BAB 6 : LAMARAN

Romance Series 52946

‘DOAKANLAH kami.. kot – kot hujung tahun ni ada rezeki naik pelamin.’ Kata – kata itu terus terngiang – ngiang di telinga Eman. Membuatkan dia resah gelisah. Tak cukup dengan itu, ibunya pula asyik mendesak dia terima calon pilihan ibunya.

Eman bersandar lemah pada dinding di beranda rumahnya. Dipendam mati mak, diluah mati bapak. ‘Betul ke mereka tu bercinta. Tapi tak nampak ‘chemistry’ lansung. Tapi kalau tak betul kenapa Ameena lansung tidak menafikan? Mengia pun tidak.. menafikan pun tidak.’

“Terima saja lah.. anak kawan mak tu.. Nanti mak minta gambar dia.. Cantik budak tu.. lembut, tenang je hati tengok muka dia.” Hajah sufiah yang baru menapak dari tangga rumah bersuara. Daripada halaman rumah tadi, dia duduk perhatikan anak sulungnya itu. Kebelakangan ini suka sangat termenung. ‘Banyak sangat ke masalah kat tempat kerja? Cikgu pun susah juga ke? Aku dulu pun cikgu juga, tapi tidaklah sebegini rupa.’ Bertalu – talu soalan menerpa di ruang minda tuanya.

“Ke situ pulak mak ni. Along tak nak la kahwin macam tu. Tak kenal tak apa.. tiba – tiba nak duduk sekali. Tak mahu la Along.” Eman masih membantah. Posisi duduknya diubah. Matanya di halakan ke seberang jalan. Kelihatan ramai anak – anak kecil sedang bermain. Memang dia tak berani nak bertentang mata dengan emaknya. Bimbang lembut hati. Nanti kang, tiba- tiba boleh bersetuju. Entah ilmu apa emaknya pakai. Eman tersenyum sendiri memikirkan kata – kata mindanya.

“ Sebab tu lah mak ajak kamu jumpa keluarga dia. Kenal – kenal dulu. Tapi tu lah, kamu tu selalu mengelak. Mak ni kalau cakap bab ni.. memang tak ada yang menyokong. Abah kamu tu.. samalah macam kamu. Kalau cakap pun menyakitkan hati.”

“ Ha, tengok tu! Mak pun selalu sakit hati dengan Abah kan? Tu sebab dulu mak ngan abah kan kahwin atas pilihan keluarga. Along tak nak la nanti isteri Along alami masalah yang sama dengan Mak..hahhaha..” Eman ketawa kuat di hujung kata – katanya. Seronok dia dapat kenakan emaknya. Membulat mata Hajah sufiah dengan ulahan anak sulungnya.

“Kami ni bercinta lepas kahwin. Lagi seronok.. memanglah mula – mula tak kenal. Tapi bila dah kenal tak nak berenggang.. hmmm..” Entah daripada Abahnya tiba – tiba muncul dan memberikan sokongan kepada emaknya. Eman tersengih dengan kata – kata abahnya. Hajah sufiah pula tersenyum lebar. Manakan tidak.. baru kali ini suaminya menyokong ideanya.

“ Mak beri Eman masa ya.. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana.” Kali ini nadanya kedengaran serius. Pandangan matanya penuh harapan. Harapan supaya emak dah abahnya memahami kehendaknya.

“Hmm.. ya lah, Along! Mak tak paksa..” Hajah sufiah berlalu masuk ke dalam rumah menutup semua pintu jendela memandangkan sudah masuk rembang senja. ‘Mak memang tak paksa.. tapi setiap kali jumpa mesti mak tanya.. Mak.. mak..’ Eman tersenyum sendiri sambil bangkit dan menuruti langkah abahnya. Waktu maghrib.. bila waktu cuti macam ni.. menjadi rutin untuk mereka solat jemaah di rumah. Kalau cuti sekolah lagilah ramai orang kat rumah ni. Dengan anak – anak maklongnya, makngahnya. Semua tertumpu di situ memandangkan rumah yang mereka tinggal adalah rumah pusaka peninggalan arwah neneknya. Tetapi diwarisi oleh abahnya yang merupakan anak ketiga dari lima beradik.

Eman membelek sebuah buku lukisan yang di ambil dari dalam kotak simpanannya. Dibeleknya satu – satu sambil tersenyum. Hinggalah ke lukisan yang terakhir. Kali ini dia tersenyum lebar. ‘Memang ini aku kan?’ Dia berdiri di depan cermin dan memegang lukisan tersebut lantas diletakkan lukisan tersebut di tepi mukanya. ‘Memang aku la..! Dia dulu suka aku ke ? Suka yang macam mana? Agak – agak kalau aku lamar dia sekarang, ok ke? Dia terima ke?’ Banyak betul soalan yang bermain di benak fikirannya. ‘Berangan lah kau Eman!’

DARI jauh kelihatan Cikgu Isa sedang menjinjing 2 tin cat ke belakang blok D, iaitu bangunan sekolah yang paling hujung. Hari ini dia berura – ura untuk menyiapkan lukisan mural yang dilakarnya minggu lepas. Selepas ini dia akan lebih fokus kepada galerinya. Memandangkan dia telah bersetuju dengan tugasan projek keceriaan sekolah, jadi mahu atau tidak, dia terpaksa sempurnakan tugas tersebut.

“Assalamualaikum Sir Isa! Wow.. hari ni Sir nak siapkan yang Blok D tu ke? Nak kami tolong?” Suhaila pelajar dari kelas 5 akauntan menegur. Kebetulan mereka terserempak ketika dia baru keluar daripada tandas. Cikgu Isa membalas dengan sebuah senyuman ikhlas tapi cukup membuatkan hati pelajar itu berbunga - bunga.

“ Setahu saya, dah waktu pulang sekarang kan? Kenapa tak pulang lagi? Saya boleh buat sendiri. Kamu Suhaila kan? Nanti pulang rumah terus.. jangan melilau ke tempat lain.” Suhaila tersenyum simpul. Baginya kata – kata yang keluar dari mulut Cikgu isa menunjukkan keperihatinan guru itu kepadanya.

“Baik Sir Isa. Saya pergi dulu!” Cikgu Isa menggeleng – gelengkan kepalanya. Dia tak bodoh untuk menafsirkan maksud disebalik keperihatinan pelajarnya itu. Dia meneruskan langkahnya ke lokasi.

Cikgu Isa terpandang satu figura yang amat dirinduinya sedang duduk di bangku bersama seorang pelajar. ‘Perlu ke aku pergi?’ Jantungnya tiba – tiba berdegup laju. Dia mengerutkan keningnya sambil tersenyum. Akhir – akhir ini dia terlalu rindukan wajah itu. Wajah itu sentiasa mengganggu lenanya.

Cikgu Isa tidak jadi meneruskan tugasnya. Dia kembali beredar menuju ke bilik kesenian. Di capainya kanvas kosong dan alatan melukisnya. ‘ Aku harap dia masih dia sana’. Dia merasa lega, pujaan hatinya masih disitu.

Tangan kanannya terus memulakan lakaran demi lakaran. Senyuman sentiasa terukir dibibirnya. Hatinya seperti sebuah taman yang mana didalamnya dipenuhi dengan bunga yang sedang mekar. Lama dia begitu. Tanpa dia sedari ada sesusuk tubuh sedang memerhatikannya daripada belakang dengan hati yang hancur tatkala ternampak potret yang terpapar pada kanvas lukisannya.

“Cikgu Isa, buat apa kat sini? Dari tadi saya duduk perhatikan Cikgu. Asyik sangat melukis ni.. Saya panggil tadi pun tak dengar.” Cikgu Isa agak terkesima dengan kemunculan Ameena secara tiba – tiba. Terus ditelangkupkan lukisannya. Gugup dia seketika. Lansung tidak disedarinya pujaan hatinya telah beredar dari taman botanika sekolah dan menghampirinya.

“Eh, tak ada buat apa-apa pun. Cikgu Ameena pulak.. kenapa tak balik lagi? Dah lewat ni.” Cikgu Isa cuba mengalih topik. Dia melirik kepada pelajar di sebelah gadis pujaan hatinya.

“ Oh, saya ajar dia melukis. Saya suka tengok lukisan – lukisan dia. Jadi saya ajak dia ke sini lepas habis sekolah. Ni nak hantar dia balik. Lagipun dia baru habis menjalani PT3. Bagi dia tenangkan minda. Buat apa yang dia suka.” Panjang lebar Cikgu Ameena memberi penerangan. Namun Cikgu Isa seolah – olah hanyut dalam khayalan. Ulas bibir Cikgu Ameena yang bergerak – gerak membuatkan dia asyik dan perasaannya dibuai rasa yang mendamaikan.

“I really fell in love with you. In fact, I'm going crazy now.” Ameena agak terkejut. Terus dia menutup telinga Nuraina yang sudah tersengih. Tidak sukar untuk pelajarnya itu memahami. Wajah Ameena sudah merona kemerahan. Cikgu Isa pula seperti terkejut dengan kata – katanya sendiri. ‘Aku cakap dalam hati saja kan tadi?’ Ameena membeliakkan matanya dan dia memberikan isyarat kepada Cikgu Isa dengan memandang Nuraina yang sedang tersengih.

“What? Did I say something?” Cikgu Isa mengangkat kening dan bahunya dengan tangan kanannya masih memeluk kanvas lukisannya.

“Saya beredar dulu.”

“Wait! What was I just saying just now? Tell me please” Kali ini giliran Cikgu Isa pula merona kemerahan wajahnya. ‘Apakah kata – kata tadi dah terzahir daripada mulutnya?’

“Did I really say that I fell in love with you?” Ameena mengangguk dengan wajah yang kemerahan menahan malu dan terus berlalu pergi. Cikgu Isa menepuk dahinya. ‘ Oh shit! Oh, shit! How can I tell that in that way and in that situation? Suppose to be in the special place. Come on, Isa Rayyan! What's happened to you? So shamefull!’

Cikgu Isa betul – betul kecewa dengan dirinya sendiri. Sungguh dia tidak menyedari yang kata-kata yang bermain di mindanya sudah terzahir dimulutnya. Dia mula risau. Apakah Cikgu Ameena akan mula menjauhkan diri darinya. ‘Please Ameena, dont be! I'm going to die.’

“KENAPA kau pilih dia? Apa yang ada pada dia dan tak ada pada aku! Aku pun cantik. Aku pun menarik. Lagi menarik daripada Si Ameena tu. Lagipun Ameena tu lansung tak ‘up to date’. Asyik dengan baju kurung kain cotton sepanjang masa. Apa lah yang kau pandang dekat perempuan kampung macam tu!” Fikirannya masih membayangkan apa yang dilihatnya petang tadi. Senyuman Cikgu Isa ketika melakar potret Cikgu Ameena sangat menyakitkan hatinya.

Ketukan pintu bertalu – talu daripada luar biliknya hanya dibiarkan tanpa balasan. Perutnya lansung tidak berasa lapar. Biliknya sudah seperti tongkang pecah. Semua berterabur. Geram dengan apa yang dilihatnya siang tadi membuatkannya membaling semua benda yang dicapainya.

“Makcik Milah! Cepat kemas bilik ni! Lepas aku siap mandi aku nak semua dah kemas!” Penuh kebongkakan pada jeritan suara itu. Tergesa – gesa wanita tua itu datang. Hendak menegur, dia hanyalah pembantu rumah. Akhirnya dia hanya menurut perintah. Matanya hanya memandang susuk tubuh anak majikannya berlalu ke bilik air. Disebabkan majikannya hanya mempunyai seorang anak. Semua kehendaknya pasti dituruti sehingga sikapnya menjadi sangat teruk.

AMEENA berteleku di sisi katilnya. Usai sahaja membaca Alquran selepas solat maghrib dia mula berfikir tentang kejadian petang tadi. Sungguh lidahnya, akalnya, dan jiwanya kaku saat itu. Dia memejamkan matanya sambil tersenyum dan menyembamkan wajahnya di atas tilam. Kata – kata Cikgu Isa petang tadi kembali menerawang dalam fikirannya. Semuanya terasa manis. ‘Inikah cinta?’

Namun hatinya tetap merasa takut. Takut dengan kekecewaan. Seketika dia menggelengkan kepalanya. ‘Aku tak rasa dia macam pakcik bawang tu! Mustahil. Dia nampak ‘cool’. Walaupun dia dah tersasul tadi. Dia tetap ‘cool’. Ameena menongkat dagu dan tersenyum. Mula membayangkan muka ‘blur’ Cikgu Isa.

“ Kakchik! Boleh masuk ke?” Ketukan di pintu bilik mengejutkan Ameena daripada lamunan angaunya. Kedengaran suara Ameer meminta izin untuk masuk.

“ Tak boleh! Pergi main jauh – jauh. Aku sibuk ni!” Ameena melaung dari dalam biliknya. Ameer mengangkat kening. ‘ Apa yang sibuknya minah gedik ni? Tadi cakap nak cerita sesuatu.’

“Kakchik! Ayah dengan ibu panggil makanlah! Kau taknak turun ke? Diorang nak bincang sesuatu.” Giliran Ameer pula menjerit.

Ameena terkocoh – kocoh bangun dan menanggalkan telekungnya. Kalau dah seruan itu dari Ayah dan Ibunya bermakna dia kene secepat mungkin turun ke bawah. Kalau tak jawabnya panas la telinganya mendengar ceramah Tuan Zulkifli itu. ‘Sejak bila pulak Ayah dengan Ibu ada kat rumah ni? Bukankah dia sepatutnya ada kat Perak sampai esok?’

Ameena menapak laju menuruni anak tangga ke meja makan. Walaupun terasa jauh dengan Ayah dan Ibunya dia tetap gembira apabila melihat dua wajah tersebut.

“Ayah dan Ibu bila balik? Bukan ke sepatutnya balik esok? Ameena melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Ameer. Kelihatan Mak Wok datang dengan menatang dulang yang berisi makanan. Ameena kembali berdiri dan membantu.

“Ada masalah sikit dengan projek tu. Jadi Ayah kena balik uruskan apa yang patut kat sini. Kerja macam mana? Ada masalah tak?” Walaupun Ayahnya tidak menyokong penuh cita – citanya untuk menjadi seorang pendidik, namun beliau tetap mengambil berat tentang anak – anaknya. Memandangkan hanya dia seorang anak perempuan. Ayahnya terpaksa juga mengikut kemahuannya. Cuma Ameer sahaja yang menjadi mangsa paksaan Ayahnya untuk mengikut semua perancangan beliau.

“Mak wok duduklah. Makan bersama – sama dengan kami.” Ameena mempelawa. Ibunya juga mengangguk dan menarik kerusi untuk Mak wok.

“Ayah sebenarnya nak cakap pasal masa depan Kakchik. Selama ni Ayah tak pernah paksa Kakchik. Apa yang Kakchik rasa baik untuk Kakchik, semua Ayah sokong. Tapi untuk kali ni.... Ayah dan ibu nak Kakchik berkenalan dengan anak kawan ibu. Kami baru jumpa semula. Kalau boleh kami nak rapatkan semula hubungan yang dah lama terputus.” Gulp! Ameena menelan air liur. Dugaan apakah ini! Ameena memandang Ayah dan Ibunya silih berganti. Akhir sekali dia memandang adiknya, Ameer. Ameer pun turut terkesima. Tidak menyangka itu perkara yang ayah mereka mahu bincangkan.

“Ayah, tak terlalu cepat ke? Adik pun belum habis belajar. Tunggu la Adik habis belajar dulu.” Ameer cuba membela nasib kakaknya. Begitulah mereka sejak kecil. Saling membela nasib sesama mereka.

“Dah kenapa nak kena tunggu kamu habis belajar? Bukannya ayah nak suruh kamu yang kenal dengan anak kawan ibu tu!” Sedikit tinggi nada suara Tuan Zulkifli. Serta agak tegas bunyinya. Sekali lagi Ameena menelan air liur. Perutnya terasa betul – betul kenyang. Namun terpaksa juga dia menyenduk nasi ke dalam pinggannya. Beralih pula ke pinggan Ameer, mak wok dan seterusnya kepada kedua orang tuanya.

Ameena hanya menundukkan wajahnya dan menyendukkan pula lauk ke dalam pinggannya. Mulutnya terus membisu seribu bahasa. Mencari ayat – ayat yang sesuai untuk menolak permintaan ayah dan ibunya. Sungguh dia mati akal. Dia menyiku lengan Ameer supaya diam. Bimbang keadaan akan lebih panas.

“Ha, Kakchik.. macam mana? Boleh ke?” Kali ini giliran ibunya pula bertanya. Kedengaran lembut namun seakan memaksa. Ameena masih merangka jawapan yang paling bernas.

“Kalau Kakchik rasa dia tak sesuai untuk Kakchik macam mana.. kena teruskan juga ke?” Ameena bertanya dalam nada yang selembut mungkin. Api tidak boleh di layang dengan api, nescaya makin marak jadinya. Jadi dia cuba sebolehnya untuk menjadi air.

“Takkan kamu baru kenal sehari dah cakap tak sesuai. Kami memang rancang nak satukan Kakchik dengan anak kawan ibu kamu tu. Kali ini saja ayah minta Kakchik ikut permintaan kami pula. Ayah tengok orangnya baik. Tak nampak sebarang kekurangan.” Tuan Zulkifli menyampuk tetapi kali ini suaranya dikendurkan. Sedikit memujuk. Dia tahu anak tunggal perempuannya itu nampak sahaja lembut, tetapi hatinya sangat keras.

“Betul cakap ayah tu. Ibu tengok anak kawan itu boleh jadi suami yang baik. Tapi, ya lah.. semua manusia ada kekurangan. Cuma insya Allah bukanlah kekurangan yang boleh memudaratkan Kakchik.” Ibunya pula menambah. Dipandang lama anak perempuannya itu. Diam tak berkutik. Sepertinya memikirkan jalan untuk menghindarkan diri.

“ Ayah.. Ibu.. Kakchik tak ada masalah nak kenal – kenal..” Ameena berjeda seketika. Dipandang wajah kedua- dua orang tuanya. Tuan Zulkifli sudah mengangguk dan tersenyum begitu juga ibunya. Senyuman sudah dipenuhi dengan harapan. Gulp! Ameena menelan liur lagi untuk menyambung ayat seterusnya.

“Tapi setakat kenal.. Kakchik tak boleh nak bagi lebih dari itu.. sebab Kakchik sudah ada pilihan Kakchik sendiri.” Hah, itu dia! Sape pilihannya? Masing – masing tergamam dengan pengakuan Ameena ,termasuklah Ameer. Makwok pula sejak tadi menjadi penonton setia. Entah bila dapat makan pun tak tahu la.

“ Siapa dia? Kerja kat mana? Kerja apa? Orang mana? Kakchik pasti dengan keputusan Kakchik ni?” Ameena terkedu. Betul- betul macam cerita Kasim Selamat. Dia menjeling sekilas pada Ameer yang sudah tunduk ketawa.

“Dia cikgu juga ayah.. cikgu Bahasa Inggeris. Sebenarnya bulan depan dia dan keluarga dia nak datang merisik.” Ameena sudah serba salah. Entah kenapa, otaknya hanya teringat kepada Cikgu Isa. Dia tahu guru muda itu ada hati padanya rentetan kejadian petang tadi. Namun dia tidak tahu sejauh mana.

Tuan Zulkifli hanya berdehem sekali. Tiada sebarang bantahan atau kata persetujuan. Dia menadah tangannya dan membaca doa sebelum makan. Meja makan pada malam itu menjadi sunyi sesunyinya.. Hanya bunyi sudu yang berlaga dengan pinggan. Ameena tetap menelan walaupun terasa payah sambil otaknya ligat berfikir langkah seterusnya. Inilah yang dikatakan kerana mulut, otak yang penat!

AMEENA bangun dan bersiap – siap untuk keluar dari kelas 2 Bestari bagi memberi laluan kepada guru matapelajaran seterusnya. Hari ini agak lambat sedikit dia selesai sesi pengajarannya kerana menunggu 2,3 orang pelajarnya menyiapkan ujian latih tubi.

“Opps! Maaf!” Ameena terlanggar seseorang ketika keluar dari kelas tersebut dek kerana kekalutannya. Ditambah pula dengan fikirannya yang berserabut dengan masalahnya yang belum selesai. Ayah dan ibunya boleh dikatakan saban hari bertanya bila jejaka pilihan hatinya mahu datang merisik.

“Eh, okay ke? Kalut sangat ni.” Cikgu Isa membongkok lantas mengutip kertas latihan yang berterabur. Ameena sudah mula berdebar – debar. Sekarang setiap kali berdepan dengan guru muda itu. Wajahnya automatik kemerahan dek kerana malu ditambah pula dengan jantung yang selalu berdegup kencang.

“Maaf.. saya tak sengaja. Nak cepat tadi. Cikgu Isa okay ke?”

“ Don’t be dear.. you know what? I am willing to be bumped by you every second..” Ameena terkesima. Bisikan perlahan yang beriringan dengan suara serak – serak basah Cikgu Isa itu disertakan dengan satu kenyitan dan senyuman yang cukup seksi. ‘ Wake up Ameena! Kau dah angau ni! Ya Tuhan.. tuntunlah hatiku..

“ Maaf sekali lagi.” Ameena berlalu pergi dengan wajahnya yang merona kemerahan. Tak sanggup berlama – lama di situ. Godaan lelaki itu sangat kuat. Bimbang dirinya terjerumus ke lembah zina. Berkali – kali dia beristighfar didalam hati walaupun hatinya begitu berbunga dan tersentuh. Di lajukan langkahnya terus ke kantin kerana perutnya sudah minta diisi.

“Korang berdua ni bila nak nikah ya? Asyik buat drama kat sekolah ni. Tak rasa bersalah ke?” Kemunculan tiba – tiba Cikgu Eman dari lorong bersebelahan dengan tandas pelajar itu membuatkan Ameena sangat terperanjat.

“Astaghfirullahala’zim.. Cikgu Eman ni memang tak ada kerja ke? Cikgu tu kerja dia mengajar.. bukan jadi pegawai penyiasat!” Sedikit keras suara Ameena. Namun masih mampu dikawal nada suaranya. Dia tidak mahu timbul satu lagi gosip murahan. Maklumlah hidupnya dikelilingi pelajar – pelajar yang sentiasa memerhati.

“Ha, macam tu lah! Istighfar selalu. Dah bagus dah. Tapi yang tak faham.. tetap buat juga benda yang tak elok.. kena solat sunat taubat pulak kot...” Cikgu Eman tersenyum sinis sambil menyinsingkan lengan bajunya. Panas hatinya melihat aksi romantik sepasang kekasih itu. ‘Tapi betul ke mereka bercinta?’

“ Cikgu Eman kot yang kene banyak lagi solat sunat taubat! Sebab asyik memfitnah orang. Selagi saya tak maafkan Cikgu.. Dosa Cikgu takkan lepas tau.. Hablu minannas wa hablu minallah!” Pedas sekali kata – kata Ameena hingga terasa ditikam berkali – kali jantung guru muda itu. Lebih – lebih lagi kata – kata itu keluar dari orang yang telah mengetuk pintu hatinya.

“Kalau benda dah jadi depan mata orang tak panggil fitnah cik kak! Itu orang panggil dah tertangkap basah!” Tegang sekali muka Cikgu Eman kerana dituduh memfitnah. Selebihnya kerana dia bengang dan cemburu. Ya cemburu! Cemburu kerana pujaan hatinya lansung tidak memandangnya. Lansung tidak memberikan peluang kepadanya. Lansung tidak cuba mencari tahu kenapa dia begitu suka menjaga tepi kainnya.

“Mata ni selalu menipu Cikgu Eman. Kadang – kadang benda yang kita nampak tak sama dengan benda yang kita dengar. Atau Cikgu Eman ni ada kelebihan? Boleh dengar dari jarak jauh! Hebat sangat tu!” Ameena terus berlalu meninggalkan Cikgu Eman yang masih ingin berkata – kata. Hanya itu cara yang dia ada untuk mendekati wanita itu. Kalau dia ada kekuatan sudah lama dia berterus terang soal hatinya. Mungkinkah dia perlu ‘move on’. Terima saja permintaan emaknya.

Dia memandang kosong ke arah Ameena. Terasa dia betul – betul akan kehilangan. Dari hari ke hari dia semakin menyedari hatinya telah ditawan oleh Ameena. Bukan baharu tetapi sejak dia mula mengajar di sini. Oleh kerana itulah hatinya sukar diketuk oleh sesiapa pun. Lukisan wanita itu adalah buktinya. Boleh dikatakan saban hari dia akan meluangkan masanya membelek lukisan itu untuk melepaskan rindunya. Dahulu dia tidak faham apa itu cinta dan sayang. Namun sekarang semenjak pujaan hatinya telah didampingi lelaki lain. Dia mula faham dan yakin dengan perasaannya. ‘Ini ke yang orang cakap cinta pandang pertama.’

Sementara di kantin sekolah Ameena masih berasa sebal. Semakin hari semakin menyakitkan hati perangai Cikgu Eman. ‘Dia tak ada hak nak kawal semua aktiviti aku. Dia siapa? Abang aku pun tak ada nak sibuk – sibuk. Aku ni bukan budak kecil. Dah gila kuasa ke apa dia tu? Eii.. geram la!’ Sudu garfu di tangannya dicucuk – cucuk ke atas kuah donut yang terhidang di dalam pinggan. Hampir hancur kuih tersebut dikerjakan. Dia memandang ke arah kuih itu dan terus menikam lagi. Berkali – kali.

“ Kalau aku boleh buat macam ni.. Dah lama nasib kau macam kuih ni! Dah la tak kacak langsung. Dasar bangla!” Ameera menggumam sendiri tanpa dia sedari, ada yang sedang memerhati dan tersenyum. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Eman.

“ Eh, Cikgu Ameena! Kenapa buat macam tu dekat makanan tu. Kalau ya pun marah.. kesian kat makanan tu. Rezeki ni anak oiii..” Cikgu Zaharah yang tiba – tiba muncul mengejutkan lamunan Ameena. Dia mendongakkan kepalanya mencari keberadaan Cikgu Zaharah.

“Cikgu Zaharah.. jiwa saya ni dah penat sangat layan orang sakit jiwa. Tak tahu kenapa dia suka sangat jaga tepi kain saya. Lepas tu fitnah yang bukan – bukan. Dia tu dah macam pengintip upahan!” Ameena memegang tangan bekas gurunya itu. Hanya Cikgu Zaharah yang tahu segala cerita tentangnya.

“Amee pernah tanya kenapa dia macam tu? Cuba tanya dia. Manalah tahu dia ada sebab. Saya taklah kenal rapat dengan Cikgu Eman tu.. tapi semenjak dia jadi guru kat sini, dia tak pernah kurang ajar dengan orang. Malahan dia tak pernah masuk campur masalah peribadi orang.” Cikgu Zaharah cuba memujuk hati Ameena.

“Dia tu poyo sebenarnya. Padahal sesi mentor mentee dah habis tapi dia tetap ingatkan saya yang dia mentor saya. Entah apa – apa dia tu..” Ameena sudah sedikit tenang. Cikgu Zaharah menggelengkan kepalanya. ‘Dua – dua keras kepala! Tak tahulah apa nak jadi dengan dua orang ni. Sorang ni memang masih budak lagi. Yang sorang lagi tu dah tua tapi macam budak – budak.’

“Dah la.. teman kak za makan kejap. Amee ada kelas lagi ke lepas ni?” Ameena hanya menggeleng membalas pertanyaan Cikgu Zaharah. Sambil tangannya menguis – nguis kuih yang masih berbaki dengan sudu. Pada waktu yang sama otaknya kembali memikirkan tentang permintaan ayah dan ibunya. Satu cara untuk mengelak hanyalah dengan membawa pilihan hatinya yang tak pernah wujud.

CIKGU Isa tersenyum sendiri sambil melangkah menuju ke bilik pendidikan seni. Biasanya di situlah tempat dia menghabiskan waktunya. Masih terbayang wajah Ameena yang kemerahan apabila disakatnya. Sungguh dia sangat rindu untuk melihat wajah itu.. kalau boleh setiap saat. Dia menggeleng sendiri dengan senyuman yang tak lekang.

“Assalamualaikum, Sir!” Suhaila yang datang dari arah bertentangan menegurnya. Dari jauh dia melihat gurunya itu asyik tersenyum.

“Waalaikumussalam..” Dengan senyuman yang masih bersisa.

“Wah, Sir.. gembira je nampak..” Suhaila tidak berani bertanya lebih. Dia masih tahu batasnya sebagai seorang pelajar.

“Oohh.. gembira la kot.. jumpa awak kat sini!” Cikgu Isa terus berlalu meninggalkan Suhaila yang masih terpinga – pinga. Tidak lama kemudian suhaila pun turut tersenyum. Hatinya cukup tersentuh dengan gurauan gurunya itu. Walaupun dia tahu itu hanyalah gurauan. Dia tahu gurunya itu bukan seorang yang sangat serius. Tapi kata-kata gurunya tadi tetap terus masuk ke dalam hati.

Manakala Cikgu Isa pula meneruskan langkahnya menuju ke Blok D dimana terletaknya Bilik Pendidikan Seni. Dia harus menyiapkan sesuatu. Minggu ini dia perlu melaksanakan apa yang telah di rencanakan.

“Hai, Cikgu Isa! Senang hati saja Kak Za tengok. Macam orang nak kahwin dah ha. Berseri – seri!” Cikgu Zaharah yang datang dari arah depan menegur.

“Ha, betullah tu! Kak za nak tau tak siapa?” Cikgu Isa tersengih seperti kerang busuk.

“Siapa? Orang nak bagi tahu kita nak la tahu. Kalau taknak bagi tahu, Kak Za tunggu kad je la..” Balad Cikgu Zaharah sedikit teruja. Lantas Cikgu Isa datang sedikit rapat. Dipandang kiri kanan. Setelah memastikan tiada orang di situ, dia pun membuka helaian buku lukisannya.

“Ini dia.. Kak Za perasan tak siapa..” Cikgu Isa sedikit berjeda. Cikgu Zaharah pula diam tidak terkata. Manakan dia tidak mengecam lukisan yang begitu sempurna itu. ‘Bakal ada perang besar ke selepas ni? Kat sana pun adik, kat sini pun adik. Tu lah awak Eman.. lambat sangat! Siapa cepat dia dapatlah!’

“Kenapa Kak Za?” Cikgu Isa turut berubah air mukanya melihatkan Cikgu Zaharah yang seperti tergamam.

“Tak la.. Kak Za terkejut. Tak sangka gosip – gosip yang kami dengar tu betul. Kak Za tumpang gembira. Bila majlis?” Cikgu Zaharah cuba mengelak.

“Sebenarnya Kak.. Dia pun tak tahu saya suka dia. Gosip – gosip tu.. semua gosip liar. Budak – budak.. biasalah. Saya baru nak melamar dia. Kalau dia terima.. saya terus nak lansungkan majlis. Ok tak kak?” Cikgu Isa kembali tersenyum.

“Insya Allah.. Kak za doakan yang terbaik buat kamu. Semoga berjaya. Kak Za gerak dulu ya.. Ada kelas.” Cikgu Zaharah meneruskan langkahnya ke kelas Lima Sains Tulen yang terletak di bangunan Blok C. Di dalam kepalanya berserabut dan berselirat dengan bermacam – macam benda. Disamping dia turut simpati dengan cinta si teruna yang tidak berbalas. Lantas apa akan jadi seterusnya? Andai hati sudah kecewa.. takkan masih mahu terus disini. Memerhatikan kebahagiaan orang lain. Yang mana bakal menghiris lagi luka di hati.

“CIKGU Ameena! Dah nak balik ke?” Cikgu Isa yang memang sejak tadi mengekori pujaan hatinya itu mengambil peluang sebaik melihat Cikgu Ameena yang bakal meloloskan diri ke dalam perut keretanya.

“Eh, Cikgu Isa! Ya.. dah nak balik. Cikgu Isa? Tak balik lagi?” Ameena sekadar berbahasa. Sungguh hatinya menjadi tidak keruan setiap kali berdepan dengan guru muda itu.

“Belum.. tengah tunggu orang..” Cikgu Isa berjeda di situ. Ameena pula mengerutkan pelipisnya. Siapa pula ditunggu Cikgu Isa.

“Tunggu orang mana?”

“ Tunggu orang kat depan saya ni jadi suri hati saya..” Wajah Ameena bertukar rona kemerahan. Cikgu Isa ketawa agak kuat. Ketawa untuk menutup gementarnya. Dia juga turut gugup apabila berdepan dengan Ameena. Tetapi cuba dikawal sebaik mungkin. Anak jantan!

“Hmm... Macam mana nak jadi suri hati kalau melamar pun tidak..” Panas sekali sindiran Ameena. Walaupun bagai nak luruh jantungnya mendengar gurauan Cikgu Isa, Ameena masih sempat membalas.

“Eh, boleh ke?” Giliran Cikgu Isa pula terpinga – pinga.

“ Kalu tak pecahkan ruyung.. mana nak dapatkan sagunya. Kalau tak pernah dihitung.. mana nak dapat hasilnya!” Cikgu Ameena berkias lagi. Menjadi anak dara kena ada malu dan jual mahal tu. Dia terus meloloskan diri ke dalam perut kereta meninggalkan Cikgu Isa yang masih ternganga.

“Apa benda yang minah ni cakap ha? Lansung tak faham.. Aku ni bukannya yang reti sangat pantun – pantun ni. Peribahasa lagilah ke laut..” Cikgu Isa menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Apa maknanya ya? Dia terima aku ke apa tadi tu?

“Bro! Dia suruh masuk meminang la tu.. Apa lah kau ni.. slow sangat la.. tahu la lama kat negara salji tu.. tapi jangan la lupa pusaka bangsa.. hahahha” Tiba – tiba satu suara garau menegurnya.

“Eh, bro! Sejak bila kau ada kat sini? Alamak.. kau nampak ke? Adoiii.. malu la aku. Apalah kau ni.. diam – diam je.” Cikgu Isa agak terkejut dengan keberadaan sahabatnya disitu. Cikgu Eman secara tak sengaja melihat aksi mereka berdua petang itu.

“Ya lah.. aku memang kat dalam kereta ni. Duk perhati je drama korang tadi. Aku balik dulu.. kalau suka melamar je la terus. Jangan duk tunggu lagi.” Cikgu Eman memandu keluar dari petak parkir dan membelok keluar dari pintu pagar sekolah meninggalkan temannya yang masih termanggu.

‘Cakap org.. tapi sebenarnya aku ni yang slow. Aku yang terlambat menyedari perasaan sendiri. Sekarang segala – galanya sudah terlambat.’ Cikgu Eman sepertinya sudah pasrah dengan ketentuan. Bukan semua yang kita impikan akan jadi milik kita. Allah hanya akan bagi yang terbaik untuk kita..

AMEENA bersiap – siap untuk keluar. Semalam dia mendapat mesej daripada Cikgu Isa. Menjemputnya ke galeri lukisan milik guru muda itu. Ameer awal – awal lagi sudah keluar berjumpa kawan – kawannya. Minggu depan dia akan bertolak balik ke London. Ameena pula tidak betah untuk berhadapan dengan ibu dan ayahnya. Disebabkan itu, pelawaan Cikgu Isa diterima tanpa berfikir panjang.

Perjalanannya memakan masa 15 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju. Dia memarkir keretanya betul – betul di hadapan galeri tersebut. Entah apa yang mahu dibincangkan oleh Cikgu Isa, dia pun tak tahu. Yang pasti dia tidak mahu berada di rumah dan berdepan dengan soalan – soalan yang sama daripada ibu dan ayahnya. Hari minggu ini dia betul – betul mahu tenangkan fikiran.

Ameena melihat tanda ‘CLOSED’ pada pintu kaca galeri tersebut. Dia mengerutkan keningnya lalu berpusing semula ke keretanya. Baru berura – ura untuk melangkah pergi, telefon bimbitnya berbunyi menunjukkan ada mesej yang masuk.

‘Dipersilakan masuk.. Saya baru nak bersih – bersihkan dulu. Awak masuk je.. pintu tak berkunci pun..’

Ameena tersenyum dan melangkah masuk ke dalam galeri tersebut. Langkahnya terhenti sebaik sahaja sampai ke ruang pameran. Bagai hendak luruh jantungnya. Manakan tidak semua lukisan di situ merupakan lukisan potret wajahnya daripada pelbagai sisi. Dia terus mengamati satu persatu lukisan tersebut. Ada potret yang dia sedang tersenyum. Ada yang dia sedang mengerutkan kening. Ada yang riak bersahaja. Namun yang menjadikan dia teruja apabila melihat potretnya dihasilkan begitu sempurna.

Ameena melangkah lagi menyusuri potret – potret yang disusun satu baris. Sudah puas dia meneliti potret – potret tersebut, dia lantas mencari kelibat Cikgu Isa. Dia beredar ke ruang belakang pula.. di situ juga tergantung potret – potret wajahnya. Sehinggalah sampai di satu sudut yang terdapat belon – belon berwarna kuning dan keemasan. Terdapat tulisan pada belon tersebut dan dia mula membaca satu persatu dengan suara yang perlahan.
‘WILL.. YOU.. MARRY.. ME..’

“Yes, i do!” tiba – tiba muncul Cikgu Isa dari arah belakangnya. Wajahnya yang sudah bertukar rona kemerahan itu dipandang penuh kasih oleh lelaki tersebut. Matanya terbuntang pada cincin yang dihulurkan oleh Cikgu Isa. Lama di merenung cincin tersebut.

“Saya tak boleh terima.. maaf!” Jelas tergambar kekecewaan pada wajah Cikgu Isa. Lamarannya ditolak mentah – mentah oleh gadis itu. Dia lantas menutup kembali bekas cincin tersebut. Cuba dikawal sepenuhnya perasaan kecewanya.

“Saya tak boleh terima lagi cincin tu.. melainkan awak datang ke rumah dan melamar saya minggu depan dari ibu dan ayah saya.” Ameena tersenyum lembut. Cikgu Isa pula sudah berubah riak. Tersenyum dalam tidak percaya .

“ It’s means yes?” Yes right?” Cikgu Isa sangat teruja sehingga hampir melompat. Ameena ketawa malu dengan aksi lelaki itu. Cikgu Isa menarik nafas dalam – dalam. Tangan kanannya di angkat dan seterusnya ditunjukkan simbol ‘mini love’ kepada Ameena.

“ I love you!” Ameena kembali tergamam mendengarkan ucapan ikhlas guru muda itu. Senyuman bahagia terpancar di wajahnya.

Sorry.. kekangan waktu untuk update.. harap pembaca berpuas hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience