BAB 24 : CINTA PANDANG PERTAMA

Romance Series 52946

“ACU tak tahu apa masalah Paksu. Dah lama Man. Masa mula – mula tahu Acu pregnant, dia gembira sangat. Memang nampak dia teruja. Tapi semakin lama, dia semakin berubah. Paling ketara bila kandungan Acu masuk 5 bulan. Nasib lah masa tu Acu dah tak muntah – muntah. Cakap pun kasar. Tak macam Syahrul yang Acu kenal dulu.” Haleeda tersenyum hambar sambil memandang ke seberang jalan. Memerhatikan budak – budak sedang seronok dalam dunia mereka.

“Acu pernah tanya kenapa? Pernah bincang?” Berhati – hati Eman bertanya, bimbang hati Acunya terluka.

“Acu pernah la tanya sekali. Tapi dia Cuma cakap tak ada apa-apa. Acu saja yang overthinking. Acu pun dah malas nak tanya. Acu nak jaga emosi Acu saja masa tu. Acu nak si kembar ni sihat. Acu tak nak sedih – sedih. Sebab tu Acu biar saja. Acu ingat lepas habis berpantang, Acu nak bincang.” Setitis air mata Haleeda gugur. Eman memeluk bahu Haleeda memberikan sedikit kekuatan.

“Lepas habis pantang hari tu, dia datang jemput. Itu pun puas Acu pujuk. Acu tak nak lama-lama dekat rumah abah Man ni.. nanti apa pula cakap abah dengan mak Man. Sampai saja kat sana, dia hulur dekat Acu, surat kebenaran poligami. Dia cakap dah lama dia ada niat, tapi memandangkan Acu mengandung, dia tak nak ganggu emosi Acu. Memang Acu terkejut, tapi Acu dah sedia dengan semua tu. Sebab hati Acu ni dah lama syak.”

“Kenapa Acu tak pernah cerita dekat koi. Koi kan dah janji nak jaga Acu. Acu tak percaya dekat koi?” Eman sebal dengan diri sendiri. Dia terlampau sibuk dengan kehidupannya sehinggakan dia terlepas pandang masalah ibu saudaranya merangkap teman sepermainannya.

“Man baru kahwin. Acu tak nak ganggu Man. Acu tahu, Man pun ada masalah juga kan dengan Ameena. Masa balik tengok kembar hari tu, nampak sangat kamu berdua tak okay.. tapi buat-buat okay. Ingat Acu tak tahu ke.” Haleeda ketawa perlahan mengingatkan kejadian tersebut. Eman tersengih seketika. Tak sangka sudah tertangkap.

“Kami masing – masing sedang mengenali hati budi masing-masing. Walaupun koi suka dia sejak dari zaman sekolah dia lagi. Tapi masih banyak yang koi tak tahu pasal dia, Acu. Dia misteri. So, confirm la Paksu dah talakkan Acu?” Eman cuba mengalihkan topik.

“Biar betul.. awak suka dia dari dia sekolah? Maksudnya, masa awak jadi cikgu dia? Untung Ameena. Dah confirm Man.. Acu cakap dengan dia, Acu boleh sign surat tu, tapi dia kena lepaskan Acu. Dia setuju. Minggu lepas, sebelum Acu sign surat tu, dia ceraikan Acu dengan talak satu. Acu tak sedih pun.. dah lama Acu sakit. Cuma Acu terkilan bila tengok wajah anak-anak ni.. membesar tanpa bapa.” Haleeda mencium dahi anaknya. Dipeluk erat sambil menitiskan air mata memikirkan nasib yang bakal diterima oleh anak-anaknya.

“Acu jangan sedih – sedih. Kami semua ada. Si kembar tu takkan rasa kurang apa pun. Koi janji kat Acu yang anak – anak Acu akan gembira. Tapi Koi masih tak puas hati dengan paksu. Memang tak ada hati perut.” Eman mendengus geram.

“Biarlah Man... Acu taknak paksa dia. Dah orang tak suka, buat apa nak tahan – tahan. Biarlah dia.” Haleeda tersenyum kelat. Dia terasa begitu beruntung dikelilingi orang – orang yang begitu mengambil berat tentangnya.

*********



HAJAH Sufiah membetulkan cermin mata yang dipakainya. Duduknya sudah mula terasa rimas. Kehadiran ibu dan ayah mertua Haleeda secara tiba – tiba itu membuatkan mereka sekeluarga agak terkejut. Dan lebih mengejutkan lagi apabila menerima berita yang disampaikan oleh mereka.

“Teruk ke keadaan Syahrul tu? Macam mana boleh berlaku kemalangan tu? Allahurabbi..” Haji Hashim masih terkejut dengan berita yang diterima.

“Dia baru pulang dari rumah kami. Sebelum tu adalah berselisih faham. Dia bagitahu nak kahwin dengan perempuan dari seberang. Kami tanyalah Haleeda setuju ke? Dia cakap dia ceraikan Haleeda. Itulah yang papa dia marahkan sangat.” Wajah Karimah, ibu kepada Syahrul jelas kelihatan kesal dan sedih.

“Tuan Haji, Hajah.. kami tak tahu menahu yang mereka ni ada masalah. Sebelum ni bila kami pergi melawat mereka, mereka nampak macam biasa. Tak nampak pula macam ada masalah. Tahu – tahu dah bercerai. Kalau ikutkan hati nak saja saya bunuh anak tak guna tu! Memalukan keluarga!” Saharuddin mengurut – urut dadanya yang terasa sakit. Sungguh dia marah dengan tindakan anak tunggalnya itu.

“Sabarlah Tuan Sahar, dah jodoh mereka setakat ini saja. Allah Maha mengetahui. Memang kami marah, terkilan dan terasa hati. Tapi siapa kita nak tolak takdir Allah. Sekarang ni siapa jaga dia dekat sana?” Cikgu Hashim cuba meredakan keadaan. Tidak mahu ada yang rebah ke bumi hari ini.
“Doktor sudah berikan ubat penenang pagi tadi. Itu yang kami datang ke sini. Nak tengok keadaan Haleeda. Kalau ikutkan dari semalam lagi kami nak ke sini. Tapi itulah.. lepas sedar malam tadi, Si Syahrul tu asyik mengamuk. Menjerit – jerit panggil nama perempuan tu. Sebenarnya kami pun tak sedap hati juga. Macam ada benda lain yang mengganggu.” Karimah memandang tepat ke arah Cikgu Hashim. Tiba – tiba dia terfikirkan sesuatu.

“ InsyaAllah, saya cuba. Kita ikhtiar. Puan Karimah jangan risau. Kalau betul apa yang puan fikir itu. Kita serahkan pada Allah subhanahu wa ta’ala kerana semuanya atas izinNya.” Cikgu Hashim seolah – olah memahami apa yang ada di fikiran ibu mertua Haleeda.
Haleeda yang hanya menjadi pendengar dan pemerhati sejak dari tadi. Berita Syahrul ditimpa kemalangan turut memberikan kesan terhadap emosinya. Mereka pernah bahagia bersama dalam tempoh yang lama. Kehadiran orang ketiga membuatkan Syahrul berubah secara tiba – tiba. Namun untuk menangis lagi, dia sudah kekeringan air mata. Lagipun, untuk apa dia menangis untuk lelaki yang sudah buang dia dengan kejam. Haleeda tunduk memandang wajah anak kembarnya. Satu senyuman kepedihan terukir di bibirnya.

*********

HAMPIR sejam Isa dan Datin suria meronda di dalam KTCC mall. Isa hanya menurut sahaja. Lagipun kalau duduk di rumah, boleh mendatangkan kebosanan juga. Jadi lebih baik dia menemani mamanya membeli belah.

“Mama cari apa sebenarnya ni.. daripada tadi, Is tak nampak mama beli apa-apa pun.” Isa mula bersuara apabila tekaknya sudah terasa kering. Kakinya juga sudah penat ke sana dan ke mari.

“Mama cari baju.. tapi tak ada pula yang berkenan. Design cantik-cantik tapi macam tak sesuai pula dengan mama.” Datin Suria kelihatan hampa. Perutnya juga sudah turut sama berirama.

“Jom kita pergi Kuala Lumpur nak? Kita naik flight. Balik pagi esok. Boleh ajak Isma sekali. Lagipun dah lama kita tak keluar shopping sama-sama kan..” Isa begitu teruja memberikan cadangan. Sebolehnya dia mahu mengembirakan hati mamanya. Namun tiba-tiba wajah Datin Suria berubah sayu.
“Dulu pernah je Ameena temankan mama. Balik saja dari sekolah dia datang jemput mama dekat Spa mama. Tapi mama ralat sebab mama tak tak tahu pun yang waktu tu, kamu dah berpisah. Mama ingat lagi dia nampak macam sedih sangat tapi dia cuba juga senyum sebab nak gembirakan hati mama. Macam yang Is buat sekarang.. Kalau mama tahu siapa yang punya angkara tu.. Mama akan sumbat dia dalam penjara.” Bicara Datin Suria begitu beremosi.

“ Dah tak ada jodoh ma.. Is pun salah. Tapi mungkin ini ujian untuk Is supaya selepas ni, Is akan lebih matang dalam menilai sesuatu. Ameena terlalu baik ma.. Sebab tu, susah sangat Is nak lupakan dia. Is lari sejauh mana pun, dia tetap ada dalam hati Is. Susah ma..” Isa tersenyum hambar sambil memeluk bahu Datin Suria.
“ Is tak nak cari ke siapa dalang yang rosakkan rumahtangga Is?” Datin Suria mendongak memandang anaknya yang lebih tinggi darinya. Isa menggelengkan kepalanya dengan senyuman kelat.

“Biarlah ma.. yang jadi perosak tu, Is sendiri. Is yang bodoh. Is tak percaya pada isteri Is sendiri. Is tak siasat dulu. Hati Is ni sakit ma setiap kali Is teringat saat Is ceraikan dia. Is buang dia macam sampah. Tak habis dengan tu, Is ganggu lagi hidup dia. Is kejam sangat ma. Is pentingkan diri. Dan Ameena memang layak sangat dengan Eman. Eman yang sentiasa melindungi dia.” Sekali lagi mulut Datin Suria melopong. Terkejut dengan nama yang meniti di bibir anaknya.

“Eman? Eman kawan baik Is tu ke? Yang pernah datang rumah kita dulu?” Isa mengangguk lemah. Datin Suria pula kelihatan seperti tidak berpuas hati.
“Tapi hari tu, waktu mama terserempak dengan Kartini, dia ada cakap dekat mama, yang Ameena dah bertunang dengan anak kawan baik dia.” Berkerut – kerut dahi Datin suria ketika itu. Semakin dia merasa aneh. Syaitan juga mula membisikkan kata fitnah.
“Mungkin betul ma.. lagi satu mama.. Diorang dah kahwin.. Eman jemput Is ke majlis dia 5 bulan lepas.. mungkin tak tahu nak cakap macam mana, sebab tu dia jemput Is. Mungkin Ibu dengan keluarga Eman tu memang rapat. Majlis pun berlangsung dekat sana saja.. kita pun tak tahu kan.. tak apa lah ma.. Is cuma perlukan masa. Mama sokong Is ya..”
“Dah kahwin rupanya..” Datin Suria tidak terkata. Hasratnya untuk menyatukan semula anak dan menantunya sudah tidak kesampaian. Dia menatap wajah anaknya dengan rasa sayu.

“Is tahu rancangan Mama.. Mama lupakan ya.. Mama jangan kecil hati dengan Ameena dan keluarganya ya.. Ibu dan Ayah cuma nak yang terbaik untuk Amee. Kalau dulu Is sabar, mungkin peluang tu ada. Tapi Is yang bodoh Ma.. Is yang sia siakan peluang yang ada.” Datin Suria mengesat tubir kelopak matanya yang mula berair. Isa memeluk erat bahu Datin Suria. Menyalurkan semangat untuk ibu yang melahirkannya.

“Lagipun Mama.. kan bagus macam ni.. Is boleh temankan Mama selalu. Mama tak suka ke, kalau Is ada isteri, mesti Is selalu sibuk dengan isteri Is saja, kan..” Isa ketawa perlahan. Mengukirkan senyuman manis untuk memujuk hati Mamanya.
SENYUMAN kepuasan masih terukir di bibir Cikgu Lily. Kehangatan pelukan jejaka idaman gadis itu, masih lagi segar di ingatannya. Walaupun ianya hanyalah insiden yang disengajakan olehnya, namun dia tetap merasa bahagia.
Namun ada sesuatu yang terlintas dan bermain di benak fikirannya. Mengapa wajah Cikgu Ameena berubah tatkala melihat insiden itu. Jarinya menekan butang pada alat kawalan jauh televisyen. Berkali-kali dia menukar siaran. Namun sebenarnya hanya jarinya sahaja yang bersungguh-sunguh tetapi otaknya tidak sedikit pun fokus ke arah peti gambar tersebut.

‘Kau ada hubungan istimewa ke? Tapi kenapa kau nampak macam tak berminat pun dengan Cikgu Eman. Yang aku nampak Cikgu Eman saja yang terhegeh-hegeh dengan engkau. Atau kau ni memang suka jantan tergila-gilakan kau. Baru nampak kau ni janda meletup kan. Ah, siallah kau!’

Wanita itu tersenyum sinis mengingatkan wajah orang yang paling dibencinya. ‘Apa jua milik kau akan ku rampas. Tapi Cikgu Eman memang milik aku. Kau pernah rampas milik aku dulu. Mungkin kau tak ingat aku tapi aku tak akan sekali – kali lupakan kau. Ameena Azzahra Tuan Zulkifli.’ Kenangan lalu mula menggamit ke dalam memorinya.


SUASANA begitu bingit dengan suara sorakan pelajar yang memberikan sokongan kepada sekolah masing-masing. Pertandingan Debat Ala Parlimen peringkat Negeri peringkat separuh akhir begitu sengit sekali dengan kehadiran barisan – barisan pelajar yang begitu petah dan tajam membidas lawan masing-masing. Namun hanya dua pasukan yang akan terpilih ke peringkat akhir.

Gadis kecil molek berkulit cerah dan bermata galak tersenyum bangga apabila nama sekolahnya diumumkan sebagai calon yang layak ke peringkat akhir Pertandingan Debat tersebut. Daripada kumpulan B pula Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Cahaya yang akan menjadi saingannya nanti. Gadis tersebut tersenyum lagi. Memandang pihak lawan silih berganti.

‘Semua muka baru, mesti tak mampunya nak lawan juara bertahan ni. Rileks.. kau pasti menang.’ Dia masih menyorot pandang ke arah sekumpulan pelajar yang bakal menjadi saingannnya. Cabutan undi sudah pun di buat.. dan pasukannya akan bertanding sebagai pembangkang. Dia menarik nafas lega. Menjadi pembangkang akan memberi peluang besar kemenangan.

Perdebatan dimulakan dengan pihak kerajaan. Membuka hujah dengan teliti dan penuh yakin. Tajuk yang dibincangkan adalah isu terkini yang memudahkan pihak pembangkang untuk mendominasi perdebatan.
“Izin laluan!” Lily Hasrita mengangkat tangan memohon laluan untuk mencelah dan membidas. Dan permohonannya mendapat persetujuan balas. Sememangnya itulah yang ditunggu oleh setiap pendebat bagi mendapatkah markah yang tinggi.

“Saya bangkang sepenuhnya yang berhormat menteri. Seperti yang semua tahu, pada zaman sekarang telefon pintar mempunyai banyak kelebihannya. Jika pelajar tidak dibenarkan
menggunakannya di sekolah, ianya adalah satu peluang yang dipersiakan. Melalui aplikasi terkini, pelbagai kemudahan yang dapat para pelajar gunakan. Mohon penjelasan.” Lily Hasrita daripada pihak pembangkang duduk kembali di kerusinya dengan senyuman yang sangat yakin.
Ameena Azzahra menarik nafas sedikit demi mencari sedikit keyakinan yang agak goyah. Ini adalah kali pertama dia menyertai pertandingan debat dan tidak disangka yang dia akan sampai ke tahap itu. “Maaf yang berhormat, banyak juga rupanya fungsi telefon pintar ya. Betul kata yang berhormat rugi jika peluang yang ada kita lepaskan.” Ameena sedikit berjeda disitu..

Sementara itu, isi dewan sudah bising dengan suara – suara pelajar dan guru yang terkejut dengan jawapan balas pihak kerajaan yang seakan memberikan sokongan dan tidak membidas semula.
“Tetapi!” Suara Ameena Azzahra tiba-tiba begitu lantang sehinggakan seisi dewan terdiam.
“Adalah perlu difahamkan tajuk perbincangan kita pada hari ini adalah.. Penggunaan Telefon Pintar Di Sekolah Akan Menjejaskan Kualiti Akademik Pelajar! Saya tekankan sekali lagi.. Di Se.. ko..lah! Harap yang berhomat dapat menjana perkataan itu dengan sejelasnya. Apabila di sekolah, maka akan hanya ada seorang guru yang akan memantau. Itupun hanyalah ketika sesi pembelajaran, bagaimana pula untuk waktu rehat? waktu senggang? Waktu peralihan kelas? Berbeza jika di rumah, yang mana akan ada ibu bapa yang akan memantau aktiviti anak – anak mereka. Ya, begitu banyak aplikasi yang membantu namun tidak kurang juga aplikasi yang melalaikan para pelajar.”
“ Pihak kerajaan boleh mewujudkan satu sistem induk yang akan mengawal dan mengesan jika ada penggunaan aplikasi yang tidak berfaedah di kalangan pelajar. Kenapa mahu susah jika ada perkara yang memudahkan?” Lily Hasrita tiba – tiba bangkit lagi dan menyanggah tanpa mohon keizinan.

“Yang berhormat pembangkang sila duduk!” tegas sekali nada suara Tuan Speaker Dewan. Ameena pula tersenyum sinis memandang ke arah isi dewan.
“Nah.. Kita tarik dia pun tarik, bila kita lepas mulalah dumm! Dia jatuh terduduk.. ibarat serombong keretapi lama, bunyinya kuat namun yang keluar hanyalah kepulan asap hitam! Yang berhormat... Belanjawan negara yang ada sekarang pun boleh masih dipertikaikan kerana dikatakan tidak mencukupi untuk sekolah – sekolah di pedalaman. Mahu ditambah pula peruntukan untuk mewujudkan sistem kawalan induk tersebut. Bercakap tanpa keluarkan modal ibarat air menitis di daun keladi. Bayangkan berapa juta pula yang diperlukan untuk peruntukan tersebut.” Lembut tetapi begitu pedas bidasan daripada Ameena Azzahra yang mana membuatkan isi dewan riuh rendah dan tepukan gemuruh bergema satu dewan.

Merah padam wajah Lily Hasrita tatkala itu. Dia terdiam. Mati kata dan akal. Yang jelas dia tidak pernah dimalukan sebegitu rupa. Dia tidak bodoh untuk menafsirkan kiasan demi kiasan yang keluar dari mulut pihak lawan. Kesudahannya dia tidak mampu mengawal emosinya dan menjejaskan perasaannya. Lantas membuatkan pihak kerajaan mendominasi sepenuhnya perdebatan tersebut. Itulah kali pertama dia dimalukan dan dia terasa sangat – sangat bodoh di depan orang ramai.

“AKU memang benci dengan kaulah sial!” Cikgu Lily tiba – tiba menjerit dan membaling alat kawalan jauh di tangannya ke lantai.


Dia tidak menyangka dia akan bertemu semula musuh zaman sekolahnya yang sangat dibencinya. Saat pertama kali Ameena Azzahra memijakkan kaki ke sekolah SMK Seri Cahaya telah membuatkan hatinya tidak tenteram. Dendam lama kembali menyala. Nama Ameena Azzahra tidak pernah hapus dari mindanya semenjak nama itu dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

“Isa Rayyan pun kau rampas dari aku. Sekarang ni Eman Al Hadi pun kau nak juga ke? Kau memang tamaklah! Mungkin kau tak pernah ingat aku, tapi untuk aku sekalipun aku takkan pernah lupa.” Senyuman nipis terukir di bibir wanita itu. Matanya kembali ditumpukan ke arah televisyen.

‘Apa kurangnya aku. Apa lebihnya perempuan tu? Aku tak nampak apa-apa pun kelebihan perempuan tu. Hipokrit ada lah! Sebab itulah Isa ceraikan kau. Yang aku tak faham, kenapalah si Isa tu masih tergila-gilakan janda dia. Tak faham aku dengan lelaki ni. Yang cantik ada depan macam aku ni, tetap juga pilih yang sememeh mcm tu.’

Wanita itu mengeluh perlahan. Penat otaknya memikirkan pelbagai strategi untuk memikat jejaka idaman, namun belum juga berjaya. Eman Al Hadi seorang lelaki beku. Sentiasa serius dalam percakapan dan sepertinya tidak berperasaan. Senyumannya begitu mahal untuk dipersembahkan, sesuailah dengan jawatannya sebagai guru disiplin.

Namun sejak kebelakangan ini lelaki itu seperti harimau kehilangan taring. Lebih banyak tersenyum dalam setiap bicaranya. Itulah yang membuatkan Cikgu Lily semakin tidak lena tidur. Entah mengapa lelaki itu berubah dalam sekelip mata. Walaupun sekarang Cikgu Eman seperti lebih mudah didekati, namun sepertinya hatinya sudah dimiliki dan ditakhluki oleh seseorang. Cikgu Lily mengeluh berat dengan matanya juga semakin memberat.

**************

“KENAPA kau datang sini? Aku dah ceraikan kaulah! Eh, perempuan ni.. Tak tahu malu kau eh?” Wajah Syahrul kelihatan cengkung. Wajahnya kelihatan sangat bengis. Eman beristighfar berkali – kali. Menggenggam kuat tangan Acunya. Ameena hanya memerhatikan sambil memangku Darren, anak kembar Haleeda. Pasangannya Darel pula kelihatan tidur lena di dalam ‘baby stroller’.

“ Mengucap Paksu! Istighfar banyak – banyak. Kami datang nak melawat Paksu.” Eman masih berlembut walaupun hatinya sudah panas menggelegak. Dia tahu Acunya hanya pura – pura kuat. Kalau ikutkan hatinya dia malas untuk ke situ. Mengadap muka orang yang sudah sakiti hati Acunya. Tapi, desakan Haleeda membuatkan dia kalah. Terpaksalah dia mengambil cuti kecemasan selama 3 hari, begitu juga Ameena.

“Kenapa? Kau ingat aku ni dah murtad ke? Nak suruh aku mengucap pulak!” Syahrul berdecit menahan kesakitan apabila dia ingin bangun. Kecederaan pada kakinya membuatkan dia sukar untuk bergerak. Lansung tidak dipandang wajah Haleeda, apatah lagi bayi kembarnya. Seolah – olah kebenciannya membuak – buak. Tangannya cuba menggapai telefon bimbitnya yang terletak di meja sisi namun tidak berjaya. Haleeda yang cuba membantu ditahan oleh Eman.

“Kita balik Acu. Tak guna datang sini, dan tak perlu nak tolong dia ni. Orang yang tak pandai bersyukur ni biar dia hidup seorang diri!” Eman memeluk kuat bahu Haleeda dan membawanya keluar.

“Kau ingat aku hairan ke ha? Eloklah! Bawa sekali betina tu, benci aku tengok muka dia! Busuk bilik aku ni. Tu, anak haram dia tu sekali jangan bagi lagi jumpa aku!” Kata – kata Syahrul begitu menyentap hati Haleeda. Eman yang sudah sampai di pintu segera berpusing dan bergerak laju ke arah Syahrul.
GEDEBUK!!!
Satu penumbuk padu hinggap di pipi Syahrul yang sedang terlantar. Baru sahaja Eman mengangkat penumbuknya untuk kali kedua, Ameena terlebih dahulu menghalang.

“Sudahlah Abang. Hospital ni.. Paksu tu kan sakit. Sabarlah sikit..” Eman merenung tajam Syahrul yang sedang mengerang kesakitan. Kalau tidak disebabkan Ameena sudah lama lunyai Syahrul dikerjakannya. Ameena segera menarik lengan suaminya supaya cepat – cepat berlalu sebelum keadaan menjadi lebih teruk.

Di dalam kereta Eman mendengus kasar. Haleeda pula sejak keluar daripada pintu ward hanya membisu. Hatinya turut sakit melihat orang yang pernah berkongsi hidup dengannya menanggung kesakitan. Bertambah sakit apabila dirinya dihalau seperti anjing. ‘Ini anak kita Syahrul.. Sampai hati you.. kenapa you benci sangat dengan I? Apa salah I pada you.. you tak kesian ke dekat anak-anak kita. You bencikan i.. baru hari ni I tahu you benci I sangat-sangat rupanya.’ Haleeda memejamkan matanya. Tidak mahu lagi mengingati apa yang berlaku.

“Abang..” Ameena memanggil suaminya lembut. Dia menjenguk ke tempat duduk belakang. Haleeda telah lena dibuai mimpi.

“Hmmm..” Eman masih melayan rasa marahnya sehingga terlupa dengan siapa sedang dia berbicara. Ameena yang agak tersinggung dengan jawapan acuh tak acuh suaminya kembali mengunci mulutnya. Entah kenapa dia terasa seperti ingin menangis.

“Sayang… Abang minta maaf.. Abang tak sengaja.” Eman meraih tangan isterinya dan di bawakan ke bibirnya. Ameena hanya kaku memandang ke hadapan. Hatinya sudah terasa dan tak mungkin terubat dengan cepat. Namun genggaman tangan suaminya hanya dibiarkan tanpa balasan. Eman Al Hadi menjeling sekilas kepada isterinya yang hanya membatu. Dipandang pula cermin pandang belakang dan kelihatan Acunya sedang dibuai lena.

Eman menyusun ayat di dalam kepalanya sebelum dizahirkan di bibirnya. Tidak mahu lagi hati isterinya tergores. Emosinya sedikit terganggu. Amarahnya sedikit bercambah dengan sikap Paksu dan kata – kata lelaki itu.

“Sayang.. Abang salah. Abang tak boleh nak kawal rasa marah ni. Kalau ikutkan hati memang abang nak pecahkan saja muka Syahrul tu. Dia tu melampau sangat! Nasib Sayang ada. Sejuk sikit hati Abang yang tengah panas tu.” Eman bersuara agak perlahan, bimbang mengganggu lena Acunya di tempat duduk belakang.


“Abang tak boleh macam tu.. Itukan hospital. Abang tak nampak ke keadaan Paksu tu. Lagi satu, kalaulah Paksu tu buat report Abang serang dia macam mana. Lepas tu kalau jururawat perasan ada lebam baru dekat muka dia tu, apa akan jadi. Abang nak ke masuk lokap? Kena gantung kerja, lepas tu kena tindakan tatatertib. Abang tu cikgu disiplin tau.” Akhirnya terzahir rasa geram yang terbuku di hatinya. Dia tidak pernah lagi berdepan dengan Eman Al Hadi versi panas baran. Yang dia pernah kenal hanyalah Eman Al Hadi yang bermulut longkang. Tapi sekarang dah manis macam gula pula.

Eman memutarkan stereng ke kiri menghalakan keretanya ke Hentian Rehat Temerloh. Perutnya sudah mula minta diisi. Dalam pada itu, otaknya sedang menghadam kata – kata Ameena. “Maaf buat Sayang risau. Abang susah nak marah, tapi tadi tu memang di luar kawalan Abang. Sayang pun dengar kan, apa yang Paksu cakap. Kembar tu pun dia tak mengaku anak dia.” Rasa kesalnya diluahkan.

“Saya faham.. tapi lain kali kawallah sikit. Kalau rasa nak marah istighfar banyak – banyak. Tarik nafas dalam – dalam. Saya tak pernah kenal dengan Paksu secara dekat. Apatah lagi nak bersembang santai dan saya tak tahu dia orang yang macam mana. Tapi mak pernah cakap, Paksu dulu orangnya lemah lembut. Sayang Acu, prihatin pada Acu. Tengok pada airmuka dia tadi pun macam sesuatu. Nauzubillah.. tapi saya rasa lain macam sewaktu tengok muka dia.” Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di hati Ameena. Itulah yang ingin dibicarakan sejak tadi.

Eman memasuki petak parkir berhadapan dengan surau bagi memudahkan urusan dua orang wanita yang dibawanya. “Acu tak boleh solat, kamu berdua pergilah dulu. Take your time. Acu okay saja kat sini. Acu tukar lampin kat dalam kereta ni saja. Cuma belikan Acu roti dan buah kalau awak terjumpa.” Eman dan Ameena serentak memandang ke belakang. Entah bila Haleeda tersedar dari lenanya pun, mereka tak perasan. Wanita malang itu hanya tersenyum, faham dengan kecuakan anak – anak buahnya.

“Acu dengar dan Acu tak ambil hati. Terpulang kepada masing – masing. Awak pun Man, jangan baran sangat. Jangan Ameena dapat nasib yang sama macam Acu.” Eman tersenyum cuak. Kata – kata Haleeda menusuk terus ke hatinya. Lembut namun penuh dengan amaran. Dia mengangguk faham. Haleeda memang wanita kuat. Namun hatinya sudah koyak dan berdarah. Bermula hari ini, tiada lagi maaf untuk Syahrul. Penghinaan Syahrul memang tidak dapat dia nyahkan dari memorinya. Namun dia tidak berani untuk menzahirkan apa yang terbuku, biarlah waktu yang menentukan.

Usai solat Asar, Ameena berjalan ke arah tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan suaminya. Walaupun bukan musim cuti sekolah hentian rehat tersebut tetap dikunjungi ramai manusia yang rata – ratanya mungkin dari pantai timur.

“Eh, Ameena kan?” Seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan tiba – tiba berhenti dan menegurnya. Ameena mengangkat wajahnya dan memandang ke arah lelaki tersebut. ‘Kenapalah aku boleh terjumpa dengan dia ni dekat sini. Eh, bukan! Kenapalah aku boleh terjumpa dengan dia. Kenapalah dia ni masih hidup kat muka bumi ni.’ Ameena tersenyum hambar. Siapa saja yang tak kenal dengan Faris. Lelaki paling poyo dekat sekolahnya dulu. Lelaki yang tak boleh kalah dengan sesiapapun termasuk kaum perempuan. Budak lelaki yang selalu mahu dipandang hebat. Ameena mengangguk dengan senyuman hambar.

“Kau buat apa kat sini? Kerja kat sini ke? Okaylah tu.. daripada tak ada kerja kan.” Ameena mengangkat kening. ‘Sama macam dulu.. mulut kau ni memang tak ada penapis lansung! Lantak kau lah.’ Faris masih berdiri disitu. Memandang Ameena dari atas ke bawah. Cantik! Dulu comot. Boleh buat stok. Faris tersenyum penuh makna.

“Maaf, aku tak berapa ingat sangat nama kau.. Tapi aku ingatlah kau budak kelas aku dulu. Aku gerak dulu ya. Suami aku dah tunggu.” Wajah Ameena bersahaja tanpa ada lagi senyuman. Faham dengan pandangan lelaki itu. Dalam hatinya tak putus-putus memaki hamun bekas rakan kelasnya itu. Dia masih meninjau sekeliling, risau jika suaminya muncul disitu. Kalau boleh dia tidak mahu Faris tahu mengenai dirinya.

“Faris. aku Faris Mustahil kau tak ingat! By the way.. aku dah jadi cikgu sekarang. Aku mengajar dekat Kemaman. Kau tak kerjalah ni. Suami kau kerja apa? Perempuan macam ni la kan. Pandai macam mana pun, biasanya end up macam ni lah.. duduk rumah jaga anak.” Faris ketawa geli hati. Ameena masih dengan wajah bekunya. ‘Tak tanyalah!’

“Hmm.. Alhamdulillah. Suami aku kerja biasa je. Aku gerak dulu ya. Tahniah.. dapat jadi Cikgu.” Wajah Ameena terang – terang tiada keikhlasan. Faris tersenyum sinis. ‘Kau sama saja macam dulu. Berlagak! Nak kata anak orang kaya, tak pun. Anak pemandu orang kaya saja pun!’

Baru sahaja Faris ingin berlalu, dia terpandang satu wajah yang sangat dikenalinya. “ Cikgu Eman! Lamanya tak jumpa Cikgu.” Faris menghulurkan tangan menyalami bekas gurunya itu. Ameena terkedu di sebelah. ‘Kenapa Abang muncul waktu ini. Macam mana ni?’ Eman menyambut huluran salam daripada lelaki muda di hadapannya. Keningnya yang berkerut seakan bertaut. Tidak lama kemudian dia ketawa kecil.

“Kamu bekas pelajar SMK Seri Cahaya kan?” Eman menepuk – nepuk bahu pemuda itu.

“Kebetulan cikgu, ini ada seorang lagi bekas pelajar cikgu. Kebetulan terserempak dengan dia tadi. Ameena! Cikgu Eman.. Kau ingat tak?” Ameena yang mahu memulakan langkah untuk berlalu termati langkah. Dia berpusing dan tersenyum hambar. Tidak tahu untuk berkata apa. Ameena memberikan isyarat kepada suaminya supaya tidak bercakap mengenai hubungan mereka. Eman mengerdipkan mata tanda faham dan supaya Ameena bertenang.

“Ingat.. Cikgu Eman.” Ameena menjawab pendek. Tidak mahu berlakon berlebih-lebih. Dia mengangguk sekali tanda hormatnya.

“Saya Faris Cikgu. Kami satu kelas dulu. Cikgu dari mana? Saya baru balik dari kursus di Putrajaya. Kursus Komunikasi. Saya mengajar juga sekarang Cikgu.” Begitu bangga sekali cara Faris memperincikan tentang dirinya. Eman tersenyum dan mengangguk. Dia bangga kerana anak muridnya berjaya.

“Ameena? Balik dari kursus juga ke?” Ameena menjungkitkan keningnya.

“Eh, dia tak kerja pun. Datang dengan suaminya katanya. Biasalah Cikgu, orang perempuan.. Pandai macam mana pun, last-last kena ikut cakap suami juga. Kan Ameena? Sayang.. kalau kau jadi isteri aku.. aku bagi je kalau kau nak kerja.” Faris ketawa agak kuat . Ameena masih beriak tenang. Eman pula sudah mula panas. ‘Sombongnya dia ni. Orang macam ni kena ajar sikit. Biar malu sendiri.’

“Kamu mengajar kat sekolah mana?” Eman cuba mengawal panas hatinya.


“ Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Kemaman.” Masih berbangga pada riak wajah guru muda itu.

“Ooohh.. Alhamdulillah.. Sekolah Rendah ya.. Tak apalah. Dah kira berjayalah dengan sikap kamu yang dulu. Saya ingat lagi kamu ni. Nakal dulu ni..” Faris tersengih seperti kerang busuk.

“Ameena?” Ameena mengangkat wajahnya. Keliru dengan pandangan mata suaminya.

“Saya?”

“Awak atas urusan apa? Seingat saya, guru sekolah kita tidak terlibat dengan mana-mana kursus minggu ni.” Eman sengaja menekankan perkataan kita dalam pertanyaannya. Faris memandang Ameena keliru. Ameena pula sudah ternganga. Tidak tahu untuk menjawab apa.

“ Kamu tak tahu ke? Ameena ni sekarang mengajar dekat SMK Seri Cahaya. Hebat dia sekarang. Bangga saya. Saya dah boleh jangkakan, dia ni akan jadi seseorang yang hebat. Semenjak dari zaman sekolah lagi dia memang seorang yang hebat.” Kali ini Ameena tersenyum hambar. Tak sangka itu yang akan keluar dari mulut suaminya. Wajah Faris sudah bertukar Bengang dengan pujian melambung bekas gurunya terhadap Ameena. Selebihnya dia malu kerana sudah tersalah anggap pada bekas rakan sekelasnya itu.

“Ooohh.. macam tu ke.. Eh, tak apalah. Dah lewat ni, saya nak kena gerak dulu. Cikgu Eman.. Ameena.. Tahniah juga untuk kau.” Faris lansung melangkah laju. Tidak mahu lagi berpaling dan memandang ke belakang. Seakan mahu melemparkan wajahnya ke dalam hutan takkala itu. Eman tersenyum puas sambil menundukkan kepalanya memandang lantai. Siapa lagi yang akan membela isterinya kalau bukan dia sebagai suami.

“Tak baik Abang cakap macam tu. Malu dia.” Ameena mengomel tidak puas hati sambil mereka berdua jalan beriringan menuju ke medan selera.

“Dah sayang tu.. diam saja bila budak Faris tu perlekehkan Sayang. Itu yang Abang dengar. Yang Abang tak dengar tadi? Entah – Entah berbakul – bakul dah dia hina Sayang. Sombong, berlagak! Dulu tak pula macam tu. Nakalnya dulu Nauzubillah. Tak sangka jadi cikgu sekarang.” Eman menyeluk kedua tangannya ke dalam poket. Beberapa mata yang bertembung dengannya, memandang tanpa berkedip. Walaupun Penampilan hanya biasa, namun kerana ketinggiannya dan badannya yang tegap disusuli pula dengan wajah yang diwarisi daripada keluarga sebelah emaknya membuatkan dia kelihatan sangat tampan.

“Tak rugi apa pun Abang.. Biarlah. Faris tu kalau Abang nak tahu dari sekolah lagi tak sukakan saya. Dia cakap saya ni berlagak, tapi saya tak kisah pun. Abang tu dulu pun.. berlagak juga. Kalau cakap ikut sedap mulut saja. Samalah macam Abang.. bukan suka pun dengan saya dulu..” Nada suara Ameena kali ini sudah berubah. Ada rajuk di situ.

Eman menarik tangan isterinya untuk duduk di bangku yang kosong berhadapan dengan gerai ikan patin masak tempoyak. “Sayang nak makan apa? Abang nak makan tu.” Eman cuba mengubah topik. Dia takut Ameena merajuk lagi. Ameena sejak kebelakangan ini sudah tidak beku seperti dahulu. Kalau tersilap cakap, hati isterinya itu cepat terasa.

“Betul kan? Abang tak suka dengan saya dulu. Bukan setakat zaman sekolah dulu. Zaman saya dah jadi cikgu pun, Abang tetap tak suka saya kan.” Ameena memandang sekeliling bimbang ada muka-muka yang dikenalinya lagi.

“Saya.. saya.. kita bukan kat sekolah tau. Sayang ni isteri Abang tau. Sayang kalau tak tahu cerita jangan cakap bukan-bukan. Boleh jatuh fitnah tau. Berdosa besar! Lagi – lagi fitnah suami sendiri.” Eman bangkit dari tempat duduknya. Memesan makanan dari gerai di hadapannya. Kening Ameena terangkat. Terkejut dengan nada suara suaminya yang seakan merajuk. ‘Eh.. bukan nak pujuk kita.. dia pulak yang merajuk.’

Eman kembali dengan nasi dan air ditangannya. Dia menggaul nasi dengan kuah dan menyuakan suapannya kepada Ameena. Namun masih dengan rajuknya. Ameena tersenyum manja dan membuka mulutnya menerima suapan dari suami tercinta.

“Kalau Sayang nak tahu.. Abang dah jatuh cinta dekat Sayang sejak mula-mula bertentangan mata dengan Sayang. Tapi Abang terpaksa lupakan. Waktu tu Abang rasakan otak Abang ni tak betul sebab jatuh cinta dekat pelajar sendiri.” Ameena agak terkejut dengan pengakuan suaminya. Nasi yang dikunyah ditelan perlahan.

“Amee ingat Abang sekadar suka je sebab Abang cakap kat Acu Abang suka. Yelah.. Macam Amee suka tengok Abang dulu. Suka tengok cara Abang bercakap, cara Abang bagi ucapan kat perhimpunan. Tapi sekejap je lah.. lepas tu terus terang Amee cakap, kalau boleh tak nak tengok lansung muka Cikgu Eman tu.” Ameena mencebikkan bibirnya. Kemudian dia mengangakan mulutnya lagi minta disuapkan.

Eman ketawa kecil dengan reaksi Ameena. “Jujur sangat ni Sayang.. tipulah sikit supaya Abang dapat rasa cinta Abang berbalas.” Eman menyambung suapan sambil ketawa lagi.

Ameena merenung wajah suaminya. “Kenapa Amee tak pernah ingat pun saat pertama kali kita bertentangan mata. Bila? Kat mana? Ke Abang salah orang ni..” Ameena menduga lagi. Sememangnya dia kurang percaya dengan pengakuan Eman. Eman suka bergurau itu yang dia tahu.

Eman merenung lama ke wajah isterinya. Lembutnya wajah itu membuatkan hatinya tenang. Tambahan sekarang Ameena mula menunjukkan sifat kemanjaannya. Lagilah Eman merasa terhibur.

“Abang.. nampak sangat Abang reka cerita kan?” Ameena menjeling suaminya apabila soalannya cuma dijawab dengan renungan mata.

“Hari insiden Sayang terpijak kaca tu. Waktu Sayang pandang Abang tu.. Abang tiba-tiba berdebar sangat-sangat dan mestilah Abang rasa bersalah sebab dah tuduh Sayang yang bukan-bukan. Abang minta maaf.” Eman menundukkan wajahnya sambil tangannya masih menguis nasi di dalam pinggan. Baru hari ini dia mampu memohon maaf.

Ameena pula sudah terkedu. Hari suaminya jatuh cinta pandang pertama padanya merupakan hari dia meletakkan nama lelaki itu di dalam kebencian. “Memang patut pun Abang minta maaf. Dah la orang sakit.. lepas tu main tuduh-tuduh pula. Tapi kenapa lepas peristiwa tu, Abang selalu saja buat Amee sakit hati. Mulut Abang tu dah kalah bau longkang tau tak.” Mata Eman membulat memandang isterinya. ‘Mulut longkang?’ Seketika kemudian Eman ketawa agak kuat kerana sudah mampu menghadam kata-kata isterinya.

“Sayang.. Abang ni cikgu.. cikgu Sayang pula tu. Kalau Abang tunjukkan perasaan Abang kat Sayang, itukan dah langar etika. Jadi sebab Abang nak selalu tengok muka Sayang yang cute ni, Abang selalulah usik-usik Sayang.. Mengusik je pun Sayang.. Lagipun Abang suka tengok sayang Marah. Suka tengok Sayang melenting.” Eman ketawa lagi. Dua tiga mata kadang-kadang memandang ke arah mereka.

“Waktu bertembung Sayang dekat kantin tu.. Abang terkejut sangat. Abang cuba juga cari cerita tentang Sayang. Tanya dekat Kak Za, kalau-kalau dia tahu. Tapi semua orang tak tahu. Tup-tup jumpa sayang dekat kantin sekolah. Tapi.. Cikgu Fahmi pulak ada kat situ. Kacau betul!” Eman menepuk meja menzahirkan perasaan kecewanya. Ameena pula sudah menutup mulut menahan ketawa.

“Eh, dah lama ni.. kesian kat Acu lama-lama dalam kereta. Nanti kita sambung lagi. Abang tahu dalam kepala Sayang tu banyak lagi tanda soal, tanda seruan, tanda hash tag .. tanda yang maki-maki tu.” Kali ini terhambur juga ketawa Ameena. Tak sangka suami dia sekelakar itu. Selama yang dia kenal, Cikgu Eman Al Hadi sangat serius dan paling lokek dengan senyuman.

Pasangan merpati dua sejoli itu terus bergerak ke arah gerai buah kerana waktu sudah agak lewat. Perjalanan mereka berbaki sejam lagi untuk sampai ke rumah keluarga Eman di Kuantan. Eman menggenggam erat tangan isterinya seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Kalau boleh mahu dipeluk sahaja rapat-rapat tetapi apa pula pandangan orang nanti.

“Cikgu Eman…” Eman dan Ameena agak terkejut dengan sapaan daripada seseorang. Wajah keduanya sudah bertukar cuak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience