Chapter 19

Action Completed 74112

MEREKA tiba di lokasi yang dipaparkan pada skrin monitor melalui cip yang dipasang pada Amira iaitu tempat Amira diserkap.

Mereka turun dari kereta setelah bersiap sedia dengan senjata dan baju kalis peluru masing-masing.

Shahrul dan Hafiz terus keluar kereta sebaik sahaja kereta berhenti, mereka laju menuju arah hutan bersebelahan dengan banglo usang itu.

Tengku Mikhail mengisyaratkan supaya Rayyan dan Daniel mengikutnya menggunakan pintu masuk.

" Shhh. " Tengku Mikhail mengisyaratkan supaya mereka berhenti apabila terdengar seperti suara orang sedang bercakap.

Mereka bersiap sedia untuk menyerang apabila mendengar suara ketawa itu lebih kuat.

Tengku Mikhail mengisyaratkan anak buahnya bergerak lebih dekat.

' Kill for Life. ' motto mereka.

" Don't move. " Jerit Rayyan menghala pistolnya pada tiga orang lelaki dihadapan mereka.

" Tolonggg...aku tak salah aku baru first time. " kata budak berusia lingkungan 15 tahun itu sambil cuba menyembunyikan dirinya di bucu banglo usang itu.

Rayyan tetap mengacukan pistolnya kearah beberapa orang lelaki yang kelihatan sedang khayal di atas lantai itu.

" Boss semua bilik clear. " maklum Shahrul dan Hafiz.

Mereka pergi ke tempat Bos mereka selepas memeriksa seluruh banglo usang itu dan mendapati tiada sesiapa yang mencurigakan.

" Shitt!!! Jahanam!!!. Aku akan bunuh dia orang!!! Aku akan bunuh. ARHHH!!!. " jerit Tengku Mikhail. Menumbuk dinding.

Mereka semua terdiam melihat reaksi Tengku Mikhail itu.

" Bos... Amira masih bergerak. " maklum Amir melalui alat penghubung.

" Mana yang lain?. " tanya pada Amir.

" Yang lain dah selesai boss semua dah bergerak balik. " maklum Amir.

" Haikal dan Hazid apa cerita?. "

" Kami masih mengejar Najib boss. " maklum Haikal.

" Dapatkan dia tak kira macam mana sekali pun. "

" Bos lokasi Mira berubah ke arah Selatan dan masih belum dipastikan sebab diaorang masih bergerak. " kata Amir.

Amir mengesan kedudukkan lokasi Amira dari masa ke semasa menggunakan cip yang dipasang pada Amira oleh Tengku Mikhail.

Tengku Mikhail memasang cip itu pada cincin kahwin mereka supaya dia sentiasa tahu keberadaan Amira.

" Gerak balik. " arah Tengku Mikhail.

MEREKA semua melangkah masuk mengikuti belakang Tengku Mikhail memasuki rumah dan terus ke bilik bawah tanah.

" Boss Haikal dan Hazid gagal tangkap Najib. " maklum Amir.

Tengku Mikhail menghentak meja melepaskan kemarahannya.

Boneka yang digunakan untuk latihan menembak habis hancur di tembaknya bertubi-tubi tanpa henti.

Haikal dan Hazid tidak berjaya menahan Dato Najib sebelum Dato najib masuk ke negara sempadan.

Mereka ditahan oleh tentera interpol ketika hendak masuk ke negara itu kerana tidak mempunyai passport lengkap.

" Amir bagi lokasi terkini Amira pada Mirul dan Badrul. Korang berdua pergi lokasi tu. Aku tak nak kita buang masa macam tadi. Faham. " arahnya.

" FAHAM BOSS!!!. " balas mereka semua.

" Nah korang ikut ni. Jangan lupa inform aku dari masa ke semasa ok. "  kata Amir dan menyerahkan monitor pada Amirul.

" Okay. " balas Amirul sambil mengangguk kepalanya.

" Aku pergi bawa balik dua ekor tu, cuai nak mampus siap diaorang balik ni. " sungut Rayyan sambil melangkah keluar.

" Aku ikut. " jerit Shahrul berlari mengikuti Rayyan.

Sikap cuai Haikal dan Hazid akan menyusahkan mereka jika polis masuk campur urusan mereka.

Urusan mereka akan menjadi kacau jika perkara kecil itu kecoh diperkatakan ke awam.

Bak kata Tengku Mikhail polis Malaysia suka kecoh tak seperti polis luar negara.

" Bos nak pergi mana?. " pertanyaan Hafiz di abaikan oleh Tengku Mikhail.

Hafiz berlari anak mengikut belakang Tengku Mikhail ke bilik penyiksaan selepas menepuk kepala Amir.

" Hafiz!. Kembar ni nak mati dengan aku nampaknya!." jerit Amir meluahkan rasa geram sebelum sambung menghadap komputernya.

Tengku Mikhail mendekati sekumpulan manusia yang menyakitkan hati dan telingganya itu.

" Yang mana satu Jannah?. " tanya Tengku Mikhail.

" Ni Jannah, Bos. " kata Iskandar menarik tangan Jannah yang sedang duduk itu dan mengheretnya kearah Tengku Mikhail.

" Tolong jangan apa-apakan saya. " rayu Jannah.

Jannah memandang lelaki yang berbadan sasa dihadapannya dengan perasaan gerun, perasaan gerunnya itu tidak dapat ditutup kerana badannya mengeletar kuat.

" Toreh pipi dia. " arah Tengku Mikhail pada Iskandar.

Iskandar menarik dan mengikat kedua tangan Jannah diatas kerusi sebelum memulakan painting nya.

" Arhhh.... Arhhh... Help!!! Stop it... It hurt!Daddy helpppp me.. Daddy! " jerit Jannah meminta tolong pada ayahnya.

" Tolonggg jangan siksa anak aku tolong lepaskan dia. Aku sanggup bayar korang berapa sahaja korang nak. " rayu Dato' Hamdan, tidak sanggup dia mendengar jeritan anaknya itu.

" Bayar?. Duit? Weh kita kekurangan duit ke? " tanya Tengku Mikhail sinis pada anak buahnya.

" Tak bos. "

" Kita orang tak perlukan duit kau. Duit kau tak bernilai pada kita orang. " bisik Khairul pada telinga Dato' Hamdan.

" Next.. Next.. " arah Tengku Mikhail.

" Arhh!! " krak. Nurul menjerit kesakitan apabila Khairul memijak kuat kakinya yang cuba menendang Khairul.

Khairul mencengkam rambut dan mengheret Nurul sebelum melemparkannya di hadapan Tengku Mikhail.

" Tangan mana yang tampar Amira?. " tanya Tengku Mikhail pada Nurul.

" Tolong lepaskan aku. Aku tak bersalah aku tak buat apa-apa pun pada Amira. "

" Tet. Wrong answer. " Tengku Mikhail membuat isyarat kepada Khairul supaya mengangkat sebelah tangan Nurul.

" Let me ask you again which hand touched my wife's face?. Left or right or both?. "

" Please save me. " rayu Nurul.

" Kau nak hilang kedua belah tangan ke bodoh. Jawap sajalah! salah satu!. " hendik Khairul, dia pula menjadi gelabah melihat muka bengang Tengku Mikhail itu.

Nurul dengan tanggisan semakin kuat cuba mengangkat tangan kirinya.

" Cut both. " arah Tengku Mikhail pada Hafiz untuk memotong tangan Nurul.

Khairul hanya mampu memerhati sebelum mengundurkan dirinya, bergerak ke belakang Tengku Mikhail.

" She asked for it. " bisik Hafiz menepuk perlahan bahu Khairul sebelum berjalan kearah Nurul.

" Papa!!!...papa..." jerit Nurul mengesot ke belakang bila Hafiz mendekatinya.

Khairul mengasing Dato' Hamdan dari Tan Sri Ya'kob kerana mereka berdua turut menantikan hukuman yang berlainan.

Hafiz, Khairul dan Iskandar berdiri tegak dibelakang dua orang mangsa mereka setelah selesai menguruskan Jannah dan Nurul.

Mereka menenung belakang dua orang lelaki tua itu seperti pemangsa menunggu masa untuk menerkam mangsanya.

" Siapa antara korang yang bersubahat dengan kematian Tan Sri Amir? ." tanya Tengku Mikhail.

Senyap. Tiada jawapan.

" Mana satu Dato' Hamdan?. "

" Ni bos. " balas Iskandar menunjukkan lelaki tua di hadapannya.

Tengku Mikhail menyandarkan tubuhnya pada meja sambil bermain pistol di tangannya.

To be continues...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience