pokok ini banyak khasiat. Setanding juga dengan kacip fatimah dan tongkat ali.” Semua yang ada mengangguk tanda faham. Ameena dengan pantas melakar tumbuhan tersebut. Dia diberikan masa 10minit untuk melakarkan di dalam buku lukisan.

Sementara pelajar lain pula, berhenti rehat seketika. Eman memerhatikan dengan khusyuk gerakan tangan Ameena yang lembut, melakarkan setiap inci dan setiap sudut tumbuhan itu secara terperinci. Sungguh dia merasa takjub dengan kelebihan pelajarnya itu.

“Okay.. siap! Boleh ke macam ni?” Ameena tersenyum ke arah Cikgu Eman. Gembira dengan hasil tangannya. Namun senyuman dari gadis itu membuatkan Cikgu Eman terkedu dan terkesima. Tidak pernah sekalipun dia melihat senyuman itu terukir pada wajah Ameena. Ya, Allah.. cantik sungguh ciptaanMu!

PRAKKK!!

Ameena dengan pantas menerpa dan menolak dengan kuat tubuh sasa gurunya apabila terdengar dan terlihat sesuatu yang agak besar gugur dari atas pokok. Dia kaget apabila melihat gurunya itu tidak berinjak walaupun seinci sedangkan semua orang nampak dan dengar bunyi sesuatu yang gugur dari atas.

“Aduhh!!” Cikgu Eman yang sepertinya baru tersedar daripada mimpi mengaduh kesakitan apabila badannya terjatuh dan menghempap tanah dan bertambah terkejut apabila Ameena turut jatuh tertiarap di sebelahnya.

“Masuk hutan kena hati – hati. Kena peka keadaan sekeliling! Apa – apa saja boleh berlaku.” Ameena bingkas bangun. Namun kakinya seperti terseliuh. Dia menarik nafas dalam dan cuba berdiri. Matanya tertancap pada satu dahan mati yang agak besar. Kalau menimpa kepala sesiapa tadi, kemungkinan boleh berlaku kecederaan juga.

“Terima kasih.” Cikgu Eman turut bangkit dari tempatnya terjatuh. Memang dia cuai dan dia akui. Namun kecuaiannya itu berpunca dari seseorang.

Semua pelajar daripada kumpulan tersebut agak kelam kabut dengan kejadian itu. Ada yang beriak agak cemas dan mula menutup kepala dengan tangan. Bimbang ada lagi yang akan gugur.

“Bawa bertenang semua. Okay kita teruskan ke check point seterusnya.” Cikgu Eman berusaha mengawal keadaan ahli kumpulan tersebut supaya tidak berada dalam ketakutan.

Ameena mengutip semula barang-barang lukisan yang berterabur. Kakinya yang terasa ngilu dan sakit ditahan sebolehnya. Dia tidak mahu dikatakan lembik pula.

“Hmm.. terima kasih.. betul cakap awak, dalam hutan kena berhati – hati. Awak pun sama , jangan ambil risiko. Kalau apa – apa jadi dekat awak tadi, berat saya nak menjawab dengan ibu bapa awak.” Cikgu Eman menghulurkan buku lukisan yang tercampak seketika tadi kepada pelajarnya itu.

“Kita masuk sini sama – sama dalam keadaan baik... Jadi kita keluar dari sini juga mesti sama- sama dalam keadaan baik. Itu prinsip saya.”Tegas kedengaran jawapan dari pelajarnya itu. Lansung tidak seperti jawapan dari budak – budak sekolah yang lain. Cikgu Eman mengangguk dalam senyuman nipisnya.

Perjalanan diteruskan hingga ke check point terakhir, namun Ameena tetap tidak mengalah. Rasa sakit pada kakinya lansung tidak mematahkan semangatnya. Diteruskan juga tugasnya untuk melukis objek misi pencarian mereka.

“Amee, kau okay ke? Kenapa muka kau macam pucat.”Marliya mula nampak perubahan pada kawannya. Ameena kelihatan berpeluh-peluh. Bibirnya sangat pucat.

“Kaki aku.. sa..kit..” Ameena sudah tidak boleh bertahan akhirnya dia tumpas. Dia jatuh terjelepok ke atas tanah. Marliya pula menjerit agak kuat kerana terkejut. Begitu juga dengan Fareha dan fateha. Mereka sudah mula resah.

“Amee.. kenapa macam ni.. apa kami nak jawab kat Auntie Tini ni..” Fareha meluahkan rasa bimbang dan takutnya sambil menepuk-nepuk pipi Ameena. Namun gadis itu lansung tidak sedarkan diri.

“Ya, Allah.. kenapa dengan kawan kamu ni?” Jelas riak wajah Cikgu Eman mempamerkan kerisauan. Diletakkan jarinya pada hidung Ameena. ‘ masih bernafas. Kenapa dia pengsan ni?’ direnjisnya air ke wajah pelajarnya itu. Seketika kemudian, mata Ameena sedikit terbuka. Cikgu Eman dengan pantas menyuakan botol minuman ke mulut Ameena.

“Teha... Ka...ki a..ku, sa..kit sa..ngat.” Ameena lansung tidak menghiraukan botol minuman yang disuakan. Keningnya berkerut menahan kesakitan. Cikgu Eman tanpa banyak soal, terus memeriksa kaki Ameena. Alangkah terkejutnya dia, kaki Ameena sudah membengkak dan kelihatan merah di pergelangan kakinya.

“Minum air dulu sikit.. jangan risau, kita dah nak sampai ke tapak perkhemahan.” Sebaik sahaja Ameena berhenti meneguk air minuman tersebut, Cikgu Eman dengan pantas memcempung tubuh kecil itu dan di bawa keluar daripada kawasan hutan tersebut. Nasib mereka baik kerana mereka sudah dekat dengan kawasan perkhemahan.


‘MACAM manalah, awak boleh tahan sakit tu. Sampai hari ni Abang rasa bersalah. Sebab nak selamatkan abang, kaki awak terseliuh.’

Eman menarik selimut apabila melihat Ameena seperti kesejukan. ‘Banyaknya salah Abang pada Amee. Macam mana Abang nak bina kepercayaan Amee pada Abang..’ Eman mengeluh sendiri. Dia menutup mata perlahan sambil memikirkan kesudahan hubungan mereka.

Di saat dia sudah berada antara dua alam, Eman terasa ada tangan halus melingkar di pinggangnya. Dia membuka mata perlahan. Tak syak lagi memang tangan isterinya. Eman tersenyum lebar melihat wajah Ameena yang melekat pada dadanya.

‘Sejuk betul dia ni. Dia yang pesan jangan masuk kawasan dia, alih-alih dia yang masuk kawasan kita.’ Eman perlahan - lahan menggagau telefon pintarnya di atas meja sisi katil. Tangannya pantas merakam beberapa keping gambar. Bukti untuk hari esok. Dia tersenyum lagi. Mula timbul akal nakalnya untuk mengusik Ameena.

“MAAFKAN kami mak, nanti insyaAllah ada cuti panjang kami balik. Mak jaga diri ya. Abah..” Eman menghulurkan tangan bersalaman dengan Cikgu Hasyim dan Hajah Sufiah. Begitu juga dengan Ameena yang masih malu – malu.

“Kamu berdua pun jaga diri. Ada masalah apa – apa bincang dulu. Selesaikan dengan cara yang baik. Jangan cepat melatah.” Hajah Sufiah menitipkan pesannya kepada anak dan menantunya. Hatinya cukup bimbang dengan pasangan pengantin baru itu.

“Ya, mak.. jangan risau. Insya Allah..” Pendek jawapan Ameena. Tidak tahu lagi untuk berkata apa. Sungguh, dia masih kekok dengan keluarga mertuanya. Hajah Sufiah memeluk erat menantu sulungnya.

Hajah Sufiah memandang sayu kereta anaknya yang berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya. Doanya supaya rasa cinta kembali bertaut antara anak dan menantunya. Dia masih ingat wajah Eman yang sangat teruja di saat mengetahui siapa bakal isterinya. Senyuman yang terukir pada wajah anak sulungnya, adalah satu senyuman yang dipenuhi rasa kasih dan sayang. Di situ dia sudah tahu, yang selama ini siapa gadis yang menjadi igauan anaknya.

EMAN sesekali mengerling ke arah isterinya di sebelah. Ameena sejak dari tadi hanya mendiamkan diri. Riak wajahnya seperti kerisauan terhadap sesuatu.

“Amee ada nak cakap apa-apa?” Eman memulakan mukadimahnya sambil matanya terus menumpukan kepada pemanduannya.

“Saya nak mintak jasa baik Cikgu Eman sikit boleh?” Eman mengeluh perlahan. ‘Bilalah.. awak nak panggil saya Abang. Dah terasa macam tengah mengajar pula.’

“Kalau tak boleh tak apa.. tak payah la buat muka.” Nada Ameena seakan merajuk apabila memandang kening Eman yang berkerut.

“Maaf.. abang tak maksud pun.. Amee nak cakap apa tadi. Untuk isteri abang.. semuanya boleh. Cuma satu je tak boleh. Jangan minta abang tinggalkan Amee.” Ameena agak terkedu dengan ayat terakhir Eman. Nada lembut suaminya itu begitu menambat jiwanya.

“Emm... Boleh tak, kalau saya nak minta Cikgu Eman, call Cikgu Fahmi. Cakap kat dia jangan bagi tahu siapa-siapa yang kita dah kahwin. Kita sendiri akan umumkan bila sampai masanya.” Ameena tersenyum hambar sambil memandang ke arah suaminya yang sudah berubah wajah.

“Amee tak sedia ke?”


“Ermm.. ya.. Cikgu tahu kan.. saya baru sahaja bercerai dengan Isa. Tak sampai setahun pun. Nanti apa orang cakap. Saya dah penat nak dengar fitnah- fitnah orang ni.” Sayu kedengaran suara Ameena. Eman mengangguk tanda setuju.

“Nanti saya cakap dekat Fahmi. Isa pula macam mana?”

“Dia tu biarlah.. dia kan dah pindah. Dia tak ada masa kot nak bercakap pasal saya. Dan saya tak rasa pun yang dia suka bercerita hal peribadi dia.”

“Tapi kan Amee. Saya pun ada permintaan.” Amee menjungkitkan kening. ‘Takkan minta balasan kot’

“Saya rasa tak sesuai dah kot awak panggil saya Cikgu Eman. Saya dah jadi suami awak. Sepatutnya kena tukar dah.. panggil abang.” Eman berpaling ke luar tingkap, menyembunyikan senyumannya.

“Beri saya masa..” Jawapan pendek Ameena membuatkan mulut Eman terkunci kerana ada ketegasan dalam nada suara itu. Dia akui, semua disebabkan mulut celuparnya. Kalau dia mengaku tentang perasaannya pada Ameena malam tu, mesti Ameena tidak benci padanya. Walaupun bukan Ameena yang menjadi isterinya. Sekurang-kurangnya dia tidak menyakiti hati perempuan itu.

“Awak mengantuk tak? Kalau mengantuk, biar saya gantikan.” Eman tersenyum. Walaupun bukan abang atau sayang, ‘awak’ pun sudah cukup untuk menggantikan ‘Cikgu Eman’.

“Tak apalah.. Kalau Amee mengantuk.. Amee tidurlah.. Abang dah biasa. Bukan jauh sangat pun, tiga jam saja.” Eman memandang sekilas ke arah isternya sambil tersenyum.

“Ya.. nanti kalau mengantuk cakaplah. Saya okay je.” Lembut dan manja pula kedengaran suara Ameena di corong telinganya. Jiwa lelakinya seakan bergetar.

“Amee masih suka makan ABC letak kacang dengan buah kabong banyak – banyak?” Ameena agak terkejut dengan soalan itu. Keningnya sedikit terangkat.

“Mana awak tahu?”

“Kalau Amee nak tahu, abang ni kan.. kalau pasal Amee, semua benda abang ingat dan abang pastikan abang takkan lupa.” Wajah Ameena kemerahan menahan malu. Malu dengan pengakuan Eman.

“Ingat tak dulu.. lepas habis pertandingan pidato peringkat negeri yang Amee masuk tu. Kan masa tu, kak za bawa makan goreng pisang kat gerai tepi jalan. Abang nampak masa tu Amee excited sangat bila nampak ABC. Macam tak pernah jumpa. Lepas tu, abang dengar Amee bisik-bisik dengan Makcik penjual tu. ‘letak kacang dengan buah kabong banyak-banyak ya makcik.. nanti saya bayar.’ Ha, sebab tu lah.. abang tahu.” Eman ketawa perlahan. Ameena pula agak terkejut. Tak sangka sampai hari ni lelaki itu masih ingat.

Selepas melepasi lampu isyarat di pusat Bandar Dungun, Eman membelok keretanya ke kiri memasuki satu lorong. Ameena memerhati di kiri dan kanan jalan. Jalan tersebut menuju ke pesisiran pantai dungun juga menuju ke UITM dungun.

Tidak lama kemudian kereta yang dipandunya berhenti bersebelahan dengan sebuah gerai kecil yang menjual aneka jenis makanan minum petang. Juga tertera di situ Air Batu Campur Special. Ameena tersenyum. Tekaknya tiba-tiba terasa haus.

“Awak.. nanti saya nak ABC extra kacang dengan buah kabong ya..”Eman melemparkan senyuman manisnya kepada Ameena.

“Ya.. untuk Amee semua pun boleh..” Ameena ketawa kecil bercampur malu. Lupa seketika sengketanya dengan ‘Cikgu Eman.’

“Ya, Allah.. nikmatnya. Dah lama tak makan. Dulu, kalau Ameer ada.. kami selalu pergi makan kat Batu Buruk.” Ameena menghirup perlahan ABC yang terhidang.

“Kalau bagi Emas dengan ABC extra ni, Amee pilih yang mana.”

“Emas putih ke Emas kuning.” Ameena ketawa dengan jawapannya. Eman turut sama ketawa.

“Mesti awak harapkan jawapan yang murni dari saya kan.. susah sikit lah.. sebab otak saya tak semurni itu.. Saya tak akan pilih. Saya ambil dua-dua. Buat apa nak pilih kan? Kalau boleh ambik dua-dua.. Jadi suami tak boleh kedekut tau..Nanti tak ada barakah!” Eman ketawa agak kuat kali ini sehingga mengundang pandangan dari pelanggan lain.

“ Suami Ameena Azzahra..kan?” Hampir tersembur air dalam mulut Ameena. ‘Mulut aku ni, kenapalah laju sangat. Kan dah tersalah cakap. Ni mesti dia dah rasa menang ni.’ Ameena menelan payah sisa ABC di dalam mulutnya sambil tersenyum hambar.

‘Tadi bukan main mesra. Ni dah hambar semula.’ Eman menggumam di dalam hati. Dia tahu yang Ameena sudah terlepas cakap. Dan dia sengaja mengusik isterinya itu. Suka dia melihat pelbagai reaksi pada wajah isterinya itu.

“JEMPUTLAH masuk tuan rumah..” Ameena membeliakkan matanya dengan keningnya yang berkerut. Eman pula seperti biasa dengan senyuman manisnya.

“Mulai hari ini, rumah ni dah jadi rumah Amee. Apapun yang terjadi, jangan tinggalkan rumah ini.. Ini amanat abang.” Eman meredupkan pandangannya. Memandang ke arah isterinya yang sepertinya terkedu.

“Cantik rumah awak. Awak design sendiri ke?” Ameena malas berbahas isu amanat tersebut. Matanya cukup mengagumi susun atur dalam rumah tersebut.

“Abang tak lah kreatif macam ni. Abang minta pereka dalaman yang buatkan. Abang cakap abang nak konsep moden minimalis dan dapatlah hasil macam ni.”

“Cantik... Simple dan nampak tenang. Warna pun damai je.” Ameena melabuhkan duduknya di atas sofa di ruang utama tersebut. Matanya menikmati ketenangan dan kenyamanan udara daripada penghawa dingin. Eman hanya menyorot pandang daripada muka pintu. Bagasi – bagasi isterinya di tolak masuk ke dalam. Dibiarkan sahaja Ameena menghayati suasana itu.

“Awak! Kat mana beg – beg saya semua?” Sedang asyik Eman memasukan pakaiannya ke dalam almari, dia dikejutkan dengan suara jeritan Ameena daripada bawah. ‘Dah bangun la tu. Penatnya mengalahkan pemandu’. Eman tersenyum keseorangan.

“Amee.. naik atas, semua beg awak abang dah bawa naik ke atas.”

“Mana?” Terjenggul muka Amee di muka pintu bilik Eman. Ameena termenung seketika. ‘Kecilnya bilik dia. Ni macam bukan bilik tidur utama.

“Abang letak dalam bilik satu lagi. Amee boleh guna bilik tu. Itu bilik utama.” Jawapan Eman membuatkan hati Ameena tersinggung. Eman pula lansung tidak menoleh dek kesibukannya menyusun pakaiannya.

Ameena berlalu ke bilik sebelah tanpa pamitan. Eman berpaling ke arah pintu, apabila lansung tiada respon daripada isterinya. Seketika dia mendengus perlahan dan terduduk. ‘Allah... mesti dia merajuk ni. Mesti dia ingat aku tak nak sebilik dengan dia. Bukan macam tu sayang... Abang nak bagi awak selesa saja.. abang takut awak tak sedia nak kongsi bilik dengan abang.’ Eman bermonolog dalam hatinya.

“Amee... Nak abang tolong susun baju tak?” Eman menapak masuk ke dalam bilik tidur utama. Soalannya hanya dibiarkan sepi tanpa balasan. Dia tersenyum senget. ‘Comel dia merajuk’.

Eman duduk di sudut bucu katil memerhatikan gerak geri isterinya. Ameena lansung tidak berpaling. Tangannya mengalihkan satu persatu pakaiannya dan diletakkan ke dalam almari walaupun tidak selesa diperhatikan. ‘Dah kenapa duduk belakang orang?’

“Hmmm.. kenapa datang sini. Ni kan bilik saya. Bilik awak kat sana kan.” Nada suara Ameena sekadar mendatar.

“Tahulah bilik Amee.. tapi bilik Abang juga..” Ameena berpaling ke belakang mencari wajah suaminya. Dahinya berkerut seribu. ‘Cakap macam keling!’

“Tadi kan awak cakap, saya boleh guna bilik ni.” Maknanya awak tak nak berkongsi bilik dengan sayalah tu.. maknanya bilik saya seorang lah. Kalau tak, kenapa awak letak pakaian awak kat bilik sana..” Suara Ameena masih mendatar. Sukar ditafsirkan Eman. Samaada isterinya merajuk ataupun tidak.

“Oohhh... Abang memang khaskan kabinet dalam bilik ni untuk Amee... Baju Amee mesti banyak kan.” Eman cuba berdalih. Ameena mencebikkan bibirnya sambil berfikir. Tangannya berhenti seketika melakukan kerja – kerja menyusun pakaian. Otaknya ligat berfikir pakaian mana yang nak di bawa ke sini.

“Apa yang Amee fikir tu?” Bagaikan mahu tercabut jantung Ameena tatkala mendengar suara Eman yang begitu dekat dengan telinganya. ‘Masa bila pula dia dah menempel kat sebelah ni. Dah kenapa pandang aku macam tu pula. Dah lah aku ni kalah dengan lesung pipit dia’.

Eman seronok menatap wajah isterinya dalam jarak yang sangat dekat. Seronok melihat wajah Ameena yang merona kemerahan. Senyuman menggodanya masih tak lekang dari bibirnya.

“Boleh tak kalau awak jangan panggil saya ‘Amee’. Terasa macam pelajar awak pula.” Sengaja ditinggikan sedikit nada suaranya supaya suaminya kembali ke alam nyata.

“Habis tu nak panggil apa?”


“Panggillah apa-apa pun.. janji bukan ‘Amee’.

“Betul ni?”

“Betul lah!”

“Janji tak marah?”

“ Ya lah.. kenapa nak marah pula..” Ameena berura – ura untuk bangkit dari duduknya.

“ Sayang..” Begitu lembut dan gemersik suara itu pada pendengaran Ameena. Kakinya tiba – tiba terpelecok dan terjatuh betul – betul di atas ribaan Eman akibat terkejut dengan panggilan itu. Eman cepat – cepat memaut pinggang isterinya supaya tidak tergolek ke lantai.

“ Kenapa ni? Pening ke..” Wajah Ameena begitu dekat sekali dengan wajahnya. Bibir Ameena ditatap lama. Permandangan di hadapannya sekarang adalah sesuatu yang sangat indah dan mengghairahkan jiwa lelakinya. Ameena pula sudah tidak keruan. Pautan tangan suaminya terasa sangat kemas dan sepertinya sudah bertukar kepada pelukan.

“Maaf.. saya tak sengaja.” Ameena bingkas bangun dalam kepayahan. Eman yang tersedar dari keasyikannya tersenyum dan ketawa perlahan.

“Jangan risau, kalau sayang jatuh berkali – kali pun, abang tetap akan sambut dan peluk sayang kuat – kuat.” Eman senyum dengan pandangan redupnya. Ameena tahu dia tidak dapat membendung rasa malunya. ‘ Lebih baik aku keluar sebelum keadaan lebih parah’.

“Sayang, malam nantilah kita pergi ambil kereta ya.. Tak pun pergi dengan abang sajalah esok.” Ameena tidak menjawab sepatah pun. Hanya mengangguk sekali dan terus beredar. Eman menggaru kepalanya. ‘Yang mana satu? Ambil kereta malam ni ke atau pergi kerja dengan aku?’ Seketika kemudian Eman tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.

AMEENA tekun memeriksa buku latihan pelajarnya di dalam bilik guru. Namun seketika kemudian pendengarannya terganggu dengan bunyi yang kurang menyenangkan. Dia mengangkat wajahnya memandang ke arah suara yang kedengaran agak menggedik.

“Cikgu Eman bercuti kat mana cuti sekolah minggu lepas? Kenapa muka Cikgu ni nampak berseri – seri saja..” Meliuk lentok tubuh Cikgu Lily bertegur sapa dengan Cikgu Eman di muka pintu bilik guru bersebelahan mejanya. ‘Sempat pula dia nampak orang tu melintas. Yang Si Eman ni melayan pula. Tersengih – sengih macam kerang busuk. Dah seronok sangat la tu ada orang puji.’ Ameena menjeling tajam kepada suaminya yang kebetulan memandang ke arahnya.

“Eh, tak adalah Cikgu Lily. Biasa saja. Mungkin sebab banyak berkurung dalam rumah kot cuti hari tu.” Eman masih tak lekang senyumnya. Membuatkan jiwa Ameena bernanah. ‘ Geram pula aku dengan dua ekor ni.’

“Ke sebab dah jumpa pujaan hati ni. Maklumlah cuti sekolah lama juga kan. Mesti rindu kan.” Cikgu Lily ketawa galak. Eman pula mengerutkan dahinya. ‘Siapa pula yang dia maksudkan ni?

“Mungkinlah kot Cikgu Lily. Lama cutikan.. dah jumpa ni, hati ada bunga-bunga sikit.” Eman menjeling sekilas ke arah isterinya yang diam membatu. Seolah – olah mereka berdua tak wujud didepannya.

“ Cikgu Ameena.. Sihat? Dah makan pagi ke belum..” Sengaja eman mengalihkan topik. Rimas pula berhadapan dengan Cikgu Lily yang semakin menjadi – jadi. ‘Entah mimpi apa kali ini. Jangan dia nak test market dengan aku dah lah. Tak sanggup’.

“Cikgu Eman.. Sihat saja.. macam ni lah. Dah. Dah makan tadi dekat rumah, makan dengan driver saya tadi.” Sengaja di tekankan sedikit perkataan ‘Driver’ itu. Eman menjungkitkan keningnya. ‘Driver? Aku lah tu.. Driver pun driver la sayang.’

“ Ooohh… tak apalah. Ingat nak ajak makan tadi.”

“Cikgu Ameena, driver pun jadi ya. Tak apalah.. boleh la tu mengubat kesunyian.” Tajam sekali perlian dari Cikgu Lily. Lansung membuatkan Ameena panas. Namun tetap disabarkan hatinya. Tak guna layan orang yang perangai tak semenggah begitu. Manakala Eman pula sudah panas telinga mendengarkan perlian Cikgu Lily terhadap isterinya. Apa-apa pun untuk menghormati permintaan isterinya dia terpaksa sabarkan hatinya.

“ Saya beredar dulu lah kalau begitu. Cikgu Ameena jangan lupa makan. Jangan kerja kuat sangat ya.” Kali ini giliran Cikgu Lily pula panas hati. Dia yang dari tadi sibuk bertegur sapa dengan Cikgu Eman tidak dilayannya, Cikgu Ameena juga yang dikisahkannya. Sebaik sahaja Cikgu Lily berpaling, cepat - cepat Eman mengangkat mini love untuk isterinya. Namun hanya dibalas dengan jelingan tajam. Eman tersenyum sendiri. ‘Nak tegur isteri sendiri pun dah susah.’

“DAH sedia ke semua?” Ameena agak terkejut dengan satu suara yang sangat dikenalinya, siapa lagi kalau bukan Cikgu Eman. Dia berpusing ke belakang. ‘Emm.. Cikgu Fahmi pun ada’. Dia hanya mengangguk dan tersenyum. Tahun ini dia masih diamanahkan untuk menjadi guru pembimbing pasukan debat sekolah. Bersama – sama dengan Cikgu Eman, Cikgu Fahmi dan Cikgu Zaharah. Cuma Cikgu Zaharah yang belum sampai.

“Kak za belum datang ya , Cikgu Ameena?” Eman cuba berlagak biasa walaupun antara mereka bertiga, masing – masing mengetahui kebenarannya.

“Belum. Solat dulu kot.”

“ Cikgu Ameena dah solat?”

“ Dah.” Pendek jawapannya. Cikgu Fahmi menjeling sekilas ke arah sahabatnya. Kelihatan perasaan serba salah pada wajah Eman. ‘Perang dingin lagi ke? Aihh dah kahwin pun, nak berperang lagi ke.. Kalau dulu ya lah. Macam- macam la diorang berdua ni. Pening!’

“Apa tajuk kita hari ini?” Cikgu Fahmi cuba mencelah apabila terasa ada nada tegang antara pasangan suami isteri tersebut.

“Kenapa muka tegang saja tu?” Fahmi berbisik perlahan di telinga Eman. Eman hanya menjungkitkan bahu dan tersenyum. Dia menggosok belakang lehernya bagi mengurangkan rasa tidak tenteram di hatinya. Kedua – duanya menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Ameena. Suasana di perpustakaan hari itu agak lengang sedikit kerana kebanyakan pelajar sudah mula pulang.

“ Hari ini kita buka tajuk ‘ Konsert dan Hiburan Penyumbang kepada Kerosakan Akhlak Remaja Kini’. Saya cadangkan kita bahagikan kepada dua kumpulan. Kerajaan terdiri daripada Syafik, Luqman dan Hakim. Pembangkang pula terdiri daripada Nuraina, Qaisara dan Zulaikha. Macam mana Cikgu Eman? Cikgu Fahmi?”

“Boleh, saya setuju. Nanti kita tukar – tukar. Untuk latihan permulaan ni, kita tengok dulu.” Fahmi menyatakan persetujuannya dengan wajah yang agak serius. Eman pula hanya mengangguk tanda setuju. Wajah kelat Ameena membuatkan dia mati akal untuk bercakap. Takut tersalah cakap ada pula yang melenting.

Perbincangan dan perdebatan berjalan dalam suasana agak tenang pada mulanya. Namun tiba – tiba pihak pembangkang membangkang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

“ kenapa perlu sekat konsert dan hiburan? Sedangkan boleh ditapis. Pada pendapat saya, kerajaan tidak perlu menyekat kerana konsert dan hiburan itu adalah penyumbang kepada ekonomi negara. Jika perlu, hanya tapis dan letakkan syarat-syarat jenis – jenis hiburan yang dibenarkan.” Qaisara dari kelas Lima Sains sangat tegas membangkang usul yang dinyatakan oleh Hakim dari pihak kerajaan.

“Mungkin pihak pembangkang kurang arif mengenai hiburan dan konsert. Jika sudah Namanya hiburan dan konsert, letaklah seribu syarat pun, ianya tetap akan menyumbang kepada kerosakan akhlak kerana konsert itu sendiri memberikan impak yang negatif. Sebagai contoh Remaja yang datang ke konsert pasti akan bercampur gaul. Selesai konsert, mereka berkonsert pula sesama mereka di hotel – hotel dan sebagainya.” Giliran Hakim membidas semula pihak pembangkang. Namun sepertinya dua pelajar tersebut mempunyai konflik dalaman antara mereka.

“ Betul. Bagus. Bagus Hakim!” Eman tiba – tiba mencelah tanda bersetuju. Dia betul – betul kagum dengan cara bidasan pelajarnya. Nadanya lembut namun isinya sinis.

“Apa yang betulnya Cikgu Eman? Kan pihak pembangkang dah cakap, letakkan syarat untuk penganjuran konsert! Contohnya asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan. Pihak pembangkang juga ada cakap supaya buat peeeenaapiiisan! Hiburan ni bukan yang negatif semata – mata. Boleh buat hiburan seperti konsert nasyid, berzanji marhaban dan sebagainya. Melainkan akal dah tak waras.. nak juga buat benda tak elok, itu bukan salah konsert. Itu salah diri sendiri. Kalau tak dilayan takkan menjadi!” Ameena dengan tegas membidas semula kata – kata Eman. Namun sepertinya meluahkan rasa sakit hati yang terpendam. Eman agak terkejut dengan kata-kata Ameena. Matanya hanya focus kepada Ameena, isterinya.

“Tapi Sayang…” Fahmi cepat – cepat menyiku lengan Eman. Mata keenam-enam pelajarnya itu kini tertumpu kepada mereka berdua.

“Awak dah kenapa? Nak perang dingin lagi ke lepas ni.. kat sekolah ni..ada apa-apa kawan tak nak masuk campur.” Eman menelan air liur dengan bisikan Fahmi. Baru tersedar yang dia berada di sekolah dan di hadapan pelajar-pelajarnya. Dia memandang sekeliling. Ameena juga sudah tidak keruan menghadap mata-mata pelajarnya yang seolah-olah ingin mengetahui rahsia yang tersimpan.

Fahmi mengelap peluh yang merecik di dahinya. Terasa dia pula yang terlebih takut dan risau. ‘cari pasal la awak ni Eman'.

selamat hari raya untuk semua pembaca novel OV dan semua Follower OV..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience