EMAN tersenyum lebar sambil melangkah masuk ke lobi hotel. Dia menganggukkan kepala tanda hormat kepada beberapa kakitangan hotel yang bertugas ketika itu. Langkahnya diiringi dengan hati yang berbunga-bunga. Tidak disangka isterinya yang selalu tidak berperasaan itu pandai membuat kejutan. Banyak benda lagi rupanya yang dia belum tahu mengenai perempuan itu. Kad akses bilik di tangannya di genggam kemas seperti dia menggenggam kemas hati wanita yang bernama Ameena Azzahra. Dia tersenyum lagi.
Pada hematnya Ameena sudah rancang semuanya daripada awal. Bilik hotel mungkin sudah di tempah awal-awal lagi. Tapi yang peliknya bila masa Ameena check in ke situ? Mungkin saja dalam perjalanan pulang dari sekolah semalam, isterinya itu sempat singgah. Dia menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Kebahagian jelas terpancar pada wajah lelaki itu tanpa dia tahu ada ujian yang sangat berat bakal menimpa dirinya.
Pintu lif terbuka dan Eman melangkah agak laju ke bilik yang tertera pada nota yang diterimanya tadi. Malangnya nota tersebut tertinggal di sekolah pula. Dia sengaja mematikan telefon pintarnya sebagai membalas kejutan kepada isterinya. Langkahnya semakin dilajukan supaya isterinya tidak menunggu lama. Dia tahu isterinya habis mesyuarat di PPD pada jam dua petang. Dia melirik pda jam di tangannya yang sudah menunjukkan ke angka tiga setengah petang. ‘Pasti Sayang dah lama menunggu. Maaf sayang.. Abang ada kelas tambahan tadi.’
Eman berhenti di hadapan bilik yang dinyatakan dengan hati yang berdebar-debar. Terdetik perasaan tidak enak dalam hatinya. Namun segera ditepis jauh-jauh. Klik! Sekali sentuh sahaja akses kad tersebut pada system pengimbas dan pintu terus terbuka. Bilik tersebut agak gelap. Eman tersenyum lagi. ‘Pandai isteri Abang, ya..’ dia terus bermonolog di dalam hatinya. Eman melangkah perlahan dalam cahaya yang samar-samar.
‘Allahurabbi.. selamatkan aku!’ Eman tiba-tiba tersedar ada sesuatu yang tidak beres. Bau minyak wangi di dalam bilik itu mengingatkannya pada seseorang dan orang itu bukanlah isterinya. Dengan pantas Eman berpusing ke arah pintu bilik dan ingin segera keluar. Namun segala-galanya sudah terlambat. Tubuhnya di peluk erat daripada belakang. Eman segera lolos dan berpusing. Benarlah apa yang disangka, dia sudah terjerat dengan perangkap Cikgu Lily. Eman menolak keras tubuh itu. Ketawa Cikgu Lily meletus dan bergema satu bilik . satu persatu lampu bilik dihidupkan oleh perempuan itu.
“Come on darling! Kalau awak dah datang sini, maknanya awak bukanlah lelaki yang suci sangat. Lelaki tanpa dosa. Saya dah sediakan semuanya untuk sambut hari lahir awak, Cikgu Eman.. Opss Eman Al Hadi. Kalau nakal-nakal tak boleh panggil Cikgu. Tak sesuai kan..” Eman menggetap gigi menahan marah dengan ucapan Cikgu Lily dalam nada menggodanya. Namun sumpah! Sedikit pun Eman tidak tergoda. Yang ada hanyalah rasa marah. Kalaulah tidak mengenangkan Cikgu Lily itu seorang perempuan dah lama dia hadiahkan penumbuk pada wajah itu. Eman segera berpusing ke arah pintu. Dia perlu segera keluar sebelum keadaan jadi lebih parah. Dia perlu keluar dari zon bahaya itu.
“Ohh.. jadi betullah.. selama ini perempuan jalang tu, hanya berlagak suci. Awak datang sini sebab awak ingat perempuan sundal tu yang sedang tunggu awak kat sini?” Provokasi Cikgu Lily menjadi. Hati Eman sudah membahang seperti lava gunung berapi yang bakal meletus. Pantang sungguh baginya apabila ada orang menghina isterinya.
“Aku rasa, yang jalang dan sundal tu kau! Ya, memang aku datang sebab dia! Sebab dia isteri aku yang sah!” Cikgu Lily agak terkejut dengan pengakuan yang keluar daripada mulut Eman. Jadi selama ini kenapa mereka berlagak seperti saling tidak mengenali? Motif? Tapi kisah pula aku semua benda tu! Cikgu Lily tersenyum sinis melihat amarah Eman yang sudah agak di luar kawalan. Dia perlu melengah-lengahkan masa lelaki itu dengan asakan dan provokasinya.
“Ohh... Jadi saya calon nombor dua la ya? Untuk awak, saya tak kisah!” Perempuan itu ketawa lagi namun kali ini bunyinya betul-betul seperti perempuan jalang. Ketawa itu betul-betul membuatkan hati Eman terbakar. Namun cuba dikawal sepenuhnya daripada hasutan syaitan. Beberapa kali dia beristighfar di dalam hati.
“Bertaubatlah Cikgu Lily.. dan move on! Aku tak pernah berikan harapan pada kau! Dan kau jangan mimpi untuk jadi isteri aku!” Eman terus melangkah ke muka pintu selepas menghabiskan kata – katanya. Hatinya begitu sebal. Telefon di tangannya dihidupkan kembali. Namun sudah tertulis takdir untuknya. Allah itu turunkan ujianNya untuk menguji hambaNya yang disayangi.
Sebaik sahaja dia membuka pintu, terpacul beberapa wajah lelaki yang tidak dikenali dihadapan pintu bilik tersebut. Kaki Eman sudah menggeletar. Wajahnya bertukar pucat. Dia tidak bodoh untuk mentafsirkan apa yang sedang berlaku. Bayangan wajah Ameena dan keluarganya sudah menjelma di ruang matanya.
AMEENA bergegas memasuki Hotel Permai dan menuju ke bilik yang tertera pada nota yang dijumpainya. Berkali – kali dia berdoa supaya suaminya dijauhi daripada segala musibah. Berkali-kali dia berdoa supaya Allah lindungi suaminya.
Dari jauh Ameena melihat sekolompok manusia sedang berdiri di hadapan sebuah bilik. Langkahnya semakin longlai. Seolah-olah sudah boleh membaca apa yang berlaku di hadapan sana. Namun tetap digagahi juga langkah kakinya demi suami tercinta.
Ameena hampir rebah tatkala sampai di hadapan bilik tersebut. Suaminya, Eman dengan wajah kepucatan berdiri di muka pintu bilik tersebut, menghadap penguatkuasa Jabatan Agama. Setiap pertanyaan daripada pegawai penguatkuasa dibiarkan tanpa jawapan. Tumpuan Eman hanyalah pada isterinya . Isterinya yang muncul tanpa diduganya. Betapa tidak dapat tergambarkan oleh Eman akan kekecewaan isterinya. ‘ Ya Allah.. kenapa aku di uji begini?’ Lidah Eman terus kelu. Matanya tidak lepas dari memandang ke arah isterinya. Matanya berbicara memohon kepercayaan daripada isterinya. ‘Abang tak salah..Sayang. Tolonglah.. percayakan Abang!’
“Boleh kami tahu apa hubungan encik dan cik dekat belakang? Pihak kami mohon cik berpakaian lengkap untuk memudahkan siasatan kami.” Lily Hasrita mencebik dan menjeling tajam ke arah pihak berkenaan. Namun dipatuhi juga arahan tersebut. Dia berlalu ke dalam bilik air dan menukar pakaiannya.
“Encik belum jawab lagi soalan kami. Apa hubungan encik dengan cik tadi?” Eman tunduk ke lantai. Kakinya sudah longlai untuk berpijak. Tangannya mencengkam dinding. Perlukah dia menjawab soalan itu? Ya, Allah.. Apa yang perlu aku buat saat ini.. Wahai penguasa langit dan bumi, keluarkanlah aku dari kesempitan ini. Eman menarik nafas panjang dan dalam. Kelopak matanya sudah kemerahan menahan rasa sedih. Sedih kerana telah mengecewakan isterinya. Lidahnya sudah kelu. Tidak mampu berbicara atau menjawab apa-apa pun. Kenapa aku terlalu bodoh! Aku masih tidak mengenali isteri aku sendiri! Inikah cinta yang aku hamparkan pada Ameena Azzahra. Kekecewaan pada dirinya sendiri terus-menerus menikam jiwanya.
“Maaf encik..” Akhirnya Ameena tampil ke arah pegawai-pegawai tersebut. Semua yang berada termasuk Eman memandang ke arahnya. Ameena seperti tersedu menahan kepiluan tatkala memandang mata suaminya yang sudah kemerahan. Kelopak mata Eman sudah bergenang. ‘Maafkan Sayang, Abang.. Sayang terlambat. Sayang tak mampu lindungi maruah Abang..’
“Saya isteri dia.. ada sedikit salah faham dekat sini. Ini mesej yang suami saya hantarkan kepada saya. Dia sedang menunggu saya di sini dan bukan perempuan tadi.” Tersekat-sekat suara Ameena ketika berbicara kerana menahan sebak di dadanya. Dia kembali merenung wajah suaminya yang sepertinya sudah kehilangan separuh nyawanya.
“Jadi siapa perempuan yang dekat dalam tu? Puan kenal?” Ameena terkedu dengan soalan yang diajukan. Memanglah dia kenal. Tapi Lily tetap bukan mahram suaminya dan tetap akan timbul kemusykilan pada situasi itu.
“Baiklah.. Kami rasa Encik, Cik dan Puan perlu ikut kami ke balai untuk memberikan keterangan. Sepertinya ada yang tidak kena pada keterangan Puan dan keadaan Encik serta Cik amat mencurigakan dan salah disisi undang-undang syariah iaitu berdua-duaan tanpa ada hubungan sah di tempat yang tertutup.” Eman bagaikan di timpa batu yang berat. Kakinya terasa lemah untuk menampung tubuhnya lalu dia jatuh terjelepok ke lantai. Tuduhan itu terasa amat berat. Dunianya terasa gelap.
Ameena menerpa ke arah suaminya. Dalam hatinya yang sedang meraung hebat, dia tetap bertahan. Setitis airmata pun tidak gugur dari kelopak matanya. Menangis bermakna dia sudah kalah dengan perempuan bernama Lily Hasrita. Ameena menarik suaminya ke dalam dakapannya demi memberikan sedikit kekuatan.
“Sayang tahu Abang tak salah. Jangan putus asa. Terus berdoa pada Allah. Kita ke balai dulu ya.. selesaikan dulu apa yang patut. Sayang akan ada dengan Abang. Sayang percayakan Abang sepenuh hati Sayang. Takkan pernah ada sedikit pun rasa curiga di hati Amee pada Abang.” Setitik demi setitik air mata Eman gugur ke pipinya demi mendengarkan ucapan isterinya. Suara Ameena yang kedengaran sebak menampahkan kepiluan di hati Eman. Gagalkah aku, ya Allah..
“Ohhh.. madu aku pun ada? You are too late! Sorry, my dear..” Ameena tersenyum sinis dengan bisikan Cikgu Lily. Kau terlalu angkuh! Kau lupa kau ada tuhan! Eman perlahan-lahan bangkit dan memandang tajam ke arah Cikgu Lily. kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia hentak kepala perempuan itu pada dinding. Namun dia masih ada iman. Dia menggenggam erat tangan Ameena. Di satu sudut, dia sangat bersyukur, walaupun ujian itu sangat berat, tapi Ameena tetap teguh berdiri di sebelahnya. Memberikan sokongan dan kekuatan kepadanya.
“ARE you stupid, Lil? Mana pergi akal you yang waras? You tahu tak you dah jatuhkan maruah you sendiri! Nasiblah i off day hari ini. Kalau tak, siapa nak tolong you? Be matured, please.. Lil. Nasib juga tiket flight masih ada. If not, you duduk la dekat lokap ni. Kalau Walid you tahu, i rasa you tak hidup dah..” Hakimi begitu kecewa dengan tindakan Lily. Sungguh dia tak sangka Lily setega itu meruntuhkan rumahtangga rakan sekerjanya sendiri.
“Maruah apa yang kau cakap ni Kimi? Maruah aku yang kau dah ragut dulu? Maruah itu ke yang kau maksudkan?” Suara Lily agak meninggi apabila Hakimi mempersoalkan tentang maruahnya. Namun dia sedikit gusar apabila Hakimi mengingatkannya tentang Walid. Walid tak boleh tahu. Hakimi perlu tolong aku!
“Kau cakap, kau sanggup buat apa saja untuk aku kan?” Lily cuba memancing perhatian Hakimi yang sedang memandu. Hakimi menganggukkan kepalanya sekali, menjawab soalan dari insan yang masih bertakhta di hatinya.
“ Bagus! Aku nak kau rahsiakan benda ni daripada Walid dan Mama aku. Mereka berdua tak boleh tahu. Kau jangan berani – berani nak laporkan apa-apa dekat diorang. Kalau tak jangan harap aku nak jumpa kau lagi.” Hakimi tersenyum sinis. Penakut rupanya.. Ingatkan dah berani sangat sampai sanggup perangkap orang. Namun kata-kata itu hanya terbuku di dalam hati saja. Dia tidak mahu rosakkan mood Lily.
“By the way kau kerja apa sekarang? Bukan ke kau pergi belajar luar negara? Kenapa tak kerja kat sana saja terus?” Banyak pula cakap Lily kali ini. Hakimi tersenyum senang. Perkembangan positif walaupun masih ‘berkau aku’.
“Adalah kerja sikit-sikit nak menampung hidup..”
“Sembang anak orang kaya.. Tak sesuailah.. Kimi..” Lily ketawa mengejek.
“You? Kenapa you boleh berfikir nak frame kawan you macam tu sekali? Tak kesian ke dekat diorang. Silap – silap lelaki tadi boleh kena gantung kerja!” Hakimi menyambung lagi, namun dalam nada yang lebih lembut.
“Kau tak kenal manusia dua orang tu! Mereka berdua tu dah malukan aku! Lelaki tadi tu tinggalkan aku sebab perempuan tu! Dia dah seronok dengan aku, tup-tup kahwin dengan perempuan tu. Kami dah dekat nak kahwin, last-last dia tinggalkan aku sebab dia cakap, dia tak boleh terima perempuan kotor macam aku. Nonsense!” Lily mula mereka-reka cerita untuk meraih simpati Hakimi sekaligus untuk meraih kepercayaan lelaki itu supaya senang dia mempergunakan Hakimi.
“Macam tak percaya.. I tengok dia tu baik sangat. Tengok cara dia layan isteri dia.. lembut sangat.” Lily menjeling tajam ke arah Hakimi. Menyampah dan meluat dengan pandangan Hakimi. Tak apa.. buat masa ni, aku perlukan Hakimi untuk jadi orang suruhan aku. Aku yakin dia akan tolong aku. Lily tersenyum sinis dan memejamkan matanya. Sudah cukup untuk hari ini.
“Esok, i kena pulangkan kereta sewa ni. You tolong hantarkan i ke airport ya?” Hakimi menjeling sekilas kepada Lily disebelahnya. Seketika dia tersenyum. Sungguh dia rindukan perempuan itu. Lily sudah lena, mungkin terlalu penat menjawab soal jawab di balai polis tadi. I akan sokong you Lil. You ada I yang akan support you selamanya.
USAI solat maghrib, Ameena berteleku di atas sejadah. Dia memadang suaminya yang masih tidak berganjak dari duduknya. Ketika mengimamkan solat, suara Eman begitu syahdu mengalunkan bacaan surah. Sepertinya dia sedang berbicara dengan Sang Penciptanya. Ameena perlahan-lahan menghampiri suaminya. Dia meraih tangan Eman lantas menciumnya. Wajah Eman dipandang lama. Mata Eman masih merah. Kelopak matanya masih digenangi cecair jernih.
“Abang ada nak cakap apa-apa? Amee ada untuk mendengar apa-apa saja.” Eman mengangkat wajahnya, memandang ke dalam anak mata isterinya. Amee sangat baik. Amee isteri yang baik. Semoga syurga buat isteri sebaik Ameena Azzahra. Eman tersenyum pahit lantas menarik isterinya ke dalam dakapannya.
“Abang salah, Sayang.. Abang terlalu ikutkan rasa teruja Abang. Abang masih belum kenal siapa isteri Abang.. Abang sepatutnya selidik dahulu siapa yang berikan nota tu. Abang yang bodoh! Ya.. Allah... Ampunkan aku..” Dalam nada yang sebak Eman meluahkan apa yang terpendam. Kekecewaan pada dirinya sendiri sangat menyakitkan. Dia tunduk mencium ubun-ubun isterinya. Memeluk bertambah erat.
“Abang.. Abang tak salah pun.. Allah sedang uji kita. Allah nak tengok sejauh mana kuatnya kita mempertahankan masjid yang kita bina. Perempuan tu, cuma asbab. Abang kena kuat. Amee pun lalai. Amee tak pernah nak ambil tahu mengenai Abang. Amee pun teruk. Tarikh lahir Abang pun Amee tak tahu.” Ucapan yang terzahir dari bibir Ameena mengandungi seribu sesalan.
“Sayang.. Abang jatuh cinta dengan Sayang sebab sikap sayang. Abang kenal Sayang.. Sayang bukan seorang yang peduli tentang semua tu. Tapi entah kenapa hati Abang buta hari ini. Abang tak nampak semua ni. Abang terjerat dalam perangkap perempuan tak guna tu.. Allah..” Air mata Eman berguguran lagi menitis di atas kepala isterinya. Sungguh dia sangat kesal dengan apa yang berlaku.
“Amee minta maaf.. Amee terlambat.. Amee cuai juga.. Kalau Amee tak tertinggal telefon Amee, mesti semua ni takkan jadi. Tapi bila Amee fikir semula, semuanya ini berlaku sebab Allah nak uji kita. Amee harap sangat Abang tak salahkan diri Abang lagi. Kita sama-sama berdoa pada Allah. Kebenaran pasti akan menang. Amee akan selamanya disisi Abang. Abang kuat ya..” Ameena menggenggam kemas tangan suaminya. Menyalurkan sisa -sisa kekuatan yang masih tertinggal dalam dirinya. Eman tak mampu lagi berkata-kata. Dadanya terasa sangat sebak. ‘Terima kasih Ya Allah, Kau hadirkan insan sebaik ini untuk menjadi permaisuri hidup aku.’
HALEEDA kehilangan kata-kata. Syahrul muncul di rumahnya dengan wajah yang cengkung. Badannya susut teruk. Namun senyuman yang terukir pada wajah itu seolah-olah tidak ada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka. Senyuman yang pernah dia rindukan dulu. Kenapa lelaki itu muncul lagi?
“Honey.. kenapa lama sangat honey dekat rumah Abang Lang? Lama B tunggu.” Shahrul menapak menaiki anak tangga rumah Haji Hashim. Papa dan Mamanya terpaksa membawanya ke situ untuk berjumpa Haleeda. Sejak balik daripada berubat, Syahrul asyik mencari Haleeda. Makanan lansung tidak mahu disentuh. Setiap harinya hanya menanti Haleeda.
“Syahrul.. you dah lupa ke yang you dah buang kami. You tak mengaku anak-anak i ni daripada benih you! Kenapa you datang sini? Tak cukup lagi ke you nak siksa i dengan anak-anak i? Mereka dah tak perlukan ayah macam you!” Haleeda menjerit marah apabila Syahrul cuba meraih tangannya. Syahrul kelihatan termenung seperti orang tidak siuman. Dia tunduk merenung perut Haleeda yang sudah kempis. Honey dah bersalin? Bila? Kenapa B tak ingat lansung? Apa yang dah jadi sebenarnya ni? Allah.. Syahrul meraup wajahnya sambil beristighfar panjang.
“Baliklah Syarul. I tak nak tahu lansung apa yang jadi dekat you. Anggaplah antara kita memang tak ada jodoh. Apa yang berlaku semuanya adalah penyebab sahaja. Anak-anak I, I boleh besarkan sendiri. I masih mampu.” Suara Haleeda bergetar dan sayu di setiap patah perkataan yang keluar di bibirnya. Syahrul merenung wajah isterinya dengan pandangan sayu. Tiadakah lagi rasa cinta di hati wanita itu untuknya? Tangannya berpaut kuat pada tiang anjung. Jasadnya masig belum pulih sepenuhnya.
“B nak tengok anak-anak.. sekali pun jadilah.. Please Honey..” Nada suara Syahrul seakan merintih. Lututnya juga seakan sudah tidak mampu diluruskan. Bila-bila masa boleh tumbang.
“Haleeda.. tolong maafkan Syahrul. Lagipun sebenarnya dia tak salah.. Dia terkena buatan orang.. Mama harap sangat kamu berdua dapat bersatu semula.” Mama Syahrul ikut campur tangan apabila melihat tiada jalan pendamaian. Dahi Syahrul berkerut. Terkejut dengan kata-kata mamanya.
“Buatan orang? You tahu kenapa you kena buatan orang? Sebab you tak pernah ambil perhatian apa yang i cakap kat you dulu! You yang gatal buka ruang untuk orang ketiga. You yang runtuhkan tembok yang ada supaya orang lain boleh hampiri you! Bila i cakap you cakap jangan buruk sangka. Dia orang susah.. kita kena tolong. Tolong apa? Tolong jadi suami dia? Itu yang you nak.. dan you dah dapat! So now, better you balik! Tak payah jumpa anak-anak I!” Suara Haleeda lama kelamaan semakin meninggi.
“Tapi Honey masih isteri B!” Syahrul kelihatan agak tertekan. Dia cuba meraih lagi tangan Haleeda namun di tepis kasar.
“Isteri apa Syahrul! Dah setahun dah You ceraikan I! You tinggalkan I sebab you pilih dia! Tolonglah Syahrul.. jangan buat gila dekat sini sebelum I pun sama-sama gila.” Kerasnya hati seorang Haleeda, tak mungkin dia berpaling lagi. Itu janji yang dia pernah ucapkan pada dirinya sendiri.
Syahrul hanya melihat Haleeda meninggalkannya dan menghilang di sebalik pintu rumah. Dia terduduk di ruang anjung tersebut dan menyandar pada pagar. Satu persatu peristiwa-peristiwa lalu samar-samar kembali ke ingatannya. Dia meraup mukanya dan beristighfar. Seolah – olah tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Akhirnya satu persatu airmatanya gugur. Perlahan – lahan dia berdiri semula dengan sisa kekuatan yang ada. Di saat ini tiada siapa lagi yang boleh membantunya. Hanya Allah S.W.T, pemilik nyawa setiap yang hidup. Yang berhak untuk membolak balikkan setiap hati manusia.
SAKIT hatinya melihatkan pasangan suami isteri itu. Kalau diikutkan hatinya, mahu saja dia sebarkan kepada satu sekolah tentang kes tangkap khalwat dua minggu lepas. Seolah-olah, tiada apa yang terjadi pada mereka. Masih boleh senyum dan ketawa. Malahan dia pula yang terasa tertekan. Yang lagi membuatkan dia hairan, kenapa mereka berdua masih merahsiakan status perkahwinan mereka.
“Hai Cikgu Lily.. masih belum move on lagi ke? Sudah-sudahlah.. kumbang bukan seekor. Ramai lagi kumbang lain kat sekolah ni..” Cikgu Lily mendongak memandang wajah yang menyapanya. Seketika dia tersenyum. Cikgu Patimah, guru matapelajaran Biologi. Wanita itu juga merupakan salah seorang guru senior di sekolah itu.
“Saya tak ada apa-apa perasaan pun dekat Cikgu Eman. Saya bahagia tengok kawan-kawan saya bahagia. Semoga sampai syurgalah kan...” Terpamer senyuman sinis pada wajah Cikgu Lily. Dia bangkit dan terus berlalu. Dendamnya semakin menyala-nyala. Seolah-olah dekat sekolah itu, dialah orang yang terpaling kecewa. ‘Tak apa.. berbahagialah dulu.. tak guna aku nak rosakkan majlis korang. Korang pun memang dah kahwin. Aku beri masa untuk korang berbahagia. Sampai masa.. matahari pun kau malu nak pandang!’
EMAN tersenyum hambar dengan usikan – usikan pelajarnya. Sebulan lagi pelajar-pelajarnya bakal menghadapi peperiksaan besar. Dia sudah berikan semua ilmu yang dia ada kepada mereka. Selebihnya atas usaha mereka pula dan juga atas takdir Allah. Ya.. takdir Allah seperti apa yang terjadi pada dirinya. Walaupun Ameena selalu kelihatan tenang.. Namun selagi belum selesai kes perbicaraan kes khalawat antara dia dan Cikgu Lily, selagi itu hati dia akan resah. Sungguh dia takut. Dia takut jika nasib tak menyebelahinya. Dia malu untuk berhadapan dengan orang sekeliling jika itu yang berlaku.
“Cikgu.. Seminggu lagi.. Apa perasaan Cikgu? Berdebar-debar tak?” Aliff yang sentiasa kecoh, pantang ada kesempatan, pasti cuba mengusik.” Eman cuba mengukirkan senyuman. Dia tidak mahu ternampak canggung di mata pelajar-pelajarnya. Juga tidak mahu pelajar-pelajarnya terasa hati.
“Kamu semua doakan Cikgu dengan Cikgu Ameena ya. Orang lama-lama cakap, waktu -waktu ni, banyak dugaan yang akan datang.” Kedengaran sedikit sebak suara Eman ketika itu, lantas membuatkan pelajar-pelajarnya terdiam. Sekuat manapun dia cuba sembunyikan perasaannya, dia masih lemah. Apabila bercakap soal ujian dan dugaan, hatinya sangat mudah tersentuh.
“Cikgu.. kami semua akan doakan cikgu. Seperti mana cikgu sentiasa doakan untuk kejayaan kami. Kami pun minta cikgu halalkan semua ilmu yang cikgu ajarkan kepada kami. Kami mohon restu cikgu juga untuk SPM nanti.” Sofea berhati-hati menyusun ayat. Cikgu Eman kebelakangan ini terlihat tidak semesra selalu. Senyuman yang sering terpapar pada wajahnya juga kelihatan palsu. Kelihatan membendung sesuatu rasa perih.
“Cikgu.. be strong! Kami ada untuk cikgu! Jangan pernah menyerah! Cikgu Eman Al Hadi kami kuat.. handsome.. baik hati.. dan paling sweet! Jangan risau.. kami sentiasa doakan cikgu. Cikgu the best teacher we ever had. We all semua sayangkan Cikgu. Guys.. mini love to our Cikgu Eman! Come on!” Walaupun gadis itu tidak tahu apa yang yang sedang guru muda itu hadapi.. namun dia tetap cuba menghiburkan hati gurunya. Seisi kelas berdiri dan menunjukkan isyarat mini love dan bersorak ‘We All Love You!’ Eman tak sangka begitu sekali sokongan pelajar-pelajarnya. Ya dia sangat perlukan semangat seperti itu. Eman ketawa agak kuat. Terasa hilang sekejap beban yang sedang digalas.
“Falisha! Terima kasih!” Isyarat big love yang dibuat oleh Eman untuk pelajarnya Falisha mengundang jeritan dan sorakan daripada seisi kelas Lima Sains Tulen. Eman tersenyum lebar menampakkan lebih nyata kedua lesung pipitnya. Manis! Baginya, kelas Lima Sains tulen tahun ini ada kelas yang paling dekat dengan hatinya. Yang paling dia sayang untuk lepaskan. Ini semua kerana dia telah memecahkan jurang antara guru dan pelajar namun masih ada sempadan supaya tak ada hati yang tersalah mengerti.
MAJLIS persandingan kali kedua untuk mereka selepas setahun pernikahan mereka berlansung di perkarangan Villa keluarga Ameena. Lebih meriah dengan kedatangan anak-anak murid dan sahabat lama. Undangan yang hanya dibuat di laman sosial miliknya tidak disangka mendapat hebahan meluas. Boleh dikatakan semua bekas rakan-rakan sekelasnya hadir, termasuk Faris.
Masing-masing terkejut melihat pengantin lelaki yang sangat dikenali oleh semua bekas pelajar SMK Seri Cahaya. Lebih-lebih lagi Faris. Banyak benda yang buat dia terkejut mengenai Ameema Azzahra. Sungguh dia tidak menyangka latar belakang Ameena, bukanlah dari kalangan orang biasa-biasa. Apatah lagi Ameena dilihat sangat merendah diri semasa waktu sekolahnya dulu. Begitu juga suaminya.. jelas sekali bukan lawannya. Hajat kedatangannya hari ini hanyalah semata-mata untuk memerli perempuan itu kerana menolak cintanya. Dia begitu yakin, lelaki pilihan Ameena hanyalah orang biasa kerana Ameena hanyalah anak kepada seorang pemandu.
“Amee!” Ameena berpaling ke arah pemilik suara yang menjerit agak kuat itu. Ameena tersenyum malu ketika pasangan kembar Fateha dan Fareha menerpa ke arahnya. Sudah dapat dijangkakan apa yang akan diperkatakan oleh mereka. Pastinya dia dihentam habis-habisan. Eman juga turut tersenyum di sisi isterinya. Sedikit pun dia tidak berganjak. Terus di sisi isterinya kerana bimbang ada ‘TETAMU’ yang tidak diundang.
“Amboi... kau Amee.. tangkap ikan besar! Ikan helok pulak tu. Itulah.. dulu aku cakap tak nak dengar.. jangan benci sangat. Kan dah jadi suami!” Eman ketawa agak kuat dengan kata-kata bekas pelajarnya itu.
“Cikgu Eman.. guna ayat apa ni? Minah ni bukan makan ayat-ayat cinta ni..” Fareha menambah lagi dalam ketawanya. Dia sangat terkejut apabila melihat nama yang tertera pada kad undangan perkahwinan tempoh hari dan tidak sabar untuk melihat orangnya. Bagaikan tidak percaya, nama itu memang milik bekas gurunya.
“Hmm.. Ameena.. tahniah!” Ameena berpaling ke arah suara tersebut. Faris tersenyum sambil megangguk ke arah Cikgu Eman. Sungguh dia malu apabila mengingatkan insiden di hentian rehat suatu waktu dulu. Eman merapatkan tubuhnya dengan isterinya apabila melihat kehadiran bekas pelajarnya itu. Dia tahu Faris ada hati pada isterinya suatu waktu dulu. Dia pernah dengar Faris memperlekehkan isterinya di depannya sendiri.
“Terima kasih Faris.. datang majlis aku.”
“Ya.. terima kasih, Faris.. jemput makan dulu. Datang seorang ke?” Eman menambah sambil memerhatikan sekeliling. Ramai tetamu yang datang tanpa putus. Ibu mertuanya menempah katering untuk dua ribu orang tetamu untuk meraikan persandingan anak perempuannya.
“Datang seorang, Cikgu Eman. Kebetulan ada kerja belah Kuala Terengganu ni..” Ada nada tidak selesa pada nada Faris. Seolah – olah menyembunyikan sesuatu yang hanya dia yang tahu. Pamitannya dihantar dengan pandangan curiga oleh Eman. Manakala Ameena masih sibuk melayan usikan kawan-kawannya.
“Bro! Bahagia sangat kat muka tu.. malam ni.. honeymoonlah!” Cikgu Fahmi yang baru sampai berbisik perlahan di telinga sahabatnya itu. Wajah Eman terus berubah kerana malu.
“Bro... awak ni tak ada kerja lain ke? Koi ni dah la hari ini jadi tumpuan. Koi boleh lupa isteri koi bekas anak murid koi.. aduh... ramai betul bekas-bekas pelajar koi yang datang. Kantoi Koi ada hati dengan pelajar Koi dulu.” Eman tersengih sambil meredupkan pandangannya. Dia membetulkan tanjak di atas kepalanya yang terasa sedikit senget.
“ Hahhaha.. Kantoi masa ni tak apa Bro.. Jangan kantoi masa sekolah dulu!” Eman menggosok belakang tengkuknya untuk membuang rasa malu melihatkan bekas- bekas pelajarnya yang datang mengucapkan tahniah dan rata-ratanya melopong dan terkejut melihatnya sebagai pengantin lelaki. Apa nak dikata.. inilah jodoh.
“Cikgu Fahmi! Wah.. masih handsome macam dulu lagi.. Cikgu sihat?” Amelia agak teruja melihat kehadiran Cikgu Fahmi di situ. Guru yang pernah menjadi lelaki idamannya suatu waktu dahulu. Bagi Fahmi pula, tidak terlalu buta untuk melihat sikap keperihatinan bekas pelajarnya. Dia hanya mengangguk dengan segaris senyuman yang hambar. Senyuman profesional! Sambil matanya melilau mencari isterinya, Intan Sofea. Anak-anaknya tadi sudah selamat disambar oleh adik-adik sepupu Eman ketika mereka sampai. Seronok mereka dapat bertemu lagi dengan si cilik tiga orang itu.
“Cikgu mengajar dekat SMK Seri Cahaya lagi ke?” Cikgu Fahmi berdehem dua tiga kali. Tidak selesa dengan Amelia yang seakan menghimpit dirinya. Kedudukannya terlalu dekat sehingga dapat merasa hangat nafas gadis itu di pipinya. Dia mencari lagi kelibat isterinya. Risau juga kalau ada hati yang salah faham.
“ Kak Intan! Dekat sini!” Raihana yang kebetulan melihat Intan Sofea yang sedang nanar mencari suaminya di tengah-tengah tetamu yang ramai itu menjeri agak kuat memanggil nama wanita itu. Selebihnya dia sudah nampak keresahan sahabat baik abang sepupunya. Cikgu Fahmi tersenyum lebar melihat kehadiran isterinya. Terus dia melambaikan tangannya ke arah permaisuri hatinya, sekaligus membuat hati Amelia agak terbakar. ‘Boleh pulak dia datang time ni! Aku baru je nak lepas rindu..’ Amelia mempamerkan riak kecewanya.
“Maaf Abang.. Intan kat atas tadi.. tengok baby nak susu.” Huluran tangan Cikgu Fahmi disambut oleh Intan Sofea dengan kerutan di dahi. Dia dapat melihat air muka suaminya yang sepertinya tidak selesa. Sakit ke? Hati wanita itu tertanya-tanya. Sehinggalah bisikan daripada Raihana di telinganya, membongkar segalanya dan membuatkannya tersenyum. ‘Kak Intan jangan lari jauh-jauh... tu ada orang sedang test market.’ Intan tersenyum lagi ke arah suaminya sambil mengerdipkan mata. Sungguh Ayu dengan wajahnya yang asli tanpa make up. Cuma dihiasi dengan gincu yang nipis pada ulas bibirya.
“Kak Intan.. kenalkan, ni kawan Amee. Amelia nama dia. Lia, ni Isteri Cikgu Fahmi. Kak Intan Sofea. Pramugari juga dulu. Kalau tak silap, sebelum kahwin Kak Intan join modelling juga kan?” Intan Sofea mengangguk sambil tersenyum malu. Banyak juga yang suaminya ceritakan pada kawan baiknya, Cikgu Eman. Ameena yang turut perasan dengan aksi gedik bekas rakan sekelasnya cuba menyedarkan sahabatnya itu tentang status Cikgu Fahmi. Namun reaksi pada wajah Amelia membuatkan semua yang ada terasa sebal. Seolah-olah dia tidak kisah lansung.
“Lia.. kau dah makan ke.. jemputlah makan dulu. Nanti aku join kat meja korang.” Ameena cuba untuk memberikan keselesaan kepada pengapit suaminya. Pengapitnya, Raihana pula dari tadi mempamerkan wajah kurang senangnya dengan kehadiran Amelia.
“Belum, lapar juga ni. Jom Cikgu Fahmi temankan saya makan. Banyak benda nak tanya cikgu ni..” Pelawaan Amelia membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Amelia mengangkat keningnya dan mencebikkan bibirnya lantas berlalu dengan muka yang tidak terkesan lansung. Cikgu Fahmi menarik nafas lega sebaik sahaja Amelia berlalu. Dia menggenggam erat jemari tangan isterinya. Zaman sekarang banyak benda boleh terjadi. Rasa takut itu tiba-tiba datang menerpa.
“Bro! Tak adalah tua sangat awak, kalau budak tadi masih berminat dengan awak.” Eman cuba mengawal ketawanya. Bisikannya di balas keluhan berat oleh Cikgu Fahmi.
“Baguslah Cikgu Fahmi ni. Macam tu la, Cikgu Eman. Dah jadi suami orang kena jaga batas. Jangan pernah buka ruang dekat perempuan lain untuk rapat dengan kita. Masalah orang ketiga ni bukan salah perempuan seratus peratus tau, tapi salah lelaki juga. Sebab banyak sangat buka ruang. Sebab ruang tu lah, peluang tu ada.” Eman menjungkitkan keningnya sambil ketawa. Dia sokong sepenuhnya kata-kata adik sepupunya. Tak sangka, Raihana yang baru berumur 20 tahun itu, boleh berfikir sebegitu. Ameena menjeling sekilas kepada Eman, bimbang emosi lelaki itu terjejas dengan kata-kata Raihana rentetan peristiwa tangkap khalwat dua minggu lepas.
“Abang okay..” Ameena agak terkejut dengan bisikan Eman di telinganya. Tak sangka jelingannya sempat di tangkap oleh mata suaminya. Sekaligus membuatkan dia menarik nafas lega. Hanya dia tahu, bagaimana emosi suaminya selepas kejadia tersebut. Setiap kali selepas solat, Eman akan berdoa panjang dengan air mata yang sentiasa membasahi kelopak matanya.
Suara seseorang memberikan ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ menggunakan pembesar suara menarik perhatian mereka dan juga tetamu yang hadir. Lelaki itu kemudian menyumbangkan suaranya yang serak – serak basah dengan lagu ‘Sampai Hari Tua’. Ameena tersenyum lebar, tak sangka abang Longnya seorang yang berbakat. Sumpah, dia tak pernah dengar lelaki itu menyanyi walaupun di dalam bilik air. Namun, hari ini di majlisnya, Aryan menyanyikan lagu tersebut di depan tetamu yang hadir. Yang lebih membuatkan Ameena dan Eman tersenyum, mata dan pandangan Aryan tak pernah lepas dari memandang ke arah Raihana. Betullah, cakap orang.. lelaki akan buat sesuatu yang tak pernah dia buat apabila hatinya sudah dicuri.
Sebaik sahaja Aryan selesai menyanyi, muzik bertukar dengan melodi lagu lain pula. Semua tetamu tercari – cari pemilik suara yang bakal mengalunkan lagu itu pula. Ameena turut memanjangkan lehernya mencari kelibat bakal penyanyi seterusnya. Dia berpaling ke sebelah.. Eman tiada di situ. ‘Mana pula Abang, ni..’ Tiba-tiba matanya tertumpu pada sosok tubuh Eman yang sedang berjalan ke arahnya dengan mikrofon di tangan sambil tersenyum.
“Lagu ini saya tujukan untuk semua pasangan suami isteri yang hadir pada hari ini. Dan paling istimewa untuk isteri saya, Ameena Azzahra binti Tuan Zulkifli. MashaAllah.. Allah itu Maha penyayang.. Dia hadirkan bidadari sebaik ini untuk melengkapi hidup saya.. Alhamdulillah.
Terima kasih untuk Ayah mertua saya, Tuan Zulkifli dan Ibu mertua saya, Puan Kartini kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Tak lupa juga untuk Abah saya.. Cikgu Hashim dan Emak saya, Hajah Sufiah kerana telah bersusah payah untuk menyatukan kami.
Di sini juga, saya ingin memohon kepada semua yang mengenali kami, untuk tidak menimbulkan sebarang spekulasi buruk terhadap penyatuan kami. Penyatuan ini adalah sebenarnya atas perjodohan keluarga yang mana kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain sehinggalah hari akad nikah kami. Saya tahu ada cerita yang tidak baik sedang tersebar. Inilah kisah kami yang saya rasa perlu diketahui oleh semua yang mengenali kami.
Terima kasih sekali lagi kepada Ibu bapa kami. Sesungguh penyatuan ini adalah hadiah terbesar dan paling bermakna dalam hidup saya kerana wanita yang menjadi suri hati saya hari ini adalah wanita yang sama yang pernah bertakhta dalam hati saya sejak saya mula-mula mengajar dahulu.
Buat bidadari saya, terima kasih kerana sudi sambut cinta saya. Awak adalah anugerah daripada Allah S.W.T yang saya akan jaga sampai hari tua saya.”
Air mata yang ditahan gugur juga akhirnya. Ucapan daripada suaminya, Eman Alhadi membuatkan hatinya yang keras menjadi selembut tisu. Begitu juga Hajah Sufiah dan Kartini. Bercucuran air mata mereka apabila mengenangkan kembali perancangan mereka dahulu. Hari ini barulah mereka mengetahui kebenarannya. Pilihan mereka dirasakan sangat tepat.
Lagu Rahmatan Lil A’lamin yang di alunkan oleh Eman AlHadi menghiasi Majlis Raikan Cinta tersebut. Kebanyakan tetamu melopong mendengarkan suara Eman yang sangat tenang dan merdu. Sebaik sahaja habis lagu tersebut, lelaki itu menyambung pula dengan nyanyian lagu ‘Kisah Cinta Kita’. Yang mana sangat memberikan kesan di hati Ameena. ‘Ya Allah rahmatilah hubungan kami sehingga ke JannahMU.’ Sekali lagi airmatanya gugur.
HARI ini Eman dan Ameena mengambil cuti serentak untuk hadir ke mahkahmah untuk perbicaraan Kes Saman Fitnah atas kes Tangkap Khalwat Eman dan Cikgu Lily. Jam empat pagi Eman sudah duduk di atas sejadah, bertahajud dan membaca alquran bagi menenangkan hatinya yang sedang takut, risau dan resah.
“Abang.. kita serahkan semuanya pada Allah S.W.T. Ingat, apa yang bakal berlaku selepas ini adalah kehendak dariNya. Amee redha dan Abang pun kena redha. Amee yakin dan percaya dengan sepenuh hati Amee, yang Abang tak salah.”
“Apa pun jadi, Abang takkan biarkan dia menang..” Ameena menelan air liur kelat. Eman begitu bencikan perempuan itu. Sebut nama dia pun, Eman tak mahu apatah lagi untuk bertentang mata. Ameena tahu, Eman cukup tertekan dengan provokasi Cikgu Lily. Setiap kali terserempak dengan perempuan itu, ada sahaja ugutan dan kata-kata yang membuatkan hati Eman sakit dan Emosinya tercedera.
“Kalau awak di dapati bersalah, awak kena kahwin dengan saya. Kalau tak, saya akan sebarkan kepada umum.. kepada pihak sekolah tentang kes kita. Saya tak kisah sayang.. kalau kena gantung kerja ke.. kena tindakan tatatertib ke.. rezeki kan ada kat mana-mana. Sama juga macam jodoh.. dengan siapa-siapa pun kita boleh berjodohan, termasuk suami orang.”
Eman memejamkan matanya seketika apabila mengingatkan kata-kata Cikgu Lily tempoh hari. Hati perempuan itu sudah seperti bangkai. Busuknya dari jauh pun sudah terhidu, inikan pula didepan mata.
“Madu aku pun ada! Eloklah bagi sokongan pada suami kan.. sementara dia masih suami kaulah.. esok-esok mungkin milik aku seorang. Sebab aku bukan macam kau! Aku tak suka kongsi-kongsi!” Hampir sahaja penumpuk kental Eman melekap pada wajah Cikgu Lily. Ameena menahan suaminya daripada terus melayan perempuan itu. Baginya Cikgu Lily hanya pandai melalak dengan akal yang tak bersambung sarafnya.
“Adat golok kayu, bagai tagar di pulau sembilan.. berketak ayam di darat, bersenyap - senyap mutiara dia lautan..” Merah padam wajah Cikgu Lily dengan kata-kata Ameena dalam nada bersahajanya. Tidaklah sukar untuk difahami oleh Cikgu Lily kerana dua-duanya jaguh debat. Dia terdiam bagai tergigit lidah sendiri.
“Cikgu Lily.. aku tak minat dengan tin kosong.. bagai jelongak kerbau rampung.. beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh..” Nah, lagi tajam kata-kata Eman.. semuanya Cikgu bahasa melayu. Masing-masing pasti faham apa yang disindirkan. Cikgu Lily berlalu pergi dengan hati yang sakit. Terasa ingin ditampar muka Ameena. ‘Kau tunggu Cikgu Eman! Tak lama dah! Aku ada bukti yang akan menunjukkan kau dan aku suka sama suka.’
Apakah bukti yang Cikgu Lily ada? Apakah bukti itu akan menyebelahinya? kita tunggu bab seterusnya..
Share this novel
Ohhh sakit hati hadap perangai cikgu lily