“SIAPA?” mereka saling berpandangan tatkala mendengarkan suara garau seorang lelaki dari dalam bilik hotel. Air muka Cikgu Lily terus berubah. Bukan kerana sudah tertangkap basah tapi kerana suara yang didengarinya. ‘Celaka kau Isa! Kau nak main gila dengan aku ke? Tak apa, kau tunggu! Dapat kau pun apa kurangnya, anak Dato’. Lagi untung..”
“Siapa tu cik? Boleh kami masuk?” Cikgu Lily hanya membuka ruang untuk anggota unit pencegah maksiat itu untuk masuk tanpa sebarang bantahan. Senyuman di bibirnya terukir lebar. ‘Kau bodoh Isa! Kau menjerat diri kau sendiri demi perempuan sial tu!’
“Maaf, kamu semua ni siapa? Kenapa masuk dalam bilik I ni?” Isa sudah tercegat berdiri memandang sekumpulan manusia yang menerjah masuk ke biliknya.
“Kami mendapat laporan ada aktiviti tidak bermoral di sini. Boleh kami tahu apa hubungan Encik dengan perempuan ni?” Isa tersenyum nipis.
“Dia kawan I, Kami datang ke sini menghadiri kursus.” Tenang Isa menjawab.
“Kursus di dalam bilik? Berdua-duaan?” Ketua unit pencegahan maksiat itu agak tegas mengajukan soalan berbau sindiran.
“Tapi kami tak buat apa-apa dan I pun tak tahu bila dia datang. Mungkin dia nak perangkap I!” Bersahaja Isa menjawab. Cikgu Lily pula sudah mula mahu meradang. Itulah yang dia mahu.
“No! Saya tak perangkap dia Encik! Kami memang berdua-duaan di dalam bilik ni. Suka sama suka! Sampai hati awak Isa.. Bila dah jadi macam ni, awak nak salahkan saya.” Cikgu Lily mula berlagak seperti mangsa keadaan.
“Apa yang bising – bising ni Is..” Kehadiran Datin Suria dan Ismawahida daripada dalam bilik membuatkan semua terdiam kecuali Isa. Dia tersenyum sinis ke arah Cikgu Lily. ‘Mana ada orang bijak pandai nak perangkap diri sendiri. I tak munafik, I tunaikan semua permintaan you, Cikgu Lily.. tapi bukan dengan kawan I.’
“Kenapa ni Abang Is? Kenapa bising-bising ni.. Siapa mereka semua ni?” Giliran Ismawahida pula bertanya. Dia hairan dengan manusia-manusia yang muncul di dalam bilik mereka tengah – tengah malam.
“ Kami tak berdua-duaan Encik.. Ini mama dan adik perempuan I. Jadi I rasa Encik semua sudah salah faham. Lagipun keadaan kami lansung tidak mencurigakan.” Isa masih tenang berhadapan dengan situasi itu. semuanya sudah dirancang dengan teliti. Cikgu Lily perlu diajar menjadi manusia.
“Kami minta maaf di atas salah faham ini. Mungkin pengadu juga salah faham. Terima kasih semua kerana memberikan kerjasama.” Semua anggota unit tersebut terus beredar. Cikgu Lily pula masih terkulat – kulat tidak tahu untuk berkata apa lagi. Rancangannya gagal sama sekali disebabkan Isa.
“I rasa better you balik bilik and rehat. Ini, kad bilik You.” Isa menghulurkan kad akses milik Cikgu Lily yang di berikan padanya tadi. Cikgu Lily pula dengan kasar merampas kad tersebut dari tangan Isa. Perasaan malunya berhadapan dengan semua orang disitu membuatkan dia mahu segera beredar.
“Cikgu Lily.. bukan semua yang kita nak, kita akan dapat.. Bersyukurlah.. dan move on..” Sempat lagi Isa menitipkan pesanannya. Dia tersenyum hambar melihat Cikgu Lily yang melangkah keluar daripada biliknya. Cikgu Lily telah tersilap menilai tentangnya. Dia tak akan pernah biarkan Ameena diperangkap sekali lagi. Ameena layak hidup bahagia bersama Eman.
“ Kenapa tu Is? Siapa perempuan tu?” Datin Suria yang masih bingung mula bertanya.
“ Tak ada apa-apa lah mama.. salah faham saja. Biasalah, cinta.. buat manusia tu buta. Kau jangan jadi macam tu Isma! Behave !” Isa ketawa agak kuat melihat Ismawahida yang membulat mata memandang ke arahnya.
“Apa pula I? You tu, ajak kami datang sini mesti ada makna.. I dah cakap dah mama.. Dia ni ada udang di sebalik batu ni..” Isa ketawa makin kuat. Tembelangnya sudah terbongkar.
“Okaylah, esok I belanja you. You nak apa sahaja I bayarkan. Promise..” Ismawahida tersenyum senang sambil mengangkat ibu jarinya. Berpuas hati dengan rundingan yang ditawarkan.
“Esoklah Is cerita Mama.. penatlah.. Esok nak jalan-jalan lagi.” Isa melentokkan kepalanya pada bahu Datin Suria memohon pengertian.
“Ya lah.. pergi mandi dulu.. lepas tu terus masuk tidur. Kami masuk tidur dulu.. dah lewat ni..” Isa menghantar langkah Datin Suria dan Ismawahida dengan pandangan matanya. ‘Semoga semuanya baik – baik untuk kamu berdua sahabatku.’
DIA menarik nafas kepenatan. Air sejuk diteguk rakus untuk mengurangkan getaran perasaannya. Mesej yang terima daripada Isa membuatkan dia tidak keruan. Terus dia berlari menuju ke bilik Ameena. Nasiblah dia tiba tepat pada waktunya. Kalau tak dia tak tahulah apa akan jadi pada isterinya. Kalaulah Cikgu Lily ada depan matanya sekarang, mahu saja ditumbuk muka tu. Dia merebahkan badannya di atas sofa. Penatnya menangkis rengekan dan godaan Ameena masih bersisa. Dia membuang pandang ke arah Ameena yang sedang tidur nyenyak. Hampir 5 jam dia bertarung dengan kesan ubat peransang itu. Nampak sangat yang isterinya kepenatan.
Eman memejamkan matanya seketika. Namun perlakuan Ameena sebentar tadi terus-terusan bermain di mindanya. Gerak geri Ameena yang meransang nafsunya terus-terusan datang dan menari-nari dalam ruang mindanya. Eman gelisah, seolah-olah dia pula yang tertelan ubat peransang tersebut. ‘Ingat Eman, janji kau pada Ameena. Itu bukan diri dia. Ingat Eman.. Jangan mungkir janji-janji kau!’ Dia terus bertarung antara nafsu dan akalnya. Akhirnya Eman tertidur keletihan.
Eman terjaga daripada tidurnya apabila terdengar esakan halus dari atas katil. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah isterinya. Kenapa dia menangis? Sakit ke? Dia sendiri pun tidak pernah ada pengalaman. Tangannya di tekapkan pada dahi Ameena namun ditepis kasar oleh perempuan itu.
“Sampai hati awak..” Ameena masih keliru dengan apa yang terjadi malam tadi. Tidak tahu pada siapa untuk dipersalahkan.
“ Sayang, dengar dulu.. bukan salah Abang. Abang tak akan buat macam tu dan takkan pernah terlintas pun di akal Abang ni untuk buat macam tu.” Eman masih cuba menenangkan isterinya itu. Ameena memejamkan mata mengingati apa yang berlaku malam tadi, satu persatu samar-samar menerjah masuk ke dalam otaknya . Dia menangis lagi kerana malu dengan segala tindakannya malam tadi, dia merasa dirinya seperti pelacur.
“Habis tu siapa? Siapa lagi kalau bukan awak?” Wajah Ameena kemerahan menahan marah dalam air mata yang masih bersisa.
“Cikgu Lily.” Eman menjawab pendek dengan rasa serba salah. Dia tahu nama itu akan menyebabkan dia dipersalahkan lagi.
“Cikgu Lily?” Ameena terdiam seketika. Dia pelik bagaimana suaminya boleh tahu agenda perempuan gila itu.
“Ya.. bukan Abang. Isa yang mesej Abang malam tadi. Abang pun belum dapat penjelasan dari Isa. Dia Cuma bagitahu Abang untuk tengok Sayang dekat bilik. Dia yang berikan kad akses bilik Sayang. Sumpah! Abang tak tahu apa-apa.” Bersungguh – sungguh Eman menjelaskan keadaan sebenar.
“Tapi kenapa saya? Kenapa bukan awak? Dia gilakan awak! Kenapa dia nak aniaya saya? Macam mana Isa boleh tahu rancangan dia pula?” Ameena semakin naik hantu dengan nama-nama yang muncul pagi itu. ‘Apa yang Isa nak lagi daripada aku! Lelaki tak guna!’
“Abang tak tahu Sayang.. Kita jumpa Isa. Kita tanya dia. Kita minta penjelasan daripada dia. Sayang tarik nafas dalam-dalam.. sabar. Lagipun Abang tak buat apa-apa pun dekat sayang.” Perlahan sahaja suara Eman menuturkan ayat yang terakhir. Bimbang Ameena semakin marah.
“Kenapa tak buat apa-apa? Seronok tengok persembahan macam tu? Seronok tengok saya macam tu?” Ameena semakin menyinga. Setiap ayat yang keluar daripada mulut suaminya ditangkas kasar. Tiada satu pun yang dapat menyejukkan hatinya. Dia merasakan dirinya sangat hina. Ameena bingkas bangun dari katil. Eman menelan air liur melihat permandangan indah dihadapan matanya namun cepat – cepat dia mengalihkan pandangannya. Malam tadi dia terpaksa merendam Ameena di dalam bath tub untuk menghilangkan kesan ubat peransang tersebut. Dia hanya menggantikan pakaian Ameena dengan baju tshirtnya tanpa seluar.
Ameena pula sudah tidak kisah. Malam tadi Eman sudah lihat segala-galanya tanpa dipaksa. Cuma hanya belum disentuh secara sexual. Dia terasa seperti mahu menghantuk kepalanya di dinding supaya semua kejadian malam tadi hilang dari ingatannya. Ameena masuk ke dalam bilik air dan mengurungkan diri. Tidak mahu lagi melihat manusia yang bernama Eman di depan matanya. Dia sangat malu.
“Sayang.. abang pergi ambil baju sayang dalam kereta. Lepas tu kita ambil barang Sayang dekat bilik Sayang. Tunggu kat sini.. jangan pergi mana-mana ya.” Pesanan itu tetap dititipkan walaupun dia tahu Ameena tidak mungkin kemana-mana tanpa pakaian yang lengkap. Ameena hanya mendiamkan diri. Seketika kemudian dia menangis lagi. Hatinya hancur.
CIKGU Lily menarik bagasinya untuk keluar daripada bilik. Dia memandang sekilas ke arah katil Ameena. Dia tersenyum sinis. ‘Walaupun rancangan aku tak berjaya, tapi aku pasti betina tu dah kena ratah sampai lumat malam tadi. Cerita panas yang bakal tersebar di sekolah nanti. Entah bilik mana yang kau dah masuk. Ataupun tepi pantai pun jadi.’ Cikgu Lily ketawa sendiri. Dia mahu pulang lebih awal memandangkan tiada apa urusan lagi di situ. Semuanya sudah selesai malam tadi.
Sebaik sahaja pintu dibuka, terpacul wajah Cikgu Eman di depan pintu. Lebih mengejutkan Ameena ada bersama dengan lelaki itu. Wajah Cikgu Lily berubah terus. ‘Kau dengan dia ke malam tadi?’
“Eh, Cikgu Lily.. dah nak balik ke? Awal lagi ni..” Penuh sindiran bicara Eman.
“Ya.. a..wak bu..at apa kat sini? Cikgu Ameena? Tidur kat mana malam tadi?” Tergagap – gagap perempuan itu membalas. Membuntang mata Ameena dengan soalan bodoh Cikgu Lily itu.
“Kau ni memang biadap kan!” Ameena sudah kerasukan. Dia meluru masuk dan mencekik leher Cikgu Lily. Tergapai-gapai tangan Cikgu Lily meminta bantuan.
“Kau nak sangat tengok aku marah kan? Kau memang nak sangat mati kat tangan aku kan?” Badan Cikgu Lily sudah terdorong ke belakang sehingga melekap pada penjuru dinding.
“Sayang.. jangan macam ni.. lepaskan dia.. bawa mengucap sayang. Ingat Allah Sayang.” Eman dengan sedaya upaya menarik badan Ameena ke dalam pelukankannya. ‘What! Sayang?’ Cikgu Lily memegang lehernya yang terasa sakit. Wajahnya di selubungi kekeliruan. Keliru kenapa Cikgu Eman tanpa segan silu memeluk Cikgu Ameena. Ditambah pula dengan panggilan Sayang kepada perempuan itu.
“Kau dah kenapa Ameena? Kau nak bunuh aku ke? Aku cuma tanya kau tidur kat mana malam tadi. Yang kau mengamuk macam orang gila ni kenapa?”
“Sudahlah Cikgu Lily! Kami dah tahu niat jahat kau tu! Berhentilah berlagak suci! Kau nak apa sebenarnya?” Eman masih memeluk kuat Ameena yang masih belum berpuas hati dengan Cikgu Lily.
“Apa yang awak merepek ni Eman. Apa yang saya buat?” Cikgu Lily masih mencuba nasib walaupun sudah terang lagi bersuluh.
“Stop it Lily! You nak bukti ke? I ada bukti plan you dari A to Z. You nak I bawa ke balai polis ke?” Isa muncul bersama dengan Datin Suria dan adiknya Ismawahida. Pintu bilik hotel yang terbuka itu menjemput mereka masuk tanpa di undang.
“Amee sayang..” Rindu sungguh Datin Suria pada menantunya itu. Ameena sedikit tenang melihat wajah itu. Dia menarik nafas dalam dan melonggarkan pelukan suaminya. Dia melangkah perlahan ke arah Datin Suria. Menyalami wanita itu dan memeluk erat sambil mencari sedikit ketenangan.
“You better go! And ingat, jangan ada sesiapa pun tahu hal ni, atau bukti – bukti yang I ada ni akan jahanamkan You!” Cikgu Lily pantas melangkah keluar dari bilik itu. kata dua itu membuatkan dia merasa takut. Namun sempat dia menjeling Ameena di dalam pelukan Datin Suria. ‘Kau ni boleh tahan drama juga! Apa hubungan kau dengan Eman ha? Kau memang sial la Isa! Bodoh!’
“Amee okay ke sayang?” Datin Suria menggosok belakang Ameena perlahan. Ismawahida melirik ke arah bekas kakak iparnya. ‘Sayang betul mama dekat Kak Amee.’
“Apa yang jadi malam tadi sebenarnya Is? Mama ni tak boleh lena malam tadi. Pagi ni jumpa Amee macam ni pula.” Datin Suria meluahkan rasa.
“Sebenarnya mama, Is ajak mama datang sini sebab nak mama tolong Is. Yang tadi tu rakan kerja kami. Dia marah sebab tahu Amee bercinta dengan Eman.”
“Bercinta? Bukan ke kamu berdua dah kahwin.” Berkerut dahi wanita separuh abad itu.
“Tak ada siapa pun tahu kecuali yang rapat dengan kami sahaja. Amee yang minta macam tu sebab status Amee masa tu. Baru sangat lagi.” Ameena seperti serba salah. Datin Suria mengangguk faham. Iyalah, waktu tu mungkin Ameena nak lari dari Isa. Keputusan berkahwin lagi waktu itu mungkin yang terbaik untuk Ameena.
“Eman kan? You kawan baik Is kan?” Sedikit sinis bunyi soalan Datin Suria.
“ Ya, Aunty. Kami mengajar satu sekolah dulu.” Eman menjawab tenang, walaupun dia dapat mengesan ada nada sinis di situ.
“Mama..” Isa seakan memberi amaran.
“Nanti senang-senang, datanglah rumah mama.. lama tak makan sama-sama. Mama pergi dulu.” Walaupun belum puas dengan bekas menantunya itu, dia terpaksa pergi bagi menghormati kehendak anaknya. Ameena mengangguk dalam senyuman kelat.
“Cikgu Isa.. awak dah tahu daripada awal. Kenapa tak bagitahu kami?” Ameena masih belum berpuas hati. Masih bersisa amarah dalam hatinya. Seketika kemudian dia memandang pula ke arah suaminya yang duduk bertongkat siku pada lututnya.
“I ingat I boleh handle.. and, I don’t know, ubat tu ubat peransang. Sebelum ni dia bagitahu I, itu ubat tidur. Sepatutnya I letak dalam minuman Eman juga tapi I tak buat. Sebab I takkan khianat kawan I sendiri.” Kali ini Isa juga sepertinya menyindir Eman.
Ameena termenung seketika. Antara percaya dengan tidak dengan bekas suaminya. Isa memandang Ameena tidak berkelip. Hari ini baru dia dapat tengok betul-betul bekas isterinya itu.
“Hmm.. Terima ksih Bro.” Eman mula tidak selesa dengan pandangan Isa pada isterinya.
“Tak apa Bro. Aku tak nak benda sama yang jadi kat aku dulu, jadi kat kau pula. Allah bersama kita.. Alhamdulillah.” Ameena menelan rasa. Bagi mereka berdua, semuanya sudah selesai. Tapi bagi dia satu titik hitam dalam hidupnya. Ya, Eman suaminya, tapi dia terasa seperti maruahnya sebagai seorang wanita di pijak lumat oleh benda bodoh tu. Dia ingat semuanya walaupun samar-samar. Dia ingat bagaimana Eman menangkis setiap tingkahnya.
“Jom balik!” Keras suara Ameena ketika itu. Kalaulah Isa dari awal lagi maklumkan kepada mereka, pastinya dia tidak perlu hadap semua benda ni. Macam mana dia nak berhadapan dengan Eman? Ameena menarik dengan kasar semua barang-barangnya dan dimasukkan ke dalam bagasi. Sempat dia menjeling tajam ke arah Isa sebelum dia keluar dari bilik itu.
Isa terkedu dengan tingkah Ameena. ‘kalau I cakap dari awal pun, tak mungkin you nak dengar Ameena. Pandang I pun you tak ingin.. inikan nak dengar cerita I. Tak apalah.. janji you dah selamat. Tapi kenapa you nak marah sangat? Bukan ke Eman tu suami you? Kalaupun itu ubat peransang, you kan bersama dengan suami you malam tadi. Bukan dengan I. I nak ajar perempuan tu saja. Lepas ni tak adalah dia berani lagi.’
DI DALAM bilik guru, Ameena duduk berteleku. Dia menjeling sekilas meja Cikgu Zaharah. Bekas gurunya itu hanya tinggal beberapa hari lagi di sekolah itu. Selepas ini dia akan ditukarkan ke sekolah lain memandangkan sudah lama dia berkhidmat di situ. Ameena menghembus nafas seakan mengeluh. Jarang dia begitu. Biasanya dia tidak pernah mengalah pada sesiapa pun dan pada apa jua keadaan pun.
“Morning sickness ke.. anak siapa?” perlahan suara Cikgu Lily berbisik di telinganya ketika bertembung pagi tadi. Ameena hampir menangis. Soalan itu mengembalikan semula memorinya pada malam itu. Memori yang cuba dia lupakan.
Pen ditangannya mengetuk-ngetuk kertas putih di atas mejanya. Dia menarik nafas dalam – dalam untuk mengawal emosinya. Malam tadi dia lansung tidak bercakap dengan suaminya. Eman juga seakan memberikan ruang untuknya sesuai dengan permintaannya. Pada siapa dia nak luahkan apa yang dia rasa. Tiada siapa tahu bagaimana hubungan rumahtangganya. Mungkin ini kifarah untuknya kerana menafikan hak suaminya. Ya, dia belum bersedia, tapi hukum tetap hukum.
DARI jauh Eman memerhatikan langkah longlai isterinya. Mungkin mahu ke kantin mencari makanan. Pagi tadi pukul 6.30 pagi, kereta Ameena sudah hilang dari pandangan. Sudah tentu isterinya itu belum menjamah apa-apa pun.
“Cikgu Eman.. tunggu kopi ke?” Alieff yang datang dari arah hadapan tersengih-sengih menyapanya. Mata pelajar itu melirik pandang ke arah Cikgu Ameena yang semakin hampir dengan kantin sekolah.
“Kopi hari ni macam tak cukup gula. Kelat saja.” Eman menjawab dalam kiasan. Alieff termenung seketika untuk menghadam kata-kata itu.
“Tak ada mood ke Cikgu?”
“Ya lah tu..kot..” Pendek Eman menjawab.
“Cikgu, beri bungalah.. perempuan kan suka bunga. Kopi Cikgu tu cantik, takut ada orang lain sambar nanti. Cepat-cepatlah cikgu.” Alieff seolah – olah memberikan kata-kata semangat. Eman ketawa perlahan dengan olahan pelajarnya itu. Dia mengosok belakang lehernya bagi mengurangkan kegugupan hatinya.
“Meja dekat dewan dah siap susun ke?” Bersungguh benar pelajar-pelajarnya ingin mereka bersatu. ‘Tunggulah.. nanti Cikgu jemput kamu semua.’
“Assalamualaikum, Cikgu Ameena..” Alieff sempat mengucapkan salamnya sebelum berlalu. Berlalu untuk memberikan ruang kepada gurunya.
Ameena mengangkat wajahnya dan mengangguk. Baru dia perasan, suaminya tercegat berdiri di situ. Dia tidak perasan sejak bila Eman wujud di situ. Otaknya berselirat dengan banyak perkara.
“Cikgu Ameena.. okay ke? Dah makan? Saya belanja Cikgu nak?” Eman menjeling ke arah pelajarnya yang lalu lalang ketika itu. Ada yang tersengih-sengih. Mereka semua ditugaskan untuk menyusun meja di dalam Dewan Hikmah bagi persediaan peperiksaan minggu hadapan.
“Belum..” hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulut Ameena. Tanpa pamitan dia berlalu pergi ke bilik makan guru. Cikgu Eman termanggu seketika. ‘Apa sebenarnya masalah Ameena ni? Aku tak buat apa-apa pun. Apa yang dia nak marah sangat? Sabar Eman.. Ujian untuk kau. Kena ingat, bukan senang kau nak dapatkan dia.’
“Cikgu.. macam mana? On tak on?” Melisa dan Sofea yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul dihadapannya. Eman mengangkat ibu jarinya dan memusingkan ke bawah.
“Usaha lagi cikgu.. perempuan suka ‘Morning Wish’. Letaklah cokelat ke.. bunga ke.. lepas tu tulislah something.. cubalah cikgu.” Kening Eman terangkat. Kadang-kadang otak budak-budak ni boleh pakai juga. Padahal dia pernah buat semua tu dulu, kenapalah dia tak terfikir untuk buat lagi.
Eman mengukirkan senyuman kepada Melisa dan Sofea. Hanya perempuan yang faham perempuan. Eman bergerak ke arah dewan untuk memeriksa samada semuanya sudah selesai atau belum. Dia menoleh ke dalam bilik makan guru. Ameena duduk meja paling hujung dan dia hanya minum air kosong. Mungkin emosinya masih belum stabil lagi. Eman mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.
‘ABANG ADA DENGAN SAYANG.. BAHU ABANG ADA UNTUK SAYANG. KADANG – KADANG KITA KENA LUAHKAN. TAK PERLU PENDAM SEORANG.’
Ameena melihat skrin telefonya yang bernyala. Dia membuka notifikasi yang masuk. Mesej daripada suaminya. Dia mengangkat wajahnya dan mencari kelibat lelaki itu, namun sudah hilang dari pandangan. Dia meletakkan telefon bimbit di sisinya. Menghirup perlahan air yang masih bersisa. Masih berperang dengan emosi sendiri. ‘Bercakap tu mudah, Cikgu Eman. Buka mulut dan lontarkan apa sahaja yang ada dalam kepala awak. Macam mana saya nak luah?’
Ameena bangkit dari tempat duduknya. Malas berlama di situ. Seleranya mati apabila terpandangkan Cikgu Lily yang baru tiba di situ.
“Pucat nampak Cikgu Ameena Azzahra. Pergi checklah. Kau tidur dengan Cikgu Eman kan malam tu..” Cikgu Lily berbisik perlahan di telinga Ameena ketika mereka bertembung. Ameena mengetap gigi menahan amarahnya.
“Aku.. memang tiap-tiap malam dapat peluk Cikgu Eman! Kau baru tahu ke?” Ameena berlalu pergi dengan rasa marah yang membuak-buak. Kali ni akalnya tidak mampu mengawal perasaannya. Cikgu Lily tersenyum puas kerana telah berjaya menyakitkan hati lawannya. Disebabkan Cikgu Lily tergila-gilakan suaminya, dia pula yang jadi mangsa. Entah apalah rundingan antara dia dan Isa. Soalan itu juga kerap berlegar-legar di fikiran Ameena.
‘SENT NOMBOR TELEFON ISA DEKAT SAYA. SAYA NAK JUMPA DIA.’
Bunyi telefonnya membuatkan dia terhenti seketika daripada mengajar. Tertera mesej dari isteri kesayangan. Eman berkira – kira untuk membalas mesej daripada Ameena. ‘Buat apa pula dia nak jumpa Isa? Dah lah jantan tu pandang Ameena semacam saja. Perlu ke aku beri nombor Isa ni. Aduh, Sayang.. awak buat Abang pening lah.’
“Cikgu? Kenapa Singapura dipisahkan daripada Malaysia?” Eman mengangkat wajahnya memandang ke arah pelajar-pelajarnya. Seperti biasa, sewaktu mengajar dia tetap serius. Begitu juga pelajar-pelajarnya. Mereka tahu ketika mana boleh berguarau dan ketika mana perlu serius. Eman kembali memasukan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.
“Ada tiga faktor yang menyebabkan pemisahan Singapura daripada malaysia. Yang pertama politik, kedua ekonomi dan yang ketiga masalah perkauman. Cikgu nak kamu cari maklumat berkenaan tiga faktor ni. Ini kerja sekolah hari ni. Minggu depan Cikgu nak tengok.”
“Macam mana pula Pasaran Bersama. Apa maksud dia Cikgu?” Eman berfikir lagi. Mengajar kelas hadapan, begitulah cabarannya. Perlu banyak ilmu. Walaupun sudah bertahun mengajar subjek yang sama, namun dia tetap perlu menelaah dulu sebelum masuk kelas.
“ Pasaran bersama tu macam ni, dulu ada negara-negara yang menghapuskan cukai antara mereka, tapi mereka bersepakat untuk mengenakan cukai import yang sama terhadap negara lain. Faham semua? Ada apa-apa soalan lagi sebelum saya habiskan kelas ni?” Eman merenung satu persatu wajah anak – anak murid kesayangannya. Satu senyuman terukir di bibirnya.
“Maaf Cikgu, sikit saja lagi. Boleh tak Cikgu beritahu kami secara ringkas proses pemisahan Singapura daripada Malaysia.” Eman tersenyum lagi. Bukan kelas Lima Sains Tulen lah, kalau tiada soalan di akhir kelasnya.
“ Okay, baiklah. Kamu semua hanya perlu ingat ada 5 tingkat prosesnya. Dan berlaku dalam beberapa bulan. Pada 29 jun 1965, berlaku rundingan antara Tun Abdul Razak dengan Lee Kuan Yew tetapi gagal. Pada 1 julai 1965, Tunku Abdulrahman mengarahkan Tun Abdul Razak berbincang dengan beberapa orang Menteri tentang pemisahan tersebut. Seterusnya, pada awal ogos 1965, Mesyuarat khas Kabinet Malaysia bersetuju dengan rancangan pemisahan. Pada 7 ogos Tunku Abdul Rahman dan Lee Kuan Yew menandatangani persetujuan untuk singapura keluar daripada Malaysia. Dan pada 9 ogos 1965, Tunku Abdul Rahman, membawa usul pemisahan Singapura ke dalam Parimen Malaysia. Dan Parlimen meluluskan rang undang-undang pemisahan singapura.” Eman berdehem sekali melihatkan ada pelajarnya yang Ternganga mendengar ceritanya.
“ Saya tambah lagi kerja sekolah kamu. Proses-proses pemisahan Singapura daripada Malaysia.” Eman tersenyum ketika mendengar keluhan pelajar-pelajarnya. Itu memang dah adat sebagai seorang pelajar. Cerdik macam mana pun, tetap mengeluh bila diberikan kerja sekolah.
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi. Notifikasi untuk mesej yang penting. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket sambil berjalan keluar daripada kelas tersebut.
‘SAYA NAK JUMPA ISA PETANG NI’
Eman menutup mata seketika dan menarik nafas dalam. Susahnya berdepan dengan seorang Ameena Azzahra ni. Selagi tak tunaikan apa yang dia nak, selagi itulah dia akan diasak dengan permintaan yang sama.
‘ABANG TEMAN, NANTI ABANG MESEJ ISA’
‘TERPULANG’
Pendek jawapan balas daripada isterinya itu. Eman terus menaip sesuatu pada telefonnya dan dihantar terus kepada Isa. Kalau itu yang boleh buat Ameena lebih tenang.
“HATI saya ni tak sedaplah Abahnya.. dua tiga hari ni, asyik teringatkan Along. Saya rasa risau pula. Hajah Sufiah melahirkan rasa bimbangnya. Dulang teh dan kuih diletakkan dihadapan Cikgu Hashim yang sedang sibuk melihat skrin telefonnya.
“Kenapa? Apa yang tak kena pula dengan anak awak tu?” Cikgu Hashim mengangkat wajahnya merenung isterinya.
“Entahlah.. tapi saya rasa tak sedap hati.”
“Jangan cakap awak nak pergi ke Terengganu pulak Hajah Sufiah..” Cikgu Hashim berseloroh sambil tersenyum.
“ Kalau ya pun, apa salahnya Abang.. Anak sulung kita tu kan..” Hajah Sufiah seakan merajuk.
“ Telefon sahajalah Sufi.. Kita doa yang baik-baik. InsyaAllah semuanya baik-baik sahaja.” Haji Hashim cuba memujuk. Bukan dia tidak mahu melawat anaknya, Cuma dia tidak mahu mengganggu mereka.
“Iyalah.. malam nanti saya telefon. Minum Abang. Haleeda mana? Si kembar ada kat dalam bilik. Tidur nyenyak. Mamanya tak nampak pula.”
“ Dia ke kedai, tadi dia pesan suruh tengok-tengokkan si kembar tu.” Haji Hashim menghirup teh yang masih panas sambil matanya melilau melihat ke arah budak – budak yang bermain sepak takraw di padang di seberang jalan.
“Eloklah.. Saya nak cakap pasal Syahrul ni. Semalam mak Si Syahrul tu ada telefon saya. Dia dah boleh keluar hospital. Katanya Si Syahrul nak kahwin hujung bulan ni. Itu yang dia minta kita ubatkan Si Syahrul tu dari jauh.”
“Saya nampak yang Syahrul tu macam pelik. Macam ada yang tak kena. Dah lama dah. Masa majlis Eman hari tu, dah nampak dia lain macam. Waktu solat pun, dia tak ada.” Cikgu Hashim seolah memikirkan sesuatu.
“Nanti saya jumpa Ustaz Anuar Darul Syifa’ tu. Saya rasa dia boleh buat air penawar. Pandailah dia buat. Kita usaha mana yang mampu. Tapi jangan bising-bisinglah. Jangan sampai Haleeda tau. Takut terganggu emosinya. Orang baru nak sembuh luka.” Hajah Sufiah mengangguk faham. Namun hatinya masih resah gelisah. Masih teringatkan anak sulungnya.
LANGKAHNYA agak longlai. Penat dengan permainan manusia sekeliling. Aku bukan bola. Aku bukan anak patung. Aku bukan boneka Apapun yang kamu semua boleh buat sesuka hati. Aku benci kau Isa! Kenapa kau hadir dalam hidup aku! Kenapa kau pernah menjadi sejarah dalam hidup aku! Ameena menghempaskan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu rumahnya.
Eman hanya memandang bisu. Dia faham situasi isterinya. Makin faham apabila dia mendengar sendiri daripada mulut Ameena apa yang pernah terjadi antara dia dan Isa dulu. Perempuan mana pun akan merasa benda yang sama jika di tempat Ameena.
“Saya nak pejelasan. Kesepakatan apa yang awak buat dengan Cikgu Lily, sampai awak tahu semua plan dia?” Isa termanggu di situ. Menceritakan hal sebenar seolah-olah menjemput maut. Silap haribulan mati katak dia kat situ.
“ Ceritalah Bro. Aku pun nak tahu juga.” Eman menambah.
“ Actually, I terjumpa dia dekat mall minggu lepas. Dan dia tanya pasal Ameena. Dia tanya I tak nak balik semula dengan Ameena ke? Sebab Ameena still single. So I pun terkejut. I tanya dia, soal you dengan Cikgu Eman. Kat situ dia dah salah faham, dia ingat you dengan Cikgu Eman bercinta. So dia plan la something. Dia cakap win-win situation. I pun tak tahu apa masalah you dengan Cikgu Eman, sampai hal kahwin you pun tak ada orang tahu. And I follow her step sebab I nak tahu apa yang dia nak buat.” Isa meraup rambutnya ke belakang. Memandang ke arah Ameena dan Eman.
“Apa win-win situation tu?” tanya Ameena yang masih belum berpuas hati. Dia memandang ke arah Isa seperti tidak puas hati.
“Dia dapat Cikgu Eman, and I dapat you. Dia nakkan Cikgu Eman. Dia suruh I masukkan pil tidur dalam minuman Cikgu Eman dan dia akan buat benda yang sama. Lepas tu, dia minta I call Pejabat Agama untuk buat serbuan sewaktu dia tidur dengan Cikgu Eman. So, I cakap I akan buat sebab I nak ajar dia. Lepas ni dia tak akan berani buat apa-apa dah dekat you dan Cikgu Eman.” Isa memandang ke arah Ameena memohon sedikit pengertian. Dia tahu Ameena tak suka dengan apa yang diceritakan. Eman masih nampak tenang. Dia seolah-olah faham apa niat Isa.
“Tapi itu bukan ubat tidur! Macam mana kau boleh cakap kau tak tahu itu bukan ubat tidur! Kalau kau bagitahu kami awal-awal apa salahnya? Ke kau memang nak ikut plan bodoh tu sebenarnya!” Tempelak Ameena. Isa agak terkejut dengan Bahasa yang Ameena gunakan. Seolah-olah itu bukan Ameena yang dia kenal dulu.
“But, I tak letak pun dalam minuman Eman. Kalau betul I nak ikut plan tu, I buat semua benda yang Lily plan. Tapi I tak buat. Bila I dapat tahu tu libido pill, I terus call Eman untuk tengokkan you. Sebab I tahu macam mana suffer kalau tertelan benda tu. I pernah terkena sewaktu kat oversea dulu. So bagi I tak ada masalah kalau you bersama dengan Cikgu Eman. Dia kan suami you.” Isa pelik dengan tingkah Ameena. Sepetutnya perempuan itu bersyukur, bukan marah-marah.
“Kau nak tahu kenapa?” Mata Ameena yang mencerlung tajam ke arah Isa, membuatkan lelaki itu tidak selesa. Dia hanya mengangguk menjawab soalan dari bekas isterinya itu.
“Sebab kau! Sebab perangai kau, aku terpaksa terima perkahwinan yang Ibu aku aturkan tanpa aku kenal siapa bakal suami aku. Tapi takdir itu tak selalunya kejam dengan aku, sebab dia hadirkan Cikgu Eman sebagai suami aku. Suami yang faham dan tak pernah paksa aku untuk jalankan tanggungjawab aku sebagai isterinya. Sebab kau juga, aku gagal jadi isteri yang baik untuk suami aku! Disebabkan memori yang kau ciptakan untuk aku dulu, aku tak boleh nak layan suami aku! Kau faham tak?
Dan kali ini sebab plan bodoh kau dengan Cikgu Lily tu, aku kena hadap lagi benda yang buatkan aku rasa aku ni seperti perempuan murah! Macam yang kau buat dekat aku malam tu.. malam yang kau ceraikan aku di saat aku terhegeh-hegeh menagih kasih daripada kau! Malahan muka aku ni kau tampar! Kau memang kejam Isa! Kau manusia yang paling kejam! Emosi aku rosak sebab kau!” Ameena menghamburkan segala-galanya. Apa yang dia pendam selama ini. Tiada siapa pernah tahu. Disebabkan emosinya sudah sangat penat, dia luahkan segala-galanya.
Jadi itu sebabnya Sayang tak boleh nak layan Abang. Maafkan Abang Sayang, Abang tak pernah tahu. Isa, kenapa kau kejam dengan Ameena? Kalau aku tahu kau akan buat macam tu, aku tak akan pernah lepaskan Ameena pada kau. Aku akan berjuang habis-habisan pertahankan cinta aku. Patutlah, Ameena marah sangat dengan apa yang jadi ni.
“Abang..” Lamunan Eman dimatikan dengan satu suara halus dan lembut. Dia berpaling ke belakang. Gelas di tangan diletakkan di atas meja. Dia mengukirkan senyuman kepada isterinya. Ameena mendekati suaminya dan menyentuh jemari kasar milik Eman
“Amee minta maaf sebab ikutkan perasaan. Amee tak maksudkan apa yang Amee cakap tadi. Semua tu sebab Amee sakit hati dekat Isa. Amee tak pernah merasa terpaksa menerima Abang sebagai suami. Abang adalah sebaik-baik takdir Amee.” Bergenang kelopak mata Ameena di saat dia menuturkan kata-kata itu.
“Abang tak salahkan Amee pun. Macam Abang cakap, kadang-kadang kena luah, jangan pendam seorang diri. Tapi kalau boleh.. luah dekat Abang sajalah.” Eman ketawa perlahan. Dia membalas genggaman tangan Ameena. Eman memegang kedua-dua belah pipi isterinya dan mengangkat wajah itu menghadap wajahnya.
“Cuma Abang nak ingatkan Sayang, semua yang jadi ni bersebab dan ada hikmahnya. Kita kena bersangka baik dan berdamai dengan takdir hidup kita.” Ameena mengerdipkan matanya beberapa kali saat bertentangan mata dengan suaminya. Jantungnya berdegup kencang. Diam tanpa suara.
“Bila marah, istighfar dan pandang sekeliling. Allah dah jaga aib kita, maka kita ni jangan mudah-mudah buka aib kita dekat orang.” Eman menambah lagi. Dia melihat Ameena seakan terpukau. Eman ketawa perlahan. Comel! Dia mendekatkan wajahnya dekat dengan wajah isterinya. Tidak sampai seinci pun. Ameena memejam matanya rapat.
“Jangan tengok Abang macam tu.. Abang tau muka Abang ni hensem.” Eman ketawa agak kuat di hujung kata-katanya. Dia berlalu ke tingkat atas meninggalkan Ameena yang masih terpinga-pinga.
AMEENA tersenyum memandang cokelat di atas meja berserta kad ucapan selamat pagi. Dulu dia selalu ingat Isa yang kirimkan kepadanya. Apatah lagi Isa pun tidak pernah menafikan. Rupanya ada peminat rahsia. Depan-depan perangai nauzubillah! Menyakitkan hati! Rupa – rupanya siapa sangka orang itu juga yang sentiasa menceriakan pagi-paginya dan sentiasa memberikannya semangat di saat dia terasa lemah.
“Sayang.. Abang nak minta dua waktu sayang boleh?” Ameena mengangkat keningnya.
“Abang nak waktu yang kelas mana. Nak gantikan Amee ke? Betul ke? Histeria pelajar Amee nanti.” Ameena ketawa perlahan sambil meletakkan bahan mengajar ditempat duduk belakang. Eman pula berdiri rapat di sisi keretanya.
“ Tak.. Abang nak minta waktu sekarang dan setiap detik waktu Sayang, sebab Abang nak bersama dengan Sayang selamanya.” Eman mengenyitkan matanya apabila melihat wajah Ameena yang sudah merona kemerahan.
“Amee pergi dulu la.. Esok dah cuti Abang. Abang ambiklah banyak mana pun waktu Amee yang Abang nak.” Ameena menjawab malu-malu dan terus tenggelam di dalam perut kereta selepas menyalami tangan suaminya.
“Hai Amee.. senyum lebar sangat hari ni! Ada berita gembira ke? Kongsilah..” Cikgu Zaharah muncul di sebelah Ameena di saat dia sedang ralit mengingati peristiwa pagi tadi.
Ameena hanya tersenyum dan menunjukkan cokelat ditangannya. Cikgu Zaharah ketawa perlahan dan berbisik di telinga Ameena.
“Kak Za dah tahu siapa..” Ameena mengangkat keningnya. Cikgu Zaharah pula sudah melabuhkan punggung di tempat duduknya.
“Macam mana Kak Za tahu?”
“Sebenarnya dari dulu pun Kak Za dah tahu. Tapi itulah pengirim dia tu takut sangat nak berterus terang.. Alih – alih kena sambar dengan orang lain. Padan muka!” Wajah Ameena sedikit berubah. Namun cepat-cepat dia mengukirkan senyuman. Tidak mahu Cikgu Zaharah terasa bersalah.
“Sampai hati Kak Za tak bagitahu Amee. Kalau tak dah lama Amee nikah dengan Cikgu Eman. Tak payah hadap Si Malaun tu.” Membuntang mata wanita itu memandang ke arah Ameena. Terkejut.
“Kalau Kak Za bagitahu, mesti Amee marahnya.. Dia kan musuh Amee waktu tu. Isa tu pula kekasih hati awak, mana nak nampak orang lain.”
“Kak Za tahu tak apa kesalahan saya masa tu? Salah saya ialah saya terima Isa sebab tak tahan diprovok oleh Cikgu Eman dan tak nak terima pilihan keluarga. Sebab saya ni degil. Apa yang orang kata jangan. Itulah yang saya nak.” Ameena ketawa perlahan Menyesali kebodohan diri sendiri.
“Siapa pilihan keluarga Amee waktu tu?”
“Cikgu Eman. Kalau saya tahu dia, saya akan terus setuju sahaja.” Ameena ketawa lagi. Kali ini agak menggeletis. Hanya dengan Cikgu Zaharah , dia boleh berperangai begitu.
“Amboi… bahagianya orang tu hari ni.. semalam dah macam orang mati laki. Dah check ke? Positive? Positive la kan.. kalau tak, takkan happy macam ni.” Cikgu Lily yang juga baru habis kelas menjeling tajam ke arah Ameena. Masih ada dendam yang belum terlerai.
“Kalau dia positive pun, apa masalah awak Lily.. rezeki dia la tu. Bukan perut awak pun membesar.. perut dia!” Suara Cikgu Zaharah agak meninggi sedikit sehingga menarik perhatian Cikgu Fahmi dan Cikgu Eman yang baru masuk ke dalam bilik guru. Mereka berdua hanya memandang.
“Cikgu Zaharah.. kalau positive ada laki tak apalah.. ni ada laki juga, tapi laki haram.” Cikgu Lily ketawa perlahan seolah-olah sudah berjaya menyakitkan hati Ameena.
“Tak baik Cikgu Lily haram-haramkan laki saya. Dosa fitnah tu besar tahu..” Cikgu Lily memandang ke arah Ameena. Dia tidak percaya Ameena boleh setenang itu. Senyuman di bibir Ameena membuatkan dadanya bagaikan mahu pecah.
“Betul tu, Cikgu Lily.. awak ni yakin sangat dengan apa yang awak tengok. Kot-kot suami dia pun ada kat sini.”Cikgu Fahmi tiba-tiba turut mencelah membuatkan Cikgu Lily agak bengang.
“ Siapa? Awak ke Cikgu Eman?” Eman menjungkitkan keningnya dengan sindiran Cikgu Lily.’Dia ni memang nak mendapat ni.. kang ada yang mati mata terbeliak hari ni!’ Eman tersenyum nipis.
“ Ya.. dia isteri saya, kenapa? Ada masalah?” Semua mata terbuntang memandang ke arah Cikgu Eman yang beriak bersahaja. Airmuka Ameena sudah berubah kemerahan. Dia mencerlung tajam ke arah suaminya. ‘Masak aku!’ Eman menelan air liur.
siapa yang duk seru seru OV tu...thaks semua sebab sabar menanti.. OV berusaha berikan yang terbaik untuk semua yang follow Pertama Dan Terakhir. semoga semua berpuas hati.
Share this novel