BAB 8 : JANDA BERHIAS

Romance Series 52946

CIKGU Eman menyusuri lorong yang menghala ke kantin sekolah. Minggu ini pelajar – pelajarnya mula menghadapi peperiksaan besar iaitu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selama dua minggu ini dia banyak hilang fokus. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi di sudut hujung kantin. Dari jauh dia dapat melihat pelajarnya tekun menjawab soalan. Dia merenung lama ke arah dewan tersebut. Memori silam kembali meneroka fikirannya.

“Kamu ingat sekolah ni mak bapak kamu punya ke? Suka – suka hati nak masuk ke tak nak masuk kelas!” Ameena mendengus kasar dengan teguran gurunya. Cikgu Eman yang baru ditugaskan di sekolah tersebut terpaksa menggantikan kelas sejarah untuk kelas 5 Sains Tulen kerana guru mata pelajaran tersebut sedang cuti bersalin.

“Lembu tak masuk kelas la cikgu!” Ameena menjawab perlahan sambil tangannya melakarkan sesuatu pada kertas lukisannya. Marahnya pada guru tersebut masih belum hilang.

“ Tak sangka pula saya lembu pun pandai melukis ..” Masih mahu memanaskan keadaan walaupun Cikgu Eman tahu pelajarnya itu masih marahkannya berikutan kes salah faham tempoh hari.

“Dah kau nak kesah kenapa..” Ameena sepertinya bercakap dengan diri sendiri. Suaranya tenggelam timbul namun masih mampu didengari oleh guru muda tersebut.

“ Ameena Azzahra! Awak ni sedang bercakap dengan guru awak. Awak sedar ke tak? Kenapa biadap sangat ni?” Cikgu Eman mengetap giginya menahan kemarahan dengan sikap kurang ajar pelajarnya.

“ Dah la! Bosan la! Benda sama saja! Cikgu bukan cikgu sayalah! Saya tak nak belajar pun dengan cikgu. Cikgu kenal tak ketam? Sama lah macam cikgu!” Ameena bingkas bangun meninggalkan Cikgu Eman yang masih terpinga – pinga. Ketam? Ketam dia panggil aku? Dia mengesat peluh di dahinya. Boleh dapat darah tinggi kalau berdepan dengan pelajarnya itu seorang. Namun seketika kemudian dia tersenyum. Entah kenapa dia seronok mengusik pelajarnya itu seorang. Walaupun akhirnya dia sendiri yang sakit hati namun dia juga terhibur.

Eman menyeka lelehan air mata di hujung tubir matanya. Dipandang sekeliling. Mujur hanya dia seorang saja di situ. Memori – memori bersama Ameena terus – terusan menerpa ruang mindanya.

“ Ya Allah, bantu aku untuk lupakannya.” Dia merintih perlahan. Dia sendiri tidak faham kenapa dia kalah dengan perasaannya sendiri. Selama ini dia lansung tak kisah dengan sesiapa pun. Untuk kenal dengan makhluk yang bernama perempuan pun dia tidak berminat.

“ Cikgu Eman.. kita hanya merancang tetapi yang menentukan segalanya adalah Allah S.W.T. Cikgu kena kuat.” Cikgu Eman agak terkejut dengan kehadiran Cikgu Zaharah secara tiba - tiba. Entah bila seniornya itu berada di situ. Cikgu Eman mengalihkan pandangannya dan mendongak memandang langit . Cuba menakung empangan airmatanya. Matanya jelas sekali kemerahan.

“ Saya ok, Kak Za. Tak ada apa – apalah.” Cikgu Eman cuba melindungi perasaannya.

“Kak Za nak cakap pun benda dah lepas. Tapi lepas ni.. kalau ada lagi peluang Allah bagi untuk kenal dengan seseorang. Eman kena lebih berani. Kena cepat bertindak. Jangan tunggu – tunggu.” Cikgu Zaharah juga sebak dengan situasi yang dilihatnya. Dia perasan guru muda itu seperti hilang semangat selepas majlis penikahan Cikgu Ameena dan Cikgu Isa.

“ Insya Allah Kak Za.. Saya gerak dulu kak. Nak ke tandas.” Sungguh dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan sesiapa pun sekarang ini. Dia mahu bersendiri. Cikgu Zaharah hanya menggelengkan kepalanya melihat langkah lesu guru muda itu. Seolah – olah semangat dan jiwanya telah direnggut pergi. Berpisah daripada jasadnya tanpa rela.


AMEENA tersenyum sendiri sambil merenung katil. Malunya dengan peristiwa pagi tadi masih bersisa.

“ Sayang.. bangun.. dah subuh.” Ameena mendengar sayup – sayup suara suaminya.

“ Ermm.. Abang pergi dulu boleh.. saya rasa penat sangat ni..” Ameena menjawab dengan mata yang masih terpejam. Dipeluk kemas bantalnya yang terasa begitu hangat.

“ Ya.. memang abang nak pergi dulu ni.. tapi sayang kena bangun juga. Kalau tak abang tak boleh nak bangun ni.” Ameena membuka kelopak matanya yang memberat. Terus dia bangkit dari tidurnya dan duduk membelakangi suaminya. ‘ Ya Allah! Malunya..’ Bantal yang terasa begitu hangat itu rupanya dada bidang suaminya. Macam mana boleh tak perasan.

“Sayang letih sangat ni..” Isa memeluk Ameena daripada belakang dan menongkat dagunya pada bahu isterinya itu. Terasa hangat. Bau wangi badan isterinya meresap masuk kedalam rongga baunya. Isa memejamkan matanya dan mencium perlahan leher isterinya. Ameena mengelak kerana kegelian.

“ Saya mandi dulu!” Ameena bingkas bangun dan melangkah ke bilik air dengan wajah yang telah merona kemerahan. Isa ketawa perlahan. Comel! Sungguh dia suka melihat wajah Ameena yang kemerahan kerana menahan malu.

Pintu dikuak daripada luar. Terjenggul wajah Isa dengan senyuman manisnya.

“Sayang, kita gerak lepas asar ya..” Ameena terbangun dari lamunannya.

“Awak.. nak pergi mana?” Wajah Isa tiba – tiba berubah kelat dengan pertanyaan Ameena. ‘Dah kenapa pulak lelaki ni. Tadi bukan main senyum simpul. Opps! Alamak!’

“Sorry.. Abang nak pergi mana?” Ameena membetulkan panggilannya.

“Ha, kan sedap sikit dengar tu..” Wajahnya yang kelat terus berubah ceria mendengar panggilan ‘Abang’ dari isterinya.

“ Kan ibu dan ayah sayang minta kita pergi tengok rumah.” Isa menutup pintu dan melangkah. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Ameena.

“ Rumah mana pulak ni abang?” Ameena buat – buat lupa. Sebolehnya dia cuba mengelak untuk berdua – duaan dengan Isa di sana.

“I think I should give you a French kiss. Then you might remember. Come on, dear. Let me try!” Ameena tidak sempat hendak menghindar apabila tangan sasa Isa sudah melingkar di pinggangnya.

“ Abang! Janganlah.. Ya, saya ingatlah.. nanti kita pergi ya.” Ameena seakan merayu. Ketawa Isa pecah di situ. Geli hati melihat Ameena yang sudah ketakutan.

“Abang gurau sajalah.. Takut sangat dia. Tapi kalau buat perangai macam tadi lagi.. Abang buat betul – betul!”

“Abang, malam tadi saya perasan ada satu sampul coklat kat atas hadiah tu. Abang punya ke?” tiba – tiba Ameena teringatkan sampul coklat yang di lihatnya sebelum ini. Selebihnya soalan itu lebih kepada untuk mengelak dari melayan perangai gila suaminya.

“ Oh, yang tu ke? Entah! Abang pun tak tahu. Orang bagi kot. Abang tengok siap ada wishes untuk kita lagi tu.” Isa menunjuk ke arah timbunan hadiah yang berada di penjuru dinding bilik. Ameena mengangguk perlahan. Timbul perasaan ingin tahu akan isi kandungan sampul tersebut.

MANJA memerhatikan pasangan dua sejoli yang baru meniti hari bahagia mereka. Terasa sakit hatinya melihatkan kemesraan pasangan itu. Hari ini dia menawarkan diri untuk menemani mamanya ke rumah sepupu papanya. Sengaja dia mahu mencari tahu adakah rancangannya sudah berjaya. Namun melihatkan kemesraan dua merpati itu membuatkan hatinya koyak.

“Selamat pengantin baru Abang Is.” Isa dan Ameena yang baru menuruni anak tangga dari tingkat atas berhenti dari melangkah apabila suara itu menegurnya.

“Eh, siapa ya nama awak. Selalu lupa.”Manja agak tersinggung apabila orang yang diminatinya separuh mati tidak mengingati namanya. Ameena pula agak terkejut kerana terjumpa lagi wajah yang menjadi tanda tanya kepadanya.

“Suhaila.. Abang!” Isa menepuk dahinya.

“Allah.. lupalah abang ni! Datang dengan siapa?” Suhaila tersenyum simpul. Ameena pula sudah tidak senang hati. Abang? Aku pun dia suruh panggil ‘Abang’! Tak special lansung!

“Datang dengan Mama. Mama ada kat luar dengan Aunty Suria.” Ameena bengang melihat reaksi gedik gadis yang bernama Suhaila itu. Dia masih tertanya – tanya dimana mereka pernah berjumpa.

“Ooohh.. Eh, maaf sayang! Ni kenalkan Suhaila. Anak kepada sepupu papa. So dua pupu la kan kita.” Isa ketawa mesra sehingga mengundang cemburu di hati Ameena. Layak apa aku cemburu. Aku isteri dia. Ameena hanya mengangguk dan diam. Eii.. nak saja aku cucuk – cucuk mata dia dengan garfu. Dah kenapa tengok suami aku macam tu! Dengan asyik tersengih.

“ B.. honey rasa kita dah lambat ni.. honey takut jalan sesak nanti. Maklumlah.. cuti sekolah. Kami pergi dulu ya suu..hai..la” Lambat – lambat Ameena menyebut nama itu. Isa pula sudah mengangkat kening. Sejak bila panggilan dah bertukar ni. Tadi ber ‘abang’ lagi. Ni dah bahasakan dia ‘honey’ pulak!

“You jelous ke.. Ho.. ney..” Isa ketawa perlahan sambil melangkah beriringan keluar daripada pintu utama Villa tersebut. Dikerling sekilas pada wajah isterinya. Ameena masih beriak beku. Senyum tidak. Marah pun tidak. Namun dia seolah-olah sudah boleh faham yang isterinya sedang cemburu.

“ Come on, dear! She is our student. May be you didn’t recognize her.”Ameena mengangkat sebelah keningnya. Patutlah dia macam pernah tengok. Tapi maklumlah.. murid sekolahnya ramai.

“Ya ke? Tapi still! Janganlah tengok suami i ni macam nak telan. My husband kot. Not her husband!” Dikawal suaranya seperlahan yang mungkin bimbang didengari oleh ibu mertuanya.

“So you wish nak telan i ke honey.. please do so.. berkali – kali pun i rela ditelan. Kat mana yang you nak telan dulu? Hmm?” Isa mengangkat keningnya disertakan dengan senyuman nakal. Ameena pula telah merona kemerahan mukanya. Silap dia juga. Cemburu punya pasal, cakap dah tak fikir dulu.

“Dah la! Mula la tu..” Ameena menjeling tajam.

“Isa, nak keluar ke? Ni Aunty Mastika ada datang ni. Sini dulu bagi Ameena kenal – kenal dulu dengan sepupu papa ni.” Datin Suria memanggil anak dan menantunya yang melintasi tempat dia bersembang dengan sepupu suaminya.

“Assalamualaikum Aunty.. Mana semua orang Ma? Sunyi saja. Pagi tadi bukan main riuh lagi.” Isa sekadar berbahasa.

“Ke Pasar Payang katanya. Nak cari barang – barang nak bawa balik KL.” Datin Suria melirik senyum melihat menantunya bersalaman dengan Mastika.

“Maaf la Ma, Aunty.. Kami pergi sana dulu. Takut lambat. Kami beredar dulu ya. Ma, malam nanti Is balik.” Isa memeluk mamanya daripada belakang.

“Ishh.. ya lah.. Kamu dah ada isteri.. Mama tak kisah pun. Dulu bujang ya lah. Sekarang Ameena pula yang jadi tempat lapor diri kamu.” Datin Suria ketawa kecil dengan keletah anaknya. Ameena tersengih mendengar ulahan ibu mertuanya. Tak sangka Isa begitu manja dengan mamanya.

“ALONG.. mak tengok kamu ni macam orang mati bini. Termenung sana.. termenung sini.” Hajah Sufiah meletakkan dulang air teh di atas meja bulat di hadapan anaknya itu. Sejak Eman balik minggu lepas. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena. Tapi Eman bukan seorang yang mudah berkongsi masalah dengan orang termasuk emaknya sendiri.

“Along okay saja mak.. Cuma letih sikit. Persiapkan mental dan fizikal budak – budak nak ambil SPM.” Eman seboleh daya cuba untuk mengelak daripada bercerita masalahnya. Tidak mahu emaknya susah hati atau mula membangkitkan calon menantu pilihannya. Dia tidak bersedia untuk itu. Betul untuk menyukai seseorang hanya perlukan satu saat. Namun untuk melupakan mungkin memerlukan seumur hidup.

“Along tak cuba minta pindah ke Kuantan ni ke? Tak la letih sangat nak kena ulang alik. Ni setiap hujung minggu Along duk ulang alik. Sebab tu la kot.” Timbul rasa kasihan pada anaknya yang seorang itu.

“Along suka mengajar kat sekolah tu mak. Ya lah.. dah lama kat situ. Sayang.” Eman meneguk air teh yang telah dituangkan ke dalam cawan. Sepintas dia mengerling emaknya yang sedang menguli tepung untuk dibuat karipap katanya.

“Emak ni melarang tak menyuruh pun tak. Tapi kalau dah kamu merungut letih tu.. Dah sampai masa lah tu.. balik ke rumpun.” Eman tersenyum senget dan mengerutkan keningnya. Emak ni banyak berkias. Faham sangat sebenarnya emak memang nak dia pindah balik ke sini.

“Insya Allah mak.. Eman usahakan. Mak sunyi ke? Dah tak ada si budak kecik tu. Kalau tak mak asyik melayan dia. Adik tak balik cuti ke mak?” Eman tiba – tiba teringatkan adik bongsunya, Erfan.

“Balik.. minggu depan katanya. Dia tu kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik. Mak saja yang tak bagi” Kali ini fikiran Hajah Sufiah tertumpu pada anak bongsunya pula. Rindu sungguh.

“Erfan rindu nak tidur bawah ketiak mak la tu! Bagus la mak.. jangan ikut sangat. Biar dia belajar berdikari sikit.” Eman ketawa agak kuat.

“ Mana semua orang mak? Dah balik ke?” Eman melilau mencari kelibat sepupu – sepupu kecilnya. Ibu – ibu saudaranya juga tidak kelihatan.

“Mereka ramai – ramai pergi menginap dekat Teluk Cempedak sana. Nak berkampung kat sana katanya. Along pergilah. Mak memang dah malas.”

“Hmm.. tengoklah. Rindu Jugak dekat budak – budak kecik tu.” Eman tersenyum memandang emaknya. Memang Hajah Sufiah tidak berapa gemar untuk bermalam di luar. Apatah lagi untuk berkhemah di tepi pantai. Dah tamat katanya zaman untuk itu.


AMEENA dan Isa menyusuri pantai sambil berpimpinan tangan. Angin petang itu begitu mendamaikan. Sudah dua minggu usia perkahwinan mereka. Isa memegang teguh pada janjinya. Baginya jika Ameena meminta masa seribu tahun pun dia sanggup tunggu kerana perkahwinan bukan untuk hubungan intim semata – mata. Usia perkahwinan mereka masih dalam fasa menyelami masing-masing kerana mereka tidak berkesempatan untuk mengenali antara satu sama lain secara peribadi.

“Honey okay? Happy tak?” Isa memaut bahu isterinya rapat ke tubuhnya. Ameena tersenyum malu sambil memandang sekeliling. Sebelah tangannya memegang tudungnya untuk menghalang angin pantai menyingkap rahsia tubuhnya.

“Honey okay B.. happy.. selagi B ada dengan honey.”Ameena memandang suaminya sambil dengan senyuman manis. Pipinya agak kemerahan kerana di tenung lama oleh suaminya.

“Honey tau? Kenapa B suka sangat pandang honey lama-lama?” Ameena menjungkitkan keningnya dan menggelengkan kepala. Seketika dia membetulkan tudungnya yang ditiup bayu petang.

“Sebab bila pandang honey, B rasa bahagia sangat. Tenang dan damai. Dulu selalu curi – curi tengok honey. Sekarang tak perlu dah.. boleh tengok macam ni je.”Isa memegang kedua- dua belah pipi isterinya dan tersenyum lebar. Dia membetulkan tudung isterinya yang sudah tidak terbentuk. Ameena menunduk malu. Terasa jantungnya berdegup laju.

“B.. betul ke nak stay kat rumah yang ayah bagi tu? Jauh sikit la nak ulang alik ke sekolah. Ke B nk mohon tukar sekolah.” Ameena tiba – tiba terfikir untuk memberi cadangan tersebut. Ingatannya terarah kepada Cikgu Eman. Kalau tukar sekolah, tak ada lah nak mengadap muka tu.

“B belum puas lagi berkhidmat di sekolah tu. B suka suasananya. Lagi – lagi sekolah tu banyak kenangan kita. Tak mahulah. Kita dah siapkan rumah tu. Kita duduk sajalah. Kita berdua saja.. tak ada orang kacau.”

“B ni...” Isa mengaduh manja tatkala Ameena menyiku pinggangnya.

“ Honey dah boleh solat? Ni kira honeymoon kita tau..” Isa tersenyum nakal. Belum puas disiku agaknya. Ameena pula telah merona kemerahan mukanya.

“ B.. ramainya orang kat sana.. ada apa ya? Jom kita tengok.”Ameena menarik tangan suaminya dan menuju kearah tempat yang dikatakannya. Sengaja dia mengalihkan perhatian suaminya. Dari jauh kelihatan ramai budak sedang main lari – lari.

“Honey, mereka buat ‘Family’s Day’ la. Takkan nak tengok juga.”

“Ala.. tak apa la.. bukan salah pun. Seronok apa tengok budak – budak.”Ameena masih dengan katanya. Tiba- tiba langkahnya terhenti. Dia terpandang satu wajah yang cukup dikenali sedang bergelk ketawa dengan anak – anak kecil.

“B.. lapar la pulak.. Jom kita cari satay ikan”Ameena cepat – cepat menarik tangan suaminya dan memesongkan langkah mereka ke tempat lain.

“ Eh, tu bukan Cikgu Eman ke? Anak siapa dengan dia tu? Boleh pula terjumpa kat sini. B nak ‘say hye’ kejap.” Sempat pula mata Isa menangkap kelibat lelaki tersebut. Ameena sebal namun terpaksa diturutkan juga langkah suaminya.

“Bro! Anak siapa ni? Takkan senyap – senyap kot ..”Eman mendongak mencari arah suara tersebut. Bagai terhenti jantungnya melihat wajah yang cuba dilupakan berada di depan matanya sekarang. Kenapa Ya Allah!

“ Eh, bro.. honeymoon ke? Takkan kat sini bro. Oversea la.. Cikai sangat kat sini. Kat kampung aku kot.” Eman ketawa kuat di hujung katanya sekaligus cuba menutup luka yang hampir berdarah lagi.

“ Bad! Sini damai. Untung – untung triplex.” Giliran Isa pula ketawa kuat. Dia berpaling ke arah isterinya. Tangannya pantas menyekat tudung isterinya daripada disingkap angin.

“B ni..” Ameena bersuara perlahan dan manja sekali. Kali ini hati Eman betul – betul berdarah. Melihat kemesraan dan kebahagian mereka. Dia memandang wajah Ameena yang sudah kemerahan. Malu mungkin dengan usikan suaminya.

“Insya Allah.. aku doakan kebahagian untuk korang berdua. Selamat berbulan madu.” Eman tersenyum lagi. Senyuman yang dipaksakan. Senyuman yang merobek luka lama sehingga berdarah kembali. Kali ini lukanya lebih dalam. Untuk mencintai bukan sesuatu yang sukar. Cinta boleh datang secara tiba – tiba tanpa ada halangan pun. Namun untuk melupakan ibarat meredah hutan belukar yang berduri ibarat meniti jambatan yang dipenuhi cerucuk kaca. Semuanya bakal menemui kecederaan. Ya Allah.. tabahkanlah hatiku! Isa merintih sendirian sambil memeluk anak sepupunya. Dalam senyuman dia terluka.

ISA merenung sampul coklat di dalam bagasi isterinya. Kenapa Ameena membawa sampul surat ni hinggal ke sini. Buka sajalah! Lagipun memang nama aku dan dia kot. Ameena masih di dalam bilik air. Membersihkan dirinya. Isa tersenyum tatkala mengingati janji isterinya.

“Honey milik B malam ni. Untuk B dakap sampai pagi” Ameena tersenyum malu sambil merebahkan kepalanya di dada suaminya. Tangannya merangkul pinggang suaminya sambil menikmati bayu laut yang sepoi-sepoi bahasa.

Isa memandang lama ke arah sampul surat tadi. Masih berkira – kira untuk membukanya atau tidak. Lantas tangannya mengoyak perlahan sampul surat tersebut. Dikeluarkan isi di dalamnya. Rahangnya bergerak – gerak tatkala melihat isi sampul itu. Terdapat beberapa keping gambar Ameena bersama seorang lelaki. Sangat intim seperti pasangan kekasih. Berpelukan dan ada juga gambar isterinya itu dicium lelaki tersebut. Gambar isterinya tanpa menutup aurat di dalam kolam mandi bersama lelaki tersebut. Begitu mesra. Bagaikan dihempap batu yang berat. Seperti hatinya dikoyak – koyak dan dicarik – carik.

Isa menggenggam kuat gambar – gambar tersebut sehingga renyuk. Dia mengambil lagi satu gambar iaitu gambar ultrasound bayi. Terdapat satu catatan disitu.

‘Sayang jaga anak kita baik – baik. Tunggu abang balik. Tak lama dah sayang.’

Celaka kau perempuan! Kau tipu aku hidup – hidup. Kau memang main gila dengan aku. Isa menyeringai dengan hati yang terbakar.

“B.. honey dah siap. Sorry tunggu lama.” Ameena memeluk suaminya daripada belakang. Isa melonggarkan pelukan isterinya seraya berpusing. Dia melihat Ameena telah mengenakan baju tidur separas peha berkain satin yang mengikut potongan badannya. Wajahnya merona kemerahan tatkala ditenung tajam oleh suaminya. Belahan dadanya yang seksi jelas kelihatan. Namun tidak sedikit pun menarik minat Isa. Dia merasa sangat jijik memandang figura itu didepannya tatkala itu.

Pang! Satu tamparan kuat singgah di pipi Ameena hingga dia terjatuh di lantai bilik hotel itu.

“Ameena Azzahra binti Tuan Zulkifli. Malam ni, aku ceraikan kau dengan talak satu!” Lantas gambar- gambar di tangannya dicampakkan ke muka Ameena. Ameena yang masih terkejut dengan pipinya terasa sangat pedih, mengutip gambar – gambar tersebut. Dia memejam matanya rapat tatkala melihat gambar tersebut. Darah pekat mengalir di tepi bibirnya.

“Ini sebenarnya kau! Kau jadikan aku kambing hitam! Kau ingat kau pakai macam ni, aku ada perasaan nak sentuh kau? Aku jijiklah! Kau cari semula jantan tak guna tu. Suruh dia yang bertanggungjawab! Bukan aku la pelacur!” Setiap kata – kata yang keluar dari mulut Isa, satu persatu dia telan dan sematkan di mindanya supaya dia tidak lupakannya sampai bila – bila. Satu patah kata pun tidak keluar daripada mulutnya. Biarlah. Allah dah tunjuk kepada dia siapa suaminya yang sebenarnya sebelum dia serahkan segala – galanya.

“ Kau ingat ya apa yang aku cakap ni! Aku takkan terima perempuan sial macam kau ni jadi isteri aku sampai bila - bila!” Isa terus mengambil barang – barangnya. Dia mencampakkan segala miliknya dalam bagasinya dan berlalu keluar meninggalkan Ameena yang masih terjelepok di atas lantai tanpa setitis pun air mata yang keluar. Gambar – gambar itu masih di tenung satu persatu. Semakin galau hatinya apabila melihat insan di dalam gambar tersebut.

Aku.. Ameena Azzahra binti Zulkifli takkan pernah lagi terima Isa Rayyan bin Dato’ Ismail sebagai suami aku.. Akan ku bawa sumpahku sampai mati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience