Chapter 48

Action Completed 74112

"DOKTOR!. Doktor!. " jerit Amira menekan butang di atas kepala katil.

" Maafkan saya puan. Nurse." Dr. Raihana mengisyaratkan nurse di sebelah Amira supaya membawa Amira ke katilnya yang bersebelahan dengan katil Tengku Mikhail.

" Macam mana Doktor keadaan suami saya?. " tanya Amira.

" Alhamdullilah. Suami puan dah lepas daripada peringkat koma tetapi keadaan dia masih lemah dan biarkan suami puan berehat dahulu. " maklum Dr. Raihana pada Amira dan melangkah keluar.

" Alhamdullilah. " ucap Amira mengusap wajahnya. Amira menghampiri suaminya semula dan naik ke atas katil.

Dia membaringkan tubuhnya di sebelah Tengku Mikhail dengan berhati-hati risau terkena luka suaminya.

Lama dia merenung wajah suaminya yang bersih dan sedikit pucat itu sebelum dia pun turut ke alam mimpi.

" Hmm. " Tengku Mikhail mengejut perlahan isterinya. Apabila sedar daripada tidur dia berasa badannya kebas sebelah rupanya isterinya sedap tidur memeluknya.

" Abang dah bangun. " kata Amira gembira.

" Air. " kata Tengku Mikhail perlahan dengan suara seraknya.

Knock. Knock.

Dr. Raihana di tugaskan khas untuk merawat Tengku Mikhail dan Amira masuk bersama air dan ubat.

Amira sedikit segan dengan kedudukkannya dia cuba bergerak lagi tetapi di tahan oleh Tengku Mikhail.

Dr. Raihana memeriksa keadaan Tengku Mikhail dan menundukkan kepalanya meminta diri.

Sepanjang Amira dan Tengku Mikhail di hospital mereka secara bergilir sebagai pengawal pintu wad itu.

" Bos dah sedar ke?. " tanya Rayyan pada Dr. Raihana di hadapan pintu.

" Yes. " balas Dr. Raihana sepatah dan cepat-cepat berlalu pergi, kecut perutnya melihat muka-muka pengawal Tengku Mikhail.

" Anak kita mana sayang?. " tanya Tengku Mikhail meletakkan semula gelas yang di minum ke atas meja.

" Anak kita dekat bilik baby. Mira dah minta Dr. Raihana bawa anak kita." balas  Amira dia bergerak perlahan turun dari katil dengan perlahan.

" Siapa azankan anak kita?. Anak kita nama apa?." dia tidak sabar ingin melihat anaknya.

" Abang Is yang azan kan. Mira isi nama pilihan abang, Tengku Adam Haizard. " balas Amira menghadiahkan senyum manis pada suaminya.

Tengku Mikhail sedikit terkilan kerana tidak dapat mengazankan anaknya.

Amira mengusap perlahan tangan Tengku Mikhail melihat perubahan suram pada wajah suaminya.

" Puan ini Tengku Adam. " Dr. Raihana masuk bersama seorang nurse menyerahkan troli baby kepada Amira.

Amira mengangkat perlahan anaknya yang sedang tidur itu lalu di baringkan di sisi Tengku Mikhail.

" Abang nak azankan anak kita. "

" Jangan bergerak. Azan saja macam ni. " balas Amira menahan Tengku Mikhail dari bangun dari baringnya.

Amira mengesat air matanya mendengar Tengku Mikhail mengazankan anaknya, Tengku Adam Haizard.

" Terima kasih sayang. " ucap Tengku Mikhail mencium tangan Amira.

" Terima kasih abang sebab bangun. " balas Amira.

Knock. Knock.

'Ish Siapa pula yang menyibuk ni baru nak bermanja sikit' desis Tengku Mikhail.

" Come in. " arahnya.

Tersembul kepala 12 orang anak buahnya dan Jessica di hadapan pintu wad sebelum mereka semua melangkah masuk ke wad itu.

" Hai Mika. How do you feel?. " tegur Jessica dan tangannya mencuit pipi Tengku Adam Haizard yang sedang tidur.

" Cool. " balas Tengku Mikhail angkuh cuba mengerakkan badannya tapi di terhenti bila dapat jelinggan isterinya.

" Hai bos. "

Sebaik sahaja mendapat khabar daripada Rayyan bahawa Tengku Mikhail sudah sedar mereka semua bergegas ke hospital.

" Macam mana bro tidur lama nampak. " gurau Rayyan membantu Tengku Mikhail untuk duduk.

" Biarlah bukan selalu bos cuti. Bos cuti kita pun dapat cuti. Hahahaha. " sampuk Adam di sambut ketawa oleh mereka semua.

" Bos saya azankan Zard. " kata Iskandar bangga.

" Elehh kau. Aku iqamatkan dia. " balas Hazid.

" Iqamat perempuan lah bodoh. "

Mereka rancak berbual sehingga kehadiran Dr. Raihana di situ seperti tidak wujud.

" Ehem. Maaf menganggu Tengku ini data kesihatan Tengku. Luka Tengku hampir sembuh sepenuhnya cuma kurangkan bergerak. " kata Dr. Raihana.

" Bila aku boleh discharge?. " tanya Tengku Mikhail mempamirkan muka tegasnya.

Perangai itu tidak dapat di ubah apabila dia berhadap dengan orang luar.

" Lusa Tengku dah di benarkan pulang but as I say just now kurangkan bergerak. Saya minta diri dulu. " balas Dr. Raihana dan segera berlalu pergi.

Shahrul mencuit kembarnya untuk memandang Rayyan.

Kembarnya pula mencuit Amir, saling mencuit dan memandang kelakuan Rayyan sambil senyum sinis.

" Hoi jangan tenung anak dara orang macam tu. " jerkah Adam membuatkan Rayyan tersentak.

" Mana ada aku tenung. " nafi Rayyan sahaja mengalihkan pandangan pada Tengku Adam Haizard, merah mukanya kerana kantoi.

" Hah nak cover la tu. Hahahaha. "

" Kalau kau nak nanti aku pinangkan. " sampuk Tengku Mikhail.

" Mengarut la kau ni. " marah Rayyan melepuk perlahan perut Tengku Mikhail.

" Ouch. Sakit bodoh. " marah Tengku Mikhail apabila tangan Rayyan tepat pada kesan lukanya.

" Hahahaha sorry sorry tak sengaja. " balas Rayyan mengaru sedikit kepalanya yang tidak gatal.

" Eleh dia malu la tu. " usik Iskandar.

" Rayyan dah tangkap cinta dengan Doktor. " kata Badrul.

" Bolehlah sakit hari-hari lepas ni. " kata Haikal dan Khairul serentak dan ketawa.

" Akak Doktor dengan abang gangster. Hahahahaha cun. " kata Amirul di sokong semua.

Merah muka Rayyan apabila lepas sorang-sorang mengusiknya.

Tengku Mikhail dan Amira hanya mampu mengeleng kepala dan ketawa.

" Shuuu. " Tengku Mikhail memberi isyarat supaya diam apabila melihat pergerakkan daripada anaknya.

Dia ingatkan anaknya itu akan menanggis rupanya kembali tidur.

Mereka semua ketawa kecil melihat kecomelan Tengku Adam Haizard yang tetap tidur walaupun mereka membuat bising.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience