Chapter 73

Action Completed 74112

MEREKA menyelinap masuk ke dalam bangunan yang kelihatan kosong itu, bergerak kearah tempat masing-masing didalam bangunan itu.

" Aku dah settle. " maklum Shahrul melenggang keluar bersama kembarnya dari bangunan itu.

" Ryan ni budak tu. " kata Amirul dia mengheret kolar baju budak lelaki itu dan mencampakkan dalam bonet kereta.

" Settle dah semuakan. Jom gerak. " ajak Rayyan. Mereka bergerak balik misi kali ini senang sekali di selesaikan.

Misi mereka pada malam ini tidak di turut serta oleh Tengku Mikhail kerana dia mengambil alih tugas Hazid dan Iskandar untuk menjaga keluarganya.

Tengku Mikhail galak merenung isterinya yang sedang menyusukan puterinya.

" Abang janganlah tenung macam tu. " tegur Amira, naik segan dia bila Tengku Mikhail menenung dadanya seperti itu.

" Sayang makin besar. " Tengku Mikhail meramas perlahan bahagian atas dada Amira.

" Sedap ke princess papa?. " tanya Tengku Mikhail mengusik pipi Tengku Damia sesekali dia saja menarik supaya terlepas dari bibir kecil itu membuatkan puterinya itu merengek.

" Sayang bila nak dapat baby lagi?. "

" Ish abang ni sayang pantang pun tak habis lagi. " Tengku Mikhail mendekat bibirnya untuk mencium Amira tapi di tolak.

" Tak elok depan anak. " tegur Amira.

" Yelah. Yelah. Bukannya princess papa ni faham pun. " sungut Tengku Mikhail, dia kembali mengacau Tengku Damia.

Bunyi bising di luar menarik perhatian Tengku Mikhail dia pantas bangun dari katil dan mengintai dari pintu biliknya.

" Sayang bangun. Duduk sini jangan keluar selagi abang tak panggil. " arah Tengku Mikhail. Dia suruh Amira berbaring dalam tab mandi ,di baringkan puterinya atas dada Amira dan menyelinap keluar.

Tengku Mikhail tidak menggunakan tangga mahupun lif untuk turun ke bawah melalui tingkap.

Tengku Adam Haizard beradu tenaga dengan dua orang lelaki yang berpakaian serba hitam itu.

Fizikalnya tidak cukup kuat untuk berterusan berlawan dengan dua lelaki yang berbadan tiga kali ganda daripadanya itu.

" PAPA! PAPA!. " jerit Tengku Adam Haizard kuat sebelum mulutnya di tekup dari belakang.

Belum sempat ubat dicucuk pada leher Tengku Adam Haizard dua orang lelaki itu terbaring tidak bernyawa.

Tengku Mikhail membuat isyarat supaya puteranya tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Tengku Adam Haizard menunjukkan ke arah dapur bahawa ada 2 orang di dapur.

Dia melangkah perlahan menghampiri ayahnya setelah ayahnya mengisyaratkan supaya mendekat.

" Bawa mama, Jess and baby masuk office papa. Tekan butang merah bawah almari sorok mama dekat situ. Go now!. " Tengku Mikhail menolak tubuh Tengku Adam Haizard masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif itu terbuka.

Dia melepaskan tembakkan tepat pada kepala dua orang lelaki yang baru keluar dari dapur.

Jantung Amira berdegup kencang bila mendengar pintu bilik di buka dari luar.

" Mama?. " panggil Tengku Adam Haizard perlahan, dia melangkah masuk bilik air.

" Ma, follow me. " dia mengambil alih Tengku Damia dari Amira dan menyelinap keluar dari bilik ibubapanya itu.

Dia membawa ibu dan adiknya ke pejabat ayahnya di aras 3 seperti yang telah di arahkan.

Tengku Adam Haizard mengagau tangannya bawah almari mencari butang yang di maksudkan oleh ayahnya.

"C'è un'altra stanza qui."(There's another room here.)

Tengku Adam Haizard mendengar suara orang bercakap di hadapan bilik pejabat ayahnya tetapi dia tidak faham bahasa apa orang itu berbicara.

Sebaik sahaja butang itu di capai tangannya dia pantas menarik Amira masuk ke bilik itu.

" Shhh. " dia mengintai dari lubang melihat kelibat dua orang lelaki sedang menyelongkar pejabat Tengku Mikhail seperti mencari sesuatu.

Tengku Mikhail mendekati dua lelaki yang sedang khusuk menyelongkar pejabatnya sebelum memusing leher salah seorang lelaki itu dan menyerang seorang lagi.

" Mama duduk sini jangan pergi mana-mana. "

" Zard nak pergi mana?. " Amira mencapai tangan Tengku Adam Haizard untuk duduk sekali dengannya.

" Auntie Jess dekat luar lagi. " Tengku Adam Haizard mencapai dua senjata yang bergantung elok di dinding bilik itu sebelum menutup pintu.

" Auntie Jess dekat bawah lagi papa. " bisik Tengku Adam Haizard melangkah menghampiri papanya.

" Zard pergi bawak Jess naik sini papa cover dari belakang. " kata Tengku Mikhail sambil memasukkan peluru dalam silent gunnya.

" Dear here use this. " Tengku Mikhail menyua pistolnya pada anaknya dan mengambil pistol di tangan Tengku Adam Haizard.

" Thanks Pa. "

" My pleasure. Take care. " pesan Tengku Mikhail mengusap kepala anaknya.

" Auntie Jess. Jessie. " nama panggilan Jessica di sebut oleh Tengku Adam Haizard perlahan.

Tiada kelibat Jessica dalam bilik itu, bilik itu sudah berterabur.

Dia mengintai bawah katil dan nampak Jessica yang menyorok dengan keadaan badan yang mengeletar.

" Hey Jessie it's me. Don't scare. Come out, give me your hand i will pull you out. " pujuk Tengku Adam Haizard dia menganggukkan kepala pada ayahnya menunjukkan bahawa dia akan uruskan Jessica.

" Take care boy. " pesan Tengku Mikhail turut membalas anggukan itu dan pantas menyelinap keluar.

Tengku Adam Haizard membawa Jessica naik ke tingkat atas ke pejabat ayahnya tadi.

" Stay here. Don't go anywhere. " arahnya. Jessica yang masih ketakutan itu hanya mampu menganggukkan kepalanya.

" Zard stay here with us. "

" No, Papa still dekat bawah. " Tengku Adam Haizard menutup pintu bilik rahsia dalam pejabat ayahnya itu dan menyelinap turun ke bawah semula.

Dia mencari kelibat ayahnya di serata rumah tapi tidak kelihatan.

" There's you're. " kata lelaki itu dan mendukung Tengku Adam Haizard dari belakang secara paksa.

" Let me go. " jerit Tengku Adam Haizard.

._._._._._._._._._._._.

TENGKU Mikhail menyorok belakang kolam renang dia memerhati musuhnya yang sedang berbincang di atas kerusi rehat taman mini itu.

Dia bergerak dengan lebih dekat tanpa mengeluarkan bunyi.

Dia mencuit bahu salah seorang pengawal itu sebelum memutar kepala mereka sehingga tidak sedarkan diri.

Dia menolak satu persatu jasad yang sudah tidak bernyawa itu ke dalam longkang taman bunga mini Isterinya.

Longkang itu akan menyalurkan jasad itu terus ke bilik bawah tanah rumahnya.

Dia bergerak mencari mangsa seterusnya, dia terdengar seperti orang sedang bercakap dari arah belakang taman bunga mini isterinya.

" Akhirnya sampai pun. " jerit Rayyan riang sambil membuka luas pintu kereta tapi baru sebelah kaki dia melangkah keluar.

BANG! BANG!.

Berdas das lantai tempat Rayyan pijak di tembak.

Amirul yang berada di belakang Rayyan terus menarik tubuh Rayyan masuk ke dalam kereta semula.

Badrul terus menekan minyak dan memecut laju pergi jauh dari rumah itu.

" Hello. Am jangan masuk kawasan rumah pergi tempat lain dulu rumah tengah kacau sekarang ni. " arah Rayyan, dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi dahi berpeluh di kesat kasar.

" Jahanam betul nasib tak kena!. " maki Rayyan.

" Mujur weh tapi kelakar muka cuak kau hahahaha. " sempat lagi Amirul mengusik Rayyan.

" Diamlah kau. "

" Hello Mir suruh yang lain berkumpul 2 kilometer dari sini. " arah Rayyan dan mematikan panggilan.

" Pengsankan budak tu. " arah Rayyan pada Amirul sebelum turun daripada kereta.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience