BAB 7 : AKAD

Romance Series 52946

SUASANA begitu bingit di KLIA 2. Hari ini Ameer akan terbang kembali ke London. Dua tiga hari lepas juga Along dan Angah tiba dari Negeri di bawah bayu. Tuan Zulkifli begitu teruja kerana dia dapat berkumpul dengan semua anak – anaknya. Biasanya begitu sukar sekali untuk mereka bertemu. Dia tidak pernah sekalipun menyalahkan anak–anaknya. Sememangnya dia begitu sibuk membangunkan firma kecilnya untuk keluarganya. Dia berharap suatu hari anak – anaknya akan faham usahanya selama ini. Isterinya, Kartini menjadi orang kuat yang menyokongnya dari belakang. Sama – sama sibuk membangunkan firma mereka.

“Ayah! Adik dah nak masuk tu. Pergi la peluk cium dia. Bagi dia leleh lagi. Hahhahaha!” Aryan anak sulung kepada Tuan Zulkifli mula menyakat adik bongsunya.

“Wei kau pun leleh juga ke Achik?” Giliran si Abang Ngahnya pula mengusik. Ameena membeliakkan matanya yang sudah lencun dengan air mata.

Kartini hanya senyum memandang anak bongsunya dan anak perempuannya. Dua orang anaknya itu ibarat kembar. Susah nak berpisah. Walaupun di dalam hatinya sebenarnya sangat sebak dengan perpisahan itu. Sejak umurnya semakin menginjak ke hari tua, dia semakin rindu untuk bersama dengan anak – anaknya. Dirasakan sudah cukup dia berhabis masa dalam dunia perniagaan suaminya. Dia bersyukur, walaupun dia jarang bersama – sama dengan anak – anaknya,namun hubungan mereka tetap rapat.

“Sudahlah tu.. bukannya dia dah tak balik. Tinggal dua semester saja lagi adik tu kat sana. Nanti kalau rindu sangat, kita sama – sama melawat dia kat sana.” Kartini memeluk bahu anaknya , Ameena.

“Diorang ni kembar lain tahun ke ibu? Menangis sakan dua – dua orang ni.” Arief mengusik lagi. Dia sebenarnya pun tersentuh dengan drama air mata adik – adiknya itu.

“Abang Ngah mana tahu! Abang Ngah dengan Abang Long bukan faham pun erti sahabat sejati. Tidur sebantal, makan sepinggan. Menangis bersama, ketawa pun bersama.” Ameena geram dengan usikan abang – abangnya. Air mata masih berjujuran.

Kedengaran panggilan untuk penerbangan ke London berkumandang. Tuan Zulkifli menepuk – nepuk bahu anak bongsunya. Masing – masing memeluk Ameer buat kali terakhir sebelum berlepas.

“Dik.. kat sana nanti video call aku.. aku tengah mengajar pun aku angkat. Ingat tau.” Ameena memeluk erat adiknya. Bagai tidak mahu dilepaskan. Ameer pun sama. Makin lebat pulak air matanya mengalir. Ameer membalas pelukan kakaknya. Dicium pipi kakaknya berkali – kali.

“ Dah la Kakchik.. dah tak macho dah aku ni.. ingat! Lawan balik. Jangan biar orang buli kau. Aku nak pergi bina badan dulu. Balik nanti aku tibai dia cukup-cukup.” Ameer mengesat baki air matanya sambil tersengih. Ameena juga sudah menghamburkan tawa dengan kata – kata adiknya. Begitulah Ameer. Penghiburnya.

Ameer berlalu dengan lambaian terakhirnya. Hatinya sebak. Namun demi menunaikan tuntutan ayahnya, dia terpaksa juga pergi. Tidak mengapa.. hanya setahun saja lagi. Lansung dia tidak menoleh lagi. Tidak tega dia melihat sahabat sejatinya. Bimbang kekuatannya hilang.

“KAKCHIK.. Jadi ke keluarga pilihan hati awak tu nak datang. Senyap saja. Ibu bukannya apa. Sementara Along dan Angah ada ni, ada baiknya juga kalau mereka boleh datang. Datang kenal – kenal dulu. Ibu
nak juga kenal siapa pilihan hati awak tu.” Hampir tersedak air yang diminum Ameena. Tiba – tiba petang itu soalan itu dibangkitkan. Ameena mengerdipkan matanya dua tiga kali. Terkebil – kebil mencari jawapan. ‘ nak menipu lagi ke ni.’

“Eh, biar betul Achik.. Umur kau baru 23 tahun kot. Awalnya dah nak kahwin.” Arief agak terkejut dengan usul ibunya tadi. Begitu juga dengan Aryan. Namun dia hanya diam. Hanya menjungkitkan keningnya ke arah Arief.

“ Habis nak ikut jejak kamu berdua? Ibu ni kalau ibu ada calon sendiri. Dah lama ibu nikahkan kamu berdua ni. Kakchik ni dah kira boleh berkahwin. Kahwin lambat-lambat nanti nak beranak susah. Dah tak kuat. Perempuan lain. Lelaki lain.” Kartini menjelaskan panjang lebar. Kali ini kedua – dua anak lelakinya terdiam. Niat nak ‘back up’ si adik tapi diri sendiri pula terkena.

“Ayah mana ibu? Dari tadi tak nampak pun.” Ameena cuba mengubah topik. Ibunya pula menjeling sekilas. Dia faham anaknya cuba mengelak. Biarlah.. Sedih yang semalam pun belum hilang. Bagi dia masa sedikit.

“Ayah pergi melawat tapak Projek Perumahan yang baru nak mula tu.” Ameena menjungkitkan keningnya dengan jawapan ibunya.

“ Ibu? Tak ikut?” Ameena bertanya kehairanan. Biasanya ibu dan ayahnya tak pernah berenggang.

“ Ibu dah bersara. Tahun depan ayah pula bersara. Adik dah habis belajar. Adik la pula uruskan. Dah cukuplah kami habiskan masa kami dengan firma itu. Sebab tu dulu ayah beria sangat suruh Kakchik ambik jurusan kejuruteraan. Sebab kami nak bersara awal. Kalau tak. Tahun ni kami dah rehat. Silap – silap dah boleh main dengan cucu.

Ameena terdiam. Ayat yang paling last itu membuatkannya menelan liurnya sendiri. Ibu memang tak pernah putus asa. Cikgu Isa ni pula diam seribu bahasa. Takkan dia yang nak terhegeh untuk bertanya hal tersebut. Dia dah bagi petunjuk, sepatutnya kalau betul nak melamar aku.. datanglah cepat-cepat.. janganlah buat orang tertunggu – tunggu.

“ Ibu dah bincang dengan Ayah. Kami beri tempoh sampai bulan depan. Kalau tak ada yang datang merisik kamu.. kami teruskan dengan rancangan kami..” Kartini bangkit dari tempat duduknya dan masuk ke ruang tamu menuju ke dapur. Ameena masih termanggu di balkoni bersama abang-abangnya yang sibuk dengan telefon pintar masing-masing.

“Along dengan Angah ni.. memang munafik eh? Hari tu korang janji dengan adik nak membela nasib Achik kan. Hari ni bila Achik bertalu-talu kena dengan ibu.. tak ada pun korang membela.” Ameena mendengus agak kasar. Arief dan Aryan pula berpandangan sesama mereka.

“Achik kenal dengan ibu kan. Kami bukan tak nak bersuara. Kalau bab lain tak apa. Masuk bab nikah kahwin ni kami ‘surrender’. Tak dengar ke tadi? Baru Angah buka mulut. Dua – dua dah kena balik. Belum lagi Along yang bersuara.” Ameena mencebikkan bibirnya. Ya lah tu!

“ Tapi Along pelik la dengan awak ni Achik. Kalau dengan kami bukan main lagi awak melawan. Berdebat macam dalam dewan rakyat. Tapi kalau dengan ibu.. dengan ayah.. dah macam wakil rakyat kalah undi.” Arief yang mendengar ulahan abangnya ketawa berdekah – dekah. Terasa begitu lucu di pendengarannya. Ameena menjeling geram.

Ameena menekan skrin telefonnya. Satu pesanan masuk ke dalam aplikasi ‘Whats app’.


‘Esok lepas asar family saya nak datang merisik. Harap awak bersedia.’

Bagaikan di panah petir. Diam tidak berkutik Ameena memandang skrin telefonnya.

“Along! Angah! Orang nak datang merisik Achik esok petang. Macam mana ni?” Ameena kelihatan begitu kalut. Arief dan Aryan pun kelihatan agak terkejut.

“Kenapa dia tak cakap tahun depan? Pelik – pelik la pilihan hati kau ni Achik! Dah, pergi bagi tahu ibu. Tak apa merisik saja pun. Kita beli je kuih muih dekat Pasar Payang esok.” Arief yang sememangnya agak panas baran agak terkejut dengan berita yang dikhabarkan. Aryan pula hanya mengangguk. Aryan memang seorang yang sangat ‘cool’ sejak dulu lagi.


KARTINI sejak dari pagi lagi sibuk menyiapkan makanan di dapur. Dia tidak mahu nampak remeh sangat dalam menyambut tetamu. Biarpun hanya datang merisik, namun dia tetap berusaha untuk tampak beradab dan mengalu – alukan kedatangan tetamu.

Usai solat asar, semua ahli keluarga Tuan Zulkifli berkumpul di ruang tamu bagi menantikan kedatangan tetamu mereka. Ameena tiba – tiba teringatkan adiknya Ameer. Malam tadi lama mereka bercakap melalui panggilan video. Ameer kelihatan agak kesal dan sedih kerana tidak dapat bersama – sama di hari bermakna kakaknya.

“Ibu! Along rasa tetamu dah sampailah! Ramainya ibu! Ni merisik ke kahwin terus?” Kartini menjenggulkan kepalanya ke luar rumah. Betul apa yang dikatakan. Ada kira – kira 4 buah kereta yang memasuki halaman rumah mereka dan tiga lagi di luar pagar. Nasiblah dia sudah bersedia awal. Menu Laksa Terengganu dan pencuci mulut memang dicadangkannya untuk 50 orang tetamu.

“Jemput masuk.. jemput semua..” Kartini dan Tuan Zulkifli menyambut tetamu mereka dengan beradab sekali. Sekali mereka berdua terdiam apabila memandang satu susuk manusia yang amat dikenali. Bukan calang – calang rupanya bakal besan mereka.

“ Ya Allah! Tuan Zulkifli rupanya! Saya ingatkan siapalah bakal besan saya.” Kartini dan Tuan zulkifli mengangguk dan tersenyum segan. Terasa begitu rendah diri.

“Kami pun tak sangka bakal berbesan dengan Dato’.” Tuan Zulkifli sebolehnya cuba berbahasa – bahasi.

“Kartini ke? Ya Rabbi! Pandai betul Isa ni pilih calon isteri. Memang dari keluarga baik – baik.” Datin Suria bersalaman dan memeluk erat Kartini yang masih terkejut bercampur segan.

“Jemput masuk Dato’.. Datin.. masuklah.. rumah kami ni kecil saja..” Kartini betul – betul merasa rendah diri. Rasanya seperti enggang dan pipit.

“ Kartini! Awak ni kenapalah nak berdatin bagai dengan saya. Dah lama saya tak jumpa awak. Ada juga saya risik – risik dengan kawan – kawan kita. Mereka cakap awak sibuk dengan firma suami awak. Tak sangka jumpa hari ni.” Datin suria kelihatan sangat teruja berjumpa dengan sahabat lamanya. Sahabat yang sama – sama berkecimpung dalam dunia perniagaan. Cuma nasib mereka lebih baik.

“ Tuan Zul.. Kami banyak terhutang budi kepada kamu berdua. Disebabkan Tuan Zul dan Puan Kartini banyak membantu kami dulu, kami boleh sampai ke tahap ini sekarang. Tapi itulah. Kenapa tiba – tiba menyepi?” Dato Ismail menepuk – nepuk bahu Tuan zulkifli yang masih tersenyum hambar.

“Kami segan Dato’.. Datin.. bila kami dengar ada suara – suara yang mengatakan kami menumpang kesenangan Dato’, terus kami berundur. Saya buka Firma saya sendiri. Walaupun firma kecil tapi cukup untuk membuktikan kami tidak menumpang kesenangan sesiapa pun.” Dato’ Ismail kelihatan agak terkejut dengan pengakuan sahabat lamanya. Dia menggeleng kesal.

“ Saya minta maaf banyak – banyak Tuan Zul.. Puan Kartini. Sungguh kami tak pernah beranggapan begitu . Tak mengapalah.. kita lupakan perkara yang lama.. kita mulakan sekali lagi dengan hubungan yang lebih rapat. Ini saya kenalkan ahli keluarga saya. Ini semua adik beradik saya. Dan anak – anak buah saya yang kebetulan ada kat sini.” Dato’ Ismail ketawa bahagia dengan pertemuan yang tidak disangkanya itu.

“Maaflah Tini.. Kebetulan diorang balik kampung.. semua nak ikut. Teruja nak tengok calon menantu. Isa ni cucu Sulung dalam keluarga sebelah Ismail ni. Semua jadi teruja la bila Abang Long kesayangan mereka ni nak kahwin. Harap tak menyusahkan awak ya.” Kartini tersenyum manis dengan ulahan Datin Suria.

“Tak menyusahkan lansung Su.. malahan kami sangat-sangat teruja menyambut kedatangan keluarga Su ni. Jadi ini lah calon menantu Ibu ya? Siapa nama tadi?” Kartini mengalihkan pandangannya ke arah Isa yang sudah tersenyum menampakkan kedua – dua lesung pipitnya. Kacak!

“ Ya saya.. saya Isa. Kami mengajar di sekolah yang sama.” Isa menjawab tertib dan penuh sopan.

Majlis merisik petang itu seolah – olah sudah bertukar kepada majlis jejak kasih. Seusai berbincang. Datin Suria dan Dato’ Ismail meminta izin untuk melihat calon menantu mereka. Kartini lantas melangkah ke tingkat atas menjemput Ameena untuk turun ke bawah untuk berjumpa tetamu.

Mata Cikgu Isa agak terbuntang melihat penampilan berbeza Ameena. Berbaju kurung kain satin berwarna kuning yang bersulamkan benang perak. Bertudung bawal dari tona warna sama yang lebih lembut. Sangat anggun. Bukan Cikgu Isa sahaja, malah seluruh ahli keluarganya seakan terpana dengan penampilan Ameena.

“ Sama macam awak masa muda- muda dulu.” Datin suria separuh berbisik kepada Kartini sebaik sahaja dia melabuhkan punggung disebelahnya. Kartini tersenyum lebar dengan pujian itu. Ameena pula terus bersalaman dengan semua tetamu perempuan.

Hasil perbincangan Dato Ismail dan Tuan Zulkifli, mereka mendapat kata sepakat untuk melansungkan majlis pertunangan dan perkahwinan pada cuti sekolah nanti. Tidak kurang 3 bulan dari sekarang. Ameena agak terkejut dengan kata putus ayahnya. Hampir dia menangis dengan keputusan itu. Manakan tidak, sudah pasti Ameer tidak dapat bersama mereka menyambut hari bahagia itu.

Cikgu Isa pula hanya menuruti keputusan yang telah ditetapkan. Dia cukup gementar dan takut pada mulanya. Takut keluarganya tidak boleh terima kerana perbezaan taraf. Sungguh dia tidak menyangka keadaan tidak seperti yang dijangkakan. Dalam hatinya memanjat berjuta syukur kerana dipermudah segala urusan.


“MY DEAR! Good morning..” Sedikit terperanjat Ameena dengan kemunculan tiba – tiba Cikgu Isa.

“Awak! Nak suruh semua orang dengar ke?” Wajah Ameena mula kemerahan menahan malu.

“ Tak apa la.. biar semua orang tahu. Lagipun ini dah siap. Nanti semua orang akan tahu juga.” Ameena tergamam melihat kad jemputan di tangan Cikgu Isa.

“ Cepatnya awak! Buat kat mana ni.. cantiknya. Tapi kenapa macam nampak gah sangat. Macam untuk VVIP.” Ameena memuncungkan bibirnya sambil berfikir. Kad yang tadinya di tangan Cikgu Isa kini telah bertukar tangan.

“Ini.. Mama Ngah saya yang taja. Saya pun tak tanya berapa. Dia suruh saya pilih. Saya pilih dan semalam dah dapat. Sayang punya dah siap ke? Ke nak guna yang ni je. Lagipun majlis kat hotel kan.. guna yang ni saja lah..” Ameena terkelu lidahnya dengan panggilan ‘sayang’ daripada bakal suaminya. Cikgu Isa pula hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

“Saya pun tak tahu.. semua ibu yang uruskan. Ibu saya tu semua benda dia nak uruskan. Cuma dia suruh kita cari barang – barang hantaran saja. Nanti lepas sekolah kita bincang . Tak selesa lah.. banyak mata memandang.” Ameena memandang sekeliling. Begitu juga Cikgu Isa. Memang banyak mata – mata kecil yang sedang memandangnya.

“Tapi.. kad ni.. saya edar dulu ya.. lagi sebulan je lagi. Nanti tak sempat.” Cikgu Isa berlalu dengan semyuman nakalnya. Entah apa yang tak sempat pun.. tak tahulah. Ameena menggelengkan kepalanya dengan telatah bakal suaminya. Macam budak – budak!

Dari jauh dia ternampak kelibat Cikgu Eman. ‘Baru nak bersenang – lenang. Dah muncul pula langau ni.’ Ameena sebal. Pastinya ada saja benda menyakitkan hati yang bakal keluar dari mulut bekas mentornya itu.

“Hai Cikgu Ameena.. kenapa muka moyok saja hari ni. Majlis dah dekat.. ceria la sikit.” Cikgu Eman menunjukkan kad undangan kepada Ameena. Cepatnya bakal suami aku buat kerja! Ameena tersenyum hambar.

“ Tahniah. Saya doakan awak bahagia sampai syurga.” Cikgu Eman menelan liurnya namun terasa tersekat dikerongkong. Ucapannya seperti menikam jantungnya sendiri. Sakit!

“ Terima kasih atas doa Cikgu.” Ameena berura – ura untuk berlalu. Pelik dengan Cikgu Eman hari ini. Tiada lagi kata – kata panas yang keluar dari mulutnya.

“ Semoga dia dapat menjaga awak dengan sebaiknya. Menjadi suami yang terbaik.”Cikgu Eman menyambung lagi sebelum berlalu. Ameena terperasan ada nada kesedihan di situ. Ucapan dari musuhnya itu memberikan satu perasaan yang sukar digambarkan.

AMEENA memeluk erat Cikgu Zaharah daripada belakang. Guru senior itu menarik muncung apabila mereka berjumpa pagi itu. Ameena tahu dia merajuk kerana dapat tahu daripada orang lain yang dia bakal berkahwin.

“ Amee memang nak bagi tahu Kak Za Amee ni.. tapi tak sempat.. Cikgu Isa tu ‘hyperactive’ sangat. Kad tu dari sebelah pengantin lelaki. Kad Amee belum siap.” Cikgu Zaharah menjelingnya sekilas.

“Tahniah!! Kak Za tak kisah pun lah.. Janji Adik Amee ni bahagia dengan pilihan hati? Ada jumpa Cikgu Eman hari ni?” Ameena memandang Cikgu Zaharah dengan perasaan curiga.

“Kenapa dengan dia?” Ameena bertanya agak tak puas hati.

“Yang Amee sensitif sangat ni kenapa.. Kak Za tanya saja sebab Kak Za dapat tahu dia ambil cuti sakit.. seminggu.” Cikgu Zaharah menunjukkan jari telunjuknya sebangai angka satu kepada Ameena.

“ Ya.. Amee tau ni satu.. ni dua.. ni lima.. biarlah dia Kak Za. Malas nak ambil tahu.” Giliran Ameena pula membilang jarinya dan ditunjukkan kepada Cikgu Zaharah.

“Tahniah Cikgu Ameena! Diatas kejayaan menangkap antara lelaki yang kacak kat sekolah ni.” Kemunculan tiba – tiba Cikgu Reena dengan lawaknya yang agak kasar itu mengundang ketidakselesaan kepada Cikgu Zaharah.

“Bukan pada Cikgu Ameena. Kena cakap kat Cikgu Isa tu.. berjaya menanggap gadis yang paling cantik kat sekolah ni.” Cikgu Zaharah tersenyum sinis. Cikgu Reena pula merasa serba salah. Niatnya hanya mahu bergurau. Kadang – kadang dia tidak sedar yang gurauannya agak kasar. Masing – masing diam membisu. Begitulanh keadaannya kalau Cikgu Zaharah bersuara nada sinis. Tiada orang yang berani melawan.

KAD undangan perkahwinan yang tertera nama Isa Rayyan dan Ameena Azzahra itu dikoyakkan dengan kasar. Setelah itu dicampak sehingga berterabur di dalam bilik tersebut.

“Kenapa semudah itu kau terima dia. Kau belum kenal lagi siapa dia. Aku akan pastikan kau tak bahagia. Kalau aku tak dapat kau.. dia pun tak mungkin akan dapat kau!” Tangan putih mulus itu mencapai satu sampul surat yang berisi gambar – gambar intim Ameena bersama seorang lelaki.

“Kau tak akan dapat gelaran isteri kepada Isa Rayyan. Dia tu milik aku!” Wanita itu ketawa agak kuat.

“ Manja! Buat apa tu?” Mastika mengetuk pintu bilik anak tunggalnya itu. Sejak kebelakangan ini, manja tak banyak bercakap. Dia cukup risau. Dia tak tahu kemahuan apa lagi yang tidak diturutinya.

“ Tengok movie kat phone Ma! Manja tak nak makan. Dah kenyang!” Manja hanya menjerit dari dalam biliknya tanpa membuka pintu. Mastika sedikit lega dengan jawapan anaknya itu. Setidaknya dia tahu Manja baik – baik saja di dalam biliknya.


DI LUAR pejabat sekolah kelihatan ramai pelajar berkumpul untuk mengambil keputusan PT3 masing – masing. Selepas mendengar ucapan taklimat khas dan ucapan tahniah di dewan sekolah pagi tadi, masing – masing sudah tidak sabar mengambil slip keputusan peperiksaan mereka.

Cikgu Ameena tidak ketinggalan menerima ucapan tahniah daripada pengetua sekolah. Manakan tidak, semua pelajarnya lulus dalam matapelajaran yang diajarnya. Hanya beberapa pelajarnya yang mendapat C, selebihnya mendapat A dan B.

“Cikgu.. terima kasih..” Nuraina keluar dari pejabat sekolah dengan memegang slip keputusan peperiksaannya. Dia memeluk erat guru kesayangannya itu. Ameena hanya mengangguk. Cuba di tahan sebolehnya air matanya daripada gugur. Usahanya tidak sia – sia. Dia gembira melihat senyuman pelajar – pelajarnya. Senyuman ibu bapa mereka juga. Usahanya berbayar.

“Dear! Congratulation!” Entah dari mana datangnya bakal suaminya itu. Tiba – tiba muncul di tengah – tengah kumpulan pelajar di situ. Ameena malu untuk menoleh kerana matanya berair menahan kesedihan. Nuraina juga melepaskan pelukannya tatkala mendengar suara garau itu.

“Nuraina.. tahniah! Dah ambil slip awak?” Nuraina mengangguk laju. Dipamerkan keputusannya kepada dua gurunya itu. Membulat mata Cikgu Isa. Manakan tidak, Nuraina mendapat keputusan cemerlang untuk Bahasa Inggeris juga. Dia mendapat keputusan cemerlang juga untuk Bahasa Melayu dan beberapa matapelajaran lain.

“ Lepas ini.. dia tak sekolah kat sini dah. Nak pergi sekolah mana nanti?” Cikgu Isa menjeling sekilas kepada bakal isterinya. Dia tahu Ameena sedang menahan empangan air matanya daripada pecah.

“ Saya tak nak pergi mana – mana. Saya nak sekolah kat sini lagi. Lagipun saya tak nak tinggal ibu saya seorang diri di rumah.” Nuraina tersengih memandang Cikgu Isa.

“ Ke sayang nak tinggal cikgu kesayangan awak ni? Nuraina.. meh sini.. dekat sikit.” Nuraina menapak mendekati gurunya itu. Ameena memandang agak pelik. Nak memikat anak murid ke apa dia ni?

“ Ni.. saya bagi kat awak saja. Pelajar lain saya tak bagi tau. Nanti saya suruh orang datang jemput awak dengan ibu awak.” Cikgu Isa menghulurkan satu kad undangan perkahwinan berwarna hitam dengan tulisan berwarna kuning keemasan. Nuraina tersenyum. Dia sudah dapat mengagak daripada awal.

“ Maaf Sir Isa! Saya rasa kami tak dapat datang sebab ibu saya susah nak dapat cuti. Lagipun saya tak ada baju cantik. Majlis Sir dekat hotel. Malu lah saya.” Nuraina separuh berbisik.

“Jangan risau. Semua saya dah uruskan. Dalam tu.. ada baju dua pasang, kasut dan tudung. Saya rasa sesuai dengan awak. Hadiah dari saya dan Cikgu Ameena sebab awak dapat cemerlang untuk subjek kami.” Nuraina tidak dapat menahan air matanya daripada gugur. Terharu dengan layanan guru – gurunya. Ameena pula menjungkitkan keningnya. Bila masa pula aku yang belikan baju tu. Dah dia yang belikan, sibuk nak guna nama kita pula. Namun dia hanya tersenyum. Kagum dengan ketulusan bakal suaminya.

“Dear.. jom, lepak dulu kat kantin. Lagi 3 minggu kita lepak dalam bilik pulak” Wajah Ameena bertukar kemerahan mendengar bisikan Cikgu Isa. Tak tahu malu betul dia ni! Nasiblah dia berbisik. Kalau dia cakap kuat-kuat tak ke haru. Si Isa ni perangai dia kadang – kadang tak boleh dijangka. Ameena bingkas bangkit dan melangkah bersama – sama menuju ke kantin sekolah.

“Sayang.. barang – barang semua dah cukup ke? Kalau ada yang tak cukup kita pergi cari nanti.” Cikgu Isa meraut rambutnya ke belakang. Kemudian melonggarkan sedikit tali lehernya tanpa dia sedari Ameena sedang menjeling tajam.

“Awak! Boleh tak jangan nak ‘daring’ sangat. Ni kan kat sekolah. Nak semua orang dengar ke?” Mukanya kembali kemerahan. Isa pula sudah tersengih menampakkan barisan giginya.

“ Sayang tu yang sensitif sangat. Muka tu, pantang kene usik sikit dah merah. Tapi tak mengapa.. Abang suka!”

“Awak! Dah la.. saya nak naik ke bilik guru. Apa – apa, bincang kat luar sekolah.” Ameena berlalu meninggalkan Isa yang masih terkebil – kebil. Takkan marah kot.

“ Sayang!”

“ Apa?!” Ameena menjeling tajam kerana intonasi suara Cikgu Isa agak tinggi

“ Mama kirim salam"

“ waalaikumussalam”

“ DEAR!”

“ Ya, Allah! Dia ni..” Ameena sedikit berang dengan peragai gila – gila bakal suaminya. Makin menjadi – jadi. Namun belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Cikgu Isa sudah menunjukkan isyarat mini love dengan senyuman manisnya. Sabar sajalah! Ameena berlalu tanpa menghiraukan bakal suaminya lagi. Dalam diam dia tersenyum sendiri.


SUASANA begitu meriah di villa Dato’ Ismail dan Datin Suria dengan suara anak-anak kecil dan gelak ketawa mereka yang berada di situ. Malam itu merupakan malam berinai untuk meraikan pengantin lelaki yang bakal menamatkan zaman bujangnya. Ditambah pula dengan cuti sekolah, makin meriahlah villa tersebut.

“Abang Is, tiga jari je tau.. sebab lepas ni ada tiga saja lagi kekosongan.” Adam yang 3 tahun lebih muda darinya merupakan anak sulung kepada Mama Ngahnya tiba-tiba muncul dari tingkat atas.

“Abang Is setia la Adam! Mana boleh kahwin ramai- ramai. Satu saja tau Abang Is!” Ismawahida menunjukkan reaksi tidak puas hati dengan gurauan sepupunya. Tangannya masih merapikan inai yang dipakaikan pada jari abangnya itu.

“ Tahun ni memang Abang Is setia! Tahun depan tak tahu lagi Adam.” Isa menyambut baik usikan adik sepupunya itu membuatkan satu cubitan hinggap di pehanya. Kuat mulutnya mengaduh. Berdecit dia menahan kesakitan dek cubitan berbisa itu.

“Kuat lagi Isma! Mama pun geram dengar dari tadi lagi. Berlatih jawab nikah tu lagi bagus la Is daripada melalut bukan – bukan.” Kali ni Datin Suria pula ikut campur.

“ Is sebelum kau pasang angan – angan nak kahwin ramai. Kau jawab dulu akad nikah esok.” Giliran Mami Langnya pula menambah. Isa tersengih macam kerang busuk. Tidak berani lagi bergurau bukan – bukan. Adam pula sudah menghilang takut terkena tempiasnya sekali.

“Kak Su.. urusan dekat hotel macam mana? Semua okay ke?” Datin suria hanya mengangguk sebagai menjawab kepada pertanyaan adik iparnya. Sambil mulutnya mengunyah kerepek. Tak banyak persiapan yang perlu di buat di rumah. Semuanya hanya urusan di hotel. Barang hantaran juga di tempah khas untuk di rias di atas dulang.

“Esok dekat Masjid terapung kan Is? Ina naik atas dulu Kak Su.. lupa baju Abang belum siap lagi. Bising pulak orang tua tu esok!” Zarina tiba – tiba bingkas bangun. Teringat yang dia belum meyiapkan lagi kerjanya. Zarina merupakan birasnya, isteri kepada Razif iaitu adik kepada suaminya atau lebih mesra di panggil Pak Lang.

“Belum siap lagi ke? Is nanti tidur awal sikit. Esok kita kena gerak awal sikit. Takut jalan sesak. Sekarang ni cuti sekolah. Terengganu ni kalau musim cuti sekolah, jalannya sesak melebihi K.L.” Isa menunjukkan isyarat ‘ok’ kepada papanya yang muncul daripada luar villa selepas berborak bersama adik dan iparnya.

Isa memandang jam di dinding. Lebih kurang 10jam lagi aku bakal jadi suami orang. Dia tersenyum dalam gementar.


EMAN termenung di beranda luar rumah. Usai solat isyak berjemaah bersama keluarga besarnya , dia terus melarikan diri ke situ. Kepalanya bersandar lesu pada dinding rumah. Hatinya resah. Esok ‘dia’ bakal menjadi isteri kepada kawannya sendiri. Tiada lagi peluang untuknya mendekati gadis itu selepas ini.

Dia merenung pada langit yang gelap tanpa bintang. Begitulah juga hatinya, tiada lagi penyeri hari – harinya. Seminggu sebelum cuti sekolah. Dia telah menghantar permohonan untuk bertukar sekolah. Untuk apa lagi dia di sekolah itu. Terlalu banyak kenangan dia dan Ameena di situ. Kenangan yang tercipta tanpa sengaja.

Memang dia bukan ditakdirkan untuk aku. Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya. Ya! Isa lebih sesuai untuknya. Aku ni hanyalah pipit. Sesuailah mereka berdua. Aku hanya anak bekas guru bersara. Dia pula anak ahli perniagaan. Sama lah dengan Isa. Anak Dato’.

Suasana bising dan bingit di dalam rumahnya lansung tidak mampu mengubati hatinya yang walang. Tanpa disedari, setitik demi setitik air jernih mula jatuh ke pipinya. Terlalu sakit rupanya apabila cinta tak kesampaian. Dia menyeka air mata yang gugur sambil menarik nafas dalam – dalam. Kekecewaannya perlu diubati. Dia perlu melupakan segala – galanya. Membuang segalanya dari ingatannya demi menyembuhkan sebuah hati yang terluka. Walaupaun parutnya akan kekal disitu selamanya.


AMEENA seperti tidak percaya. Hari ini merupakan hari di mana dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Sungguh jantungnya berdegup tanpa irama.. sejak pagi dia ditemani seorang jurugambar, seorang juruvideo dan mak andam. Segala – galanya dirakam untuk mengingati detik-detik bersejarah dalam hidup mereka. Semuanya di uruskan oleh adik bongsu kepada Dato’ Ismail, zalefa. Walaupun dia masih bujang, namun semua yang dirancangnya sangat teliti dan sempurna.

Hari ini dia hanya mengenakan busana ringkas berwarna putih bersih. Lambang kesucian sebuah ikatan. Perjalanan ke Masjid terapung hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit daripada rumahnya. Hatinya masih berdebar tidak keruan. Bermacam perkara bermain di dalam fikirannya.

Apa yang menyedihkannya , Ameer tidak bersama dengannya hari ini. Ameer hari ini menjalani peperiksaan penting. Disebabkan waktu berbeza dia tidak sempat untuk bercakap lama denga. Adiknya itu. Hanya ucapan selamat bersama senyuman bahagia yang sempat Ameer zahirkan.

Persekitaran Masjid terapung kelihatan agak lengang kerana masih awal pagi. Kelihatan keluarga Dato’ Ismail sudah menunggu mereka di sana. Dari dalam kereta Ameena sempat merenung bakal suaminya. Sangat kacak dengan baju melayu putih, bersamping kain songket dan bersongkok hitam. Segalanya sempurna pada pandangannya. Dia menarik nafas dalam – dalam sebelum keluar dari perut keretanya.

Sebaik sahaja keluar daripada kereta, matanya tertancap pada seseorang yang seperti dikenali. Namun tidak pasti dimana. Namun dia tidak menghiraukan dek kerana terlalu berdebar. Majlis akad nikah itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Namun Ameena tidak lupa kepada insan yang selalu memberikan kekuatan kepadanya sejak dulu iaitu Cikgu Zaharah. Beliau turut sama hadir pagi itu bagi menyaksikan hari bersejarah bekas pelajarnya itu.

Hati Isa begitu berdebar – debar ketika mereka beriringan menyusuri jambatan menuju ke pintu masuk masjid tersebut. Dikerlingnya sekilas kepada bakal isterinya.

“Hmm. Selamat pengantin baru sayang.” Isa bersuara separuh berbisik namun masih mampu di dengari Ameena. Wajah Ameena terus berubah rona. Ditambah pula semua detik mereka dirakam setiap saat.

Semua telah mengambil tempat di lantai masjid. Isa telah mengambil tempat duduk di hadapan Kadi Daerah. Dia melemparkan senyuman gemuruh kepada bakal mertuanya yang duduk di sebelah Jurunikah tersebut. Sejurus selepas jurunikah tersebut berbisik dengan Tuan Zulkifli, mereka lansung bertukar tempat. Nampaknya dia bakal dinikahkan oleh bakal bapa mertuanya sendiri. Gulp! Dia menelan liur sendiri. Mungkin inilah yang dikatakan cabaran semasa akad nikah.

Isa berpaling mencari wajah mamanya. Demi mencari sebuah kekuatan. Tiba – tiba bahunya di tepuk tiga kali oleh papanya yang duduk di belakangnya. Terus dia menegakkan tubuhnya dan bersedia. Anak jantan harus kuat.

“Aku terima akan nikahnya Ameena Azzahra binti Tuan Zulkifli dengan mas kahwin yang tersebut itu.” Dengan sekali lafaz maka rasmilah sudah mereka sebagai suami isteri. Ameena mendengar satu persatu suara suaminya melafazkan akad nikah. Sangat jelas sehingga membuatkan Ameena begitu sebak.

“Sayang.. tangan.” Entah sejak bila suaminya sudah berada di depannya untuk menyarungkan cincin. Selepas selesai sahaja mengaminkan doa, dia melihat suaminya menunaikan solat sunat dan sujud syukur. Selepas itu fikirannya terus hanyut. Sedar tak sedar sudah berada di depannya.

Cincin disarung ke jari manisnya dan satu ciuman singgah lama di dahinya. Ameena tunduk menyalami tangan suaminya. Dan kali ini ciuman kasih sayang singgah pula di pipi kanan dan kirinya.

“Terima kasih sudi terima Abang sebagai suami sayang.” Penuh syahdu bisikan itu kedengaran di telinganya. Dia hanya mengangguk tanpa suara. Sukar digambarkan perasaanya ketika itu.

Ameena beralih bersalaman dengan ibunya, ibu mertuanya seterusnya saudara mara yang hadir. Hinggalah sampai kepada satu susuk yang seperti dikenalinya namun tidak tahu dimana mereka berjumpa. Namun dia hanya tersenyum. Malas untuk berfikir.

Majlis akad nikah sudah selesai. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Kedua – dua keluarga berasa sangat lega. Tinggal majlis bersanding yang bakal berlansung di hotel keesokkan harinya.

Manakala Ameena dan Isa pula sudah beredar bersama jurugambar dan juruvideo untuk merakamkan detik – detik bersejarah mereka.

“Awak.. tak perlulah peluk kuat-kuat.” Nafas Ameena terasa sesak apabila lengan sasa itu memeluk kemas pinggangnya.

“Oh, sorry! Tiba – tiba geram pula. Malam ni tak boleh check in ke.. honeymoon terus.” Usikan Isa membuatkan wajah Ameena kemerahan.

“Touch up sikit muka bride. Panas kot. Dah merah.” Jeritan jurugambar membuatkan Isa ketawa kecil.

“ Dia malu la.. bukan dia panas .” Isa mengusik lagi.

“Apa awak ni.. banyak lagi ke nak ambik gambar ni.. penat la..” Ameena cuba mengalih perhatian suaminya yang semakin galak mengusiknya.

“ Penat? Abang kalau dengan sayang.. tak ada istilah penat lansung. Bro! Snap yang ni satu!” Isa lantas memusingkan badan isterinya. Pelukan di pinggang isterinya dikemaskan. Satu ciuman singgah di pipi Ameena. Klik! ‘perfect’.


MAJLIS persandingan berlansung penuh meriah di Hotel Permai. Segalanya begitu sempurna. Ameena tersenyum melihat kehadiran insan-insan disayanginya. Nuraina turut hadir bersama ibunya. Namun sekali lagi matanya tertumpu pada satu wajah. Entah kenapa wajah itu membuatkan hatinya tidak tenteram. Pandangannya bersama dengan senyuman sinisnya membuatkan Ameena gelisah. Namun demi tidak mahu mengganggu hari bahagia mereka Ameena cuba mengalihkan perhatiannya kepada tetamu lain.

“Kakchik.. ini hadiah dari ibu dan ayah. Lepas majlis terus bertolak ke sana. Ayah dah hantar lokasi rumah ke ‘whats app’ Kakchik.” Ameena tergamam. Ini bukan hadiah ayah..ibu.. ini namanya musibah. Kunci rumah sudah bertukar tangan.

“Tapi malam ni.. Isa dah janji dengan mama dia.. malam ni kami nak buka hadiah kat sana. Kan awak?” Isa yang tidak tahu apa – apa hanya mengangguk tanpa berfikir.

“Eh, apa tadi ibu? Kunci rumah? Eh apa pulak sayang.. buka hadiah boleh hari lain.. Boleh ibu! Malam ni kami pergi tengok rumah tu.” Ameena lantas menyiku perut suaminya. Geram dengan perangai gatal tak habis – habis.

“Ohh.. tak boleh ibu.. kami dah janji dengan makcik – makcik tu.. sebab esok mereka dah nak balik KL.” Isa tiba – tiba mengubah kenyataannya dek penangan siku isterinya. Senak terasa perutnya. Ameena pula memang sejak semalam geram dengan perangai Isa.

“Tak mengapalah kalo begitu. Esok sajalah ke sana.” Ameena lega dengan jawapan Ayahnya.

“Cikgu Isa! Tahniah.” Isa menoleh sekilas mencari pemilik suara tersebut. Ameena pula sudah berubah air mukanya.

“Bro! Baru sampai ke? Terima kasih Bro.” Isa memeluk Eman erat.

“Kau dah makan ke? Jom la makan. Aku pun dah lapar ni. Tadi makan main – main. Kan sayang?” Ameena memandang serba salah ke arah Eman. Takkan nak makan dengan dia ni.

“ Tak apa bro.. aku singgah sekejap je ni. Segan la nak kacau pengantin baru. Cikgu Ameena.. tahniah.” Dadanya sebak setiap kali mengucapkan ucapan itu. Namun dipaksakan juga bibirnya untuk mengukirkan senyuman. Ameena hanya mengangguk dengan senyuman hambar.

“Apa pulak bro! Aku tak kira.. jom teman aku makan dulu. Dah la kau datang lambat lepas tu senang -senang kau nak balik macam tu je. Apa punya kawan macam ni!” Isa lantas memaut lengan sahabatnya itu. Manakala sebelah lagi tangannya kemas memaut jemari isterinya. Ameena terpaksa menurut dalam terpaksa. Eman juga menyedari keadaan itu. Dia juga serba salah. Untuk datang ke majlis itupun dia berfikir berpuluh kali. Namun untuk dia beredar, apa pula kata Isa.


AMEENA sengaja masuk lambat sikit ke dalam bilik. Sememangnya dia sangat gementar untuk tidur sebilik dengan lelaki yang baru menjadi suaminya itu. Suasana di tingkat bawah jugak sudah beransur sepi. Hanya kedengaran suara anak kecil menangis. Mungkin anak Aunty Farhah dan Uncle Sam.

Perlahan – lahan dia memulas tombol pintu bilik Isa di tingkat atas. Dia menjenguk ke dalam bilik. Ameena menarik nafas lega kerana suaminya sepertinya sudah diulit lena. Dia melangkah perlahan – lahan ke dalam bilik air untuk membersihkan muka sebelum tidur.

“Pergi mana sayang..” Tiba – tiba tersembul muka Isa di depan pintu bilik air tatkala Ameena ingin keluar.

“Eh, tadi bukan awak dah tidur ke?” Ameena mula tidak keruan dengan renungan tajam suaminya. Dipegang kejap tuala yang menutupi kepalanya. Ameena kemudian cuba meloloskan dirinya namun tidak berjaya. Isa terlebih dahulu mengepungnya menyebabkan Ameena tersekat antara dinding dan kedua – dua lengan kekar suaminya.

“ Nak pergi mana ni sayang. Ni tuala ni.. kenapa nak pakai lagi.” Isa menarik tuala yang menutupi kepala isterinya tanpa sempat Ameena menahannya. Terserlah wajah Ameena dengan rambut yang di sepit dengan penyepit rambut.

“Awak! Janganlah macam ni..” Ameena cuba merayu. Wajah suaminya sudah kelihatan lain macam.

“Syhhhh... Ni apa ni..” Isa menarik sepit rambut Ameena lantas terjurai rambut ikal mayangnya separas pinggang. Nafsunya begitu bergelojak tatkala ini. Niatnya hanya mahu mengusik isterinya pada mulanya. Namun melihatkan kejelitaan isterinya membuatkan jiwa lelakinya tidak keruan.

“Awak...”Belum sempat Ameena menyambung satu ciuman sudah mendarat di bibir isterinya itu. Ameena yang pada mulanya ketakutan mula merasai satu kehangatan meresapi ke dalam jiwanya. Namun cepat – cepat dia menolak suaminya sehingga Isa terdorong ke belakang.

“Maaf sayang.. Abang tak sengaja.” Isa yang tersedar dengan kesilapannya berubah cuak.

“ Bagi saya masa awak. Please..” Ameena cuba memujuk suaminya. Sungguh dia takut dan malu.

“Ya Sayang.. maaf kan Abang. Tapi satu je yang Abang minta. Panggil I Abang.. please..” Isa meredupkan pandangannya tanda merayu.

“ Ya .. Abang..” Ameena bersuara malu – malu. Isa lantas memaut pinggang isterinya. Satu ciuman singgah di ubun – ubun Ameena. Dalam malu – malu Ameena melentokkan kepalanya di dada suaminya. Terasa begitu tenang. Semoga bahagia miliknya. Semoga tiada badai melanda di kemudian hari. Andai ada pun, semoga mereka mampu menempuhi bersama – sama.

adakah bahagia itu milik mereka. Siapa pula perempuan yang muncul di hari bahagia mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience