Chapter 4

Action Completed 74112

BALQISH menunggu anak majikan mereka iaitu Tengku Adam Mikhail selesai mandi sambil menyediakan pakaian tidur untuk anak majikannya itu.

Ini merupakan tugasnya sebagai seorang pembantu dan ini merupakan perkhidmatan pertamanya pada anak majikan yang merupakan majikan barunya itu.

Tiba-tiba Balqish terlanggar cawan kaca yang berada di atas meja tidur majikannya menyebabkan cawan itu terjatuh dan dia terjerit kecil.

" Ehem..."

Mendengar suara dibelakangnya dia memusingkan badannya dan melihat Tengku Mikhail yang hanya bertuala paras pinggang baru keluar dari bilik air.

Terkejut melihat tubuh majikannya, dia terus mengalihkan pandangannya.

Walaupun majikannya itu muda darinya badan majikannya itu tidak seperti remaja yang seusia dengannya.

" Ehemmm... Pandang saja sini.. "

" Kenapa Tengku panggil saya?. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?. " tanya Balqish menundukkan pandangannya ke lantai.

" Suami you mana?." Pertanyaan di balas dengan pertanyaan.

" Suami saya ada di luar Tengku. "

" Apa you panggil dengan kain atas kepala you itu?. " tanya Tengku Mikhail menunjuk kearah tudung yang dipakai oleh Balqish.

" Ini tudung Tengku atau boleh di panggil hijap Tengku. "

" Ohhhh.. So this kain memang kena pakai dekat kepala saja ke?. " tanyanya lagi.

" Ya Tengku. Hijap untuk tutup rambut dan biasanya kalau bukan orang islam mereka menggunakan tudung ni untuk lilit di leher sebagai selendang. " Terang Balqish.

" Ohhhh...."

" So... you rasa yang mana lagi cantik?." tanya Tengku Mikhail menunjukkan dua helai kain tudung berwarna pink belacan dan biru laut kepada Balqish.

Balqish memerhati dua tudung yang berada di tangan majikannya itu dengan teliti.

Dia berpikir sejenak sebelum memberi jawapan kerana dia bimbang tersalah membuat pilihan.

" Bagi pendapat saya. Warna pink belacan ini Tengku tapi kalau untuk orang yang berkulit cerah warna biru laut ini pun sesuai. " terangnya.

Tengku Mikhail menganggukkan kepalanya puas hati dengan jawapan yang didengarinya.

" Boleh saya tahu untuk siapa tudung ni Tengku?. " tanyanya lagi perlahan kerana bimbang di anggap busy body dengan privacy majikannya itu.

" For my mom. "

" Kalau untuk mak Tengku saya rasa warna pink ni lagi sesuai. " Tengku Mikhail memandang ke arah orang gajinya itu mendengar kata-kata itu.

" You pernah jumpa my mom ke? ."

" Tak pernah, Tengku. Tapi saya pernah tengok gambar Puan Sri dekat bilik Tan Sri waktu saya kemas bilik Tan Sri saya nampak gambar seorang perempuan dan budak lelaki di taman. "

" Hmmmm... Ok you boleh keluar i nak tidur. "

" Baik Tengku.. ." balas Balqish dan mengundur diri.

Dia memilih tudung untuk dihadiahkan kepada arwah mamanya.

Bulan depan merupakan hari lahir mamanya.

Mamanya ingin memakai tudung tetapi di tegah oleh bapa saudaranya.

Dia hairan dengan sikap bapa saudaranya itu yang menghalang hasrat mamanya untuk memakai tudung sedangkan tudung hanyalah sehelai kain biasa.

BALQISH keluar dari bilik majikannya itu dan terkejut melihat suaminya yang sedang terduduk menanggis di tepi pintu bilik itu.

" Abang. " panggilnya perlahan. Hashim mengangkat muka memandang isterinya.

" Qish... "

" Kenapa abang duduk dekat sini?. "

" Qish... Maafkan abang... "

" Kenapa abang menanggis ni?." tanya Balqish hairan sambil mengesat air mata suaminya itu.

Belum sempat Hashim menjawab soalan isterinya itu.

Tengku Mikhail membuka pintu bilik dan memandang ke arah mereka berdua.

" Kau ingat aku nak tidur dengan isteri kau ke?. Hahahahahaha. " tanya Tengku Mikhail.

" Tengku tak buat apa-apa pada sayang kan?. " tanya Hashim pada isterinya dan memandang kearah majikanya itu.

" Abang ni merepek apa. Tengku tu muda dari saya. Saya ni dah tua tak adanya Tengku nak buat benda pelik-pelik. "

" Awak muda dan cantik lagilah..."

" Yelah... Yelah tapi saya tua dari Tengku lah abang ni. " balas Balqish.

Hairan dia dengan perangai suaminya yang menjadi pelik sejak dua menjak ini.

" Ehem.. " dua-dua mereka mengalihkan pandangan ke arah Tengku Mikhail.

" I hungry. Make me something to eat, please " arah Tengku Mikhail sebelum menambah perkataan tolong pada akhir ayatnya.

" Baik Tengku. " balas mereka serentak dan berlari turun ke dapur.

Tersenyum Tengku Mikhail melihat terlatah dua orang suruhan papanya itu.

Dia yakin bahawa papanya akan selamat dan ada yang menjaga papanya walaupun dia tiada.

Tapi senyumannya mati apabila dia terpandang papanya yang dari tadi menjadi pemerhati itu.

Tan Sri Amir tersenyum dengan perangai anak lelakinya itu.

TENGKU Mikhail berjalan melihat suasana belakang banglo milik papanya itu

Dia melihat seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain dan melangkah kearah kanak-kanak itu.

'Comel budak ni' detik hatinya.

Dia bergerak kearah kanak-kanak perempuan itu.

Amira mengangkat muka dan memandang kearah Tengku Mikhail.

Mata yang bulat berwarna hitam, pipi yang tembam berkemerahan kerana panas matahari dan tangan yang kecik itu sibuk bermain dengan mainannya.

Budak itu menghadiahkan senyuman kepadanya tapi dia membalas dengan mengambil mainan dari kanak-kanak 5 tahun itu.

Menanggis kanak-kanak itu apabila mainannya di ambil.

Dia berdiri dan cuba mendapatkan semula mainannya itu. Dia menarik seluar Tengku Mikhail.

Balqish berlari keluar mendengar tanggisan anaknya dan dia melihat Tengku Mikhail bersama anaknya.

Dia berhentikan langkahnya apabila perasan kelibat Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail tunduk menyamakan ketinggiannya dengan Amira.

" Hye budak kecik you nak benda ni?. " tanyanya.

Amira menganggukkan kepalanya dengan bersungguh-sungguh dan cuba mencapai mainannya semula.

" In your dreams. " balas Tengku Mikhail dan mencampak mainan itu ke kolam ikan.

Dia berlalu pergi meninggalkan Amira yang sudah menanggis itu.

Balqish segera berlari mendapatkan anaknya dan memujuk anaknya itu.

Dia bimbang jika tanggisan anaknya itu membuat majikannya marah.

Tengku Mikhail berlalu dengan senyuman dibibir.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience